Anda di halaman 1dari 4

GB6263

APAKAH YANG KITA MAKSUDKAN DENGAN “INKLUSIF” DAN “MESRA


PEMBELAJARAN”?

Apakah itu “Inklusif”?

Sejak beberapa tahun, istilah ‘inklusif’ telah membawa maksud “termasuk pelajar yang
kurang upaya” di dalam kelas “biasa” bersama pelajar-pelajar yang tidak mempunyai
ketidakupayaan. Di dalam Kit Alat ini, “inklusif” membawa maksud yang lebih.

“Inklusif” termasuklah kanak-kanak yang berketidakupayaan seperti kanak-kanak


yang mempunyai ketidakupayaan untuk melihat, mendengar, berjalan, mahupun yang
mempunyai kadar pembelajaran yang perlahan. WALAU BAGAIMANAPUN, “inklusif’ juga
bermaksud SEMUA kanak-kanak yang keciciran ataupun tidak dibenarkan ke sekolah.
Kanak-kanak ini tidak fasih dalam ‘bahasa’ di dalam kelas; berisiko untuk ketinggalan dalam
pendidikan disebabkan oleh faktor seperti sakit, lapar atau tidak berpencapaian baik; atau
mereka tergolong di dalam pelbagai kelompok agama dan golongan. Terdapat juga kanak-
kanak perempuan yang mengandung; kanak-kanak yang dijangkiti HIV/ AIDS, dan juga
kanak-kanak perempuan dan lelaki yang sepatutnya bersekolah akan tetapi tidak pergi ke
sekolah, terutamanya mereka yang bekerja di rumah, ladang-ladang, atau pun di mana-mana
sahaja (pendatang) dan juga mereka yang sudah pun memiliki pekerjaan untuk menyara
kehidupan keluarga mereka. “Inklusif” bermaksud kita sebagai guru mempunyai
tanggungjawab untuk mendapatkan pelbagai jenis bantuan yang ada (dari pihak berkuasa
sekolah, komuniti, keluarga, kanak-kanak, institut pengajian, perkhidmatan kesihatan, ketua
komuniti dan lain-lain) untuk mencari dan membolehkan SEMUA kanak-kanak ini belajar.
Selain itu, dalam sesetengah masyarakat, kesemua kanak-kanaknya didaftarkan ke
sekolah, akan tetapi ada juga kanak-kanak yang masih diasingkan daripada menyertai dan
belajar di dalam kelas. Sebagai contoh, kanak-kanak ini mungkin:

 yang mana pelajaran atau buku teks tidak ditulis di dalam bahasa utama mereka;

 yang tidak diminta untuk menyumbang;


 yang tidak pernah menawarkan sumbangan;

 yang tidak dapat melihat papan tulis atau buku teks atau tidak dapat mendengar
pada perkara yang cuba disampaikan oleh guru; atau

 yang tidak dapat mengikuti pelajaran dan tiada usaha dilakukan untuk membantu
mereka.

Kanak-kanak ini selalunya berada di bahagian belakang kelas dan akhirnya akan
meninggalkan sekolah (keciciran). Sebagai pendidik, kita dipertanggungjawabkan untuk
melahirkan suasana pembelajaran di mana KESEMUA kanak-kanak ini dapat belajar,
KESEMUA kanak-kanak ini ingin belajar, dan KESEMUA kanak-kanak ini rasa diterima di
dalam kelas dan di sekolah kita.

Apakah itu “Mesra Pembelajaran”?

Kebanyakan sekolah sedang berusaha untuk menjadi “mesra pelajar”, di mana kanak-kanak
mempunyai hak untuk belajar hingga ke tahap potensi mereka yang tertinggi di dalam
suasana yang selamat dan dialukan. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan penyertaan dan
pembelajaran pelajar itu di sekolah, selain daripada memberi tumpuan penuh terhadap mata
pelajaran dan peperiksaan. Menjadi “mesra pelajar” adalah penting, tetapi ia masih tidak
mencukupi.

Pelajar-pelajar hadir ke sekolah adalah untuk belajar, tetapi sebagai pendidik, kita
juga sering belajar. Kita mempelajari perkara-perkara baru tentang dunia untuk
disampaikan kepada pelajar. Kita belajar untuk mengajar dengan lebih berkesan dan
seronok supaya kesemua pelajar dapat membaca atau menyelesaikan masalah matematik,
dan pada masa yang sama kita juga mempelajari perkara-perkara baru daripada anak didik
kita. Kit Alat ini adalah salah satu daripada langkah yang menjurus ke arah ini.

Persekitaran “mesra pembelajaran” adalah “mesra pelajar” dan “mesra guru”. Ia


mengetengahkan kepentingan pelajar dan guru untuk belajar bersama-sama sebagai satu
komuniti pembelajaran. Ia meletakkan pelajar di tengah-tengah ruang pembelajaran dan
menggalakkan mereka untuk turut serta dalam aktiviti pembelajaran secara aktif. Ia juga
memenuhi keperluan dan minat kita sebagai pendidik, supaya kita mahu, dan boleh memberi
kanak-kanak ini pendidikan yang sebaik mungkin.
Ciri-ciri Persekitaran Inklusif Mesra Pembelajaran

Merangkumi SEMUA Selamat; melindungi Peka budaya,


kanak-kanak: lelaki SEMUA kanak-kanak dari menyambut baik
dan perempuan; terdiri bahaya, keganasan, dan perbezaan, dan
dari latar belakang penderaan menggalakkan
budaya dan linguistik pembelajaran untuk
yang berbeza; SEMUA kanak-kanak
mempunyai kebolehan
istimewa atau
keperluan belajar;
wanita yang Menggalakkan
mengandung; yang penyertaan, kerjasama,
dijangkiti secara terus mengambil berat, harga
Inklusif, diri, dan keyakinan
atau tidak oleh
Persekitaran
HIV/AIDS; dll.
Mesra
Pembelajaran
berdasarkan visi Menggalakkan cara
Ahli keluarga, guru- dan nilai yang hidup sihat dan
guru dan sama kemahiran hidup
ahli komuniti turut
serta dalam
pembelajaran kanak-
kanak
Pembelajaran adalah
relevan pada kehidupan
seharian kanak-kanak;
Membuka peluang kepada
kanak-kanak harus
guru-guru untuk belajar dan
Adil terhadap semua bertanggungjawab dan
jantina dan mengambil manfaat
membina pembelajaran
tiada diskriminasi daripada pembelajaran itu
mereka

Buku Panduan 1: Ke Arah Persekitaran Inklusif Mesra Pembelajaran (PIMP) (In press)
Terjemahan dan Suntingan oleh;
Zalizan Mohd Jelas; Manisah Mohd Ali; Norshidah Mohamad Salleh & Nor Aniza Ahmad
Versi Bahasa Inggeris diterbitkan oleh:
UNESCO – Asia and Pacific Regional Bureau for Education
920 Sukhumvit Road, Prakanong,
Bangkok 10110 Thailand.
Berdasarkan persekitaran sekolah anda , nyatakan ciri-ciri
Persekitaran Inklusif Mesra Pembelajaran (PIMP) yang ada?

Dengan meneliti ciri-ciri PIMP tersebut, apakah isu yang wujud


dan bagaimana isu ini perlu ditangani dan diusahakan?

Nyatakan 5 langkah-langkah merancang program untuk


mewujudkan PIMP di sekolah anda. Bagi setiap langkah berikan
rasional pemilihan langkah tersebut bersesuaian dengan
konteks sekolah anda.

Anda mungkin juga menyukai