Anda di halaman 1dari 126

Asas Senaman Kecergasan &

Asas Sains Dalam


Pendidikan Jasmani II
(PJM1044)

PPISMP Ambilan Jun 2015


Semester 2 (Jan Mei)
Tahun 1 (2016)
LAKUAN MOTOR
(MOTOR BEHAVIOR)
Definisi Lakuan Motor
Satu kajian tentang
pelaksanaan postur dan lakuan
manusia hasil daripada proses-
proses dalaman yang
bersepadu yang membawa
kepada perubahan kekal dalam
lakuan.
Kategori Lakuan Motor
Boleh dibahagikan kepada dua
iaitu:
(i) Kawalan Motor
(Motor Control)
(ii) Pembelajaran Motor
(Motor Learning)
KAWALAN MOTOR
Kajian tentang postur dan
pergerakan manusia, dan
proses-proses dalaman yang
mengawalnya.
TEORI-TEORI
KAWALAN MOTOR
Sheridan (1984) telah mencadangkan empat
ciri pergerakan mahir yang harus
dititikberatkan dalam mana-mana teori
kawalan motor:
(i) Fleksibiliti kemahiran pergerakan
(ii) Keunikan kemahiran pergerakan
(iii) Ketekalan kemahiran pergerakan
(iv) Pengubahsuaian kemahiran pergerakan
FLEKSIBILITI KEMAHIRAN
PERGERAKAN
Merujuk kepada kebolehan seseorang untuk
melengkapkan / menyiapkan sesuatu
tugasan dengan menggunakan pelbagai
sumber otot-rangka (musculoskeletal).
Sebagai contohnya, jika matlamat adalah
untuk memastikan bola tampar melepasi
jaring secara sah, maka pemain boleh
menggunakan kepala, kaki atau lengan
dengan menyangga / mengumpan bola
tersebut.
KEUNIKAN KEMAHIRAN
PERGERAKAN
Pergerakan serupa adalah mustahil apabila
pergerakan relatif berlaku, atau lebih variabel
dimasukkan.
Sebagai contohnya, apabila seseorang
individu sedang bergerak dan objek pegun;
atau apabila objek bergerak dan individu
tersebut pegun; atau kedua-dua individu dan
objek bergerak.
KETEKALAN KEMAHIRAN
PERGERAKAN
Merujuk kepada di mana (ciri ruang/spatial),
dan bila (ciri masa/temporal) pergerakan
yang serupa dari satu lakuan kepada lakuan
lain.
Sebagai contohnya, seorang pemukul sofbol
yang berpengalaman berupaya mengayun
bet dengan menunjukkan ciri temporal bila
untuk mengayun dengan ciri spatial di mana
bet itu diayun berulang kali.
PENGUBAHSUAIAN
KEMAHIRAN PERGERAKAN
Kebolehan mengubahsuai pergerakan
semasa lakuan.
Sebagai contohnya, seorang gimnas
melakukan hambur tangan ke belakang, dan
berguling atas titian berupaya menukar arah
hambur tangan ke belakang kali kedua
dengan mengubahsuai kedudukan
tangannya.
TEORI REFLEKS
Satu paradigm yang menerangkan lakuan
sebagai sesuatu yang stereotaip, involuntary
(tidak terkawal) dan respons pantas terhadap
rangsangan.
Direka untuk menerangkan lakuan motor
yang dapat diperhatikan.
TEORI HIERARKI
Satu konsep kawalan motor yang
berdasarkan satu hierarki yang bermula
dengan otak dan neokorteks (korteks
serebrum tidak termasuk hipokampus dan
cuping piriform), dan beroperasi dalam satu
pola hierarki untuk menyelaraskan kawasan
rendah sistem saraf pusat semasa lakuan.
Berdasarkan tanggapan bahawa otak
mengawal kesemua bahagian membuat
keputusan dan lakuan.
TEORI SISTEM DINAMIK
Satu paradigma yang menerangkan kawalan
pergerakan yang berkoordinasi dan
hubungan dinamik di antara persekitaran dan
individu.
Juga dikenali sebagai teori ekologi atau teori
sistem tindakan.
KEMAHIRAN MOTOR
Satu tindakan anggota yang
terkawal atau tugasan yang
berteraskan matlamat.
KLASIFIKASI
KEMAHIRAN MOTOR (1)
Fitts (1964) adalah individu
pertama yang mengklasifikasikan
kemahiran motor.
(i) Kemahiran diskret
(ii) Kemahran berterusan
KEMAHIRAN DISKRET
Satu kemahiran di mana pergerakan
mempunyai satu permulaan dan satu
akhiran yang nyata.
Sebagai contohnya, pic sofbol,
balingan percuma bola keranjang,
lombol, terjunan.
KEMAHIRAN BERSIRI
Beberapa kemahiran diskret yang
digabungkan untuk membentuk satu siri.
Turutan unsur penting digabungkan
adalah penting.
Setiap pergerakan adalah rangsangan
dan respons.
Sebagai contohnya, rutin gimnastik,
lompat kijang, lompat tinggi.
KEMAHIRAN BERTERUSAN
Satu siri pergerakan yang berulang-
ulang atau yang berkait dengan
bahagian lain kemahiran untuk
mencapai sesuatu matlamat.
Sebagai contohnya, lari pecut 50m,
renang gaya bebas 100m,
berbasikal.
KLASIFIKASI
KEMAHIRAN MOTOR (2)
Gentile (1972) mengklasifikasikan
kemahiran motor berdasarkan dua
model dimensi yang berfokus pada
keadaan persekitaran dan
pergerakan relatif.
(i) Kemahiran tertutup
(ii) Kemahran terbuka
KEMAHIRAN TERTUTUP (1)
Kemahiran yang bercirikan oleh satu
persekitaran yang stabil, sedikit
perubahan dalam persekitaran, dan
individu mengawal persekitaran spatial.
Pelaku mengawal kadar aktiviti yang
dilakukan.
Pelaku menentukan bila memulakan
pergerakan.
KEMAHIRAN TERTUTUP (2)
Tidak dipengaruhi oleh persekitaran.
Persekitaran yang stabil, tetap dan boleh
diramal.
Sebagai contohnya, boling untuk
dapatkan strike, memukul bola di atas
tee, lontar peluru, guling hadapan, dirian
tangan.
KEMAHIRAN TERBUKA (1)
Kemahiran di mana hubungan di antara
persekitaran dengan individu atau objek
berubah-ubah. Individu perlu menentukan
tuntutan spatial dan temporal dan
menyelarasnya dengan persekitaran.
Tindakan ditentukan oleh sumber luaran.
Melibatkan pelaku dalam tindak balas.
Sangat terpengaruh dengan perubahan
persekitaran yang berubah-ubah.
KEMAHIRAN TERBUKA (2)
Pola pergerakan persepsi yang dominan
memerlukan adaptasi.
Sering memerlukan adaptasi yang pantas dan
variasi kemahiran.
Sebagai contohnya, turutan serangan bola
tampar, rali Jai alai, memukul bola dalam
sofbol, menerima servis tenis, hantaran dan
penerimaan bola dalam permainan bola
keranjang, membuat takel dalam ragbi.
KLASIFIKASI
KEMAHIRAN MOTOR (3)
Individu lain yang mengklasifikasikan kemahiran
motor adalah:
Knapp (1963)
Broer (1966)
Konorski (1969)
Whitting (1969)
Logan dan McKinney (1970)
Laban (Laban Notation)
1.1
ASAS
KAWALAN MOTOR
DEFINISI
Kawalan Motor
Bidang pengajian yang melibatkan
pergerakan berdasarkan aspek-aspek:
Mekanisme pengawalan postur &

