Anda di halaman 1dari 11

Isi Kandungan

1. Pengenalan ............................................................................................................................. 1

2. Pengertian Hisbah.................................................................................................................. 2

3. Fungsi Hisbah......................................................................................................................... 4

4. Sejarah Hisbah di Zaman Awal Islam ................................................................................. 5

5. Perlaksaan Hisbah di Malaysia ............................................................................................ 7

6. Langkah-langkah Memperkasa Badan Hisbah di Malaysia ............................................. 8

7. Kesimpulan............................................................................................................................. 9

1. Pengenalan

Institusi hisbah dalam sejarah ketamadunan Islam adalah sebuah institusi keagamaan yang
melaksanakan tugas berlandaskan konsep amar maruf nahi munkar iaitu memastikan agar
manusia melakukan kebaikan bila mana ternyata kebaikan itu ditinggalkannya dan melarang
manusia dari melakukan kemungkaran apabila ternyata perbuatan tersebut mula
dikerjakannya.

Walau bagaimanapun, institusi ini telah kehilangan fungsi dan kewibawaan akibat kejatuhan
empayar Islam. Institusi ini semakin dilupakan dalam dunia moden hari ini, peranannya telah
dipecahkan dan diambil alih oleh agensi-agensi dan institusi-institusi yang berbeza untuk
melaksanakan tugas tersebut.
Dalam perbincangan ini, ia dilakukan untuk mengkaji dengan lebih dalam untuk perihal hisbah
ini. Kita akan mulakan dengan pengertian hisbah itu sendiri serta fungsi-fungsinya. Kemudian,
kita akan melihat sejarah permulaan dan penubuhan institusi hisbah itu di zaman awal Islam.
Seterusnya, kita akan mengkaji tentang pelaksanaan konsep hisbah ini di Malaysia serta
cadangan langkah-langkah untuk memperkasakan pelaksanaan hisbah di Malaysia.
Perbincangan ini akan diakhiri dengan kesimpulan yang dapat dibuat hasil keseluruhan kajian
ini.

2. Pengertian Hisbah

Dari segi bahasa, perkatan hisbah itu sendiri berasal daripada kata hasaba-yahsubu-hasban-
hisabn-hisbnan-husbnan-hisbatan-hisbat-an, yang bererti upah dan balasan. Hans Wehr juga
ada menyatakan bahawa perkataan hisbah itu diambil dari kata hasaba yang bermakna menghitung
(reckoning dan computing), berfikir (thinking) memberikan pandangan, dan lain-lain. Kata yang
berkaitan dengan hisbah yang berasal dari kata kerja ini, iaitu ihtisb (computation, calculation,
consideration, reflection, debiting, crediting, valuation, contentedness, satisfaction), dan muhtasib
(bursar, treasurer). Manakala Ibn Manzhr menjelaskan bahawa perkataan al-hisbah berasal dari
kata al-ihtisb. Yang dimaksudkan dengan kata al-ihtisb itu adalah dalam beramal soleh dan
menjauhi perbuatan tercela yakni segera bertindak untuk mendapatkan pahala dan
mengusahakannya dengan melakukan kebaikan-kebaikan. Dari pengertian tersebut pula dapat
ditegaskan di sini bahwa al-hisbah atau al-ihtisb bererti perbuatan baik yang dilakukan untuk
mendapatkan pahala dengan penuh kesedaran. Kesedaran ini dating nya dari keikhlasan untuk
melaksanakan perintah Allah dengan tanggung jawab menyampaikan kebaikan dan mencegah
kemungkaran yang ada di hadapannya.

