Anda di halaman 1dari 4

BOLA TAMPAR

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR

Pengenalan

Dipercayai bahawa permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah
dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah , Amerika Selatan dan Asia
Tenggara. Menurut Howard Keith (1942) dalam bukunya yang bertajuk ‘Sport and
Games’ mengatakan bahawa permainan bola tampar di Amerika telah diubahsuai
daripada ‘Fraust Ball’ yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893.

Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di gymnasium


Y.M.C.A.,Springfields, Massachusettles, Amerika Syarikat oleh Prof.William J.Morgan
(1870-1942) sebagai satu permainan rekreasi. Morgan telah dipertanggungjawabkan
untuk mereka satu permainan rekreasi untuk para lelaki yang enggan bermain bola
keranjang. Pada mulanya bola keranjang telah digunakan sebagai alat permainan.
Namun penggunaan bola keranjang telah menyebabkan kesakitan tangan para pemain.
Kemudian,Morgan telah meminta pertolongan daripada syarikat Spalding untuk
mencipta bola baharu yang dihasilkan menggunakan kulit anak lembu. Bermula dari itu,
permainan bola tampar mula diminati dan diterima oleh masyarakat. Pada awalnya,
bola tampar dikenali dengan nama ‘Mintonette’. Kemudian, namanya diubah kepada
‘volleyball’ oleh Prof. H.T. Halstead pada tahun 1896.
PERKEMBANGAN PERMAINAN BOLA TAMPAR DI DUNIA

KANADA & INDIA (1900)

CUBA (1905)

CHINA (1906)

JEPUN (1908)

PUERTO RICO (1909)

FILIPINA (1909)

EROPAH

 Yogoslavia (1918)
 Czechoslovakia & Poland (1919)
 Rusia (1922)
KEMAHIRAN BOLA TAMPAR

A) Servis
 Dilakukan untuk memulakan permainan.
 Servis dilakukan di luar gelanggang.
 Servis terbahagi kepada dua jenis iaitu
I. Servis bawah tangan
II. Servis atas kepala

Servis atas kepala

Cara melakukan servis ini.

1) Posisi mula
 Berdiri dengan kaki kangkang yang jaraknya lebih kurang luas bahu.
 Bawa kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan
tangan kanan dan sebaliknya bagi peservis yang biasanya menggunakan
tangan kiri.
 Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan.
 Bengkokkan sedikit lutu.
 Badan menghadap ke hadapan.
 Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan sebelah
kanan badan dan sebaliknya bagi peservis tangan kiri.
 Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 inci daripada garisan belakang.

2) Lambungan
 Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit.
 Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan tangan
sekaligus tangan akan memukul bola tersebut.

3) Aksi tangan / kontak


 Semasa bola dilambungkan tangan yang membuat servis ditarik ke belakang
mengikut pergerakan buah bandul jam.
 Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan
akan dipindahkan kepada bola dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan.
 Kontak bola dimulakan dengan tangan memukul bola.
 Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yag lurus.
 Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.
 Pergerakkan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola.
 Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.

Anda mungkin juga menyukai