Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENGENALAN

Teori merupakan asas-asas yang menjadi pembentukan sesuatu pengetahuan.


Seringkali perkataan teori dikaitkan dengan para ilmuwan dan tokoh-tokoh yang
terkenal. Sebenarnya, setiap orang mempunyai pandangan peribadi dimana ianya akan
membentuk suatu teori penggunaan tentang tingkah laku manusia. Teori ini
sebenarnya merujuk kepada kepercayaan-kepercayaan dan andaian-andaian manusia
itu sendiri dalam kehidupan seharian yang mereka jalani. Berdasarkan teori tersebut ,
ianya banyak mempengaruhi tingkah laku seseorang terutamanya hubungan antara
individu. Kebanyakan teori peribadi kita telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti
sosioekonomi, jantina, pengalaman, taraf persekolahan, rakan-rakan dan kesedaran
diri. Jika kita sedar, teori peribadi kita sebenarnya berkait rapat dengan teori formal
yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh terkenal dimana teori tersebut telah banyak yang
dibuktikan melalui kajian-kajian yang dibuat.

Menurut Seligman (dalam Thompson, Rudolph & Henderson, 2004), terdapat


lebih kurang 350 jenis teori kaunseling dan psikoterapi yang telah diutarakan oleh
pelbagai ahli teori dalam bidang bimbingan dan kaunseling, dan psikoterapi. Oleh hal
yang demikian, sebagai seorang kaunselor, mereka harus tahu dan bijak teori mana
yang bersesuaian digunakan berdasarkan masalah klien dan sejauh mana teori
tersebut berkesan dan dapat membantu klien mereka. Teori-teori kaunseling dapat
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Afektif, Behavioral dan Kognitif. Klasifikasi teori
kaunseling ialah seperti Rajah 1.

1
2.0 KLASIFIKASI TEORI-TEORI KAUNSELING

Rajah 1

KATEGORI TEORI CONTOH TEORI

Teori Behavioris
Behavioral Terapi Realiti
(Tingkah Laku) Terapi Brief
Psikologi Individu

Teori Pemusatan Perorangan


Afektif Terapi Gesalt
(Perasaan)

Teori Rasional Emotif


Terapi Kognitif Behavioral
Kognitif Psikoanalisis
(Pemikiran) Analisis Transaksional
Intervensi Sistemik
Kaunseling Keluarga

2
3.0 TEORI BEHAVIORIS

3.1 Tokoh Teori Behaviorisme


Teori tingkah laku ini merupakan hasil kajian antara dua tokoh yang
sangat terkenal iaitu Ivan Pavlov dan B.F. Skinner. Diantara ahli teoris
yang lain turut terlibat termasuklah Joseph Wolpe, M.B. Shapiro, dan
Hans Eysenck.

a) Ivan Pavlov

Beliau telah dilahirkan pada tahun 1849 di Rusia. Pavlov


merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan prinsip
Pelaziman Klasik dimana beliau telah membuat kajian ke atas
seekor anjing. Pavlov akan membunyikan loceng setiap kali ingin
memberi makanan kepada anjing tersebut sehinggakan anjing
mengeluarkan air liur setiap kali makanan tiba malahan air liurnya
akan keluar apabila mendengar tapak kaki si penjaganya yang
membawa makanan.

b) B.F. Skinner
Telah memperkenalkan prinsip Pelaziman Operan:
i) Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu
tingkah laku itu diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa
senang.
ii) Tingkah laku ditentukan oleh matlamat individu itu sendiri dan
masyarakat.
iii) Environment was the sole determind of behavior.

3
3.2 Pandangan Teori Terhadap Manusia

Setiap teori yang dicipta mempunyai pandangan yang berbeza terhadap


manusia. Berikut merupakan pandangan ahli-ahli teori Behavioris
terhadap manusia:

1) Dilahirkan neutral dan mempunyai potensi yang sama untuk


menjadi baik atau jahat, bersifat rasional atau tidak rasional.

2) Mampu memberi respons terhadap ransangan yang sesuai dan


apa yang telah mereka pelajari sahaja.

3) Hasil pelaziman ialah ransangan-gerak balas. Reaksi terhadap


satu-satu ransangan bergantung kepada pengalaman.