Berlainan pula dengan makna hisbah dari segi istilah yang telah dikemukakan oleh al-M-
ward yang telah menegaskan bahwa hisbah merupakan perintah untuk melaksanakan perbuatan
yang baik, bila mana perbuatan baik itu telah nampak ditinggalkan dan mencegah perbuatan
mungkar, bila mana perbuatan mungkar itu telah nampak dikerjakan. Definisi hisbah yang lebih
spesifik dari segi istilah dikemukakan oleh Ibn Khaldn yang menyatakan bahawa hisbah
merupakan tugas keagamaan yang termasuk dalam aspek menyuruh pada kebenaran dan melarang
pada kemungkaran. Kewajiban seperti ini terpusat pada permasalahan kaum muslimim. Oleh hal
itu, yang harus menduduki jawatan mulia tersebut ataupun di sebut sebagai muhtasib adalah
kalangan yang mempunyai kemampuan dalam melaksanakan tugas tersebut dan dapat menjadi
pembantu badan ini bekerja mencari kemungkaran yang dilakukan oleh samada para pemimpin
negara mahupun rakyat. Tugas tersebut sesuai dengan perbuatan yang dilakukannya membawa
manusia pada dunia yang bermanfaat bagi kehidupannya.

Tuntutan untuk melaksanakan hisbah didasarkan kepada firman Allah SWT :

Ertinya : Hendaknya ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Merekalah orang-
orang yang beruntung. (QS. Al-Imran:104)

Bentuk amar makruf dalam hisbah ialah menyuruh dan menghendaki seseorang itu
mengerjakan yang makruf, yakni semua hal yang dituntut syarak, termasuk perbuatan dan
perkataan yang membawa kemaslahatan bagi individu dan masyarakat, yang wajib mahupun yang
sunat. Sedangkan bentuk nahi munkar dalam hisbah ialah meminta seseorang itu menjauhi yang
munkar, yakni semua yang dilarang syarak, termasuk perbuatan dan perkataan yang mendatangkan
kesulitan kepada peribadi dan masyarakat.

Mujam al Wasith menerangkan definisi hisbah sebagai sebuah lembaga yang dibentuk oleh
negara Islam dengan melantik seseorang yang bertugas mengawasi urusan umum, harga dan adab
umum. Berdasarkan definisi tersebut, setidaknya ada tiga perkara penting mengenai institusi
hisbah , iaitu yang pertama adalah hisbah adalah sebuah lembaga, jabatan atau badan yang secara
khusus dibentuk oleh pemerintahan atau kerajaan. Kedua tugas utamanya adalah melakukan amar
makruf nahi munkar. Seterusnya, tugas hisbah yang lebih spesifik adalah mengawasi berbagai
kegiatan ekonomi di pasar, menjaga mekanisme pasaran berjalan secara normal dan tidak
terganggu, dan melakukan tindakan pembetulan ketika terjadi gangguan dalam pasaran.
3. Fungsi Hisbah

Seperti yang dibincangkan dalam bahagian sebelum ini, fungsi utama hisbah adalah
mengamalkan amar makruf nahi munkar dan pengawasan kegiatan ekonomi dalam pengurusan
pasaran perniagaan. Dari sudut amar makruf nahi munkar, hisbah perlu memastikan dalam
sesebuah kawasan itu terhindar dari kegiatan yang buruk mahupun kepada individu, masyarakat
atau negara. Hal ini termasuklah dari segi hubungan sosial masyarakat.

Selain itu, A.A Islahi menjelaskan bahawa fungsi umum hisbah adalah sebagai pelaksana
kebajikan yang berkaitan dengan aspek moral dan melakukan pengawasan terhadap kegiatan
pasaran. Pertama, pengawasan terhadap kecukupan barang dan servis dalam kegiatan pasaran.
Muhtasib harus mengawal sumber barang dan servis mencukupi seperti yang dikehendaki
masyarakat. Bila terdapat kekurangan sumber atau bekalan, muhtasib memiliki kuasa untuk
menyediakan bekalan tersebut secara langsung.

Kedua, pengawasan terhadap industri. Dalam industri ini tugas utama muhtasib adalah
pengawasan terhadap standard produk. Muhtasib juga memiliki kuasa untuk menjatuhkan
hukuman terhadap perniagaan atau sesuatu industry yang terbukti merugikan masyarakat atau
negara dan membantu memecahkan perselisihan yang muncul antara majikan dan pekeja, jika
perlu menetapkan upah minimum atau upah asas yang diperlukan. Untuk kebaikan industri,
muhtasib juga dapat mengeluarkan pelbagai ketetapan lain seperti jam atau hari kerja dan pekerja
agar kegiatan industri berjalan lancar.

