Anda di halaman 1dari 12

Qasam-qasam Al-Quran

QASAM- QASAM AL-QURAN

Definisi:

Bahasa: Aqsam adalah jamak daripada qasam yang bermaksud al-hilf dan al-yamin, iaitu
sumpah.
Istilah: Qasam bererti mengikat jiwa (hati) agar tidak melakukan atau melakukan sesuatu,
dengan ‘suatu makna’ yang dipandang besar, agung dan baik secara hakiki mahupun i’tiqadi,
oleh orang yang bersumpah itu.

Dinamakan juga bersumpah dengan yamin (tangan kanan), kerana orang arab ketika
bersumpah memegang tangan kanan sahabatnya.

Shighat asli qasam ialah fi’il atau kata kerja “aqsama” atau “ahlafa” yang di muta’addi
(transitif) kan dengan “ba” menjadi muqsam bih (sesuatu yang digunakan untuk bersumpah)
kemudian muqsam alaih, yang dinamakan dengan jawab Qasam. Misalnya firman Allah
dalam:

  


       
    
    
“Mereka bersumpah dengan nama Allah, dengan sumpah yang sungguh-sungguh,
bahwasanya Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati” (Q.S. An-Nahl:38)
3 Unsur didalam qasam:

Lahirnya suatu sumpah mengharuskan adanya unsur - unsur yang mendukungnya, iaitu hal -
hal yang dengannya terbentuk sumpah Allah. Tanpa adanya unsur - unsur dimaksud maka
tidak dapat disebut dengan sumpah Allah. Menurut Ahmad Syadzali sedikitnya terdapat tiga
unsur yang harus dipenuhi jika dikehendaki suatu ucapan menjadi sebuah sumpah, yaitu: fi’il
yang dimuta’addikan atau ditransitifkan dengan “ba”, muqsam bih dan muqsam ‘alaih.

1. Fi’il yang ditransitifkan dengan ‘ba’


2. Muqsam bih
3. Muqsam ‘alaih

Fi’il yang berbentuk muta’addi dengan diawali huruf ba’

ِ ‫علَ ْي ِه َحقًّا َولَ ِك هن أ َ ْكث َ َر النه‬


)38( َ‫اس ََل يَ ْعلَ ُمون‬ َ ‫َّللاُ َم ْن يَ ُموتُ بَلَى َو ْعد ًا‬
‫ث ه‬ ُ ‫اَّللِ َج ْهدَ أ َ ْي َمانِ ِه ْم ََل يَ ْب َع‬ َ ‫وأ َ ْق‬
‫س ُموا ِب ه‬
Artinya:
“Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sumpahnya yang sungguh-sungguh:“Allah
tidak akan akan membangkitkan orang yang mati”. (tidak demikian), bahkan (pasti Allah
akan membangkitnya), sebagai suatu janji yang benar dari Allah, akan tetapi kebanyakan
manusia tiada mengetahui.“(QS. An-Nahl ayat 38 )

Namun, kadangkala dalam satu ayat langsung disebutkan dengan wawu )‫ (و‬pada isim zahir.
seperti firman Allah yang berbunyi:
   
Ertinya, “Demi malam apabila menutupi (cahaya siang). (Surah Al-Lail ayat1)
Sedangkan khusus lafaz Al-Jalalah yang digunakan untuk pengganti fi’il qasam adalah huruf
“ta” seperti dalam firman Allah SWT:

