Anda di halaman 1dari 19

UHAP 6013:

SEMINAR PEMBANGUNAN DAN ISU-ISU GLOBAL

PENGKLONAN MANUSIA

NAMA: NUR NABILAH BINTI MOHAMMAD MUSTAFA


NO MATRIK: MKM173009
PENSYARAH: DR FADILAH BINTI HAJI ZAINI
2

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA


SURAT

1 PENGENALAN 3
1.1 Pengenalan Pengklonan 3

2 PENGKLONAN 5
2.1 Pengklonan Janin 5
2.1.1 Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF) 6
2.1.2 Kepentingan Pengklonan Janin 7
2.2 Masalah Pengklonan Janin Menurut Syara’ 7
2.3 Pengklonan DNA dewasa. 9
2.3.1 Isu pengklonan DNA dewasa bagi tujuan 10
pembiakan
2.3.2 2.3.2 Fatwa hukum pengklonan pembiakan 12
manusia dan perubatan dari sudut syara’ (Enakmen
Pentadbiran Perundangan Islam 1989)

3 KESIMPULAN 18

RUJUKAN 19
3

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Pengklonan

Secara umunnya, klon ialah proses menghasilkan dan menyalin sesuatu makhluk yang
baru dari spesies makhluk yang sama dengan melalui proses pengembangan sel-sel tertentu
melalui kaedah tertentu. Pengklonan boleh melibatkan klon manusia, binatang dan juga
tumbuh-tumbuhan. Organisma hidup terbina daripada unit-unit sel.Begitu juga dengan badan
manusia. Setiap sel itu mengandungi molekul-molekul asid nukleik deoksiri (DNA).
Penghasilan haiwan yang sama dari segi genetik akibat “pembahagian embrio”. Keadaan ini
berlaku secara semulajadi pada tahap dua sel untuk menghasilkan kembar seiras.

Malah, pada tahun 2002, seorang bayi manusia yang bernama Eve, telah dilahirkan
dengan teknik pengklonan, oleh Dr Brigitte Boisselier di Amerika Syarikat yang juga
merupakan CEO kepada syarikat Clonaid. Hal ini menimbulkan keraguan pelbagai pihak
termasuk penyelidik, ahli agama dan persekutuan. Kelahiran bayi itu, katanya, bukan
menggembirakan ibu bapa bayi terbabit malah memberi harapan kepada pasangan yang
bermasalah untuk mendapat anak. Eve dikatakan diklon daripada ibunya, seorang warga
Amerika berusia 31 tahun. Pengklonan Eve dilakukan selepas wanita itu dan suaminya gagal
mendapat anak disebabkan suaminya mandul.

Perundangan atau garis panduan untuk mengharamkan pengklonan manusia masih


belum mendapat kata putus di puluhan negara, termasuk Amerika Syarikat. Beberapa negara,
termasuk Britain, Israel, Jepun dan Jerman, telah mengharamkannya. Tidak ada undang-
undang khusus terhadapnya di Amerika Syarikat, tetapi Pentadbiran Makanan dan Dadah
(FDA) berpendapat ia mesti meluluskan mana-mana eksperimen manusia di negara ini.

Terdapat dua kaedah teknik pengklonan iaitu pengklonan janin atau embrio (embryo
cloning) dan pengklonan menggunakan teknik pemindahan nucleus (nucleus transfer
4

technology).Kaedah pengklonan janin atau embrio telah bertahun-tahun dilakukan kepada


haiwan ternakan utuk memperoleh baka yang lebih baik.Pengendalian eksperimen juga turut
dilakukan kepada janin manusia.Pada tahun1977, teknik pemindahan nucleus telah diguna
untuk menghasilkan seekor kambing yang bernama Dolly.
5

BAB 2

PENGKLONAN

2.1 Pengklonan Janin

Selepas kaedah pengklonan janin digunakan pada haiwan untuk mendapatkan baka
yang lebih baik dan kuat, pada tahun 1994 Robert J.Stillman dan pasukan penyelidiknya dari
Pusat Rawatan George Washington telah berjaya melakukan eksperiemn pertama keatas janin
manusia dengan menggunakan kaedah pengklonan janin ini. Kaedah ini memerlukan
pesenyawaan normal antara sperma dengan telur, dan kebiasaannya benih diambil dan
disenyawakan di luar Rahim dengan menggunakan teknik ‘in vitro fertlisation’ (IVF) seperti
dalam Gambar 1.1.

