Laporan Penuh Latihan Industri Safety Course

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 47

ABSTRAK

Latihan industri adalah sangat penting kepada para pelajar kerana dengan adanya
pengalaman dari latihan ini, pelajar dapat melatih diri dan merasai suasana sebenar alam
pekerjaaan. Selain itu, pelajar juga dapat mengaplikasikan modul yang dipelajari dalam
mempraktikkan di dalam bidang pekerjaan secara praktikal dan berdasarkan pengetahuan serta
pengalaman.
Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan dilatih untuk mempelajari cara-cara
menerima arahan dan melaksanakan arahan yang diamanahkan kepada dirinya. Kecekapan
menerima dan melaksanakan arahan merupakan prinsip kerja yang sangat penting dan perlu
diamalkan oleh setiap pekerja untuk menyelesaikan kerja dengan sempurna dan cepat.
Selain itu, latihan industri juga dapat melatih pelajar untuk mengamalkan sikap berdikari,
bertanggungjawab, hormat-menghormati, keyakinan diri, kesabaran, ketabahan serta kerjasama
dengan pekerja lain yang peringkat umurnya berbeza. Sikap-sikap tersebut dapat dijadikan
sebagai amalan hidup yang baik untuk diamalkan.
Dalam latihan industri, pelajar akan menemui ilmu-ilmu yang baru dan cuba untuk
menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan yang mungkin berbeza dengan alam pengajian.
Dengan adanya pengetahuan dan pengalaman ketika latihan industri, pelajar yang akan
melangkah ke alam pekerjaan tidak akan mengalami kejutan budaya dan dapat membiasakan diri
dengan keadaan secara positif.
Secara kesimpulan, latihan industri sebenarnya banyak mendatangkan manfaat kepada
diri pelajar itu sendiri,pelajar juga dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang
diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang.

1
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat atas junjungan
Nabi Muhammad S.A.W, Segala syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan keizinan Dari-Nya
dapat saya menyempurnakan program Latihan Industri, menyiapkan laporan penuh latihan
industri sekaligus menamatkan sesi pengajian saya di Ranaco Education And Training Institute
(R.E.T.I). Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli
keluarga saya terutamanya kepada ibu dan ayah saya yang telah banyak memberi galakan dan
dorongan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak, terutamanya dari R.E.T.I dan juga
Citra Alti Sdn Bhd yang telah memberi peluang, kerjasama, bantuan, tunjuk ajar, ilmu dan
pengalaman yang sangat tidak ternilai.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pihak pengurusan ( Human
Resources) kerana menerima permohonan saya untuk menjalani latihan industri di Citra Alti Sdn
Bhd. Tidak lupa juga kepada En. Arshad Bin Hj. Zainuddin ( Manager Safety Health &
Environment ), En. Abdul Razak Bin Bujang ( Safety Coordinator ), Stanley Jiram ( Safety Site
Supervisior ) yang telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang masa saya berada di Citra Alti
Sdn Bhd.
Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada semua warga kerja Citra Alti Sdn Bhd dan
rakan seperjuangan saya dari kolej Fajar International yang telah berkerjasama dengan saya
sepanjang enam bulan tempoh latihan. Serta kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh latihan industri, saya
juga mengucapkan jutaan terima kasih.

2
BAB 1

1. Latar Belakang Syarikat CASB


Syarikat ini telah diperbadankan pada 21 April, 1997. Tahun 2004 menyaksikan
kelahiran Citra yang dinamik dengan pengenalan satu set pasukan pengurusan baru. Ia mengguna
pakai nama hadir iaitu Citra Alti Sdn Bhd, pada 19 Oktober 2004.
Citra Alti Sdn Bhd, milik penuh syarikat Bumiputera yang mempunyai lesen yang sah
dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(CIDB) dan Unit Pendaftaran Kontraktor (UPK). Dengan lesen yang sah, adalah bukti kecekapan
kami dalam menyediakan kerja-kerja kontrak dalam Kejuruteraan Awam, Mekanikal Dan
Elektrik.
Kami bangga pada pasukan Bumiputera yang berdedikasi, professional dan mahir yang
berorientasikan hasil. Kami sentiasa memperbaiki proses kami untuk memastikan kualiti produk
dan kepuasan pelanggan itu berterusan. Aset kami warga Citra, berpandukan falsafah kami
bahawa kepentingan tempat pelanggan dan kerja berpasukan telah berjaya memindahkan syarikat
itu ke dalam arus perdana masyarakat berjanji.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah kumpul koleksi pengalaman dalam
bidang kerja-kerja sivil, mekanikal dan elektirk melalui kejayaan daripada projek-projek seperti
pengubahsuaian sekolah, retikulasi air, menara telekomunikasi, kerja-kerja infrastruktur elektrik
dan sistem pengurusan maklumat. Kami telah memperolehi kemahiran dan pengetahuan dalam
pelbagai kejuruteraan dan kebanyakan semua pengetahuan dan kemahiran menggabungkan
pelbagai amalan di bawah satu bumbung.

