Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN 2 : PENULISAN ESEI II

Berdasarkan cerpen Kontang-kanting karya Nurimas SN analisis cerpen tersebut


berdasarkan kaedah berfokus.

Cerpen kontang-kanting ini karya Nurimas SN dan dikeluarkan dalam akhbar pada 16
JULAI 2017. Maksud kontang-kanting dalam cerpen tersebut ialah masyarakat yang tidak
bersatu padu untuk melakukan sesuatu kerja dan ini menyebabkan keadaan menjadi kontang-
kanting. Cerpen kontang-kanting merupakan satu cerita mengenai pemimpin dengan
masyarakat setempat yang tidak bermuafakat dan akhirnya menjadi bersatu padu juga. Cerita
ini akan menjadi satu inspirasi kepada generasi muda untuk berjebak dalam kegiatan
kemasyarakatan. Cerpen merupakan singkatan untuk cerita pendek ialah suatu bentuk prosa
naratif dan bersifat cereka. Secara umumnya, cerpen mengandungi jumlah watak yang sedikit
di antara satu sehingga empat dengan tema yang satu dan plot cerita yang ringkas. Cerpen
berasal dari cerita lucu berprosa, keadaan yang dilakar dengan pantas yang dengan cepat
disampai kemuncaknya, selari dengan tradisi penceritaan lisan. Cerpen dikaji oleh pembaca
mengikut kaedah pilihan masing-masing. Dalam hal ini, saya telah diberikan kaedah berfokus
untuk menganalisis cerpen ini dengan terperinci.

Pendekatan berfokus ini diperkembangkan oleh Unit Bahasa Malaysia, Pusat


Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1984. Pendekatan
struktural telah menjadi dasar pengenalan kepada pendekatan ini. Kaedah berfokus ini
memberikan tumpuan terhadap satu struktur tertentu dalam karya sastera dan satu lagi struktur
sampingan dalam satu masa pengajaran. Saya dapat merumuskan bahawa kaedah ini memilih
aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
pengajaran berfokus ialah berfokus pada aspek isi di samping mengajar aspek bahasa iaitu
bentuk dan unsur serta nilai kemanusian, kemasyarakatan dan kebudayaan terutama unsur-
unsur pengajaran.

Saya memfokuskan nilai dan watak yang terdapat dalam cerpen kontang-kanting ini.
Fokus utama saya dalam cerpen ini ialah nilai manakala, watak merupakan fokus sampingan.
Nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini dapat dijadikan sebagai panduan dan
teladan dalam kehidupan seharian kita. Antara nilai yang terdapat dalam cerpen ini ialah
bekerjasama, rajin, mementingkan diri sendiri, hormat-menghormati dan tidak berputus asa.
Pada awal permulaan cerita ini terdapat bahawa tidak mempunyai kerjasama antara pemimpin
dengan penduduk setempat. Apabila pemimpin diganti dengan seorang lelaki muda yang
bernama Arman, keadaan menjadi lebih ceria seperti penduduk setempat mula bekerjasama
dengan pemimpin baru demi melakukan pembaharuan di kampung mereka. Arman
berpendidikan tinggi dan merupakan penduduk asal di kampung tersebut suatu ketika dahulu.
Oleh itu, halaman kampung menjadi lebih aktif dan tidaklah berkontang-kanting seperti dahulu.
Hal ini dibutikan dalam cerpen tersebut iaitu “Habis acara, semua tidak pergi ke mana. Tanpa
diminta oleh sesiapa, mereka bersihkan semua yang ada. Tiada sekeping kertas yang
ditinggalkan, apa yang ditepek semua ditanggal. Tua muda sama berkerja, membersihkan
segala yang mencatat mata. Simbol permulaan kerjasama, untuk kampung lebih ceria “.

Seterusnya, nilai mementingkan diri sendiri perlu dihakiskan dalam diri masyarakat
kampung tersebut. Jika mereka mementingkan diri sendiri tanpa mengambil berat tentang
halaman kampung akan mendatangkan banyak keburukan dan kampung tersebut menjadi
mundur selama-lamanya. Oleh itu, setiap penduduk kampung tersebut perluah mempunyai
sikap muafakat untuk mencapai matlamatnya. Hal ini dibuktikan dalam cerpen bahawa
penduduk kampung mementingkan diri sendiri iaitu “Macam mana ni wak, tak ramai yang
datang,’ Abang Kasmuri bimbang. Wan Sanaji pening kepala bukan kepalang. Selalu jadi
perkara yang sama. Sudah janji tapi tak buat macam direncana”. Masyarakat setempat tidak
mengambil peduli tentang kebersihan kampung sendiri.

Selain itu, nilai rajin yang terdapat dalam diri pemimpin baru iaitu Arman perlu dijadikan
sebagai teladan kepada generasi muda untuk melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-
sungguh. Beliau ialah seorang yang rajin melaukan kerja dan sentiasa berfikiran waras dalam
membuat keputusan. Beliau juga tidaklah seperti Tok Ketua yang dahulu, yang menunggu
khabar daripada anak buahnya dan kurang pergi ke balai raya. Selepas, Arman menjadi
pemimpin balai raya menjadi pusat pentadbiran dan lama-kelamaan keadaan menjadi lebih
ceria lagi. Hal ini dapat dibuktikan iaitu “ Sedikit demi sedikit pembaharuan dibuat. Tok Ketua
selalu kerja kuat. Pagi sampai petang duduk di pejabat, di balai raya ia bertempat. Kebetulan
ubahsuai rumah gemulah ayahnya belum muktamad. Berbanding dahulu Tok ketua duduk di
rumah sahaja, tunggu anak buah bawa berita.

Nilai tidak berputus asa dapat dilihat dalam watak Tok Ketua yang baru iaitu Arman.
Beliau seorang yang rajin dan tidak berputus asa untuk menyatupadukan penduduk setempat.
Beliau menggunakan beberapa strategi untuk membina nilai bekerjasama dalam diri penduduk
kampung tersebut. Beliau sanggup berdepan dengan cabaran dan menggunakan cabaran
tersebut sebagai satu jalan pembaharuan kampung tersebut. “Kelas tambahan diberi percuma,
guru tuisyen dicarikannya untuk mengajar anak-anak, mengadakan sukan” dipetik daripada
cerpen yang membutikan bahawa Arman merupakan seorang yang mempunyai nilai yang tidak
berputus asa untuk menyatupadukan penduduk kampung tesebut.

Seterunsya, nilai saling bantu-membantu dapat dilihat dalam diri Talil dan Leha. Mereka
sanggup datang membantu secara sukarela untuk menceriakan balai raya sebagai pusat
pentadbiran dalam kampung tersebut. Secara tidak langsung, pemimpin yang rajin dan
berpendidikan akan dapat melahirkan penduduk yang mempunyai nilai kemanusian dan
kemasyarakatan dalam diri mereka masing-masing. Nilai saling bantu-membantu ini perlu
disemaikan dalam diri seseorang untuk sedia membantu tanpa mengharapkan balasannya.
“Tali dan Leha datang membantu sukarela” dipetik daripada cerpen yang membuktikan bahawa
nilai saling bantu-membantu ini memang wujud dalam cerpan kontang-kanting.

Di samping itu, watak dijadikan sebagai fokus sampingan saya dalam menganalisis
cerpen ini. Secara tidak langsung, saya telah menekankan sedikit sebanyak tentang watak-
watak yang terdapat dalam cerpen ini semasa membincangkan nilai dalam cerpen ini. Oleh itu,
watak-watak yang telah saya bincangkan tadi ialah Arman, Wan Sanaji, Talil, Leha dan
masyarakat kampung tersebut. Watak-watak ini memainkan peranan yang penting mengikut
situasi masing-masing. Nilai yang dibincangkan tadi dapat dilihat dalam watak-watak yang
terdapat dalam cerpen ini. Misalnya, nilai saling bantu-mambantu dalam watak Talik dan Leha,
nilai rajin dalam watak Arman sebagai Tok Ketua baru dan sebagainya.

Kesimpulannya, kaedah berfokus ini dapat menjimatkan masa guru dan murid kerana
mereka tidak perlu membincangkan semua aspek dalam semua karya. Dalam hal ini, saya telah
membincangkan nilai sebagai fokus utama dan watak sebagai fokus sampingan. Kaedah ini
akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru atau murid tidak membincangkan sesuatu aspek
bagi sesebuah karya itu secara khusus san semata-mata untuk memahami sesebuah karya.
Oleh itu, kaedah berfokus ini sesuai digunakan oleh guru sekiranya seseorang guru itu ingin
memfokuskan pengajaran mereka pada isi tertentu tanpa mengabaikan isi-isi yang lain.
RUJUKAN

Adenan Ayob (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.

Selangor: Oxford Fajar Sdn., Bhd.

Nurimas SN (2017). Kontang-kanting : Mingguan Bahasa.

Dimuat turun pada 16 Julai 2017 (Rujuk Lampiran)

Rujuk Nota (2012). Pendekatan Pemahaman Teks Kaedah Berfokus. Dimuat turun pada 18

Ogos 2017 daripada http://rujuknota.blogspot.my/2012/11/pendekatan-pemahaman-teks-


kaedah.html

Artikel kaedah berkokus (2011). Dimuat turun pada 19 Ogos 2017

daripada http://pusuq-ariez.blogspot.my/2011/04/kaedah-berfokus.html

Norhayati Binti Idris (2015). Kaedah Fokus. Dimuat turun pada 19 Ogos 2017

daripada https://www.slideshare.net/suhanizasupian/kaedah-fokus-ppont

Anda mungkin juga menyukai