Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Kurikulum sains amat penting bagi generasi muda terutamanya pelajar yang masih
menuntut di bangku sekolah kerana kemajuan sains dan teknologi bagi sesuatu negara
merupakan kayu pengukur kedudukan sesebuah negara di mata dunia. Seperti yang
digariskan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (n.d.), Wawasan 2020 akan
menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains yang progresif, iaitu, sebuah
masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi
penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi masa hadapan. Demi
mencapai dasar sains dan teknologi negara dalam Wawasan 2020, Kurikulum Sains Sekolah
Rendah dilihat sebagai salah satu langkah untuk mencapai wawasan tersebut.

Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 2 direkabentuk untuk merangsang sikap ingin
tahu dan mengembangkan minat bagi membolehkan murid memahami diri dan alam sekeliling
melalui aktiviti berpusatkan murid seperti yang telah dinyatakan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum (2012). Cropley (1997, seperti yang dinyatakan dalam Mohamad dan Nasruddin,
n.d.) pula menyatakan bahawa pengajaran berpusatkan pelajar ini dapat membantu guru
untuk menilai tingkah laku pelajar seperti ketekunan, ketabahan, semangat ingin tahu, suka
menghadapi cabaran, suka mengambil risiko dan keazaman yang tinggi. Pada pendapat saya,
pengajaran berpusatkan pelajar amat membantu sesi pembelajaran pelajar itu sendiri kerana
sudah semestinya mereka perlu melibatkan diri dengan aktif dalam sesi pembelajaran. Antara
aktiviti berpusatkan pelajar adalah menjalankan eksperimen. Eksperimen yang dijalankan
mestilah meliputi aspek-aspek yang perlu diambil perhatian seperti mengaplikasikan
kemahiran proses sains asas, kemahiran proses sains bersepadu serta kemahiran manipulatif
agar murid mampu mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara sistematik.

Dalam penulisan ini, saya akan menyediakan sebuah Rancangan Pengajaran Harian
Sains Tahun 5. Saya juga akan membuat penilaian mengenai cara terbaik untuk
mengintegrasi kemahiran saintifik tersebut. Akhir sekali, saya akan menerangkan pelaksanaan
PEKA di sekolah berdasarkan temuramah saya dengan salah seorang guru sains ketika
menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) tempoh hari.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS
Tahun 5

Kelas : 5 Azam
Tarikh : 17 Mac 2014
Masa : 8.45 a.m. – 9.45 a.m.
Bilangan murid : 25 orang
Subjek : Sains
Tema : Menyiasat Alam Fizikal
Unit : Haba
Tajuk : Memahami Haba
Objektif pengajaran : 4.1 Di akhir pengajaran, murid akan
memahami bahawa suhu adalah petunjuk
darjah kepanasan.

Hasil Pembelajaran :
Murid akan dapat,
i) Menyatakan suhu meningkat kerana mendapat haba
ii) Menyatakan suhu menurun kerana kehilangan haba
iii) Murid dapat menjalankan eksperimen berkenaan haba dengan jayanya
iv) Murid dapat menggunakan alat dan radas sains dengan betul

Pengetahuan sedia ada :


i) Murid tahu menyukat suhu menggunakan termometer
ii) Murid tahu membezakan suhu panas dan juga sejuk

Kemahiran Saintifik :
i) Memerhatikan proses perubahan suhu ais yang meningkat semasa
dipanaskan.
Kemahiran Proses Sains :
i) Meramalkan apa yang terjadi jika ais dipanaskan.
ii) Mengelaskan bahan yang mempunyai suhu sejuk dan juga panas.
iii) Mengukur suhu menggunakan termometer makmal dan menyatakan unit
metrik dengan betul.
iv) Membuat inferens yang tepat mengapa suhu meningkat dan menurun.
v) Membuat eksperimen untuk mengetahui perubahan suhu yang berlaku
disebabkan kehadiran haba.

Kemahiran Manipulatif :
i) Menggunakan dan mengendalikan peralatan dengan betul
ii) Membersihkan peralatan sains dengan betul
iii) Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat
iv) Melakar peralatan dan bahan sains dengan tepat

Kemahiran berfikir :
i) Mengelaskan benda yang mempunyai suhu yang sejuk dan juga panas.
ii) Membuat kesimpulan mengapa suhu boleh meningkat dan juga menurun.

Sikap Saintifik dan Nilai Murni :


i) Bertanggungjawab untuk mengendalikan tugasan yang diberikan dalam
kumpulan yang menunjukkan kerjasama antara murid.
ii) Memupuk minat dan sikap ingin tahu mengenai alam sekeliling.

Media, radas atau bahan :


Ais, air sejuk, air panas, pemetik api, kaki retort, termometer makmal, bikar, penunu
bunsen, kasa dawai, tungku kaki tiga, jam randik, lembaran kerja amali.
FASA/MASA KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN
DAN PEMBELAJARAN
Orientasi 1. Soalan: 1. Guru menunjukkan Bahan bantuan
(5 minit) - Berikan contoh benda- pelbagai jenis bahan maujud mengajar:
benda bersuhu sejuk seperti ais, air sejuk, dan air -Ais, air sejuk, air
yang boleh kamu dapati panas kepada murid. panas, dan pemetik
di sekeliling kamu. 2. Guru memanggil api
- Berikan pula contoh beberapa orang murid untuk
benda-benda bersuhu menyentuh bahan-bahan
panas di sekeliling tersebut (kecuali api dari
kamu. pemetik api).
3. Murid memberitahu rakan
2. Pada hari ini, saya sekelas mereka bahan
akan mengajar topik tersebut bersuhu panas atau
“Haba”. sejuk.
4. Guru bertanya kepada
murid apakah contoh benda-
benda yang bersuhu sejuk
dan panas di sekeliling
mereka.
5. Guru memilih murid
secara rawak untuk
menjawab soalan tersebut.
6. Guru memberitahu murid
tajuk pembelajaran pada hari
tersebut.
Pencetusan Guru akan menunjukkan 1. Guru mengedarkan 1. Bahan bantuan
Idea demonstrasi eksperimen lembaran kerja amali untuk mengajar:
(25 minit) mengenai haba kepada setiap orang murid. - Lembaran kerja
wakil kumpulan. 2. Guru membahagikan amali
murid ke dalam 5 kumpulan. 2. Kemahiran Proses
Setiap kumpulan mempunyai Sains:
5 orang murid. - Memerhatikan,
3. Guru memberikan tempoh membuat inferens,
5 minit untuk murid mengukur dan
berbincang dalam kumpulan menggunakan
dan mengisikan bahagian nombor,
tujuan, inferens,dan berkomunikasi,
hipotesis tentang mengawal pemboleh
eksperimen yang akan ubah, membuat
dijalankan. hipotesis dan
5. Setelah murid siap mengeksperimen
mengisikan jawapan, guru bahan untuk
memanggil setiap wakil mengkaji hubungan
kumpulan untuk berkongsi antara haba dan
jawapan mereka di hadapan suhu.
kelas. 3. Kemahiran
6. Guru akan menyuruh Manipulatif:
murid yang lain untuk -Menggunakan dan
menyemak jawapan tersebut mengendalikan
dan membetulkan jawapan peralatan dengan
yang salah. betul
7. Guru menyuruh wakil -Melakar alat dan
setiap kumpulan untuk bahan sains dengan
mengambil radas dan alatan tepat
yang diperlukan untuk 4. Kemahiran berfikir:
membuat eksperimen. -Menganalisis, dan
8. Guru memanggil wakil membuat kesimpulan
setiap kumpulan untuk tampil 5. Peralatan dan
ke hadapan dan melihat guru radas:
mendemonstrasikan -Termometer, bikar,
eksperimen tersebut secara penunu bunsen, kasa
ringkas. dawai, kaki retot,
9. Wakil kumpulan akan tungku kaki tiga, jam
pulang ke kumpulan masing- randik dan ais.
masing dan menerangkan
kepada ahli kumpulan yang
lain cara membuat
eksperimen tersebut.
10. Murid akan
mengendalikan eksperimen
dan menyiapkan bahagian
pemboleh ubah, keputusan,
lakaran radas dan alatan,
dan kesimpulan eksperimen
dalam lembaran kerja amali
sambil diperhatikan guru.
Penstrukturan Guru: 1. Guru menyuruh murid Kemahiran Proses
Idea - Api membekalkan haba untuk membandingkan hasil Sains:
(15 min) untuk ais menyebabkan pemerhatian mereka -Murid berkomunikasi
ais yang asalnya berdasarkan eksperimen untuk berkongsi data
mempunyai suhu yang yang mereka jalankan. dengan murid lain.
rendah terus meningkat 2. Setiap wakil kumpulan
suhunya secara akan datang ke hadapan dan Kemahiran Berfikir:
berperingkat. menerangkan hasil dapatan -Menghubungkaitkan
- Ais meningkat suhunya mereka. haba dengan suhu.
apabila haba dibekalkan. 3. Setelah kelima-lima
- Air panas menurun kumpulan membentangkan
suhunya apabila haba hasil pemerhatian mereka,
dikurangkan dengan guru akan menerangkan
meletakkan ais di bahawa haba boleh
dalamnya. mengubah suhu sesuatu
benda.
Aplikasi Idea Soalan: 1. Guru memberikan 3 Kemahiran Berfikir:
(10 min) 1. Apakah yang perlu soalan berkaitan topik yang -Meramalkan
anda lakukan untuk baru dipelajari. -Menyelesaikan
menyejukkan air milo 2. Murid perlu menjawab masalah
yang terlalu panas untuk dalam masa 5 minit. -Membuat gambaran
diminum? 3. Guru membincangkan mental
2. Mengapa anda jawapan bersama murid.
berbuat demikian?
3. Apakah yang anda
faham mengenai
perkaitan antara haba
dan suhu?
Refleksi Guru: 1. Guru bertanya kepada Kemahiran berfikir:
(5 minit) Mengapakah murid apa yang mereka -Mengubungkaitkan
pengetahuan mengenai pelajari.
haba penting kepada 2. Guru bertanya
kita? kepentingan mengetahui
hubungan antara haba dan
Murid: suhu kepada mereka.
Membantu kita dalam 3. Guru akan memilih murid
kehidupan seharian. secara rawak untuk
Contohnya, tahu apa menjawab soalan tersebut.
yang perlu dibuat untuk
menyejukkan atau
memaskan makanan
atau minuman.
PENILAIAN CARA TERBAIK UNTUK MENGINTEGRASI KEMAHIRAN SAINTIFIK

1.0 Guru perlu bijak merancang aktiviti

Seperti yang kita tahu, guru merupakan individu yang bertanggungjawab untuk
merancang perjalanan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam satu-satu hari. Guru
yang bijak adalah guru yang mampu merancang aktiviti yang dapat mengembangkan
kemahiran saintifik murid semaksimum yang mungkin. Contoh yang dapat saya berikan adalah
dengan menjalankan aktiviti yang memerlukan murid untuk melibatkan diri mereka. Hal ini
penting kerana pelajar-pelajar yang terlibat secara aktif dalam komuniti pelajaran dapat
menguasai pengetahuan secara berterusan (Hasliza, 2012). Hal ini menunjukkan bahawa
tugas guru untuk memastikan penglibatan setiap orang murid dalam kelas adalah penting.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan bagi memastikan murid melibatkan diri dalam proses P&P
adalah dengan menjalankan eksperimen. Seperti yang kita tahu, eksperimen merupakan
aktiviti yang berpusatkan pelajar. Najib dan Rauf (2011) ada menyatakan bahawa kemahiran
proses sains dapat membantu pembelajaran sains dengan lebih aktif dan efektif dengan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan tidak hanya tertumpu
kepada teori.

Melalui eksperimen yang merupakan aktiviti yang berpusatkan pelajar, terdapat


pelbagai kemahiran saintifik yang akan dapat diintegrasikan oleh murid sepanjang
menjalankan sesebuah eksperimen. Berdasarkan eksperimen dalam Rancangan Pengajaran
Harian Tahun 5 yang telah saya sediakan sebelum ini, terdapat pengintegrasian kemahiran
saintifik yang dapat saya lakukan sekiranya murid saya menjalankan eksperimen yang
bertajuk “Haba”. Dalam bahagian Pencetusan Idea yang mengambil masa selama 25 minit,
saya akan dapat mengintegrasikan kemahiran saintifik yang ada seperti kemahiran proses
sains asas kemahiran proses sains bersepadu, kemahiran manipulatif, dan juga kemahiran
berfikir.

Berikut merupakan aktiviti yang akan dijalankan dan juga senarai kemahiran saintifik yang
terlibat:
Aktiviti Kemahiran Saintifik yang Terlibat
Eksperimen: Kemahiran Proses Sains Asas:
Guru mengedarkan lembaran yang -Memerhati
perlu dibincangkan jawapan oleh -Membuat inferens
murid dalam kumpulan. Kemudian, -Membuat hipotesis
guru akan membincangkan -Mengeksperimen
jawapan tersebut. Seterusnya,
guru akan mendemonstrasikan Kemahiran Proses Sains Bersepadu:
eksperimen kepada wakil -Memerhati
kumpulan dan wakil tersebut akan -Mengukur dan menggunakan nombor
menyampaikan kepada ahli -Berkomunikasi
kumpulannya bagaimana -Mengawal pemboleh ubah
eksperimen itu dijalankan. -Mentafsir maklumat
Seterusnya, pelajar akan
menjalankan eksperimen dalam Kemahiran Manipulatif Sains:
kumpulan. Segala pemerhatian -Menggunakan dan mengendalikan peralatan dengan
akan dicatat. Setelah siap, setiap betul
wakil kumpulan akan menceritakan -Melakar alat dan bahan sains dengan tepat
hasil pemerhatian mereka. Guru
hanya bertindak sebagai fasilitator Kemahiran Berfikir:
yang akan membetulkan -Menganalisis
kesalahan mereka. -Membuat kesimpulan

Berdasarkan jadual di atas, jelas bahawa dengan mengendalikan satu sahaja


eksperimen, murid-murid akan dapat menguasai 4 jenis kemahiran saintifik sekali gus iaitu
Kemahiran Proses Sains Asas, Kemahiran Proses Sains Bersepadu, Kemahiran Manipulatif
Sains dan juga Kemahiran Berfikir. Hal ini menunjukkan bahawa guru yang bijak akan dapat
mengintegrasikan kemahiran saintifik hanya dengan menggunakan satu aktiviti yang
berpusatkan murid sahaja.
PELAKSANAAN PEKA DI SEKOLAH

Pentaksiran Kerja Amali atau lebih dikenali sebagai PEKA merupakan sebuah
program yang untuk menggantikan Peperiksaan Amali Sains Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
bagi mata pelajaran Sains Tulen. PEKA telah diperkenalkan Lembaga Peperiksaan Malaysia
pada tahun 1999. Menurut Sharifah dan Rohaida (2005), PEKA bertujuan untuk membantu
guru merangka pengalaman pelajar yang melibatkan penggunaan kemahiran proses sains
selain is berfungsi sebagai instrumen pentaksiran berasaskan sekolah yang menggunakan
pendekatan “Rujukan Kriteria”. Pendekatan tersebut pula boleh didefinisikan sebagai
maklumat yang dikumpul mengenai kemahiran proses sains pelajar dengan tujuan untuk
mengetahui status terkini tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar. Secara amnya,
PEKA bertujuan untuk menentukan bahawa pelajar benar-benar dapat menguasai kemahiran
saintifik, iaitu proses sains dan kemhiran manipulatif, dan melalui PEKA guru mampu
mengetahui tahap kemahiran proses sains pelajar (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 1999).
Ketika menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan
Sungai Kapar Indah pada 17 hingga 21 Mac 2014 yang lepas, saya telah mengumpulkan
sedikit data mengenai PEKA yang dijalankan oleh guru sains di sekolah berkenaan.

Seperti yang telah dijelaskan oleh salah seorang guru sains di sekolah tersebut, PEKA
merupakan satu penilaian kerja amali dalam mata pelajaran sains. Kebiasaannya, kerja amali
yang diberikan oleh guru kepada murid mengandungi 7 kemahiran proses sains dan 5
kemahiran manipulatif sains.7 kemahiran proses sains yang terlibat adalah pemerhatian,
pengkelasan, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi, menginterpretasi data,
mengeksperimen dan juga menggunakan perhubungan ruang-masa. Sementara 5 kemahiran
manipulatif sains yang berkenaan pula adalah mengguna dan mengendali peralatan sains
dengan betul, menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat, membersih
peralatan sains dengan betul dan cermat, dan yang terakhir ialah melakar spesimen, bahan
dan peralatan sains dengan tepat.
Melalui temubual yang dijalankan, guru tersebut menerangkan bahawa kebiasaannya
PEKA dijalankan untuk menilai tahap kemahiran proses sains para pelajar seawal darjah 3.
Walau bagaimanapun, beliau ada mengatakan bahawa PEKA boleh dijalankan dengan
banyak ketika pelajar berada di Tahun 5 kerana tajuk-tajuk bagi silibus Tahun 5 mengandungi
perkara-perkara yang boleh dijadikan eksperimen. Antara tajuk yang boleh dijadikan
eksperimen adalah seperti elektrik, haba dan cahaya. Beliau juga menjelaskan bahawa
sekolah tersebut mempunyai dua buah makmal sains. Walau bagaimanapun, hanya sebuah
sahaja makmal sains yang digunakan akibat kekurangan tenaga kerja bagi membersihkan
kedua-dua buah makmal sains tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan sekolah
rendah tidak mempunyai pembantu makmal yang bertugas sebagai penyedia bahan bagi
menjalankan eksperimen dan juga bagi membersihkan rada serta alatan sains di dalam
makmal. Oleh kerana ketiadaan pembantu makmal, maka kerja pembersihan dan
penyelenggaraan makmal sains menjadi tanggungjawab guru-guru sains. Hal ini
menyebabkan guru-guru sains di sekolah tersebut menghadapi sedikit kesukaran kerana
banyak waktu dihabiskan untuk menyelenggara dan menyediakan alat serta radas sains
terlebih dahulu sebelum ujian PEKA dijalankan. Walau bagaimanapun, kedudukan makmal
sains di sekolah tersebut berada di tempat yang strategik iaitu di tingkat satu. Hal ini dapat
memudahkan pergerakan guru dan murid-murid kerana bangunan yang menempatkan
makmal tersebut berada hampir dengan bangunan kelas dan juga bangunan yang
menempatkan bilik guru.

Sewaktu berada di sekolah berkenaan, saya telah memerhatikan bagaimana guru sains
mengendalikan sebuah kelas Tahun 5 yang menjalankan eksperimen di dalam makmal sains.
Berdasarkan pemerhatian saya terhadap eksperimen mengenai “Kesan Daya” yang dijalankan
oleh kelas berkenaan, saya mendapati bahawa secara keseluruhannya kemahiran proses
sains dan kemahiran manipulatif mereka berada di tahap yang sederhana. Hal ini
berkemungkinan juga disebabkan kerana mereka merupakan pelajar kelas pertengahan yang
mungkin tidak mempunyai kemahiran sebaik pelajar kelas hadapan. Berikut merupakan
keputusan tahap kemahiran mereka:

1) Kemahiran Proses Sains


Baik Sederhana Lemah
Pemerhatian 
Pengkelasan 
Mengukur dan menggunakan nombor 
Berkomunikasi 
Menginterpretasi data 
Mengeksperimen 
Penggunaan perhubungan ruang-masa 

2) Kemahiran Manipulatif Sains

Baik Sederhana Lemah


Mengguna dan mengendali peralatan dan 
bahan dengan betul
Menyimpan peralatan sains dengan betul dan 
selamat
Membersih peralatan sains dengan cara yang 
betul
Mengendali spesimen hidup dengan betul dan
cermat
Melakar spesimen, bahan dan peralatan 
dengan tepat
EKSPERIMEN DI MAKMAL SAINS