pergerakan
Organisasi proses yang terlibat dalam
mekanisme pengawalan pergerakan
Kawalan dicapai melalui interaksi semua
jenis lakuan motor yang mampu
dihasilkan oleh sistem biologi
Sistem biologi manusia adalah suatu sistem
yang bebas dan berfungsi mengikut
keperluannya seperti sistem saraf, sistem
otot, sistem rangka dan sistem peredaran
darah.
Bagi melakukan pergerakan, sistem biologi
sebenarnya dipengaruhi oleh daya-daya luar
seperti daya graviti, inersia dan geseran.
Daya luaran ini adalah bersifat dinamik.
Kecekapan pergerakan tidak bergantung
kepada kelajuan tetapi dikawal oleh
kecekapan sistem biologi.
Setiap pergerakan yang dilakukan disesuaikan
dengan persekitaran dan peranan yang
dimainkan oleh setiap individu.
Sebagai contohnya, dalam permainan bola
sepak, penjaga gol menangkap bola untuk
menghalang bola daripada masuk ke gawang
gol.
Manakala dalam permainan badminton
pemain akan cuba mematikan bulu tangkis di
gelanggang pihak lawan untuk membolehkan
mereka memperoleh mata dan seterusnya
memenangi perlawanan.
1.2
JENIS
KAWALAN MOTOR
Jenis Kawalan Motor

Lakuan Motor Berkemahiran


(Pergerakan Terkawal)
Voluntary movement

Lakuan Motor Tanpa Kemahiran


(Pergerakan Tidak Terkawal)
Involuntary movement
Jenis Kawalan Motor

Lakuan Motor Berkemahiran


Kemahiran Generik
Kemahiran Berobjektif

Kedua-dua kemahiran ini melibatkan


pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor
Lakuan Motor Berkemahiran

Kemahiran Generik Kemahiran Berobjektif


Sedia ada (diwarisi) Lanjutan daripada
kemahiran generik dan
Berkembang melalui mempunyai objektif
proses tumbesaran khusus
& kematangan
Berkembang melalui
proses praktis dan latihan
Lakuan Motor Berkemahiran
Voluntari
Dihasilkan secara sedar atas pilihan
Dikawal
Mutu lakuan bergantung kepada:
Tahap kemahiran
Pengalaman
CONTOH 1
Sepak Takraw
Apabila menerima servis, pemain yang
kurang berkemahiran akan terus
menghantar semula bola ke gelanggang
lawan.
Manakala pasukan yang berkemahiran
akan mengangkat, mengumpan dan
merejam ke gelanggang lawan.
CONTOH 2
Badminton
Apabila mendapat hantaran tinggi di
garisan belakang gelanggang, pemain
berkemahiran tinggi mungkin akan
membuat smesy atau drop shot.
Manakala pemain yang berkemahiran
rendah mungkin akan membalas
dengan hantaran setengah gelanggang.
Mekanisme Pergerakan Voluntari
Dibahagi kepada 2 bahagian:
Transmisi Sensori
Penerimaan dan penghantaran impuls
sensori ke korteks somatosensori melalui
thalamus

