Anda di halaman 1dari 3

KEMAHIRAN MELAKSANA INTERVENSI

INTERVENSI

Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang
bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri.
Intervensi biasanya diaplikasikan untuk menangani masalah peribadi yang sangat
teruk.
Hal ini termasuklah merokok, menghisap dadah, bergaduh, dan sebagainya.
Kemahiran ini sering digunakan sekiranya klien mengalami masalah tekanan emosi
dan mental yang membahayakan.

INTERVENSI LANGSUNG

Melibatkan klien (pelaku) sama ada seorang mahupun secara berkumpulan.

Diadakan secara berhadapan tanpa sebarang halangan.

Bagi mencari dan berbincang tentang punca dan kaedah peneguhan kepada
tindakan yang telah diambil.

INTERVENSI TIDAK LANGSUNG

Kerjasama keluarga klien.

Dijalankan bagi menyelidik selok-belok klien dengan lebih terperinci.

Dapat menyelesaikan masalah dengan lebih efisyen.

Kemahiran melaksanakan intervensi diperlukan selepas masalah klien dapat dikenal


pasti. Dalam kemahiran melaksanakan intervensi, terdapat tiga aspek yang perlu
dititikberatkan oleh kaunselor, iaitu:

Meneroka Alternatif

Membuat Rumusan

Mengambil Tindakan Susulan


MENEROKA ALTERNATIF

Setelah kaunselor dapat menganalisis masalah yang dihadapi oleh klien, barulah dia
akan membantu untuk menyusun strategi penyelesaian.

Kaunselor haruslah mempunyai kemahiran menerokai strategi penyelesaian


bersama-sama klien.

Contoh kes:

Fahid menyatakan masalahnya kepada kaunselor iaitu dia berasa stres kerana selalu tidak
dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru dan sering dimarahi oleh gurunya
disebabkan tidak dapat menghantar kerja rumah.

Dalam kes ini, kaunselor perlu berbincang dengan klien untuk mencari dan
menerokai alternatif bagi mengatasi masalah klien.

Selepas itu, kaunselor seharusnya menyenaraikan semua alternatif yang telah


diterokai seperti di bawah:

Kurangkan masa menonton televisyen.

Kurangkan masa tidur petang (jika klien biasa melakukannya).

Berunding dengan ibu bapa supaya waktu klien menolong ibu bapa
dikurangkan.

Menyediakan sebuah jadual waktu yang sistematik dan mengikuti jadual


tersebut pada setiap hari.

Kaunselor perlu berunding dengan klien tentang alternatif-alternatif yang telah


disenaraikan kerana hanya klien sendiri sahaja yang mengetahui alternatif yang
mana satu boleh dilaksanakan.

Sekiranya semua alternatif yang disenaraikan tidak sesuai untuk dijalankan, maka
alternatif yang lain perlu difikir sama-sama oleh kaunselor dan klien.

Setelah klien telah berjaya memilih alternatif yang rasional seperti mengurangkan
masa menonton televisyen supaya mempunyai masa lebih untuk menyiapkan kerja
rumah, kaunselor seharusnya memuji tindakan klien tersebut.

MEMBUAT RUMUSAN

Pada akhir sesi kaunseling, kaunselor dan klien hendaklah sama-sama menentukan
alternatif yang paling sesuai untuk dilaksanakan.

Dalam kes ini, murid boleh memilih lebih daripada satu alternatif.

Contoh :

Dia boleh memilih alternative 1 dan 3 daripada senarai di atas, iaitu mengurangkan masa
untuk menonton televisyen dan berunding dengan ibu bapa supaya tempoh dia menolong
ibu bapanya dikurangkan.
Sekiranya bantuan kaunselor diperlukan untuk berunding dengan ibu bapa, maka
inisiatif ini boleh diambil.

Hal ini kerana, lebih mudah bagi guru berunding dengan ibu bapa bagi mendapatkan
lebih masa untuk kerja sekolah berbanding dengan usaha murid itu sendiri.

Setelah dipersetujui alternatif yang akan diambil oleh murid untuk menyelesaikan
masalah, maka murid hendaklah mula bertindak.

MENGAMBIL TINDAKAN SUSULAN

Sebagai langkah bagi mengesan sama ada alternatif telah dilaksanakan.

Kaunselor berusaha menemui murid berkenaan bagi menentukan sama ada satu-
satu alternatif itu sesuai atau sebaliknya.

Jika tidak sesuai sesi kaunseling susulan diadakan.

Anda mungkin juga menyukai