Anda di halaman 1dari 11

4sidis.blogspot.

com

Empayar Turki Uthmaniyyah (Turki Uthmaniyyah: Devlet-i Aliye-i Osmaniye; Turki


Moden: Osmanl mparatorluu; Arab: , al-Dawla al-'Uthmnyya)
keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki
yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang
lalu. Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang
Byzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13. Pengikut-
pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang
berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam, dan mengecapi
kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang menampung
kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka
sebagai "pemerintah universal" dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah
"penyatuan kebudayaan".[1]

Pada tahun 1357 mereka menyeberangi Dardenalles menuju ke semenanjung Gallipoli dan
sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan
Byzantine, termasuk Greece dan Bulgaria. Constantinople (kemudian ditukar nama kepada
Istanbul) jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniah pada tahun 1453. Pada tahun 1526 sebagian
besar wilayah Hungary telahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniah .Kerajaan
Uthmaniah mempunyai angkatan laut yang handal di Lautan Tengah dan melaksanakan
tugasnya dalam perang dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Algeria segera
mereka kuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai wilayah kerajaan Uthmaniah.
Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara,
menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yg lain. Bagi bangsa Eropah Barat,
kemajuan Uthmaniah merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa
Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah
pada tahun 1542, Dewan Kota Praja Basel di Switzerland membekukan penerbitan
terjemahan Al Qur'an yang diterjemahkan oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja ini
membantah dengan mengatakan "dongeng dan bid'ah yang dibuat-buat" dalam Al Qur'an itu
akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah
mulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa. Pengepungan ke atas Vienna di tahun
1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniah kini pula menghadapi Persekutuan
dari Austria, Poland, Venice dan Paus, dan bangsa Rusia.

Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam perjanjian
damai Karlovitz, Uthmaniah harus mempersetujui penyerahan wilayah-wilayahnya kepada
Austria, Vennice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak
mereka di bahagia tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam. Namun
pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah
taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Greece pada tahun 1829 dan pendudukan
Perancis ke atas Algeria pada tahn 1830. Kerajaan Uthmaniah menjadi "the sick man of
Europe" iaitu Orang Eropah yang sakit dan hanya persaingan mereka inilah yang mencegah
terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya
dalam Perang Dunia I di tahun 1912-1919, semua wilayah ini masih tetap berada di bawah
Kerajaan Uthmaniah, dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istanbul meluas
sampai ke sebelah utara Edirne (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki
di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Ataturk telah menghapuskan nama Kerajaan Uthmaniah
pada 1922 dan diganti dengan Republik Turki. Wilayah-wilayah jajahan di Asia dan Afrika
dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.
4sidis.blogspot.com

Isi kandungan
[sorok]

1 Sejarah
o 1.1 Penubuhan dan Kemajuan (1299-1453)
o 1.2 Perkembangan (1453-1683)
o 1.3 Genangan (1683-1827)
o 1.4 Kemerosotan dan pemodenan (1828-1908)
o 1.5 Pembubaran (1908-1922)
o 1.6 Sejarah kebangsaan
2 Sejarah ekonomi
3 Negeri
o 3.1 Sultan
4 Undang-undang
5 Ketenteraan
6 Kebudayaan
7 Kronologi Empayar Uthmaniyyah
8 Nota dan rujukan
9 Lihat juga
10 Pautan luar

[sunting] Sejarah
Wilayah Uthmaniyyah pada mulanya dikenali sebagai Beylik di dalam Kerajaan Turki Seljuk
pada kurun ke-13. Pada tahun 1299, Uthman I mengisytiharkan kemerdekaan Wilayah
Uthmaniyyah dan mengasaskan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

[sunting] Penubuhan dan Kemajuan (1299-1453)

Rencana utama: Penubuhan Turki Uthmaniyyah

Semasa penubuhan dan perkembangan Empayar Uthmaniyyah, karakteristik empayar ini


tidak boleh disoal lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih. Hal
ini menjadikan Empayar Uthmaniyyah istimewa dalam sejarah ketamadunan manusia.

