Anda di halaman 1dari 23

PENGURUSAN MASA DALAM KALANGAN GURU BERKELUARGA

TERHADAP KERJAYA DAN KELUARGA: SATU KAJIAN DI SMK DATO’


PENGGAWA BARAT PONTIAN, JOHOR

NUR ILLANI BT MD ARIFFIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PENGURUSAN MASA DALAM KALANGAN GURU BERKELUARGA
TERHADAP KERJAYA DAN KELUARGA: SATU KAJIAN DI SMK DATO’
PENGGAWA BARAT PONTIAN, JOHOR

NUR ILLANI BT MD ARIFFIN

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011
iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang


Syukurku Atas Segala Kurniaan-Mu
Selawat Dan Salam Atas Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.

Khas Buat Ayah Dan Ibu Yang Tersayang..


Md Ariffin B Ibrahim dan Hartini Bt Daud
Ku Pohon Doa Restu Kalian Dan Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Kalian
Segala Jasa Dan Pengorbananmu Tidak Akan Anakanda
Lupakan Hingga Ke Akhir Hayat.

Buat Penyelia Yang Dikagumi..


Ustaz Sayed Mahussain B Sayed Ahmad
Terima Kasih Di Atas Segala Tunjuk Ajarmu

Buat Kakak-Kakak Dan Adikku Yang Dikasihi…


Nor Ilyana, Nur Shairah dan Nor Afiqah
Janganlah Leka Dengan Kenikmatan Hidup Yang Sementara Ini
Semoga Kita Menjadi Kebanggaan Ayahanda Dan Bonda Tercinta

Buat Pensyarah-Pensyarah Fakulti Tamadun Islam Dan Fakulti Pendidikan Yang


Disanjungi..
Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan
Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan

Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi…


Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya
Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama
Amin...
iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat

dan kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat

serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan

untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada

Ustaz Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad selaku penyelia dan pembimbing penyelidik

kerana sanggup meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan

panduan kepada penyelidik. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam

menyiapkan projek ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T.

melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.

Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga

yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja yang

penyelidik lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Sultanah

Zanariah, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

dan lain-lain kerana menyediakan bahan-bahan ilmiah yang berguna kepada

penyelidik.

Tidak ketinggalan kepada teman-teman seperjuangan, terima kasih diucapkan

kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi idea kepada

penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T.

Akhir sekali, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak

terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang

dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah

S.W.T. Sekian Wassalam.


v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengurusan masa dalam kalangan guru
berkeluarga terhadap kerjaya dan keluarga di Sekolah Menengah Dato’ Penggawa
Barat Pontian Johor. Terdapat 3 persoalan yang dikaji iaitu tahap pengurusan masa
dikalangan guru bekeluarga , permasalahn yang dihadapi guru berkeluarga dalam
pengurusan masa dan cara yang berkesan bagi menangani permasalahan dalam
pengurusan masa guru berkeluarga. Seramai 60 orang dipilih sebagai sampel kajian.
Responden terdiri daripada guru lelaki dan perempuan yang mengajar sesi pagi dan
petang. Kajian ini dilakukan secara deskriptif dengan menggunakan satu set soal
selidik sebagai instrumen kajian yang dibahagikan kepada A, B, C dan D. Data-data
yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package of
Sosial Science ” (SPSS version 15.0). Hasil kajian ini digambarkan menerusi jadual-
jadual yang mengandungi kekerapan, peratusan dan nilai min. Nilai alpha cronbach
yang diperolehi dalam kajian ini ialah 0.822. Hasil daripada kajian ini menunjukkan
bahawa tahap pengurusan masa dikalangan guru bekeluarga adalah tinggi. Ini
berdasarkan nilai min keseluruhan responden iaitu 3.95 pada bahagian B. Manakala
nilai min keseluruhan responden pada bahagian C iaitu 2.58, menunjukkan bahawa
permasalahan yang dihadapi guru berkeluarga adalah sederhana. Cara yang berkesan
bagi menangani permasalahan dalam pengurusan masa guru berkeluarga adalah
membahagikan masa untuk keluarga dan kerjaya dengan sebaiknya berdasarkan
kepada min 4.45 iaitu di bahagian D. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan
dari penyelidik yang dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu. Kajian lanjutan
juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
vi

