Anda di halaman 1dari 16

Kisah ikhwan

1. KISAH NASIHAT DI PENJARA DAN KELUAR MASUK PENJARA


Al-Hudhaibi keluar masuk penjara berkali-kali. Pernah juga dia dijatuhi hukuman gantung
sampai mati. Ketika itu usianya sudah pun agak lanjut. Namun semangat dan jiwanya amat
kental.

Al-Hudhaibi mengingatkan anggota-anggota Ikhwan: Penjara bukan tembok tebal dan jeriji
besi. Sebenarnya penjara adalah keadaan dalam perasaan dan fikiran kalian.

Semasa bertahun-tahun dalam penjara dengan dianiaya dan diseksa, Al-Hudhaibi terus
menyuntikkan semangat anggota-anggota untuk terus bertahan. Beliau terus menyemarakkan
semangat teguh mempertahankan Islam dan untuk hidup sepenuhnya di bawah naungan Islam.
Al-Hudhaibi mahu anggota-anggota Ikhwan terus meningkatkan tarbiyyah dan tazkiyyah diri
walaupun sedang merengkok dalam penjara.

Oleh kerana kesihatannya semakin kritikal, hukuman gantung sampai mati terhadapnya ditukar
kepada hukuman penjara seumur hidup. Apabila pemerintah menyangka bahawa Al-Hudhaibi
akan mati dalam penjara disebabkan penyakitnya itu, maka pemerintah pun membebaskannya
dengan sangkaan Al-Hudhaibi akan mati beberapa hari lagi.

Dengan kehendak Allah apa yang diharapkan oleh pemerintah itu tidak berlaku. Sebaliknya
Al-Hudhaibi terus memimpin Ikhwan dengan lebih gagah lagi. Melihat ini, pemerintah sekali
lagi menahan dan menghumban Al-Hudhaibi ke dalam penjara!

Tidak ada yang lebih menggembirakan Al-Hudhaibi selain daripada dikumpulkannya semula
untuk kembali bersama-sama anggota-anggota Ikhwan di dalam penjara.

SUMBER : 100 PELAJARAN DARI PARA PEMIMPIN IKHWANUL MUSLIMEN

2. NASIHAT MUTABAAH AMAL


Syeikh Abdul Badi Saqr, juga seorang yang dipenjarakan oleh rejim Jamal Abdul Nasir
menceritakan bahawa suatu hari Al-Hudhaibi menemuinya di depan bilik air penjara.

Al-Hudhaibi bertanya: Berapa hari kamu khatamkan Al-Quran?.

Aku menjawab: Setiap lima belas hari!.

Al-Hudhaibi berkata: Apakah yang menghalang kamu untuk mengkhatamkan dalam tiga hari?
Bacalah dua juzu setiap selesai solat waktu sedangkan kamu masih berwudhu. Ingatlah
peluang seperti ini tidak akan berulang!

SUMBER : 100 PELAJARAN DARI PARA PEMIMPIN IKHWANUL MUSLIMEN


3. PRINSIP BENCIKAN KEGANASAN
Al-Hudaibi juga bencikan keganasan. Pernah sebilangan anggota-anggota Ikhwan berkata
kepadanya: Bukankah bilangan kita dalam penjara ini mencecah ribuan orang? Mengapa kita
tidak menyerang pengawal-pengawal penjara demi membebaskan kita dari penjara ini?.

Al-Hudhaibi menjawab: Barangsiapa melakukan tindakan tersebut, maka dia bukan anggota
Ikhwan!. Sesungguhnya, nyawa seorang dari seribu anggota Ikhwan adalah lebih berharga
bagiku daripada batang leher Jamal Abdul Nasir! Berjaga-jagalah!, jangan ada seorang di
kalangan kalian yang memberi kesempatan kepada anjing-anjing hina itu untuk menghapuskan
golongan orang-orang yang beriman. Tahanlah diri kalian, bersabarlah, tingkatkanlah
kesabaran dan tetap tabahlah sehingga datang ketetapan Allah!

SUMBER : 100 PELAJARAN DARI PARA PEMIMPIN IKHWANUL MUSLIMEN

4. BM IAITU BAITU DUAAH


Hasan Al-Hudhaibi juga mengikuti dan mengukuhkan tradisi Ikhwan Muslimin dalam
mentarbiyyah dan membawa seluruh keluarga dalam perjuangan Islam. Al-Hudhaibi
mempunyai seorang isteri yang berjiwa kental, Ummu Usamah.

Ketika Al-Hudhaibi dalam tahanan penjara, seorang menteri Mesir telah mengutus isterinya
untuk bertemu dengan Ummu Usamah. Tujuannya adalah untuk menenangkannya serta
memberitahu bahawa menteri tersebut telah berbuat yang terbaik untuk menyelamatkan Al-
Hudhaibi.

Ummu Usamah berkata: Siapa yang memberitahu kepada suamimu yang kami gelisah dan
sedih sehingga kamu bersusah payah untuk memberi nasihat kepada kami, menenangkan hati
kami dan memberi khabar gembira bahawa Ustaz selamat? Apakah puan ingin memberitahu
kepadaku dan anak-anakku bahawa hukuman telah ditetapkan sebelum dijalankan perbicaraan?
Adakah puan mahu memberitahu kepada kami bahawa hukuman yang akan diterima oleh Ustaz
adalah hukuman mati?

Ummu Usamah seterusnya menegaskan: Wahai Saadiyah Hanim, isteri pembesar Mesir yang
mulia, saya mohon agar puan dengar dengan baik dan sampaikan kepada Tuan Menteri!
Sampaikan bahawa Hasan Al-Hudhaibi tidak memegang kepimpinan Ikhwan Muslimun
kecuali setelah menyaksikan pendahulunya yang agung, Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah
diculik dan dibunuh secara keji dengan terang-terangan di tepi jalan ibu kota negara ini.
Hudhaibi tidak menerima untuk menjadi pengganti beliau kecuali menunggu akhir
kehidupannya yang sama seperti beliau. Sungguh, ia telah menjual dirinya untuk Allah dan
kami juga menjual diri kami bersamanya untuk Allah. Bila semua itu terjadi kerana takdir Allah
maka tak seorang pun akan melihat kami kecuali dalam ketenangan, ketenteraman dan
kebahagian. Sebab kami serahkan sepenuhnya segala urusan manusia kepada Allah. Kami
mengharapkan pahala-Nya dan kami sangat berbahagia bila dapat menyusulnya sebagai
syuhada
Kemudian Ummu Usamah berpaling kepada anak-anaknya Ilyah, Khalidah dan Suad sambil
berkata:Inilah pendirian ummi, bagaimana pendapat kalian wahai anak-anak?