)57( َ‫صنَا َم ُك ْم َب ْعدَ أ َ ْن ت ُ َولُّوا ُم ْد ِب ِرين‬


ْ َ ‫َاَّللِ ََل َ ِكيدَ هن أ‬
‫َوت ه‬
Artinya:
“Demi Allah, Sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhalamu
sesudah kamu pergi meninggalkannya. (QS. Al-Anbiya: 57)
Muqsam Bih
Muqsam bih ialah lafaz yang terletak sesudah adat qasam yang dijadikan sebagai sandaran
dalam bersumpah yang juga disebut syara. Sesuatu yang dijadikan sumpah oleh Allah dalam
Al-Quran ada kalanya dengan memakai nama yang Agung(Allah), dan ada kalanya dengan
menggunakan nama-nama ciptaanNya. Qasam dengan menggunakan nama Allah dalam Al-
Quran hanya terdapat dalam tujuh tempat iaitu:
1. QS. Adz-dzariyat ayat 43
2. QS. Maryam ayat 68
3. QS. Yunus ayat 53
4. QS. Al-Hijr ayat 92
5. QS. At-Taghabun ayat 17
6. QS. An-Nisa ayat 65
7. QS. Al-Ma’arij ayat 40

Muqsam ‘alaih
Muqsam ‘alaih kadang juga disebut jawab qasam. Muqsam ‘alaih merupakan suatu
pernyataan yang datang mengiringi qasam, berfungsi sebagai jawapan dari qasam. Posisi
muqsam ‘alaih terkadang boleh menjadi taukid, sebagai jawapan qasam. Kerana yang
dikehendaki dengan qasam adalah untuk mentaukidimuqsam ‘alaih dan mentahkikannya.
Jawab qasam itu pada umumnya disebutkan atau dizahirkan.

Faedah Qasam di dalam Al-Quran :

Al-Qur’an diturunkan untuk semua manusia. Meskipun demikian, tanggapan manusia sangat
beragam terhadap Al-Qur’an, di antaranya ada yang meragukan, ada yang mengingkari dan
ada yang memusuhinya. Keragaman tanggapan ini dicarikan penyelesaian dalam Al-Qur’an
dengan menggunakan qasam yang tetap memperhatikan keadaan lawannya. Ada tiga pola
yang digunakan Al-Qur’an yang terkenal dengan sebutan adrubul khabar as-salasah, iaitu
ibtida’i, talabi dan ingkari.
Khabar Ibtida’i digunakan pada mukhatab yang hatinya masih kosong, belum mempunyai
persepsi yang berlainan atau masih bersih dari memikirkan masalah yang dijadikan. Bercakap
dengan orang seperti ini tidak menggunakan penguat ( ta’kid ). Sedangkan khabar yang
digunakan dalam membahas suatu masalah dimana mukhatabnya masih ragu , maka
mukhatab tersebut perlu penguat untuk menghilangkan keraguannya. Khabar ini dinamakan
khabar talabi. Namun jika mukhatab menolak pernyataan yang disampaikan, maka
diperlukanlah penguat sesuai dengan tingkat kadar penolakannya. Khabar seperti ni
dinamakan khabar inkari.
Qasam merupakan salah satu penguat perkataan yang masyhur untuk memantapkan dan
memperkuat kebenaran sesuatu di dalam jiwa. Al-Qur’an Al-Karim diturunkan untuk seluruh
manusia dan manusia mempunyai pemikiran yang berbeza-beza. Diantaranya ada yang
meragukan, ada yang mengingkari dan ada yang amat memusuhi, kerana itu digunakan
Qasam dalam kalamullah untuk menghilangkan keraguan, melenyapkan kesalahfahaman,
menguatkan khabar dan menetapkan hukum dengan cara paling sempurna.

1. Penguat perkataan yang masyhur di dalam bahasa arab bagi memantapkan dan menguatkan
kebenaran sesuatu di dalam jiwa.
2. Kaedah di dalam al-quran sesuai untuk seluruh manusia yang mempunyai pelbagai ragam
samada yang meragukan, yang mengingkari dan yang memusuhi.
3. Menghilangkan keraguan, melenyapkan salah faham, menegakkan hujah, menguatkan
kabar dan menetapkan hukum dengan cara paling sempurna.
4. Allah menggunakan beberapa benda sebagai sumpah-Nya, dimaksudkan agar manusia
memerhati kebesaran Allah melalui ciptaan-Nya. Dengan begitu manusia merasa rendah di
hadapan Allah.

