Anda di halaman 1dari 28

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Pada masa kini, air kelapa semakin mendapat permintaan yang tinggi
dikalangan masyarakat di Malaysia. Ini disebabkan dek kerana musim panas yang
kerap berlaku di Malaysia. Pencarian kelapa muda tidak rumit tetapi proses
pengambilan air kelapa yang agak merumitkan dan menggunakan tenaga dan
masa yang banyak.
Kebanyakan cara pengambilan air kelapa yang selalu digunakan adalah dengan
menggunakan kaedah manual yang menggunakan parang untuk membelah buah
kelapa sehingga air kelapa keluar.
Disebabkan oleh masalah ini, alat penebuk kelapa yang akan dihasilkan dapat
memudahkan proses pengambilan air kelapa yang akan digunakan oleh peniaga
air kelapa. Alat penebuk kelapa ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga
dalam pengambilan air kelapa. Penghasilan alat penebuk kelapa ini juga
merupakan satu langkah baru bagi memudahkan peniaga air kelapa muda.
.

1.2 Pernyataan Masalah

Dalam proses pengambilan air kelapa, proses tersebut agak rumit kerana
menggunakan tenaga kita sepenuhnya. Kaedah yang sedia ada hanya
menggunakan kaedah pengambilan secara manual di mana buah kelapa akan di
belah dengan menggunakan parang sehingga air kelapa keluar. Oleh sebab itu,
peniaga sukar untuk menghasilkan air kelapa dalam kuantiti yang banyak
2

Oleh yang demikian kami berharap dapat menghasilkan alat penebuk kelapa
muda yang boleh digunakan oleh peniaga dengan mudah dan dapat menjimatkan
masa disamping dapat membantu para peniaga untuk memajukan peniagaan
mereka pada masa akan datang.

1.3 Objektif Kajian

Objektif projek adalah sangat penting sebagai garis panduan bagi tujuan
sesuatu produk dihasilkan. Ia merujuk kepada penyataan masalah yang berlaku
untuk mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut. Berikut adalah objektif
untuk menghasilkan Alat Penebuk Kelapa Muda :

i. Menjimatkan masa menebuk kelapa


ii. Mereka bentuk produk yang selamat digunakan.
iii. Meningkatkan kualiti dan mutu produk yang dihasilkan.

1.4 Skop Kajian

Skop kajian ini meliputi kaedah dan teori, terutamanya pada aspek fungsi dan
keadaan. Berikut adalah skop projek untuk menghasilkan sebuah Alat Penebuk
Kelapa. Antara skop projek :

i. Penggunaannya hanya untuk mendapatkan air dan isi kelapa sahaja.


ii. Tidak boleh digunakan untuk membelah kelapa.
3

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Literatur bermaksud artikel kajian yang dirujuk untuk memahami dan mengkaji
permasalahan kajian. Kajian literatur digunakan untuk memberikan konteks kajian
dengan melihat kajian yang telah dijalankan dalam bidang kajian tersebut dan
bukan sekadar meringkaskan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik lain.

Kandungan dalam bab ini boleh mengandungi satu pengenalan ringkas kepada
tajuk kajian, konsep atau teori yang berkaitan, kajian terdahulu yang ada kaitan
dalam bidang kajian dan rumusan bab ini.

Setelah mengenalpasti masalah, objekif kajian dan skop kajian, kajian literatur
akan dijalankan terlebih dahulu untuk memastikan langkah seterusnya dapat
dilaksanakan. Dalam bab ini akan membincangkan tentang konsep/teori projek
yang akan dijalankan serta kajian terdahulu.
4

2.2 Konsep/Teori

Teori mereka bentuk


Sama ada disedari atau tidak dalam kehidupan seharian, kebanyakkan orang
telah terlibat dalam kerja membentuk merekabentuk seperti menyusun barang-
barang, menyelaras, barang-barang atau mengelokkan pandangan pada sesuatu
objek atau persekitaran. Proses penyelesian masalah adalah satu aktiviti yang
memerlukan penggunaan asas semasa proses rekabentuk produk iaitu :-

i. Menentukan masalah
ii. Kerja rekabentuk yang sebenar
iii. Tindakan susulan

Penyataan masalah reka bentuk

Masalah rekabentuk biasanya dikemukakan oleh seseorang yang memerlukan


rekabentuk baru. Tugas utama perekabentuk adalah mengemukakan keperluan
awal ini kepada satu idea yang baru untuk `menghasilkan produk yang berfungsi
dengan baik dan mempunyai struktur fizikal dan bentuk yang sesuai.