Serentak mereka menjawab: Tidak ada perbezaan sedikit pun pendapat kami dengan
pendapatmu, wahai ummi!

SUMBER : Tarbiyah Pewaris

5. KISAH LANTIKAN MURSYIDUL AM IM


Lewat petang 12 Februari 1949, ditepi jalanraya kota Kaherah, Imam Hasan Al-Banna
ditembak dan terus rebah. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital dan kematiannya di hospital
adalah satu misteri ngeri gugurnya seorang syahid.

Acara pengurusan jenazah hanya dikendalikan oleh ahli keluarganya yang terdekat. Pemimpin-
pemimpin dan ahli-ahli Ikhwan tidak dapat bersama kerana perintah berkurung telah
diisytiharkan oleh pemerintah.

Jenazah Hasan Al-Banna dibawa ke tanah perkuburan dengan dikawal rapi oleh kereta kebal
dan kereta perisai tentera. Orang ramai dihalang daripada mengiringi jenazahnya.

Raja Farouk bersembunyi di istananya. Beliau tidak keluar ke masjid untuk menunaikan solat
berjamaah dengan orang ramai seperti yang biasa dilakukannya.

Pemerintah Mesir di bawah perdana menteri, Ibrahim Abdul Hadi, merancang dan terus
bertindak menjalankan gelombang baru penangkapan beramai-ramai anggota-anggota Ikhwan.
Berbagai bukti diada-adakan untuk terus menuduh Ikhwan merancang untuk membunuh
perdana menteri Mesir dan mahu mencetuskan revolusi.

Enam bulan penuh berikutan kematian Hasan Al-Banna, Mesir dicengkam dengan tindakan
kuku besi pemerintah yang menangkap anggota-anggota Ikhwan. Dianggarkan lebih 4,000
anggota Ikhwan merengkok dan diseksa di penjara-penjara Tur, Uyun Musa dan Huckstep,
iaitu sebuah berek lama tentera Amerika.

Seluruh Mesir berada dalam perintah darurat. Mahkamah tentera diwujudkan dengan barisan
hakim dan pendakwa yang dipilih khas. Drama dan sandiwara dimainkan dalam perbicaraan
dengan motif utamanya mahu mengaitkan Ikhwan dengan percubaan membunuh perdana
menteri sebelumnya.

Dalam kemelut inilah Ikhwan Muslimin perlu menyelesaikan masalah dalamannya yang paling
utama, iaitu persoalan pengganti Hasan Al-Banna.

Selepas syahidnya Al-Banna, secara tabii tugas Mursyidul Am dipangku oleh timbalannya
sejak tahun 1947, iaitu Syeikh Saleh Ashmawi. Dalam keadaan pergerakan yang terbatas,
kerahsiaan serta ramai anggota lain merengkok dalam penjara, ramai anggota Ikhwan
beranggapan bahawa Syeikh Saleh Ashmawi adalah orang yang seharusnya menerajui Ikhwan
selepas itu.
Namun, Salih Ashmawi sejak menjadi timbalan Hasan Al-Banna lagi sudah pun dikaitkan
dengan tanzim as-sirri. Tanzim ini dituduh oleh pemerintah sebagai badan yang mencetuskan
keganasan di Mesir.

Selain itu, nama-nama lain yang disebut sebagai calon bagi menggantikan Hasan Al-Banna
adalah saudaranya sendiri, iaitu Abdul Rahman Al-Banna dan juga setiausaha agung Ikhwan,
iaitu Abdul Hakim Abidin. Seorang anggota kanan Maktab Al-Irsyad, Syeikh Hasan Al-Baquri
yang bersama-sama Syeikh Hasan Ashmawi menggerakkan Ikhwan sepanjang era tribulasi
awal setelah kematian Hasan Al-Banna juga dicalonkan sebagai pengganti.

Pada ketika itu juga seorang pendatang baru dalam Ikhwan pada penghujung hayat Hasan Al-
Banna, iaitu Munir Al-Dilla memainkan peranan yang besar dalam gerakan Ikhwan yang
memang terbatas pergerakannya itu. Munir Al-Dilla adalah seorang hartawan yang menyertai
Ikhwan pada tahun 1947. Beliau telah membuktikan pengorbanannya yang tidak berbelah bagi
dengan menginfaqkan sebahagian besar harta bendanya di jalan perjuangan Ikhwan Muslimin.

Dalam persoalan pengganti bagi Hasan Al-Banna, Munir Al-Dilla telah memainkan peranan
yang besar. Dalam satu mesyuarat yang diadakan di rumahnya, nama Hasan Al-Hudhaibi
sebagai seorang lagi calon bagi menggantikan Hasan Al-Banna. Bermula daripada situlah
proses musyawarah pun dijalankan dalam keadaan pergerakan anggota-anggota Ikhwan yang
begitu terbatas.

Syeikh Hasan Ashmawi, Abdul Rahman Al-Banna, Abdul Hakim Abidin dan Syeikh Hasan
Al-Baquri adalah tokoh-tokoh besar Ikhwan Muslimin pada masa itu. Proses musyawarah tidak
dapat dijalankan hingga mampu mencakupi pendapat dan pandangan seluas mungkin anggota
yang ada di dalam dan di luar penjara. Oleh itu ramai yang beranggapan bahawa membuat
pilihan yang silap bagi jawatan Mursyidul Am boleh menimbulkan perpecahan dalam saff
Ikhwan Muslimin.

Berdasarkan pandangan seumpama inilah ramai yang berpandangan bahawa tempat Hasan Al-
Banna hendaklah digantikan buat sementara waktu dengan seorang muka baru!. Mereka
berpendapat, setelah keadaan beransur pulih, barulah seorang Mursyidul Am yang sebenarnya
boleh dipilih.

Untuk itu Hasan Hudhaibi adalah calon terbaik memandangkan kedudukannya yang dihormati
pada kaca mata masyarakat Mesir. Hasan Al-Hudhaibi adalah seorang hakim dengan lebih dari
20 tahun pengalaman di pelbagai mahkamah seluruh Mesir. Dengan itu, perlantikannya akan
menampilkan imej yang amat positif kepada Ikhwan Muslimin di kalangan orang ramai.

Hujah waqi lain yang digunakan juga adalah kerana pada masa itu anggota-anggota Ikhwan
Muslimin ramai yang merengkok dalam penjara dan ada yang sedang dan bakal dihadapkan ke
mahkamah tentera, maka dengan perlantikan Hasan Al-Hudhaibi sebagai seorang hakim yang
terhormat adalah ianya diharapkan dapat mententeramkan pihak kehakiman dan pendakwaan.

