Anda di halaman 1dari 22

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

PENGENALAN

Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah
serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras
pembentukan masyarakat berbudaya.

OBJEKTIF

Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-asas tari.
Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, joget, inang, asli
dan tarian etnik/rakyat yang bersistematik.
Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.
Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian dalam kalangan pelajar sekolah.

SUKATAN PEMBELAJARAN

Sejarah Tarian
Menonton Video/Gambar
Pengenalan Tempo
Pergerakan Asas
Ragam Gerak
Susunan Gerak

ALAT BANTUAN MENGAJAR

VCD
CD lagu
CD player
Video player
Buku modul
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

SEJARAH TARIAN ZAPIN

Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh
peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas dalam
kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan
gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di
Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi
bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya.

Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara
peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin ialah gambus, rebana, gendang, rebab dan
marakas.

Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana
setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada
masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot
antarabangsa pada kurun ke-16.
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

TARIAN ZAPIN

ASAS GERAK TARI ZAPIN (LAGU : YA SALAM)

BIL PERGERAKAN KIRAAN


1 Setempat 2x8
2 Maju 2x8
3 Setempat 2x8
4 Undur 2x8
5 Setempat 2x8
6 Ragam Acah 2x8
7 Setempat 2x8
8 Ragam Melingkar 2x8
9 Setempat 2x8
10 Ragam Acah 2x8
11 Setempat 2x8
12 Ragam Melingkar 2x8
13 Setempat 2x8
14 Maju 2x8
15 Setempat 2x8
16 Undur 2x8
17 Setempat 2x8
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

TARIAN ZAPIN

BIL RAGAM SUSUNAN PERGERAKAN KIRAAN

1 Langkah Melingkar a. Silang kaki kanan ke belakang kaki kiri 1,2


sambil kaki kiri diangkat sedikit ke atas.
b. Letak kaki kiri, melangkah kaki kanan (45 3,4
darjah) dan angkat kaki kiri sekali lagi
sambil dibengkokkan.
c. Pusing, letak kaki kiri, susun kaki kanan, 5,6,7,8
susun kaki kiri dan akhirnya buka kaki
kanan ke sisi.
d. Ulang ragam yang sama sekali lagi. 1x 8

2 Acah a. Melangkah maju ke hadapan kaki kanan 1, 2


dan kaki kiri.
b. Acah ke kanan dan ke kiri. 3, 4
c. Pusing, balik ke tempat asa.l 5,6,7,8
d. Ulang ragam ini sekali lagi tetapi arah yang 1x8
berbeza.

3 Wainab a. Angkat kaki kanan dan turun. 1


b. Angkat kaki kiri dan turun. 2
c. Angkat kaki kanan dan terus bertinggung. 3,4
d. Angkat kaki kanan dan turun. 5
e. Angkat kaki kiri dan turun. 6
f. Angkat kaki kanan dan terus bertingggung. 7,8
g. Angkat kaki kanan dan terus tertinggung. 1&2
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

SEJARAH TARIAN INANG

Inang memberi pengertian sebagai pengasuh. Tarian Inang memberi gambaran tentang
kelembutan dan sopan santunnya seorang wanita pengasuh. Penari lelaki merupakan
pasangan untuk menggambarkan keserasian dalam kehidupan keluarga atau masyarakat.

Tempo pergerakan tarian inang yang sederhana ialah 2/4 diselangi dengan paluan gong. Inang
juga boleh ditarikan dengan pantas iaitu 4/4 berdasarkan irama masri. Lengok Tari Inang yang
biasa ditarikan ialah Inang Selendang, Ayam Didik, Tari Payung, Tari Sapu Tangan, Tari Lilin
dan lain-lain bergantung kepada peralatan yang diragakan dalam tarian tersebut.
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

TARIAN INANG

ASAS GERAK TARI INANG (LAGU : TIMANG-TIMANG ANAK)