Ketiga, pengawasan atas industri servis. Penipuan dan pelbagai ketidakjujuran lainnya lebih
mudah terjadi di dalam urusan servis daripada pasaran barang. Muhtasib memiliki kuasa untuk
mengawasi adakah para professional yang menawarkan perniagaan servis seperti doktor, ahli
farmasi, guru, dan penawar servis yang lain lagi telah melaksanakan tugasnya sepenuhnya, serta
apakah mereka melakukan penipuan atau tidak.

Keempat, pengawasan atas perdagangan. Muhtasib harus menilai pasaran secara umum dan
pelbagai amalan perniagaan yang berbeza secara khusus. Muhtasib harus mengawasi timbangan
dan ukuran, kualiti produk, menjamin pedagang dan para ejennya tidak melakukan penipuan yang
merugikan pengguna, tidak menetapkan harga yang tidak adil, dan sebagainya. Muhtasib juga
harus menjamin para peniaga tidak melanggar ajaran Islam, misalnya memungut riba dan menjual
barang yang haram.

Kelima, perancangan dan pengawasan bandar dan pasaran. Muhtasib juga berfungsi sebagai
pusat pentadbiran bandar yang berfungsi untuk menjamin pembangunan rumah atau kedai-kedai
dilakukan sesuai dengan ketentuan hukum, sehingga memberikan keamanan bagi masyarakat.
Muhtasib juga bertanggungjawab memisahkan industri satu dengan yang lain agar tidak saling
membahayakan. Misalnya, industri yang menghasilkan asap seperti kilang-kilang tidak boleh
berhampiran dengan industri farmasi dan pakaian.

Keenam, pengawasan terhadap keseluruhan pasaran. Muhtasib harus menjamin segala bentuk
keperluan agar persaingan dalam pasaran dapat berjalan dengan sihat dan mematuhi seruan syarak.
Misalnya menyediakan informasi yang telus bagi yang terlibat dalam pasaran, menghapuskan
sekatan untuk keluar dan masuk pasaran, termasuk juga membongkar pelbagai amalan menyorok
barangan dengan tujuan untuk menaikkan harga barang.Dengan demikian hisbah mempunyai
bidang kuasa yang luas dalam mengatur pasaran sehingga menjadi pasaran yang menepati syarak.

4. Sejarah Hisbah di Zaman Awal Islam

Ahmed Sobhi Mansour dalam artikelnya menyebutkan lebih mendalam sejarah terbentuknya
institusi hisbah pertama kali. Mansour berpendapat bahawa secara institusi, hisbah belum wujud
ketika zaman Rasulullah S.A.W, Khalifah atau bahkan pada masa Umayyah, namun perlu
diperjelaskan bahawa situasi pemerintahan pada zaman Rasulullah S.A.W, Khalifah, Umayyah
dan Abbasiyyah cukup berbeza. Perbezaan tersebut mempengaruhi segala keputusan negara dalam
pentadbiran negaranya, dan salah satunya adalah pandangan negara terhadap fungsi hisbah ini.

Pada waktu tersebut, gelaran untuk mereka yang menjalankan hisbah ialah petugas pasar (al-
amil ala al-suq) atau penyelias pasar (sahib al-suq) yang bertanggungjawab menyelia dan
mengawasi perjalanan perniagaan dan menentukan timbangan dan sukatan dalam urusniaga.
Sebagai contoh, Baginda telah melantik Said bin Said bin al-As sebagai penyelia pasar di kota
Mekah, sementara di kota Madinah pula beliau telah melantik Saidina Umar al-Khatab sebagai
penyelianya.

Selepas kewafatan Rasullullah S.A.W tugas menjalankan hisbah ini diteruskan lagi oleh
Khalifah Rasyidin. Terdapat riwayat menyatakan bahawa saidina Umar al-Khatab pernah
memukul pemilik binatang yang membawa muatan yang berlebihan sehingga menyiksa binatang
tersebut. Malah beliau juga mengawasi kegiatan perniagaan di pasar dan memukul penjual yang
menjual di kaki lima jalan sehingga mengganggu lalulintas dan beliau juga pernah mencurahkan
susu yang bercampur dengan air.