Transmisi Motor
Proses integrasi sensori motor dan
penghantaran impuls motor ke sistem
efektor - otot
Transmisi Sensori
Korteks
somatosensori

Talamus berfungsi
menghubungkan maklumat
sensori ke korteks serebral dan Impuls sensori dihantar ke
berlaku pemprosesan awal talamus melalui korda spina
semua maklumat sensori di
pusat kortikal maisng-masing.

Maklumat sensori diterima daripada reseptor yang relevan & neuron


sensori akan menukar rangsangan kepada impuls saraf.
Transmisi Motor
Berlaku proses integrasi sensori motor di
korteks penggabung

Neuron sensori yang membawa impuls


sensori akan bersinaps dengan neuron
motor di korteks motor

Impuls motor dihantar semula ke korda


spina melalui laluan-laluan kortikospinal.

Di korda spina, berlaku proses merekrut


unit motor ko-aktivasi bagi spesifikasi
peranan dan penguncupan otot
Impuls motor seterusnya dihantar ke
sistem efektor untuk membolehkan
pergerakan
Neuron Motor &
- pergerakan pantas & pergerakan untuk
menghasilkan daya maksimum -
Sebagai contohnya, membengkokkan
kaki melompat sebelum melompat

- pergerakan licin dan berterusan


Lakuan Motor Tanpa Kemahiran
Lakuan motor yang dihasilkan secara luar
kawalan:
Tidak boleh memilih
Tidak boleh dimodifikasi lakuan yang
terhasil
Pergerakan involuntari terhasil apabila
pergerakan tersebut diperlukan.
Sebagai contohnya, pantulan (reflex) lutut,
tarikan kaki atau tangan apabila terkena
benda panas.
Lingkaran Refleks
Neuron Sensori
Interneuron
Reseptor

Neuron Motor
Efektor
Lakuan Motor Tanpa Kemahiran
Pergerakan
yang disebabkan oleh
rangsangan dari persekitaran luaran

Sistem Reseptor
Reseptor yang menerima rangsangan
daripada persekitaran
Refleks Tendon Patella
Ke otak
Regangan
merangsang
reseptor Neuron
Sensori

Efektor N. Motor

Interneuron
Pusat integrasi menyekat
neuron sensori
Otot mengaktifkan neuron
antagonistik motor
relaks

Menyekat neuron
motor kepada otot
antagonistik
Mekanisme Pergerakan Involuntari
1. Sistem reseptor menerima rangsangan di peringkat periferi

2. Rangsangan yang diterima oleh neuron sensori ditukarkan


kepada impuls sensori

3. Impuls sensori seterusnya dihantar ke saraf tunjang (sistem saraf


pusat peringkat rendah )

4. Impuls bersinaps dengan neuron motor di saraf tunjang

5. Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor apabila bersinaps

6. Seterusnya impuls motor dihantar ke sistem efektor

7. Maklumat impuls motor yang diterima oleh sistem efektor akan


menghasilkan pergerakan involuntari
1.3
KLASIFIKASI
KEMAHIRAN MOTOR
Klasifikasi Kemahiran Motor

Berdasarkan 3 kriteria
Ketepatan Lakuan
Ciri-ciri Pergerakan
Stabiliti Persekitaran
Ketepatan Lakuan
Berpandukan jenis atau saiz otot yang terlibat

Kemahiran Motor Kasar Kemahiran Motor Halus


Penggunaan otot-otot Penggunaan otot-otot
besar sebagai otot utama. kecil sebagai otot utama.
Cth: Angkat Berat, berlari, Cth: Mengukir, memanah,
pukulan kilas tenis dan boling, boling padang
smesy dalam dan menembak.
badminton.
Ciri Pergerakan
Organisasi Pergerakan
Kemahiran Diskret Kemahiran Bersiri
Permulaan & pengakhiran Gabungan beberapa
yang nyata
kemahiran diskret
Ditentukan oleh kemahiran

Kemahiran Berterusan
Permulaan & pengakhiran
Ditentukan oleh pelaku
Perlakuan yang sama
diulang beberapa kali
Dimensi Kemahiran
Diskret Bersiri Berterusan

DISKRET BERSIRI BERTERUSAN

Menyepak Bola Rutin Gimnastik Mengawal kereta

Memanah Menukar gear Berenang

Duduk & Bangun Menimang Bola Berlari


Stabiliti Pergerakan
Kemahiran Tertutup (Closed motor skill)
Persekitaran stabil
Membolehkan perancangan awal

Kemahiran Terbuka (Open motor skill)


Persekitaran dinamik (berubah-ubah)
Adaptasi pergerakan
Stabiliti Persekitaran
Berdasarkan keadaan persekitaran kemahiran
dihasilkan boleh berbentuk stabil atau dinamik