Sesetengah orang mempunyai objektif dan kriteria yang tepat dan jelas berhubung
dengan projek mereka. Mereka faham keadaan sebenar masalah mereka dan dapat
memberikan maklumat berguna kepada perekabentuk. Kadang-kala perekabentuk
sendiri menyedari keperluan manusia yang boleh dipenuhi dengan perekabentuk
baru yang unik bagi produk sedia ada. Oleh sebab itu perekabentuk sangat
berkebolehan dalam memahami keperluan dan meyelesaikan masalah, ini adalah
satu cara yang sangat baik untuk memulakan sesuatu produk.
5

Kerja reka bentuk sebenar

Tugas utama pereka bentuk sebenar adalah mereka bentuk. Setelah mengkaji
masalah dan mengenal pasti masalah, pereka bentuk bersedia untuk
menyelesaikan masalah reka bentuk yang menarik. Pereka bentuk patut melihat
kepada keperluan fungsi, keadaan sebenar dimensi dan mecuba beberapa susunan
dan struktur untuk membentuk beberapa kemungkinan. Aktiviti ini akan menjadi
panduan pembentuk asas untuk meneruskan kerja reka bentuk dan merangsang
proses mereka bentuk. Dengan cara ini pereka bentuk boleh melaksanakan kerja
reka bentuk dengan teratur. Pereka bentuk cenderung untuk mengumpul sebarang
maklumat yang berguna dalam menyelesaikan masalah reka bentuk. Berikut
adalah maklumat yang perlu dikumpul oleh seorang perekabentuk :-

i. Aliran baru dalam produk, sistem dan persekitaran yang serupa.


ii. Teknologi baru yang boleh dipakai termasuk bahan dan kaedah baru.
iii. Sumber khusus untuk kemahiran atau bahan.
iv. Perubahan keperluan dan tabiat pengguna.
v. Data baru dalam pertimbangan faktor kemanusiaan.

Berikut adalah langkah-langkah dalam perancangan sesebuah produk yang


ingin direkabentuk :-

i. Menentukan masalah
ii. Mendapatkan maklumat
iii. Membuat susunatur
iv. Menggambarkan
v. Membuat model
vi. Persembahan kepada pelanggan
vii. Menyempurnakan rekabentuk
viii. Menyediakan prototaip
ix. Barang atau produk siap
6

Pada tahap ini, perekabentuk telah sampai keperingkat dimana dia perlu
mengambil maklumat dan menyatukan dengan konsep yang ada. Perekabentuk
perlu melihat ciri-ciri rekabentuk secara teliti dan membuat perbandingan dengan
rekabentuk yang lain. Perekabentuk juga perlu memikirkan setiap aspek yang
berkemungkinannya boleh dikaitkan dengan masalah tertentu.

Tindakan susulan

Tindakan susulan perlu dibuat setelah kerja rekabentuk selesai. Perekabentuk


perlu mengawasi pembinaan prototaip, membuat beberapa perubahan kecil dan
melakukan ujian akhir. Setelah dapat menghasilkan sebuah rekabentuk,
perekabentuk pasti akan berpuas hati melihat hasil akhir rekabentuk yang
dihasilkan dengan baik. Perekabentuk akan berminat untuk melaksanakan
rekabentuk baru dan cuba untuk terus melakukan kerja rekabentuk dengan
mencari sesuatu rekabentuk yang lebih menarik.