3
1.1 VISI dan MISI CASB

Visi
“Citra Alti Sdn Bhd berusaha untuk menjadi yang dihormati, dinamik, pro-aktif
organisasi yang bercita-cita untuk menerajui industri pembinaan di Malaysia dan rantau
ini secara keseluruhannya menawarkan semua masa yang komited untuk penyampaian
produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan pemegang saham jangkaan”

Misi
 Untuk mencapai kepuasan pelanggan dengan sentiasa mencari untuk produk dan
perkhidmatan baru dan terus berjalan berdasarkan strategi dan agresif mencari
cara-cara baru untuk meningkatkan penghasilan, penyampaian produk dan
perkhidmatan ke arah keperluan pelanggan memuaskan.
 Untuk mencapai kecemerlangan melalui menanda aras SPK kami kepada
piawaian antarabangsa.
 Untuk mencapai sumber manusia yang inovatif, proaktif dan berpengetahuan
melalui pengurusan sumber manusia dan infrastruktur yang sesuai.

1.2 LOGO Syarikat CASB

4
1.3 Carta Utama Organisasi Syarikat CASB

Rajah 1.3: Carta Utama Organisasi Syarikat Citra Alti

5
1.4 Carta Jabatan HSE CASB

Rajah 1.4: Carta Jabatan HSE Citra Alti

6
1.5 LAPORAN PENUH

A. Tugas dan Tanggungjawab


Semasa 6 bulan menjalani latihan industri dengan Citra Alti Sdn Bhd (CASB), di bawah
pengawasan daripada En. Arshad Zainuddin dan juga pasukan HSE, pelbagai tugas / tugasan
yang diberikan kepada saya. Saya telah dilampirkan kepada Jabatan Keselamatan, Kesihatan
& Persekitaran. Rutin harian atau kerja yang saya mengendalikan adalah seperti di bawah :

I. Bulan Pertama (1/3/2012- 31/3/2012)


 Melapor diri di Citra Alti Sdn Bhd dan berkenalan dgn kakitangan Citra Alti.
 Memantau pekerja di Sg. Asap, Bintulu.
 Membuat laporan kemalangan kenderaan di Ulu Teru, Marudi.
 Mengedar Peringatan Keselamatan mengenai ‘Live Line Work’ dari syarikat
Sarawak Energy (SESCO) kepada Projek Manager & Engineer.
 Mengikuti mesyuarat shutdown.
 Mengisi Non-Conformity Report (NCR)
 Mengikuti perbincangan untuk Hari HSE.
 Aktiviti shutdown dijalankan di Sg. Rait, Tukau Jaya Miri & Rh. Dindang,
Limbang.

7
Rajah 1.5 (a): Sarawak Energy (SESCO) sedang memerhati aktiviti shutdown dijalankan

8
II. Bulan Kedua (2/4/2012-30/4/2012)
 Memantau pekerja di Rh. Patrick Libau, Niah.
 Mengikuti kursus CIDB iaitu Flagman & Traffic Controller.
 Mengemaskini NCR.
 Mengikuti sesi dialog di Rh. Slyvester Anam, Bekenu.
 Mengikuti sesi ‘Pole Top Rescue’ anjuran Sarawak Energy (SESCO).
 Mengikuti mesyuarat shutdown untuk Rh. Bajing, Rh. Linggi, Miri & Rh.
Ngayum, Niah
 Aktiviti shutdown di Rh. Ngayum, Niah & Rh. Linggi, Miri dijalankan.
 Mengikuti taklimat mengenai keselamatan di pejabat kepada staff-staff CASB.