Tertutup Terbuka

Stabil Separa Stabil Tidak Stabil

Gimnastik Melintas Jalan Menembak - Skeet

Menaip Memandu Bola Sepak


Kepentingan Elemen Koginitif & Motor
Kepentingan relatif komponen motor &
komponen persepsi & membuat keputusan

Kemahiran Motor
Kualiti kemahiran ditentukan oleh kawalan
motor melakukan dengan tepat
Kemahiran Kognitif
Kualiti kemahiran ditentukan oleh aspek
persepsi dan membuat keputusan
Tahu apa yang perlu dilakukan
Kepentingan Elemen Koginitif & Motor

Kemahiran Motor Kemahiran Kognitif

Membuat Keputusan Sedikit Membuat Membuat Keputusan


Minimum Keputusan Maksimum
Kemahiran Motor Sedikit Kemahiran Kemahiran Motor
Maksimum Motor Minimum

Lompat Jauh Permainan Catur

Angkat Berat Memandu Kejurulatihan


2.0
PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MOTOR
2.1 Definisi
Bidangyang berfokus kepada
perubahan dari segi keupayaan
kawalan dan prestasi motor hasil
daripada praktis & latihan

Perubahandigambarkan melalui lengkok


pembelajaran
Lengkok Pembelajaran
Lengkok Linear
Pembelajaran

Peningkatan seimbang

Praktis Penguasaan

Praktis
Lengkok Pembelajaran
Lengkok Cembung

Peningkatan awal
mendadak sehingga
Pembelajaran

penguasaan asas
Peningkatan
seterusnya perlahan
Sebagai contohnya,
bermain dart, tenis
Praktis
Lengkok Pembelajaran
Lengkok Cekung

Peningkatan awal
Pembelajaran

sedikit
Peningkatan
mendadak dihujung
Sebagai contohnya,
Praktis memandu
Lengkok Pembelajaran
Lengkok Ogif S

Kombinasi lengkok
Pembelajaran

linear, cembung &


cekung
Dapat
diperhatikan
dalam kemahiran
Praktis
bersiri
2.2
Pembolehubah
Pembelajaran Motor
Pembelajaran dipengaruhi oleh
Perbezaan Individu
Pemindahan Pembelajaran
Taksonomi Kebolehan Motor
Persepsi Fleishman (1972)
(Fleishman Taxonomy of
Perceptual Motor Abilities)
Dikategorikan sebagai:
Kebolehan Motor Persepsi
Kebolehan Kecekapan Fizikal
Kebolehan Motor Persepsi
Koordinasi pelbagai anggota (multilimb
coordination)
Kebolehan mengkoordinasi pergerakan pelbagai
anggota secara serentak. Sebagai contohnya,
melakukan servis tenis atau bermain piano.

Kepersisan kawalan (control precision)


Kebolehan melakukan penyesuaian pantas dan tepat
ke atas alat kawalan yang melibatkan pergerakan
satu lengan atau kaki. Penyesuaian dibuat
berdasarkan rangsangan visual.
Sebagai contohnya, menggerakkan kayu bedik
(joystick) dalam permainan komputer.
Kebolehan Motor Persepsi
Orientasi respons (response orientation)
Kebolehan membuat pilihan kawalan dengan pantas
untuk bergerak atau bertindak daripada pelbagai
pilihan, yang lazimnya diukur sebagai masa tindak
balas pilihan.
Sebagai contohnya, tugas seorang penjaga gol yang
sentiasa menghadapi pelbagai jenis tendangan yang
tidak pasti dari pemain-pemain.
Kawalan kadar (rate control)
Kebolehan untuk menghasilkan penyesuaian
pergerakan antisipasi berterusan selaras dengan
perubahan kelajuan pergerakan sesuatu objek atau
sasaran.
Sebagai contohnya, memandu kenderaan di atas lebuh
raya.
Kebolehan Motor Persepsi
Kecekatan manual (manual dexterity)
Kebolehan memanipulasi objek-objek besar dengan
tangan dan lengan secara berkemahiran dalam
keadaan pantas.
Sebagai contohnya, mengelecek dan mengawal bola
keranjang semasa berlari.

Kecekatan jari (finger dexterity)


Kebolehan memanipulasi objek-objek kecil secara
terkawal dan berkemahiran khususnya dengan jari-jari.
Sebagai contohnya, memasukkan benang ke dalam
lubang jarum, menaip mesej dengan jari-jari di telefon
pintar.
Kebolehan Motor Persepsi
Kestabilan tangan-lengan (arm-hand steadiness)
Kebolehan melakukan pergerakan lengan dan tangan
yang tepat di mana kekuatan dan kepantasan tidak
diperlukan.
Sebagai contohnya, pelayan menatang makanan dan
minuman untuk pelanggan tanpa sebarang masalah.

