Anda di halaman 1dari 10

1

Tajuk Cerpen: Marsya Aiza


Penulis: Reenisha Thyagarajan

Marsya Aiza baru saja habis mencuci pinggan dan


mangkuk serta mengemas bilik dapur yang bersepah
itu. Penat buatnya. Kedengaran keluhan berat daripada
bibirnya. Dengan langkah yang malas, dia menuju ke
ruang tamu lalu menghempaskan punggungnya ke sofa
coklat itu. Otak fikirannya hanyut di alam lamunan
yang tersendiri.

NAH! Aku akan pastikan impianku jadi kenyataan. Aku


mesti! Itu tanggungjawabku! Aku akan pastikan Ezy
berjaya untuk mengharungi setiap badai kehidupan
yang menantinya. Ini suatu permulaan baginya,
permulaan yang harus menjadi uswah dan hala tuju
dirinya untuk menjadi modal insan yang cemerlang.
Aku tidak mahu dia jadi macam abang Zairil yang telah
memusnahkan masa depannya.Itu bukan salah dia
sendiri, rasa kasihan mula terbit di hati Marsya. Ah,
yang dah lalu tak usah aku fikirkan. Sekarang cita-
citaku ialah mahu melihat Ezy berjaya. Ya, Ezy, kakak
tidak mahu kau tersilap langkah dan aku yakin kau tak
akan. Kita akan berlumba-lumba mengejar cita-cita
yang tersemat. Azam kalau dicampurkan dengan usaha,
pasti akan mengemburkan kejayaan, bukankah gitu!

Begitulah hebatnya Marsya Aiza bermonolog sendirian


untuk merealisasikan sesuatu yang telah kukuh
terpahat di kotak akalnya sejak dia sedar akan
tanggunjawabnya.

Angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa lalu


menampar mukaku dengan lembut.. Marsya tersedar
daripada ketegangan fikirannya yang baru sahaja reda.
Dia memejam celik matanya berulang-ulang kali bagi
menghilangkan rasa mengantuk. Bayangan wajah abah
dan ibunya menguasai fikirannya satu per satu. Dia
kecewa melihat insan yang alfa dan evasif seperti
2

orang tuanya. Sejumlah kisah pahit terbayang di


ingatan. Kenangan itu mula membesar dan menjajahi
benaknya. Nawaitu materialistik yang menyelubungi
ibu bapa Marsya yang menyebabkan mereka
mengabaikan kewajipan mereka sebagai ibu bapa.
Mereka juga yang menjadi punca abangnya, Zairil tidak
maju dan berjaya dalam hidupnya tetapi hanya
menjadi sampah masyarakat.

Abah dan ibu hanya mementingkan wang, wang dan


wang sahaja! Apakan wang itu yang dapat membeli
semua benda di dunia ini? Aku tak faham sikap abah
dan ibu, dan aku tak mahu jua. Nasib baikku yang
mungkin menyebabkan aku dikelilingi persekitaran
yang baik dan positif. Kalau bukan kerana guru-guruku
dan kawan-kawanku, aku tentu jadi macam abang
Zairil.Marsya Aiza berbisik pada dirinya lagi.

Otak fikirannya menerawang mencari kapastian. Tiba-


tiba dia teringat akan Ezy yang sedang tekun belajar
untuk Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang
akan didudukinya tidak lama lagi. Marsya bergegas ke
dapur untuk membancuh kopi untuk adiknya itu.
Dengan memegang cawan kopi di tangannya, dia
berjalan dengan perlahan ke arah meja di ruang
tamunya lalu diletakkannya kopi yang panas itu.
Sebelum sempat dia berkata, Ezy melaung dari atas.

Kak Sya..
Ezy nak tengok TV boleh tak?
Kejap je ada Housesekarang.

Itulah satu-satu rancangan kegemaran Ezral yang tidak


gagal ditontoninya. Marsya hanya tersenyum sendirian
memikirkan Ezy yang gila dengan rancangan itu.

Ya Ezy, kakak baru saja nak panggil kau turun minum


kopi dah kau nak turun. Cepat ke bawah ya, boleh
kau rest kejap, jawab Marsya.
3

Ezy pun dengan segera menyimpan buku-bukunya lalu


melangkah turun dengan pantas supaya dapat
menikmati kopi sambil menonton rancangan yang
diminatinya.

Tengok tu Ezy, sudah lewat ni masih tak kelihatan


bayang-bayang abang kau tu.
Alah kan sudah normal abang pulang lambat..
Tapi tak kan setiap hari pun sama je, dah malas aku
nasihat dia.balik-balik sama perangainya.
Kasihan kak bagai mencurahkan air ke daun
keladi.
Alah.cukuplah dengan peribahasa kau tu. Buat aku
frust je.

