Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PRISTANA

JALAN SP 1/2, TAMAN SERI PRISTANA,


47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR.

LAPORAN PRESTASI MURID TAHUN 2 / 2012

Mata pelajaran: Pendidikan Jasmani


Nama guru: Siti Nazura bt Sabri
Kelas mengajar: 2 UM, 2 UKM, 2 USM.

Laporan:
Seramai 42 orang dari kelas 2 UKM, 33 orang dari kelas 2 USM dan 45 orang dari kelas UM telah
berjaya mencapai Band 6. Pencapaian band ini berikutan hampir 100 peratus murid Tahun 2 dapat
menguasai kemahiran-kemahiran yang dikehendaki oleh PBS KKSR Pendidikan Jasmani Tahun 2.
Kemahiran ini meliputi Konsep Pergerakan, Pergerakan Lokomotor, Manipulasi Alatan, Pergerakan
Berirama, Rekreasi dan Kesenggangan, Gimnastik Asas dan Kelenturan. Kekuatan dan Daya Tahan Otot
turut memberi peluang kepada murid supaya berkebolehan melakukan aktiviti meningkatkan daya tahan
dan kekuatan otot.

Kekurangan:
Oleh kerana bertembung dengan bulan puasa sekitar bulan Ogos, maka pentaksiran telah dirombak sedikit
sepanjang bulan tersebut. Walau bagaimanapun, pentaksiran dilakukan semula pada bulan berikutnya.
Murid-murid yang mengalami masalah kesihatan seperti asma dan obesiti telah dibimbing untuk
melakukan kemahiran-kemahiran beraras tinggi ke aras rendah dengan ansur maju yang betul. Terdapat
sebilangan kecil murid yang tidak memakai pakaian sukan ketika waktu PJ berikutan lupa dan sebagainya
serta tahap kesihatan yang tidak mengizinkan, telah mengehadkan kelancaran pentaksiran.

Cadangan Penambah baikan:


Guru telah memerhati dan menilai dari beberapa sudut untuk cadangan penambah baikan. Dari segi
kemudahan fizikal, sekolah masih perlu melengkapkan keperluan alatan sukan KSSR bagi memudahkan
guru menjalankan P&P secara lebih berkesan secara pesanan “Nota Minta” melalui Ketua Panitia PJ. Dari
segi pengurusan kurikulum pula, panitia sebaik-baiknya mewujudkan sudut PJ KSSR/ fail khas rujukan
guru-guru PJ di Bilik Sukan bagi memudahkan guru PJ membuat rujukan sebelum P&P jika perlu
memandangkan KKSR ini masih baru dan memerlukan pengamatan dan lebih “homework”. Selain itu,
dari sudut pentaksiran PBS, borang pentaksiran hendaklah dikemaskini dari semasa ke semasa
memandangkan ia boleh dipantau pada bila-bila masa oleh pihak atasan. Justeru, para guru PJ hendaklah
saling ingat-mengingati supaya borang pentaksiran ini mudah diakses dan diminta apabila perlu.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

SITI NAZURA BINTI SABRI

Anda mungkin juga menyukai