Anda di halaman 1dari 2

Drama Mahkamah

(Awang Abdullah)

Sinopsis
Di mahkamah kes pertama ialah Bulat bin Gentel. Dia dituduh menyebabkan
kematian seorang nenek berusia 99 tahun di taman Gajah Putih. Di mahkamah, Bulat
tidak mengaku bersalah. Menurut pendakwa raya, nenek itu terpijak kulit pisang yang
dibuang oleh Bulat lalu terjatuh dan mati dalam perjalanan ke hospital. Peguam bela
menerangkan fakta bahawa Bulat membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah.
Walau bagaimanapun, seekor kambing yang lapar datang menyelongkar tong sampah
itu menyebabkan kulit pisang tercampak ke jalan raya. Ketika itulah nenek tersebut
terpijak kulit pisang dan terjatuh. Peguam bela berpendapat pemilik kambinglah yang
harus didakwa kerana membiarkan kambingnya berkeliaran. Bulat dibebaskan daripada
dakwaan kerana pihak pendakwa gagal meyakinkan mahkamah bahawa Bulat
bersalah.
Selepas itu mahkamah kembali bersidang dengan kes kedua iaitu kes Ajinomoto
yang dituduh mencuri seekor beruk subsidi dalam stor JKK Ulu Dungun. Ajinomoto
mengaku bersalah. Dia mahu memulangkan beruk yang sedang hamil itu. Namun, dia
ingin memelihara anak beruk yang bakal lahir itu. Mahkamah memerintahkan beruk
hamil berkenaan dipelihara oleh Ajinomoto sehingga selamat melahirkan anak.
Kemudian mahkamah bersidang untuk kes ketiga iaitu kes Bujang bin Senang
yang didakwa memukul isterinya Siti Payung. Bujang tidak mengaku bersalah. Siti
mendakwa suaminya menipu ketika mendapatkan keizinan untuk berkahwin lain. Siti
telah mendedahkan keburukan suaminya di mahkamah itu. Siti meminta suaminya
menceraikan isteri keduanya, sebaliknya suaminya salah faham dan menceraikan Siti
pula. Siti mengamuk setelah mendengar lafaz talak daripada Bujang.

Pemikiran:
Perkara remeh perlu diselesaikan secara baik tanpa melibatkan urusan mahkamah.
Contoh: Kes seorang nenek tua yang mati kerana terpijak kulit pisang yang jatuh di
jalan raya sepatutnya tidak perlu diperbesar dan dibawa ke mahkamah.
Persoalan:
1. Kepentingan mempertahankan diri jika tidak bersalah.
Contoh: Bulat tidak mengaku bersalah menyebabkan kematian nenek tua. Dia
meminta khidmat peguam bela untuk menyelesaikan kesnya.

2. Keberanian mengakui kesalahan sendiri


Contoh: Ajinomoto mengaku bersalah di hadapan hakim atas tuduhan mencuri
seekor beruk subsidi.

3. Keberanian seorang isteri mempertahankan diri setelah suaminya berpoligami.


Contoh: Siti Payung telah mengkritik suaminya yang gagal berlaku adil setelah
berpoligami.

4. Mahkamah merupakan tempat untuk menegakkan keadilan.


Contoh: Setelah hakim meneliti hujah-hujah daripada kedua-dua pihak dalam
kes Bulat bin Gentel, mahkamah mendapati dia tidak bersalah dan dibebaskan.

Anda mungkin juga menyukai