Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebuah Komputer Riba

Aku sebuah komputer riba. Aku berjenama Acer. Aku berwarna putih. Aku sebuah
komputer yang canggih dan unik sekali.

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Kilang tersebut amat besar dan
cantik. Aku telah mengenal banyak kawan di kilang tersebut. Aku dipasang dengan teliti lalu
dimasukkan ke dalam sebuah kotak dengan kenalan baharu aku. Selepas itu, kotak tersebut
diletakkan ke dalam sebuah lori dengan berhati-hati. Satu jam kemudian, aku dan rakan-
rakanku tiba di sebuah kedai komputer riba. Aku dan kenalan baharu aku dipamerkan di
sebuah almari kaca. Aku berharga RM1499.

Pada satu hari yang ceria, seorang pemuda menjejakkan kaki ke dalam kedai tersebut. Dia
hendak membeli sebuah komputer riba. Setelah pilih-memilih, dia terpesona oleh
kecanggihan dan keunikan aku. Justeru, dia membuat keputusan untuk membeli aku. Dia
membayar harga aku dengan harga yang ditetapkan lalu membawa aku pulang ke rumahnya.

Tuan aku bernama Jason. Tuan aku seorang pelajar Universiti Sains Malaysia. Tuan aku
selalu menggunakan aku untuk membuat projek-projek sekolahnya. Selain itu, tuan aku
sering menggunakan aku untuk medengar muzik di internet buat halwa telinganya. Muzik
dapat menenangkan fikirannya apabila tuan aku menghadapi masalah.

Tuan aku menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh.Tuan aku menghiasi aku dengan
pelekat-pelekat yang berwarna-warni. Setiap kali selepas menggunakan aku, tuan aku akan
memersihkan aku dengan sehelai kain yang lembut. Tuan aku juga menyimpan aku ke dalam
sebuah beg. Aku masih kelihatan cantik dan bersih walaupun tuan aku telah menggunakan
aku selama 2 tahun.

Kini, aku telah menjadi rakan karib tuan aku. Tuan aku masih sayang akan aku. Aku amat
bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang baik dan penyayang. Mudah-mudahan aku
dapat menemani tuan aku buat selama-lamanya

Anda mungkin juga menyukai