Kaedah reka bentuk

Terdapat tujuh langkah yang perlu diperhatikan oleh perekabentuk sebelum


merekacipta sesuatu bentuk. Antaranya ialah :-

i. Mengenalpasti masalah-masalah yang wujud.


ii. Kajian masalah yang wujud dan diterjemahkan di dalam bentuk yang
boleh difahami.
iii. Menyesuaikan dengan pengetahuan yang sedia ada.
iv. Menganalisis agar dapat memenuhi keperluan untuk melaksanakannya.
v. Dari sumber analisis yang diperolehi, pereka menilai dan membuat
pemilihan untuk langkah penyelesaian.
vi. Pemilihan dan penilaian.
Menyelesaikan penyelesaian yang dipilih.
7

Teori Daya Yang Digunakan


Daya yang digunakan dalan penghasilan projek ini adalah Daya Impuls

i. Daya impuls ditakrifkan sebagai kadar perubahan momentum terhadap


masa tindakan yang singkat bagi sesuatu objek yang bergerak.
ii. Ia adalah daya yang dikenakan ke atas sesuatu objek dalam jangka masa
yang singkat semasa pelanggaran, letupan atau hentakan.

Formula daya impuls

F = mv mu
t

F = Force/daya yang bertindak ( Newton)


m = jisim objek
u = halaju awal
v = halaju akhir
t = masa tindakan/hentakan
Unit bagi daya impuls = Newton ( N )

m
kelapa

u = halaju awal

mata alat v = halaju akhir


( objek berhenti
Selepas berlaku hentakan)
8

2.3 Bahan yang digunakan

Keluli tahan karat


Keluli tahan karat (dikenal juga sebagai Inox Steel & juga sebagai CRES =
Corrosion-Resistant Steel) merupakan besi padu yang mengandung sekurangnya
10,5% kromium (Cr) untuk mencegah proses pengkaratan logam. Kemampuan
tahan karat diperoleh daripada reaksi kromium dengan oksigen di udara / air untuk
membentuk suatu lapisan permukaan oksida kromium (Cr2O3), dimana lapisan
permukaan ini bersifat kuat, sangat tipis, dan dapat menghalang proses
pengoksidaan pada besi (iron oxide/Fe2O3). Kandungan unsur lainnya pada
stainless steel adalah karbon (C), nikel (Ni), molybdenum (Mo), Niobium (Nb)
dan lain-lain. Keluli tahan karat adalah logam paduan dari beberapa unsur logam.
Logam tersebut yang lebih kuat dan lebih tahan terhadap pengkaratan. Keluli
tahan karat terbahagi kepada beberapa gred berdasarkan struktur kekuatannya.
khusus dalam pembuatan mesin berkaitan makanan, biasanya menggunakan jenis
stainless steel food grade (SS 304, SS 316). Penggunaan bahan mesin untuk
makanan yang terbuat dari logam tahan karat (stainless steel) food grade sudah
menjadi keutamaan bagi industri pembuatan makanan. Hal ini kerana untuk
memastikan produk makanan yang dihasilkan tetap terjaga dan selamat bagi
kesihatan pengguna.

Rajah 2.1 Logam Keluli Tahan Karat


9

Faktor pemilihan bahan Keluli tahan karat

1. Untuk menghindari campuran kimia besi terhadap produk makanan, dengan


memilih logam keluli tahan karat yang tepat, maka tidak ada campuran bahan
kimia logam kepada produk makanan, seperti perubahan warna dan rasa. Biasanya
grade besi untuk produk makanan adalah grade SS 304 atau SS 316.

2. Mudah dibersihkan, anti karat, dan anti bakteria, hi-grade stainless steel
mudah dibersihkan dari luar kerana memiliki permukaan yang halus. Sifatnya
yang keras dan ketahanan tahan karat juga memberikan impak positif apabila
proses pembersihan komponen dilakukan.