Bidikan (aiming)
Kebolehan menggerakkan tangan dengan pantas dan
tepat ke sasaran yang kecil.
Sebagai contohnya, membaling dart ke sasaran.
Kebolehan Motor Persepsi
Kepantasan pergelangan tangan-jari (wrist-
finger speed)
Kebolehan melakukan pergerakan yang pantas dan
berulang-ulang dengan tangan dan jari-jari, dan/atau
pergerakan putaran pergelangan tangan, di mana
ketepatan bukanlah kritikal.
Sebagai contohnya, menulis dengan pantas.
Kebolehan Kecekapan Fizikal
Kekuatan eksplosif (explosive strength)
Kebolehan melepaskan satu tenaga maksimum dalam
satu tindakan eksplosif.
Sebagai contohnya, fasa lontaran peluru, fasa
pelepasan rejaman lembing.

Kekuatan statik (static strength)


Kebolehan mengenakan daya terhadap sesuatu yang
berat atau sesuatu objek yang sukar untuk digerakkan.
Sebagai contohnya, sukan angkat berat.
Kebolehan Kecekapan Fizikal
Kekuatan dinamik (dynamic strength)
Kebolehan menggerak atau menyokong berat jasad
secara berterusan atau berulang-ulang.
Sebagai contohnya, memanjat tali atau melaksanakan
rutin gimnastik di atas gelang.

Kekuatan batang tubuh (trunk strength)


Kekuatan dinamik yang berfokus pada otot-otot di
batang tubuh dan abdomen.
Sebagai contohnya, melakukan rutin gimnastik di atas
kekuda berpelana (pommel horse).
Kebolehan Kecekapan Fizikal
Kelenturan lanjut (extent flexibility)
Kebolehan melentur tubuh sehingga had maksimum dalam
pelbagai arah.
Sebagai contohnya, senaman yoga.
Kelenturan dinamik (dynamic flexibility)
Kebolehan melakukan pergerakan berulang-ulang dan
pantas yang melibatkan kelenturan otot.
Sebagai contohnya, penari balet.
Keseimbangan tubuh kasar (gross body equilibrium)
Kebolehan mengekalkan imbangan badan keseluruhan
tanpa visual.
Sebagai contohnya, ahli sarkas yang cuba berjalan di atas
tali tegang sambil bertutup mata.
Kebolehan Kecekapan Fizikal
Imbangan dengan kiu visual (balance with visual
cues)
Kebolehan mengekalkan imbangan badan keseluruhan
dengan bantuan kiu-kiu visual.
Sebagai contohnya, ahli gimnas melakukan aksi batang
titian.

Kepantasan pergerakan anggota (speed of limb


movement)
Kebolehan menggerakkan lengan atau kaki dengan pantas
tanpa rangsangan masa tindak balas, bagi mengurangkan
masa pergerakan.
Sebagai contohnya, membaling satu pic pantas dalam
permainan sofbol.
Kebolehan Kecekapan Fizikal
Koordinasi tubuh kasar (gross body coordination)
Kebolehan melakukan beberapa pergerakan kompleks
secara serentak.
Sebagai contohnya, pemain hoki ais yang memerlukan
lunsuran dan mengawal kayu hoki.

Kecergasan (stamina)
Kebolehan menggerakkan seluruh tubuh untuk jangka
masa yang lama; daya tahan kardiovaskular.
Sebagai contohnya, pelari jarak jauh, pelumba basikal.
Pemindahan Pembelajaran
Kesan Kemahiran Sedia Ada Kepada
Kemahiran Baharu

Positif Negatif
Membantu Mengganggu

Sifar
Tiada Kesan
Pemindahan Positif
Berlaku apabila prestasi sesuatu kemahiran
membantu prestasi satu kemahiran lain.
Lazimnya berlaku jika kedua-dua kemahiran
tersebut ada persamaan.
Sebagai contohnya, seorang pemain bola
tampar berkemahiran tinggi mendapati mudah
melakukan smesy dalam badminton kerana
kebolehannya membuat servis dalam bola
tampar.
Pemindahan Negatif
Berlaku apabila prestasi sesuatu kemahiran
menghalang prestasi kemahiran lain.
Berlaku apabila suatu tindakan baharu
diperlukan untuk bertindak balas terhadap
rangsangan yang berkait dengan kemahiran
lain.
Sebagai contohnya, seorang pemain skuasy
yang mempelajari tenis akan mendapati
pukulan hadapan sukar pada awalnya kerana
dalam skuasy, pergelangan tangan diperlukan
tetapi dalam tenis pergelangan tangan perlu
dikuncikan.
Pemindahan Sifar
Dialamiapabila kemahiran yang telah
dipelajari tidak memberi sebarang kesan
terhadap pembelajaran kemahiran
baharu.
Penghasilan Lakuan Motor

Persepsi & Aksi


Fungsi Sistem Biologi Dalam
Lakuan Motor

Pergerakan hasil daripada interaksi


sistem biologi & persekitaran
Rangsangan dari persekitaran diproses
untuk menghasilkan respons
Fungsi Sistem Biologi Dalam
Lakuan Motor
Visual
Pemprosesan

