Anda di halaman 1dari 1

5.

4 Perancangan Cara Menyemak Data

Bahagian ini menerangkan cara untuk mengumpul data bagi menjawab soalan kajian.
Data yang telah digunakan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Selain itu,
dalam bahagian ini ada juga menerangkan tentang wajaran markah bagi setiap soalan
yang dijawab oleh murid. Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang
dicadangkan, pengkaji akan membuat tinjauan masalah yang telah dikenalpasti bagi
tujuan menegesan kemahiran murid dalam aktiviti lukisan. Pengkaji juga akan membuat
rumusan faktor wujudnya ketidakaslian karya di kalangan murid tahun lima dalam aktiviti
lukisan.

Pengkaji akan menggunakan beberapa instrumen kajian bagi mendapatkan data kajian
iaitu ujian diagnostik, temubual, rekod pemerhatian serta rekod pemarkahan sepanjang
penggunaan kit gaya pembelajaran gambar, bunyi dan pergerakan. Hal ini bagi
memudahkan instrumen ini untuk mengukur objektif kajian yang berbeza.

Jadual 5
Perancangan Semakan Data

Soalan Kajian Cara Pengumpulan Data Analisis


1) Apakah masalah yang dihadapi Ujian diagnostik Peratus & Min
murid dalam menghasilkan Pemerhatian
karya lukisan?

2) Mengapakah keaslian karya Ujian pra & pasca Peratus & Min
lukisan di kalangan murid tahun Pemerhatian
lima adalah terhad? Rekod hasil kerja

3) Bagaimanakah penggunaan kit Ujian pra & pasca Peratus & Min
gaya pembelajaran gambar, Temubual
bunyi dan pergerakan (GBP) Pemerhatian
berkesan dalam membantu
menambah nilai keaslian karya
murid?

Anda mungkin juga menyukai