4) Mempelajari dan menyimpan pola-pola tingkahlaku, dan


seterusnya mengulang pola-pola tersebut pada masa hadapan,
sekiranya diperlukan.

4
3.3 Perwatakan kaunselor dalam teori tersebut
Teori Behavioris berorientasikan tindakan dimana klien akan bertindak
secara aktif ke arah penyelesaian masalah yang mereka hadapi. Di antara
tindakan-tindakannya ialah:
Memantau tingkah laku yang kurang wajar
Mengamalkan kemahiran mengurus tingkah laku tersebut
Menyempurnakan tugasan yang diberikan

Bagi guru bimbingan dan kaunseling pula akan merancang untuk


mengukuhkan tingkah laku yang wajar, sambil menghapuskan tingkah
laku yang tidak wajar, atau tidak boleh diterima. Oleh sebab itu, sebagai
seorang kaunselor, haruslah mempunyai beberapa ciri yang ditekankan
menurut teori Behavioris tersebut.

1) Kaunselor haruslah mempunyai kemahiran mendengar yang tepat


supaya segala luahan dan masalah yang dikongsi klien dapat difahami
dan diselami dengan mudah. Lebih-lebih lagi jika seseorang kaunselor
berhadapan dengan klien yang tidak mudah bercerita, jadi apabila
mereka bercerita kaunselor haruslah menitik beratkan setiap ayat yang
diceritakan.
2) Memahami bahawa setiap klien adalah unik. Seseorang kaunselor
haruslah menerima segala kekuatan dan kelemahan klien. Klien ialah
manusia biasa yang berbeza, jadi kaunselor mestilah memahami klien
adalah unik dan berbeza antara satu sama lain.
3) Seseorang kaunselor juga haruslah memberi galakan kepada klien
untuk membuat perubahan dari maladatif kepada adaptif. Namun
begitu, kaunselor tidak berhak untuk membuat keputusan bagi pihak
klien sebaliknya hanya membantu dan memberikan galakan.
4) Selain daripada itu, kaunselor juga mestilah mempunyai kemesraan,
memahami, sedia menolong dan ikhlas membantu klien. Sekiranya
hati ikhlas, pasti mudah bagi kaunselor untuk mendengar masalah
klien tanpa rasa terpaksa.

5
3.4 Kelebihan Pengaplikasian Teori Behavioris

Menjelaskan kejadian dan tingkah laku manusia dan juga pemikiran.


Memahamkan perilaku manusia yang adaptif dan maladaptif.
Menghargai klien dan bersikap menerima
Memahami klien yang unik dan mempunyai tingkah laku berbeza
Kaunselor mendengar isi hati klien secara tepat.
Dari segi strategi pelbagai strategi boleh digunakan (role play, token,
peneguhan kendiri).
Tingkah laku semula kaunselor lebih faham tingkah laku klien dan klien
belajar tingkah laku baharu dalam keadaan yang selamat.
Klien akan faham dan dapat melihat dengan jelas bahawa tingkahlaku
merupakan proses kematangan. Oleh itu, tingkah laku yang negatif boleh
diubah.
Mementingkan hubungan antara kaunselor dan klien.
Kaunselor benar-benar menjiwai keseluruhan pemikiran dan perasaan klien.

3.5 Kelemahan Pengaplikasian Teori Behavioris

Teori ini mungkin akan mengubah tingkah laku tetapi tidak perasan
Mengetepikan faktor-faktor hubungan dalam terapi. Ini akan menyebabkan
hubungan antara kaunselor dan klien menjadi tidak mesra sekaligus akan
menyukarkan sesi kaunseling berlangsung.
Mengetepikan pengalaman-pengalaman silam yang mungkin mempengaruhi
tingkah laku semasa

6
4.0 TEORI PEMUSATAN PERORANGAN

4.1 Tokoh Teori Pemusatan Perorangan

Teori ini tergolong dalam kategori afektif iaitu perasaan. Pelopor bagi teori
ini ialah Carl Rogers (1902-1987).
Keluarga beliau sangat menitik beratkan kejayaan yang berpegang kuat
pada agama. Mereka sekeluarga tidak seperti segelintir manusia yang
suka bersosial, sebaliknya mereka tidak bermain kad, menari, minum arak
dan sebagainya.
Carl Rogers dan keluarganya telah berpindah dari bandaraya ke
pedalaman untuk mengelakkan diri dari anasir-anasir negatif.