Saidina Uthman pula memberi perhatian dengan mengawasi kemudahan awam dan pasar-
pasar. Manakala Saidina Ali Abi Thalib pula meninjau keadaan pasar dan menasihati penjual
supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah, memperelokkan urusan jual beli dan mencukupkan
timbangan dan sukatan. Selain itu beliau juga membakar rumah-rumah yang menjual arak.

Pada masa Rasulullah S.A.W dan Khalifah, dimana peranan pemimpin begitu mendalam dan
pemerintah dijalankan dengan begitu demokrasi, banyak polisi-polisi merangkumi kemaslahatan
secara meluas. Sementara pemerintahan Umayyah dan Abbasiyyah memiliki sifat kekerasan yang
lebih menonjol akibat corak pemerintahan kerajaan dinasti yang mereka miliki, dimana terdapat
banyak pengkhianatan akibat iri dan ketidak puasan serta musuh yang tidak suka berada dalam
pemerintahan seperti umayyah dan abasiyyah, sehingga banyak undang-undang atau polisi yang
dikeluarkan pada masa pemerintahan mereka bermotif mempertahankan atau memperkukuh
kekuasaan.

Ketika zaman kerajaan Umayyah, institusi hisbah semakin berkembang selaras dengan
tuntutan masyarakat ketika itu dan berkembangnya jajahan takluk Islam. Tugas menjalankan
hisbah ketika itu masih lagi dipegang oleh pemerintah.

Namun terdapat juga pembantu-pembantu yang dilantik bagi membantu penyeliaan pasar-
pasar dan menawasi moral masyarakat. Malah pada zaman akhir pemerintahan Umayyah,
panggilan muhtasib telah digunakan bagi menggantikan panggilan petugas di pasar (al-amil al-
suq) atau penyelia pasar (sahib al-suq).
Semasa pemerintahan kerajaan Abbasiyyah pula, institusi hisbah telah diasingkan daripada
institusi lain dan ini memberi ruang kepada muhtasib untuk mentadbir insitusi ini secara penuh
sambil dibantu oleh pembantu yang dikenali sebagai arif dan amin.

Zaman Fatimiyyah pula menyaksikan instistusi hisbah begitu ketara sekali peranannya sebagai
penguatkuasa peraturan dan undang-undang. Muhtasib bukan sahaja bertanggungjawab
memeriksa di pasar dan menentukan sukatan yang betul, malah juga bertugas memastikan
pemandu kenderaan pengangkutan seperti kereta kuda dan keldai tidak membawa muatan
berlebihan.

5. Perlaksaan Hisbah di Malaysia

Di Malaysia, kebanyakan badan atau institusi yang menjalankan fungsi amar makruf nahi
munkar tidak lagi dinamakan hisbah, sebaliknya mempunyai nama, gelaran dan juga pendekatan
yang tersendiri. Institusi-institusi ini juga berfungsi secara terasing antara satu sama lain. Dalam
aspek keagamaan misalnya, kebanyakan fungsi untuk memelihara akhlak dan hal ehwal yang
berkaitan ibadah umat Islam misalnya terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam
Negeri.yang mempunyai unit penguatkuasaan yang tersendiri dan berfungsi untuk mengajak
kepada makruf dan mencegah mungkar lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan isu akidah, syariah
dan akhlak seperti murtad, maksiat, pernikahan, hak nafkah dan lain-lain.

Dalam aspek-aspek lain seperti aspek perundangan dan keselamatan, Malaysia mempunyai
pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berperanan untuk menguatkuasakan undang-undang
dan memelihara keamanan serta kemakmuran negara. Tugas ini juga sebenarnya merupakan
manifestasi kepada seruan amar makruf nahi munkar. Dalam erti kata lain, PDRM berperanan
untuk melindungi negara dan menjamin keselamatan masyarakat daripada jenayah dan
kemungkaran. Hal ini juga termasuk dalam urusan amar makruf nahi munkar.