Ramai juga anggota yang berharap bahawa Ikhwan Muslimin yang telah diharamkan oleh
pemerintah dibenarkan kembali bergerak seperti sebelumnya. Berdasarkan harapan ini, maka
mereka yang menyokong perlantikan Hasan Al-Hudhaibi berharap sebagai hakim yang
dihormati dan sebagai muka baru dalam gerakan Ikhwan Muslimin, proses pendaftaran semula
ini dapat direalisasikan segera.

Syeikh Soleh Ashmawi sendiri menyokong pandangan ini dengan katanya: Adalah mustahak
agar nama-nama anggota kita yang telah dimomok-momokkan oleh pemerintah sebagai
pengganas yang menjadikan jamaah kita ditakuti oleh orang ramai ditiadakan buat sementara
waktu daripada senarai calon Mursyidul Am.

Setelah Hasan Al-Hudhaibi dibaiah sebagai Mursyidul Am, memandangkan keadaan yang
begitu diancam oleh pemerintah di atas tekanan Amerika dan negara-negara Barat, beliau
menjalankan tugasnya selama enam bulan secara rahsia dan bergerak secara bawah tanah.
Ketika itu beliau masih belum melepaskan jawatannya sebagai hakim mahkamah.

Setelah berlaku pertukaran kerajaan, di bawah perdana menteri Nahhas Pasha, Ikhwan
Muslimin diberikan izin semula untuk bergerak secara terbuka. Imej Hasan Al-Hudhaibi yang
positif telah banyak membantu dalam era peralihan ini. Pada masa yang sama timbalannya juga
adalah seorang pengamal undang-undang yang amat dihormati di seluruh Mesir. Beliau adalah
Syeikh Abdul Qadir Awdah.

Gandingan Hasan Al-Hudhaibi dan Syeikh Abdul Qadir Awdah telah membantu
menempatkan semula Ikhwan diterima secepat mungkin oleh masyarakat Mesir.

Apabila peluang untuk Ikhwan bergerak secara terbuka wujud semula, Hasan Al-Hudhaibi pun
turun ke seluruh wilayah untuk bertemu dengan anggota-anggota Ikhwan. Beliau tidak bertemu
mereka sebagai Mursyidul Am, sebaliknya beliau bertemu anggota-anggota meminta mereka
memilih Mursyidul Am yang lain.

Menurutnya, beliau telah dilantik oleh sekumpulan anggota dalam keadaan darurat. Oleh
kerana keadaan darurat telah tiada, maka adalah menjadi hak semua anggota Ikhwan Muslimin
untuk memilih Mursyidul Am menurut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. Lagipun,
syarat untuk dipilih menjadi Mursyidul Am pada ketika itu hendaklah ianya seorang yang telah
dipilih untuk menjadi anggota Majlis Syura dengan memperolehi tidak kurang daripada tiga
perempat dari jumlah undi keseluruhan. Hasan Al-Hudhaibi tidak memenuhi syarat tersebut!.

Permintaan Hasan Al-Hudhaibi tidak diterima. Sebaliknya, delegasi demi delegasi datang ke
Kaherah untuk mengesahkan serta membaiahnya sebagai Mursyidul Am Ikhwan Muslimin
yang kedua.

Sumber: ummahonline.wordpress.com

6. WASIAT
Wahai Ikhwan, sesungguhnya Allah telah menjadikan kamu tentera untuk menegakkan
kebenaran, kemuliaan dan ketinggian di tanah air kamu dan di dunia Islam seluruhnya.
kewajipan tentera yang ikhlas ialah sentiasa bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab
dalam mengharungi medan perjuangan. oleh itu menjadi kewajipan kamu, bersedia setiap
masa untuk melakukan apa saja yang boleh membawa kepada kemenangan di medan
pengislahan dan pembebasan ummah. maka sucikanlah jiwamu, bersihkan hatimu, perangi
hawa nafsumu sebelum kamu memerangi musuhmu. sesungguhnya orang yang tidak mampu
menewaskan nafsunya, lebih tidak mampu untuk mengalahkan musuhnya di medan perang
bersenjata. jadilah kamu contoh bagi apa yang kamu cakapkan dengan mempamerkan akhlak
al-Quran agar kamu dikenali manusia dengan akhlak kamu sebelum mereka mengenali kamu
dengan kata-katamu.

SUMBER : Tarbiyah Pewaris

7. Nasihat Dr. Badie


Wahai Ikhwanul Muslimin Berjalanlah diatas jalan yang penuh keberkahan Allah.. Jadilah
kalian orang-orang menepati janji dihadapan Allah.. Pelajarilah dan tadabburkanlah Al-Quran
sehingga kalian dapat memahami jalan yang harus ditempuh dan yang telah digarapkan
konsepnya, teruslah berada pada sirah Rasul kalian saw sehingga kalian memahami manhaj
kalian sebagai aplikasi praktis sirah Nabi saw

Bekerjalah .. bekerjalah .. Dan bekerjalah .. dan janganlah kalian berputus asa; kerana masa
depan adalah milik dakwah kalian, dan kemenangan untuk umat kalian ..

Dan Katakanlah: Bekerjalah kamu, Maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin
akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui
akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu
kerjakan. (At-Taubah:105)

Maha benar Allah yang maha Kuasa atas segala firman-Nya.

(Taujih dari Dr. Muhammad Badi, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin, 04-02-2010)

