Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PPISMP NAMA GURU PELATIH :

KOD DAN NAMA KURSUS : SEMESTER :

GPI1083 PENDIDIKAN ISLAM 1 / 2016

TARIKH MULA 04.2.2016 TARIKH HANTAR 03.3.2016

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Menghurai peranan al-Quran dalam kehidupan muslim.


2. Mengaplikasikan aqidah dan ibadah dalam penghayatan ilmu , iman dan amal.
3. Menganalisis sistem fiqh muamalat, munakahat dan jenayah dalam Islam.
4. Menghubungkaitkan peranan institusi keluarga dan wanita Islam kini dalam
pembentukan masyarakat sejahtera.
5. Menganalisis Piagam Madinah dan pemerintahan Islam.

Kerja kursus ini bagi menangani hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.

Objektif Kerja Kursus :

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :

1. Membentangkan peranan al-Quran dalam kehidupan sebagai seorang muslim dan


menghubungkaitkan peranan institusi keluarga dan wanita Islam kini dalam
pembentukan masyarakat sejahtera.
2. Menemu bual ahli jemaah masjid tentang amalan ibadah solat di masjid.
3. Menganalisis sistem fiqh muamalat, munakahat dan jenayah dalam Islam, serta kesan
Piagam Madinah dalam pemerintahan Islam.
Tugasan Projek 100% : Wajaran 100%

TUGASAN 1 (40%) - INDIVIDU

Penulisan Esei

- Menganalisis salah satu topik di bawah dengan terperinci :


1. Sistem fiqh muamalat di Malaysia
2. Fiqh munakahat dalam Islam
3. Jenayah dalam Islam.
4. Kesan Piagam Madinah dalam pemerintahan Islam.

- Membuat rujukan dari buku-buku, jurnal dan sumber-sumber internet yang


reference.
- Panjang esei tidak kurang daripada 2500 patah perkataan

TUGASAN 2 (30%) - BERKUMPULAN

Pembentangan

- Membentang topik-topik dibawah dengan baik dan menarik.


1. Menghurai peranan al-Quran dalam kehidupan muslim.
2. Menghubungkaitkan peranan institusi keluarga dan wanita Islam kini dalam
pembentukan masyarakat sejahtera.
- Pembentangan dalam bentuk MS Powerpoint 20 slide, 30 minit perkumpulan.
- Meluaskan skop perbincangan secara mendalam.
- Menyerahkan hasil pembentangan dalam bentuk hardcopy dan softcopy.
- Menghurai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang dibentang.
- Dibentang dalam kumpulan (2 atau 3 orang)
- Meletakkan rujukan di akhir slaid pembentangan.

TUGASAN 3 (30%) - INDIVIDU

Laporan Temu Bual

- Menemu bual dua orang ahli jemaah masjid secara struktur tentang amalan
ibadah solat di masjid :
1. Mengapakah beliau memilih untuk solat di masjid?
2. Bagaimanakah kehadiran jemaah di masjid ketika solat lima waktu?
3. Pada pendapatnya, kenapakah berlaku demikian?
- Membuat laporan temu bual tersebut tidak kurang daripada 1000 patah perkataan.
- Membuat kesimpulan hasil daripada temu bual yang telah dibuat.
- Disertakan juga audio visual dalam bentuk softcopy.

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Untuk tugasan 1 dan 3 adalah tugasan individu, manakala tugasan 2 adalah tugasan
berkumpulan.
2. Menulis esei tentang sistem fiqh muamalat, munakahat dan jenayah dalam Islam,
serta kesan Piagam Madinah dalam pemerintahan Islam.
3. Kandungan esei mestilah disokong dengan bukti-bukti dari al-Quran dan al-Hadith.
4. Buat rujukan yang mencukupi merangkumi buku rujukan, jurnal dan sumbr internet
dan lampirkan rujukan dalam esei anda mengikut format dan gaya APA.
5. Panjang esei adalah 2500 patah perkataan, bersaiz font Arial 12 dan langkau 1.5.
6. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.
7. Bilangan patah perkataan wajib dinyatakan di hujung esei anda. Bilangan patah
perkataan termasuk quotation tetapi tidak termasuk tajuk dan rujukan.
8. Membentang tajuk yang diberi selama 30 minit untuk satu kumpulan. Menggunakan
grafik yang menarik dan berkesan.
9. Menemu bual dua orang jemaah masjid menggunakan soalan berstruktur yang telah
disediakan. Semua hasil perbualan hendaklah dirakam secara audio visual.
10. Laporan temu bual dan kesimpulannya haruslah dibuat dengan secara terperinci dan
mendalam tidak kurang 1000 patah perkataan.
11. Semua hasil kerja dalam tugasan ini hendaklah dihantar dalam bentuk hardcopy dan
softcopy.
12. Muka depan Esei merangkumi :
- Nama Pelajar
- Gambar Pelajar
- Angka Giliran
- No. Kad Pengenalan
- Kumpulan/Unit
- Kod dan Nama Kursus
- Tajuk Tugasan Projek
- Nama Pensyarah
- Tarikh Hantar
13. Anda wajib sertakan sehelai Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka surat
pertama esei anda.
14. Anda mestilah menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan
yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus
anda.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Penulisan Esei
- Keupayaan menganalisis topik yang diberi dengan terperinci.
- Menggunakan konsep-konsep aqidah yang berkaitan dengan isu yang ditulis.
- Mengemukakan bukti-bukti dari al-Quran dan al-Hadith bagi menyokong hujah
anda.
- Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan. Rujukan dari buku tidak kurang dari lima buah buku.

2. Pembentangan

- Berupaya membentang topik yang diberi dengan baik dan menarik.


- Meluaskan skop perbincangan secara mendalam.
- Kebolehan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber.
- Mempamerkan kemahiran aplikasi ICT dan komunikasi.
- Menyerahkan tugasan dalam bentuk hardcopy dan softcopy.

3. Laporan Temu Bual


- Menemu bual dua orang jemaah masjid menggunakan soalan berstruktur yang
telah disediakan.
- Membuat laporan temu bual tersebut dan kesimpulannya tidak kurang daripada
1000 patah perkataan.
- Disertakan juga audio visual dalam bentuk softcopy.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

(ZAWATI AWANG) (DR RAIHANIAH ZAKARIA) (ZULKARNAIN MOHAMAD )


Penyelaras Kursus SME Jabatan Ketua Jabatan
JAPIM JAPIM JAPIM
IPGK Perlis. IPGK Perlis. IPGK Perlis

Anda mungkin juga menyukai