Rajah 1.5 (b): Taklimat bagi keselamatan di pejabat oleh Site Safety Supervisor

9
III. Bulan Ketiga (1/5/2012-31/5/2012)
 Memantau pekerja di Rh. Patrick Libau, Niah & Sg. Asap, Bakun-Bintulu.
 Mengikuti mesyuarat shutdown untuk Rh. Bajing & Patrick Libau, Niah.
 Mengikuti mesyuarat RES.
 Aktiviti shutdown di Rh.Bajing & Patrick Libau, Niah dijalankan.
 Mengemaskini NCR.

Rajah 1.5 (c): Shutdown di Rh. Patrick Libau, Niah

10
IV. Bulan Keempat (1/6/2012-30/6/2012)
 Memantau pekerja di Rh. Patrick Libau, Niah.
 Mengikuti mesyuarat shutdown untuk Rh. Lalo, Rh. Sandom, Marudi & Kg.
Beraya Bakam, Miri.
 Mengikuti mesyuarat RES.
 Mengemaskini NCR.
 Mengikuti taklimat mengenai keselamatan bagi pekerja-pekerja lama & baru.

Rajah 1.5 (d): Mesyuarat RES

11
V. Bulan Kelima (2/7/2012-31/7/2012)
 Aktiviti shutdown dijalankan di Kg. Beraya Bakam, Miri.
 Memantau pekerja di Sg. Asap, Bintulu.
 Memantau pekerja di Rh. Timbu, Rh. Kalom & Rh. Meringgai
 Aktiviti shutdown dijalankan di Kg. Nusah, Bekenu, Miri.
 Memantau pekerja di Rh. Anjar, Rh. Lalo & Rh. Keir, Marudi, Miri & dan
menghantar borang ‘wayleave’ (boring izin lalu) di Rh.Keir.

Rajah 1.5 (e): Shutdown di Kampung Beraya Bakam, Miri

12
VI. Bulan Keenam (1/8/2012-31/8/2012)

 Memantau pekerja di Rh. Nisau, Niah.


 Memantau pekerja di Kampung 1 Malaysia & Kampung Bakam Jaya, Miri.
 Memantau pekerja di Kampung Madinah, Rh. Kalom & Rh. Patrick Libau.

Rajah 1.5 (f): Pengurusan jalan raya yang sistematik

13
VII. Tugas-Tugas Lain

 Diberi arahan untuk menerangkan tentang prosedur-prosedur keselamatan jika


berlaku kecemasan di dalam mesyuarat shutdown.
 Membantu fotostat kertas kerja & scanning.
 Mengemaskini laporan kolej dan dosh.
 Mencari artikel-artikel mengenai keselamatan dan kesihatan & menampalkannya
di papan bulletin.
 Mengemaskini NCR yang telah dikumpul dan letakkan di dalam fail khas.
 Mengadakan perbincangan & mengemaskini PIP (Project Implementation Plan).

14
BAB 2

2. Sistem Permit Kerja

2.1 Pengenalan
Sistem permit untuk bekerja adalah sistem bertulis rasmi yang digunakan untuk mengawal
jenis kerja tertentu yang berpotensi merbahaya. Permit untuk bekerja adalah satu dokumen
yang menyatakan kerja yang perlu dilakukan dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil.
Permit untuk bekerja adalah sebahagian penting daripada sistem kerja yang selamat bagi
aktiviti penyelenggaraan yang banyak. Mereka hanya membenarkan kerja dimulakan
selepas prosedur selamat telah ditentukan dan mereka menyediakan rekod yang jelas
bahawa semua bahaya dianggap telah diramalkan.

2.2 Prinsip-Prinsip Sistem Permit Kerja


Terdapat prinsip-prinsip tertentu yang mesti diikuti dalam sesuatu Sistem Permit Kerja
antaranya ialah :

i. Semua maklumat yang diberikan adalah tepat.

ii. Kerja yang dilakukan serta pekerja yang melakukan pekerjaan tersebut
perlu dinyatakan dengan jelas.

iii. Memasti dan menjelaskan apa yang telah dilakukan untuk menjadikan
kerja yang akan dilakukan itu selamat sebelum permit kerja diluluskan.

iv. Menggaris dan memaklumkan tindakan keselamatan yang telah diambil


oleh pihak yang berkuasa terhadap permit dan yang perlu dilakukan oleh
pihak kontraktor.

15
v. Permit hendaklah mempunyai tarikh luput. Permit baru boleh diberikan
sekiranya pekerjaan tersebut memerlukan lanjutan masa.

vi. Tidak dibenarkan sebarang pekerjaan dilakukan kecuali yang dinyatakan


di dalam permit.

vii. Mengingatkan kontraktor yang menerima permit kerja tentang


tanggungjawab untuk mengekalkan keadaan selamat yang telah diberikan
bersama permit tersebut.

16
2.3 Dokumentasi Sistem Permit Kerja
Sesebuah permit kerja dicetak sekurang-kurangnya dalam tiga salinan dengan nombor siri
yang sudah bercetak. Tujuan mencetak nombor siri ini di setiap muka surat permit kerja
adalah untuk memastikan dokumen permit kerja ini diiktiraf sebagai dokumen terkawal.
Ini bermakna pengeluaran, penggunaan dan penyimpanan dokumen ini dikawal oleh pihak
yang berkuasa terhadap sistem permit kerja.

Setelah semua salinan permit kerja diterima dan disahkan, maka pihak yang berkuasa akan
mengistiharkan kawasan itu mengikut status semasanya sama ada ia selamat untuk
melakukan operasi biasa atau sebaliknya sebelum kesemua salinan permit kerja itu
disimpan dan direkodkan.

Antara yang menggunakan Sistem Permit Kerja termasuklah :

i. Kerja dalam ruang tertutup (contohnya vessel dan sebagainya).

ii. Kerja penyelenggaraan (contohnya, pemisahan paip atau saluran yang


mengandungi stim, gas toksik, tekanan dan sebagainya).

iii. Kerja dengan sistem elektrik.

iv. Kerja kimpalan dan pemotongan di kawasan selain kawasan bengkel.

v. Kerja dengan sinaran mengion.

vi. Kerja dengan bahan letupan.

vii. Kerja menggali dan sebagainya.

17
18
Rajah 2.3: Sistem permit kerja yang perlu didokumentasi

19
BAB 3

3. Pelan Tindakan Kecemasan

3.1 Pengenalan
Pelan tindakan kecemasan adalah bertujuan untuk menyediakan satu rangka kerja asas
dalam dimana tindak balas segera dan konsisten untuk kecemasan boleh digubal. Ia juga
berfungsi sebagai senarai semak tindakan asas untuk mana-mana kecemasan. Selain itu,
cara yang terbaik dengan ada Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) iaitu skuad Bomba dan
semua pekerja syarikat mestilah dipandu oleh pelan tindakan kecemasan syarikat.

3.2 Objektif
Objektif Pelan Tindakan Kecemasan ialah :

i. Untuk menghadkan kesan kemungkinan berlaku apa-apa kecemasan pada


kakitangan, harta dan alam sekitar.

ii. Untuk mencipta dan berkesan dalam mengekalkan rangka kerja organisasi
yang akan menjamin tindak balas pantas dan berkesan dalam situasi
kecemasan.

iii. Untuk menyediakan senarai tindakan yang perlu diambil dalam kecemasan
dengan tanda-tanda yang jelas tentang keutamaan mereka.

iv. Untuk memperuntukkan kuasa Pegawai yang bertanggungjawab untuk


mengambil tindakan tertentu semasa kecemasan.

20
v. Untuk menyediakan saluran komunikasi yang penting untuk penyelarasan
tugas yang diperlukan untuk berurusan jika berlaku kecemasan.

vi. Untuk menyediakan maklumat yang relevan dan memohon prosedur untuk
kecemasan yang berbeza.

3.3 Huraian Tindakan Kecemasan


Kecemasan boleh digambarkan sebagai sesuatu acara dimana dengan amaran ada atau
tidak, ia mempunyai skala keupayaan yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian
kepada manusia atau kerosakan yang teruk pada kawasan tersebut dan tidak boleh
ditangani. Khidmat bantuan luar amat diperlukan untuk mengawal keadaan ketika berlaku
kecemasan. Satu keadaan kecemasan boleh menguasai perasaan manusia dan mereka akan
rasa terjejas apabila tiada perancangan atau persediaan.
Pelbagai jenis bencana besar adalah mustahil untu membuat persediaan tertentu dan
walaupun dengan perancangan akan adanya keperluan untuk penambahbaikan dan
fleksibiliti.
Pelan Tindakan Kecemasan direka untuk mencegah kehilangan nyawa manusia,
mengurangkan kerosakan harta benda dan alam sekitar.

21
3.4 Carta Aliran Laporan Pelan Tindakan Kecemasan CASB

EMERGENCY

Team Leader

Site Supervisor
Zahiruddin Zahari Police / Bomba /
Abg Muhd Uzair T. Bin Abg Hospital/SESCO
Mustapha Bomba Hos

Low: High:
1st Aid Accident Serious Injuries
Low High
TL & SS will settle & Dangerous Occurrence
close& report in Severity Etc. Immediately call
accident/incident Low/High Police / Bomba /
record form Hospital /SESCO

Engineer Project Manager


Safety Dept
Sara Natasha Miss Evonne Derasen
Arshad Hj Zainuddin
Abd Razak Bujang
Stanley Jiram

Commercial Director Chairman/MD OIC


En.Samat Othman En. Zailani Ismail Tuan Hj Muhammad Bin
Duri

Next of Kin KKLW/KKA/SESCO Media/Press

Rajah 3.4 (a): Carta aliran laporan kecemasan


2 way communication
22
Berikut adalah:-

i. Sekiranya berlaku kecemasan (Kebakaran, Kemalangan, Rusuhan,


Bencana Alam, dll) :

 Kemalangan Kecil – Kemalangan yang hanya memerlukan rawatan


pertolongan cemas. Cth luka / terpotong nipis pada bahagian badan
atau tangan, melecet dan lebam kecil.
 Kemalangan Utama – Kemalangan yang meragut nyawa. Cth
terpotong dalam pada bahagian badan atau tangan, tidak sedarkan diri,
patah tulang, digigit oleh binatang liar / disengat oleh serangga, jatuh
dari ketinggian, kejutan elektrik dilanggar oleh objek berat, dihempap
pokok atau disambar petir.

ii. Team Leader (TL) hendaklah dengan serta-merta memaklumkan kepada


Penyelia Tapak (SS) keadaan keterukan & sifat kecemasan.

iii. Jika keterukan adalah rendah ( bantuan kemalangan pertama, dll) SS & TL
hendaklah menyelesaikan & melaporkan dalam bentuk rekod kemalangan.

iv. Jika keterukan adalah tinggi ( kecedaraan serius, cth kejadian berbahaya)
dengan serta-merta menelefon polis, bomba, hospital (sesiapa yang
berkaitan & mengisi borang laporan kemalangan).

23
v. SS juga hendaklah segera melaporkan kepada Pengurus Projek, Jurutera &
Jabatan Keselamatan HSE.

vi. Pengurus Projek hendaklah serta-merta ke tempat kejadian dan


memaklumkan kemalangan kepada Pengerusi / Pengarah Urusan,
Pengarah OIC & Pengarah Komersial.

vii. Hanya Pengerusi / Pengarah Urusan akan memaklumkan / berhubung


dengan KKLW, KKA, SESCO HQ, media & waris

24
25Rajah 3.4 (b): Pelan laluan keluar pejabat CASB Miri
Toilet Toilet

PM EE PM EE EE PM P&M

ACCOUNT

PROJECT CLERK

PROCUREMENT
ADMIN

/ QA/QC
DOCUMENT ROOM SS C
MEETING
ROOM

CITRA
NET

MAIN ENTRANCE
SAFETY ACAD
viii.GM / HR

KEY
Route To Assembly Point Fire Extinguishers
25
Emergency Escape Route Door
Rajah 3.4 (c): Pelan tempat berhimpun jika berlaku kecemasan

SMALL RIVER

Staff Quarters
Staff
Quarters

Escape Route
From Quarters

Escape
Route
Office Building From
Office
Store
Building

Escape Route Escape


From Office Route
From
Store

Assembly
Point
Head Counting

MAIN ROAD
26
BAB 4

4. Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko & Kawalan Risiko (HIRARC)

4.1Tujuan
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menyediakan satu pendekatan yang sistematik dan
objektif untuk menilai bahaya dan risiko yang berkaitan. Pendekatan tersebut akan
memberi suatu ukuran objektif dalam mengenalpasti bahaya serta menyediakan satu
kaedah untuk mengawal risiko. Ia adalah salah satu daripada kewajipan am seperti yang
telah ditetapkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)
bagi majikan untuk menyediakan tempat kerja selamata kepada pekerja mereka dan orang
lain yang berkaitan.

4.2Terma & Definisi


Bahaya
Bermaksud sumber atau keadaan yang mempunyai potensi untuk bahaya kepada
manusia yang boleh menyebabkan kecederaan teruk, kerosakan harta benda, alam
sekitar atau gabungan semua.

Kawalan Bahaya
Bermaksud proses melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko yang
dikaitkan dengan bahaya.

Pengenalan Bahaya
Bermaksud pengenalpastian kejadian yang tidak diingini yang membawa kepada
materialilasi bahaya dan mekanisme dimana peristiwa-peristiwa yang tidak diingini
boleh berlaku.

27
Penilaian risiko
Bermaksud proses menilai risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang berpunca
daripada bahaya di tempat kerja.

Risiko
Bermaksud gabungan kemungkinan berlakunya kejadian berbahaya dengan tempoh
yang dinyatakan atau keadaan yang dinyatakan dan keterukan kecederaan atau
kesihatan manusia, harta benda, alam sekitar atau mana-mana gabungan ini.

4.3Konsep Asas

4.3.1 Apa itu Risiko?


Risiko adalah sesuatu yang kita sebagai individu hidup hari demi hari. Manusia
sentiasa membuat keputusan berdasarkan risiko. Risiko adalah gabungan
kemungkinan dan keterukan dari kejadian berbahaya. Dalam istilah matematik,
risiko boleh dikira dengan persamaan –
Risiko = Kebarangkalian x Keterukan
Dimana,

Kebarangkalian adalah satu kejadian yang mungkin berlaku dalam tempoh


tertentu atau dalam keadaan tertentu dan,

Keterukan datang dari kejadian seperti keterukan daripada kecederaan atau


kesihatan manusia, kerosakan harta benda, alam sekitar atau gabungan yang
disebabkan berlakunya kejadian.

28
Rajah 4.3.1 (a): Jadual A diatas menunjukkan kemungkinan menggunakan nilai-nilai
berikut

Rajah 4.3.1 (b): Jadual B diatas menunjukkan keterukan dengan menggunakan jadual
berikut

29
4.3.2 Penilaian Risiko
Risiko boleh ditunjukkan dalam pelbagai cara untuk menyampaikan keputusan
analisis dan keputusan kawalan risiko. Bagi analisis risiko yang menggunakan
kebarangkalian dan keterukan dalam kualitatif, ia membentangkan hasil dalam
matriks risiko adalah cara yang sangat berkesan untuk berkomunikasi bagi
pengagihan risiko seluruh kawasan di tempat kerja.

Risiko boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

Kebarangkalian x Keterukan = Risiko Relatif

Rajah 4.3.2 (a): Jadual C diatas menunjukkan satu contoh matriks risiko

30
Rajah 4.3.2 (b): Jadual D diatas menentukan keutamaan berdasarkan julat berikut

31
Rajah 4.3 Lampiran HIRARC CASB

Work
No Activities Hazards Existing Risk Control Likelihood Severity Risk Description Additional Risk Control Legal / Regulations

1 Site Survey Unknown Condition/Terrain Briefing, CIDB & PPE 4 3 12 Medium None

Coordinate/GPS Flora & Fauna Site Risk Assessment 4 2 8 Medium None

Villagers Eliminate & Prevent (If Possible) 4 2 8 Medium None

Fatigue Discuss With Villagers/Police 1 3 3 Low None

Flooding, Bush Fire, Haze Rest, Rotation, Shift, Adequate Water 2 3 6 Medium None Act 520
First Aid Box, Mask Lembaga
2 Pole Pegging Traffic Vehicles Briefing, CIDB, PPE, Road Management 4 3 12 Medium None Pembangunan
Machette(Eg; Knife, Hammer) Fit & High Awareness 3 1 3 Low Supervision IndustriPembinaan
Flora & Fauna Hazards Proper Usage & PPE 3 1 3 Low None Malaysia Act 1994
Villagers Eliminate or Prevent (If Possible) 1 3 3 Low None

Spray Paint Discuss With Villagers/Police 1 1 1 Low None

First Aid Box

ERP Procedure

3 Vegetation Traffic Vehicles Briefing, CIDB,PPE & Road Management 4 3 12 Medium Flagman, Signalman

Clearing Machette /Trimming Knife Check, Fit & High Awareness 2 2 4 Low Supervision

Chain Saw Eliminate or Prevent (If Possible) 2 3 6 Medium None

Flora & Fauna Hazards First Aid Box 2 2 4 Low None

Villagers Discuss With Villagers/Police 1 3 3 Low None

ERP Procedure

32
4 Hole Traffic Vehicles Briefing, CIDB,PPE & Road Management 4 3 12 Medium Flagman, Signalman

Excavation Shoveling Check, Fit & High Awareness 1 1 1 Low None

Slip, Trip & Fall Observe Work Area 4 2 8 Medium Supervision

Flora & Fauna Hazards Eliminate or Prevent (If Possible) 2 2 4 Low None

Villagers Discuss With Villagers/Police 1 3 3 Low None FMA 1967


First Aid Box (NCFAI Section 10)

ERP Procedure

5 Pole Traffic Vehicles Briefing, CIDB,PPE & Road Management 4 3 12 Medium None

Erection Tools & Machineries Check/Inspect/Proper Usage 3 2 6 Medium None

Villagers Discuss With Villagers/Police 1 3 3 Low None

Heavy Poles/Wood Proper Lifting & 5S 3 2 6 Medium Walkie-talkie

Falling Object (eg:Pole,Tools) Safe Zone & PPE 3 1 3 Low Supervision

Lorry & Lorry Crane Competent, COF, Safe Zone 3 3 9 Medium Qualified Lorry Crane Operator

Unstable Pole Temporary Stay, Safe Zone 3 3 9 Medium Supervision


ERP Procedure

First Aid Box

6 Stay Traffic Vehicles Briefing, CIDB,PPE & Road Management 4 3 12 Medium None

Installation Pole Collapse (Fall) Observe Pole, Safe Zone & PPE 2 4 8 Medium Supervision

Sharp Cutter Proper Usage, PPE Glove 4 1 4 Low Adequate Water & Rest

Flora & Fauna Hazards Eliminate & Prevent (If Possible) 2 2 4 Low None

Villagers Discuss With Villagers/Police 2 4 8 Medium None NONE


Snapped Stay Wire Proper Install, & Safe Zone 1 3 3 Low None

Falling From Height Proper Climbing ,Fiber Ladder, Safety Belt 4 4 16 High Supervision / *MEWPs

ERP Procedure

First Aid Box

33
7 Cable Traffic Vehicles Briefing, CIDB,PPE & Road Management 4 3 12 Medium None

Laying Pole Collapse (Fall) Observe Pole, Safe Zone & PPE 2 4 8 Medium Supervision

Sharp Cutter Proper Usage, PPE Glove 4 1 4 Low None

Flora & Fauna Eliminate & Prevent (If Possible) 2 2 4 Low None

Villagers Discuss With Villagers/Police 1 3 3 Low None

Snapped Stay Wire & Cable Proper Install, & Safe Zone 1 3 3 Low None

Unstable Pole Observe Pole, Safe Zone & PPE 3 3 9 Medium Supervision NONE
Falling From Height Proper Climbing, Fiber Ladder, Safety Belt 4 3 12 High *MEWPs / Supervision

Lightning Earthing installation, Stop work 3 4 12 Medium Earthing For Every 10 Pole

Cable Charged by Lightning Earthing installation, Stop work 3 4 12 Medium None

Night Activities(OT) Spotlight, Lightings 3 1 3 Low None

Poor Visibilities Mandatory Spotlight/Lightings, 3 1 3 Low None

First Aid Box


ERP Procedure

*MEWPs – Mobile Elevating Work Platform

34
KESIMPULAN & ULASAN

Secara amnya, kemalangan boleh diatasi jika amalan pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan dititikberatkan. Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
lemah merupakan satu masalah yang serius memandangkan implikasi-implikasi yang dibawa
boleh merugikan syarikat yang mengalaminya serta dapat menjatuhkan prestasi seterusnya
mempengaruhi keyakinan pekerja & klien terhadap sesebuah syarikat kontraktor. Syarikat CASB
perlu menyediakan program-program keselamatan dengan lebih kerap lagi supaya pekerja tahu
bahaya yang bekal dihadapinya dan pekerja itu sendiri tahu bagaimana untuk menghindarinya
daripada berlaku. Sikap enggan mendengar arahan dari segilintir pekerja adalah isu yang biasa
dihadapi tetapi dengan ada komunikasi dua hala dan pertimbangan yang baik, ia mampu
memastikan pematuhan terhadap keselamatan dan kesihatan berterusan untuk tempoh masa
yang panjang.