Muqsam bih di dalam Al-Quran :

Allah s.w.t bersumpah dengan :


1. Zat-Nya yang suci dan mempunyai sifat-sifat khusus
2. Tanda-tanda-Nya yang memantapkan eksistensi dan sifat-sifat-Nya
3. Sebahagian makhluk bagi menunjukkan ianya adalah salah satu tanda kebesaran-Nya

Allah s.w.t bersumpah dengan Zat-Nya sendiri 7 tempat di dalam al-quran:


1. 7 : ‫ التغابن‬: ‫زعم الذين كفروا أن لن يبعثوا قل بلى وربي لتبعثن‬
2. 3 : ‫ سبأ‬: ‫وقال الذين كفروا َل تأتينا الساعة قل بلى وربي لتأتينكم‬
3. 53 : ‫ يونس‬: ‫ويستنبؤنك أحق هو قل إي وربي إنه لحق‬
Di dalam 3 ayat di atas, Allah s.w.t memerintahkan agar Nabi Muhammad s.a.w bersumpah
dengan zat-Nya.
4. 68 : ‫ مريم‬: ‫فوربك لنحشرنهم والشياطين‬
5. 92 : ‫ الحجر‬: ‫فوربك لنسألنهم أجمعين‬
6. 65 : ‫ النساء‬: ‫فال وربك َليؤمنون حتى يحكموك فيما شجر بينهم‬
7. 40 : ‫ المعارج‬: ‫فال أقسم برب المشارق والمغارب‬

Allah s.w.t bersumpah dengan makhluk-Nya di dalam al-quran selain dairpada 7 tempat
tersebut:
1. 2-1 : ‫ الشمس‬: ‫ والقمر إذا تالها‬،‫والشمس وضحاها‬
2. 2-1 : ‫ الفجر‬: ‫ وليال عشر‬،‫والفجر‬
3. 15 : ‫ التكوير‬: ‫فال أقسم بالخنس‬

Allah s.w.t sahaja yang boleh bersumpah dengan apa yang dikehendaki-Nya. Manusia hanya
boleh bersumpah dengan nama Allah.

Hadis dari Umar bin Khattab katanya: Rasulullah s.a.w bersabda "Barangsiapa yang
bersumpah dengan selain Allah, maka orang ini termasuk kafir atau syirik (diriwayatkan dan
dihasankan oleh Imam Tirmidzi, dan disahihkan oleh Al-Hakim).

Hanya Allah s.w.t yang boleh bersumpah dengan makhluk-Nya, kerana ini menunjukkan
bahawa Dialah yang menjadikan, Dia adalah Allah s.w.t dan untuk menunjukkan kelebihan-
Nya supaya manusia dapat mengambil pelajaran daripadanya.

Hadis dari Al-Hasan, katanya "Bahawa sesungguhnya Allah bersumpah dengan apa yang
dikehendakiNya, sedangkan makhluk-Nya itu tidak boleh besumpah kepada selain Allah
s.w.t.
Pembagian qasam :

1. Zahir (jelas/tegas)

Disebut fi’il qasam dan muqsam bih di dalam sumpah. Terdapat juga yang dihilangkan fi’il
qasam seperti keumuman, kerana memadai dengan huruf ‘ba’, ‘waw’ dan ‘ta’.

Beberapa tempat, adakalanya fi’il qasam didahului ‘la’ nafi.

Contoh: 2-1 : ‫ القيامة‬: ‫ وَل أقسم بالنفس اللوامة‬،‫َل أقسم بيوم القيامة‬

Ada beberapa pendapat tentang ‘la’ pada ayat ini. Dikatakan kedua-dua ‘la’ tersebut adalah
bermaksud “tidak” untuk menafikan kalimat yang dibuang. Takdirnya adalah: Tidak (benar
apa yang kalian sangka bahawa tiada perhitungan dan balasan), kemudian dilanjutkan
perkataanya dengan "Aku bersumpah dengan hari qiamat dan Aku bersumpah dengan nafsu
lawwamah, bahawa kamu kelak akan dibangkitkan".