4.2 Pandangan Terhadap Manusia


Berikut ialah pandangan Carl Rogers terhadap manusia:

1) manusia adalah biasa, rasional, sosial, bergerak maju dan realistik

2) asas kejadian manusia adalah positif. manusia mempunyai


maruah (dignity)

3) manusia bergerak ke arah Kesempurnaan Kendiri (Self-


Actualisation), kemantapan dan bersosialisasi

4) organisme bergerak ke depan untuk mencapai potensi diri yang


sihat bukan ke belakang (distruktif)

5) mempunyai maruah serta harga diri, dan harus dihormati

6) mampu belajar cara menunaikan tanggungjawab secara


konstruktif

7
7) mempunyai kapasiti untuk mencapai arah kendiri, dan berkebolehan
untuk membuat penilaian yang bijak sekiranya diberi peluang

8) berkebolehan untuk menangani perasaan, pemikiran dan


tingkah laku masing-masing

9) berpotensi untuk melakukan perubahan yang konstruktif serta


perkembangan peribadi ke arah kehidupan yang memuaskan

4.3 Perwatakan kaunselor dalam teori Pemusatan Perorangan

Mengikut Kamus Dewan (2002), kaunselor didefiniskan sebagai seorang


yang layak menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang
menghadapi masalah. Terdapat beberapa ciri yang mesti ada pada
seseorang kaunselor terhadap kliennya:
a) Kongruen
Kaunselor haruslah berada dalam keadaan kongruen dimana
perlakuan luaran sama dengan dalaman. Ini kerana klien kebanyakan
mengalami situasi yang tidak kongruen, jadi kaunselor terbabit
haruslah memastikan dirinya kongruen terlebih dahulu dan terlibat
dalam hubungan kaunseling.
b) Tidak mengarah (Non-Directive)
Hal ini bermaksud, seseorang kaunselor tidak menyoal atau memberi
nasihat, atau mentafsir pemikiran, perasaan dan tingkah laku klien
sebaliknya beliau perlu mendengar secara aktif dan memberi
dorongan yang wajar sepanjang sesi kaunseling. Kaunselor tidak
boleh membuat keputusan untuk klien dan mempengaruhi
keputusannya sebaliknya klien yang berhak di atas keputusan yang
dibuat.

8
c) Ketulenan
Seseorang kaunselor haruslah mempunyai identiti sendiri yang kekal
sepanjang sesi kaunseling berlangsung. Ciri-ciri yang perlu ditekankan
ialah seperti berikut:
Tidak terikat dengan peranan
- Kaunselor tidak akan berselindung disebalik peranan yang digalas
sebaliknya bersikap tulen terhadap klien
Bersifat spontan
- Kaunselor haruslah mengamalkan sikap keterbukaan dan tidak
terlalu berjaga-jaga semasa berkomunikasi dengan klien. Kaunselor
juga tidak bersifat impulsif atau terlalu terikat dengan peraturan.
Seharusnya seseorang kaunselor mestilah menunjukkan tahap
keyakinan diri yang tinggi semasa komunikasi secara lisan berlaku
supaya dapat meningkatkan tahap keselesaan dan kepercayaan
klien untuk berkongsi masalah.
Tidak bersifat defensif
- Sekiranya klien memberi teguran di atas kelemahan seorang
kaunselor, mereka haruslah menerima komen atau teguran negatif
oleh klien tanpa rasa terancam.
Membuat perkongsian diri
- Kaunselor boleh membuat pendedahan kendiri apabila difikirkan
sesuai kerana ini dapat memberi peluang kepada klien untuk
mengenali kaunselor mereka dengan lebih rapat dan mesra.