Ezy tersenyum sinis.Khusyuk dia mengenakan kakaknya


itu.

Hari ini, abang Ril lupa bawa kunci rumah bersama,


tulah aku tunggu dia.Tapi tengok tu, dah tau tak ada
kunci dengannya, tak terfikir nak balik awal, ishh!
Pleaselah kak, dah pasti abang Ril belum sedar pun
yang dia tak bawa kunci dengannya.
Aduhai! Mungkin juga. Habislah, entah berapa lama
aku nak tunggu dia. Dah call dia pun tak
terjawab.sambung Marsya lagi.

Eh.. kak Sya, abah dan ibu belum balik lagi ke?
Haa. mana boleh balik lagi, you know ada party
besar-besaran di rumah korporat itu. Dapat jumpa all
the rich people.nanti mana dapat berlagak kalau
mereka tak pegi, jawab Marsya dengan selamba.

Kata-kata kakaknya itu mengundang ketawa di bibir


Ezral.
Selepas Ezral menonton rancangan yang amat
digemarinya sambil menghirup kopi yang dibancuh oleh
kakanya, dia terus ke biliknya untuk kembali membelek
buku-buku yang bersepah di meja bacaanya.
4

Jendela di ruang tamu dikuak agar angin dingin segar


malam dapat masuk. Marsya yang bersendirian terasa
berada di rumah sepi seperti tiada manusia yang
menghuninya. Seperti malam-malam yang lalu hanya
bunyi cengkerik yang begitu setia menemani malam.
Titis-titis hujan yang menimpa laman direnungnya
tunak. Segugus nafas tenat dileraikan dari dada. Tanpa
suara. Marsya berjalan dengan langkah longlai, lalu
mencekau surat khabar yang terbaring di meja. Begitu
teliti dia membaca semua artikel. kata demi kata
dengan penuh perhatian.
Tiba-tiba daun pintu dibuka dan dihempas dengan
begitu kuat. Marsya tekejut bagaikan terdengar bedilan
mortar. Marsya terasakan bahang kemarahan mulai
meresap ke dalam hatinya apabila melihat perangai
abangnya itu.

Abang Ril! Abang tau tak sekarang pukul berapa


sudah? Dah tak bawa kunci rumah bersama, tak terfikir
untuk pulang awal ke? Tak terfikir adik you ni akan
menunggu!

Ril, sekadar mengangguk-angguk beberapa kali tanpa


sepatah bicara. Marsya merenungnya dengan kebencian
yang meluap-luap. Dirinya mula diselimuti perasaan
pesimis dan mengalah.

Dia ni tak akan berubah! kata Marsya dengan nada


yang marah bercampur kecewa.

Pedih di hati dikunci dengan teguh lalu dia bergerak


menuju ke biliknya. Sebelum pnitu biliknya dibuka,
Marsya meneriak memberi amaran kepada adiknya
yang sedang rajin mengulang kaji pelajaran.

Ezy! Jangan terjaga lama sangat, esok kan ada


sekolah. kena bangun awal ni.
Ya kak, kejap lagi Ill go to bed already,jawabnya
tenang.
5

Tanpa berkata, Marsya terus ke dalam biliknya lalu


merebahkan dirinya atas katil. Dia terus melelapkan
matanya.

Malam memanjang dinahari telah berlalu. Deringan


nyaring jam bulat di bilik Marsya mengejutkannya lalu
memanifestasikan pagi sudah menjelma. Marsya
bingkas bangun dan meneruskan rutin hariannya.
Selepas mengerjakan sembahyang subuh, dia segera
membangunkan Ezal untuk bersedia ke sekolah.
Kemudian terus ke dapur, sibuk menyediakan sarapan
pagi. Ezral menggalas beg sekolahnya lalu menuruni
tangga dengan langkah yang pantas.

Kak sya, kenapa asyik roti bakar aja jadi sarapan?


Kenapa Ezy kau harapkan chicken chop pagi-pagi lagi
ke?Marsya mengusik adiknya itu.

Ezy hanya melontarkan pandangan tajam kepada


kakanya.Marsya tesenyum puas mengenakan adiknya.

Selepas Ezral ke sekolah, Marsya kembali meneruskan


kerja hariannya seperti biasa sambil mendengar radio
yang sedang mengumandangkan lagu-lagu sentimental.
Mentari pagi yang pada mulanya seolah-olah mengintai
di sebalik lautan sudah mula memancarkan cahaya
emas. Kicauan burung turut mmeriahkan suasana.