ABSTRACT

The aim of this study is to determine the time management of married teachers on
career and family in Sekolah Menengah Dato’ Penggawa Barat Pontian Johor. There
are three things that the study time management among the married teachers, the
problems occurred by the married teachers in managing time and the effective ways
on overcome the problems among the married teachers. A total of 60 respondents
selected for this study. The respondents are male and female teachers who teach in
morning and afternoon sessions. The descriptive study was conducted using a
questionnaire as the instrument are divided into few parts A,B,C and D. The data
were analyzed using software Statistical Package of Social Science ” (SPSS version
15.0). The results of this study is described through tables containing frequency,
percentage and mean value. Cronbach alpha values obtained in this study is 0.822.
The results from this study shown that level of time management among the married
teachers were high. This was based on the total mean of the respondents which is
3.95 at the part B. Mean while the total mean of respondents of part C was moderate
(2.58). The effectiveness way overcome the problems in managing time among the
married teachers were by dividing their time wisely for their family and career, this
was based on the mean 4.45 at part D. The study concludes with a few suggestion
from the researcher proposal to the selected parties. Further studies are also
proposed for research in the future.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENDAHULUAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
1.9 Kesimpulan 9
viii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10
2.2 Konsep Masa dalam al-Quran dan al-Sunnah
2.2.1 Pengertian Masa 11
2.2.2 Dalil Al-Quran Berkaitan Dengan Masa 13
2.2.3 Hadis Yang Berkaitan Dengan Masa 15
2.2.4 Pendapat Ulama’ Mengenai Masa 16
2.3 Konsep Pengurusan Masa 17
2.4 Kerjaya Guru 18
2.5 Permasalahan Guru Berkeluarga Dalam
Pengurusan Masa 20
2.5.1 Tekanan Kerja 20
2.5.2 Penangguhan Kerja 23
2.5.3 Kehadiran Tetamu 24
2.5.4 Komunikasi 25
2.6 Cara yang Berkesan bagi Menangani
Permasalahan Pengurusan Masa 25
2.6.1 Menyediakan Jadual Waktu 26
2.6.2 Menyediakan Waktu Untuk Rehat 27
2.6.3 Tidak Menangguh Kerja 28
2.6.4 Membahagikan Tugas 30
2.6.5 Manfaatkan Masa Lapang 31
2.7 Kajian Lepas 32
2.8 Kesimpulan 33

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 34
3.2 Reka Bentuk Kajian 34
3.3 Lokasi Kajian 35
3.4 Populasi Kajian 35
3.5 Persampelan Kajian 36
3.6 Instrumen Kajian 36
ix

3.7 Prosedur Kajian 40


3.8 Kajian Rintis 41
3.9 Analisis Data 42
3.10 Kesimpulan 42

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 43
4.2 Bahagian A: Analisis Data Latar Belakang Responden 44
4.3 Bahagian B: Analisis Data Berhubung Tahap Pengurusan
Masa Di Kalangan Guru Berkeluarga 48
4.4 Bahagian C: Mengenalpasti Permasalahan Yang Dihadapi
Guru Berkeluarga Dalam Pengurusan Masa 53
4.5 Bahagian D: Mengenalpasti Cara Yang Berkesan Bagi
Menangani Permasalahan Dalam Pengurusan Masa Guru
Berkeluarga 59
4.6 Rumusan Min Dapatan Kajian 65

4.7 Kesimpulan 68

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 69
5.2 Perbincangan 70
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 70
5.2.2 Tahap Pengurusan Masa Dikalangan Guru
Bekeluarga Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Penggawa Barat. 73
5.2.3 Permasalahan Yang Dihadapi Guru Berkeluarga
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’
Penggawa Barat Dalam Pengurusan Masa 75
5.2.4 Cara Yang Berkesan Bagi Menangani
x

Permasalahan Dalam Pengurusan Masa


Guru Berkeluarga Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat. 78
5.3 Rumusan Perbincangan 80
5.4 Cadangan 81
5.5 Cadangan Lanjutan 82
5.6 Kesimpulan 83

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN
xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 3.1 Skala Likert, bahagian B, bahagian C dan bahagian D 38


Jadual 3.2 Ringkasan Skala Likert 38
Jadual 3.3 Agihan soalan mengikut Klasifikasi Persoalan Kajian 39
Jadual 3.4 Skala Nilai Min 42
Jadual 4.1: Taburan Responden Mengikut Jantina 44
Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Umur 44
Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak 45
Jadual 4.4: Taburan Responden Mengikut Jarak Rumah Ke
Tempat Kerja 45
Jadual 4.5: Taburan Responden Mengikut Tahap
Pendidikan Tertinggi 46
Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Pasangan 46
Jadual 4.7: Taburan Responden Mengikut Jawatan 47
Jadual 4.8: Taburan Responden Mengikut Gred Jawatan 47
Jadual 4.9: Taburan Responden Mengikut Tempoh Perkhidmatan 48
Jadual 4.10: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 1 48
Jadual 4.11: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 2 49
Jadual 4.12: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 3 49
Jadual 4.13: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 4 50
Jadual 4.14: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 5 50
Jadual 4.15: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 6 51
Jadual 4.16: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 7 51
Jadual 4.17: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 8 52
Jadual 4.18: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 9 52
Jadual 4.19: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 10 53
xii

Jadual 4.20: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 11 53


Jadual 4.21: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 12 54
Jadual 4.22: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 13 54
Jadual 4.23: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 14 55
Jadual 4.24: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 15 55
Jadual 4.25: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 16 56
Jadual 4.26: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 17 56
Jadual 4.27: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 18 57
Jadual 4.28: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 19 57
Jadual 4.29: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 20 58
Jadual 4.30: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 21 58
Jadual 4.31: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 22 59
Jadual 4.32: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 23 59
Jadual 4.33: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 24 60
Jadual 4.34: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 25 60
Jadual 4.35: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 26 61
Jadual 4.36: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 27 61
Jadual 4.37: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 28 62
Jadual 4.38: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 29 62
Jadual 4.39: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 30 63
Jadual 4.40: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 31 63
Jadual 4.41: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 32 64
Jadual 4.42: Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 33 64
Jadual 4.43: Taburan Min Dan Tahap Bagi Tahap Pengurusan Masa
Dikalangan Guru Bekeluarga 65
Jadual 4.44: Taburan Min Dan Tahap Bagi Permasalahan yang
Dihadapi Guru Berkeluarga Dalam Pengurusan Masa 66
Jadual 4.45: Taburan Min Dan Tahap Bagi Cara yang Berkesan Bagi
Menangani Permasalahan Dalam Pengurusan Masa
Guru Berkeluarga 67
xiii

SENARAI SINGKATAN

Bil - Bilangan

K - Kekerapan

KS - Kurang Setuju

PKPG - Pogram Khas Pensiswazahan Guru

S - Setuju

S.A.W - Sallallahu `alaihi wasallam

S.W.T - Subhanahu Wa Ta`ala

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPSS - Statistical Package For The Social Sciences

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

% - Peratus
xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Tugas-Tugas Khas Guru Sepanjang Tahun 2010

C Contoh Jadual Waktu Harian

D Surat Pengesahan Menjalankan Kajian

(Fakulti Pendidikan)

E Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Di Sekolah


BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Masa merupakan sesuatu yang amat penting pada manusia untuk menjalani
kehidupan di muka bumi ini. Setiap manusia akan mendapat masa yang sama, tidak
seorang pun yang akan mendapat lebih atau kurang. Ini menunjukkan bahawa Allah
S.W.T itu Maha Adil kerana telah mengurniakan 24 jam sehari semalam kepada
setiap manusia untuk menjalani kehidupan seharian.

Bagi mereka yang begitu menghargai masa, mereka akan mengatur atau
menghargai masa yang telah dikurniakan Allah S.W.T iaitu dengan menggunakan
masa yang ada dengan bijaksana dan sebaiknya, tetapi bagi mereka yang tidak
menguruskan masa dengan sebaiknya, mereka akan sentiasa menganggap masa yang
telah dikurniakan oleh Allah S.W.T tidak mencukupi. Islam juga amat
menitikberatkan pengurusan masa yang berkesan untuk manusia sebagaimana
firman Allah S.W.T :
2

          

     

Maksudnya: “ Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam


kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan
mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-
pesan dengan sabar.”
( Surah al- Asr 1-3 )

Menurut Dr. Yusof al-Qardawi (1986:11), para ulama’ tafsir menyatakan


bahawa tujuan Allah S.W.T bersumpah dengan nama-nama makhluk ciptaanNya,
seperti bersumpah dengan nama-nama hari untuk menerangkan kepada manusia
supaya manusia menganggap betapa bernilai dan berharganya masa dalam
kehidupan dan kesan-kesan daripada peredaran masa. Pepatah Melayu telah
mengibaratkan “ Masa itu Emas ” . Beliau juga memetik Pepatah Arab iaitu

‫الوقت اكلس يف ان مل تقطعه قطعك‬

Maksudnya: “ Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya,


dia pula akan memotong kamu ”

Islam mensyariatkan umat manusia supaya sentiasa menghargai dan


menguruskan masa dengan sebaik-baiknya seperti melakukan amalan-amalan
kebajikan, aktiviti bermanfaat dan kerja-kerja yang berfaedah. Oleh itu, pengurusan
masa sangat penting dalam kehidupan manusia. Oleh kerana itu, masa tidak boleh
dibiarkan dengan melakukan perkara yang tidak bermanfaat, terutamanya kehidupan
seorang guru yang berkeluarga. Ini kerana, tugas sebagai guru yang berkeluarga
merupakan cabaran yang besar untuk menyeimbangkan masa antara tuntutan
kerjaya, keluarga dan bersosial. Oleh yang demikian, guru yang berkeluarga
3

memerlukan pengurusan masa yang baik dan konsisten dalam mendidik pelajar dan
menguruskan anak-anak.