Gambar 1.1: Teknik IVF iaitu pesenyawaan di luar rahim.


6

Proses IVF:

1. Wanita ditawarkan dengan ubat-ubat kesuburan untuk merangsang ovari supaya


dapat meningkatkan penghasilan ovum yang tinggi.
2. Sejumlah ovum diambil dari ovary wanita
3. Ovum dan sperma digabungkang sehingga subur.
4. Embrio diletakkan didalam incubator selama 48 jam.
5. Embrio ditanam di dalam Rahim atau dibekukan untuk tujuan penanaman pada
masa akan datang.

2.1.1 Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF)

Yayasan TAFF seperti dalam Gambar diketuai oleh Pengasas dan juga Presiden
Seumur Hidup KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah Al-Mutawakhil binti Sultan Iskandar Al-Haj. KDYTM Tengku Azizah dibantu
oleh sebuah Jawatankuasa terdiri daripada 10 orang ahli yang dilantik. Keahlian Yayasan ini
adalah melalui jemputan sahaja.TAFF akan mempertimbangkan penajaan pasangan yang
terpilih untuk rawatan IVF di salah sebuah Pusat Fertiliti yang mengambil bahagian di
Malaysia. Kos rawatan seperti pembekuan embrio berlebihan, pemindahan embrio beku,
aspirasi pembedahan sperma, ujian darah, rawatan untuk komplikasi dalam rawatan antenatal,
pengangkutan dan penginapan semasa rawatan akan ditanggung oleh pasangan tersebut.

Gambar 2.1: Logo Yayasan TAFF


7

Matlamat dan Objektif

 Menubuhkan dan menguruskan sebuah yayasan yang dikenali sebagai Tunku Azizah
Fertility Foundation (TAFF) untuk menyediakan bantuan kewangan dan membantu
pasangan suami isteri Malaysia yang kurang berkemampuan dan yang memerlukan
tanpa mengira kaum, agama dan negeri dalam mencari dan mendapatkan rawatan
perubatan serta menyediakan kaunseling dan perkhidmatan sokongan yang berkaitan.
 Berusaha ke arah mencapai kesihatan yang baik dan sistem penjagaan kesihatan untuk
semua rakyat Malaysia terutamanya dari segi kesihatan reproduktif dan pencegahan
kemandulan.
 Untuk mendidik rakyat Malaysia berkenaan kesihatan reproduktif dan isu-isu yang
berkaitan, untuk menjana pengukuhan dan menyelaras program-program,
menyebarkan maklumat dan sumber bahan serta menjalankan dan menyokong
penyelidikan mengenai kemandulan reproduktif dan isu-isu yang berkaitan.

2.1.2 Kepentingan Pengklonan Janin

Menurut para saintis pengklonan janin amat penting kerana:

 Dapat membantu meningkatkan pengetahuan manusia tentang pembiakan sel kanser dan
lain-lain penyakit genetic seperti penyakit Parkinson dan Cystic Fibriosis yang
membahagi pada kadar serupa dengan pembahagian sel-sel janin.
 Menggurangkan penggunaan janin asal dalam eksperimen
 Meningkatkan ‘reproductive choices’ atau menambah pilihan untuk wanita (untuk
menerukan kandungan atau menggugurkan jika mengalami masalah kesihatan)

2.2 Masalah Pengklonan Janin Menurut Syara’

Permasalahan yang timbul dalam isu pengklonan janin dari segi syara’ ialah
menentukan sama ada kehidupan bermula dengan pesenyawaan.
8

1. Al-Quran menjelaskan dalam surah Nuh 71:14 yang bermaksud:

‘’Allah telah mencipta manusia secara berperngkat-peringkat”

 Ayat ini boleh diambil sebagai tanda pertama bahawa penciptaan manusia itu adalah unik
dan setiap peringkat ada signifikannya dari mula persenyawaan sehinggalah penciptaan
manusia itu sempurna.

