Anda di halaman 1dari 29

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTA 1/2015

AMSU5103

MUKJIZAT AL-QURAN:
HIDAYAH SEPANJANG ZAMAN

NAMA : NOR IZANI BINTI ABDULLAH

NO.MATRIK : CGS01138925

NO. KAD PENGENALAN : 800819-11-5144

NO. TELEFON : 019-9823179

E-MAIL : izani80@oum.edu.my

NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. AHMAD BAZLI BIN

SHAFIE

1
MUKJIZAT AL-QURAN : HIDAYAH SEPANJANG ZAMAN

Pendahuluan

Al-Quran adalah sumber utama perundangan Islam. Allah s.w.t menurunkan al-Quran kepada
Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril. Wahyu yang diturunkan ini
mengandungi prinsip perundangan, peradaban, petunjuk serta panduan kepada umat manusia
dan segala makhluk di dunia hingga ke hari kiamat. Al-Quran merupakan kalam Allah yang
azali, terpelihara, tidak berubah dan juga sebagai petunjuk kepada sekalian alam.

Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan


kamilah yang memelihara dan menjaganya. ( surah al-Hijr : 9 )

Al-Quran ialah kalam Allah s.w.t yang merupakan mukjizat, diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril, ditulis dalam mashaf yang dipindahkan
secara mutawatir. Bagi mereka yang membacanya dikira sebagai ibadah. Dimulai dengan
surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas. ( al-Syaukani, 1994)

Tujuan penulisan ini adalah untuk menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang
menyatakan bahawa hukum al-Quran sudah lapuk dan tidak bersesuaian dengan keadaan
zaman sekarang. Penulis juga akan menjelaskan tentang keistemewaan mukjizat al-Quran,
seterusnya mengenal pasti dakwaan musuh-musuh Islam terhadap al-Quran serta hujah-hujah
bagi menyangkal dakwaan tesebut. Disamping itu juga penulis akan membincangkan tentang
perbezaan isi kandungan al-Quran berbanding kitab-kita suci agama-agama lain yang terdapat
di Malaysia, membincangkan tentang kandungan al-Quran berkaitan fenomena alam yang
bertepatan dengan teori-teori ilmu sains. Akhir sekali penulis akan menjelaskan kaedah-
kaedah memupuk rasa kecintaan terhadap al-Quran dan kandungannya di kalangan
masyarakat Islam dan kelebihannya berdasarkan dalil-dalil naqli.

Penulisan yang dilakukan ini adalah berbentuk kajian kepustakaan iaitu kajian
berdasarkan kepada maklumat dan bahan melalui pembacaan dan membuat rujakan daripada
buku-buku dan kitab-kitab yang berkaitan dengannya.

2
KEISTIMEWAAN MUKJIZAT AL-QURAN

Mukjizat berasal dari perkataan Arab ajaza iaitu lemah, dari sudut bahasa ia membawa
maksud yang melemahkan. Menurut pengertian istilah, mukjizat ialah sesuatu yang luar biasa
yang dapat melemahkan manusia dan diluar kemampuan serta tidak mampu dilakukan oleh
mana-mana manusia pun sepertinya. ( Rosmawati, 1997 )

Al-Quran mempunyai pelbagai mukjizat. Antaranya ialah sentiasa dijamin oleh Allah
s.w.t daripada ditokok tambah atau dikurangkan kandungan di dalamnya untuk dijadikan
pedoman dan panduan umat manusia hingga ke hari akhirat.

Al-Quran diturunkan pada masa bangsa Arab berada di kemuncak dan kegemilangan
serta kemajuan bahasa. Penurunan al-Quran mengkagumkan dan mempesonakan mereka
dengan keindahan gaya bahasa serta susunan lafaz itu sendiri. Allah s.w.t menurunkan al-
Quran sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w yang lengkap dengan sastera kerana
masyarakat Arab pada ketika itu pakar dan terkenal dengan puisi, prosa dan kesusasteraan.
Yang menyebabkan ahli ahli bijak pandai dan sasterawan di kalangan mereka merasa lemah
tatkala mereka mendengar bacaan al-Quran.

Bahasa al-Quran amat indah, padat dan tidak dapat ditandingi oleh pakar bahasa
daripada semua peringkat dan zaman. Bahasa al-Quran adalah jelas, tepat dan menyeluruh
besesuaian dan bertepatan hingga ke akhir zaman. Diantara mukjizat-mukjizat lain bagi al-
Quran adalah :

1. Keistimewaan gaya bahasa

Keistimewaan gaya bahasa ialah al-Quran diturunkan bukan mengikut


gaya bahasa masyarakat Arab pada ketika itu. Seni gaya bahasa Arab secara
umumnya terbahagi kepada dua iaitu syair dan nathar. Namun al-Quran tidak
mengikut kedua-dua seni tersebut. Beliau memberi contoh ketika Utbah bin
Rabiah, salah seorang sasterawan Arab yang masyhur apabila beliau mendengar
ayat al-Quran berikut:


3














Haa, Miim Haa, Miim. Turunnya Kitab ini dari Allah Yang
Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Sebuah Kitab Yang
dijelaskan ayat-ayatNya satu persatu; Iaitu Al-Quran Yang
diturunkan Dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang Yang
mengambil tahu dan memahami kandungannya. Ia membawa
berita Yang mengembirakan (bagi orang-orang Yang beriman)
dan membawa amaran (kepada orang-orang Yang ingkar);
Dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak
mahu mengetahui dan memahaminya), maka Dengan sebab itu
mereka tidak menerima dan tidak mematuhiNya. Dan mereka
berkata: "Hati Kami Dalam tutupan Yang berlapis-lapis
(menghalang kami) daripada memahami apa Yang Engkau
serukan Kami kepadaNya, dan pada telinga Kami penyumbat
(menjadikan Kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara
Kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita);
oleh itu, bekerjalah Engkau (untuk ugamamu), Sesungguhnya
Kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan
kami)! "
( surah Fussilat : 1-5 )

