Anda di halaman 1dari 6

BBD 10102

FALSAFAH PENDIDIKAN

Isi Kandungan

Bilangan Tajuk Muka surat

1. Isi kandungan 1
2. Penghargaan 2
3. Pengenalan 3
4. Isi-isi penting 3
5. Kesimpulan 4
6. Rujukan 5
7. Lampiran 6

1
BBD 10102
FALSAFAH PENDIDIKAN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi kerana dengan kehendakNya dapat


juga saya menyiapkan tugasan individu 2 ini pada masa yang telah ditetapkan
dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga


saya tujukan kepada En. Zaid Bin Mustafa selaku pensyarah subjek falsafah
pendidikan. Dengan adanya tugasan seperti ini dapatlah saya meluaskan lagi ilmu
pengetahuan saya dalam bidang pendidikan.

Selain itu, tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih yang
tidak ternilai kepada ibu bapa dan seluruh ahli keluarga kerana mereka tidak
pernah sekalipun jemu untuk memberikan kata kata semangat, dorongan serta
nasihat kepada saya.

Akhir kata, setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada rakan-rakan dalam membantu saya bagi menyiapkan
tugasan ini. Akhir sekali, kepada semua yang terlibat saya ucapkan berbanyak
terima kasih. Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi semoga segala
sumbangan yang diberikan akan diberkatiNYA. Segala jasa baik anda semua,
tidak akan saya lupakan sampai bila bila dan hanya DIA sahaja yang dapat
membalasnya.

Sekian terima kasih

JASAMU TIDAK AKAN DILUPAKAN

2
BBD 10102
FALSAFAH PENDIDIKAN

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) BUKANLAH SATU KEJAYAAN YANG


MUKTAMAD

Institut pengajian tinggi bukanlah satu kejayaan yang muktamad bagi


seseorang individu yang cemerlang ataupun tidak dalam pelajaran semasa berada
di sekolah untuk menyambung pengajian mereka. Ini adalah kerana, semua orang
mempunyai peluang untuk menentukan arah tuju kehidupan masing-masing.tidak
kira untuk menyambung pelajaran ke peringkat ipt ataupun tidak. Tetapi,
kebanyakan pelajar sekolah mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat institusi pengajian tinggi (ipt) tidak kira di universiti, politeknik, mahupun
kolej-kolej swasta. Ipt menjadi pilihan mereka kerana ia merupakan salah satu
platform yang dapat mereka capai dalam melanjutkan pelajaran mereka setelah
tamat sekolah menengah. Hal ini telah menyebabkan para pelajar bersungguh-
sungguh berusaha mencapai apa yang dikehendaki bagi mendapatkan peluang
untuk menempatkan diri di ipt.

Pandangan masyarakat yang begitu tinggi terhadap individu yang berjaya


ke ipt telah menyebabkan segelintir individu yang tidak berjaya menganggap diri
mereka dipandang rendah. Mereka merasakan diri mereka gagal dan dipandang
rendah oleh orang sekeliling tidak kira keluarga, rakan, mahupun masyarakat.
Pelajar yang gagal ke ipt berhak menentukan masa depan yang cemerlang.
Mereka harus diberi peluang bagi membuktikan mereka juga mampu membentuk
peribadi dan sahsiah dalam apa jua bidang walaupun gagal melanjutkan pelajaran
ke menara gading. Tetapi, haruslah diingatkan bahawa, ipt bukanlah satu kejayaan
yang muktamad. Bagi golongan yang gagal melanjutkan pelajaran ke peringkat ipt
meraka tidak akan menjadi insan yang gagal. Mereka cuma tergolong dalam
golongan orang yang kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan mereka yang
terpilih. Walaupun hakikatnya ramai diantara merekja merasa kecewa dengan hal
ini,,

3
BBD 10102
FALSAFAH PENDIDIKAN

Bagi golongan yang berjaya pula, mereka harus bersedia mental dan fizikal
bagi menyahut segala cabaran yang bakal meraka hadapi di ipt bagi mencapai
matlamat hidup mereka. Salah satu cabaran yang mereka harus hadapi ialah,
perbezaan kaedah pengajaran dan pembelajaran jika dibandingkan dengan
sekolah menengah yang mereka lalui dahulu.. Mereka harus pandai berdikari
kerana tidak ada sesiapa yang dapat membantu mereka untuk menguruskan
kehidupan seharian semasa belajar di universiti. Pengajaran dan pembelajaran di
ipt bersifat kendiri. Semua perkara perlu dilakukan sendiri oleh pelajar tanpa
bergantung kepada orang lain. Mereka harus meneroka segala cabang ilmu yang
dipelajari bagi membuat sesuatu tugasan mahupun research.

Menjadi seorang pelajar haruslah bijak menggunakan masa.. Kebanyakan


pelajar tidak dapat membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh pensyarah. Sikap suka menangguh kerja haruslah dikikis dari
peringkat awal lagi. Bagi menjamin kejayaan di masa hadapan, pelajar haruslah
pandai memanfaatkan segala yang dipelajari di ipt. Mereka haruslah pandai
memilih kawan. Jika tersalah pilih kawan, maka kemungkinan masa depan mereka
di ipt akan tergadai. Kawan akan memainkan peranan penting dalam kehidupan
seseorang mahasiswa.

Konklusinya, pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ipt


haruslah menggunakan peluang yang diperolehi dengan sebaik mungkin kerana
masih ramai golongan yang tidak bertuah untuk menjadi seorang mahasiswa dan
mahasiswi di ipt. Ipt bukanlah kejayaan yang muktamad sekiranya pelajar gagal
memanfaatkan peluang yang diberi. Kejayaan yang muktamad adalah apabila
seseorang itu telah berjaya mencapai apa yang telah mereka inginkan dalam
kehidupan mereka. Kejayaan tidak semestinya dapat dicapai apabila seseorang itu
menyambung pelajaran mereka ke peringkat ipt. Masih terdapat banyak cabang
yang dapat mereka ceburi untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah kehidupan.

4
BBD 10102
FALSAFAH PENDIDIKAN

Rujukan/bibliografi

BUKU

Hamirudin Hamidi (Team Kaunselor) : Survival Kit Pelajar Ipt (Institut

Pengajian Tinggi) Teknik Kecemerlangan Pelajar

Penerbit : Mustread

JURNAL

Utusan online (31/03/2014)(atas talian)

http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20140331/wt_03/Pelajar-
lepasan-SPM-didedahkan-kehidupan-IPT

5
BBD 10102
FALSAFAH PENDIDIKAN

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai