Anda di halaman 1dari 10

Faktor Menularnya Budaya Hedonisme Dalam Kalangan Masyarakat Kita; 1.

Pengaruh media massa [tv,


internet, majalah dll] 2. Pengaruh rakan / persekitaran 3. Institusi kekeluargaan yang semakin longgar -
kurang perhatian dan kawalan ibu bapa 4. Gaya hidup hari ini mementingkan keseronokan tanpa
batasan 5. Kurang didikan agama Kesan 1. Masyarakat menjadi alpa / lalai [lupa pada pelajaran /
keluarga / kerja dan tanggungjawab kepada negara] 2. Penyakit sosial [pergaulan bebas / seks bebas /
pembuangan bayi / perjudian / lepak dll] 3. Menularnya penyakit kelamin [AIDS dan sifilis] 4. Lahirnya
generasi yang tidak ada pegangan hidup 5. Pembangunan negara terjejas - mudah dijajah

Hedonisme ialah satu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada hiburan semata-
mata. Menurut kamus dewan, hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan
keseronokan atau kesenangan hidup.

Sedar atau pun tidak, budaya hedonisme in mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan
masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dalam kalangan muda mudi. Salah satu faktor penting
menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atau
media elektronik yang memberikan peruntukan sangat banyak kepada aspek hiburan. Tidak kurang juga
sokongan yang padu dari pihak pemerintah.

Hiburan pada dasarnya bukanlah suatu yang dilarang Islam, asalkan ia dihidangkan
berlandaskan syariat. Fitrah manusia secara umumnya memang perlukan kepada hiburan. Tuntutan
fitrah ini seharusnya diberikan haknya dan ditunaikan dengan adil. Adil dalam erti kata memilih hiburan
yang betul dan mengikut kadar yang diperlukan sahaja tanpa melampaui batas.

Hadis Rasulullah dilaporkan Aisyah, bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke
rumahnya (rumah Aishah) dan Rasulullah berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang
menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Buath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu
Bakr berkata: Suara syaitan (sebanyak dua kali).

Nabi bersabda: Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini
adalah hari raya kita. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat Muslim menyatakan mereka
memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.

Hadis ini menunjukkan sikap lunak Nabi yang tidak melarang hiburan dalam bentuk nyanyian sekalipun
berlaku dalam rumah Baginda. Nabi tidak bersikap keras mengenai hiburan seperti sesetengah mereka
yang menggunakan nama agama untuk membanteras hiburan. Bantahan Abu Bakr ditolak Nabi secara
berhikmah.

Dalam riwayat al-Bukhari, juga dari Aisyah bahawa:Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar,
maka Baginda bersabda: Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar
sukakan hiburan.

Dalam hadis ini menunjukkan Nabi prihatin dengan kecenderungan hiburan sesuatu kaum dalam majlis
yang bertujuan untuk kegembiraan seperti majlis perkahwinan. Mungkin hal ini boleh diluaskan kepada
majlis sambutan kesukaan yang lain seperti majlis keluarga atau seumpamanya. Bahkan mengenai
majlis perkahwinan Nabi pernah bersabda: Perbezaan antara yang haram dan yang halal adalah
kompang dan suara dalam perkahwinan. (Riwayat al-Nasai dan al-Tirmizi, hadis ini bernilai hasan).

Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan
perzinaan yang dilakukan secara senyap. Kegembiraan pada hari perkahwinan dizahirkan secara nyata
dengan hiburan kompang atau alatan yang lain dan suara. Suara di sini ada yang mentafsirkannya
sebagai iklan pernikahan. Juga boleh ditafsirkan sebagai nyanyian.

Namun, fenomena pada hari ini adalah sebaliknya. Program hiburan sama ada di televisyen, radio atau
pun atas pentas terbuka dilambakkan kepada masyarakat dengan begitu banyak mengatasi program lain.
Berita hiburan juga memonopoli sebahagian akhbar tabloid dan juga majalah. Kisah kehidupan artis
dalam dan luar negara, diberikan liputan yang berleluasa.

Terdapat sesetengah pihak dengan bersungguh menghidangkan hiburan ini secara langsung kepada
masyarakat. Bahkan sanggup diperuntukkan jumlah yang banyak untuk membawa masuk artis dari luar
negara. Ada yang menjelajah dari satu negeri ke satu negeri yang lain sambil mengajak masyarakat
untuk berhibur bersama artis itu.

Apabila program hiburan dilambakkan, kesannya minda masyarakat dibentuk dengan hiburan. Generasi
muda diharap menjadi bari-san pelapis menerajui pembangunan ummah dan negara, disibukkan dengan
hiburan melampau. Ghairah dan bersemangat berbicara tentang gosip sensasi artis, filem terbaru, lagu
popular dan pelbagai topik lain.