Sejurus kemudian, Marsya keluar ke beranda rumah


dan memerhati sinaran sang suria yang bergemerlapan
ke arah tingkap rumah jirannya. Pada masa itu,
terdengar bunyi enjin kereta dimulakan yang menerjah
perhatian Marsya. Matanya lantas terfokus pada wajah
abah dan ibunya yang sedang menaiki kereta Perdana
putih yang kemudiannya meninggalkan halaman rumah.
Marsya menjuihkan bibirnya sambil melirikkan
6

matanya. Dia sudah biasa melihat ibu bapanya keluar


mencari nafkah pada pagi dan hanya pulang ke rumah
lewat malam. Kemudian matanya mendongak ke atas
memerhati langit . Dia memikirkan tentang Ezral yang
akan menempuh cabaran hebat dalam dua minggu lagi
yakni peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang
amat mustahak bagi Ezy.

Ingatan yang dating tiba-tiba itu segera pula


tertangkap dan terbayang wajah Ezy di mindanya.
Wajah Ezy yang bersih, yakin dan menonjolkan cirri-ciri
kematangan tentunya mentah dalam menangani hidup
penuh pancaroba, kata hati Marsya. Ada kebimbangan
yang berakar di perdu hati Marsya tetapi falah itu
sudah mula dikecapinya.
Ezy nescaya akan mencapai azamnya kerana telah dan
sedang berhempas pulas dengan prakarsa dan
semangat yang berkobar-kobar. Ezy tentu akan
membuktikan kebolehannya sekali gus merealisasikan
impian aku juga,bisik Marsya dalam hatinya.Pejuangan
tak akan berakhir, selagi ada ombak di lautan kata
Marsya dengan penuh iltizam mahu menguatkan
keyakinanya.

Pejam celik, dua minggu sudah berlalu. Dalam kata


lain, peperiksaan yang akan diduduki Ezral sudah pun
tiba. Hati Marsya digigit resah yang bukan kepalang.
Kesejukan mencengkam urat-urat saraf tangan Marsya
walaupun sinar cahaya masih belum hilang dan langit
masih lagi cerah tambahan pula panas mentari tengah
hari itu membahang. Melalui reaksi muka Ezy, dia
kelihatan begitu yakin dan bersemangat tetapi
perasaan cuak terselindung di sebalik sanubarinya.

Ketabahan dan kesabaran akan membuahkan nikmat


yang tidak dapat dinilai, Ezy. Usahakau selama ini akan
7

membuahkan hasil, Insya-Allah mahkota kemenangan


itu akan kita kecapi bersama. Jangan kau risau, usaha
tangga kejayaan! Semoga kau berjaya Ezy!
Kakak akan doakan kejayaan kau.

Marsya menukilkan kata-kata semangat yang berjaya


meresap ke seluruh urat saraf Ezral. Dia kelihatan lebih
bersemangat.

Ezral akan menghadapi detik-detik bernilai dengan


bersungguh-sungguh,kak Sya. Saya yakin Tuhan akan
kabulkan aspirasi saya dan kakak saya pergi dulu ya
kak..luah Ezral tatkala memandang Marsya.

Marsya hanya melihat adiknya yang melangkah dengan


tenang dan kukuh meniggalkan halaman rumah untuk
menghadapi peperiksaan yang amat bermakna buatnya.
Teriak Marsya dengan nada yang lantang.

Ezy, all the best!


Thank you! ujar Ezy, sambil menaiki bas sekolah yang
menunggunya.

Peperiksaan selama tiga hari itu berlalu dengan sekelip


mata. Ezy berpuas dengan setiap kertas yang
diambilnya. Dia agak yakin dengan cara dia menjawab
kesemua kertas tersebut. Marsya hanya mengukir
senyuman puas apabila melihat wajah adiknya yang
gembira dan tenang.
..
Masa berlalu dengan begitu pantas. Hati seakan berdoa
meminta jarum jam berhenti sebentar. Angin petang
datang menyisar-nyisar hingga menyeratkan daun-daun
kering gugur ke serata halaman. Petang mula remang
merangkak senja, cahaya merah langit pudar dan mula
bertaut dengan kegelapan. Lubuk hati Marsya
berdebar-debar. Esok ialah hari yang teramat istimewa
dan juga membimbangkan. Keputusan peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah akan diumumkan esok.
8

Sebak meesap ke dalam diri Masya. Dia kelihatan lebih


gementar menghadapi hakikat berbanding Ezral.
Marsya menggaru-garu dagu yang sebenarnya tidak
gatal. Dia cuba membuang kecanggungannya dan
melemparkan pandangannya ke arah Ezral yang sedang
menonton television dengan perasaan cool tanpa rasa
risau yang terpancar di wajahnya. Bibir Marsya
menyulam secebis senyuman. Dia terus melahap wajah
adiknya yang ceria itu.