Sumber
Maklumat

Vestibular

Kinestetik
Sistem Visual
PALING DOMINAN
SISTEM AMBIENT SISTEM FOKAL
Peringkat rendah Peringkat Tinggi
Keseimbangan Pemfokusan
Kesedaran Ruang Diskriminasi Imej
Kawalan Pergerakan Identifikasi Object
Sistem Vestibular
Bahagian dalam telinga
Salur separa bulat
Vestibul
Mengawal postur semasa pergerakan
Mampu berfungsi tanpa maklumat
visual tetapi tidak sebaliknya
Sistem Kinestetik
Terdapat di sendi, otot, tendon & kulit
Reseptor dikenali sebagai proprioseptor
Memaklumkan kedudukan anggota badan
Persekitaran & Lakuan Motor
Persekitaran
- Pembekal maklumat ekstrinsik
Sistem biologi menentukan kerelevanan
- Hasil daripada pengalaman
2 sumber maklumat yang mempengaruhi
penghasilan pergerakan:
Rangsangan

Daya Fizikal
Rangsangan
Semua jenis maklumat dari persekitaran

Reseptor sensori menerima & memproses


rangsangan dari persekitaran

Ketepatan bergantung kepada keupayaan


menumpukan perhatian kepada rangsangan
yang relevan & mengabaikan rangsangan
yang tidak relevan

Perhatian berpilih (Selective attention)


Proses persepsi yang tertinggi
Daya Fizikal
Daya yang wujud secara semula jadi dalam
persekitaran
Daya rintangan udara, geseran & halaju
Mempengaruhi kualiti pergerakan
- Kecekapan individu memanipulasikan daya
- Kebolehan individu menganggarkan daya
Daya daripada otot menghasilkan
pergerakan dan kebolehubahan dalam daya
otot menghasilkan perubahan dalam
pergerakan
Interaksi Sistem Biologi &
Persekitaran
PERSEKITARAN

pergerakan mempengaruhi

SISTEM BIOLOGI

Sistem biologi menghasilkan pergerakan yang


sesuai dengan persektiran
Penghasilan pergerakan dipengaruhi
- Sistem Persepsi
- Sistem Aksi
Sistem Persepsi
Mentafsir & Memantau
- maklumat dalaman
- maklumat luaran
- perhubungan antara diri & persekitaran
Keupayaan Sistem Persepsi bergantung kepada:
- pengalaman
- pengetahuan
- inclination
- keyakinan
Sistem Aksi
Pertalian yang sepadu dengan sistem persepsi

Merealisasikan tafsiran sistem persepsi


dengan menghasilkan pergerakan yang relevan

Melibatkan 3 proses
AKSI
Organisasi
Pelaksanaan
Pemantauan
PERSEPSI
Proses Sistem Aksi

ORGANISASI LAKUAN PELAKSANAAN


Perancangan dari Mengarahkan sistem
segi: efektor
turutan otot
pemasaan pergerakan

PEMANTAUAN
Pengubahsuaian
lakuan
berasaskan maklumat
sensori
Sistem Pemprosesan Biologi
Maklumat Persepsi
Sensori Yang Langsung
Relevan

Respons Yang Kawalan


Bermakna Bermakna
PERKEMBANGAN MOTOR
Perkembangan Motor
Perubahan dari segi keupayaan kawalan
pergerakan dan prestasi motor sepanjang
hayat
Perubahan adalah hasil proses
Perkembangan

Tumbesaran

Kematangan

Penuaan

Bayi hingga Dewasa Peningkatan


Dewasa hingga Tua - Penurunan
Prinsip Perkembangan Motor

CEPHALO-CAUDAL Dari Kepala Ke Bawah


Peningkatan kestabilan (Kategori asas
pergerakan) pergerakan voluntari yang
melibatkan aspek kestabilan

Peningkatan turutan dari keadaan terlantar


ke postur duduk sehingga postur berdiri
Turutan Perkembangan & Anggaran
Umur Peningkatan Kestabilan Asas
MENGAWAL KEPALA & LEHER

Lakuan Kestabilan Anggaran Umur


Paling sebelah Lahir
Paling kedua-dua belah 1 minggu
Dipegang dengan sokongan Bulan Ke-2
Mengangkat dagu Bulan Ke-2
Kawalan pronasi Bulan Ke-3
Kawalan supinasi Bulan Ke-5
Turutan Perkembangan & Anggaran
Umur Peningkatan Kestabilan Asas
MENGAWAL BATANG TUBUH

Lakuan Kestabilan Anggaran Umur


Mengangkat kepala & dada Bulan Ke-2
Cubaaan mengguling Bulan Ke-3
Berjaya mengguling Bulan Ke-6
Mengguling Bulan Ke-8
Turutan Perkembangan & Anggaran
Umur Peningkatan Kestabilan Asas
DUDUK
Lakuan Kestabilan Anggaran Umur
Duduk dengan sokongan Bulan Ke-3
Duduk & menyokong diri Bulan Ke-6
Duduk Bulan Ke-8
Berdiri dengan sokongan Bulan Ke-11
Turutan Perkembangan & Anggaran
Umur Peningkatan Kestabilan Asas

Bulan Ke-3 Bulan Ke-6 Bulan Ke-8


Duduk dengan Berupaya Berupaya duduk
sokongan menyokong diri
Turutan Perkembangan & Anggaran
Umur Peningkatan Kestabilan Asas
BERDIRI