8. Karakter Hasan Al-Hudaibi


Hassan Al-Hudaibi juga merupakan sosok yang sangat disegani oleh teman sejawatnya dan
para konsultan lainnya; terutama yang berani bermain-main dengan undang-undang sipil, dan
yang melakukan pelanggaran dasar-dasar syariah Islam. Suatu kali; pada jiwa-jiwa terhenti
tanpa dapat melakukan apa-apa, dan cukup dengan memberikan agenda kritikan yang lembut,
beliau pergi dengan sendirinya ke pusat revisi undang-undang, dan memberikan pernyataan
secara resmi bahwa dirinya menentang dan mengutuk berbagai produk undang-undang yang
tidak berasal dan bersumber dari syariat Islam, atau kandungan bab dan fasal-fasalnya yang
bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah. Sehingga, dengan sikap tersebut menjadi berita
headline di seluruh surat kabar di Mesir saat itu; bahkan koran Al-Ikhwan menerbitkan berita
dengan tema Hasan Al-Hudaibi, semoga Allah menolongnya yang berasal dari surat kabar
Akhbar Al-Youm. Dan karakter yang agung yang terdapat dalam diri Al Hassan Al-Hudaibi
adalah ketegarannya dan keberaniannya dalam menentang kebatilan, dan terhadap para pelaku
dan pendukung kebatilan, ketegarannya berdiri dihadapan kekuatan zhalim dan para pelaku
kezhaliman, sekalipun usia beliau sudah lanjut dan sering sakit-sakitan beliau tetap melakukan
aktivitas. Sebagaimana beliau juga memiliki karakter membenci terhadap hal-hal yang berbau
pamer dan pujian, jauh dari pantauan, karena itu kadang- beliau selalu menghindar dari
sorotan kamera, menolak untuk ditulis tentang jati dirinya dan perjalanan hidupnya; karena
yang beliau harapkan hanyalah ganjaran dari Allah. Jika seorang imam memilih banyak diam
dan jauh dari sorotan masa, adalah merupakan ketawadhuan dan kelebihan yang dimilikinya,
namun di antara haknya dan juga hak imam Al-Banna dan seluruh ulama dan umat yang
membawa amanah setelah mereka hingga hari akhir zaman, untuk selalu menjadi uswah dan
qudwah (contoh dan teladan), bahkan beliau menjadi menara yang mengarahkan para pembawa
risalah dakwah dan pengarah jalan di dalamnya, sehingga dapat dijadikan pegangan bagi para
pengemban amanah dakwah dan menerangi jalan mereka, karena para pemuda zaman sekarang
ini, banyak yang sering mentaqlid dari sana sini, menemukan kebesaran jiwa dari sebagian
tokoh. Karena itu, jika mereka mengambil kebesaran jiwa maka mereka kelak akan menjadi
jiwa yang memiliki kepribadian yang tinggi pula.

9. Mengenal IM
Dikisahkan bahwa hubungan beliau dengan Ikhwanul Muslimin dimulai sejak tahun 1942,
yaitu saat beliau mendapatkan kepuasan dengan dakwah al-Ikhwan melalui praktek sebelum
mendapatkannya secara teori. Hal tersebut terjadi ketika beliau melihat sebagian anggota
kerabatnya dari para petani yang sedang menghadapi berbagai macam masalah; agama dan
politik, yang kebanyakan dari masyarakat umum tidak memahami hal tersebut, terutama karena
kebanyakan dari mereka adalah berasal kalangan umi (buta huruf), dan ketika diketahui bahwa
hal tersebut kembali kepada para Ikhwan, beliau tertarik dengan cara dakwahnya, sehingga
beliau sangat antusias untuk menghadiri khutbah Jumat di masjid-masjid yang diisi oleh
pendiri jamaah Ikhwan; Hasan Al-Banna. Dan sejak tahun 1942 beliau mulai menjalin
hubungan dengan dakwah yang penuh berkah ini melalui pendirinya langsung terutama di saat
beliau melakukan kunjungan ke kota Zaqaziq.

10. KISAH TNTNG HASAN HUDAIBI


Saat memulai kehidupannya menjadi mursyid am kedua Ikhwanul Muslimin, beliau mulai
mengalami kehidupan yang keras dan tidak pernah berhenti, beban yang berat dan ujian yang
tidak pernah putus, cobaan terhadap jamaah terutama pemimpinnya terus berlanjut;
dimasukkan di dalam penjara, disiksa, dijatuhi hukuman mati, kemudian di ganti dengan
hukuman kerja paksa. Di tengah ujian tersebut beliau berkata:Tegakkanlah daulah Islam di
dalam hati-hati kalian, niscaya dia akan tegak di negeri kalian. Pada kondisi yang
mengenaskan berada dipenjara yang terisolir -sementara para Ikhwan yang lain dan termasuk
anak-anaknya ikut disiksa dan dipecut beliau memperkokoh jiwa mereka dan mengajak
mereka untuk mempertahankan keimanan mereka.

DR. Ahmad Al-Asal berkata tentangnya: Beliau selalu menghadirkan kepada mereka untuk
memiliki hati yang tsabat, dan jiwa yang tenang; dengan mengatakan di hadapan para pelaku
penyiksaan: Mereka adalah sebaik-baik pemuda Mesir, karena itu, jagalah mereka untuk
menjadi saham bagi negerinya, cukuplah kalian mengambil dan memenjarakan diri saya dan
melakukan apa yang kalian inginkan.

Selama di penjara kesehatan beliau sering terganggu, sehingga harus dipindah ke rumah sakit,
namun setelah itu hukuman terhadapnya tidak berhenti namun dikembalikan ke tempat semula
untuk ikut merasakan penderitaan Ikhwan lainnya serta anak-anaknya. Beliau berkta: Penjara
adalah sebaik-baik tempat pengkondisian jiwa bukan sekadar tembok dan jeruji besi. Ahmad
Al-Asal juga berkata: saya tidak pernah lupa terhadap apa yang diceritakan beliau kepada
kami, beliau meneteskan air mata saat bercerita tentang kondisi seorang Ikhwan yang miskin
yang mendapatkan waktu berharga pada salah seorang Pasya saat dirinya membersihkan WC
di tempat salah seorang terpidana, maka salah seorang dari teman-temannya berinisiatif
memberikan uang atas amanah yang dikerjakannya dan kembali bekerja. Maka Ikhwan tersebut
berdiri sambil menegakkan badannya berkata: Sungguh saya ingin menambah pekerjaan ini
sesuai dengan amanah, dan saya tidak menginginkan upah tersebut kecuali karena Allah, dan
saya tidak butuh harta tersebut. Kemudian Ustadz berkata: Padahal saya tahu betul
kondisinya, dirinya pasti membutuhkan harta tersebut, namun karena kesucian dan kebersihan
dirinya, ia tidak mau menerima uang tersebut. Kemudian air matanya meleleh kembali.

11. BUKU Ust Hasan Hudaibi


- Duat la qudha'
- Inna hadzal Quran
- Al-islam wa ad-daiyah, kumpulan tulisan yang disusun oleh Asad Sayyid Ahmad

12. Umar tilmisani


KENANGANNYA TERHADAP IMAM HASAN AL BANNA
Di dalam salah sebuah karyanya iaitu Al-Mulham Al-Mauhub (Orang yang diberikan ilham
oleh Allah dengan idea yang hebat), Ustaz Al-Banna, Ustaz Al-Jiil beliau menceritakan
tentang guru yang dicintainya :

Pemimpin kami, Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah menghimpunkan kami di atas jalan Allah.
Ia menyayangi kami kerana Allah. Kamipun menyayanginya kerana peranan kami di jalan
Allah. Ketinggian dan keindahan cintanya, kesucian dan keagungan cintanya, kesempurnaan
dan kelembutan cintanya, keutamaan dan pancaran cintanya, buah cintanya bahkan yang lebih
dari semua itu, tidak akan wujud, kecuali jika dia mencintai kerana Allah, memuji-Nya serta
berjuang di jalan-Nya. Semua perkara itu tidak akan ada, kecuali kerana dia mempunyai
keikhlasan, pengorbanan dan perhatian yang penuh kepada Deenullah, Islam.