Malam dicengkam kedinginan. Marsya dan adiknya


masing-masing dalam bilik mereka. Ezral sempat
memejamkan matanya, lalu tidur dengan nyenyak.
Marsya pula tidak dapat melelapkan matanya yang
penat. Keraguan demi keraguan mula menyelinap
dalam fikirannya, tidak sabar rasanya menanti saat
yang signifikan itu. Bagaimana jua dengan berfikiran
positif dia menutup kelopak matanya.

Sesekali kicauan sang burung dan hembusan sang bayu


memainkan irama,
masing-masing membuktikan keagungan ciptaan Tuhan.
Pagi itu Marsya sudah bangun awal-awal lagi dan juga
membereskan kerja hariannya dengan cepat sekali. Dia
juga sudah bersedia begitu awal untuk mengikut Ezy ke
sekolah, mangambil keputusannya. Rasa resah kembali
menggamit Marsya. Entah mengapa debaran di hatinya
kian kencang. Semua ini menyerabutkan lagi otaknya.
Dia hanya merenung persekitarannya dengan renungan
yang tidak membawa apa-apa makna. Sejenak
kemudian, Ezral yang sudah berpakaian sekolah turun
ke bawah untuk mengambil sarapannya. Ezy hanya
dapat mengukir senyuman apabila melihat kakaknya
yang membatukan diri merenung jam yang tergantung
di dinding. Suara Ezy memecah keheningan.

Kak Sya, Ezy kena pergi sekolah sebelum pukul 10.00,


so. you ready?
9

Err.yup! Lets go kata Marsya sambil mengambil


begnya.

Sampai sahaja di sekolah, suasana yang riuh rendah


dengan murid-murid yang juga menanti keputusan
masing-masing menyebabkan bulu roma Marsya
meremang. Mata Marsya dan adiknya saling
bertatapan, penuh pengertian yang tersembunyi.
Semua murid bertebaran bagaikan lipas kudung untuk
beratur sebaik sahaja guru tingkatan masing-masing
menuju ke dewan dengan keputusan peperiksaan.
Apabila tiba giliran Ezral, terpancar semacam rasa
cemas dan yakin yang bercampur aduk di hatinya.
Marsya dari jauh hanya mendoakan kejayaan bagi Ezy.
Matanya bersinar mahu menanti keputusan daripada
Ezy. Ezral menggeleng-geleng hairan, dan Marsya
berasa payah untuk mengertikannya. Amat sukar bagi
Marsya untuk menerima saat-saat seperti ini. Pada
masa itu juga, suasana begitu bingit dengan jeritan dan
tangisan murid-murid yang sudah menerima keputusan
mereka. Hati Marsya berdetik hiba dan dari kelopak
matanya tergenang air mata kegembiraan tatkala
melihat slip keputusan peperiksaan Ezy yang tercatat
7A. Marsya mengukir senyuman syabas kepada Ezy. Air
mata masih bercucuran di pipi Marsya yang terlalu
gembira dan bangga.

Hasrat kita telah Tuhan kabulkan. Usahakau selama


ini telah membuahkan hasil,Ezy! Tahniah Ezy!

Terima kasih, kak. Tanpa kakak, tak mungkin Ezy


boleh mendapat keputusan ini. Semangat dan dorongan
kakak yang membolehkan Ezy berjaya.Terima kasih,
kak.

Itu tanggungjawab kakak, Ezy.tak payah nak ucap


terima kasih. Kak, sangat puas dan girang dengan
usaha kau yang akan mencerahkan masa depan kau.
10

Kau akan dapat masuk aliran sains, dan kau mesti


berusaha lebih gigih seperti kata peibahasa patah
tongkat berjermang untuk menjadi insan yang lebih
cemerlang.

Hasrat Marsya yang mahu adiknya berjaya telah


menjadi kenyataan. Dia berasa gembira kerana
kehidupan Ezral tidak seperti abangnya Zairil. Bukan
sahaja Ezy, tetapi dia juga berjaya membentuk dan
menunjukkan jalan yang baik kepada adiknya. Marsya
yakin sinar kebahagian akan sentiasa menemani Ezral.

Anda mungkin juga menyukai