2. Firman Allah dalam surah al Nahl pula menyebut:

“Allah mencipta manusia dari setitis air mani (nutfah)”

3. Al-Quran menjelaskan dalam surah al-Qiyamah 75:38 yang bermaksud:


“Tidakkah manusia dari setitis air mani yang mengalir.Kemudian dia menjadi sesuatu
yang melekat dan kemudian Allah membentuknya secara sempurna dan dengan indah”.

4. Dalam surah al-Mu’minun 23:12-14 di mana Allah menerangkan:


Maksudnya:
“Kami menciptakan manusia dari sari tanah.Kemudian Kami jadikan ia setitis air mani
(yang disimpan) di dalam tempat yang kukuh(rahim). Kemudian Kami jadikan ‘nutfah’
itu segumpal darah (‘alaqah) lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging
(mudghah) lalu segumpal daging itu Kami jadikan tulang. Lalu tulang itu Kami balut
dengan daging,kemudian dia Kami ciptakan makhluk yang lain(manusia yang
sempurna).Maka Maha suci Allah sebaik-baik yang menciptakannya”.

5. Surah al-Hajj 22:5 meneangkan tahap-tahap pembesaran janin secara terperinci. Merujuk
kepada hadith Rasulluah s.a.w:

“Setiap dari kamu dibentuk di dalam rahim ibu selama empat puluh hari, sebagai
‘nutfah’,kemudian sebagai ‘alaqah’ untuk tempoh masa yang sama dan kemudian ‘mudghah’
untuk jangkamasa yang sama dan selepas itu Malaikat dihantar untuk meniupkan roh ke
dalamnya.”
9

Pendapat Imam Shafie Selagi tidak mencapai tahap mudghah atau segumpal daging, ia
tidak boleh dikira sebagai janin.
Pendapat Imam Abu Janin boleh dianggap ‘hidup’ dari satu sudut perspektif kerana ia
Hanifah hasil percantuman benih manusia yang akan menghasilkan
manusia,jika dilahirkan
Pendapat para ulama’ Jika janin itu tidak mempunyai bentuk manusia, sekiranya
Hanbali berlaku keguguran, orang menyebabkan keguguran itu tidak
akan dapat diabitkan atas apa-apa kesalahan.
Walaubagaimanapun, jika terdapat bukti dari pakar bahawa
gumpalan darah yang keluar itu adalah janin, mereka
berpendapat bahawa hukuman boleh dikenakan ke atas
penyebab keguguran
Pendapat majority para Jika darah sahaja yang mengalir, tiada hukuman yang boleh
ulama’ Maliki diberikan, tetappi jika terdapat alaqah atau gumpalan darah,
maka mereka menganggapnya sebagai tanda bahawa janin
tersebut hidup dan orang yang menyebabkan keguguran akan
dihukum
Pendapat ulama-ulama Janin boleh dianggap hidup apabila mencapai tahap alaqah atau
mu’tabar gumpalan darah (yang melekat pada rahim ibunya)

Isu bila waktu penghidupan itu bermula menjadi begitu penting.