Utbah Berkata Demi Allah, sesungguhnya aku mendengar dari Muhammad


kata-kata yang belum pernah aku mendengar seumpamanya sebelum ini, demi
Allah, ini bukanlah syair, bukanlah sihir dan bukanlah kata-kata tukang tilik.
( al-Baihaqi: 1998 )

4
Selain daripada itu, al-Quran mengekalkan gaya bahasa yang tinggi dan
menarik dalam setiap tajuk yang disampaikan seperti ayat-ayat akidah, hukum,
kisah-kisah dan sebagainya. Pembaca-pembaca al-Quran yang terdiri daripada
pelbagai golongan dapat memahami makna al-Quran walaupun mereka
mempunyai tahap intelektual yang berbeza. Ini menunjukan bahawa gaya bahasa
al-Quran amat sesuai di baca oleh semua golongan. Diantara keistimewaan gaya
bahasa al-Quran ialah pengulangan, contohnya firman Allah s.w.t:

Saat Yang tetap berlaku itu. Apakah Dia sifat dan keadaan saat
Yang tetap berlaku itu? Dan apa jalannya Engkau dapat
mengetahui tentang sifat dan keadaan saat Yang tetap berlaku
itu? (Saat itu ialah hari kiamat). ( surah al-Haqqah : 1-3 )

2. Keistimewaan perbendaharaan kata

Keistimewaan perbendaharaan kata terletak pada pemilihan perkataan


yang sesuai, menarik ketika didengar dan memberi makna yang tepat. Beliau
memberikan contoh pemilihan perkataan ketika Allah s.w.t menggambarkan
malam dan waktu subuh :



Dan malam, apabila ia hampir habis. Dan siang, apabila ia mulai
terang. ( surah al-Takwir : 17-18 )

Kedua- dua perkataan tersebut sangat sesuai mengambarkan suasana pada waktu
malam dan waktu subuh. Bagi mereka yang memahami bahasa arab perkataan
tersebut tidak perlu dirujuk hanya sekadar mendengar sahaja.

3. Pembinaan ayat yang menarik dan tersusun

Diantara keistimewaan ayat pula adalah pembinaan ayat yang sangat


menarik dan tersusun. Terdapat banyak ayat-ayat yang pendek tetapi mempunyai

5
makna yang menyeluruh. Jika manusia yang menerangkannya kepada orang lain
memerlukan kepada penerangan yang panjang lebar. Contohnya, firman Allah
s.w.t :

dan di Dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi


kamu, Wahai orang-orang Yang berakal fikiran, supaya kamu
bertaqwa. ( surah al- Baqarah : 179 )

Al-Baqilani ( 1978 ) berkata Perkataan perkataan al-Quran yang


hebat ditambah dengan penyusunan ayat yang lembut dan menarik adalah diluar
daripada kemampuan manusia. ( Islam story, 2 Julai 2015)

4. Mukjizat dari segi isi kandungan

Al-Quran mengandungi 114 surah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir
dengan surah an-Nas. Al-Quran mengandungi 6236 ayat. Mukjizat al-Quran dari
segi isi kandungan sangat istimewa kerana ia meliputi semua zaman. Contohnya
menceritakan kisah Ashab al-Kahfi iaitu tentang pemuda-pemuda beriman yang
lari daripada Dakyanus. Kisah ini benar dan bukan metos atau dongeng.




dan mereka telah tinggal tidur Dalam gua mereka: tiga ratus
tahun Dengan kiraan ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan
kiraan kamu) ( surah al-Kahfi : 15)

Disamping itu juga, isi kandungan al-Quran mempunyai hubung kait


antara satu ayat atau surah dengan yang lain dan tidak ada sebarang percanggahan
samada dari segi berita, pengajaran dan apa sahaja yang terkandung di dalamnya.

6




Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan
isi Al-Quran? kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari
sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan Yang
banyak di dalamnya. (surah al-Nissa : 82 )

Di dalam al-Quran juga ada menceritakan tentang peristiwa dan


perkara yang akan berlaku dan peristiwa itu pasti akan berlaku. Sebagaimana
berita yang terdapat dalam surah al-Rum, al-Quran menceritakan tentang bangsa
Rum yang akan dikalahkan oleh bangsa Parsi, namun mereka akan menang
semula dalam beberapa tahun kemudiannya.










Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri Yang dekat
sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan
mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh
tahun. kepada pentadbiran Allah jualah terpulang Segala
urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada
ketika berlakunya (Kemenangan Rom) itu, orang-orang Yang
beriman akan bergembira. ( surah al-Rum : 2-4 )

Al-Quran juga merupakan mukjizat yang lengkap dan sempurna. Ianya


tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Antara mukjizat lain bagi al-Quran ialah
isinya juga meliputi berita alam ghaib iaitu perkara yang tidak dapat difikirkan
oleh akal seperti azab dan kenikmatan dalam kubur, malaikat, syurga , neraka dan
sebagainya.

7
Selain daripada itu, isi kandungan al-Quran tidak bertentangan dengan
hakikat dan realiti. Ianya merangkumi serta meliputi segala bidang ilmu
pengetahuan, baik ilmu kedunian mahu pun ilmu Akhirat. Isi kandungannya juga
bersesuaian dan bertepatan dengan masa, tempat dan keadaan. Contohnya ahli
sanis dan falak sebelum Islam khususnya Aristotle mengatakan matahari sentiasa
tetap dan tidak beredar, planet-planet lain yang beredar dan mengelilinginya.
Pendapat dan kajian ini adalah tidak benar. Al-Quran telah mennjelaskan bahawa
matahari juga beredar dan tidak tetap.




