Amalan terbaik pedagogi merupakan pengaruh utama dalam memastikan satu pembelajaran yang efektif dan keberhasilan murid dalam aspek akademik. Seorang insan yang bergelar pendidik akan berusaha dalam memenuhi prinsip-prinsip amalan pedagogi yang terbaik bagi menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna bagi murid. Amalan terbaik pedagogi merupakan satu aspek bersifat dinamik dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan kehendak semasa. Oleh itu, setiap guru perlu peka akan perubahan masa dan kehendak semasa bagi memastikan guru itu menggunakan amalan terbaik pedagogi yang bersesuaian supaya mampu memenuhi kehendak semasa. Berikutan dengan dilemma pembelajaran abad ke -21 , kami warga pendidik SJKT Tun Sambanthan, Bidor meragui akan kesesuaian pegagangan dan amalan pedagogi kami yang sedia ada itu mampu menghasilkan satu pembelajaran yang bermakna dan mendukung konsep Pembelajaran Abad Ke-21. Adakah amalan pedagogi kami bersesuaian dengan peredaran zaman dan juga kehendak murid. Selepas penelitian yang mendalam, kami mendapati bahawa satu perubahan perlu dilaksanakan dalam kalangan guru dalam memastikan pengalaman pedagogi yang menepati peredaran masa. Kami telah memilih penggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Projektor/LCD) dalam sesi PdPc memandangkan ia merupakan satu ciri utama dalam Pembelajaran Abad Ke-21.
2. PERNYATAAN MASALAH
Pelaksanakan suatu perubahan memerlukan satu pemikiran yang luas dan
positif dalam kalangan guru. Namun begitu, ia menjadi satu cabaran bagi kami apabila terdapat kalangan guru senior yang mempunyai kemahiran TMK yang kurang menjadi satu faktor penghalang bagi pelaksanaan perubahan ini. Selain itu, keyakinan diri menjadi lemah apabila berhadapan dengan masalah teknikal ketika proses penyediaan dan pemasangan alat TMK dalam bilik darjah menjadi satu cabaran. 3. PERBINCANGAN (DATA DAN INTEVENSI) 4. KESIMPULAN Penggunaan elemen TMK dalam PdPc memberi satu impak yang besar dalam kalangan murid. Impak yang ketara yang dapat dilihat dalam kalangan murid adalah dari aspek tingkah laku dan motivasi ekstrinsik murid. Penggunaan elemen TMK dapat menarik perhatian dan minat murid akan PdPc yang seterusnya mengurangkan masalah tingkah laku yang negatif murid dan seterusnya meningkatkan semangat murid untuk mengikuti pelajaran secara interaktif dan bermakna.