Penyakit ini bukan sahaja menimpa golongan muda-mudi kurang berpendidikan, malah dukacita apabila
ia turut berjangkit kepada penuntut di institut pengajian tinggi. Lebih parah jika ia disuburkan pemimpin
sendiri. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui pengaruh penampilan fizikal, tutur kata, tindakan dan
amalan majoriti remaja zaman ini.

Demi menghasilkan imej dan identiti urban-kontemporari, remaja zaman ini sanggup menggadai jati diri
dan sosok peribadi mereka demi kelihatan cool dan up to date. Tiada lagi jati diri seorang bangsa
Melayu yang terkenal dengan budaya ketimurannya. Lebih penting lagi, tidak nampak pada peribadi dan
tingkah laku mereka watak seorang Muslim sejati, yang diutuskan seorang Nabi, sebagai contoh ikutan
yang hakiki.

Terlalu banyak contoh pemikiran hedonisme ini menular dalam pemikiran masyarakat terutama generasi
muda. Salah satu bukti ketara ialah keghairahan dan kegilaan generasi muda akhir-akhir ini terhadap
bidang nyanyian.

Apabila pemikiran ini meresap mengakibatkan generasi muda melihat bidang nyanyian sebagai satu
prospek menguntungkan. Apabila lambakan program realiti televisyen untuk mencungkil penyanyi baru.
Program realiti ini kebanyakannya dicedok bulat-bulat dari negara Barat tanpa ditimbang mana buruk
mana bermanfaat.

Lebih malang lagi program sebegini mendapat tajaan daripada syarikat korporat, termasuk syarikat
korporat diterajui orang Islam. Dalam masa yang sama rancangan bersifat ilmiah dan meningkatkan
tahap pemikiran masyarakat tidak mendapat sambutan.

Program realiti hiburan ditiru daripada Barat bagi menambah program hiburan di Malaysia, tujuannya
untuk melahirkan penyanyi "pasang siap". Persoalan timbul apabila produk media keluaran orang Islam di
Malaysia yang tidak jauh bezanya dengan produk media acuan Barat berteraskan budaya hedonisme.

Hal ini adalah akibat pemikiran yang membentuk tanggapan bahawa media hanyalah alat hiburan dan
medium menjual produk semata. Peningkatan jumlah peserta yang menghadiri sesi uji bakat realiti
televisyen ini dari tahun ke tahun merupakan kejayaan pola pemikiran hedonisme sehingga
mengagungkan populariti dan kemewahan.

Pemikiran hedonisme ini menular cuba menyeleweng tujuan hidup Muslim sehingga berkiblatkan hiburan
dan keseronokan semata. Dukacita apabila generasi muda hari ini lebih mengenali keperibadian artis
pujaan daripada keperibadian para nabi. Kehidupan artismengikut kayu ukur Barat dijadikan garis
panduan dan ikutan, hatta tingkah laku artis itu menentang budaya ketimuran apatah lagi syariat Islam.

Hiburan menjadi agenda utama media massa apabila kebanyakan promosi diberikan media kepada artis
melebihi ilmuwan. Tokoh akademik, ulama, negarawan kurang ditonjolkan pencapaian dan yang mereka
lakukan untuk pembangunan umat, agama, bangsa dan negara. Sebaliknya, artis diberi anugerah dan
dijulang nama.

Pencapaian artis lebih mendapat liputan pihak media. Realiti ini membuktikan betapa budaya hedonisme
ini meresap masuk dan sedikit demi sedikit menjadi darah daging masyarakat. Penularan budaya ini
sebenarnya berkait rapat dengan pihak pengamal media yang memberikan ruang yang sangat banyak
kepada program dan bahan berita berbentuk hiburan.

Lebih menyedihkan apabila pihak atasan juga sanggup mengimport artis luar untuk menghiburkan
masyarakat. Tidak pasti, adakah ia dilakukan demi memenuhi tuntutan rakyat atau pun mempertahankan
pangkat.

Bukan salah untuk berhibur. Namun biarlah berhibur yang ada kadarnya. Jangan sampai hiburan ini
melalaikan kita dari tujuan kehidupan dan tanggungjawab Muslim yang sebenar. Akhirnya Islam hanya
kekal pada nama!.
Pengenalan

Pertembungan tak berlaku sekiranya budaya yang mempengaruhi tidak mendapat tentangan dari
budaya yang pengaruh.