Dikatakan pula bahawa ‘la’ tersebut untuk menafikan qasam, seolah-olah ia berkata "Aku
tidak bersumpah dengan hari qiamat dan nafsu itu, tetapi Aku bertanya kepadamu tanpa
sumpah, apakah engkau menyangka bahwa Kami tidak akan mengumpulkan tulang
belulangmu setelah hancur kerana kematian? Sungguh, masalahnya amat jelas, sehingga tidak
memerlukan sumpah”.

Dikatakan pula bahwa ‘la’ tersebut za’idah. Sedangkan jawab qasam di dalam ayat di atas
tidak disebutkan, tetapi telah ditunjukkan oleh perkataan selepasnya ‫ الخ‬... ‫أيحسب اَلنسان‬

, dan takdirnya adalah: ‫ لتبعثن ولتحاسبن‬.

2. Mudmar (tidak jelas/tersirat)

Tidak dijelaskan fi’il qasam dan muqsam bih di dalam sumpah, tetapi ia ditunjukkan oleh
‘lam taukid’ yang masuk ke dalam qasam.

Contoh: 186 : ‫ ال عمران‬: ‫ لتبلون فى أموالكم وأنفسكم‬, bermaksud demi Allah, kamu sungguh-
sugguh akan diuji.

Keadaan muqsam ‘alaih :

1. Tujuan qasam adalah untuk mengukuhkan dan mewujudkan muqsam ‘alaih. Oleh itu,
muqsam ‘alaih harus daripada sesuatu yang layak didatangkan qasam padanya.

2. Umumnya, jawab qasam disebutkan. Adakalanya dihilangkan seperti jawab ‘lau’ (jika)
sering dibuang.
Contoh: ‫ كال لو تعلمون علم اليقين‬.

Contoh yang dibuang ini adalah uslub yang terbaik, kerana menunjukkan kebesaran dan
keagungan. Takdir ayat ini adalah “seandainya kamu mengetahui apa yang akan kamu hadapi
secara yakin, tentu kamu akan melakukan kebaikan yang tidak terkira banyaknya”.

Penghilangan bertujuan:
• Menunjukkan keagungan dan kebesaran Allah s.w.t
• Menunjukkan qasam yang tidak memerlukan jawapan
• Ditunjukkan oleh perkataan yang disebutkan selepasnya

3. Fi’l madi musbat mutasarrif yang tidak didahului ma’mulnya ketika menjadi jawab qasam,
perlu disertai dengan ‘lam’ dan ‘qad’. Salah satu dairpada keduanya tidak boleh dihilangkan
kecuali jika perkataan terlalu panjang.

Contoh: ،‫ والسماء ومابناها‬،‫ والليل إذا يغشاها‬،‫ والنهار إذا جالها‬،‫ والقمر إذا تالها‬،‫والشمس وضحاها‬

9-1 : ‫ الشمس‬: ‫ قد أفلح من زكاها‬،‫ فألهمها فجورها وتقواها‬،‫ ونفس وماسواها‬،‫ واَلرض وماطحاها‬.

Jawab qasamnya adalah ‫ قد أفلح من زكاها‬. ‘Lam’ di dalam ayat ini dibuang kerana kalam
terlalu panjang.

Oleh itu, sebahagian ulama berpendapat pada firman Allah s.w.t


‫ البروج‬: ‫ قتل أصحاب اَلخدود‬،‫ وشاهد ومشهود‬،‫ واليوم الموعود‬،‫والسماء ذات البروج‬
Yang terbaik ialah qasam di sini tidak memerlukan jawab, kerana yang dititikberatkan di sini
adalah pada muqsam bihnya, kerana ia termasuk tanda kebesaran Tuhan.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa jawab qasam tersebut dihilangkan dan
ditunjukkan oleh ayat keempat ‫ قتل أصحاب اَلخدود‬, mereka itu adalah orang-orang kafir
Mekah yang dilaknat seperti kaum Ukhdud.