Dan (sebahagian dari dalil Yang tersebut ialah) matahari; ia
kelihatan beredar ke tempat Yang ditetapkan baginya; itu adalah
takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui.
( surah Yaasin : 38 )

DAKWAAN MUSUH-MUSUH ISLAM SERTA JAWAPANNYA

Menurut pandangan ahli usul fiqh dan ahli tafsir bahawa ijaz al-Quran dapat
disaksikan apabila berlaku penentangan yang datang dari pelbagai pihak, terutama dari
musuh-musuh Islam untuk menandingi kemuliaan al-Quran dengan mengemukakan pelbagai
bentuk tuduhan atau keraguan atau lain-lain lagi. Akan tetapi, usaha yang mereka lakukan itu
tidak berjaya dan menemui jalan buntu, sehingga ahli sastera dan pujangga Arab sendiri tidak
mampu menandingi kehebatan al-Quran. Sifat penentangan yang dilakukan oleh musuh-
musuh Islam, terutama orang-orang kafir yang tidak percaya kepada kebenaran al-Quran
seolah-olah tiada penghujungnya dan berterusan sejak dahulu hingga sekarang. ( al-Baqilani,
1978 )

Golongan Orientalis adalah mereka yang dikenali sebagai gerakan pengkaji Barat
terhadap hal ehwal ketimuran khusunya Timur tengah yang menjadi pusat kelahiran awal
Islam. Mereka mengkaji masyarakat Islam Timur tengah dari pelbagai aspek untuk matlamat
dan tujuan yang pelbagai. Mereka juga mempunyai metodologi yang tersendiri dan
kebanyakan mereka yang didalangi oleh golongan Kristian yang cuba untuk menyesatkan
Umat Islam dengan menimbulkan pelbagai kekeliruan dan tuduhan jahat terhadap Islam,

8
umatnya dan yang paling besar ialah kitab Al-Quran. Diantara tuduhan-tuduhan orientalis
terhadap al-Quran ialah:

1. Al-Quran Hasil ciptaan Nabi Muhammad s.a.w

Seorang orientalis Barat bernama Theodor Noldeke ( 1836 )cuba menggugat


keunggulan-keunggulan al-Quran agar peranan al-Quran dapat dikurangkan dalam
masyarakat. Beliau menggambarkan al-Quran sebagai duplication dari kitab-
kitab yang ada sebelum ini dan beliau menganggap Muhamad s.a.w. sebagai
seorang penyamar yang penuh dengan kepuraan, bukan seorang nabi dan beliau
juga mendakwa al-Quran merupakan hasil karangan Nabi Muhamad s.a.w. Dalam
kalangan orientalis percaya bahawa al-Quran bukan Kalamullah sebagaimana
yang diketahui umum, tetapi ianya adalah ciptaan dan rekaan Muhamad s.a.w. dan
perkara ini secara tidak langsung menafikan wahyu yang diturunkan oleh Allah
s.w.t. Mereka berpendapat bahawa al-Quran hanyalah kitab biasa dan bukan kitab
yang mengandung ilmu ijaz. ( Ibadar al-Rahman, 5 Julai 2015 )




Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan
ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau
hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.
( surah al-Najm : 3-4 )

Dakwaan yang dilontarkan oleh golongan orientalis yang menyatakan


al-Quran adalah ciptaan dan rekaan Nabi Muhammad s.a.w. adalah tidak benar,
kerana baginda s.a.w. adalah seorang yang ummi, iaitu tidak pandai membaca dan
menulis. Adalah sesuatu yang amat mustahil seorang yang buta huruf, tidak tahu

9
membaca dan menulis, tiba-tiba dapat mencipta al-Quran, sedangkan baginda
Nabi Muhammad s.a.w. juga tidak pernah berguru atau menuntut ilmu dengan
sesiapapun. Jika benar dakwaan tersebut, bagaimana baginda s.a.w. memperolehi
maklumat tentang kisah umat yang terdahulu? Jika benar al-Quran itu merupakan
hasil ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. mengapa dalam kalangan orang-orang
Yahudi dan Nasrani yang mempunyai kepakaran dalam bidang bahasa tidak
mampu menghasilkan sebuah kitab yang setanding dengan al-Quran ? Maka,
terbukti bahawa dakwaan mereka adalah tidak benar dan tuduhan adalah bohong
semata-mata.

2. Al-Quran kesinambungan daripada Kitab Taurat dan Injil

Menurut William Montgomery Watt (1969) telah mendakwa bahawa al-Quran


adalah kitab saringan yang diambil dari sosio-religius, iaitu dari Yahudi dan
Kristian. Teori pengaruh dakyah Kristian terhadap al-Quran dikembangkan lagi
oleh seorang orientalis bernama Louis Cheikho ( 1859 ) beliau mengkaji secara
mendalam literatur Kristian yang ada di dunia Arab termasuk mengkaji kata-kata,
nama-nama Kristian yang digunakan oleh orang-orang Arab yang tersebar di
Syam, Iraq, Yaman, Hijaz dan Najd. Bagaimanapun, tidak semua nama-nama
yang terdapat dalam buku tersebut ada di dalam al-Quran.

10


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan
bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga
Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah
(ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi
Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan
kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan
peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan
memberi pertolongan kepada mu.

Dakwaan tersebut adalah tidak benar dan tidak tepat kerana golongan
Hunafa' menerima ajaran dan syariat yang ditinggalkan oleh nabi-nabi terdahulu
yang isi kandungannya telah diselewengkan dan dicampur-aduk dengan pelbagai
bentuk rekaan. Sekiranya benar dakwaan itu, sudah tentu ahli sastera, pakar-pakar
bahasa, para pendeta, ahli kitab dan orang-orang cerdik pandai yang lain telah
menulis beberapa kitab yang mempunyai persamaan dengan kitab al-Quran atau
mengarang kitab-kitab tafsir untuk membuat ulasan mengenai kitab yang ditulis
itu.. Andaikata ayat-ayat al-Quran itu diambil dari ayat-ayat Taurat dan Injil,
sudah pasti ada unsur-unsur persamaan dari sudut gaya bahasa, balaghah, ijaz
dan lain-lain, tetapi kaedah gaya bahasa yang diguna oleh al-Quran amatlah
berbeza jika dibandingkan dengan gaya bahasa yang terdapat dalam Taurat dan
Injil.