Contoh Pertembungan Budaya

Seorang pelajar Malaysia dan Jepun sedang menaiki satu pesawat menuju satu destinasi yang sama.
Pramugari menghidangkan makan tengah hari beserta pisang sebagai pencuci mulut.

Pelajar Malaysia dengan selamba membuka pisang tersebut dan terus menyuap ke dalam mulutnya.
Pelajar Jepun ternganga melihat tingkah laku pelajar Malaysia tersebut.

Pelajar Malaysia kehairanan. Pada pendapatnya, tidak ada sebarang kesalahan atau sesuatu yang pelik
telah dilakukannya. Beliau memberitahu pelajar Jepun beginilah cara masyarakat Malaysia makan
pisang.

Pelajar Jepun menunjukkan bagaimana cara masyarakat mereka menikmati pisang. Beliau membuka
sebiji pisang perlahan-lahan. Pisang itu diletakkan di atas sebuah pinggan. Pelajar itu memotong sedikit
pisang itu menggunakan pisau.

Harga sebiji pisang amat mahal di Jepun dan dianggap makanan mewah. Mereka hanya sekali sekala
sahaja akan makan pisang.Perbezaan sebeginilah yang dipanggil pertembungan budaya

ISU-ISU YANG DIPENGARUHI

CARA PERCAKAPAN

Pada masa kini, banyak bahasa barat telah campur kepada bahasa kita. Contohnya, "Malam ini kita pergi
dinner.". Ini membuktikan betapa hebatnya pengaruh barat terhadap kita. Bahasa melayu kita yang kita
sering gunakan sekarang sudah "bercampur" dengan bahasa dari barat menjadi satu cara percakapan
yang baru.

Sebenarnya, ini bukan merupakan sesuatu yang buruk, kerana bahasa barat lebih biasa digunakan.
Namun cara percakapan yang kasar turut dicampur ke dalam bahasa melayu kita. Terutamanya
golongan remaja yang menganggap bahasa barat yang kasar itu sesuatu yang dapat membesarkan
maruah diri sendiri dan mereka tidak tahu bahawa itu akan menjatuhkan maruah diri mereka.

Sebenarnya, kita perlulah menjaga imej bangsa kita melalui cara percakapan kita. Selain itu, ini jugalah
untuk meneruskan tradisional kita dan supaya bahasa Melayu dapat terus digunakan oleh bangsa kita
pada masa akan datang.

HEDONISMA

Budaya yang berasal dari negara Barat ini sebenarnya merupakan barah yang kini semakin mengancam
jiwa remaja di Malaysia pada masa kini. Bukan begitu sahaja, ia mampu merapuhkan adat berbudi
bahasa yang merupakan pegangan hidup masyarakat Malaysia pada suatu masa dahulu. Budaya ini
begitu cepat menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang
dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar. Dengan kemunculan
pelbagai pusat hiburan dan kebebasan media yang tidak dikawal ketat, hedonisme merebak dengan
pantas tanpa disedari mereka. Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu
berleluasa. Ini termasuk penggunaan pil Eecstasy yang banyak digunakan oleh remaja kota. Selain itu,
peningkatan kelahiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi adalah akibat gejala negatif di kalangan
remaja yang terpengaruh dengan hedonisme.

Budaya Hedonisme dibawa masuk dari budaya barat dan seterusnya memudaratkan budaya masyarakat
tempatan di Malaysia. Punca gejala ini timbul akibat kurang didikan agama. gejala negatif di kalangan
belia terutama remaja Islam. Didikan agama yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk
ketahanan dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada
mereka.

FESYEN BARAT
Fesyen barat dikaitkan dengan meniru fesyen terutamanya dari segi pemakaian.Sebagai contoh,
memakai pakaian yang terdedah atau tidak menutup aurat yang boleh menimbulkan pelbagai perspeksi
dalam kalangan masyarakat. Fesyan barat sememangnya mempamerkan imej yang tidak senonoh dan
seksi.Salah satu punca seseorang meniru fesyen-fesyen barat ialah mereka mengamalkan gaya hidup
moden.Gaya hidup moden biasanya diamalkan di bandar bagi sesetengah golongan masyarakat. Meraka
lebih suka mengikut fesyen terkini seiring dengan arus pemodenan dan globalisasi. Bagi mereka pakaian
tradisional dianggap lapuk di telan zaman. Seseorang yang meniru ciri-ciri pemakaian barat secara tidak
langsung dipandang rendah oleh masyarakat. Hal demikian disebabkan oleh imejnya yang seksi,
terdedah dan terlalu menjolok mata tidak dapat diterima oleh masyarakat. Golongan yang meniru
budaya pemakaian barat dianggap tidak mempunyai identiti yang tulen dan asli.