3. Ciri-ciri yang cukup baik secara keseluruhan. Kekuatan, dan ketahanan


yang tinggi pada besi tahan karat mempunyai nilai positif dalam penggunaan
untuk diaplikasi di industri makanan dan minuman.
10

2.4 Kajian terdahulu

2.4.1 Kaedah Manual Menggunakan Parang

Mungkin bagi sebahagian orang memilih dan membelah kelapa merupakan


mainan harian. Namun bagi mereka yang belum pernah melihat orang memilih
dan membelah kelapa, kemungkinan banyak masalah akan terjadi. Ia akan
menggunakan banyak tenaga. Mungkin tangannya juga akan melecit sewaktu
menggunakan parang. Apatah lagi jika dia menggunakan cara dan alat yang tidak
betul. Secara umumnya, para peniaga air kelapa muda akan menggunakan kaedah
manual iaitu dengan menggunakan parang untuk membelah kelapa. Terdapat
beberapa langkah yang digunakan:

2.4.2 Pemilihan Kelapa

Cara idealnya adalah dengan menggoncangkannya. Jika mendengar bunyi air


memukul di dalamnya, maka kelapa itu masih mempunyai air. Jika tidak terdengar
sebarang bunyi, maka boleh dianggap kelapa itu sudah tua dan tiada air
didalamnya.
11

2.4.3 Membelah kelapa

Cara yang sering digunakan adalah dengan menggunakan parang. Parang akan
dihentak pada kelapa sehingga tempurung kelapa pecah. Setelah tempurung
kelapa pecah maka air kelapa akan keluar dengan sendirinya daripada tempurung
kelapa. Seperti dalam Rajah 2.2

Rajah 2.2 : Kaedah Pengambilan Air Kelapa Menggunakan Parang


12

2.5 Kesimpulan

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, kaedah yang sedia ada agak
bahaya. Hal ini kerana, bagi mereka yang tidak mahir mengendalikan parang
sewaktu proses mendapatkan air kelapa kemungkinan akan terlibat dalam
kemalangan. Akan tetapi , bagi mereka yang sudah mahir mengendalikan parang
tidak menjadi masalah untuk menggunakan cara yang sedia ada.
13

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Kaedah merekabentuk atau metodologi merupakan satu kaedah yang


digunapakai dalam membangunkan atau membentuk sesuatu projek. Metodologi yang
digunakan adalah untuk membantu menghasilkan satu projek yang kreatif dan
berinovatif untuk mencapai objektif penghasilan dalam projek semester akhir ini.
Rekaan terkini merupakan satu kaedah atau teknologi yang diinovasi untuk
memudahkan penggunaannya. Kaedah mereka bentuk atau metodologi merupakan
satu kaedah yang diguna pakai dalam membangunkan atau mereka bentuk sesuatu
projek. Metodologi yang digunakan adalah untuk membantu menghasilkan satu projek
yang kreatif dan inovatif untuk mencapai objektif penghasilan dalam projek pada
semester akhir ini. Reka bentuk bagi projek Alat Penebuk Kelapa Muda ini adalah
direka sendiri berdasarkan cadangan dan juga pandangan semua ahli kumpulan serta
selepas perbincangan dan persetujuaan penyelia projek.

Rekaan bagi alat ini mengambil kira segala aspek dan juga mestilah mengikut dan
kemudahan pengguna untuk menyimpan atau meletakkan beban tersebut. Reka bentuk
yang telah kami hasilkan tidak begitu rumit. Tambahan pula, reka bentuk alat projek
Alat Penebuk Kelapa Muda ini juga mudah untuk difahami kerana memiliki
bahagian-bahagian asas serba ringkas. Selain daripada itu, projek ini juga senang dan
mudah untuk diterangkan kepada pensyarah ketika sesi pembelajaran dan sesi
14

pengajaran berlangsung. Saiz dan keseimbangan bagi projek ini juga telah diambil
kira untuk mempermudahkan sesi penerangan.

3.1.1 Proses Mereka Bentuk

Proses merekacipta merupakan sebahagian daripada kerja-kerja yang


diperlukan dilakukan bagi menghasilkan sesuatu projek baru atau pengubahsuaian ke
atas sesuatu projek. Antara langkah-langkah yang perlu dijalankan dalam proses
merekacipta ialah :

Mengenalpasti masalah
Pencetusan idea merekabentuk
Perekaan dan pemilihan
Perancangan projek

3.1.2 Mengenalpasti masalah

Bagi mengenalpasti masalah dalam projek ini ialah melalui beberapa cara
seperti masalah yang dikemukakan oleh pensyarah, hasil perbincangan antara ahli
kumpulan serta masalah-masalah lain yang timbul. Masalah boleh juga dikenalpasti
melalui kaedah perbincangan dan pengalaman. Pengumpulan maklumat dan data
berkaitan dengan spesifikasi terperinci tentang projek yang dirancang juga perlu
dibuat supaya projek yang dibuat berjalan dengan jayanya tanpa mempunyai sebarang
masalah.

Kajian dan rujukan yang diperolehi daripada pensyarah, ahli-ahli kumpulan


dan laman web yang berkaitan dengan projek ini juga banyak membantu dalam
mengatasi dan mengenalpasti masalah yang akan timbul apabila menghasilkan rekaan
tersebut.
15

3.1.3 Pencetusan Idea Mereka Bentuk

Tercetusnya idea untuk mereka bentuk adalah daripada perbincangan ahli


kumpulan. Setiap ahli kumpulan perlu melakar sekurang kurangnya 3 rekabentuk
yang berlainan. Setelah membuat perbincangan antara ahli kumpulan dan pensyarah,
maka rekabentuk yang terbaik akan dipilih.

3.1.4 Pemilihan Projek

Di dalam proses pemilihan projek, criteria dan faktor perlu dititikberatkan di


antaranya dari segi pemilihan bahan, kos, dan keselamatan. Bahan yang digunakan
mesti bersesuaian dengan produk yang dihasilkan.

3.1.5 Perancangan Projek

Proses bagi membentuk rangka dan teknik pembuatan yang sesuai juga
memerlukan ketelitian dan perancangan yang rapi kerana struktur yang hendak dibuat
bersesuaian dengan produk antaranya mengkaji keperluan peralatan dan bahan yang
bersesuaian, pemilihan bahan yang berkualiti serta mesra pengguna.
16

3.2 Carta Aliran Projek

Bagi menghasilkan sesuatu projek, terdapat beberapa langkah perlu diikuti untuk
memastikan projek yang akan dilakukan itu berjalan dengan jayanya. Langkah-
langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut

MULA

PEMILIHAN TAJUK
PROJEK

PENYELIDIKAN
PROJEK

MEMAHAMI KONSEP

REKA BENTUK
AWAL
YA

REKA BENTUK
AKHIR

PEMASANGAN
(OPERASI)

TIDAK
PENGUJIAN

MODEL (PROJEK)

TAMAT
17

3.3 Carta Gantt Projek 2

BIL. AKTIVITI SEMESTER S E M E S T E R 6


5
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

1. Pemilihan
Tajuk Projek

2. Menghasilkan
Proposal

3. Menyediakan
Bahan

4. Menghasilkan
bahagian-
bahagian
utama projek

5. Proses
Pemasangan

6. Proses
Pengujian

7. Membuat
Kekemasan

8. Pembentangan

9. Menghasilkan
Laporan
18

3.4 Carta Prime

Start

Problem Statement

Research

Idea / Inovation

Modification

Evaluation Failed

Finish
19

3.5 Konsep Kerja PRIME

3.5.1 Problem Statement ( P )

i. Penyataan Masalah ( Rujuk Item 1.2 )

Kebanyakan peniaga air kelapa muda mengalami masalah untuk membelah


kelapa muda untuk mendapatkan air kelapa muda. Para peniaga juga perlu
menggunakan tenaga yang banyak untuk membelah kelapa jika menggunakan
parang.