3. Al-Quran mengandungi prosa kata asing

Menurut seorang orientalis yang bernama Arthur Jeffery ( 1938 ) bahasa al-Quran
tidak terlepas dari pengaruh pelbagai bahasa seperti Ethiopia, Aramaic, Ibrani,
Syria, Yunani Kuno, Parsi dan bahasa-bahasa lain. Perkara ini disebabkan oleh
pada zaman Rasulullah s.a.w. bangsa Arab telah mengadakan hubungan dengan
bangsa lain seperti Syria, Ethiopia dan Parsi. Dengan hubungan ini secara tidak
langsung menghasilkan pertukaran prosa kata. ( Ibadar al-Rahman, 5 Julai 2015 )

11

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada


malam Lailatul-Qadar . ( surah al-Qadr : 1 )

Perlu dijelaskan, al-Quran itu adalah Kalamullah yang qadim,


diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhamad s.a.w. melalui perantaraan
Malaikat Jibril a.s. Semua yang terdapat di dalam al-Quran itu adalah dari Allah
s.w.t sendiri. Ianya meliputi ejaan huruf, susunan perkataan dan ayat-ayatnya
serta kisah-kisah yang terdapat di dalamnya adalah datangnya dari Allah s.w.t.
Tidak ada campur tangan, penambahan serta pengurangan dalam al-Quran
walaupun dari perkataan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri, apatah lagi terpengaruh
dengan bahasa asing.

4. Al-Quran adalah ancaman jangka panjang

Seorang ahli parlimen politik Belanda telah menyatakan bahawa Islam dan al-
Quran adalah ancaman jangka panjang. Dia mengaku telah bertemu dengan Ariel
Sharon dan Ehud Olmert secara peribadi serta mempunyai hubungan erat dengan
Mossad. Pada 8 Ogos 2007, Wilders telah menulis surat kepada akhbar De
Volkskrant bahawa beliau telah menuduh al-Quran sebagai buku fasis yang
dianggap sebagai menyalahi undang-undang di Belanda, sebagaimana
buku Mein Kampf tulisan Adolf Hitler. Beliau menyatakan bahawa al-Quran
mempunyai unsur kebencian dan pembunuhan dan al-Quran tidak mempunyai
tempat dalam perundangan Belanda. Beliau telah melancarkan perang secara
terbuka terhadap Islam melalui filem Fitna yang menuduh Islam dan al-Quran
adalah ancaman jangka panjang bagi Belanda dan dunia. Filem tersebut
memuatkan potongan ayat-ayat al-Quran berselang seli dengan rakaman pidato
para ulama Islam berkenaan Jihad serta gambar-gambar yang diterjemahkan
sebagai keganasan. Filem ini diakhiri dengan pesanan supaya berwaspada
terhadap ancaman Islam. Wilders merancang untuk memusnahkan al-Quran dari

12
dada umat Islam dan merancang untuk menghancurkan umat Islam, tetapi beliau
lupa kepada perancangan Allah Yang Maha Bijaksana.



Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. ( surah al-
Anbiya : 107 )







Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian,
maka Engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta
bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar,
lagi Maha mengetahui. ( surah al- Anfal : 61)

Dakwaan yang menyatakan al-Quran adalah ancaman jangka masa panjang serta isi
kandungannya mengandungi unsur-unsur kebencian adalah tidak benar. Allah s.w.t telah
menyatakan bahawa al-Quran merupakan rahmah kepada makhluk ciptaanNya dan
merupakan panduan hidup yang lengkap untuk semua.

AL-QURAN DAN SAINS

Allah s.w.t telah memerintahkan umat manusia untuk menyelidik dan merenungkan
penciptaan langit, bumi, gunung-gunung, bintang-bintang, tumbuh-tumbuhan, pergantian
siang dan malam, manusia, hujan dan pelbagai ciptaan lainnya. Segala penciptaan tersebut
telah dinyatakan di dalam Al-Quran.

1. Kejadian hujan

13
Di dalam al-Quran, Allah s.w.t telah menerangkan tentang proses pembentukan
hujan dengan jelas.
















Allah jualah Yang menghantarkan angin, lalu angin itu
menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu
di langit sebagaimana Yang dikehendakiNya, dan
menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu Engkau melihat
hujan keluar dari celah-celahnya. maka apabila Allah
menurunkan hujan itu mengenai sesiapa Yang
dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, mereka serta merta
bergembira. ( surah al-Rum- 48 )

Berdasarkan ayat diatas, proses pembentukan hujan terjadi dalam 3


peringkat, pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin,
kemudian awan terbentuk dan akhirnya terjadi hujan. Zarah-zarah yang
mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan
membentuk titiisan hujan. Oleh itu, titisan yang lebih berat daripada udara akan
meninggalkan gumpalan awan dan akan gugur ke bumi sebagai hujan.

14
Setiap peringkat dalam pembentukan hujan berkait dengan ayat-ayat di
dalam al-Quran. Semua peringkat ini telah diterangkan di dalam al-Quran dengan
jelas sekali. Allah s.w.t telah berfirman :


















Tidakkah Engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan
awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan
kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal
berlapis-lapis? selepas itu Engkau melihat hujan turun dari
celah-celahnya. dan Allah pula menurunkan hujan batu dari
langit, dari gunung-ganang (awan) Yang ada padanya; lalu ia
menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa Yang
dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa Yang
dikehendakiNya. sinaran Kilat Yang terpancar dari awan
Yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan
menghilangkan pandangan. ( surah al-Nur -43 )

Menurut teori sains , proses kejadian hujan adalah daripada pertukaran


air laut atau sebarang air yang berada di permukaan bumi yang dipanaskan oleh

15
matahari ke tahap suhu yang tertentu, menjadi panas bertukar menjadi wap dan
naik ke atas. Di atmosfera, udara tersebut disejukan oleh suhu yang rendah
sehingga bertukar kembali menjadi cecair dan apabila ianya telah berat, ia turun
semula ke bumi menjadi hujan. ( Jamnul Azhar, 2001)

2. Orbit
Ketika diterangkan mengenai matahari dan bulan dalam Al Quran, ianya
ditekankan bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit yang tersendiri. Firman
Allah s.w.t :

Dan Dia lah (Tuhan) Yang telah menjadikan malam dan


siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar
terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa
lepas). ( surah al- Anbiya -33 )

Di dalam ayat yang lain pula, dinyatakan bahawa matahari juga mempunyai orbit
yang tesendiri dan bukan suatu yang mempunyai kedudukan yang statik.