Sultan Muhammad al-Fatih


4sidis.blogspot.com

Sepanjang kurun ke-16, Empayar Uthmaniyyah terus berkembang daripada segi wilayah dan
kekuasaan dengan mengembangkan kekuasaan sehingga ke Afrika Utara di barat daya dan
Parsi di sebelah timur. Semasa Perang Chaldiran, di sebelah timur Anatolia, (sekarang di
barat Tabriz, Turki) pada tahun 1514, tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Selim I
memenangi pertempuran menentang tentera Parsi. Hal ini memastikan keselamatan wilayah
Uthmaniyyah di sebelah timurnya. Selepas itu tumpuan Empayar Uthmaniyyah beralih
kepada bahagian barat empayar terbabit. Sultan Sulaiman I, selepas menaiki takhta pada
tahun 1518, mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan. Di bawah Suleiman yang juga
merupakan seorang strategis yang hebat, tentera Uthmaniyyah mara ke utara dengan
menguasai Belgrade (1521), mengalahkan Hungary (1526), dan menyerang Vienna (1529).

Kejayaan pengembangan kuasa Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiran
bersenjata api dan taktik peperangan di samping kesempurnaan sistem ketenteraan. Tentera
Uthmaniyyah juga amat mahir dalam melakukan serangan dan kepungan kerana serangan
seperti ini mendatangkan kesan kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka.

Salah satu contoh terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka menyerang atau membuat
pengepungan ialah semasa peristiwa penaklukan Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453.
Semasa serangan terbabit, meriam-meriam besar digunakan bagi memusnahkan tembok yang
tinggi dan tebal. Meriam-meriam ini diperbuat daripada gangsa dan dibawa berdekatan
dengan kota ini menggunakan banyak tenaga manusia disamping penggunaan kerbau dan
lembu kerana berat yang melampau meriam-meriam ini. Meriam-meriam ini kemudiannya
ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan letupannya. Seorang panglima Austria
pernah berkata bahawa tentera Uthmaniyyah amat "kebal" semasa musim panas. Keterangan
ini nyata benar memandangkan banyak kejayaan dicapai semasa kempen-kempen perangnya.

[sunting] Perkembangan (1453-1683)

Rencana utama: Perkembangan Turki Uthmaniyyah

Empayar Turki Uthmaniyyah, 1481 - 1683

Perkembangan kekuasaan Uthmaniyyah boleh dikategorikan kepada dua zaman. Zaman


pertama boleh dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan perkembangan kuasa; iaitu
bermula daripada penawanan Constantinople pada tahun 1453 sehinggalah kemangkatan
Sultan Sulaiman al-Qanuni (Suleiman the Magnificent) pada tahun 1566. Selepas berakhirnya
zaman pertama, zaman kedua pula muncul iaitu semasa struktur pentadbiran mula
menunjukkan kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah iaitu dari tahun
1566 sehinggalah kegagalan serangan ke atas Vienna pada tahun 1683.

Bagi meluaskan pengaruh dan kawasan Empayar Uthmaniyyah semasa zaman perluasaan
kuasanya, pemimpin memilih untuk menyebarkan melalui laluan air yakni laut. Selim I
4sidis.blogspot.com

menawan Parsi sebelum tewas kepada tentera Parsi tidak lama kemudian. Parsi kemudian
menewaskan tentera Uthmaniyyah dan menawan sebahagian kawasan milik Uthmaniyyah di
timur empayar itu. Mereka juga berjaya menawan Baghdad. Empayar Uthmaniyyah
menubuhkan tentera laut di Laut Merah bagi mengatasi pengaruh Portugis dalam
perdagangan rempah. Semasa zaman ini, Empayar Uthmaniyyah bersaing dengan kuasa-
kuasa Eropah di Laut India. Empayar Uthmaniyyah juga menghantar tentera lautnya
bersama-sama dengan kelengkapan perang dan askar ke Kenya dan Aceh bagi membantu
pemerintah-pemerintah Muslim di sana, di samping mempertahankan perdagangan rempah
dan hamba. Di Aceh, Empayar Uthmaniyyah membina kubu dan mempertahankannya
menggunakan meriam, selain itu Sultan Aceh,Sultan Alauddin Riayat Shah Al Qahar telah
memimpin sebuah armada perang dibantu oleh tentera turki Uthmaniyyah dengan meriam-
meriam besar dari Istanbul menggempur Portugis di Melaka. Empayar Turki Uthmaniyyah
juga merupakan kuasa yang bertanggungjawab dalam membantu perjuangan pihak Protestan
Belanda bagi menghadapai konflik mereka dengan golongan Katolik Sepanyol. Tentera laut
Uthmaniyyah juga mempunyai banyak pengaruh di Laut Mediterranean menjadikan
perdagangan di sana berkembang dengan pesat disebabkan kestabilan perdagangan di situ.
Zaman ini kemudiannya dikenali sebagai zaman "Pax Ottomanica" oleh orang Barat.