Lakuan Kestabilan Anggaran Umur


Berdiri dengan pegangan Bulan Ke-10
Menarik & berdiri dengan Bulan Ke-11
sokongan
Berdiri Bulan Ke-12
Turutan Perkembangan & Anggaran
Umur Peningkatan Kestabilan Asas

Bulan Ke-6 Bulan Ke-11 Bulan Ke-12


Berdiri dengan Menarik & berdiri Berdiri
sokongan dengan sokongan
Turutan Perkembangan &
Anggaran Umur Peningkatan
Keupayaan Lokomotor Asas
Keupayaan lokomotor bergantung kepada
keupayaan kestabilan
Membolehkan bayi bergerak
Menyusur kemahiran lokomotor yang
pertama
- Kemajuan dari mengguling
- Didahului oleh kawalan kepala, leher &
batang tubuh
Dari menyusur meningkat ke merangkak
Kaedah lokomotor yang efektif
Bermula dengan cubaan bergerak dengan
kawalan
Peningkatan kecekapan dipamerkan oleh
pergerakan anggota badan secara kontra-
lateral
Meningkat ke berdiri tanpa sokongan dan
seterusnya berjalan
Bergantung kepada kematangan dan
persekitaran
Turutan Perkembangan &
Anggaran Umur Peningkatan
Keupayaan Bukan Lokomotor
Proksimo-distal dari paksi tubuh ke arah luar
Keupayaan menjangkau bulan pertama dan
meningkat sehingga berupaya mengawal Bulan
Ke-6
Menggengam secara refleks sejak lahir
meningkat sehingga keupayaan menggengam
object, sebagai contohnya sudu bulan ke-14
Melepaskan Asas Bulan ke-12 14
Terkawal Bulan Ke-14
Turutan Perkembangan & Anggaran Umur
Peningkatan Keupayaan Bukan Lokomotor

Menjangkau Memegang Melepas

Perkembangan Massa Ke Spesifik


Corak Kawalan Otot Besar Ke Otot Kecil
Perkembangan Motor
Perubahan keupayaan motor
- perkembangan keupayaan dalam melaksanakan
pergerakan
- dari mudah ke kompleks
- peningkatan berdasarkan umur
4 Peringkat Umur Yang Utama
- 0 2 tahun
- 2 7 tahun
- 7 Dewasa
- Dewasa Tua
0 2 Tahun
Bermula dengan pergerakan refleks
- mendapat maklumat mengenai
persekitaran.
Meningkat ke pergerakan voluntari
- Bermula dengan kawalan postur /
kestabilan
- Meningkat ke pergerakan lokomotor
& bukan lokomotor
2 7 tahun
Berkembang dari pergerakan asas yang
kurang lancar hingga ke pergerakan
yang lancar
Kualiti pergerakan meningkat hasil
peningkatan kawalan
Peningkatan Kemahiran Membaling

Peringkat
Permulaan
2 3 tahun

Pergerakan rotari
Aksi siku
Berat badan di belakang
Aksi mirip menolak untuk keseimbangan
Jari-jari terbuka Kaki tidak bergerak
Ikut lajak ke hadapan Pergerakan kaki pada fasa
& ke bawah persediaan
Batang tubuh tegak
Peringkat Asas 4 5 tahun

Fleksi siku Fleksi batang tubuh bersama


Bola di belakang kepala pergerakan lengan ke
Ayunan lengan melepasi
hadapan
kepala Pemindahan berat badan
Rotasi batang tubuh ke
yang ketara
sisi membaling pada Melangkah ke hadapan pada
fasa permulaan sisi yang sama dengan
Rotasi bahu ke sisi
tangan yang membaling
membaling
Peringkat Matang 6 7 tahun

Lengan diayun ke belakang Bahu membaling dijatuhkan


Siku bertentang diangkat Rotasi batang tubuh, kaki,
untuk keseimbangan spina dan bahu semasa
Siku bergerak mendatar membaling
sambil ekstensi
Berat badan berpindah dari
Rotasi lengan dan ibu jari kaki belakang ke kaki
menuding ke bawah
hadapan
Rotasi batang tubuh ke sisi
membaling pada fasa Melangkah dengan kaki
permulaan (ketara) yang bertentangan
7 tahun - Dewasa
Kemuncak peningkatan keupayaan
Kombinasi pergerakan asas (yang
matang) yang telah dihalusi
Dipamerkan dalam bentuk kemahiran
yang spesifik dan kompleks
Peningkatan ketepatan hasil manipulasi
daya
Lokomotor X Lokomotor Postur

Peringkat 2 7 Tahun
Yang Berkembang &
Pergerakan Asas

Dihalusi Semasa
Asas Putaran Paksi
Berjalan Membaling Membengkok
Berlari Menendang Memusing

Kombinasi Penyerapan Statik &


Skip Menangkap Dinamik
Memanjat Menyerkap Mengelak

Kombinasi kemahiran pergerakan


untuk menghasilkan kemahiran
sukan
Dewasa Hingga Tua
Kehilangan fungsi kawalan & kualiti pergerakan
Disebabkan oleh
perubahan fisiologi
ciri psikologi
persekitaran
keperluan lakuan
Mampu diperlahankan dengan gaya hidup yang
sesuai
Perkembangan Motor &
Perubahan Fisiologi
Seiring
Sistem Saraf Pusat
Peningkatan Fungsi Otak