3.5.2 Research (R)

i. Penyelidikan ( Rujuk Item 2.3)

Penyelidikan yang dilakukan adalah tentang bahan bahan yang sesuai untuk
digunakan bagi membangunkan projek kami ini. Bahan yang digunakan dalam
menjayakan projek ini ialah besi Stainless Steel . Pada item 2.3 disertakan
kajian terdahulu yang dijalankan penyelidik sebelum ini. Penyelidikan ini harus
dijalankan bagi memastikan projek yang kami jalankan ini menepati citarasa
pengguna.
20

3.5.3 Invention ( I )

i. Percambahan Idea

a. Analisis Konsep Rekabentuk

Sebelum membuat atau mereka bentuk sesuatu produk baru yang paling
penting untuk dilakukan adalah untuk menentukan aliran langkah reka bentuk
projek. Ia telah memisahkan empat langkah kepentingan bersama untuk
mewujudkan aliran reka bentuk produk. Seperti menentukan spesifikasi
mewujudkan konsep reka bentuk , membuat keputusan, dan reka bentuk
terperinci.

Lakaran awal
Mata alat

Stand Rajah 3.1 Lakaran Model 1


21

Mata alat

kotak pengambilan air kelapa

Rajah 3.2 Lakaran Model 2


22

ii. Pemilihan idea

a. Jadual Penilaian Bermatrik

Penilaian dan pemilihan konsep ini dilakukan dengan membuat perbezaan


konsep dengan konsep rujukan (Datum). Penilaian dan pemilihan ini dilakukan
dengan dengan menilai setiap konsep yang terdapat untuk menentukan konsep yang
terbaik. Langkah ini dinamakan Matrix Evaluation Method (Jalil, M.K.A,2000)
seperti yang ditunjukkan di Jadual 3.1. Keputusan yang diperolehi ditentukan
berdasarkan kelebihan dan kekurangan. Oleh itu, sebarang kelemahan yang terdapat
dalam rekabentuk yang dipilih boleh ditambah baik. Jadual 3.1 dibawah menunjukkan
perbandingan di antara rekabentuk konsep 1, 2 dan 3 dengan rujukan.

Jadual 3.1

No. Kriteria Kriteria Konsep 1 Konsep 2 Konsep


minat rujukan

1. Rekabentuk 4 + +
komersial
D
2. Kos 5 - +
A
3. Mudah alih 5 + -
T
4. Saiz 4 + -
U
5. Berat 4 + -
M
6. Bahan 4 - +

7. Jumlah + 4 3 0

8. Jumlah - 2 3 0

9. Jumlah 2 0 0
keseluruhan
23

Daripada jadual 3.1 di atas, (-) mewakili bagi kriteria kurang memuaskan manakala
(+) mewakili bagi kriteria yang memuaskan.Konsep 1 mendapat pilihan memuaskan
iaitu 4. Konsep 1 mendapat nilai mata lebih tinggi berbanding konsep 2. Maka ,
Konsep 1 menjadi pilihan reka bentuk.

b. Lukisan berbantu komputer

Rajah 3.3 Kotak pengambilan air kelapa


24

Rajah 3.4 Soket mata alat

Rajah 3.5 Mata Alat 1

Rajah 3.6 Mata Alat 2


25

iii. Pemilihan Bahan

a. Anggaran kos

Berdasarkan analisis ekonomi kejuruteraan oleh William et al. (2012), terdapat


dua kos yang terlibat dalam menentukan jumlah kos iaitu kos tetap dan kos
berubah. Kos tetap bermakna malar, bebas daripada output atau aktiviti
peringkat. Contoh-contoh kos seperti cukai hartanah, insurans, pengurusan dan
gaji pentadbiran, bayaran lesen dan kos faedah ke atas modal yang dipinjam
dan sewa atau pajakan. Kos ini tidak sedang menyumbang kerana dalaman
fabrikasi telah digunakan. Sementara itu, kos berubah bermakna berkadar
dengan output atau aktiviti peringkat seperti kos bahan langsung dan kos
buruh langsung. Persamaan untuk menentukan jumlah kos berdasarkan
analisis ekonomi kejuruteraan.