Serangan ke atas Vienna bukanlah satu siri pengembangan kuasa Empayar Uthmaniyyah
terhadap Jerman. Sebenarnya pihak Turki Uthmaniyyah hanyalah ingin bertindak terhadap
campur tangan Hapsburg Sepanyol ke atas Hungary. Hal ini juga menyebabkan sesetengah
sekutu Uthmaniyyah membelot terhadap Empayar Uthmaniyyah. Paus di Itali kemudiannya
meninggalkan kepentingan sekularnya bagi membangkitkan semangat anti-Islam di samping
ingin melancarkan Perang Salib yang baru. Dalam masa yang akan datang, Empayar
Uthmaniyyah bukan sahaja sebuah kuasa penakluk tetapi juga sebuah instrumen politik
Eropah. Perang di Vienna membawa kepada zaman kemerosotan terhadap Empayar
Utmaniyyah.

[sunting] Genangan (1683-1827)

Rencana utama: Genangan Empayar Uthmaniyyah

Sultan Murad IV

Selepas tewasnya tentera Uthmaniyyah dalam perang di Vienna pada tahun 1683 yang
menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyyah bukan lagi kuasa besar di Eropah. Pada tahun
1699, buat pertama kali dalam sejarahnya, Empayar Uthmaniyyah mengakui bahawa Austria
adalah sama taraf dengannya. Bukan sahaja itu, Empayar Uthmaniyyah juga kehilangan
wilayah besar dikuasainya sejak sekian lama. Terdapat banyak sultan yang dilantik selepas
itu yang tidak sekuat generasi Mehmed II, Selim I dan Suleyman I.
4sidis.blogspot.com

Semasa zaman kemerosotan ini, Empayar Uthmaniyyah lemah kerana masalah dalaman dan
luarannya disebabkan peperangan yang amat mahal terutamanya menentang Parsi,
Persekutuan Poland-Lithuania, Rusia, Austria-Hungary. Perang Rusia-Turki ialah peperangan
antara Rusia dan Empayar Uthmaniyyah semasa kurun ke-17, ke-18, dan ke-19 masihi
(kesemuanya 10 peperangan). Ia merupakan di antara konflik yang paling lama dalam sejarah
Eropah yang berlarutan selama 241 tahun; lebih lama daripada Perang Seratus Tahun di
antara England dan Perancis. Sebelum itu, Empayar Uthmaniyyah tewas dalam Perang
Lepanto pada tahun 1571.

Perjanjian Passarowitz menghasilkan satu era yang aman di antara tahun 1718-1730.
Pentadbiran Uthmaniyyah mula berubah dengan memajukan kota-kota sekitar Balkan yang
akan menjadi benteng pertahanan mereka sekiranya peperangan meletus dengan kuasa
Eropah. Pelbagai perubahan dilakukan seperti mendapat pandangan rakyat, mengurangkan
cukai, memperbaiki kemudahan awam, dan berbagai-bagai lagi perubahan. Walau
bagaimanapun, Empayar Uthmaniyyah gagal bersaing dalam bidang teknologi dengan
musuhnya di Eropah, terutamanya Rusia.

Pada penghujung kurun kelapan-belas menyaksikan Empayar Uthmaniyyah ketinggalan jauh


berbanding kuasa Barat. Peperangan berlaku dan mengakibatkan Uthmaniyyah kehilangan
banyak wilayah kepada Rusia dan Austria. Kawasan seperti Mesir juga mencapai
kemerdekaan. Semasa zaman ini, bermula dengan pemerintahan Sultan Selim III terdapat
usaha-usaha untuk memodenkan sistem-sistem di Turki. Banyak reformasi yang dilakukan
oleh pemerintah dihalang oleh golongan-golongan konservatif di dalam Turki Uthmaniyyah
sendiri sama ada oleh golongan keagamaan atau oleh golongan Janissari yang pada masa ini
telah menjadi korup. Walaupun askar elit Janissari ini dimansuhkan pada tahun 1826, usaha
ini masih mendapat tentangan.