1.2 Latar Belakang Masalah

Profesion sebagai seorang guru merupakan satu kerjaya yang begitu mulia.
Ini kerana, tugas guru bukan hanya mengajar dan mencurahkan ilmu, malah tugas
guru adalah mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi manusia berguna kerana
mereka adalah pemangkin masa hadapan. Kerjaya sebagai guru begitu mencabar
kerana memerlukan ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam .

Namun masih ada perkara yang menyedihkan walaupun guru itu sendiri telah
disanjung tinggi oleh pelajar, keluarga dan masyarakat. Ini kerana, terdapat lagi guru
yang tidak mengambil berat terhadap penggunaan masa dengan sebaik-baiknya
dalam melaksanakan sesuatu tugas dengan melakukan perkara yang tidak
bermanfaat seperti berbual sesama guru dan menjual barangan di antara guru.
Sebagaimana yang kita telah ketahui, tugas guru bukan hanya mengajar tetapi
ditambah dengan beban kerja yang lain seperti terlibat dengan organisasi di sekolah
dan tanggungjawab bagi guru berkeluarga di rumah masing-masing.

Melihat pada situasi sekarang, guru berkeluarga tidak dapat meluangkan


masa bersama keluarga pada hari biasa dan hujung minggu kerana, menghadapi
kekangan masa yang agak terbatas dengan aktiviti sekolah. Pejabat Pelajaran Daerah
Besut telah mengeluarkan surat Pekeliling Ikhtisas bil. 8/2005 dalam Mesyuarat
Pemuafakatan Pengurusan Pendidikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bil.
4/2005 telah bersetuju supaya pelaksanaan program pendidikan ( akademik dan
kokurikulum ) dalam masa 5 hari bekerja boleh diteruskan bagi sekolah yang
berjaya. Pelaksanaan ini juga digubal jika sekolah menghadapi kesulitan dengan
4

faktor kekangan masa, ruang, kepakaran dan lain-lain sebab, boleh menggunakan
hari Sabtu dengan syarat tidak melebihi dua kali Sabtu dalam sebulan bagi sekolah-
sekolah yang menghadapi permasalahan ini
(http://www.ppdbesut.net/nuke/modules.php, 24 Oktober 2010).

Dengan hal yang demikian, banyak masa guru dihabiskan bersama pelajar di
sekolah berbanding dengan keluarga di rumah. Ini kerana, guru perlu melaksanakan
tuntutan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kadang-
kadang terdapat sebahagian guru yang tidak pandai membahagikan masa antara
kerjaya dan keluarga sehingga membawa kerja-kerja sekolah yang sepatutnya
dilakukan di sekolah dilakukan di rumah sehingga mengabaikan kerja-kerja di
rumah.

1.3 Pernyataan Masalah

Pengurusan masa begitu penting bagi guru, kerana guru perlu bijak dalam
membahagi masa antara tanggungjawab dalam kerjaya sebagai seorang guru dan
tanggungjawab terhadap keluarga. Penyelidik melakukan kajian di Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat kerana berdasarkan pemerhatian
yang telah dilakukan, guru di sekolah tersebut terlalu sibuk dengan tugas yang telah
dibebankan ke atasnya.

Sebagaimana kita ketahui, tugas sebagai seorang guru di sekolah bukan


hanya untuk mengajar sahaja, tetapi guru dibebankan lagi dengan pelbagai kerja,
antaranya ialah mengatur aktiviti ko-kurikulum yang dipegang, pengurusan bilik
darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan pekeranian serta beberapa kerja tambahan
lain yang perlu dibuat mengikut keperluan semasa. Manakala di rumah pula banyak
tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan seharian antaranya
5

tanggungjawab sebagai ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak, mengisi masa
lapang dengan keluarga serta bersosial dengan jiran tetangga dan masyarakat. Oleh
yang demikian, kajian ini adalah bertujuan mengetahui sejauhmanakah guru-guru
berkeluarga menguruskan masa di rumah dan di sekolah.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini di buat adalah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti tahap pengurusan masa dikalangan guru bekeluarga


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat.

1.4.2 Mengenalpasti permasalahan yang dihadapi guru berkeluarga


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat dalam
pengurusan masa .

1.4.3 Mengenalpasti cara yang berkesan bagi menangani permasalahan


dalam pengurusan masa guru berkeluarga Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah tahap pengurusan masa dikalangan guru bekeluarga Sekolah


Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat?
6

1.5.2 Apakah permasalahan yang dihadapi guru berkeluarga Sekolah


Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat dalam pengurusan
masa?

1.5.3 Apakah cara yang berkesan bagi menangani permasalahan dalam


pengurusan masa guru berkeluarga Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Penggawa Barat?

Anda mungkin juga menyukai