Dalam aspek perbankan dan kewangan, terdapat kajian yang melihat Majlis Pengawasan
Syariah (MPS) yang terdapat di bank-bank sebagai badan yang melaksanakan fungsi hisbah, tetapi
dalam ruang tugas yang terbatas. MPS dan hisbah menekankan aspek pematuhan kepada syarak
sekaligus mengatakan MPS menjalankan sebahagian tugas hisbah. Hal ini secara langsung
menunjukkan terdapat juga pengamalan hisbah dalam aspek kewangan dan perbankan. Akan
tetapi, ia berlaku dalam konteks yang kecil sahaja seperti memastikan produk dan perjalanan
aktiviti perbankan berjalan atas landasan syarak.

Selain itu, jika disorot sejarah hisbah pada zaman kegemilangan Islam dahulu seperti yang
dibincang dalam bahagian sebelum ini, pelaksanaannya banyak tertumpu kepada urusan muamalat
dan aktiviti sosio-ekonomi masyarakat. Di Malaysia, terdapat beberapa badan atau institusi yang
bertujuan untuk menjaga dan mengawal aktiviti sebegini. Contohnya, Malaysia mempunyai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang
ditubuhkan dengan matlamat untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang
beretika di samping melindungi kepentingan pengguna. Bidang tanggungjawab KPDNKK antara
lain termasuklah mengawal selia perdagangan dalam negeri, perlindungan hak-hak pengguna,
perlindungan harta intelek dan pendaftaran serta penyeliaan perniagaan. Peranan KPDNKK ini
khususnya yang berkaitan dengan aktiviti muamalat seperti perdagangan, jual beli dan timbangan
adalah menyamai peranan hisbah pada zaman Islam dahulu.

Dalam aspek perbandaran, terdapat banyak Majlis Perbandaran di setiap negeri di Malaysia
yang berperanan untuk memelihara kebersihan, keamanan dan pembangunan bandaraya
masingmasing. Peranan ini pada hakikatnya juga merupakan sebahagian daripada tugas hisbah.

6. Langkah-langkah Memperkasa Badan Hisbah di Malaysia

Melihat kepada fungsi dan bidang tugas institusi-institusi ini, pada asasnya banyak lagi institusi
di Malaysia yang memainkan peranan untuk mendukung dan menyahut seruan amar makruf nahi
munkar sebagaimana hisbah. Rata-ratanya bermatlamat untuk mendisiplinkan masyarakat di
samping untuk menjaga keharmonian dan memelihara kerukunan hidup bermasyarakat. Namun
demikian, kebanyakan institusi yang memainkan peranan amar makruf nahi munkar pada masa
kini masih dipandu dan terikat dengan corak pengurusan dan pendekatan yang tersendiri dan lebih
terbuka kepada sistem pengurusan moden. Hal ini bermakna, pelaksanaan amar makruf nahi
munkar oleh institusi-institusi ini masih boleh dikaji, diperinci dan diperhalusi supaya ia benar-
benar dikatakan mengikut acuan hisbah.
Antara kaedah yang dapat dilaksanakan bagi membangunkan institusi hisbah di Malaysia
adalah dengan mewujudkan satu jabatan bagi melaksanakan hisbah. Hal ini dapat memudahkan
pentadbiran dan pengurusan maslahat berkaitan hisbah dapat diselaraskan dan dapat dilaksanakan
secara efisien. Walaubagaimanapun, cadangan ini mungkin juga dapat dilaksanakan dengan
menyatukan semua agensi-agensi, institusi dan lain-lain lagi badan yang menjalankan
penguatkuasaan hisbah ini samada secara langsung atau tidak langsung supaya segala urusan
berkaitan dengan hisbah boleh dikuatkuasakan secara lebih sentral. Sebagai contoh, badan-badan
dan agensi-agensi yang berkaitan seperti PDRM, Jabatan Agama Negeri dan sebagainya boleh
menghantar wakil untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat dari segi cara penguatkuasaan
hisbah itu sendiri supaya pelaksanaannya lebih tertumpu kepada mematuhi tuntutan syarak.

Sehubungan dengan itu juga, tidak kira sama ada penubuhan institusi baru mahupun secara
korobrasi di antara pihak-pihak yang berkenaan, pegawai yang terlibat seharusnya dilantik secara
rasmi dengan mengadakan proses akur janji atau ikrar di khalayak ramai agar dapat mewujudkan
rasa tanggungjawab dalam kalangan pegawai mahupun masyarakat. Jika proses ini dapat
dihebahkan kepada masyarakat ramai, sekurang-kurangnya masyarakat lebih peka dengan dan
sedar bahawa pentingnya hisbah ini dilaksanakan dalam pentadbiran negara ini. Tambahan lagi,
pihak-pihak berkenaan juga dapat menghebah perihal penguatkuasaan hisbah ini supaya dapat
memupuk kesedaran tentang keperluan pelaksanaan hisbah ini.