Sesebuah syarikat perlu sedar dan prihatian terhadap akta-akta keselamatan sedemikian
dan perlu melantik pegawai keselamatan di tapak pembinaan untuk menilai tahap keselamatan
sekaligus mempertingkatkan kualiti keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan. Banyak lagi
perkara yang perlu saya tahu dan mendalami tentang bidang yang saya pelajari sekarang. Tunjuk
ajar dan nasihat dari penyelia saya banyak memberi manfaat kepada saya dan dijadikan panduan
saya di masa hadapan kelak.

35
KESIMPULAN & CADANGAN

Pematuhan boleh dicapai ke tahap tertinggi sekiranya pemantauan secara manual dari
pihak bertanggungjawab (Jabatan HSE) dilakukan secara berganda dan berterusan. Pihak yang
menjalankan tugas pemantauan perlu kompeten dan bersikap profiesional dalam mengendalikan
masalah berkaitan kerja lebih-lebih lagi jika berdepan dengan masalah sikap manusia. Jika
terdapat kesalahan dilakukan oleh pekerja, mereka harus mengambil kira semua aspek contohnya
situasi pekerja dan keadaan persekitaran kerja sebelum mengenakan sesuatu tindakan diatas
kesalahan tersebut.
Mereka tidak boleh terus menuding jari kepada pekerja serta terus mengenakan hukuman,
hal ini akan mengakibatkan berlakunya rasa tidak puas hati pekerja kepada majikan lebih-lebih
lagi jika ianya melibatkan satu kesalahan kecil. Komunikasi dan pertimbangan yang baik
diperlukan untuk memastikan pematuhan terhadap keselamatan dan kesihatan berterusan untuk
tempoh masa yang panjang.
Kesimpulan dari pemerhatian saya, saya berpendapat pihak yang bertanggungjawab
terhadap pematuhan keselamatan sangat memainkan peranan yang penting, ianya akan
mempengaruhi persepsi pekerja terhadap pihak pengurusan serta keberkesanan hubungan dua
hala diantara majikan dengan pekerja. Secara logiknya hal ini secara tidak lansung akan
menentukan tahap produktiviti syarikat itu sendiri. Selain itu, menjadi tanggungjawab pekerja itu
sendiri untuk memberikan kerjasama penuh bagi memastikan sistem pengurusan keselamatan
dan kesihatan pekerjaaan bergerak lancer sekaligus dapat mengelakkan berlakunya kejadian
yang tidak diingini.

36
RUJUKAN

 Rujukan Buku : Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994


: Akta Kilang & Jentera 1967

 Rujukan Laman Web : Work Safe BC


http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=eme
rgency%20response%20plan%20small%20office&s
ource=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC8QFjAA&ur
l=http%3A%2F%2Fwww.worksafebc.com%2Fpubl
ications%2Fhealth_and_safety%2Fb

: Department of Occupational Safety And Health


http://www.dosh.gov.my/doshv2/phocadownload/g
uidelines/ve_gl_hirarc.pdf

37
LAMPIRAN

Sesi dialog di Rh. Slyvester Anam, Miri.

38
Sesi “Pole Top Rescue” anjuran SESCO.

39
Aktiviti shutdown di Rh. Ngayum, Niah.

40
Taklimat bagi keselamatan di pejabat oleh Penyelia Tapak Keselamatan.

41
Salah satu pekerja yang kurang akan pengetahuan tentang keselamatan & bahaya.

42
Salah satu lif kenderaan mudah alih platform kerja Citra Alti.

43
Kerja lebih mudah & selamat menggunakan lif mudah alih platform kerja.

44
Sampah-sarap yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan jangkitan.

45
Menyalahgunakan barang keselamatan yang diberi oleh syarikat.

46
47

Anda mungkin juga menyukai