9
d) Penerimaan positif tanpa syarat
Seseorang kaunselor mestilah menerima klien mereka seadanya tanpa
apa-apa syarat yang dikenakan. Kaunselor harus menerima mereka
sebagai seorang yang berpotensi menjadi baik, bersifat rasional dan gemar
kepada autonomi. Secara amnya, kaunselor yang berperanan positif akan
mempamerkan ciri-ciri seperti berikut:

Memberi perhatian yang berkualiti kepada perasaan dan


kebimbangan klien
Bersikap tanpa menghukum klien dan menganggapnya sebagai
seorang yang berhak mendapat layanan yang tulen
Bertindak balas dengan penuh empati serta memahami kerangka
rujukan klien
Menyedari dan meningkatkan potensi klien

e) Empati
Kaunselor yang baik akan cuba menyelami dunia klien untuk mengalami
situasi yang sedang dilalui oleh klien serta menghayati perasaan yang
sedang dirasainya ketika itu. Di antara kemahiran yang perlu diterapkan
ialah kemahiran melayan dan kesenyapan. Mimik muka dan postur badan
merupakan indikator kepada klien bahawa kaunselor sedang memberi
tumpuan kepada apa yang diperkatakan dan dirasai. Dengan ini klien
berasa selesa dan puas hati dapat meluahkan segalanya kepada kaunselor
sekaligus mewujudkan rasa percaya dalam diri mereka. Bukan itu sahaja,
anggukan kepala, konteks mata, senyuman, nada suara, jarak fizikal yang
sesuai dan sentuhan bahu juga penting dalam hubungan kaunseling yang
teraputik.

10
4.4 Kelebihan Teori Pemusatan Perorangan
Hubungan antara kaunselor dan klien lebih mesra dan membolehkan sesi
kaunselaing dapat dijalankan dengan lancar dalam keadaan yang teraputik.
Langkah-langkah kaunseling yang sistematik dan jelas
Kaunselor menggalakkan klien untuk berfikiran rasional dan positif.
Isu yang dihadapi oleh klien dapat diselesaikan satu persatu dengan teliti.
Klien dapat memajukan diri melalui cara berfikir yang positif.
Teori ini tidak bersikap menilai klien.
Memberikan kemahiran berfikir secara positif untuk berhadapan dengan masalah
yang akan mereka hadapi pada masa akan datang.

4.5 Kelemahan Teori Pemusatan Perorangan


Terlalu berpusatkan klien di mana guru perlu memenuhi kehendak klien seperti
keadaan yang kondusif dan ke arah perubahan tingkahlaku.
Konsep kendiri pelajar tidak sepadan dengan pengalaman sebenar.Pelajar
tersebut akan memutarbelitkan realiti.
Memerlukan jangka masa yang agak panjang

11
5.0 PERBANDINGAN ANTARA TEORI BEHAVIORIS DAN TEORI
PEMUSATAN PERORANGAN

a) Pandangan Teori terhadap manusia

1) dilahirkan neutral
2) berpotensi sama untuk menjadi baik
atau jahat, bersifat rasional atau tidak
rasional
3) mampu memberi respons terhadap
ransangan yang sesuai dan apa yang
telah mereka pelajari sahaja
TEORI BEHAVIORIS 4) merupakan hasil pelaziman, iaitu
ransangan-gerak balas
5) reaksi kepada sesuatu ransangan
bergantung kepada pengalaman
6) mempelajari, dan menyimpan pola-pola
tingkah laku dan seterusnya mengulang
pola-pola tersebut pada masa depan,
sekiranya diperlukan

1) mempunyai maruah dan harga diri,


serta harus dihormati
2) mempunyai kapasiti untuk mencapai
arah kendiri, dan berkebolehan membuat
penilaian yang bijak sekiranya diberi
peluang
3) mampu belajar cara menunaikan
TEORI PEMUSATAN tanggungjawab secara konstruktif
PERORANGAN
4) berkebolehan untuk menangani
perasaan, pemikiran dan tingkah laku
masing-masing
5) berpotensi untuk melakukan
perubahan yang konstruktif serta
perkembangan peribadi ke arah
kehidupan yang memuaskan

12
b) Perbandingan perwatakan Kaunselor dalam teori

TEORI
TEORI
PEMUSATAN
BEHAVIORIS 1) Kemahiran PERORANGAN
mendengar dengan 1) Bersifat kongruen
tepat supaya masalah dan terlibat dalam
yang disampaikan klien hubungan kaunseling
tidak tersilap

