Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulan

Kesimpulannya, tamadun China adalah sebuah tamadun yang penuh dengan


budaya, tradisi dan sejarah. Menurut Zaki, Hamzah & Mad Aros (2012), terdapat 2 istilah yang
banyak digunakan dalam Bahasa Melayu untuk membawa maksud tamadun, iaitu tamadun
dan peradaban. Selain itu, Zaki et. al. (2012) turut menunjukkan bahawa tamadun boleh
didefinisikan dari 2 sudut berbeza, iaitu sudut bahasa dan sudut peristilahan. Maksud
Tamadun mempunyai beberapa versi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh seperti Idris
Abdul Rauf al-Marbawi, Arnold Toynbee, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Abu al-Ala al
Maududi. Namun begitu, untuk kegunaan umum, definisi tamadun oleh Kamus Dewan iaitu
tamadun sebagai kebudayaan , kemajuan atau peradaban. boleh digunakan sebagai
rumusan.

Kami sebagai kumpulan telah mempelajari lebih mendalam tentang Tamadun China
dan ini telah membangkitkan rasa kehormatan terhadap tamadun ini. Dengan ini, kita akan
memperoleh pengajaran dan kesedaran mengenai manusia zaman dahulu. Cara-cara
manusia awal menyesuaikan diri dengan alam sekitar dari aspek kehidupan dan juga
perkembangan agama dan bangsa oleh tamadun di serata dunia adalah sangat penting dan
wajar untuk dikaji. Kami juga telah membantu pelajar-pelajar lain untuk lebih mengetahui
tentang Tamadun China. Selain itu, banyak pengetahuan dan nilai-nilai murni telah
dipamerkan dalam pembentangan serta hasil laporan ini. Kaum Cina di Malaysia merupakan
salah satu kaum terbesar selain daripada kaum Melayu. Oleh itu, kefahaman dan interaksi
antara kaum sangat penting dalam kehidupan. Sebagai contohnya, budaya, pantang larang,
kesenian dan lain-lain lagi.

Tamadun China juga telah menyumbang dalam pembentukan tamadun Malaysia


secara langsung dan tidak langsung. Antara sumbangan Tamdun China adalah dari segi
Agama dan kepercayaan serta system Bahasa dan tulisan yang masih diamalkan oleh
masyarakat Cina di Malaysia. Sumbangan lain adalah dari segi perubatan, budaya dan
kesenian, pengurusan alam sekitar, sains, teknologi, penciptaan dan akhir sekali ekonomi
banyak membantu dalam pembentukan tamadun Malaysia. Tamadun China mempunyai ciri-
ciri yang tersendiri dan agak unik serta kaya dengan penciptaan dan penemuan sains dan
tamadun China bukan sahaja menekankan aspek ekonomi, tetapi juga pembinaan
masyarakat beretika dan pemeliharaan alam sekitar.

Ahmad Zaki, A.L., Hamzah, A., & Mad Aros, A.(2012). Tamadun Islam dan tamadun
asia(TITAS). (2). Selangor, Malaysia: Oxford Fajar.
Kamus Dewan (2002). (3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai