Anda di halaman 1dari 22

Topikȱ9 X Latihanȱdalamȱ

Pembelajaranȱ
Motorȱ

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Membincangkan cara pelaksanaan variabiliti latihan dalam


pembelajaran kemahiran;
2. Menghuraikan jumlah dan distribusi latihan melalui strategi lebihan-
belajar dan kaedah perlaksanaan latihan;
3. Menjelaskan maksud kompleksiti dan pengelolaan semasa latihan
sesuatu kemahiran motor;
4. Menjelaskan dua peranan latihan mental dalam pembelajaran bagi
menentukan prestasi kemahiran motor; dan
5. Menyatakan jenis-jenis lengkuk prestasi dan menafsirkannya
berasaskan masa melawan percubaan.

X PENGENALAN
Dalam topik sebelum ini, penekanan diberikan dalam aspek bagaimana proses
menyampaikan pembelajaran motor boleh diaplikasikan. Ia banyak
mengutarakan isu-isu semasa supaya pembelajaran itu berkesan. Topik kali ini,
umumnya cuba memperlihatkan bentuk-bentuk latihan kemahiran motor supaya
ia membentuk perlakuan yang sepatutnya. Untuk lebih jelas ikuti pembacaan
topik ini dengan tenang dan penuh tumpuan.

Kualiti dan kuantiti latihan kemahiran motor telah sering dibincang dan
dianalisis sejak lama lagi oleh profesional-profesional tingkah laku motor.
188 X TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan perlakuan


dalam sesuatu persekitaran latihan. Di antaranya adalah
a) Struktur sesi latihan;
b) Cara bagaimana latihan dikelolakan; dan
c) Kesan kedua-dua faktor tadi ke atas individu; atau
d) Jumlah dan agihan latihan.

Tujuan utama seorang berlatih sesuatu kemahiran adalah untuk meningkatkan


perlakuan yang lebih baik di masa akan datang. Oleh kerana terdapat keperluan
perlakuan yang lebih baik pada masa akan datang, guru dan jurulatih perlu
mereka dan membentuk satu keadaan latihan yang dapat menyediakan
pelajarnya untuk melakukan sesuatu kemahiran ke tahap paling tinggi.

AKTIVITI 1.1
ȱ 9.1 VARIABILITI LATIHAN
ȱ
Kebanyakan teori pembelajaran kemahiran motor memberi tumpuan kepada
manfaat yang diperolehi daripada variabiliti latihan.

Variabiliti latihan adalah merujuk kepada kepelbagaian pergerakan dan ciri-


ciri konteks pelajar itu mengalami semasa berlatih sesuatu kemahiran.

Contohnya dalam Teori Skema Schmidt, jangkaan kejayaan perlakuan yang akan
datang pada kemahiran berkenaan adalah bergantung kepada jumlah variabiliti
pelajar itu alami semasa latihan. Begitu juga dalam Model Peringkat
Pembelajaran Gentile yang menekankan bahawa, semasa latihan seorang pelajar
perlu mengalami berbagai ciri-ciri pengalaman regulatori dan bukan regulatori.
Corak Dinamik pula mengatakan bahawa pembelajaran motor memerlukan
pelajar mempelopori ruang perseptual motor dan menemui penyelesaian optima
kepada masalah yang diwujudkan oleh kemahiran tersebut.

Manfaat utama seorang pelajar akan perolehi daripada pengalaman-pengalaman


latihan yang membantu pergerakan dan variabiliti konteks adalah, satu
peningkatan kebolehan untuk melakukan kemahiran itu dalam situasi ujian yang
akan datang. Ini bermakna pelajar itu telah memiliki satu peningkatan kebolehan
untuk melakukan serta mengadaptasi kemahiran yang telah dilatihnya dalam
situasi yang akan datang. Apabila kita melihat dari perspektif pemindahan
pembelajaran, kehadiran variabiliti pergerakan dalam latihan boleh dilihat
sebagai satu cara untuk meningkatkan kebarangkalian pemindahan positif
berlaku dari latihan itu ke situasi ujian. Untuk memastikan bahawa variabiliti
latihan akan memanfaatkan perlakuan akan datang, ia dibandingkan kesannya
TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 189

ke atas retensi atau pemindahan perlakuan dalam situasi-situasi latihan yang


melibatkan satu variasi kemahiran (contohnya, latihan konstant) dengan yang
melibatkan beberapa variasi kemahiran (contohnya, variabel latihan) tersebut.
Perbandingan jenis ini telah menjadi piawaian strategi kajian.

Teori Skema Schmidt yang mengatakan bahawa semakin besar jumlah variabel
latihan akan mewujudkan satu pembelajaran yang lebih berkesan daripada
jumlah variabel latihan yang sedikit.

Langkah pertama bagaimana untuk menyediakan satu jumlah variabiliti latihan


yang sesuai, adalah dengan mengakses kepada ciri-ciri situasi akan datang di
mana pelajar itu akan melakukan kemahiran tersebut. Ciri-ciri konteks fizikal
diperlukan dalam situasi perlakuan itu. Adalah perlu ingat bahawa apabila
seseorang melakukan sesuatu kemahiran, mereka melakukannya dalam konteks
mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal pasti.

Gentile mengatakan bahawa terdapat sebahagian ciri-ciri perlakuan adalah


kritikal untuk menentukan ciri-ciri perlakuan sesuatu aksi yang dikenali beliau
sebagai keadaan- regulatori; sementara ciri lain adalah keadaan bukan regulatori
yang tidak ada pengaruhnya.

IDEA ANDA

Dengan kupasan idea anda tersendiri, sejauh mana rumus berikut sentiasa
benar?

Keberkesanan pembelajaran motor v variabiliti latihan

Bincang dengan tutor atau rakan sekelas anda melalui forum atas talian.

Setelah mengetahui kepentingan variabiliti latihan dalam pembelajaran motor,


kita harus mengambil kira bagaimana seorang guru atau jurulatih harus
merancang pengalaman-pengalaman variable dalam sesuatu sesi latihan. Jadual
9.1 menunjukkan bagaimana contoh perancangan sesuatu sesi latihan dibuat.
Contohnya latihan setiap servis dalam dua hari dan satu contoh lagi secara
rawak selama 5 minit.
190 X TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR

Sesi
1 2 3 4 5 6
Servis Servis Bawah Servis Atas Servis Atas Servis Servis
Latihan 30
Bawah Tangan Kepala Kepala Lompat Lompat
Terkawal min
Tangan
5 min Servis Servis Atas Servis Atas Servis Servis Atas Servis Bawah
Bawah Kepala Kepala Lompat Kepala Tangan
5 min Tangan Servis Bawah Servis Servis Bawah Servis Atas
Servis Atas Tangan Lompat Servis Atas Tangan Kepala
5 min Kepala Servis Kepala Servis Servis Bawah
Servis Lompat Servis Bawah Servis Bawah Lompat Tangan
5 min Bawah Tangan Tangan Servis
Latihan Tangan Servis Servis Servis Atas Servis Lompat
Rawak 5 min Servis Lompat Lompat Kepala Lompat
Lompat Servis Servis Atas
5 min Servis Bawah Servis Atas Lompat Servis Bawah Kepala
Servis Atas Tangan Kepala Tangan Servis
Kepala Servis Atas Servis Bawah Servis Bawah Servis Atas Lompat
Servis Kepala Tangan Tangan Kepala
Lompat

5 min Servis Servis Bawah Servis Bawah Servis Bawah Servis Bawah Servis Bawah
Bawah Tangan Tangan Tangan Tangan Tangan
5 min Tangan Servis Atas Servis Atas Servis Atas Servis Atas Servis Atas
Servis Atas Kepala Kepala Kepala Kepala Kepala
5 min Kepala Servis Servis Servis Servis Servis
5 min Servis Lompat Lompat Lompat Lompat Lompat
Latihan Lompat Servis Bawah Servis Bawah Serbis Bawah Servis Bawah Servis Bawah
Bersiri 5 min Servis Tangan Tangan Tangan Tangan Tangan
Bawah Servis Atas Servis Atas Servis Atas Servis Atas Servis Atas
5 min Tangan Kepala Kepala Kepala Kepala Kepala
Servis Atas Servis Servis Servis Servis Servis
Kepala Lompat Lompat Lompat Lompat Lompat
Servis
Lompat

Rajah 9.1: Perancangan Latihan Tiga Struktur Latihan Berlainan

Kepelbagaian pergerakan dan pengalaman-pengalaman adalah ramuan penting


untuk meningkatkan kebolehan seseorang melakukan kemahiran yang dilatih
dengan jayanya. Di samping itu untuk menyesuaikannya kepada keadaan yang
tidak pernah dialaminya. Kajian telah menunjukkan bahawa variabel latihan
menggalakkan pengekalan dan pemindahan perlakuan yang baik jika
dibandingkan dengan latihan konstant.
TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 191

Sebelum anda meneruskan pembacaan ke subtopik seterusnya, anda digalakkan


ke laman berikut untuk pengukuhan atau pengayaan.
http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072557222/student_view0/
chapter15/multiple_choice_quiz.html
Laman ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan anda menjawab
serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai. Selain itu terdapat
pautan Related Reading untuk memantapkan kefahaman anda.

ȱ AKTIVITI 9.1
ȱ
ȱ (a) Jelaskan maksud variabiliti latihan.
ȱ (b) Bincangkan cara pelaksanaan variabiliti latihan dalam pembelajaran
ȱ sesuatu kemahiran motor.
ȱ
ȱ

ȱ9.2 JUMLAH DAN DISTRIBUSI LATIHAN


ȱ
Guru atau jurulatih perlu menetapkan jumlah latihan seseorang pelajar itu harus
menjalani. Begitu juga dengan berapa jumlah masa yang diperlukan untuk
pelbagai aktiviti dalam setiap sesi latihan. Dalam konteks jumlah latihan yang
perlu dilalui untuk mempelajari sesuatu kemahiran, pendapat konvensional
mempercayai bahawa semakin banyak latihan dilalui oleh seorang pelajar,
semakin baik kesannya pada perlakuan. Kajian terhadap pendapat ini telah
menghasilkan dapatan yang menunjukkan bahawa semakin banyak latihan
semakin baik kesannya, walaupun pendekatan ini nampaknya logikal, bukti
kajian menunjukkan bahawa ianya bukan merupakan satu pilihan yang terbaik.

Setelah menentukan jumlah masa latihan seorang pelajar perlu melalui untuk
mempelajari sesuatu kemahiran, seorang guru perlu juga menentukan berapakah
masa yang perlu ditumpukan kepada pelbagai aktiviti-aktiviti dalam dan
merentasi sesi-sesi latihan. Guru perlu:
a) Menentukan jumlah masa yang harus ditumpukan kepada setiap aktiviti
dalam sesuatu sesi
b) Jumlah masa rehat di antara aktiviti dalam sesuatu sesi
c) Tempoh setiap sesi dan jumlah masa antara sesi-sesi
192 X TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR

Contohnya, jika anda seorang jurulatih bola tampar, anda perlu menentukan
berapa jumlah masa anda perlu tumpukan dalam setiap waktu kelas untuk
mengajar pelbagai kemahiran, latih tubi dan aktiviti-aktiviti lain yang anda
cadangkan. Jika anda telah menentukan jumlah masa latihan, anda dapat
memberi tumpuan kepada sesuatu aktiviti dalam sesuatu kemahiran, dan anda
akan ketahui berapa waktu kelas anda perlukan untuk kemahiran tersebut. Anda
juga akan mengetahui berapakan jumlah masa yang anda perlu gunakan dalam
setiap waktu kelas untuk aktiviti itu.
ȱ
9.2.1 Jumlah Latihan dan Lebihan-belajar
ȱ
Pengkaji-pengkaji telah mengkaji hubungan antara jumlah latihan dengan
pencapaian matlamat spesifik perlakuan dalam konteks lebihan-belajar.

Lebihan-belajar, ditakrifkan sebagai sambungan latihan yang melampaui


jumlah masa yang diperlukan untuk mencapai sesuatu kriteria perlakuan.

Seorang guru atau jurulatih menggunakan strategi lebihan-belajar dengan:


a) Menentukan satu kriteria perlakuan
b) Menetapkan jumlah masa latihan pelajar yang diperlu untuk mencapai
kriteria tersebut
c) Keperluan peratusan masa tambahan masa latihan sebagai latihan
tambahan

Apabila kita melihat situasi ini dari perspektif teori, idea mengagihkan lebihan-
masa latihan mempunyai kelebihannya sendiri. Bagi pihak yang melihatnya dari
sudut pandangan program motor, akan berpendapat bahawa latihan tambahan
akan membantu mengukuhkan program motor dan skema motor untuk
kemahiran yang sedang dipelajari pelajar tersebut. Ini adalah supaya
membolehkan pelajar itu dapat mengaksesnya kembali sebagai aksi lebih mudah
apabila diperlukan kelak. Dari perspektif corak-corak dinamik pula, latihan
tambahan merupakan satu cara atau pendekatan di mana seorang pelajar
meningkatkan kestabiliti koordinasi dan ciri-ciri kawalan dalam perlakuan
kemahiran tersebut.

Pengkaji mendapati kehadiran fenomena pengembalian penyusutan


(diminishing returns) kesan daripada penambahan jumlah latihan dalam
pembelajaran kemahiran dalam kelas-kelas pendidikan jasmani. Contohnya
dalam kajian yang telah dijalankan oleh Goldberger dan Gerney (1990). Di dalam
satu unit pengajaran dan pembelajaran, sekumpulan pelajar lelaki dan
perempuan telah berlatih beberapa kemahiran-kemahiran bola sepak. Matlamat
TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 193

unit pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar


meningkatkan perlakuan mereka dalam kemahiran-kemahiran ini.

Dalam kajian itu, guru mengagihkan sekumpulan pelajar yang akan berlatih
kemahiran mengikut format pusingan stesen yang ditetapkan oleh guru, di mana
guru itu membahagikan kelas itu kepada lima kumpulan dan setiapnya
ditugaskan ke setiap stesen yang mana mereka akan berlatih kemahiran
berkenaan selama 5 minit. Di akhir setiap 5 minit, pelajar-pelajar akan bertukar
ke stesen baru. Satu kumpulan pelajar lain pula akan berlatih mengikut format
pusingan stesen yang ditetapkan oleh pelajar sendiri: mereka menerima kad-kad
indeks yang menjelaskan apa mereka perlu lakukan di setiap stesen dan
diberitahu menggunakan masa 25 minit mereka dengan efisyen untuk melatih
setiap kemahiran. Kesemua pelajar akan berlatih dengan pendekatan ini dalam
dua waktu dalam dua hari.

Keputusan ujian kemahiran kedua-dua kumpulan pelajar menunjukkan


perbezaan dalam bilangan percubaan latihan kemahiran tersebut bukannya
dalam ujian perlakuan. Kumpulan yang mengikut format pusingan yang
ditetapkan oleh guru sebenarnya telah melakukan purata latihan sebanyak 7
percubaan lebih daripada kumpulan format latihan yang ditetapkan oleh pelajar
sendiri. Hasil kajian menunjukkan tidak ada perbezaan peningkatan perlakuan
dalam kemahiran dalam ujian tersebut. Masa latihan tambahan yang dilakukan
oleh kumpulan format pusingan guru tidak menunjukkan peningkatan
tambahan dalam kemahirannya. Akan tetapi dengan batasan masa, kumpulan
pusingan pelajar adalah cemerlang kerana keefisyenan penggunaan masa yang
diberikan.

IDEA ANDA

Apa yang dimaksudkan dengan fenomena pengembalian penyusutan


(diminishing returns)?

Menurut Shea dan Khol, walaupun strategi lebihan-belajar biasanya


memanfaatkan pembelajaran kemahiran, terdapat beberapa bukti kajian
menunjukkan bahawa kemerosotan pembelajaran mungkin berlaku disebabkan
oleh pembekalan terlalu banyak percubaan latihan. Travlos juga telah
melaporkan bahawa penambahan jumlah latihan melampaui jumlah percubaan
latihan tertentu akan mengakibatkan kemerosotan perlakuan. Kenapakah
penambahan latihan berlebihan boleh mengakibatkan kemerosotan pengekalan
dan perlakuan? Salah satu sebabnya mungkin, kemahiran yang dilatih terlalu
mudah dan mengakibatkan kebosanan di kalangan pelajar selepas suatu jumlah
latihan yang tertentu. Akibatnya pelajar telah hilang tumpuan kepada
194 X TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR

tugasannya. Sebab yang lain mungkin pelajar telah berhenti menggunakan usaha
kognitif yang diperlukan untuk meningkatkan tugasan perlakuan berkenaan.

Menurut teori program motor dan corak dinamik, latihan kemahiran sama yang
berterusan akan mengakibatkan kemerosotan pengingatan pergerakan dan
pemindahan kepelbagaian pergerakan. Adalah lebih baik untuk pelajar terus
berlatih sesuatu kemahiran walaupun pelajar itu telah dapat melakukannya
dengan betul. Ini membolehkannya meningkatkan pengekalan prestasi
perlakuan kemahiran tersebut.

IDEA ANDA

Bagaimana menentukan indikator yang boleh mengukur strategi lebihan-


belajar supaya sentiasa menghasilkan pencapaian pembelajaran yang
optimum?

9.2.2 Distribusi Latihan dan Kaedah Perlaksanaan


Distribusi latihan adalah merujuk kepada jarak atau langkauan latihan. Isu
dalam distribusi latihan adalah sama ada penggunaan latihan berkelompok atau
latihan bersebar lebih berkesan untuk pembelajaran sesuatu kemahiran motor.

Latihan berkelompok bermaksud satu jadual agihan waktu latihan di


mana jumlah rehat antara sesi-sesi latihan adalah singkat.

Latihan bersebar pula jumlah masa rehat antara sesi-sesi latihannya


adalah panjang.

Hasil kajian menunjukkan bahawa latihan bersebar adalah lebih berkesan jika
dibandingkan dengan latihan berkelompok. Terdapat tiga kemungkinan ini
berlaku.
a) Kelesuan mempengaruhi pembelajaran sesuatu kemahiran dalam latihan
berkelompok
b) Latihan berkelompok akan mengurangkan jumlah usaha kognitif
c) Pengukuhan memori, di mana ia merupakan proses penyimpanan memori
jangka panjang
TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 195

Hipotesis pengukuhan memori menyatakan bahawa untuk menyimpan memori


maklumat-maklumat yang relevan kita perlu mempelajari sesuatu kemahiran, di
mana beberapa proses-proses neurobiokimia mesti berlaku. Proses-proses ini
mengambil atau memerlukan satu jangka masa tanpa penambahan latihan
kemahiran yang sama untuk mengubah satu jumlah perwakilan memori kurang
stabil kepada memori yang lebih stabil. Penyebaran latihan merentasi beberapa
hari meningkatkan peluang lebih untuk proses pengukuhan memori berlaku jika
dibandingkan dengan latihan berkelompok.

Distribusi latihan merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi secara
terus kecekapan dan keberkesanan sesuatu proses pembelajaran. Oleh yang
demikian, keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah sangat
bergantung kepada penjadualan waktu kerja yang bijak. Di dalam pembelajaran
kemahiran motor, guru sentiasa berhadapan dengan masalah bagaimana hendak
menggunakan masa yang diberikan supaya dapat digunakan dengan berkesan.

Masa menentukan berapa lama sesuatu latihan itu perlu dijalankan, akan tetapi
ia tidak semestinya dapat memastikan keberkesanan pembelajarannya. Untuk
pembelajaran berlaku, berbagai faktor lain harus dipertimbangkan agar matlamat
yang hendak dicapai di akhir pengajaran dan pembelajaran itu tercapai. Faktor
seperti kesediaan dan minat pelajar dan juga situasi pembelajaran merupakan
faktor yang harus difikirkan bersama.

Menurut Thorndike, pembahagian atau distribusi latihan perlu


mempertimbangkan sifat semula jadi manusia yang mempunyai sifat-sifat seperti
mudah bosan, letih dan juga motivasi yang mudah menurun. Di sini guru harus
bijak dalam menyesuaikan latihan dengan masa yang diperuntukkan agar ia
mencapai tahap pembelajaran yang optimum.

IDEA ANDA

Jika setelah sesi latihan keseluruhan mendapati terdapat keraguan,


manakah tindakan yang patut diambil?
i) Menambahkan tempoh masa pada setiap kali latihan
ii) Menambahkan bilangan latihan dengan tempoh masa latihan yang
sama

Jika setelah sesi latihan keseluruhan mendapati terdapat keraguan, manakah


tindakan yang patut diambil?
i) Menambahkan tempoh masa pada setiap kali latihan
196 X TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR

ii) Menambahkan bilangan latihan dengan tempoh masa latihan yang sama

Ahli-ahli psikologi pada dasarnya bersetuju kepada dua jenis distribusi latihan
iaitu latihan berkelompok dan latihan bersebar. Oleh itu bolehlah dikatakan
bahawa distribusi latihan ini berkait rapat antara latihan dan juga masa rehat.
Kedua-dua jenis ini mempunyai keistimewaan mereka tersendiri berdasarkan
kepada penerangan awal tentang sifat individu yang menerima pengajaran tadi.

Latihan berkelompok merupakan satu sesi latihan yang dijalankan berterusan


tanpa mempertimbangkan masa rehat. Ini berbeza dengan latihan bersebar di
mana ia merupakan satu sesi latihan yang diselang-selikan dengan masa rehat
atau aktiviti-aktiviti lain.

Kebanyakan kajian masa kini adalah tertumpu kepada bagaimana latihan


berkelompok dan bersebar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Berbagai-bagai
kombinasi latihan telah dicadangkan. Kajian-kajian ditumpukan kepada
distribusi latihan:

1. Tanpa masa rehat


2. Masa rehat yang tetap selepas tiap percubaan
3. Masa rehat yang ditambah secara beransur-ansur selepas tiap percubaan
4. Masa rehat yang dikurangkan secara beransur-ansur selepas tiap percubaan

Dalam membincangkan latihan yang mana satu lebih baik, ini bergantung
kepada beberapa faktor yang harus dipertimbangkan. Kita tidak dapat lihat atau
kaji latihan ini secara berasingan. Apabila latihan sesuatu kemahiran dijalankan,
dua fenomena psikologi berinteraksi di mana satu pihak cuba membantutkan
lakuan dan satu lagi cuba menggiatkan lakuan.

Pada dasarnya latihan kemahiran di peringkat awal akan menggiatkan kemajuan


kerana beberapa proses pembelajaran berlaku. Akan tetapi apabila latihan
diteruskan, daya psikologi yang negatif iaitu penghalang tadi mula terbentuk.
Penghalang yang tinggi boleh berlaku akibat latihan berkelompok sebab
1. Kemahiran itu mudah atau serupa dengan yang sudah dialaminya
2. Aktiviti pada anggapan pelajar terlalu sukar

Sedikit halangan akan berlaku jika tugas itu tidak begitu kompleks dan pelajar
menganggapnya suatu cabaran. Walau pun kajian banyak menunjukkan bahawa
pembelajaran kemahiran motor dan lakuan adalah lebih baik jika latihan
disebarkan daripada berkelompok, tetapi penyeluruhan ini tidak semestinya
benar. Sebagai contoh, jika seorang pelajar itu bermotivasi tinggi dan mempunyai
TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 197

rintangan terhadap kebosanan atau penghalang yang biasanya wujud semasa


sesuatu kemahiran yang mudah dilatih, latihan berkelompok mampu
menggiatkan lebih banyak pembelajaran daripadanya. Malah, pembelajaran juga
akan menjadi lebih cepat.

Pada amnya, untuk mencapai latihan yang efisyen, bila latihan itu lama, rehat
yang berikutnya harus sama atau lebih bergantung kepada tugasan tadi. Kadar
kerja-rehat perlu diubah suaikan pada suatu hala iaitu masa rehat lebih daripada
kerja apabila tugas latihan itu sama ada membebankan secara fizikal atau
fisiologikal.

Jika tugasan bersesuaian kepada pelajar dan tidak membebankan, maka nisbah
kerja-rehat perlu diubah suaikan ke arah yang bertentangan. Perlu diingat juga
bahawa masa rehat yang terlalu panjang bagi satu jadual latihan akan
mendatangkan kesan negatif yang selaras dengan teori pembalikkan,
terutamanya kepada aktiviti-aktiviti yang kompleks. Jangka masa latihan yang
maksimum bagi sesuatu jadual latihan untuk mencapai tahap yang
menguntungkan adalah tertakluk sebahagiannya kepada keperluan sesuatu
kemahiran itu dan juga kebolehan dan motivasi tiap pelajar. Oleh sebab faktor-
faktor yang melibatkan kemahiran itu sendiri dan juga faktor yang terdapat pada
individu tadi, maka distribusi latihan perlu disesuaikan dan jika boleh gabungan
kedua jenis adalah disyorkan.

Distribusi latihan juga tertakluk kepada kaedah-kaedah pengajaran yang lain


seperti cara sebahagian dan keseluruhan. Kaedah latihan yang mana satu harus
disesuaikan jika kita menggunakan cara sebahagian atau keseluruhan? Para guru
harus mengambil kira ciri-ciri yang terdapat pada kemahiran, masa yang
diperuntukkan dan ciri-ciri keindividuan pelajar mereka agar pembelajaran
secara distribusi mencapai tahap maksimum.

ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ Sebelum anda meneruskan pembacaan ke subtopik seterusnya, anda digalakkan
ȱ ke laman berikut untuk pengukuhan atau pengayaan.
ȱ
ȱ http://highered.mcgraw-
ȱ hill.com/sites/0072557222/student_view0/chapter16/multiple_choice_q
ȱ uiz.html
ȱ
ȱ Laman ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan anda
ȱ menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai. Selain itu
ȱ terdapat pautan Related Reading untuk memantapkan kefahaman anda.
198 X TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR

AKTIVITI 10.3
ȱ AKTIVITI 10.3
ȱ (a) AKTIVITI
Huraikan 9.2
maksud lebihan-belajar dan bagaimana ia dihubung
ȱ kaitkan dengan keputusan terhadap jumlah masa latihan yang
ȱ diperlukan untuk mempelajari sesuatu kemahiran motor.
ȱ (b) Jelaskan bagaimana melaksanakan pengetahuan latihan
ȱ berkelompok dan bersebar dalam pelbagai situasi.
ȱ ȱ
ȱ

9.3 LATIHAN KESELURUHAN DAN


ȱȱSEBAHAGIAN
ȱ
Adalah penting bagi seorang guru atau jurulatih untuk memastikan semasa
mengajar sesuatu kemahiran motor sama ada adalah lebih baik pelajarnya
melatih keseluruhannya atau sebahagiannya kemahiran tersebut. Contohnya,
katakan anda ingin mengajar kemahiran lompat tinggi gaya flop, adakah anda
akan menyuruh pelajar anda berlatih keseluruhan kemahiran gaya flop atau
membahagi-bahagikan kemahiran gaya tersebut dan pelajar berlatih sebahagian-
sebahagian gaya tersebut?

Menurut James Naylor dan George Briggs, ciri-ciri pengelolaan dan kompleksiti
kemahiran sesuatu kemahiran boleh dijadikan asas penimbangan sama ada
menggunakan latihan keseluruhan atau sebahagian.

Kompleksiti ditakrifkan sebagai jumlah bahagian atau komponen


dalam kemahiran tersebut dan juga keperluan tumpuan tugasan.

Ini bermakna kemahiran kompleks akan mempunyai banyak komponen dan


memerlukan lebih tumpuan, terutamanya untuk pelajar baru.

Pengelolaan ditakrifkan sebagai perhubungan antara bahagian-


bahagian komponen sesuatu kemahiran.

Satu kemahiran yang mempunyai tahap pengelolaan yang tinggi apabila


bahagian-bahagian komponennya adalah saling bergantungan antara ruang dan
masa. Ini bermakna bahagian-bahagian kemahiran yang tinggi pengelolaannya
adalah seperti satu rantai acara yang mana ciri-ciri perlakuan ruang-masa mana-
mana bahagian adalah bergantung kepada ciri perlakuan ruang-masa kepada
bahagian yang dilakukan sebelumnya. Disebabkan ciri-ciri ini, adalah sukar
untuk melakukan satu bahagian sahaja kemahiran yang pengelolaannya tinggi.
Contohnya jaringan melompat (jump shot) dalam permainan bola keranjang
merupakan satu kemahiran pengelolaan tinggi. Sebaliknya pula satu kemahiran
TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 199

yang pengelolaannya rendah adalah apabila perhubungan ruang-masa antara


bahagian-bahagian komponennya adalah tidak saling bergantung. Oleh itu,
adalah sesuai latihan dijalankan secara bahagian-bahagian.

Berdasarkan kepada pendapat Naylor dan Briggs, penilaian tahap kompleksitian


dan pengelolaan sesuatu kemahiran dan menentukan perhubungannya dapat
membantu seorang guru atau jurulatih menentukan sama ada untuk
menggunakan latihan keseluruhan atau sebahagian. Jika kemahiran itu adalah
rendah kompleksiti dan tinggi pengelolaannya, latihan keseluruhan adalah
pilihan yang lebih baik. Ini bermakna bahawa pelajar akan belajar kemahiran
mudah yang mempunyai bahagian-bahagian komponen yang kurang dengan
lebih berkesan dengan kaedah latihan keseluruhan. Contohnya perlakuan
membaling dart. Di sebaliknya, palajar mempelajari kemahiran-kemahiran yang
mempunyai tahap tinggi kompleksiti dan rendah pengelolaan dengan lebih
berkesan dengan kaedah latihan sebahagian. Contohnya, menghantar servis
dalam tenis.

Untuk menentukan kombinasi kompleksiti dan pengelolaan mana yang


menggambarkan sesuatu kemahiran tertentu, adalah terlebih dahulu kita perlu
menganalisis kemahiran tersebut. Analisis ini perlu ditumpukan untuk mengenal
pasti bahagian-bahagian komponen kemahiran itu dan sejauh mana ciri-ciri
perlakuan ruang-masa berhubungan. Berikutnya adalah menentukan bahagian
mana dari kontinum kemahiran itu menunjukkan kompleksiti dan pengelolaan
kemahiran itu.

Pada kebiasaannya kebanyakan kemahiran motor yang kita lakukan sebagai


sebahagian daripada aktiviti kehidupan harian kita dan sukan adalah terletak
hampir kepada penghujung kontinum kompleks. Ini bermakna untuk
kebanyakan kemahiran, pengamal perlu menentukan tahap pengelolaan yang
mencirikan kemahiran itu. Untuk kemahiran yang kita akan letakkan dalam
kontinum pengelolaan di antara yang ekstrem tinggi dan rendah, satu analisis
tugasan tambahan diperlukan. Untuk kemahiran-kemahiran jenis ini, adalah
perlu kita menentukan bahagian-bahagian komponen mana adalah saling
bergantungan dengan yang lain dan kumpulan mana yang bersama sebagai
saling bergantungan. Hasil daripada analisis ini akan menentukan bahagian-
bahagian mana boleh dilatih secara sendirian. Iaitu, sebahagian daripada
'bahagian' seorang itu berlatih akan merangkumi lebih daripada satu bahagian-
bahagian komponen yang dihasilkan dari analisis tugasan awal.

Keputusan untuk menggunakan strategi latihan sebahagian malangnya cuma


menyelesaikan sebahagian daripada masalah sahaja. Ini adalah kerana, terdapat
beberapa cara berlainan untuk melaksanakan pendekatan latihan sebahagian
dalam sesuatu kemahiran. Semasa memilih satu strategi latihan sebahagian,
200 X TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR

adalah penting untuk mengaplikasikan prinsip-prinsip pembelajaran yang telah


dibincang dalam tajuk terlebih dahulu.
Strategi latihan sebahagian harus melibatkan pemindahan pembelajaran positif
antara dan di kalangan bahagian-bahagian tugasan dan antara bahagian latihan
dan keseluruhan tugasan. Wightman dan Lintern telah mengklasifikasikan tiga
strategi tugasan sebahagian iaitu:

Pertama Î fractionization melibatkan latihan terlebih dahulu anggota-


anggota tubuh badan untuk sesuatu kemahiran berkenaan yang
melibatkan koordinasi asimetrik lengan dan kaki.

Kedua Î segmentation, melibatkan pengasingan kemahiran itu ke


bahagian-bahagian dan berlatih bahagian-bahagian itu supaya
selepas seseorang pelajar mempelajari satu bahagian, dia
kemudiannya akan berlatih bahagian itu bersama dengan
bahagian berikutnya.

Ketiga Î simplification. Kaedah ini sebenarnya satu daripada variasi


strategi latihan keseluruhan dan melibatkan pengurangan
kesukaran keseluruhan kemahiran tersebut atau bahagian-
bahagian lain kemahiran itu.
ȱ
Ada kalanya adalah tidak digalakkan untuk mengasingkan bahagian-bahagian
sesuatu kemahiran untuk dilatih. Ini tidak bermakna seorang pelajar tidak boleh
berlatih bahagian-bahagian keseluruhan kemahiran itu. Mungkin ini adalah
untuk melatih keseluruhan kemahiran itu, tetapi fokuskan tumpuan kepada
bahagian spesifik yang memerlukan perhatian.

Pendekatan ini memberikan kelebihan kepada kedua latihan sebahagian di mana


penumpuan ke atas bahagian spesifik kemahiran itu akan menggalakkan
peningkatan bahagian-bahagian ini, dan kelebihan kepada latihan keseluruhan di
mana penumpuan itu adalah pada bahagian-bahagian kemahiran yang
berhubungan antara satu sama lain untuk menghasilkan satu perlakuan yang
baik.
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 201

Sebelumȱandaȱmeneruskanȱpembacaanȱkeȱsubtopikȱseterusnya,ȱandaȱdigalakkanȱ
keȱlamanȱberikutȱuntukȱpengukuhanȱatauȱpengayaan.ȱ
http://highered.mcgraw-
hill.com/sites/0072557222/student_view0/chapter17/multiple_choice_q
uiz.html
Lamanȱiniȱmemberikanȱsoalanȱpelbagaiȱpilihanȱdanȱmembenarkanȱandaȱ
menjawabȱsertaȱmemaparkanȱkeputusanȱsebaikȱsahajaȱandaȱselesai.ȱSelainȱituȱ
terdapatȱpautanȱRelatedȱReadingȱuntukȱmemantapkanȱkefahamanȱanda.ȱ

ȱ
ȱ AKTIVITI 9.3
ȱ
ȱ (a) Jelaskan maksud kompleksiti dan pengelolaan apabila dikaitkan
ȱ dengan perhubungan antara bahagian-bahagian atau komponen-
komponen satu kemahiran motor yang kompleks.
ȱ
ȱ
ȱ
9.4 LATIHAN MENTAL
ȱȱȱ
ȱ
ȱ THINK
ȱ
ȱ
ȱ ApakahȱfaktorȬfaktorȱlainȱyangȱperluȱdipertimbangkanȱuntukȱmenghasilkanȱ
ȱ perlakuanȱyangȱmenepatiȱskema?ȱ
ȱ
ȱ
Pergerakan dan perlakuan yang diingini bukan bergantung kepada proses
latihan motor sahaja. Akan tetapi ia merangkumi aspek kognitif iaitu suatu
gubahan fikiran mengenai perlakuan sesuatu kemahiran. Semua perlakuan
melibatkan interaksi otak, saraf dan otot-otot iaitu aspek fisiologi dan psikologi.
Latihan mental mempunyai kesan yang spesifik, di samping aspek motivasi dan
relaksasi untuk meningkatkan perlakuan secara am. Perlakuan motor yang cekap
adalah hasil daripada daya tahan, kekuatan, kelembutan, kemahiran sukan dan
pengetahuan. Sekiranya fikiran seseorang itu terganggu, maka ini akan
menjejaskan koordinasi antara aspek fisiologi dan psikologi dan seterusnya akan
mempengaruhi perlakuannya. Oleh itu keperluan membentuk kemahiran mental
202 X TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR

bersama kemahiran fizikal adalah penting untuk mencapai potensi yang


optimum.

Aspek psikologi adalah penting untuk meningkatkan perlakuan apabila tahap


fisiologi telah dikembangkan kepada peringkat optimum. Terdapat tiga
komponen psikologi yang terlibat dalam pembelajaran dan perlakuan motor
iaitu:

i) Motivasi
ii) Latihan mental
iii) Keinginan atau arousal

Guru dan jurulatih perlu sedar bahawa aspek psikologi mempengaruhi


pembelajaran sesuatu kemahiran atau perlakuan sesuatu kemahiran sukan.
Pengajaran kemahiran motor dan strategi penting supaya pelaku membentuk
lebih disiplin dan kawalan mental untuk mengawal anxiety dan melakukan
perlakuan dengan penuh tumpuan tanpa ketegangan.
Latihan mental adalah sesuatu imaginasi yang berlaku mengenai sesuatu
perlakuan tanpa menggunakan pergerakan fizikal. Contohnya, seorang pelajar
mambaling lembing hanya perlu membayangkan segala pergerakan
perlakuannya dengan teliti dan ia dikatakan telah melakukan latihan mental. Iniȱ
bermaksud latihan mental merupakan imaginasi pelaku terhadap tugasan yang
perlu dilakukannya.

Mengikut Brown: Latihan mental merupakan satu gambaran dan imaginasi


aktiviti dalam fikiran sebelum melakukan sesuatu aktiviti atau mengingati
gambaran itu selepas aktiviti itu sudah dilakukan.

Latihan mental dapat membantu pembelajaran sesuatu kemahiran motor. Kajian


telah menunjukkan bahawa kumpulan yang diberikan latihan mental
mempelajari dan melakukan sesuatu kemahiran dengan tahap yang lebih tinggi
jika dibandingkan dengan kumpulan terkawal. Pelaku dapat menggambarkan
bagaimana untuk melakukan kemahiran itu dan membayangkannya sebelum
melakukan sesuatu aktiviti. Dengan itu, kemahiran dapat dilakukan dengan
lebih lancar, cepat, menyeluruh dan berkemungkinan akan kekal dalam jangka
masa yang lama.

Kelesuan mental akan menyebabkan ketidakmampuan untuk menumpukan


perhatian dan ini akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran kerana pelajar
akan menghadapi kesulitan dan kelembapan untuk membuat penimbangan.
TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 203

Pengajaran perlu dipendekkan kalau terlalu kompleks dan dipelbagaikan aktiviti


supaya ia menyeronokkan.

Kemahiran kompleks yang melibatkan koordinasi tangan dan mata dalam


aktiviti membaling menunjukkan kemajuan pembelajaran melalui latihan mental.
Latihan mental juga dapat mengurangkan kekerapan atau ulangan kesalahan
dalam perlakuan. Latihan mental boleh digunakan pada individu yang
mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza.
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ Sebelumȱandaȱmeneruskanȱpembacaanȱkeȱsubtopikȱseterusnya,ȱandaȱdigalakkanȱ
ȱ keȱlamanȱberikutȱuntukȱpengukuhanȱatauȱpengayaan.ȱ
ȱ http://highered.mcgrawȬ
ȱ hill.com/sites/0072557222/student_view0/chapter18/multiple_choice_quiz
ȱ .htmlȱ
ȱ Lamanȱ iniȱ memberikanȱ soalanȱ pelbagaiȱ pilihanȱ danȱ membenarkanȱ andaȱ
ȱ menjawabȱ sertaȱ memaparkanȱ keputusanȱ sebaikȱ sahajaȱ andaȱ selesai.ȱ Selainȱ ituȱ
ȱ terdapatȱpautanȱRelatedȱReadingȱuntukȱmemantapkanȱkefahamanȱanda.ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ AKTIVITI 9.4
ȱ
ȱ (a) Jelaskan maksud latihan mental.
ȱ (b) Nyatakan dua peranan latihan mental dalam pembelajaran dan
prestasi kemahiran motor.
ȱ

ȱ9.5 LENGKUK PRESTASI


ȱ
ȱ
Pembelajaran kemahiran motor biasanya diukur dengan pengukuran prestasi
perlakuan. Pengukuran ini apabila direkodkan secara sistematik dapat
membantu seorang pengamal mengubah tingkah laku seseorang individu.
Prestasi ini boleh dirujuk sebagai lengkuk prestasi. Pengkaji tingkah laku motor
biasanya menggunakan lengkuk prestasi semasa mencatatkan kesan berbagai
strategi instruksional ke atas pembelajaran kemahiran-kemahiran motor.

Disebabkan pembelajaran seperti dibincangkan sebelum ini adalah tidak dapat


dilihat secara langsung, pengukuran prestasi dapat menunjukkan perubahan
204 X TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR

tingkah laku melalui latihan dalam sesuatu tempoh masa. Dengan lengkuk
prestasi, keputusan ini pada amnya akan menunjukkan peningkatan selepas satu
tempoh masa, begitu juga dengan konsistensi perlakuan. Jika kejayaan servis
dalam permainan bola tampar ditentukan dengan bilangan servis dilakukan
yang melepasi jaring dan dalam gelanggang, peratusan kejayaan servis itu akan
meningkat selepas satu tempoh masa. Konsistensi juga akan berlaku.

Terdapat empat jenis lengkuk prestasi yang biasa dilihat dalam kajian tingkah
laku motor. Rajah 9.2 menunjukkan jenis-jenis lengkuk prestasi ini.

LENGKUK KECEPATAN POSITIF


masa

percubaan
TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 205

ȱ
LENGKUK KECEPATAN POSITIF ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
NEGATIF ȱ
masa

ȱ
NEGATIF ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
percubaan ȱ
ȱ
ȱ
ȱ

LENGKUK BENTUK-S
masa

percubaan

ȱ
Rajah 9.2: Menunjukkan jenis-jenis lengkuk prestasi.

Lengkuk linear mewakili peningkatan prestasi perlakuan berkadar terus dengan


masa. Iaitu semakin bertambah percubaan semakin meningkat prestasi
perlakuan. Dalam lengkuk kecepatan positif, sedikit peningkatan dicatatkan dari
percubaan permulaan dan peningkatan prestasi cuma meningkat di percubaan-
206 X TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR

percubaan akhir; iaitu kadar peningkatan pembelajaran berlaku berkadar dengan


masa. Lengkuk kecepatan negatif menunjukkan peningkatan pesat dalam awal
percubaan, dan prestasi perlakuan semakin stabil selepas itu. Iaitu kadar
pembelajaran merosot berkadar dengan masa. Lengkuk bentuk-s merupakan
kombinasi kecepatan positif dan negatif. Dalam kes-kes tertentu, peningkatan
prestasi perlakuan ditunjukkan dengan pengurangan masa atau kesalahan.
Contohnya, semasa pencatatan prestasi renang 200 meter gaya bebas, masa
prestasi harus menurun dengan bilangan percubaan.

Schmidt dan lain-lain (1991) telah mengkritik penggunaan lengkuk-lengkuk


prestasi pembelajaran. Masalah akan timbul apabila skor-skor prestasi telah
digunakan untuk menentukan pembelajaran kerana lengkuk prestasi telah secara
umumnya dibentuk dalam tempoh masa yang singkat. Contohnya minit, jam
atau hari dan melalui percubaan berulang dan tersekat. Dari segi percubaan pula,
25 percubaan boleh dilakukan dengan matlamat yang sama.

Pembelajaran adalah bersamaan dengan retensi atau pemindahan, oleh itu ia


mesti diuji jika pembelajaran adalah diukur. Tambah lagi, lengkuk prestasi yang
dibentuk untuk kumpulan atau kelompok telah mengabaikan perbezaan
individu. Dengan mengambil kira skor-skor individu yang lebih tinggi dalam
beberapa percubaan dan dipuratakannya dengan skor-skor individu-individu
yang lebih rendah, dengan itu skor-skor purata menunjukkan satu gambaran
yang mungkin mengelirukan semasa menafsirkan lengkuk prestasi.
ȱ
ȱ
ȱ AKTIVITI 9.5
ȱ
ȱ (a) Nyatakan dan jelaskan secara ringkas jenis-jenis lengkuk prestasi.
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ ȱ

x VariasiȬvariasiȱpergerakanȱdanȱpengalamanȱkonteksȱadalahȱciriȬciriȱpentingȱ
untukȱ keadaanȬkeadaanȱ latihanȱ yangȱ meningkatkanȱ kebolehanȱ seseorangȱ
untukȱ melakukanȱ kemahiranȱ yangȱ dilatihȱ denganȱ jayanyaȱ sertaȱ
penyesuaianȱdenganȱkeadaanȬkeadaanȱyangȱiaȱtidakȱpernahȱmengalaminya.ȱ
x Penggunaanȱ strategiȱ lebihanȬlatihanȱ adalahȱ lebihȱ berkesanȱ jikaȱ guruȱ atauȱ
jurulatihȱmengetahuiȱberapaȱbanyakȱjumlahȱlatihanȱseseorangȱpelajarȱperluȱ
gunakanȱuntukȱmencapaiȱsatuȱtahapȱperlakuanȱyangȱtertentu.ȱ
TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 207