Akhir sekali, pihak berwajib seperti kerajaan dan agensi-agensi nya seharusnya menetapkan
cara penguatkuasaan yang lebih efektif dalam perihal hisbah ini. Setiap pegawai atau anggota
penguatkuasa dalam setiap institusi pula perlu telus dalam menjalankan tugas tanpa wujudnya
perasaan pilih kasih atau ketidaktelusan seperti pengambilan rasuah atau sogokan.Para individu
atau entiti yang tidak mematuhi apa yang dimaktubkan dalam pelaksanaan hisbah ini septatutnya
diambil tindakan yang tegas di samping mendidik mereka supaya lebih peka dengan kesalahan-
kesalahan yang telah dilakukan.

7. Kesimpulan
Hisbah dari segi syarak bermaksud menyuruh seseorang untuk melakukan perbuatan baik yang
sudah jelas ditinggalkannya, dan mencegah perbuatan munkar yang terang dan jelas yang
dilakukan oleh orang tersebut serta mendamaikan permusuhan.

Tiga perkara penting yang perlu diingat dalam hisbah adalah, ia nya satu institusi atau badan
yang dilantik secara khusus oleh pihak pemerintahan dan tugasnya adalah untuk melaksanakan
amar makruf nahi munkar serta mentadbir dan mengawal kegiatan ekonomi dan pasaran dalam
sesuatu kawasan, daerah, negara dan sebagainya.

Kesimpulan yang dapat dibuat setelah membuat sedikit kajian mengenai perihal hisbah dalam
perbincangan ini adalah, jika dapat dilaksanakan secara rasmi dan efektif, hisbah ini dapat
membentuk negara kita untuk menjadi lebih aman dan maju. Dewasa ini terdapat banyak
penyelewengan dalam hampir semua peringkat samada dari sudut ekonomi mahupun pentadbiran.
Dengan ada nya pelaksanaan hisbah ini, kita berharap agar kegiatan-kegiatan yang tidak
berlandaskan syarak dapat dikurangkan seterusnya dapat dihapuskan.

8. References

Al-Ghazaliy, A. (1968). Ihya Ulum ad-Din. Qahirah: Muassasah al-Halabi wa Syurakah.

al-Thhir Ahmad al-Zw. (1996). Tartb al-Qms al-Muht al Tharqah al-Mishbh al-Munr
wa Ass alBalghah, Juz I. Riydh: Dr Alam al-Kutub.

Farr, a., al-Hanbal, & Ab Yal Muhammad ibn al-Husayn. (1994). al-Ahkm al-
Sulthniyyah. Bayrt: Dr al-Fikr.

Fauzan Saleh. (2009). The Institution of Hisbah: Its Roles in Nurturing Fair and Just Economic
Systems in Islam. Seminar Ekonomi Islam Peringkat Kebangsaan 2009 (SEIPK '09).

Hans Wehr. (1961). A Dictionary of Modern Written Arabic. Ithaca N.Y: Cornell University
Press.

Ibn Khaldn. (1961). Muqaddimah. Bayrt: Dr al-Fikr.

Islahi, A. (1988). Economic Concept of Ibn Taymiyyah. Leicester UK: The Islamic.
Louis Malf. (1986). al-Munjd f al-Lughah wa al-Alm . Bayrt: Dr al-Mashriq.

Mohd Nazri Chik. (2011). SHARIAH AUDIT: SHARIAH PERSPECTIVE. International


Shariah Audit Conference @ 9 Mei 2011. Kuala Lumpur: Bank Islam Malaysia Berhad.

Muhammad ibn Mukarram bin Al ibn Manzhr. (n.d.). Lisn al-Arab. Mishr: Dr
alMishriyyah li al-Talf wa al-Tarjamah.

Anda mungkin juga menyukai