2.3 Pengklonan DNA dewasa.

Pengklonan DNA dewasa dibolehkan melalui teknologi yang dikenali sebagai


teknologi nuclear transfer atau pemindahan nucleus dan belum ada lagi manusia yang
diklonkan melalui teknik ini setakat ini. Pada tahun 2001, sebuah syarikat teknologi dari
Amerika Syarikat (Advance Cell Technologies) telah mengumumkan mereka berjaya
mengklonkan sel kulit dan sel cumulus manusia melalui kaedah nuclear transfer bagi
menghasilkan stem cell ata sel asas bagi tujuan perubatan.
10

2.3.1 Isu pengklonan DNA dewasa bagi tujuan pembiakan

Secara umumnya teknik ini tidak memerlukan penggunaan sperma. Teknik


pembiakan ini dapat mengatasi masalah bagi pasangan yang sudah berkahwin. Manakala bagi
pasangan yang tidak berkahwin pula masih boleh memiliki ‘keluarga’. Perbincangan isu ini
akan dihuraikan dengan lebih lanjut mengikut kategori seperti dalam jadual berikut.

Pengklonan Manusia Untuk Pasangan Bagi pasangan yang mempunyai masalah


yang Berkahwin Tetapi Mempunyai kemandulan boleh menggunakan teknik IVF
Masalah Mendapatkan Zuriat dan pengklonan DNAdewasa sebagainya.
 Telur boleh diambil daripada wanita
penderma dan nucleus diambil daripada
si suami dan setelah dicantumkan,janin
yang terhasil boleh dikandungkan oleh
si isteri dan ini membolehkan si siteri
menjadi ibu kandung.
Masalah yang akan timbul
I. Bolehkah sel-sel badan, selain sel-sel
reproduksi, digunakna untuk tujuan
reproduksi?
II. Apakah status anak dalam kes kedua
di mana ovum perempuan selain
daripada ovum isteri digunakan?
III. Apakah status perbuatan pengklonan
tersebut? Adakah dibenarkan atau
tidak? Adakah menjadi kesalahan
jarimah yang membolehkan hukuman
dan jika boleh, apakah hukuman yang
patut diberikan
Pengklonan Manusia untuk Pasangan Teknik pengklonan boleh digunakan oleh
Bersekedudukan pasangan yang bersekedudukan mendapat
zuriat tanpa perlu menggunakan kaedah-
kaedah tabii. Boleh memperoleh anak tanpa
11

apa-apa implikasi undang-undang terhadap


diri mereka
Masalah yang timbul
I. Status anak serta perbuatan mereka
yang tidak dapat ditentukan
membolehkan mereka melarikan diri
daripada apa-apa globalisasi undang-
undang
II. Kucar-kacir dalam industri keluarga
dan masyarakat
Pengklonan Manusia untuk Wanita yang Wanita boleh mengambill sel badannya
Tidak Berkahwin sendiri dan nucleus sel tersebut boleh
dicantumkan dengan sel telurnya yang telah
dikosongkan dan janin yang dihasilkan
boleh dikandung sendiri
Masalah yang timbul
I. Masalah status perbuatan dan anak
menjadi pertikaian
Pengklonan Manusia untuk Pasangan Seorang wanita membekalkan bahan genetic
Lesbian dan seorang lagi membekalkan
ovum.Setelah pencantuman berlaku janin
boleh diakndung oleh mana-mana wanita,
Masalah yang timbul
Status permasalahan masih belum dapat
dipastikan

Syarat-syarat yang digariskan oleh seorang kadi di Mahkamah Arab Saudi (Nasir bin Zaid al-
Daud, al-Istinsakh bi Syurut Khamsah, Jaridah al-Muslimun, bil (644) 1977 ms: 8)

Beliau mengatakan:

1. Mestilah pengklonan itu berlaku di dalam lingkungan suami isteri.


2. Perkara tersebut mestilah berlaku di waktu ikatan pernikahan masih wujud.
3. Persetujuan daripada suami.
12

4. Persetujuan daripada isteri.


5. Menghapuskan baki janin yang disimpan di dalam tabung janin (jika ada) setelah
terputus ikatan pernikahan.

2.3.2 Fatwa hukum pengklonan pembiakan manusia dan perubatan dari sudut
syara’ (Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989)

(1) Menurut Hussain Fadhullah dalam bukunya al-Istinsakh; Jadal al-Ilmi wa al-Akhlaq,
menyatakan pengklonan adalah pembentukan makhluk bernyawa sama seperti kejadian
asal dan dari segi bentuknya ia seperti kembar.
(2) (i) Pengklonan janin atau embrio (embryo cloning); dan
(ii)Pengklonan dengan menggunakan teknik pemindahan nucleus (nuclear transfer
technology).

(3) Hukum pengklonan pembiakan manusia dan perubatan adalah haram. Ini berdasarkan
hujjah seperti berikut:

Sudut Aqidah

(i) Pengklonan akan menyebabkan wujudnya pertentangan terhadap tujuan Allah S.W.T
menjadikan manusia serta meningkatkan darjat mereka kepada sebaik-baik kejadian.
Ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya;
Bermaksud:
“Dan Dialah yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikanNya
(mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan
sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendaki-Nya).”
(Al-Furqan: 54)

(ii) Perbuatan pengklonan lebih dilihat kepada usaha manusia untuk bertindak di luar
daripada peraturan yang telah ditentukan Allah S.W.T iaitu kelahiran manusia atau
keturunannya melalui perkahwinan. Ia juga sebagai satu usaha manusia untuk keluar daripada
peraturan hidup yang dicipta oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T:

Bermaksud:
13

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan
berkelengkapan sesuai

dengan keadaannya).”

(At-Tin: 4)

(iii) Perbuatan pengklonan akan menyebabkan manusia merasai dirinya mempunyai kuasa
dan mampu untuk mencipta serta menentukan kejadian manusia lain menurut
kehendak dirinya. Kepercayaan seperti ini bertentangan dengan akidah Islam yang
menyakini bahawa hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui perkara yang zahir
dan tersembunyi. Malahan hanya Allah S.W.T sahajalah yang mempunyai kekuasaan
dan kehendak dalam menentukan apakah nasib yang akan menimpa diri seseorang
manusia dari alam rahim sehinggalah hari kematiannya.

Sudut Syariat
(iv) Manusia tidak harus dijadikan bahan percubaan sepertimana yang dilakukan kepada
tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu-batan. Ini kerana Allah S.W.T telah
memuliakan serta mengangkat darjat manusia melebih makhlukNya yang lain. Allah
S.W.T telah melantik manusia sebagai khalifahNya di muka bumi dan manusia telah
dijadikan lebih mulia daripada segala makhluk yang lain. Kejadian manusia bermula
daripada tanah kemudian ditiupkan roh sehinggalah sempurna kejadiannya. Mereka
kemudian dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas agama. Justeru, pengklonan
manusia sebagaimana yang dilakukan ke atas binatang akan menjadikan manusia
sama seperti binatang sedangkan Allah S.W.T menjadikan manusia dengan sempurna
dan manusia diberi tanggungjawab untuk mentadbir dunia ini dengan sebaikbaiknya.
(v) Pengklonan manusia akan mengganggu sistem keturunan dan kesucian sistem
kekeluargaan. Anak yang dilahirkan daripada kasih sayang ibu dan bapa akan terjaga
urusan hidup dan tempat pergantungannya, Sebaliknya anak yang dilahirkan dari
pengklonan boleh meruntuhkan sistem kekeluargaan.
(vi) Pengklonan juga membuatkan seseorang wanita tidak memerlukan lelaki dan seorang
isteri tidak memerlukan suami, kerana wujudnya perasaan dia boleh melahirkan anak
tanpa perlu kepada perkahwinan dan pembentukan keluarga. Jika ini berlaku keluarga
yang akan terbentuk pasti berbeza daripada keluarga yang telah wujud selama ini.
14