Jumlah Kos = Kos Tetap + Jumlah Kos Berubah


= 0 + (Bahan Langsung Kos + Kos Buruh Langsung)
Berdasarkan bil bahan (BOM),

kos bahan langsung = RM

Dengan menganggap kos buruh langsung = 100% Bahan Langsung


Kos = 100% RM
= RM
26

Berdasarkan bil anggaran kos,

Bil. Komponen Saiz Bilangan Harga


komponen
1 Besi stainless 20mm diameter x1 pcs RM 60.00
steel
2 Besi stainless 30mm diameter x1 pcs RM 70.00
steel
3 Plat besi 5mm x 5mm X4 pcs RM 50.00

RM 180
Jumlah keseluruhan

3.5.4 Modifikasi

i. Pengujian

Tujuan menguji prototaip adalah untuk memastikan mekanisma yang kita


gunakan pada projek mampu berfungsi dengan sempurna serta tiada sebarang
masalah pada projek. Pengujian ini amat penting bagi memastikan tiada
kekurangan serta spesifikasi yang ditetapkan diikut sepenuhnya. Pengujian ini
juga dilakukan bagi memastikan projek berfungsi dengan baik sebelum
dibentangkan kepada panel.
27

ii. Pengubahsuaian

Pengubahsuaian dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pada mesin.


Pengubahsuaian dilakukan bermula daripada meneliti rekabentuk projek
jika terdapat alat-alat yang tidak perlu digunakan bagi mengurangkan kos
dan berat mesin. Pengubahsuaian ini ama tpenting bagi memastikan
produk yang dihasilkan memuaskan serta mengikut aspek yang telah
ditetapkan. Jika produk yang dihasilkan mengikuti spesifikasi yang betul,
keselamatan yang tinggi serta memudahkan pengguna, ia mungkin dapat
dipasarkan. Produk yang berpatutan harga serta memenuhi kehendak
pengguna mampu memasuki pasaran negara dengan mudah jika ianya
menjadi suatu tarikan dan tidak mustahil mampu menguasai pasaran dunia
lantas , mendatangkan hasil yang lumayan kepada pelabur.

3.5.5 Evaluation (E)

3.5.5.1 Pengujian (Prosedur Ujilari)

Apabila siap rekabentuk, alat perlu diuji bagi mendapatkan keberkesanan penjimatan
ruang tersebut. Ujian terhadap produk yang dicipta ialah menghentak kelapa muda ke
prodok tersebut. Perbandingan ini diukur mengikut kekuatan mata alat produk. Ujian
ini dijalankan bertujuan untuk memastikan projek ini berjaya.

i. Mata alat dipasangkan kedalam soket mata alat.


ii. Memastikan alat penebuk kelapa berada dalam keadaan stabil dan
ditempat yang rata.
iii. Letakkan bekas air kelapa ditempat pengambilan air kelapa.
iv. Hentakkan kelapa pada mata alat sehingga air kelapa memenuhi pada
bekas air kelapa.
v. Data direkodkan
28

3.6 Kesimpulan

Metodologi kajian perlulah dikaji terlebih dahulu supaya kajian yang dikaji
mendapat metodologi kajian yang diingini. Metodologi projek ini menunjukkan
kaedah atau pendekatan atau kerangka yang digunakan di dalam penyelesaian
projek ini. Kajian metodologi menunjukkan kaedah dan pendekatan yang
digunakan seperti kaedah pengumpulan data, model, carta alir, membuat
pemilihan idea, pemilihan kaedah, dan bahan yang terbaik. Selain itu, membuat
perubahan rekabentuk dan juga membuat pengujian pada bahan projek.
Seterusnya, kajian metodologi projek ini juga menunjukkan faktor-faktor yang
perlu dipertimbangkan dalam pemilihan sesuatu kaedah atau pendekatan tertentu.

Anda mungkin juga menyukai