[sunting] Kemerosotan dan pemodenan (1828-1908)

Rencana utama: Kemerosotan Empayar Uthmaniyyah

Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dibentuk oleh pengstukturan


semula dan transformasi dalam setiap aspek Empayar Uthmaniyyah. Walau bagaimanapun,
usaha yang berterusan tidak membantu dalam menghalang proses kemerosotan sistem
Uthmaniyyah. Satu perubahan yang signifikan hanyalah apabila Empayar Uthmaniyyah mula
menjadi sekutu kuasa-kuasa Eropah. Terdapat beberapa siri pakatan dengan beberapa negara
Eropah seperti Perancis, Belanda, Britain dan Rusia. Salah satu contoh yang nyata ialah
semasa Perang Krimea, yang mana Perancis, Britain, dan Uthmaniyyah berpakat menentang
Tsar Rusia.

Terdapat pada satu masa iaitu antara tahun 1839 dan 1876, reformasi dilaksanakan. Semasa
zaman ini tentera moden ditubuhkan. Sistem perbankan juga disusun semula di samping
pembinaan kilang-kilang yang moden. Dari struktur ekonomi pula, pihak pentadbir
Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman yang dibuat dengan bank-
bank di Eropah. Dari segi ketenteraan, ia menghadapi masalah mempertahankan dirinya
daripada diduduki kuasa-kuasa asing (cth: Mesir diduduki Perancis pada 1798; Cyprus
diduduki British pada 1876, dll.).

Dalam semua idea Empayar Uthmaniyyah dapati daripada kuasa Barat seperti nasionalisme
etnik. Kebangkitan nasionalisme etnik mengancam kestabilan Uthmaniyyah kerana rakyatnya
4sidis.blogspot.com

yang berbilang bangsa. Banyak peristiwa pemberontakan atas nama nasionalisme muncul dan
mengugat Empayar Uthmaniyyah.

Pembukaan ttihat ve Terakki Cemiyeti

Kebangkitan nasionalisme memaksa Empayar Uthmaniyyah untuk bertindak. Sepanjang


enam abad yang lalu banyak yang telah berubah kecuali sistem kerajaan. Ada juga
sekumpulan orang dari Uthmaniyyah yang mempunyai pendidikan barat berpendapat bahawa
konsep raja berpelembagaan dapat mengurangkan tekanan di dalam negara. ttihat ve Terakki
Cemiyeti (Perhimpunan Perpaduan dan Kemajuan) mempunyai hubungan yang istimewa
dalam kumpulan ini. Menurut buku yang dikeluarkan oleh ttihat ve Terakki Cemiyeti,
kejayaan dapat dicapai sekiranya perubahan dilakukan terhadap institusi sosial dan politik
Uthmaniyyah. Menerusi sebuah penggulingan ketenteraan, ttihat ve Terakki Cemiyeti
memaksa Sultan Abdul Aziz untuk menyerahkan takhta kepada Murad V. Bagaimanapun,
Murad V mempunyai masalah mental. Sultan Abdul Aziz terpaksa dipanggil semula dengan
syarat baginda akan mengubah sistem politiknya. Sultan Abdul Aziz mengubah struktur
pentadbiran yang berusia ratusan tahun ini 23 November 1876. Baginda mengubah nama
perlembagaan baru ini kepada "Kanun-i Esasi". Perlembagaan ini bertahan sehinggalah
bermulanya Perang Krimea.

Menjelang penghujung kurun kesembilan belas, keadaan politik Empayar Uthmaniyyah


menunjukkan keadaan kucar-kacir pada masa akan datang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
reformasi dan perubahan tidak cukup untuk membuat perbezaan dan tidak cukup untuk
menghalang pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah.

