Anda di halaman 1dari 2

TEKS PELAKSANAAN PROGRAM BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA

SK KUALA MEDANG 2017


ISNIN/ 13 NOVEMBER 2017/ 7.45 PAGI
CUE TEKS
1 Ucapan aluan Bismillahirrahmanirrahim.
pengacara majlis
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Yang berusaha, En. Mohd Shawaluddin bin Hj Abu, Tuan Guru


Besar SK Kuala Medang
Yang dihormati, Puan Norashikin Binti Mat Zin, GPK 1
Yang dihormati, Puan Musliha Binti Kamal, GPK HEM
Seterusnya barisan pendidik SK Kuala Medang dan murid-murid
yang dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke Program Bacaan Ikrar Rukun Negara


peringkat SK Kuala Medang bagi tahun 2017.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan


limpah kurnianya kita dapat bersama-sama dalam menjayakan
program yang dijalankan pada hari ini. Untuk pengetahuan
semua, Program Hari Bacaan Ikrar Rukun Negara ini
dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada hari ini.

2 Bacaan doa Bagi memberkati program kita pada pagi ini, majlis dengan
segala takzimnya menjemput al fadhil ustaz Mohd Roslim bin
Mohd Razali untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada al fadhil ustaz atas pimpinan


doa sebentar tadi.

3 Lagu Negaraku Seterusnya, kita akan menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri
Lagu Negeri Pahang Pahang, lagu sekolah dan lagu Aku Negaraku.
Lagu Sekolah
Lagu Aku Negaraku Semua hadirin diminta berdiri.

3 Bacaan Perutusan Hadirin dan hadirat sekalian,


oleh GB
Kini, majlis diteruskan dengan bacaan perutusan bersempena
Program Hari Bacaan Ikrar Rukun Negara yang akan
disampaikan oleh yang berusaha Tuan Guru Besar, En Mohd
Shawaluddin bin Hj Abu. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan GB atas


bacaan perutusan sebentar tadi.
4 Bacaan Ikrar Murid Para hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput adik Aina Zafirah


untuk bacaan ikrar Rukun Negara. Semua murid dan guru
diminta untuk berdiri.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada adik Aina


Zafirah atas bacaan ikrar Rukun Negara sebentar tadi.

11 Penutup Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Dengan berakhirnya bacaan ikrar sebentar tadi, maka majlis


kita sudahpun sampai ke kemuncak acara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada


semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Hari
Bacaan Ikrar Rukun Negara peringkat sekolah bagi tahun 2017.

Ampun dan maaf dipinta jika terdapat kekurangan sepanjang


majlis ini berlangsung. Sekian. Wabillahi taufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai