Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan
Kesantunan merupakan adat ataupun tingkah laku yang baik,ia biasanya berlaku dalam
masyarakat.Kesantunan juga merupakan sesuatu tingkah laku yang sudah ditetapkan dan
diterima oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga ia menjadi satu kewajipan untuk dijaga
sewaktu bersosial dalam kalangan masyarakat.
Berdasarkan pengertian tersebut,kesantunan dapat dilihat melalui pergaulan
seharian.Kesantunan menunjukkan sikap yang mengandungi nilai-nilai yang bersopan satun
atau etika dalam pergaulan seharian.Jika seseorang itu mempunyai kesantunan,dia akan
mendapat tempat dalam hati masyarakat dan nilai kesopanan akan terlihat dalam
dirinya.Selain itu,dia juga akan dinilai oleh masyarakat.Sama ada ia dapat dinilai dalam masa
yang terdekat ataupun mengambil masa yang lama.Yang pasti penilaian yang dibuat dalam
masa yang panjang ini akan terus kekal sepanjang hidupnya.
Selain itu,kesantunan berlaku dalam masyarakat,tempat dan situasi tertentu.Sewaktu
seseorang itu bertemu dengan kawan karibnya,boleh sahaja dia menggunakan kata-kata
yang sedikit kasar dengan suara yang lantang.Akan tetapi hal itu tidak digalakkan ditujukan
kepada tetamu ataupun seseorang yang baru dikenali.Mengunyah makanan dengan mulut
berbunyi juga kurang sopan sewaktu sedang menghadiri sesuatu majlis ataupun di sebarang
jamuan,tetapi perkara itu tidak dikatakan kurang sopan jika dilakukan di rumah ataupun
sewaktu keseorangan.
Kesantunan juga berpolar,ia memiliki hubungan anatara dua kutub seperti antara anak
dan orang tua,antara yang muda dengan yang lebih tua,antara tuan rumah dengan
tetamu,antara lelaki dengan perempuan,antara murid dengan guru dan sebagainya.
Seterusnya,kesantunan juga tercermin dalam cara berpakaian,cara bertindak,dan
cara bertutur.Untuk menjaga reputasi diri dan mengelakkan diri dari dipandang hina oleh
masyarakat,kita haruslah menjaga personality diri.
2.0 ASPEK KESANTUNAN

JENIS KESANTUNAN PETIKAN CONTOH

“Bapak yang bersalah dalam hal ini !” kata


1.KESANTUNAN VERBAL sazali kepada bapaknya.

-Dialog ini merupakan contoh kesantunan


berbahasa yang tidak sopan. Sazali
merupakan seorang anak yang derhaka
terhadap bapaknya. Penggunaan bahasa
harus sesuai dengan keadaan,golongan
dan peringkat yang berbeza.

2.KESANTUNAN TIDAK VERBAL

-Berdasarkan gambar ini, kita dapat


melihat bahawa Sazali menunujukkan
reaksi muka yang negatif sewaktu
bertengkar dengan bapakya.Ini
menunjukkan satu perbuatan yang tidak
mempunyai kesantunan.Ekspresi muka
dapat menjadi sumber informasi yang
menggambarkan keadaan emosional
seseorang seperti perasaan
takut,marah,jijik,sedih,gembira,dan minat.
3.KESANTUNAN BERPAKAIAN -Gambar ini menunjukkan bahawa Sazali
mengamalkan kesantunan berpakaian.Sazali
memakai pakaian yang kemas dan bersih.Dalam
kesantunan berpakaian,kita haruslah memakai
pakaian yang sopan di tempat awam
,berpakaian kemas dan sesuai dengan keadaan.

3.0 RUMUSAN

Bahasa merupakan unsur yang penting dalam menzahirkan keindahan dan


kesantunan.Keindahan dalam bahasa dijelmakan dalam pertuturan dan pengungkapan yang
manis,sopan,positif,dan penuh pengjaran kepada khalayak,.Justeru,individu yang memiliki
nilai rasa dan nilai fikir yang seimbang dan mengamalkan kesantunan bahasa dalam interaksi
lisan dan penulisan dapat ditingkatkan jika kemahiran komunikasi dapat dimanfaatkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dan menengah.

Anda mungkin juga menyukai