Keutamaannya inilah yang menghantarkan kami untuk berguru kepadanya. Kesungguhan,


ketekunan dan dedikasinya sangat tinggi, sehingga akalpun sangat sukar untuk memahaminya.

Ia adalah orang yang telah diberi ilham dan orang yang diberikan kemampuan yang jarang
dimiliki oleh masyarakat pada umumnya.

Allah swt berfirman :

Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulan. (QS Al-Anam : 124)

Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna merupakan motivator yang suci bersih, sehingga kami
bersamanya terus memperhatikan keadaan kaum muslimin. Kenangan kami padanya semoga
dapat menjadi pendorong untuk mewujudkan cita-cita beliau. Dapat mengingatkan kami
kepada Allah dan pada pandangan beliau selama hayat beliau. Setelah beliau meninggal dunia,
menghadap yang Maha Kuasa, semoga kami dapat terus mengingati pesanan-pesanan-nya.

Aku akan sentiasa mengenang Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna kerana dengan
mengenangnya akan mengingatkan aku pada Allah. Apakah ada keperluan lain yang lebih
mendesak selain keperluan kepada seseorang yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah
swt. Aku tetap ingin menjaga keindahan perasaan.

13. Umar tilmisani bercerita tntng dirinya


Ia berkata tentang dirinya sendiri :

Aku tidak pernah mengetahui bahwa wujud sifat keras yang berkaitan dengan perilaku yang
kumiliki. Tidak ada keinginan untuk menang ke atas sesiapa pun. Oleh kerana itu, aku tidak
merasa memiliki seorang musuh kecuali mungkin kerana pembelaanku terhadap kebenaran
atau kerana aku menyeru manusia untuk mengamalkan kitabullah. Itu bererti bahwa
permusuhan itu datang dari mereka sendiri dan bukan dariku. Aku telah berjanji pada diriku
sendiri untuk tidak menyakiti seorang pun dengan kata-kata yang kasar, walaupun aku berbeza
dan berselisih pendapat dengannya secara politik, bahkan walau pun mereka menyakitiku. Oleh
yang demikian, tidak pernah berlaku pertentangan antara diriku dengan seorang pun kerana
faktor peribadi.
Dari kenyataan ini kita dapat mengetahui bahwa tidak seorang pun meninggalkan kediaman
beliau kecuali ia membawa penghormatan dan penghargaan dari dalam dirinya dan rasa cinta
kepada daie mujahid ini. Demikian pula dengan mereka yang pernah menjadi murid Imam
Hasan Al Banna, melalui madrasahnya dan bergabung dalam jamaahnya, mengenali peribadi
Ustaz Umar sebagai daie yang tulus dan ikhlas.

14. Umar tilmisani sifat lembu dan tidak keras


Ustaz Umar At Tilmisani adalah peribadi yang sangat pemalu. Sebagaimana yang disaksikan
oleh setiap orang yang melihatnya dari dekat. Teman sepenjara dan kawan-kawan yang
bercakap tentang dirinya akan merasakan bahwa penderitaan berpanjangan yang ia alami dalam
kegelapan penjara berhasil menempa dirinya, sehingga ia tidak membiarkan wujud sedikit pun
jarak dalam dirinya untuk sebuah hakikat yang tidak diyakininya. Beliau berada di penjara
selama lebih 17 tahun. Bermula pada tahun 1948 (1368H), kemudian tahun 1954 (1373H), lalu
pada tahun 1981 (1402H). Tidak ada yang bertambah dalam dirinya saat menghadapi seluruh
ujian dan cubaan itu kecuali kesabaran dan ketegaran.

Dalam wawancaranya dengan majalah Al-Yamamah, yang diterbitkan di Arab Saudi, edisi 14
Januari 1982, Ustaz Umar At Tilmisani berkata :

Sesungguhnya tabiat di mana aku tumbuh di atasnya membuatku benci kepada kekerasan
dengan segala bentuknya. Ini bukan hanya sebagai sikap politik tapi juga merupakan sikap
peribadiku yang berkait erat dengan pembentukan jati diriku. Bahkan ketika ada seseorang
yang cuba menganiaya diriku, maka aku sungguh tidak akan menyelesaikannya dengan
kekerasan. Aku boleh sahaja menggunakan kekuatan untuk menciptakan perubahan. Namun
demikian, aku tidak akan pernah melakukan itu dengan kekerasan.

15. APA KATA MEREKA TENTANG USTAZ UMAR AT TILMISANI


Ustaz Muhammad Said Abdurrahim berkata dalam tulisannya; Umar Tilmisani, Mursyid
ketiga Ikhwanul Muslimin :

Binasalah orang-orang yang zalim, dan mereka yang menghabiskan masa yang sangat panjang
di dalam jeriji besi akhirnya keluar setelah dibersihkan oleh berbagai ujian. Membuatkan jiwa
mereka semakin kuat membaja. Walaupun tubuh mereka dihinakan, namun ruh mereka
semakin kuat menggantungkan diri kepada Allah Taala dan merendahkan berbagai
kemewahan duniawi yang pasti lenyap dan rasa takut yang hilang dari dalam hati mereka selain
hanya kepada-Nya.

Mereka keluar dari ujian dan fitnah itu sebagai Rijal (lelaki) laksana gunung yang kukuh serta
tidak goyah oleh apa-apa terpaan badai. Di dalam penjara mereka menghafal Al-Quran,
menimba pengetahuan dan berhasil mengalahkan hawa nasfu mereka. Bukan hanya itu, mereka
juga mengajarkan manusia hakikat keberadaannya di dunia. Seperti itulah fungsi penjara bagi
mereka; menjadi sekolah yang memberi mereka lebih banyak daripada yang diminta dari
mereka.

Di antara mereka yang keluar dari penjara itu adalah al-Akh Umar At Tilmisani dan
sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah mempersiapkannya untuk memimpin Jamaah Ikhwan
pada fasa tersebut. Dia adalah pemimpin yang tepat sebagai nahkoda bahtera Ikhwan di tengah-
tengah gelombang yang dahsyat dengan bijak dan sabar, lembut dan tenang disertai iman yang
teguh dan tekad yang tidak tergoyah.

Dakwah tersebar luas pada masanya, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Para
pemuda pun kembali kepada Islam sehingga arus Islam menjadi arus yang sangat besar yang
berlaku di berbagai institusi pengajian tinggi, di berbagai organisasi dan perkumpulan, bahkan
di Mesir pada umumnya.