MAKANAN & MINUMAN BARAT

Pengaruh makanan dan minuman barat semakin berleluasa di masyarakat kita sehingga ia menjadikan
masyarakat seolah-olah lupa akan makanan dan minuman yang menjadi identiti keperibadian bangsa.
Pengaruh makanan dan minuman barat telah menguasai minda masyarakat kita. Walaupun makanan
dan minuman barat tidak bercanggah dengan agama, tetapi secara tidak langsung ia telah berjaya
mengikis jatidiri belia remaja. Contohnya isu makanan, walaupun ia merupakan isu kecil, tetapi dominasi
makanan segera telah menenggelamkan makanan tradisi masyarakat hari kini. Belia remaja kita lebih
mengenal makanan dan minuman keluaran barat daripada masakan tradisi yang turun-temurun
masyarakat dahulu. Kami boleh terdapat pelbagai jenama makanan di mana-mana bandar di Negara kita
seperti Mc Donald, KFC, Pizza Hurt dan lain-lain manakala minuman seperti Pepsi, Coca-Cola, Seven-Up
dan lain-lain. Belia remaja merasakan pengambilan makanan dan minuman segera merupakan satu
lambang cara hidup yang moden. Sebenarnya ia akan menyebabkan masakan tradisi semakin pupus dan
belia remaja kehilangan identiti keperibadian bangsa.

PERGAULAN BEBAS

Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab masalah pergaulan bebas dalam kalangan anak muda
di Negara kita.Salah satunya ialah terpengaruh daripada cerita Hollywood yang tidak sesuai ditonton
oleh remaja bawah umur 18 tahun.Kebanyakkan cerita yang ditayangkan ini mamaparkan aksi-aksi yang
kurang sopan antara lelaki dan perempuan ,seperti melakukan hubungan intim tanpa ikatan yang sah
atau lebih tepat lagi dengan istilah melakukan maksiat.Keadaan seperti inilah yang menyebabkan remaja
yang menonton tayangan ini akan terpengaruh dan ingin mencubanya dengan rakan yang berlainan
jantina.
Selain itu,masalah pergaulan bebas ini sering menular kerana adanya pengaruh daripada anak-anak
muda yang pernah menuntut di perantauan,mereka membawa pulang budaya barat dan
mempraktikkannya apabila pulang ke tanah air.Mereka bergaul bebas tanpa mengira
jantina,menyebabkan generasi muda yang melihatnya terpengaruh serta memberi impak negatif seperti
menjerumuskan anak muda ini ke arah penzinaan dan seks bebas.Keadaan seperti inilah yang boleh
menyebabkan berlaku kes pembuangan bayi serta masalah keruntuhan akhlak generasi muda hari ini.

JUDI & ARAK

Dalam kitab Bible thecatat sesiapa yang mengejar kekayaan dengan cara yang jahat, menyangkakan dia
tidak akan dirundung kemiskinan. Di dalam Kitab Tirukal kitab suci agama Hindu ayat 931 menyebut:
Jangan berjudi, kerana jika pun kamu menang, kemenangan itu laksana mata kail yang menyangkuk ikan
yang menelannya. Di dalam buku Buddhism in Practice, Dr Peter Santina menulis: Dalam hal ini Buddha
menasihatkan manusia menjauhkan diri dari Enam aktiviti yang perlu dijauhkan adalah perjudian,
hiburan yang mahal-mahal, bercampur dengan mereka yang tidak baik, malah, minum arak dan
berpelisiran di jalan-jalan. judi ini bukan budaya semua agama di dunia ini. Ia adalah pengaruh budaya
barat yang ingin menghancurkan sesuatu bangsa secara tidak disedari. Judi termasuk juga tikam nombor
ekor dan sekutu dengannya.

Budaya barat seperti clubbing merupakan satu buday yang menjadikan judi dan arak menjadi semakin
popular di kalangan remaja ini. Mereka merasakan judi dan arak adalah sesuatu kegiatan yang dapat
medatangkan keseronokan dan kekayaan secara cepat. Namun semua ini dalah dilarang oleh ajaran
agama.

RUMUSAN

Pengaruh budaya Barat telah membawa kesan buruk kepada keruntuhan akhlak seseorang mahupun
masyarakat pada masa kini. Generasi muda merupakan salah satu sasaran utamanya. Antara kesan yang
amat membimbangkan ialah serangan budaya barat kepada pemikiran dan moral masyarakat. Semakin
ramai golongan pemuda hari ini sentiasa mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri
kehidupan barat. Misalnya, memakai pakaian berjenama barat, media barat yang semakin membanjiri
masyarakat muda, makanan segera keluaran barat dan lain-lain lagi. Dalam era pasca modenisme,
mereka tidak suka menjalani kehidupan yang tiada keseronokan, samada nilai, adat dan sejarah-sejarah
dahulu, termasuklah agama. Kesan intelektualan Barat ini telah memaparkan sifat negatif dalam
kalangan mereka apabila sesuatu perkara yang tetap dan stabil tidak digemari seperti institusi agama
yang menimbulkan nilai dan cara bertindak yang tidak serasi dengan mereka.