Dengan itu akan lahirlah satu keadaan hidup masyarakat yang luar daripada fitrah
manusia dan alam.
(vii) Bagi wanita yang tidak berkahwin, kebenaran penggunaan kaedah ini untuk
membolehkan mereka mendapatkan anak juga tidak boleh dibenarkan. Ia akan
menambahkan masalah ibu tunggal dan menidakkan hak seseorang anak untuk
mendapat kasih sayang seorang ayah. Dan yang paling ditakuti, kaum lelaki tidak lagi
diperlukan kerana pembiakan tidak lagi kepada sperma. Perhubungan seksual akan
dijadikan bahan permainan hanya untuk memenuhi nafsu manusia.
(viii) Anak yang diklon bukanlah dilahirkan dari perkahwinan yang sah. Ia tidak
mempunyai bapa yang sepatutnya bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak
tersebut.
(ix) Dari segi perwalian nikah. Keadaan ini akan menjadi rumit ketika anak tersebut akan
berkahwin. Siapakah yang sepatutnya menjadi wali nikahnya jika anak tersebut
perempuan. Bagaimana pula hubungannya dengan kaum kerabat yang lain seperti
adik beradik, ipar dan sebagainya. Apakah batas pergaulan yang sepatutnya antara
anak klon dengan bukan mahramnya.
(x) Dari segi nasab anak klon juga akan menghadapi masalah yang sama Anak klon tidak
dapat diangkat menjadikan anak sendiri.

Fatwa-fatwa mengenai IVF

Para Ulama di  Bayi Tabung Uji dari benih suami isteri yang
Malaysia yang bergabung dicantumkan secara “terhormat” adalah sah di sisi
dengan Jabatan Kemajuan Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami
Islam Malaysia isteri yang sah, bayi tabung itu adalah tidak sah.
 Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh
menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka dari
keluarga yang berhak.
 Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan
dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam,
maka ianya dikira sebagai cara terhormat.
15

Majlis Ulama Indonesia  Bayi Tabung Uji yang dihasilkan daripada Ovum isteri
(MUI) serta Sperma suami yang sah hukumnya adalah
MUBAH (boleh), sebab ini termasuk didalam ihktiar
didalam kaedah-kaedah agama.
 HARAM apabila ovum dan sperma yang disenyawakan
dimasukan kedalam rahim perempuan lain selain
isterinya sendiri. Ini disebabkan, akan terdapat masalah
yang timbul berkaitan dengan warisan
 Bayi Tabung yang dihasilkan daripada sperma yang
dibekukan dari suami yang telah meninggal dunia
hukumnya adalah HARAM. Kerana mempunyai
kemungkinan akan timbulnya masalah dari segi nasab
atau pun warisan.
 Bayi Tabung Uji yang dihasilkan dari ovum dan sperma
yang bukan suami isteri adalah HARAM. Ini
disebabkan oleh, statusnya sama dengan perzinahan.

Majlis Mujamma’ Fiqih Empat perkara berikut ini diharamkan dan terlarang sama
Islami sekali, karena dapat mengakibatkan percampuran nasab dan
hilangnya hak orang tua serta perkara-perkara lain yang
dikecam oleh syariat.
 Sperma yang diambil dari pihak lelaki yang disemaikan
dengan ovum pihak wanita yang bukan isterinya
kemudian dimasukan ke dalam rahim istrinya.
 Ovum yang diambil dari pihak wanita yang disemaikan
dengan sperma yang diambil dari pihak lelaki yang
bukan suaminya yang kemudiannya dimasukan ke
dalam rahim si wanita.
 Sperma dan ovum yang disenyawakan yang diambil
dari lelaki dan wanita lain, yang kemudiannya
dimasukan ke dalam rahim isteri.
16

 Sperma dan ovum yang disenyawakan diambil dari


seorang suami dan istrinya, kemudian dimasukan ke
dalam rahim istrinya yang lain.
 Sperma ovum yang disenyawakan tersebut diambil dari
sepasang suami isteri, kemudian dimasukan ke dalam
rahim wanita lain yang bersedia mengandung hasil
pesenyawaan benih mereka.
Dua perkara berikut boleh dilakukan jika memang sangat
diperlukan dan setelah memastikan keselamatan yang harus
dilakukan terjamin, sebagai berikut:
 Sperma tersebut diambil dari si suami dan ovemnya
diambil dari isterinya yang kemudian disenyawakankan
dan dimasukan ke dalam rahim istrinya.
 Sperma si suami diambil dan kemudian disuntikkan ke
dalam saluran rahim isterinya atau langsung ke dalam
rahim istrinya untuk disenyawakan.

Hukum Menggunakan Kaedah Ibu Tumpang Bagi Mendapatkan Zuriat

Kaedah ibu tumpang ini adalah satu kaedah moden yang terhasil melalui kajian dan ianya
terbukti dalam menghasilkan zuriat. Namun, bagaimana pandangan Islam terhadap kaedah
ini? Adakah ia benar-benar menepati kaedah syariah?

Berdasarkan kaedah ibu tumpang ini, terdapat beberapa gambaran bagaimana kaedah ini
dilakukan. Ianya diringkaskan seperti berikut:

1. Sperma dan ovum pasangan suami-isteri disenyawakan di luar kemudian dipindahkan


ke rahim perempuan ajnabi yang lain.

2. Sperma dan ovum pasangan suami-isteri disenyawakan di luar kemudian dipindahkan


ke rahim isteri lelaki yang lain (bagi yang berpoligami).

3. Sperma dan ovum diambil dari lelaki dan perempuan yang berlainan disenyawakan di
luar dan kemudiannya dipindahkan ke rahim perempuan ajnabi yang lain dan apabila
17

telah selamat melahirkan anak, maka diserahkan kepada mereka yang menginginkan
zuriat.

4. Sperma si suami disenyawakan dengan ovum perempuan ajnabi yang mana


perempuan tersebut akan mengandungkan anak tersebut dan apabila selamat
melahirkan anak tersebut maka akan diserahkan kepada pasangan bersama wang
ganjaran diserahkan kepada perempuan ajnabi tersebut.

5. Ovum si isteri akan dimabil bersama sperma dari lelaki ajnabi dan kemudian
dipindahkan ke dalam rahim perempuan ajnabi yang lain dan selepas melahirkan anak
tersebut maka diserahkan kepada pasangan yang menginginkan anak tersebut beserta
bayaran kepada ibu tumpang tersebut.
18

BAB 3

KESIMPULAN

Konklusinya, di Malaysia teknik pengklonan masih terkawal dan teknologi ini


diaplikasi berdasarkan Fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Agama. Secara ringkasnya,
kita dapat menghuraikan bahawa penggunaan Teknologi IVF atau Bayi Tabung Uji adalah
dibenarkan dab sah disisi Islam jika mengikut fatwa-fatwa yang telah ditetapkan oleh para
ulama dinegara masing. Ini disebabkan terdapat pelbagai fatwa yang dikeluarkan mengikut
negara masing mengenai Bayi Tabung Uji. Oleh itu, penggunaan Bayi Tabung Uji atau IVF
mestilah digunakan sebagai jalan penyelesaian terakhir bagi pasangan suami isteri yang
menginginkan zuriat sendiri setelah mencuba kaedah-kaedah yang lain
19

RUJUKAN

1. Pengklonan manusia - Mudarat atau perubatan?


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz52ZkZod2x © Utusan Melayu (M) Bhd
2. http://irep.iium.edu.my/17141/1/Pengklonan_manusia_dari_sudut_syara%27.pdf
3. http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=2135
4. http://esrees.blogspot.my/2015/09/fatwa-fatwa-mengenai-ivf.html
5. Hukum terhadap penggunaan ibu tumpang Surrogate Mother
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/1144-
irsyad-al-fatwa-ke-130-hukum-terhadap-penggunaan-ibu-tumpang-surrogate-mother

Anda mungkin juga menyukai