x Latihanȱ lebihanȬbelajarȱ adalahȱ berkesanȱ untukȱ kemahiranȱ yangȱ seseorangȱ


pelajarȱ akanȱ berlatihȱ dalamȱ sesuatuȱ tempohȱ masaȱ sahajaȱ danȱ tidakȱ akanȱ
melakukannyaȱselepasȱitu.ȱȱ
x Guruȱ atauȱ jurulatihȱ tidakȱ seharusnyaȱ beranggapanȱ bahawaȱ lebihȱ banyakȱ
adalahȱlebihȱbaik.ȱIniȱadalahȱkeranaȱiaȱbolehȱberlakunyaȱkesanȱnegatifȱpadaȱ
perlakuan.ȱȱ
x Apabilaȱ timbulȱ keraguanȱ berapaȱ lamaȱ satuȬsatunyaȱ sesiȱ latihanȱ harusȱ
dijalankan,ȱ pilihlahȱ sesiȱ yangȱ lebihȱ singkat.ȱ Jikaȱ pelajarȱ perluȱ lebihȱ masaȱ
latihan,ȱmakaȱtambahȱsahajaȱsesiȱlatihan.ȱȱ
x Sesiȱlatihanȱyangȱlebihȱkerapȱadalahȱlebihȱbaikȱdaripadaȱsesiȱyangȱkurang.ȱ
x Penjimatanȱhariȱlatihanȱbolehȱjadiȱsatuȱpenjimatanȱmasaȱyangȱtidakȱbenar.ȱ
Iniȱ adalahȱ keranaȱ latihanȱ berkelompokȱ yangȱ terlaluȱ rapatȱ bolehȱ
menyebabkanȱkesanȱnegatifȱatauȱkemerosotanȱperlakuanȱpadaȱjangkaȱmasaȱ
panjang.ȱ
x Jadikanȱ sesiȱ latihanȱ ituȱ relatifȱ pendekȱ untukȱ kemahiranȱ yangȱ singkatȱ
perlakuannyaȱdanȱyangȱmemerlukanȱpergerakanȬpergerakanȱberulang.ȱ
x •ȱLatihanȱ variabelȱ menggalakkanȱ retensiȱ yangȱ terbaikȱ danȱ ujianȱ
pemindahanȱperlakuanȱapabilaȱdibandingkanȱdenganȱlatihanȱkonstan.ȱ
x •ȱVariabilitiȱ latihanȱ merupakanȱ variasiȱ pergerakanȱ danȱ ciriȬciriȱ konteksȱ
seseorangȱalamiȱsemasaȱberlatihȱsesuatuȱkemahiran.ȱ
x •ȱLebihanȬbelajarȱ adalahȱ latihanȱ berterusanȱ melampauiȱ jumlahȱ yangȱ
diperlukan.ȱ
x Latihanȱ berkelompokȱ adalahȱ jadualȱ latihanȱ diȱ manaȱ jumlahȱ rehatȱ antaraȱ
sesiȱȱlatihanȱatauȱpercubaanȱadalahȱsingkat.ȱ
x LatihanȱbersebarȱadalahȱjadualȱlatihanȱdiȱmanaȱjumlahȱrehatȱantaraȱsesiȬseiȱ
latihanȱatauȱpecubaanȱadalahȱpanjang.ȱ
x Kompleksitiȱ adalahȱ jumlahȱ bahagianȬbahagianȱ atauȱ komponenȬkomponenȱ
danȱ jumlahȱ permintaanȱ pemerosesanȱ maklumatȱ yangȱ mencirikanȱ sesuatuȱ
kemahiran;ȱ kemahiranȱ yangȱ lebihȱ kompleksȱ mempunyaiȱ lebihȱ bahagianȬ
bahagianȱ komponenȱ danȱ melibatkanȱ permintaanȱ pemerosesanȱ daripadaȱ
kemahiranȱyangȱkurangȱkompleks.ȱ
x Pengelolaanȱ apabilaȱ diaplikasikanȱ keȱ atasȱ satuȱ kemahiranȱ motorȱ yangȱȱ
kompleks,ȱperhubunganȱantaraȱkomponenȬkomponenȱkemahiranȱtersebut.ȱȱ
x Pemilihanȱ untukȱ menggunakanȱ strategiȱ latihanȱ keseluruhanȱ atauȱ
sebahagianȱ hendaklahȱ berdasarkanȱ kepadaȱ ciriȬciriȱ kompleksitiȱ danȱ
pengelolaanȱsesuatuȱkemahiranȱitu.ȱȱ
x Gunakanȱstrategiȱlatihanȱkeseluruhanȱsekiranyaȱkemahiranȱituȱmempunyaiȱ
kompleksitiȱyangȱrendahȱdanȱpengelolaanȱyangȱtinggi.ȱ
x Gunakanȱ strategiȱ latihanȱ sebahagianȱ jikaȱ kemahiranȱ ituȱ mempunyaiȱ
kompleksitiȱtinggiȱdanȱpengelolaanȱyangȱrendah.ȱ
x BahagianȬbahagianȱ kemahiranȱ yangȱ salingȱ bergantungȱ dalamȱ konteksȱ ciriȱ
perlakuanȱȱruangȬmasaȱharusȱdilatihȱbersamaȱsebagaiȱsatuȱunitȱsemulaȱjadi.ȱ
x BahagianȬbahagianȱ tidakȱ salingȱ bergantungȱ dalamȱ konteksȱ ruangȬmasaȱ
bolehȱdilatihȱberasingan.ȱ
208 X TOPIK 9 LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR

x Latihanȱ mentalȱ melibatkanȱ latihanȱ kognitifȱ sesuatuȱ kemahiranȱ denganȱ


ketidakhadiranȱpergerakanȱfizikal.ȱ
x Latihanȱȱmentalȱbolehȱdiȱdalamȱbentukȱmemikirkanȱtentangȱaspekȱkognitifȱ
atauȱ prosedurȱ sesuatuȱ kemahiranȱ motor,ȱ atauȱ melihatȱ atauȱ merasaȱ diriȱ
melakukanȱsesuatuȱkemahiranȱatauȱsebahagianȱdaripadaȱkemahiran.ȱ
x Buktiȱ kajianȱ menunjukkanȱ bahawaȱ latihanȱ mentalȱ bolehȱ menjadiȱ satuȱ
strategiȱ latihanȱ yangȱ berkesanȱ untukȱ memudahkanȱ pembelajaranȱ sesuatuȱ
kemahiranȱmotor.ȱ
x Sebagaiȱ satuȱ strategiȱ latihan,ȱ latihanȱ mentalȱ palingȱ sesuaiȱ digunakanȱ
bersamaȱlatihanȱfizikalȱkemahiranȱberkenaan.ȱȱ
ȱ

ȱ
Kompleksitiȱ LebihanȬbelajarȱ(overlearning)ȱ
Latihanȱberkelompokȱ Lengkukȱprestasiȱ
Latihanȱbersebarȱ Pengelolaanȱ
Latihanȱmentalȱ Variabilitiȱlatihanȱ
ȱ ȱ
ȱ

ȱ
•ȱ Kluka,ȱ D.A.ȱ (1999).ȱ Motorȱ behaviourȱ fromȱ learningȱ toȱ performance.ȱ USA:ȱȱȱȱȱȱȱȱ
MortonȱPublishingȱCompany.ȱ
ȱ
•ȱ Magill,ȱ R.A.ȱ (2003).ȱ Motorȱ learningȱ andȱ control:ȱ conceptsȱ andȱ applications.ȱȱȱȱȱȱ
(7thȱed.).ȱNewȱYork:ȱMcGrawȬhillȱCo.ȱ
ȱ
x Sage,ȱ G.H.ȱ (1984).ȱ Motorȱ learningȱ andȱ control:ȱ aȱ neuropsychologicalȱ approach.ȱ
Dubuque,ȱIowa:ȱWm.ȱC.ȱBrownȱPublishers.ȱ
ȱ
•ȱ Schmidt,ȱ R.A.ȱ (1988).ȱ Motorȱ controlȱ andȱ learningȬaȱ behaviouralȱ emphasisȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱ
(2ndȱed.).ȱȱChampaign,ȱIllinois:ȱHumanȱKineticsȱPublishers,ȱInc.ȱ
ȱ
•ȱ Schmidt,ȱR.A.ȱ(2004).ȱMotorȱlearningȱandȱperformance.ȱ(3rdȱed.).ȱUSA:ȱHumanȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱ
Kinetics.ȱ
ȱ

Anda mungkin juga menyukai