Dan (sebahagian dari dalil Yang tersebut ialah) matahari; ia


kelihatan beredar ke tempat Yang ditetapkan baginya; itu

16
adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha
mengetahui ( Yaasin- 38)

Menurut perhitungan ahli astronomi, matahari bergerak dengan


kecepatan sangat tinggi iaitu 720.000 kilometer/jam ke arah bintang Vega dalam
orbit tertentu yang disebut Solar Apex. Hal ini bererti bahawa matahari bergerak
kira-kira 17.280.000 kilometer/hari. Bersama matahari, semua planet dan satelit
di dalam sistem gravitasi matahari juga menempuh jarak yang sama. Lebih jauh,
semua bintang di alam semesta berada dalam gerakan terencana yang sama.
(Harun Yahya, 2004 )

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang
mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-
bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan planet ini mempunyai
satelit. Kesemua objek-objek ini bergerak mengikut orbit yang telah ditetapkan.
Selain itu, komet juga bergerak bersama di orbit-orbit yang ditentukan bagi
mereka.

Orbit di alam semesta tidak hanya dimiliki oleh benda angkasa. Galaksi
juga berjalan dengan kecepatan luar biasa pada orbit yang telah ditetapkan.
Selama pergerakan ini, tiada satu pun benda angkasa yang bertembung antara satu
sama lain.

Ketika Al Quran diturunkan, umat manusia tidak mempunyai sebarang


teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati
jutaan kilometer ruang angkasa, juga tidak mempunyai pengetahuan fizik atau
astronomi yang moden. Oleh itu, ianya merupakan suatu yang mustahil untuk
menentukan secara saintifik bahawa ruang angkasa dipenuhi dengan lintasan dan
orbit seperti yang dinyatakan dalam ayat al Quran. Tetapi, ianya dinyatakan
secara terang kepada kita dalam al Quran yang diturunkan pada waktu itu. (Harun
Yahya, 2004)

3. Kejadian siang dan malam

17
Setiap kejadian alam yang diciptakan oleh Allah s.w.t ada hikmahnya,
sebagaimana firmn Allah s.w.t :

Dan di antara rahmat pemberianNya, ia menjadikan untuk


kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat
padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari
limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur. (al-
Qasas- 73)

Diantara rahmat Allah s.w.t kepada manusia ialah Allah telah


menjadikan siang dan malam yang sama panjang dan kadang kala tidak sama
panjang. Dijadikan malam bagi tujuan kerehatan dan ketenteraman jiwa dari
kepenatan bekerja pada wakru siang. Dijadikan siang bercahaya supaya manusia
dapat melihat segala keperluan dan keindahan alam yang telah diciptakan oleh
Allah s.w.t. Siang dipenuhi dengan pergerakan dan kesibukan bagi tujuan
mendapatkan rezeki, menunaikan segala hajat supaya mencapat segala keinginan.
Ini adalah bertepatan dengan tiga tujuan iaitu berehat pada waktu malam, bekerja
pada waktu siang dan supaya kamu bersyukur diatas kedua-dua manafaat tersebut.
( Jamnul Azhar, 2001 )

Secara umumnya, bumi bergerak dengan dua cara, iaitu ia berputar


diatas paksinya dari barat ke timurpada had laju yang tetap. Satu putaran lengkap
bumi mengambil masa selam 24 jam bersamaan dengan satu hari. Putaran bumi
pada paksinya menyebakan berlakunya kejadian siang dan malam serta terbit dan
tebenamnya matahari, bulan dan bintang. Bumi tidak bercahaya tetapi menerima

18
cahaya daripada matahari. Permukaan bumi yang menghadap matahari dapat
menerima sinaran dan mengalami siang. Bahagian yang satu lagi membelakangi
matahari dan mengalami malam. Bumi berputar dari barat ke timur, oleh itu
bahagian timur bumi akan disinari cahaya terlebih dahulu daripada barat. Ini
menyebabkan matahari kelihatan terbit di sebelah timur. Bumi yang terus berputar
menyebabkan matahari kelihatan menaiki langit dan berada diatas kepala pada
waktu tengah hari. Putaran bumi yang seterusnya meyebabkan matahari kelihatan
menurun dan terbenam di barat pada waktu senja. ( Jamnul Azhar, 2001 )

4. Gerhana bulan

Kejadian gerhana bulan merupakan salah satu daripada fenomena alam. Allah
s.w.t telah berfirman berkaitan dengan kejadian ini :

Dan bulan hilang cahayaNya, dan matahari serta bulan


dihimpunkan bersama. ( al-Qiyamah -8 dan 9)

Apabila pandangan menjadi bergoncang dan manusia menjadi hairan


kerana terlalu dasyatnya suatu hari kebangkitan dan hari kiamat, hilanglah cahaya
bulan dan tidaklah ianya kembali seperti kembalinya selepas gerhana bulan kedua-
duanya dan tidaklah berlaku lagi disana pergantian malam dan siang iaitu suasana
bumi ini sentiasa bertukar. Ketika ini, berkatalah anak-anak Adam apabila telah
ditentukan hari kiamat : Adakah ada tempat untuk berkindung dan dimanakah
tempat untuk lari daripada hisab Allah s.w.t dan azabnya. Begitulah kegawatan
hari kiamat yang digambarkan oleh Allah s.w.t. Hebatnya kegoncangan dan
keanehan yang menakutkan manusia. ( Jamnul Azhar, 2001 )