BIL PERGERAKAN KIRAAN

1 Setempat 2x8

2 Maju 1x8

3 Setempat 1x8

4 Undur 1x8

5 Setempat 2x8

6 Ragam huruf C (sudi - kanan) 1X4

7 Undur 1x4

8 Ragam huruf C (sudi - kiri) 1x4

9 Undur 1x4

10 Ragam huruf L dan C (pusing melalui kanan) 2x8

11 Ragam huruf L dan C (pusing melalui kiri) 2x8

12 Setempat 2x8

13 Maju 1x8

14 Setempat 1x8

15 Undur 1x8

16 Setempat 1x8
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

TARIAN INANG
BIL RAGAM SUSUNAN PERGERAKAN KIRAAN

1 Membuat Huruf C (sudi) a. Melangkah ke hadapan dengan 1, 2, 3, 4


kaki kanan, membuat huruf C
sudi.
1,2,3,4 b. Undur dan balik ke tempat asal 5, 6, 7, 8
(sebelah kanan).
5,6,7,8 c. Melangkah ke hadapan dengan 1, 2, 3, 4
kaki kanan, membuat huruf C
sudi.
d. Undur dan balik ke tempat asal. 5, 6, 7, 8
(sebelah kiri).
e. Ulang ragam yang sama sekali lagi
2 1,2,3,4 tetapi ke arah kiri pula.

5,6,7,8

3 Membuat Huruf L dan C


a. Melangkah kaki kanan terus ke
5,6,7,8 hadapan dimulai dengan kaki
kanan.
b. Pusing melalui bahu kiri 90
darjah dan undur.

1,2,3,4

c. Membuat huruf C balik ke


tempat asal.
1,2,3,4,5,6,7,8

5,6,7,8

d. Ulang ragam yang sama sekali


1,2,3,4 lagi tetapi di sebelah kiri pula.
1,2,3,4,5,6,7,8
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

SEJARAH TARIAN ASLI

Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Tarian
ini wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi tidak diiringi dengan adegan
berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan seterusnya adalah
kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti lagu Makan Sireh, Gunung
Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan lain-lain. Tarian Asli
boleh didapati di seluruh Malaysia terutama Semenanjung Malaysia.
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

TARIAN ASLI

ASAS GERAK TARI ASLI (LAGU : GURINDAM JIWA)

BIL PERGERAKAN KIRAAN

1 Setempat 1x8

2 Maju 1x8

3 Setempat 1x8

4 Undur 1x8

5 Setempat 1x8

6 Ragam Petik Bunga kanan 1x4

7 Setempat 1x4

8 Ragam Petik Bunga kiri 1x4

9 Setempat 1x4

10 Setempat 1x8

11 Ragam Silang Kaki ke Kanan bertemu dan buka 1x8


tangan ke sisi

12 Ragam Silang Kaki ke Kiri bertemu dan buka 1x8


tangan ke sisi

13 Setempat 1x8

14 Setempat 1x4
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

TARIAN ASLI

BIL RAGAM SUSUNAN PERGERAKAN KIRAAN

1 Petik Bunga - Kanan a. Kaki kanan langkah ke sisi kanan 1X8


kemudian kaki kiri silang ke kaki
kanan.
b. Tangan kiri perempuan mencubit
peha kiri manakala tangan kanan
petik bunga

2 Petik Bunga - kiri a. Kaki kiri langkah ke sisi kiri 1X8


kemudian kaki kanan silang ke kaki
kiri.
b. Tangan kanan perempuan
mencubit peha kanan manakala
tangan kanan petik bunga.

3 Silang Kaki ke kanan a. Silang kaki kanan di depan kaki kiri 1X8
Bertemu dan Buka Tangan manakala tangan bertemu di
ke Sisi tengah dan buka ke sisi dalam
kedudukan 45 darjah.
b. Tangan kilas angin di sisi badan ke
atas

4 Silang Kaki ke Kiri - a. Kaki kiri langkah ke sisi kiri dengan 1X8
Bertemu dan Buka Tangan kiraan berganda (double)
ke Sisi kemudian kaki kiri silang ke kaki
kanan.
b. Tangan kiri wanita mencubit peha
kiri manakala tangan kanan petik
bunga.
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

SEJARAH TARIAN JOGET

Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini dipengaruhi oleh
kebudayaan Portugis iaitu Branyo, satu cabang daripada tarian Coridinho. Joget telah dijadikan
sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia. Tarian ini juga
biasanya ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh
pasangan penari lelaki dan perempuan dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai
usikan. Joget juga dikenali sebagai ronggeng asal daripada wrong geng kerana ditarikan
secara berpasangan lelaki dan wanita.

Pada masa kini terdapat pelbagai jenis lagu yang dihasilkan seperti Joget Serampang Laut,
Joget 106, Joget Johor Sport Club dan lain-lain. Joget juga popular ditarikan secara beramai-
ramai dalam pesta keramaian dan dikenali sebagai joget lambak.
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

TARIAN JOGET

ASAS GERAK TARI JOGET (LAGU : SERAMPANG LAUT)

BIL PERGERAKAN KIRAAN

1 Setempat 1x8

2 Maju 1x8

3 Setempat 1x8

4 Undur 1x8

5 Setempat 1x8

6 Ragam Kunang-kunang Mabuk (Pergi dan balik) 2x8

7 Setempat 1x8

8 Maju 1x8

9 Undur 1x8

10 Setempat 1x8

11 Ragam S, Maju, Undur & 4 Penjuru (Pergi) 2x8

12 Ragam S, Maju, Undur & 4 Penjuru (Balik) 2x8

13 Setempat 1x8

14 Ragam Terancang Setempat 2x8


______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

15 Ragam Terancang Lompat 2x8

16 Ragam Angkat Kaki ke Sisi Kanan 1x4

17 Ragam Angkat Kaki ke Sisi Kiri 1x4

18 Ragam Angkat Kaki ke Hadapan 1x4

19 Ragam Angkat Kaki ke Hadapan (Undur) 1x4


______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

TARIAN JOGET

BIL RAGAM SUSUNAN PERGERAKAN KIRAAN

1 Kunang-kunang Mabuk a. Melangkah ke hadapan dengan 1,2


kaki kanan, membuat silang
bersama kaki kiri di belakang kaki
kanan.
b. Kaki kanan dibuka ke sisi. 3
c. Pusing badan, membuat kaki kiri di 4
sisi.
d. Silangkan kaki kanan ke belakang 5,6
kaki kiri
e. Membuka dan meletak kanan kiri 7,8
di sisi dan pusing dengan
membuka kaki kanan di sisi.
f. Ulang ragam yang sama sekali 1x 8
lagi.

2 S maju, undur dan empat a. Langkah berjuntai membuat 1,2,3,4


penjuru separuh bulatan.
b. Balas di sebelah dengan separuh 5,6,7,8
bulatan juga.
c. Langkah berjuntai maju ke 1,2,3,4
hadapan dan undur.
d. Langkah berjuntai keempat-empat 5,6,7,8
penjuru.
e. Ulang ragam yang sama sekali lagi 2x8
hingga balik ke tempat asal

3 Terancang Setempat a. Keluarkan kaki kanan ke arah 45 1


darjah. Ibu jari kaki cecah ke lantai.
b. Silangkan kaki kanan dengan kaki 2
kiri.
c. Keluarkan kaki kanan ke arah 45 3
darjah sekali lagi.
d. Susunkan kaki kanan di sebelah 4
kaki kiri.
e. Ulangkan di sebelah kaki kiri pula 5,6,7,8
dan seterusnya hingga tamat lagu
terancang.
a. Sama dengan Terancang 1x8
4 Terancang Lompat Setempat tetapi kakinya
tergantung dan dilakukan dengan
melompat ke tempat
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

SEJARAH TARIAN SUMAZAU

Etnik Kadazan, Dusun, Penampang ialah sub etnik kumpulan Kadazan Dusun yang tinggal di
daerah Penampang luar pinggir Bandar raya Kota Kinabalu. Tarian ini merupakan tarian suku
kaum Kadazan yang paling popular wujud melalui kepercayaan spiritual iaitu kepercayaan
terhadap Bambazon (semangat padi bagi masyarakat Kadazan-Dusun). Tarian ini pada zaman
dahulu ditarikan untuk menyambut pahlawan-pahlawan yang pulang dari medan perang yang
membawa kepala musuh. Kepala musuh yang terkorban akan digantung pada daun silat dan
dibawa menari bersama-sama supaya roh yang terkorban tidak akan mengganggu atau
menimbulkan bencana pada pahlawan dan masyarakat sekitarnya. Sumazau juga bererti
menari dengan penuh keriangan dan kejayaan.
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

TARIAN ETNIK

ASAS GERAK TARI SUMAZAU

BIL PERGERAKAN KIRAAN

1 Henjut setempat (henjut kedua-dua belah kaki) 1x8

2 Henjut bersilang setempat 1x8

3 Henjut bersilang maju ke hadapan 1x8

4 Henjut bersilang setempat 1x8

5 Henjut sebelah kaki setempat (sambil tangan naik 1x8


perlahan-lahan)