Ini adalah kerana beliau mampu mengendalikan bahtera tersebut dengan pengalamannya
sebagai pemimpin yang mempuyai kepiawaian serta keahlian seorang nahkoda, sehingga ia
mampu menaklukkan gelombang dan mara bahaya serta menghantarkannya tiba di pantai
keselamatan.

Berbagai ujian dan cubaan yang dilalui Ustaz Umar At Tilmisani dalam kehidupannya. Di
antaranya ketika beliau di penjara selama hampir 20 tahun lamanya. Beliau termasuk orang
yang paling sabar dari kalangan Ikhwan dalam menghadapi siksaan penjaga penjara. Namun
demikian, betapa pun keras dan kejamnya siksaan itu dan buruknya perlakuan yang
diterimanya, lisannya tidak pernah putus dari menyebut asma Allah Taala serta sentiasa
mendoakan saudaranya yang lain agar tetap sabar dan teguh menghadapi berbagai ujian
tersebut. Lisannya juga sentiasa bersih dan tidak terdengar darinya kata-kata keji terhadap
mereka yang menganiaya dan menzaliminya. Beliau sentiasa menyandarkan segala urusannya
kepada Allah Taala. Cukuplah Ia sebaik-baik pelindung.

16. Berkenalan dengan ISHAB


Oleh : Rahmat Abdullah

Tokoh yag wafat dalam usia 43 tahun (1905 1949). Kini dunia sedang menanti penyebaran
dakwah yan dirintisnya, lebih dari 70 Negara. Al banna lulus cemerlang dengan rangking
kelima dari seluruh palajr mesir dan hafal 18000 Bait syair Arab. Al-Quran dan hadis lebih
awal dihafal. Sedangkan ketika itu, usia masih muda dalam awal 20 tahun. Beliau lah tokoh
yang telah membawa masuk pengajran disebalik seerah Nabawiyah dalam pendidikan di Mesir,
kirisauan ini dinyatakan oleh tokoh barat iaitu Richard Mitchell (Agen CIA di Kedubes AS Di
Cairo). Justeru jelas, al banna tokoh yang membawa manhaj tarbiyah yang mewajibkan
pengajaran bahan sirah, dan dijadikan salah satu bajan penting di samping Aqidah, akhlak, Al-
Quran, AL-Hadis, dan lain2.
Betapa teruja, ketika usianya belum mencapai umur 22 tahun, ia sudah memimpin Jemaah IM,
yang dibawahnya pelbagai tokoh yang berkaliber ketika itu seperti Syeikh Muhibbudin Ak-
Khatib (Sorang tokh Salafi), Syeikh Amien Ak-Husaini (Mufti Palestin), Syeikh Dr. Mustafa
As- Sibaie (Ahli hokum, pejuang Palestin) juga syeikh Muhd Al-Faraghly (Panglima besar
yang hanya meninggalkan Iskandariah bila Al-Banna yang menyuruhnya, bukan Inggeris) dan
lain2.

Tahun 1948, dengan pimpinan beliau, beliau memimpin mujahidin seramai 10,000 masuk ke
Palestin. Pengikutnya (IM) AKAN BERTILAWAH Al-Quran selambatnya khatam dalam
sebulan, akan semak kesihatan minima setahun sekali, olahraga 15 minit sehari dan latihan
yang keras.

17. Kata Abul Hasan Ali Al-Hasani An-Nadawi (ketua majilis Ulama, India) tentan
ISHAB. Memoir m/s 6
Orang lain ygan berkata tentang ISHAB iaitu Abul Hasan Ali Al-Hasani An-Nadawi (ketua
majilis Ulama, India), ikhwan namun tidak pernah bertemu dgn Albanna, menceritaka ada 2
perkara yang hebat di miliki oleh ISHAB yang sukar dimilik oleh para Daie, murobbi,
pemimpin dan pembaru ada, iaitu Obligasi/ Obsesi dengand akwah yang luar biasa, yakin dan
berasa puas dengannya, serta mmberikan sepenuhnya kemampuannya yang dimilikinya utk
dakwah. Kedua, pengaruhny yang sangat dalam terhadap para ikhwan, sahabat dan
mutarobbinya, serta kejayannnya dalam mentarbiyah dan pembentukan kader. Para orang yang
pernah bertemu dengan beliau akan terkesan dengan manhaj pemikirannya, gaya
pertuturannya, bahasa samapai dalam soal perbicaraan mereka. Dan pengaruh itu akan terus
melekat

Hasan al-Banna menghafal al-Quran di rumah sahaja, ia mengambil waktu utk mengahafal al-
Quran setelah subuh hingga menjelang untuk pergi ke sekolah.

Gearakan amar maruf nahi mungkar, bersama dgn Jemaah dberi nama Jamiyah Man Al-
Muharramat (Persatuan anti haram). Perkerja2 dberi tugasan, aktiviti dilakukan dengan
memberi teguran dengan tulisan kepada pelaku dosa. Untuk itu di buat lebaran lebaran, ada
tugas yg siapkan lebaran, ada yang tukang susun, ada pula yang mencetakkannya. Dan yang
selebihnya, mengedarkan kepada pelaku, pelaku disini yang memangtelah diketahui
melakukan dosa, tidak solat, tidak pasa di bulan ramadhan. Yang mana solat ala kadar, lewat2
juga akan dikirim naishat. Lelaki yang memakai emas, akan mendapat lemabaran kertas yang
kandungan mengandungi keterangan tentang larangan syariat menganai hal itu, wanita yang
meratap, tidak menutup aurat juga akan dinasihat dengan lemabran. Demikiannya dengan tanpa
pilih bulu, tua atau muda, yang mana berdosa, akan dinasihat. Sehingga ulama seperti Syeikh
Ust Zahran yang mengajar kitab fiqh juga di nasihatnya mereka kerana melakukan solat zohor
tanpa ada banteng dihadapan. Team persatuan anti haram ini berjaan selama 6 bulan.