Peningkatan Kematangan Otak

Mielinasi

Percambahan sel-sel neuron

Sistem Reseptor

Mielinasi

Percambahan sel-sel neuron


Kematangan Otak Selepas Kelahiran

0b 1b 3b 6b 15 b 2 thn
Tisu Korteks Serebral Yang Meningkat Matang
Gambar menunjukkan peningkatan
kompleksiti jaringan neural dalam otak
yang meningkat matang.
Kematangan Otak Selepas Kelahiran
Korteks serebral bahagian otak yang paling
lewat matang
6 bulan 2 tahun: Perkembangan bahagian
serebral korteks yang berkaitan dengan
aktiviti kognitif yang kompleks seperti
antisipasi dan penaakulan
Peningkatan bilangan sambungan di antara
neuron (Neuron tidak bertambah)
Arborization
Kompleksiti dan saiz otak meningkat
Mielinasi
Neuron diselaputi lapisan lemak mielin
Mielinasi meningkatkan kepantasan
transmisi impuls
Perubahan pergerakan bayi (refleks)
lebih terkawal pada umur 3 bulan
Pada umur 3 bulan pergerakan voluntari
mula dipamerkan
Pembelajaran Motor
Kemahiran Motor
Keupayaan mencapai objektif sesuatu
lakuan dengan usaha yang minimum &
lebih konsisten
Peningkatan kemahiran melalui beberapa
peringkat yang nyata
Antara model yang menggambarkan
peningkatan kemahiran motor adalah
model Fitts & Posner (1967)
Peringkat Pembelajaran Motor
Autonomi
Penguasan menyeluruh
Penghasilan automatik

Asosiatif
Memilih kaedah atau strategi yang terbaik
Telah menguasai kemahiran asas
Berupaya untuk melakukan pembelajaran
kendiri

Koginitif
Memerlukan arahan lisan
Maklumat mengenai kemahiran yang
hendak dikuasai
Praktis
Aktiviti yang dilakukan dengan kadar ulangan
yang tinggi
Perancangan praktis bergantung kepada:
Kaedah
Fizikal pelaksanaan lakuan
Mental pelengkap kepada praktis fizikal
Taburan
Massa
Agihan
Praktis
Praktis Massa
- Kekerapan rehat di antara ulangan/sesi
praktis adalah rendah
- Sesuai untuk kemahiran diskret seperti
praktis menjaring dalam bola keranjang
Praktis Agihan
- Kekerapan rehat di antara ulangan/sesi praktis
adalah tinggi
-Sesuai untuk kemahiran berterusan di mana
kesan kelesuan menurunkan prestasi
-Contohnya, lumba jalan kaki
Maklum Balas
Keberkesanan sesuatu sesi praktis bergantung
kepada maklum balas yang diberi
Maklumat yang memberi panduan tentang
prestasi
2 kategori maklum balas
- Intrinsik
maklumat sensori dari luar & dalam badan

- Ekstrinsik
maklumat sensori dari sumber luaran
Maklum Balas
INTRINSIK EKSTRINSIK
Boleh diperoleh Diperoleh dengan
sendiri bantuan individu
Melalui reseptor Perkakasan relevan
sensori
Teknik Menyampaikan
Maklum Balas
Jenis
- Sesuai
- Cara
Keupayaan murid memahami /
memproses maklum balas
RUJUKAN
Kulka, D. A. (1999). Motor behaviour: From
learning to performance. UK: Brooks/Cole
Publishers Co.
Wesson, K., Wiggins-James, N., Thompson, G.,
& Hartigan, S. (2005). Sport and PE: A complete
guide to advanced level study (3rd ed.). UK:
Hodder Arnold.
Rujukan
Gallahue, D. L., & Ozmun, J. C. (1995).
Understanding motor development: Infants,
children, adolescents & adults (3rd ed.). Dubuque,
IA: Wm. C. Brown Communications.
Magill, R. A. (1993). Motor learning: Concepts and
applications (4th ed.). Dubuque, IA: Wm. C. Brown
Communications.
Marieb, E. N. (1995). Human anatomy and
physiology (3rd ed.). Redwood City, California:
Benjamin/Cummings Publishing Co.
Schmidt, R. A., & Lee, T. D. (1999). Motor control
and learning: A behavioral emphasis (3rd ed.).
Champaign, IL: Human Kinetics.
Rujukan
Schmidt, R. A., & Wrisberg, C. A. (2000). Motor
learning and performance (2nd ed.). Champaign, IL:
Human Kinetics.
Tortora, G. J., & Grabowski, S. R. (1996). Principles
of anatomy and physiology (8th ed.). New York:
Harper Collins.
Mohd Khairi Zawi. (n. d.). Nota kuliah kawalan
motor.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Buku
sumber sains sukan Tingkatan 4 & Tingkatan 5. Kl:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Disemak dan diubah suai oleh:

Encik Chia Chiow Ming


Pensyarah Akademik

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan


IPG Kampus Ilmu Khas, KL
Januari 2016

Anda mungkin juga menyukai