[sunting] Pembubaran (1908-1922)

Rencana utama: Pembubaran Turki Uthmaniyyah

Dari sudut sosial, kebangkitan semangat nasionalisme dan perubahan untuk demokrasi
menjadikan rakyat semakin tidak tenteram. Hal ini akhirnya menyebabkan beberapa siri
perebutan kuasa yang mengakibatkan konsep raja berperlembagaan ditubuhkan yang mana
sultan mempunyai sedikit kuasa manakala Parti Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan,
lebih dikenali sebagai Turki Muda, memerintah keseluruhan Empayar Uthmaniyyah.
4sidis.blogspot.com

Peta terakhir kawasan Empayar Uthmaniyyah.

Tiga buah negara Balkan yang baru terbentuk pada penghujung abad kesembilan belas.
Keseluruhan wilayah itu termasuk Montenegro mencari kawasan tambahan di dalam wilayah
Albania, Macedonia, dan Thrace yang berada di bawah pentadbiran Uthmaniyyah. Dengan
dorongan dari Rusia, beberapa siri perjanjian ditandatangani: antara Serbia dan Bulgaria
(Mac 1912) dan antara Greece dan Bulgaria (Mei 1912). Perjanjian di antara Serbia dan
Bulgaria mendesak kepada perpisahan Macedonia yang mengakibatkan Perang Balkan I.
Selepas itu terjadi pula Perang Balkan II.

Dalam usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah terbabit kekal dalam kekuasaan
Uthmaniyyah, Enver Pasha menyertai kuasa tengah dalam Perang Dunia Pertama. Semasa
waktu ini, Landasan Kereta Api Baghdad yang dikuasai Jerman menjadi punca pertenglikaian
antarabangsa dan memainkan peranan dalam punca tercetusnya Perang Dunia Pertama.
[2]
Empayar Uthmaniyyah mendapat beberapa kejayaan dalam tempoh awal peperangan
terbabit. Pihak bersekutu, termasuk unit tentera baru, ANZAC dikalahkan di Gallipoli, Iraq
dan Balkan, dan beberapa kawasan diperolehi. Di Caucasus, tentera Uthmaniyyah tewas
dalam beberapa siri pertempuran dan ini membolehkan tentera Rusia bergerak dari Trabzon,
Erzurum, ke arah Van. Empayar Uthmaniyyah bagaimanapun tewas pada akhir peperangan
ini terhadap pihak bersekutu dan mengakibatkan ia kehilangan wilayahnya.

Mustafa Kemal Pasha, yang memperoleh reputasi yang baik semasa kempen di Gallipoli dan
Palestin, dengan rasmi dihantar daripada Istanbul (ditawan) untuk memerintah dan
membubarkan tentera Uthmaniyyah di Caucasus. Pada awalnya pihak Uthmaniyyah hanya
mengikuti arahan sahaja. Walau bagaimanapun dalam masa tahun kemudian, berlakunya
perang kemerdekaan Turki (1918-1923) menentang kuasa asing. Perjuangan mereka ini
mengakibatkan penggulingan kuasa Sultan Mehmet VI oleh Perhimpunan Baru Turki.
Republik Turki kemudian diasaskan pada 29 Oktober 1923.

Sejarah ekonomi
Kerajaan Uthmaniyyah meneruskan polisi pembangunan Bursa, Edirne (Adrianople) dan
Istanbul, yang kesemuanya merupakan ibu negara Uthmaniyyah, untuk menjadikan bandar-
bandar ini pusat komersial dan industri, dengan mengajak pedagang-pedagang untuk
mencipta satu metropolis baru. [3] Mehmed dan penggantinya Bayezid, juga menggalakkan
dan menerima migrasi puak-puak Yahudi daripada pelbagai bahagian Eropah, yang tinggal di
Istanbul dan bandar-bandar pelabuhan yang lain seperti Salonica. Minda ekonomi
Uthmaniyyah adalah berasaskan konsep asas negara dan masyarakat di Timur Tengah yang
mana matlamat utama sebuah negara adalah untuk memperkembangkan lagi kekuasaan
4sidis.blogspot.com

pemerintah dan salah satu cara untuk mencapainya adalah dengan mendapatkan sumber
kekayaan dengan menjadikan kelas produktif berkembang. [4] Matlamat paling penting adalah
untuk meningkatkan pendapatan negara sebanyak yang mungkin tanpa merosakkan
kemakmuran rakyat bagi menghalang kekacauan masyarakat dan memastikan konsep
tradisional masyarakat terpelihara.