Dan pendapat yang lain mengatakan bahawa, jawab takdirnya dihilangkan iaitu ‫ لقد‬, kerana
fi'il madi apabila menjadi jawab qasam, maka harus disertai ‘lam’ dan ‘qod’, dan tidak boleh
dihilangkan salah satu daripada keduanya, kecuali ketika kalam terlalu panjang, seperti
contoh yang telah disebutkan di atas.

4. Allah s.w.t bersumpah atas (untuk menetapkan) asas-asas keimanan yang perlu makhluk
ketahui.

Contoh: 4-1 : ‫ الصافات‬: ‫ إن إلهكم لواحد‬،‫ فالتاليات ذكرا‬،‫ فالزاجرات زجرا‬،‫والصافات صفا‬,
ayat bertujuan menjelaskan tauhid.

Tujuan sumpah:
• Menjelaskan tauhid
• Menegaskan kebenaran al-quran
• Menjelaskan kebenaran rasul
• Menjelaskan balasan, janji dan ancaman
• Menerangkan keadaan manusia

5. Qasam adakalanya jumlah khabariyah, inilah yang paling banyak.

Contoh: 23 : ‫ الذاريات‬: ‫ فورب السماء واَلرض إنه لحق‬.

Adakalanya jumlah talabiyah secara maknawi.

Contoh: 92-93 : ‫ الحجر‬: ‫ فوربك لنسألنهم أجمعين عما كانوا يعملون‬, kerana yang dimaksudkan
adalah ancaman dan peringatan.
Qasam dan syarat :

Apabila qasam dan syarat berkumpul dalam satu kalimat, maka unsur kalimat yang terlebih
dahulu daripada keduanya adalah jawab, baik itu qasam atau syarat.

Jika kalimat yang pertama itu adalah qasam, maka jawab itu adalah untuk qasam dan bukan
jawab untuk syarat.

Contoh: 46 : ‫ مريم‬: ‫ لئن لم تنته َلرجمنك‬, takdirnya adalah, ‫ وهللا لئن لم تنته‬. ‘Lam’ yang masuk
kepada syarat bukanlah ‘lam’ jawab qasam.

Contoh: 57 : ‫ اَلنبياء‬: ‫ وتاهلل َلكيدن أصنامكم‬, tetapi, ‘lam’ itu adalah ‘lam’ yang masuk kepada
adat syarat untuk berfungsi sebagai indikator bahawa pernyataan jawab yang selepasnya
adalah bagi qasam yang sebelumnya, dan bukan bagi syarat. ‘Lam’ tersebut dinamakan lam
mu’zinah dan dinamakan juga lam mauti'ah, kerana ia memberikan jawab bagi qasam.

Contoh: : ‫لئن أخرجوا َليخرجون ولئن قوتلوا َلينصرونهم ولئن نصروهم ليلون اَلدبارثم َلينصرون‬

12 : ‫الحشر‬,
umumnya lam mauti’ah ini masuk ke dalam ‘in syartiah’, dan adakalanya masuk ke dalam
yang lain.
Tidak sah dikatakan kalimat itu adalah jawab bagi qasam yang muqoddar, kerana syarat tidak
boleh menjadi jawab. Hal ini kerana, jawab itu perlulah berbentuk khabar, manakala syarat
pula adalah insya'. Oleh itu, firman Allah s.w.t pada contoh pertama ‫ َلرجمنك‬merupakan
jawab bagi qasam yang muqaddar dan tidak diperlukan jawab syarat.

Kemasukan lam mauti'ah qasam ke dalam syarat bukanlah wajib, kerana adakalanya ia
dibuang padahal qasam yang muqoddar itu ada sebelum syarat.