2) menggalakkan klien 2) mengamalkan


membuat perubahan penerimaan postiif
(maladaptif kepada tanpa syarat terhadap
adaptif) klien

TEORI
TEORI
PEMUSATAN
BEHAVIORIS
3) Mempunyai PERORANGAN
kemesraan, 3) bersifat empati
memahami, sedia terhadap klien
menolong dan ikhlas

4) bantu klien
menganalisa tingkah
4) bersifat tidak
lakunya, mentakrif
mengarah (non-
masalah dan bantu
directive)
klien memilih matlamat
yang hendak dicapai

5) memahami bahawa 5) bersifat spontan


klien adalah seorang semasa menjalankan sesi
yang unik kaunseling supaya klien
berasa selesa
13
c) Kelebihan dan kekurangan pengaplikasian Teori

KELEBIHAN TEORI BEHAVIORIS KELEBIHAN TEORI PEMUSATAN


PERORANGAN
Menjelaskan kejadian dan tingkah laku Hubungan antara kaunselor dan klien
manusia dan juga pemikiran. lebih mesra dan membolehkan sesi
Memahamkan perilaku manusia yang kaunselaing dapat dijalankan dengan
adaptif dan maladaptif. lancar dalam keadaan yang teraputik.
Menghargai klien dan bersikap Langkah-langkah kaunseling yang
menerima sistematik dan jelas
Memahami klien yang unik dan Kaunselor menggalakkan klien untuk
mempunyai tingkah laku berbeza berfikiran rasional dan positif.
Kaunselor mendengar isi hati klien Isu yang dihadapi oleh klien dapat
secara tepat. diselesaikan satu persatu dengan teliti.
Dari segi strategi pelbagai strategi Klien dapat memajukan diri melalui cara
boleh digunakan (role play, token, berfikir yang positif.
peneguhan kendiri). Teori ini tidak bersikap menilai klien.
Tingkah laku semula kaunselor lebih Memberikan kemahiran berfikir secara
faham tingkah laku klien dan klien positif untuk berhadapan dengan
belajar tingkah laku baharu dalam masalah yang akan mereka hadapi
keadaan yang selamat. pada masa akan datang.
Klien akan faham dan dapat melihat
dengan jelas bahawa tingkahlaku
merupakan proses kematangan. Oleh
itu, tingkah laku yang negatif boleh
diubah.
Mementingkan hubungan antara
kaunselor dan klien.
Kaunselor benar-benar menjiwai
keseluruhan pemikiran dan perasaan
klien

14
KEKURANGANTEORI BEHAVIORIS KEKURANGAN TEORI PEMUSATAN
PERORANGAN

Teori ini mungkin akan mengubah Terlalu berpusatkan klien di mana


tingkah laku tetapi tidak perasan guru perlu memenuhi kehendak klien
Mengetepikan faktor-faktor hubungan seperti keadaan yang kondusif dan
dalam terapi. Ini akan menyebabkan ke arah perubahan tingkahlaku.
hubungan antara kaunselor dan klien Konsep kendiri pelajar tidak sepadan
menjadi tidak mesra sekaligus akan dengan pengalaman sebenar.Pelajar
menyukarkan sesi kaunseling tersebut akan memutarbelitkan
berlangsung. realiti.
Mengetepikan pengalaman- Memerlukan jangka masa yang agak
pengalaman silam yang mungkin panjang
mempengaruhi tingkah laku semasa

15
16
BIBLIOGRAFI

Choong Lean Keow (2010). Siri Pendidikan Perguruan Bimbingan dan Kaunseling

Kanak-Kana. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd..

Ee Ah Meng (2000). Siri Diploma Perguruan Bimbingan dan Kaunseling III

(Semester V. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd..

Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan dan Taquddin Abd Mukti (2012).

Siri Pendidikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Shah Alam:

Oxford Fajar Sdn. Bhd..

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin

Jusoh, Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper (2009). Kemahiran

Bimbingan dan Kaunseling. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd..

17
18

Anda mungkin juga menyukai