Selepas ayat ke-9 yang menceritakan tentang hilangnya cahaya bulan,


Allah s.w.t terus menyambung firmanNya yang bermaksud : Dikumpulkan
matahari dan bulan. Kedua-dua ayat ini menunjukan mekanisme kejadian

19
gerhana bulan dan gerhana matahari itu sendiri. Apabila dikumpulkan matahari
dan bulan ( bulan dan matahari berada pada tempat yang sama yang dapat dilihat
daripada bumi oleh manusia sehingga salah satu daripanya terlindung)( dikenali
sebagai gerhana matahari.) ( Jamnul Azhar, 2001 )

Menurut ahli sains, kejadian gerhana bulan berlaku apabila bulan


berada tepat di belakang bumi dan terlindung daripada cahaya matahari, iaitu
apabila kedudukan ketiga-tiganya adalah sejajar. Semasa kejadian gerhana bulan,
bumi akan melindungi bulan daripada menerima cahaya matahari dan bayang
bulan akan jatuh ke atas permukaan bulan sehingga bulan tidak kelihatan. Bumi
akan membentuk dua jenis bayang iaitu umbra ( bayang gelap yang lengkap ) dan
penumbra ( separa lengkap di sekitar umbra ). Apabila bulan berada di sekitar
umbra, seluruh bayang bumi dapat menutupi seluruh bulan oleh itu gerhana bulan
penuh akan terjadi, bahagian bulan itu tidak dapat dilihat daripada bumi
menyebabkan gerhana bulan separa terjadi. ( Jamnul Azhar, 2001 )

Gerhana matahari pula berlaku apabila bulan berada tepat diantara


matahari dengan bumi, pada ketika itu kedudukan ketiga-tiga jasad ini adalah
sejajar. Semasa gerhana matahari, bula melindungi sebahagian permukaan
bumidaripada menerima cahaya mataharimenyebabkan bayang bulan jatuh ke atas
bumi pada waktu siang. Dua jenis bayang iaitu umbra dan anumbra akan
terbentuk di bumi. Mereka yang berada di kawasan umbra di bumi tidak dapat
melihat keseluruhan matahari. Gerhana matahari penuh dikatakan berlaku di
kawasan itu. Mereka yang berada di kawasan penumbra pula tidak dapat melihat
sebahagian matahar, iaitu gerhana matahari separa berlaku di kawasan itu. (
Jamnul Azhar, 2001 )

PERBEZAAN ISI KANDUNGAN AL-QURAN BERBANDING KITAB-KITAB LAIN

Al-Quran merupakan kitab suci yang terakhir. Al-Quran mempunyai banyak perbezaan
berbanding dengan kitab-kitab samawi yang lain. Diantara berbezaan yang ketara adalah dari
segi isi kandungannya.

20
1. Kitab yang terpelihara

Allah s.w.t menurunkan al-Quran secara mutawatir dan beransur-ansur


selama 23 tahun. Ianya adalah bertujuan untuk menjaga kesucian al-Quran itu
sendiri daripada ditokok tambah. Rasulullah s.a.w menjaga dan memelihara al-
Quran dengan cara menghafal sebelum al-Quran ditulis dan dibukukan.

Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan


kamilah yang memelihara dan menjaganya. ( surah al-Hijr : 9 )

Berbeza dengan kitab-kitab lain, contohnya kitab Taurat dan


Injil yang mana tidak diturunkan secara mutawatir dan ianya diturunkan
secara sekali gus.

2. Kitab yang menjelaskan dan dimudahkan

Al-Quran merupakan kitab yang menjelaskan dan mudah untuk difahami. Al-Quran
adalah kitap petunjuk yang datang untuk menyeru semua manusia dengan kalimah-
kalimah Allah menyeru manusia tepat pada hati dan akalnya, perasaan dan
sanubarinya sehingga ia menyinari akal mengerahkan hati, menyenangkan badan,
mendorong kehendak dan amal. ( Yusof al-Qaradhawi, 2000)

Maka Sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran


Dengan bahasamu (Wahai Muhammad), ialah supaya mereka
(yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan
mematuhinya). (surah al-Dukhan : 58 )

21
Berbanding dengan kitab-kitab lain yang berbentuk falsafah dan amat
sukar untuk difahami kandungannya. Disamping itu kitab-kitab ini juga telah pun
diubah kandungannya seperti kitab Bible dan Taurat walaupun kedua-duanya
merupakan kitab samawi.

3. Kitab untuk semua zaman

Al-Quran merupakan kitab yang kekal, bukan untuk masa tertentu atau generasi
tertentu sahaja. Segala isi yang terkandung di dalam al-Quran adalah sesuai untuk
semua dan berkekalan hingga ke akhirnya. Al-Quran merupakan kitab samawi
terakhir, mencakupi kalimah-kalimah Allah yang memberikan petunjuk kepada
manusia yang tidak menerima pembatasan waktu tapi ia merupakan kitab yang
kekal hingga Allah mempusakakan bumi dan seisinya.



Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. ( surah al-
Anbiya : 107 )

Berbeza dengan kitab-kitab lain yang hanya sesuai pada waktu dan
masa yang tertentu kemudian dihapus dengan agama yang lain, kitab lain dan rasul
yang lain. Oleh itu Allah s.w.t tidak menjamin pemeliharaannya tetapi ianya
dipelihara sendiri oleh menganut-penganut kitab tersebut.

4. Kitab yang menyeluruh ( syumuliyyah)

Al-Quran merupakan kitab yang menyeluruh, meliputi seluruh aspek


dalam kehidupan. Al-Quran membincangkan tentang akidah, hukum-hakam,
muamalat, ibadah, akhlak, hari kebangkitan, syurga, neraka, kisah-kisah yang boleh
diambil untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan dan banyak lagi. Segala isi
kandungan yang terkandung dalam al-Quran adalah bersih, jelas tanpa sebarang
syak dan penambahan.