Punca-punca gejala sosial

Pengaruh Media Massa

Masyarakat mudah terdedah kepada banyak maklumat - bukannya semua maklumat itu berunsur positif
- belia yang bernaluri belum matang mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka.

Pengaruh Internet

Remaja mudah mengakses Internet - terdedah kepada maklumat yang menjurus ke arah pemikiran
negatif.

Pengaruh Rakan Sebaya

Ibu bapa sibuk dengan urusan kerja masing-masing - remaja lebih mesra dengan rakan mereka dan lebih
mempercayai rakan berbanding dengan ahli keluarga atau ibu bapa - remaja mudah terikut-ikut dengan
tindakan rakan sebaya.

Pengaruh Artis

Penyanyi dari negara Barat khususnya mempraktikkan amalan tidak sihat seperti minum arak dan
menagih dadah - membawa remaja ke arah kemaksiatan dan keruntuhan moral.

Sikap Ibu Bapa

Ibu bapa tidak prihatin terhadap sifat dan kelakuan anak-anak - ada sesetengah ibu bapa yang terlalu
mengongkong anak -anak menyebabkan anak mereka mencari inisiatif lain untuk lari daripada kawalan
ibu bapa.

Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba

Perkara baru akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. Remaja terdorong untuk
mencuba disebabkan tiada panduan daripada ibu bapa.

Kurangnya Didikan Agama

Remaja yang kekurangan didikan agama dikatakankapal tanpa nakhoda - mudah terpengaruh dengan
budaya negatif - menginginkan kebebasan

Sikap Masyarakat yang Tidak Mengambil Berat tentang Permasalahan Remaja


Masyarakat tidak mahu dikatakan 'menjaga tepi kain orang - membiarkan tanggungjawab kepada pihak
kerajaan sahaja -

Kesan-kesan gejala sosial

Terhadap individu sendiri

Dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat.

Terhadap keluarga

Mengakibatkan ketidakharmonian dalam kekeluargaan - berlakunya penceraian - maruah dan nama baik
tercemar - keluarga menjadi porak-peranda dan berpecah-belah - perasaan buruk dan prasangka - sifat
saling curiga-mencurigai antara ahli keluarga.

Terhadap masyarakat

Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram - perpaduan, pembangunan dan kemajuan
masyarakat terjejas

Terhadap negara

Kehilangan generasi dan pemimpin pada masa hadapan - pembangunan negara akan terbantut -
keadaan ekonomi negara sukar untuk berkembang - kadar jenayah dalam negara meningkat -
perbelanjaan kerajaan meningkat kerana bertambahnya kos nyata di negara

Kos nyata termasuklah:

Kehilangan / kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi.

Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan untuk penagih dadah.

Kos bagi menyelenggarakan program-program pencegahan.

Kos kerugian akibat aktiviti jenayah yang berlaku.

Kos untuk meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan bilangan anggota polis,
kakitangan jabatan makamah, hospital dan sebagainya .

Cara mengatasi gejala sosial


1. Ibu Bapa Memberikan Didikan Agama Sejak Kecil

Ibu bapa harus memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak kecil membolehkan mereka
membezakan betul atau salah sesuatu perkara - mendidik anak-anak bahawa terlibat dalam gejala sosial
merupakan tindakan yang tidak betul.

2. Ibu Bapa Memberikan Kasih Sayang Sepenuhnya Kepada Anak-anak

Ibu bapa patut memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak mereka - peka
terhadap perubahan yang berlaku pada anak-anak.

3. Guru sebagai Kawan kepada Remaja

Guru di sekolah harus bertindak bukan sahaja sebagai pembimbing akademik, malahan juga sebagai
kawan kepada remaja - anak murid akan berjumpa dengan guru apabila menghadapi masalah.

4. Penganjuran Kempen

Pihak berkuasa harus kerap mengadakan kempen - menyedarkan para remaja tentang keburukan
terlibat dalam gejala sosial.

5. Peranan Media Massa

Media massa mesti mengawal penyiaran secara besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja -
perlu sering menonjolkan remaja yang baik - sebagai contoh untuk diteladani.

Anda mungkin juga menyukai