Anda di halaman 1dari 2

Persediaan Pelajar Memasuki Alam Kerjaya

Pada dasawarsa ini, arus globalisasi yang semakin menerjah telah banyak membawa
perubahan kepada seantero marcapada. Transformasi tanpa limitasi telah terhasil daripada
anjakan paradigm masyarakat di segenap penjuru dunia. Dalam keghairahan kita mengorak
langkah memasuki alaf teknologi dan maklumat, kerajaan semakin menitikberatkan
perkembangan bakal pemimpin negara bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang
dan terbilang dari semua aspek. Bakal pewaris negara inilah yang akan memasuki alam kerjaya
dan seterusnya, berusaha memajukan negara. Secara automatiknya pelajar akan memasuki alam
kerjaya selepas menamatkan pengajian mereka. Persoalannya, apakah persediaan yang dapat
dilakukan oleh pelajar sebelum memasuki alam kerjaya?

Bertitik tolak daripada manifetasi ini, salah satu cara pelajar dapat membuat persediaan
memasuki alam kerjaya adalah dengan melakukan persiapan mental. Apabila kita melangkah ke
arah alam kerjaya, kita perlu menjadi seorang yang lebih berdikari. Kita terpaksa belajar untuk
menjalankan kehidupan sendiri, menguruskan kewangan dan juga menguruskan diri. Cabaran
dalam pekerjaan juga lebih mencabar daripada cabaran seorang pelajar. Walaubagaimanapun,
semua masalah ini dapat diselesaikan jika kita mempunya permikiran yang bersedia menghadapi
segala cabaran. Misalnya, pelajar mestilah mampu menghadapi stres di tempat bekerja ataupun
di rumah tanpa mempengaruhi prestasinya dalam menjalankan tugasnya.

Jika disingkap dari perspektif yang berbeza, satu lagi langkah persediaan pelajar
memasuki alam kerjaya ialah pelajar patut melengkapkan diri dengan perlbagai kemahiran dan
nilai yang essensial. Pelajar mestilah mempunyai kemahiran seperti disiplin, matang, mampu
membuat keputusan yang betul, berkomitmen dan kerajinan. Kualiti pekerja sungguh penting
dalam mengekalkan pekerjaan dan usaha mendapatkan promosi. Majikan sebenarnya lebih
mementingkan pekerja yang berkebolehan melaksanakan tugas dengan baik berbanding dengan
mengupah pekerja yang memiliki sijil-sjil yang banyak, tetapi tidak mempunyai kemahiran.

Dalam konteks yang lain, pelajar perlu sanggup memajukan diri terutamanya apabila
dalam alam kerjaya. Pelajar perlulah sanggup mencuba dan belajar perkara yang baru serta rela
menerima teguran apabila membuat kesalahan. Apabila kita melakukan sesuata kesalahan, kita
perlu berfikir dengan teliti tentangnya, mengubah cara kita bekerja dan tidak mengulangi
kesalahan itu. Pelajar juga perlu menilai diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan supaya
dapat memajukan diri dan mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dalam dunia
pekerjaan.

Bukan itu sahaja, dalam usaha menyediakan diri memasuki alam kerjaya, pelajar juga
perlu membuat penyelidikan yang secukupnya. Pelajar haruslah mendapat tahu kriteria dan skop
kerjaya yang diminati melalui pelbagai cara seperti bertanya kepada orang dewesa, melawat
tempat kerja, mendapat maklumat dari internet dan juga mendapat pengalaman bekerja dalam
kerjaya berkenaan. Dengan ini, pelajar akan mengetahui situasi sebenar dalam alam pekerjaan.
Di samping itu, pelajar dapat menyesuaikan potensi, bakat, minat dan kemahiran sendiri dengan
kerjaya yang sesuai. Pelajar juga boleh mengkaji dan menilai suasana persekitaran dan kehendak
pasaran semasa kerjaya yang ingin diceburi sebelum membuat keputusan.

Walaupun kualiti pekerjaan dan kemahiran sungguh penting, memang tidak dapat
dinafikan bahawa sijil pelajaran juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan
pekerjaan kita. Dalam zaman yang penuh dengan mahasiswa, keputusan yang cemerlang dapat
meningkatkan peluang mendapat pekerjaan yang diidamkan. Oleh itu, pelajar mestilah belajar
dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang selain memastikan
kemahiran kita berkali ganda lebih baik dengan segala yang tertulis di atas kertas.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat banyak langkah yang harus
dilakukan oleh pelajar sebelum memasuki alam kerjaya. Alam kerjaya memangnya lebih
mencabar daripada kehidupan pelajar. Walaubagaimanapun,kita perlulah menghadapi dengan
berani kerana cabaran-cabaran inilah yang bakal menjadikan kita seorang manusia yang lebih
kuat dan kental. Diharapkan semua pelajar akan menjadi pekerja ideal pada masa hadapan
dengan memiliki kemarhiran dan kelayakkan yang bersesuaian dengan bidang tugas yand dipilih
supaya hasil kerja yang baik dapat diwujudkan. Dengan ini, kemajuan negara kita juga dapat
ditingkatkan sehinggi dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara gergasi
yang lain.

Anda mungkin juga menyukai