Organisasi Jabatan Perbendaharaan berkembang di bawah Empayar Uthmaniyyah berbanding


kerajaan-kerajaan Islam lain dan sehingga kurun ke-17, Empayar Uthmaniyyah adalah
organisasi peneraju berbanding yang lain.[5] Organisasi ini menghasilkan satu kumpulan
masyarakat yang baru, yang mana ulama yang terlatih menghasilkan badan profesional
kewangan.[5]

[sunting] Negeri
Terdapat beberapa ciri didalam negeri kekuasaan Turki Uthmaniyyah yang mana tidak
menunjukkan perubahan setelah sekian lama.

Negeri-negeri Uthmaniyyah merevolusikan sistem pentadbiran dengan bantuan dan


pengalaman masyarakat Kristian dan Yahudi sementara negeri-negeri lain masih berpegang
kepada agama dan identiti mereka sendiri. Hal ini adalah salah satu cara mengembangkan
kawasan mereka dengan pesat yang memerlukan sumber tempatan untuk menguruskan sistem
pentadbiran terbabit. Contohnya; perlantikan penasihat kepada sultan. Ada diantara mereka
ini dilantik daripada masyarakat bukan Islam dan bukan berbangsa Turki tetapi amat setia
kepada negara..

Dalam linkungan diplomatik, Empayar Uthmaniyyah seringkali ditafsir sebagai Bb-


i-l, atau Sublime Porte ("pintu besar") - sebuah ilusi terhadap pintu besar Istana Topkap di
mana sultan menyambung wakil-wakil dan duta-duta kerajaan asing. Ada sesetegah pihak
menafsirkan gelaran tersebut berikutan kedudukan geografi empayar ini. Hal ini bermakna
Istanbul, ibu negeri Uthmaniyyah menjadi gerbang di antara Eropah dan Asia. Masyarakat
barat seringkali menganggap Empayar Uthmaniyyah sebagai Empayar Turki ataupun Turki;
yang kemudiannya tidak patut dikelirukan dengan negara Turki moden.

[sunting] Sultan

Rencana utama: Dinasti Uthmaniyyah dan Senarai Sultan Empayar Uthmaniyyah

Sultan ialah pemerintah tunggal Empayar Uthmaniyyah walaupun pada akhir zaman empayar
ini, kuasa mereka menjadi semakin terhad.

Dinasti ini dikenali sebagai Osmanli atau Uthmaniyyah oleh sesetengah pihak. Pemerintah
pertama empayar ini menggelar diri mereka sebagai Bey. Oleh itu mereka mereka mengakui
kesetiaan kepada Kerajaan Seljuk. Sultan Murad I ialah pemerintah pertama yang
menggunakan gelaran "sultan". Dengan tertawannya Constantinople (Istanbul) pada tahun
1453, empayar ini semakin menuju ke kemuncak kehebatannya. Mulai tahun 1517, sultan-
sultan Uthmaniyyah juga merupakan Khalifah umat Islam. Sultan-sultan juga digelar dengan
pelbagai gelaran, antaranya ialah Sultan bagi segala Sultan, Panglima orang-orang Mukmin,
dan waris Rasulullah s.a.w.
4sidis.blogspot.com

[sunting] Undang-undang
Rencana utama: Undang-undang Uthmaniyyah

Terdapat tiga jenis sistem perundangan di dalam Empayar Uthmaniyyah: satu bagi orang
Islam (kadi), satu bagi orang bukan Islam, dan satu bagi perdagangan. Undang-undang
tertinggi empayar ini ialah Undang-Undang Kanun. Mahkamah utama dalam empayar ini
ialah Mahkamah Syariah. Pentadbiran tempatan adalah salah satu cara untuk
menyamaratakan kuasa pusat dan tempatan.[6]

Terdapat dua sistem kehakiman iaitu Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Kanun.
Tidak berlaku percampuran kuasa bagi masalah agama yang lain. Undang-undang Syariah
ialah berdasarkan Al Quran dan hadith. Undang-undang kanun (juga dikenali sebagai
Undang-undang sivil) ialah undang-undang yang ditetapkan oleh sultan. Kedua-dua sistem
ini diajar di sekolah undang-undang yang wujud di Bursa dan Istanbul. Mahkamah diuruskan
oleh seorang kadi yang dilantik sultan.