22












Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan Dalam


kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari
golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (Wahai
Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini
(umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan
tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa
rahmat dan berita Yang mengembirakan, bagi orang-orang
Islam. ( surah al-Nahl : 89 )

Berbeza dengan kitab-kitab lain yang hanya fokus kepada satu aspek
tertentu dan tidak bersifat menyeluruh. Contohnya seperti kitab Weda bagi
penganut agama Hindu dan kitab Tripitaka bagi penganut Buddha yang hanya
terdapat didalamnya ucapan-ucapan dan kepercayaan agama mereka sahaja.

23
KAEDAH-KAEDAH MEMUPUK RASA KECINTAAN TERHADAP AL-QURAN
DAN KELEBIHANNYA

Allah s.w.t menurunkan al-Quran dengan maksud yang sangat besar kerana al-Quran
merupakan kitab samawi yang boleh membawa manusia menuju ke jalan yang lurus, diredhai
Allah s.w.t serta dapat membimbing menuju ke syurga yang kekal abadi. Sebagai manusia
kita perlu kembali kepada al-Quran dan perlu memupuk rasa cinta terhadapnya. Diantara
cara- cara untuk memupuk perasaan tersebut adalah :

1. Berdoa

Hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t dengan penuh yakin dan
tawadhuk agar Allah memberi semangat yang berterusan kepada kita untuk
membaca dan menghayati al-Quran dengan berterusan, menjadikan al-Quran
sebagai penyuluh hati kita. Selain daripada itu kita hendaklah menjadikan al-Quran
sebagai keutamaan dalam kehidupan. Sejauh mana kita mengutamakan al-Quran
sejauh itulah al-Quran akan mengutamakan dan memuliakan kita.

Bahawa Sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu


ialah Al-Quran Yang mulia, (yang sentiasa memberi
ajaran dan pimpinan),

Oleh kerana cinta letaknya di hati, dan hati berada di dalam genggaman
Allah s.w.t, maka mohonlah pertolongan dariNya dan berdoalah agar Allah s.w.t
memberikan rasa kecintaan kepada Al Quran . Berdoalah dengan ikhlas, penuh
tawadhuk, memohon dengan bersungguh-sungguh dan memohon dengan belas
kasihan.

2. Tadabbur

Ketika membaca al-Quran hendaklah kita membaca dengan


bersungguh-sungguh, berhati-hati ketika menyebut lafaz-lafaz yang terkandung
didalamya, berusaha untuk memahami makna ayat tersebut. Sekiranya pembaca

24
dapat mempraktikannya dalam bacaan sudah pasti akan timbul kenikmatan
terhadap al-Quran. Firman Allah s.w.t :

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan


Dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk
mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. ( surah al-
Araf : 204 )

Bacalah ayat-ayat al-Quran yang dapat memberi kesan kepada hati


secara berulang-ulang kerana ia baik dan dapat memotivasikan diri kita ke arah
kebaikan dengan memahami maksudnya. Membaca dengan bersungguh-sungguh
dan tadabbur, menangis dan memohon doa kepada Allah s.w.t.

25



Katakanlah (Wahai Muhammad kepada orang-orang Yang


ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau
kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana
Sesungguhnya orang-orang Yang diberi ilmu sebelum itu
apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera
tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk). Sserta
mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha suci Tuhan
kami! Sesungguhnya janji Tuhan Kami tetap terlaksana. "
Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang
Al-Quran menambahkan mereka khusyuk. (surah al-Isra :
107-109)

3. Membaca al-Quran setiap hari secara berterusan

Jika kita perhatikan keadaan kita pada masa sekarang, masih ramai di
antara kita kaum Muslimin yang amat jauh dari al-Quran, oleh itu jauhnya kita
dari petunjuk dan pengajaran yang terkandung di dalam al-Quran. Di antara
mereka ada yang tidak mahu atau malas untuk membaca al-Quran, sebahagian lagi
ada yang membaca ketika dalam solat sahaja atau membaca ketika dalam majlis
bacaan surah Yaasin sahaja. Ada pula yang membacanya hanya ketika dalam
keadaan susah dan dalam kesulitan. Waktu yang paling sesuai untuk membaca al-
Quran adalah ketika di dalam solat, selain itu pada waktu satu per tiga malam,
bacaan diantara solat maghrib dan isya adalah sunat, tidak ada waktu yang
dilarang untuk kita membaca al-Quran.

Bacalah al-Quran secara berterusan dan jadikannya sebagai wirid


dalam kehidupan kita. Berusaha mencari ilmu, mempelajari dan memahami
keagungan dan keutamaan Al Quran dan keutamaan orang-orang yang
mempelajarinya, menghafalnya dan mengamalkannya.


Sebaik- baik kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan
mengajarnya ( HR al-Bukhari)

26
4. Menghafal al-Quran

Salah satu cara terbaik untuk mencintai al-Quran adalah


dengan menghafal. Visi menghafal adalah tinggi iaitu menjadi wakil
Allah s.w.t, disamping itu ai dapat mengekalkan ketulenan al-Quran,
kehidupan kita akan lebih diberkati.


" :


".
Daripada Muaz bin Anas al-Juhani, Rasulullah s.a.w telah
bersabda: Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal
denganya, Allah s.w.t akan memakaikan kepada kedua-ibu
bapanya mahkota di hari Kiamat nanti. Cahayanya lebih
terang daripada cahaya matahari di dunia. Maka
bagaimana dengan orang yang beramal dengannya. ( HR )

Banyak kelebihan dan ganjaran yang diperolehi bagi mereka yang


menghafal dan beramal dengan al-Quran. Sebagaimana hadis yang disebut diatas,
Allah s.w.t akan memakaikan mahkota kepada kedua ibu dan bapa di hari Kiamat
nanti yang mana cahayanya adalah lebih terang daripada cahaya matahari di
dunia. Jika kelebihan kepada kedua ibu bapa sedemikia rupa maka kelebihan
kepada penghafal a-Quran adalah lebih daripada itu.

KESIMPULAN

27
Allah s.w.t telah menurunkan al-Quran sejak 14 abad yang lalu. Walaupun penurunan al-
Quran telah menjangkau usia 1400 tahun namun al-Quran masih relevan dan sesuai
digunakan sehingga ke hari ini sebagai panduan hidup.

Sebagaimana yang kita ketahui, al-Quran merupakan kitab agung dan merupakan
mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.w.t. Mukjizat-mukjizat al-Quran merangkumi mukjizat
dari segi bahasa yang tidak dapat ditiru oleh sesiapa pun, mukjizat dari segi isi kandungan
yang mana al-Quran mengandungi 114 surah dan 6236 ayat dan mukjizat dari segi ilmu yang
menyeluruh serta merangkumi semua aspek dalam kehidupan manusia khususnya.

Walaupun kebenaran al-Quran telah terbukti namun masih terdapat musuh-musuh Islam
yang mempersoalkan kehebatan dan mukjizat al-Quran. Diantara golongan tersebut ialah
Orientalis yang mengatakan bahawa al-Quran merupakan hasil ciptaan Nabi Muhammad
s.a.w, al-Quran merupakan kesinambungan daripada kitab Taurat dan Injil, al-Quran
mengandugi prosa kata asing dan Al-Quran adalah ancaman jangka masa panjang. Namun
dakwaan tersebut telah disangkal oleh para Ilmuwan Islam dengan hujah-hujah yang bernas
dari al-Quran dan hadis serta logik akal.

AL-Quran merupakan salah satu daripada kita samawi yang diturunkan oleh Allah s.w.t
kepada Rasul-rasul pilihanya. Namun begitu al-Quran mempunyai perbezaan yang sangat
ketara jika dibandingkankan dengan kitab-kitab samawi yang lain. Allah s.w.t menurunkan al-
Quran kepada manusia bukan untuk dibaca sahaja, namun manusia perlu mengkaji isi
kandungan al-Quran kerana terdapat banyak fenomena alam ciptaan Allah yang selari dan
bertepatan dengan isi kandungan al-Quran itu sendiri.

Allah s.w.t menurunkan al-Quran sebagai penawar kepada manusia. Banyak bukti-bukti
ayat al-Quran yang menyatakan bahawa al-Quran menjamin kesembuhan dan merupakan
menawar serta membawa rahmat, keberkatan hidup kepada orang-orang yang beriman.
Sebagai makhluk ciptaan Allah s.w.t kita hendaklah menjadikan al-Quran sebagai panduan
hidup kerana ianya merupakan kitab perundangan yang menjadi sumber rujukan segala ilmu
pengetahuan, meliputi perundangan atau hukum-hukum, Ilmu Tafsir, Ilmu Qiraat, Ilmu Sains
Ilmu Ekonomi dan sebagainya. Al-Quran menjamin kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.

RUJUKAN

28
Al-Quran al-Karim

Al-Syaukani, Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad. (1994). Irshad al-Fuhul. Beirut:
Dar Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Baihaqi, Ahmad bin al-Hussain bin Ali. (1998). Dalail al-Nubuwwah wa marifatu
ahwali sohibi al-Syariah. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah dan al-Rayyan li al-Turas.

Al-Baqilani, Abu Bakr Muhammad bin al-Thayyib. ( 1978 ). Ijaz al-Quran. Damaskus al-
Islami

Harun Yahya (2004). Al-Quran dan Sains. Bandung: Dzikra

Hasbi Ashshiddiqi dll. (1971). Al-Quran dan terjemahannya. Mujamma al-Malik Fahd Li
Tibaat al-Mashaf al-Sharif. Madinah al-Munawwarah. Saudi Arabia.

Jamnul Azhar bin Haji Mulkan. (2001). Al-Quran dan sains. Kedah Darul Aman : Pustaka
Darul Salam shd.bhd.

Majdi al-Hilali. (2012). Panduan kembali kepada al-Quran. ( ptrj Abu Ezzat al-Mubarak)
Selangor Darul Ehsan : Pustaka jiwa sdn.bhd.

Mohammad Asraf Ayob al-Hafiz. (2011). Kaedah Jibril: Teknik mudah dan praktikal
menghafaz al-Quran. Selangor Darul Ehsan : PTS Darul Furqan sdn.bhd.

Mohd Rahim bin Jusoh. (1998). Pengenalan ilmu qiraat. Kuala Terengganu: Aspirasi Teras
sdn.bhd

Muhammad Mutawalli Syarawi. ( 1985). Mukjizat al-Quran. ( ptrj Said Ahmad Semait )
Singapura : Pustaka Nasional.

Sayyid Mohammad Alwi al-Maliki. (2001). Keistimewaan-keistimewaan al-Quran.


Yokyakarta: Mitra Pustaka.

Yusof al-Qaradhawi. (2000). Bagaimana berinteraksi dengan al-Quran. (ptrj Kautsar


Suhardi) Jakarta Timur: Pustaka al-Kautsar.

Yusuf al-Hajj Ahmad. (2003). Ensiklopedia kemukjizatan sains dalam al-Quran dan al-
Sunnah. ( ptrj Haji Abu Maula dll. ) Selangor Darul Ehsan : al-Hidayah Publication.

Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar ulum al-Quran. Kuala Lumpur : Ilham Abati
Enterprise.

Islam story : 5 Julai 2015. http://islamstory.com/ar/-


----

Ibadar Ar-Rahman Resources: Argumentasi orientalis terhadap ijaz al-Quran. 5 Julai 2015.
http://dlutpys.blogspot.com/2012/09/argumentasi-orientalis-terhadap-ijaz-al.html

29

Anda mungkin juga menyukai