18. Panggilan kejut subuh m/s 36


Di atara aktiviti bertiga (Al banna / al akh Muhammad Afandi Ad-Dimyati / Al akh abdul
Mutaal Sankal) setiap hari jumaat akan kejut orang orang untuk solat subuh berjemaah,
khususnya para ikhwah. Al banna mendapat kebahagian yg besar dan kepuasan batin ketika
dapat membangunkan muadzzin utk mengumandangkan azan subuh, dan dari situ al banna
terdetik lagi untuk menjadi penyebab bagi bangunn sekian ramai orang menunaikan solat dan
akan peroleh pahala yg besar seperti sabda nabi, Barangsiapa meyenru kpd petunjuk, maka ia
memperoleh pahalanya dan pahala orang yg mengamalnya itu sehingga hari kiamat, tanpa
dikurangi sedikit pun pahalanya itu

19. Perpustakaan sediri m/s 37


Sebelum asuk ke darul ulum, al banna telah mempunyai perpustakaan sendiri, bermula dengan
buah ajaka, pengaarahan dan galakan dari didikkan ayahnya. Apa yg al banna akukan sehingga
mula kecintaan kpada buku, setiap ptng beliau akan sewa buku daripada syeikh hasan al-kutubi
bbrp sen, habis esoknya, pinjam buku baru yg lain dgn bayaran sen2 lagi, dan begitulah hari2
berikutnya

20. Insiden. m/s 56


Di tahun akhir, salah seorang teman sekelas kami, yang tinggal satu rumah bersama kami, dan
sama2 sebagai pelajar di kairo terasa sakit di hati, kerana cemburu pada akademik ujian
daripadanya, sedangan beliau lebih tua daripada al banna. Dia telah menghabiskan waktu
sekian tahun dalam menimba ilmu, sehingga ia merasa dirinya lebih berhak untu berada di
depan dan lebih unggul. Akhirnya orang terseut mengambil kesempatan ketika al banna
sedangtidur dan semua ahlirumah tidur.. ia telah menumpahkan ubat merah tepat pada bahagian
wajah dan leher ku ketika al banna sedang tidur, al banna terjaga namun tidak dapat melihat
denagn terang dan idak jelas. Basuh muka dan masuk sibuh, mereka solat.

Selepas solat, al banna tidur sebentar kerana keletihan belajar di malam hari. Pagi2 al banna
bangun, terlihat kesan bekas ubat, seorang teman mengesahkan ubat merah yang bahaya. dan
setelah ditanya orang tersebut mengaku telah menganaya am banna. kemudian al banna
tawakkal mengambil exam. Dan Mendaat nombor 5, atau no.3 keseluruhan

21. Buka kedai jam. m/s 58


Ketika cuti, al banna baik ke kampong iaitu di Mahmudia, al banna telah menawarkan diri
kepada ayahnya untuk membuka kedai dan beliau kelola sendiri agar dapat belajar mendiri dan
cara bekerja sendiri. Ayah percaya kepada al banna dan membiarkan al banna berdikari. Al
banna pun membuka kedai jam dan membaiki jam di mahmudia. Ada 2 hadaf, pertama untuk
berdikari dari sumber tangan sednri, kedua bertemu dgn ikhwah, agar setiap malam dapat
berzikir bersama. Kerja tersebut alat utnuk tarbiyah diri dan boleh bersama dengan kawan2
ygsollah iaitu Al Akh Ahmad Afandi.
22. Balik semula ke pengajian. m/s 62
Al banna mula berfikir, tidak cukup beribadah berzikir, dan ceramah di masjid2. Akhirnya al
banna berifkir ntuk membetuk utk membentuk sebuah kelompok yg melakukan proses
perlatihan dengan mengumpulkan orang dari masjid2, kafe kafe, dan di tengah masyarakat
umum. Selanjutnya, daripada situ, mereka itu akan di bentuk kelompok2 lagi untuk diberi fokus
dan sebarkan. Al Banna menggumpulkan ketika ini beberapa teman iaitu ust muhd Madkur
(alumni azhar), Ust Hamid Askariyah , Ust ahmad abdul Hamid (antara pengawal IM) DLL.
Setelah bersepakat, mereka memulakantajmi di kedai2 kopi terlebih dahulu, kerana di sana
ketika itu ramai orang muda dan masyarakat berkumpul dsana. Pada mulanya ikhwan yg lain
tidak ebrstuju, namun al bbanna kata mengapa percubaan ini tidak kita jadikan sahaja
hakim dalam persolan tersebut? Bermaksud, mula dulu.. baru tengok kesannya. Ternyata
ramai mula respons. Al-banna mengulang setiap sesi tazkirahnya, Saya tidak akan meminta
upah dari kalian atas dakwah ini. Kesucian niat inilah memeberi bekas ke dalam jiwa para
madu.

23. Kesan, dan tindakan tahun 1924. m/s 70


Etika jatuhnya khalifah 1924, tempias di Mesir turut terasa bia mana fahama liberak mula
masuk, para ustz mula berdebat dan berbincng sesame mereka, namun berheni sekitar
perbincngan dan antara ilmuan di Kampus. Kerisauan al banna semakin menjadi jadi sampai
selama separuh ramadhan a banna tidak boleh tidur gara-gara memikirkan keadaan masalah
ummat ini. Akhirnya Al-Banna menemukakan langkah yg positif dan berkata pada diri,
Mengapa sy tidak memikul tanggungjawab ini, dan mnyampaikan kpd para pemimpin
muslimen. Tekad al banna dalam hal ini telah kuat. Mulailah al banna melaksanakannya.
Akhirnya Al-banna dapat bertemu dengan Syeikh Ad- Dujawi , di rumahnya di Qashrusy
Syauq, di wilayah al-Azhar. Setelah bercerita. Beliau terasa pilu, prihatin, beliau perasan
masalah ini semakin tersebar. Lantas al banna bertanya, bagaimana? Syeikh menjawab, al azhar
sendiri telah berkali-kali membendung arus ini, namun tidak mampu. Demikian organisasi
islam iaitu Nahdhatul Islam (Kebangkitan Islam) turut respons yang di dalamnya, penuh
ulama. Akhinya, beliau nasihati cukupla apabila seseorang itu boleh beramal untuk dirinya
sendiri dan dapat menyelamatkannya dari bencana. Al-banna tidak bersetuju lantas bersuara,
ia tidak semata2 kelemahannya. Sebenarnya umat ini ada di pihak anda jika anda memberi
perhatian kepada mereka, kerana mereka semua muslim. Apa yg anda takuti? Pemerintah? Al-
azhar?. Saya telah mengenali mereka di kedai2 kopi, di masjid2, di jalanan. Saya lihat mereka
jauh dari iman. Dari situlah mereka digunakan oleh golongan athies dan liberal. Seandainya,
syeikh dan ulama memperingatkan, pasti ummat ini akan sedar kembali. Wahai ustaz, jika anda
tidak ingin bekerja utk Allah, bekerjalah saja utk dunia dan untuk roti yang anda makan.
Ingatlah, jika islam lenyap dari tengah-tengah umat ini, al-Azhar pun pasti lenyap dan punah
semua ulamanya. Perjuangkan kepentingan anda sahaja jika anda tidak mahu
memperjuangkan sistem islam. Bekerjalah utk dunia sahaja jika anda tidak inigin bekerja utk
akhirat. Sebahagian ulama disitu membantah kata-kata saya kerana tidak sopan pada syeikh.
Dan ada sebahgian yang bersetuju dengan saya antaranya hadirin yg bernama Ahmad Bek
kamil. Dan sokongan terpecah dua. Akhirnya syeikh terus mendiamkan diri, dan majlis
tangguh, aka terus mengikuti syeikh tersebut utk dapatkan jawapan dari beliau. Ternyata syeikh
tersebut memberi ruang dan memberikan sejambak traskrip untuk berbincang. Al banna
meyambung, Subhanallah, wahai tuan, peroalan ini sesunggguhnya tidak perlukan pemikiran.
Ia henya menuntut aksi secara nyata jawab al banna, lalu Al-Banna lanjutkan, Seandainya
yg saya inginkan adalah mengkaji transkrip semacam ini, sy boleh membelinya dengan wang
saya, tidak perlu mengunjunugi tuan. Wahai Tuan, sesungguhnya Islam sedang diperangi
dengan begitu kerasnya, sementara tokoh islam dan para pemimpin kaum muslimin
menghabiskan waktunya untuk tenggelam di dalam diskusi ini. Apakah tuan mengira Allah
tidak akan menghisab tuan atas apa yg Tuan lakukan ini? Jika tuan mengetahui ada pemimpin
islam selain tuan yang lain, mohon tujukkan kepada ku, agar saya dapat menemuinya. Mungkin
saya akan dapat sesuatu yang tidak saya dapatkan daripada tuan. Mendengarnya ini, syeikh
bercucuran air mata dan menangis, hadirin yang ada juga menangis, lantas syeikh bertanya,
Lalu apa yang harus saya lakukan wahai Fulan?, saya menjawab, wahai tuan, sederhana
sahaja, saya ingin tuan mengumpulkan orang-orang bersemangat terhadap Islam, mempunyai
ilmu, mempunyai status, mempunyai kedudukan, agar mereka mahu memikirkan apa yang
harus dikerjakan bersama2.

(Turut dinukilkan dalam Tarikh Ikhwan I, sub-topik menyerukan Ulama memerangi kerosakan
di masyarakat. transkrip yang diberikan Syeikh Ad Dujawi itu dinyatakan sebagai sejenis
manisan dalam TI)

24. Universitas Darul Ulum(Introspeksi)


Cara pandang Imam Al Ghazali dalam masalah ilmu banyak berpengaruh pada ISHAB, iaitu
bahawa sesungguhnya ilmu yang WAJIB adalah ilmu yang sebatas diperlukan untuk
menunaikan kewajiban, mencari penghidupan dan setelah itu diAMALkan. Maka Hassan Al
Banna sering berkata dalam hati, mengapa dirinya ingin masuk Darul Ulum? Apakah untuk
memperbanyak ilmu pengetahuan, sementara ilmu sudah ada di dalam buku-buku dan sudah
dimiliki para ulama? Sedangkan jika untuk KEPENTINGAN DUNIA, maka itu adalah
seburuk-buruk perilaku manusia.

Cara pandang ini benar2 menguasainya sampai salah seorang ustaznya mampu
meyakinkannya. ISHAB berkata, Cara pandang ini hampir2 saja menguasai diri saya, bahkan
benar2 telah menguasainya. Saya tidak pernah lagi berdiskusi dengan Akh Ust Ali Naufal
kerana malu. Namun ust kami, Syaikh Farhat Salim dengan penuh bijaksana dan lemah lembut,
dapat mendorong saya untuk mendaftar ke Darul Ulum. Beliau memag sangat mencintaiku.
Beliau menunjukkan kelembutannya kepada saya sekaligus hormat, di setiap kesempatan
berinteraksi. Diantara kata2 beliau kepada saya adalah, Kamu sekarang sudah berada di
ambang pintu untuk memperoleh kelayakan mengajar. Ilmu itu tidak akan membawa mudarat.
Keikutsertaanmu pada ujian Darul Ulum merupakan pra-ujian untuk menghadapi ujian yang
lebih besar. Kesempatan ini tidak akan tergantikan. Majulah, agar engkau dapat memperoleh
hakmu sendiri. Saya yakin engkau akan lulus. Setelah itu di depanmu terbentang kesempatan
untuk berfikir semahumu. Engkau tolak atau engkau terima..

BAB 8 TI

25. Rentetan dr no.22-Dakwah di Kafe2(menolak upah)


Para pendengar merasa kagum dengan, mereka diam dan mendengarkan dengan penuh
perhatian. Diawal perkataan, si pemilik caf melihat penuh kehairanan, namun setelah itu (5-
10min) ia meminta untuk melanjutkan lagi. Setelah ceramah selesai, biasanya para pemilik caf
memaksa agar kami minum minuman yang telah mereka siapkan atau meminta sesuatu, namun
kemi meNOLAKnya dengan alasan WAKTU yang kami miliki sangat SEDIKIT dan kami
telah NAZARkan waktu ini untuk Allah sehingga kami tidak ingin mensia-siakannya sedikit
pun. Hal ini memberi banyak pengaruh kepada diri mereka. Jangan hairan, kerana Allah tidak
mengutus seorang nabi atau pun rasul, kecuali syiarnya yang pertama adalah, Katakanlah,
Aku tidak meminta upah kepada kalian (Al Anam:90). Sikap iffah(menjaga harga diri) ini
memberikan pengaruh yg bagus kepada hati pendengar.

26. Cita-cita ISHAB-sub topic menyeru ulama memerangi kerosakan dalam


masyarakat.(OPPORTUNIS)
ISHAB sentiasa hidup dengan jiwa seorang daie yang mencintai kebaikan kepada semua.
Beliau mengibaratkan dakwah kepada Allah adalah pekerjaan yang paling baik dan suci. Setiap
kali beliau mendapatkan KESEMPATAN untk mengaplikasikannya dalam bentuk filiy atau
Qauliy, beliau akan memPERGUNAkakannya dengan SEBAIK-BAIKNYA. Ketika salah 1
pensyarah beliau di Darul Ulum meminta kepada beliau untuk menuliskan cita-citanya, maka
cita2 beliau adalah sebagaimana diungkapkan dalam Mudzakirat-nya adalah, Aku ingin
menjadi guru yang membimbing. Akan aku habiskan siang hariku untuk mengajar anak-anak
dan pada malam harinya dengan mengajar orang tua. Akan aku jelaskan pada mereka tujuan
agama dan sumber kebahagiaandan ketenteraman mereka. Sesekali akan aku lakukan dengan
berpidato dan berdialog, di waktu lain dengan cara mengarang dan menulis, dan pada
kesempatan yang laindengan cara keliling dan kunjungan dari rumah ke rumah.

Anda mungkin juga menyukai