[sunting] Ketenteraan
Rencana utama: Ketenteraan di Turki Uthmaniyyah

Pengambilan askar baru untuk menjadi sebahagian daripada tentera Uthmaniyyah merupakan
satu sistem yang kompleks. Didalam tentera Uthmaniyyah, askar berkuda merupakan unit
utamanya. Askar berkuda ini menggunakan panah dan pedang pendek sambil mempraktikkan
taktik seperti yang ditunjukkan oleh tentera Mongol. Tentera Uthmaniyyah pernah menjadi
tentera termoden dan terkuat di dunia, menjadikannya kerajaan pertama menggunakan
khidmat askar bersenapang (Bahasa Inggeris muskets). Unit tentera elit Uthmaniyyah ialah
tentera Janissari yang juga merupakan pengawal peribadi sultan-sultan. Selepas kurun ke 17,
Kerajaan Uthmaniyyah tidak lagi mampu menghasilkan angkatan tentera moden disebabkan
kurangnya reformasi dan askar-askar Janissari yang korup. Pembubaran unit Janissari pada
tahun 1826 sudah terlambat dan ketika perang menentang Rusia, Empayar Uthmaniyyah
kekurangan senjata moden dan teknologi.

Pemodenan Empayar Uthmaniyyah pada kurun ke-19 bemula dengan pemodenan angkatan
tenteranya. Empayar ini merupakan institusi pertama mengupah pakar asing dan menghantar
pegawai-pegawai kanan mereka untuk menjalani latihan di negara-negara Barat. Dengan cara
ini teknologi dan senjata baru tiba di sini seperti senapang dari Jerman dan British, tentera
udara dan tentera laut moden. Empayar Uthmaniyyah berjaya dalam memodenkan angkatan
tenteranya, walau bagaimanapun mereka masih tidak dapat menandingi kuasa-kuasa Barat.

[sunting] Kebudayaan
Rencana utama: Kebudayaan Uthmaniyyah
4sidis.blogspot.com

Taman Istanbul

Kajian terkini menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyyah sememangnya kaya dengan


kebudayaan. Pada asalnya, orang-orang Uthmaniyyah tergolong dalam kebudayaan orang-
orang Asia Tengah. Mereka kemudiannya mengintegrasikan kebudayaan Parsi dan Byzantine
dalam kehidupan harian mereka. Apabila melihat seni-seni Uthmaniyyah, kita dapat
mengetahui bahawa mereka mewarisinya daripada asal-usul mereka. Mereka menggunakan
banyak budaya Parsi. Empayar ini menunjukkan terdapat keharmonian di antara bangsa Turki
dan bangsa Parsi. Bukan sahaja itu, terdapat juga pengaruh Eropah dan Byzantine.

Empayar ini juga kaya dengan pelbagai kebudayaan seperti Arab, Eropah, dan lain-lain lagi
kerana empayarnya yang luas merangkumi pelbagai latar belakang dan budaya. Dengan
berlakunya asimilasi antara mereka, lahirlah budaya baru di empayar ini.

[sunting] Kronologi Empayar Uthmaniyyah

Askar-askar Uthmaniyyah selepas tamat Perang Balkan Pertama.

1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan
di barat Anatolia.
4sidis.blogspot.com

1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar


Turki Uthmaniyyah.
1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di
Ankara.
1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.
1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
1526M- Perang Mohacs
1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
1571M- Perang Lepanto berlaku.
1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
1792M- Perjanjian Jassy.
1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut
Uthmaniyyah di Navarino.
1829M- Perjanjian Adrianople.
1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
1841M- Konvensyen Selat.
1853M- Bermulanya Perang Krimea.
1856M- Berakhirnya Perang Krimea.
1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi
kuasa autonomi.
1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki
Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang
Bosnia dan Herzegovina.
1912M- Perang Balkan pertama.
1913M- Perang Balkan kedua.
1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa
tengah.
1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun.
1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki
Uthmaniyyah.

[sunting] Nota dan rujukan

Anda mungkin juga menyukai