Contoh: ‫ وإن لم ينتهوا عما يقولون ليمسن الذين كفروا منهم عذاب أليم‬: 73 : ‫ المائدة‬, yang menjadi
bukti bahawa jawab itu untuk qasam adalah masuknya ‘lam’ kepadanya disamping lafaz yang
menjadi jawab tersebut tidak majzum.
Contoh: 88 : ‫لئن اجتمعت اإلنس والجن على أن يأتوا بمثل هذا القران َليأتون بمثله ولوكان بعضهم‬
‫ اإلسراء‬: ‫ لبعض ظهيرا‬,
jika ‫يأتون‬ ‫َل‬ menjadi jawab bagi syarat, maka ia majzum.

Dan adapun pada: ‫ لئن متم أو قتلتم إللى هللا تحشرون‬, maka ‘lam’ pada ‫ لئن‬adalah lam mauti’ah

bagi qasam, manakala ‘lam’ pada ‫ إللى هللا‬adalah ‘lam’ qasam, iaitu ‘lam’ yang terletak pada
jawab qasam. Dan juga ‘nun taukid’ tidak dimasukkan ke dalam fi'il, kerana antara ‘lam’
qasam dan fi'il tersebut terpisah oleh jar majrur, asalnya adalah: ‫لئن متم أوقتلتم لتحشرن إلى هللا‬
.

Beberapa fi’il yang berfungsi sebagai qasam :

Apabila qasam berfungsi menguatkan muqsam ‘alaih, maka beberapa fi’il dapat difungsikan
sebagai qasam jika konteks kalimatnya menunjukkan makna qasam.

Contoh: 187 : ‫ ال عمران‬: ‫ وإذ أخذ هللا ميثاق الذين أوتوا الكتاب لتبيننه للناس‬.

‘Lam’ pada ‫ لتبيننه للناس‬adalah ‘lam’ qasam, dan kalimat selepasnya adalah jawab qasam,

kerana ‫( أخذ الميثاق‬mengambil janji) ertinya istihlaf (mengambil sumpah).

Atas dasar ini para mufasir memfungsikan sebagai qasam firman Allah s.w.t berikut : QS.
AL-BAQARAH : 83 DAN 84. Dan QS. AL-NUR : 55.
Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat diambil, bahawasa nya aqsamul Qur’an adalah salah
satu dari ilmu-ilmu tentang al-Qur’an yang mengkaji tentang erti, maksud, hikmah,
dan rahsia sumpah-sumpah Allah yang terdapat dalam al-Qur’an untuk mempertegas
dan memperkuat berita yang sampai kepada pendengar. Huruf-huruf yang digunakan
untuk bersumpah yakni ada tiga perkara, wawu, ba’, ta’. Menurut Manna’ Al
Qaththan, qasam itu adakalanya zhahir(jelas,tegas) dan adakalanya mudhmar(tidak
jelas,tersirat. Unsur yang digunakan dalam qasam iaitu Muqsim (yang bersumpah),
adat qasam, muqsam bih (sesuatu yang digunakan untuk bersumpah), muqsam ‘alaih
(pernyataan karenanya sumpah diucapkan atau jawab qasam). Tujuan diucapkannya
sumpah adalah sebagai taukid untuk menguatkan sebuah pendapat jika seseorang
mengingkari, ragu-ragu maupun menolak dan bahkan menentang pendapat yang telah
kita ucapkan. Maka pendapat tersebut dapat dikukuhkan dengan sumpah, agar orang
yang mendengarkan dapat percaya dengan apa yang telah kita ucapkan. Jadi
kesimpulannya, disimpulkan bahawa dalam kalamullah berguna untuk menghilangkan
keraguaan dan kesalahfahaman, menegakkan hujah , menguatkan khabar dan
menetapkan hukum dengan cara sempurna.
RUJUKAN

1. Al Quran Al Karim
2. Mabahith Fi Ulumul Quran
3. http://ulumquran2014.blogspot.my/2014/12/qasam-qasam-al-quran.html

Anda mungkin juga menyukai