Anda di halaman 1dari 5

AMALAN 3S

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

KERTAS KONSEP
MEMPERKASAKAN
AMALAN
GURU PENYAYANG
MELALUI
PROGRAM 3S
(SENYUM, SAPA &
SALAM)

Page 0|5
AMALAN 3S

1. PENDAHULUAN
Amalan senyum, sapa dan salam (3S) bukanlah sesuatu yang baharu. Ia
merupakan sebahagian daripada amalan yang dipraktikkan dalam program guru
penyayang. AMALAN 3S ini sewajarnya dipraktikkan oleh semua warga sekolah dalam
membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif serta harmonis.
Konsep dan amalan 3S ini akan mewujudkan hubungan saling hormat menghormati,
sifat kasih sayang, peka kepada keadaan sekeliling dan menjadikan suasana yang
kondusif dan harmoni.

Amalan ini boleh dipraktikkan pada bila-bila masa semasa bertemu rakan, guru
ibubapa atau tetamu sekolah. Ini dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan
kondusif dalam menyuburkan budaya masyarakat penyayang.

2. TUJUAN
2.1 Menjadikan amalan ini sebagai satu budaya yang dapat dipraktikkan di
sekolah-sekolah Negeri Perak.
2.2 Mengurangkan salahlaku pelajar
2.3 Meningkatkan kehadiran pelajar.
2.4 Merapatkan kerjasama sekolah dengan masyarakat.

3. OBJEKTIF
Adalah diharapkan amalan ini dapat :
 Membentuk budaya positif dalam kalangan warga sekolah
 Membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif di sekolah

Page 1|5
AMALAN 3S

 Membentuk sifat hormat menghormati dan kasih sayang


 Mewujudkan keseronokan datang ke sekolah

4. KUMPULAN SASARAN
 Semua warga sekolah (pihak pengurusan, guru-guru, pelajar-pelajar, kakitangan
sekolah, pengawal keselamatan dan tetamu yang hadir ke sekolah)

5. KAEDAH PELAKSANAAN AMALAN 3S


5.1 Apabila murid sampai ke sekolah, mereka disambut dengan senyuman daripada
guru-guru dan pengawas bertugas. Murid digalakkan untuk turut melemparkan
senyuman sebagai tanda pertemuan.
5.2 Murid akan menyapa guru dengan ucapan-ucapan yang sopan seperti:
- Assalamualaikum cikgu
- Selamat pagi cikgu
- Good Morning teacher
- Apa khabar cikgu
5.3 Sapaan juga boleh berlaku sebaliknya di mana guru yang terlebih dahulu
memberikan salam.
5.4 Seterusnya murid boleh bersalaman dengan guru-guru atau memberikan tanda
hormat yang lain seperti menundukkan kepala, membongkokkan badan atau
meletakkan tangan di dada.

6. CADANGAN PELAKSANAAN
6.1 Pelancaran: pada 29.10.2015
6.2 Tempat: ……………………………….
6.3 Pelaksanaan sepenuhnya adalah pada tahun 2016.

7. PENUTUP
Kejayaan ’AMALAN 3S’ ini adalah pengembelingan bersama-sama semua pihak
khususnya seluruh warga pendidik di seluruh Negeri Perak. Ini juga adalah aspirasi
murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mahu
Page 2|5
AMALAN 3S

melahirkan murid yang ’berkualiti’ dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Adalah
diharapkan agar amalan ini menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan pelajar dan
impaknya dapat dilihat dalam seluruh kehidupan pelajar.

8. MOHON PANDANGAN DAN KELULUSAN AHLI MESYUARAT

LAMPIRAN

TAKRIFAN AMALAN 3S (SENYUM, SAPA DAN SALAM)

SENYUM
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:
- Gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa suka
(geli hati, setuju dan sebagainya)
 Sabda Nabi Muhammad SAW, “Senyummu di depan saudaramu adalah
sedekah.” Hadits Riwayat At Tirmidzi dalam sahihnya.

SAPA
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:
- Kata-kata yang dituturkan untuk menegur (mengajak berbual)

SALAM
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:
- Berjabat tangan tanda memberi hormat
 Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat
(seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih
baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). (An-Nisa' : 86)
 Rasulullah SAW telah memerintahkan umatnya untuk menebarkan salam iaitu
ucapan salam sejahtera: “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”.

Page 3|5
AMALAN 3S

 Pemberian salam yang ikhlas dengan nada dan mimik muka yang manis akan
memancing jawapan yang baik atau malah lebih baik lagi sehingga terjadilah
komunikasi dua hala yang disenangi.
 Amalan ini disenaraikan sebagai antara amalan yang paling baik di dalam Islam.

CARA LAIN MENUNJUKKAN TANDA HORMAT


 Membongkokkan badan, menundukkan kepala dan meletakkan tangan di dada.

Page 4|5

Anda mungkin juga menyukai