6 Setempat 1x8

7 Bergerak ke sisi kanan 1x8

8 Bergerak ke sisi kiri 1x8

9 Setempat 1x8

10 Henjut sebelah kaki setempat (sambil tangan turun 1x8


perlahan-lahan)

11 Henjut bersilang setempat 1x8

12 Undur 1x8

13 Henjut bersilang kaki setempat 1x8

14 Henjut bersilang kaki setempat (sambil tangan naik 1x8


perlahan-lahan)
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

15 Setempat 1x8

16 Pusing ke kiri 1x8

17 Balas pusing ke kanan 1x8

18 Setempat 1x8

19 Henjut sebelah kaki setempat (sambil tangan turun 1x8


perlahan-lahan)

20 Henjut bersilang setempat 1x8


______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

SEJARAH TARIAN WAU BULAN

Pada musim menuai, di negeri- negeri sebelah pantai timur sering diadakan persembahan dan
permainan seperti gasing, wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain.
Bersempena dengan permaianan wau, maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan
telah dicipta dan mendapat sambutan. Dahulu tarian ini mengisahkan cara anak muda bermain-
main wau pada musim menuai. Kegembiraan dan kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak
geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan wanita. Tarian ini menggunakan
muzik iringan seperti serunai, rebab, gendang, gong, kesi dan lain- lain.
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

TARIAN WAU BULAN

BIL RAGAM SUSUNAN PERGERAKAN KIRAAN

1 Gerak Berkepak Maju a. Kaki kanan langkah ke hadapan 1, 3, 5, 7


sambil tangan kanan mengepak
(45 darjah) mengikut arah kaki
kanan.
b. Kaki kiri langkah ke hadapan 2, 4, 6, 8
sambil tangan kiri mengepak (45
darjah) mengikut arah kaki kiri.

2 Gerak Berkepak Setempat a. Kaki kanan langkah ke hadapan 1, 2, 3, 4


dan lutut direndahkan sebelah
kanan sambil menepuk tangan
sebelum tangan kiri mengepak ke
atas.
b. Kaki kiri langkah ke hadapan dan 5, 6, 7, 8
lutut direndahkan sebelah kiri
sambil menepuk tangan sebelum
tangan kanan mengepak ke atas.

3
Gerak Goyang Bahu a. Kaki kanan di depan kaki kiri 1, 2, 3, 4
Depan/ Belakang Sambil manakala tangan digoyangkan
Duduk bahu depan sambil duduk melutut.
b. Kaki kanan di depan kaki kiri 5, 6, 7, 8
manakala tangan digoyangkan
bahu ke belakang sambil duduk
melutut.

4 Gerak Tepis Zig-zag a. Bergerak ke sisi kanan sambil 1, 2, 3, 4


tangan bergerak tepis ke kanan.
b. Bergerak ke sisi kiri sambil tangan 5, 6, 7, 8
bergerak tepis kiri.

5 Gerak Zig-zag Sambil a. Bergerak ke kanan sambil 1, 2, 3, 4


Tepuk menepuk tangan. Kaki kiri
diangkatkan sedikit sementara
pergelangan tangan dipusing dari
arah dalam ke arah luar.

5, 6, 7, 8
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

b. Bergerak ke kiri sambil menepuk


tangan. Kaki kanan diangkatkan
sedikit sementara pergelangan
tangan dipusing dari arah dalam
ke arah luar.
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

TARIAN WAU BULAN

ASAS PERGERAKAN

BIL PERGERAKAN KIRAAN

1 Setempat 1x8

2 Maju 1x8

3 Undur 1x8

4 Gerak berkepak maju (dahulukan dengan kaki 2x8


kanan)

5 Gerak berkepak setempat 2x8

6 Goyang bahu ke depan sambil duduk 1x4

7 Goyang bahu ke belakang sambil duduk 1x4

8 Susun benang 2x8

9 Tarik benang 2x8

10 Goyang bahu sambil berdiri 1x8

11 Gerak acah kanan 1x8

12 Gerak acah kiri 1x8

13 Setempat 1x8

14 Setempat hayun dan jingkitkan kaki 1x8

15 Setempat pusing 4 penjuru kanan 1x8


______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

16 Setempat pusing 4 penjuru kiri 1x8

17 Setempat hayun dan jingkitkan kaki 1x8

18 Gerak tepis zig-zag 2x8

19 Gerak zig-zag sambil tepuk kanan dan kiri 2x8

20 Gerak bertepuk dan lompat 1x7

Anda mungkin juga menyukai