Pelajar sedang membentuk sebuah bola plastisin

Pelajar sedang mengukur diameter bola plastisin


Pelajar sedang menjalankan eksperimen dalam kumpulan

Pelajar melakar bola plastisin dalam buku amali mereka


Pelajar membuang sampah di tempat yang betul

Makmal ditinggalkan dalam keadaan yang kemas


REFLEKSI

Saya berasa amat bersyukur kerana dengan limpah kurniaNya dan juga
kemudahan yang diberikanNya, akhirnya dapat juga saya menyempurnakan tugasan
kursus Sains SCE 3106 Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik dengan jayanya. Saya juga amat
berbangga kerana dapat menyiapkan dan menghantar tugasan ini tepat pada masanya
walaupun saya ditimbuni dengan tugasan-tugasan, kuiz, serta komitmen lain yang sama
pentingnya dengan kursus ini.

Walaupun terdapat beberapa halangan seperti kesibukan untuk menyiapkan tugasan ini
dan juga tugasan-tugasan lain, namun perkara ini telah membantu saya untuk lebih bijak
membahagikan masa agar setiap tugasan dapat disiapkan pada waktu yang ditetapkan. Saya
juga terpaksa menghadapi sedikit kesukaran ketika dalam proses mengumpulkan maklumat
yang diperlukan untuk tugasan ini ketika menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) memandangkan sekolah tersebut mengalami bencana alam iaitu ribut. Bencana
tersebut telah menyebabkan sekolah tersebut terpaksa menghentikan waktu persekolahan
buat seketika memandangkan keadaan sekolah yang tidak selamat untuk digunakan.
Disebabkan hal itu, saya mengalami sedikit kesulitan untuk memasuki makmal sains bagi
tujuan memerhatikan murid menjalankan eksperimen. Walau bagaimanapun, saya bersyukur
kerana adanya guru sains yang baik hati sudi menjalankan eksperimen semata-mata untuk
membantu saya memperoleh informasi yang secukupnya bagi tugasan ini.

Saya menyedari bahawa sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya lebih
memahami peranan guru sains serta mempelajari perkara-perkara yang perlu dititikberatkan
semasa pengajaran sains untuk membantu saya di sekolah kelak. Saya juga lebih memahami
kemahiran-kemahiran proses sains asas, bersepadu dan juga kemahiran manipulatif yang
perlu diterapkan dalam diri murid agar mereka dapat mempersoalkan sesuatu dan mencari
jawapan secara bersistem yang mana penting dalam subjek sains.
Saya berharap agar tugasan ini mampu menjadikan saya sebagai seorang guru sains
yang berkompetensi tinggi untuk mengajar subjek tersebut dengan jayanya di sekolah kelak.
Saya juga berharap dengan mempelajari dan memahami kemahiran-kemahiran tersebut saya
juga dapat menjadikan diri saya seorang pelajar dan juga bakal guru yang dapat
mengaplikasikan dan mempunyai kemahiran-kemahiran tersebut agar mampu menjadi contoh
terbaik kepada anak didik saya kelak.
RUJUKAN

Aziz Nordin, Nurulhamizah Azman & Nor Hasniza Ibrahim. (2010). Tahap Penguasaan
Kemahiran Membuat Hipotesis Dan Mendefinisi Secara Operasi. Tesis master’s
yang diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Spesifikasi kurikulum sains tahun 5.


Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. (n.d.). Dasar sains dan teknologi
negara. Kuala Lumpur: Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (1999). Panduan PEKA Biologi untuk SPM 1999 dan SPM
2000. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos. (n.d.). Peranan guru dalam
memupuk kreativiti pelajar. Jurnal Pengajian Umum, 9, 57-68.

Mohd Najib Ghafar & Abdul Rauf Ibrahim. (2011). Penilaian hubungan tahap penguasaan
konsepsi sains dengan tahap kemahiran proses sains guru peringkat menengah rendah.
Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik, 3, 1-19.

Nor Hasliza Mohamed. (2012). Penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif di sekolah
menengah vokasional. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan yang diterbitkan, Universiti Tun
Hussein Onn, Malaysia.

Sharifah Nor Ashikin & Rohaida Mohd. Saat. (2005). Keberkesanan program peka dalam
penguasaan kemahiran proses sains bersepadu. Jurnal Pendidikan 2005, 65-77.

Anda mungkin juga menyukai