Anda di halaman 1dari 4

Kontrak Pekerjaan

Perjanjian Ini Dibuat Pada _________, bulan _____________, ________ di antara:-

(dengan ini dipanggil “Majikan”)

Di satu pihak dengan,

Nama: ________________________
No. Paspot : ________________
(dengan ini dipanggil “Pekerja”)

Bagi pihak yang satu lagi.

Majikan dengan ini telah bersetuju melantik (nama), (no paspot) dengan syarat-syarat dan
terma pekerjaan seperti dibawah.

1. Jawatan :

2. Tempoh Kontrak :

3. Lokasi Kerja : Dimana sahaja projek pembinaan diseluruh Semanjung


Malaysia di bawah kelolaan Majikan.

4. Waktu Bekerja : 8:00 pagi – 5:00 petang

Bekerja selama 8 jam sehari dan 6 hari seminggu dan jadual kerja akan diatur oleh
majikan.

5. Gaji

Pekerja akan dibayar gaji harian sebanyak RM35.00 sehari. Gaji akan dibayar sekali
pada setiap bulan. Pihak Majikan tidak akan membayar sebarang gaji pada hari
dimana pekerja gagal menghadirkan diri untuk bekerja.

6. Penempatan

Majikan akan menyediakan tempat penginapan yang dilengkapi dengan kemudahan


asas secara percuma sepanjang tempoh pekerjaan.
7. Cuti

Majikan akan memberikan cuti kerja kepada Pekerja bersesuaian dengan Undang-
Undang Kerajaan Malaysia seperti berikut :

I. Cuti Am (Public Holiday) selama sepuluh (10) hari setahun bergaji. Jika
bekerja, kerja lebih masa (OT) akan dibayar
II. Cuti Sakit / MC bergaji sebanyak empat belas (14) hari setahun.
III. Cuti Rawatan Wad adalah tiga puluh (30) hari dan gaji dibayar
IV. Cuti Tahunan disediakan sebanyak lapan (8) hari setahun.
V. Cuti Rehat Mingguan sebanyak satu (1) hari dalam seminggu dan gaji tidak
dibayar

8. Pengangkutan Dari Dan Ke Tempat Kerja

Pengangkutan Pekerja dari tempat penginapan ke tempat kerja pergi dan balik akan
disediakan jika jaraknya jauh dari tempat kerja dan tidak disediakan jika jaraknya
berhampiran.

9. Levi, PLKS, Visa, Bayaran Proses Dan ‘Security Bond’ Kerajaan

Pihak Majikan haruslah menaggung sepenuhnya pembayaran untuk Levi, PLKS,


Visa, bayaran proses Imigresen Malaysia dan juga ’Security Bond’ kerajaan
Malaysia, seperti yang telah disarankan oleh Kerajaan Malaysia.

10. Pengangkutan

I. Majikan akan menyediakan tiket balik percuma ke Indonesia setelah


pekerja tamat kontrak pekerjaan selama 24 (dua puluh empat) bulan jika
majikan tidak lagi mahu menyambung kontrak pekerjaan.
II. Pekerja yang telah tamat kontrak pekerjaan mestilah berlepas pulang ke
Indonesia selepas pengurusan keluar diaturkan oleh majkan melalui
Jabatan Imigresen
III. Majikan hanya akan menyediakan tiket pergi dan balik kepada pekerja yang
ingin bercuti, setelah menamatkan masa kontrak selama dua (2) tahun
pertama, yang mana Majikan ingin menyambung lagi kontrak kerja pekerja
tersebut.
IV. Pekerja yang ingin menamatkan kontrak pekerjaan sebelum tamat tempoh
kontrak pekerjaan mesti membiayai tiket pulang mereka sendiri.

11. Peralatan Dan Alat Keselamatan Kerja

I. Peralatan kerja diberikan kepada Pekerja mengikut kesesuaian bidang


pekerjaan
II. Pakaian seragam kerja tidak disediakan oleh Majikan
III. Alat keselamatan kerja disediakan oleh Majikan seperti mask / penutup
hidung dan sarung tangan mengikut kesesuaian bidang pekerjaan. Dan
dengan sengaja hilang, lalai, atau dirosakkan akan dipertanggungjawabkan
kepada Pekerja.

12. Upah Kerja Lebih Masa

Akan dibayar mengikut yang termaktub di dalam Akta Pekerjaan 1955


13. Kecederaan

Semua Pekerja akan dilindungi dengan insurans kemalangan selama 24 jam (di
dalam atau di luar waktu kerja) di bawah skim Foreign Workmen’s Compensation
1952.

14. Jika Berlaku Kematian

Majikan akan menguruskan persiapan dan perbelanjaan pemulangan jenazah


pekerja kepada keluarga di Indonesia jika pekerja meninggal dunia semasa di dalam
tempoh kontrak pekerjaan. Majikan akan membantu mendapatkan dan mengirimkan
wang pampasan dari skim Pampasan Pekerja Asing kepada ahli waris pekerja di
Indonesia (jika ada).

15. Latihan

Latihan sambil bekerja akan diberi.

16. Larangan-Larangan

I. Pekerja tidak dibenarkan berkahwin dengan mana-mana rakyat Malaysia


atau penduduk tetap Malaysia semasa tempoh pekerjaan.
II. Pekerja tidak boleh diiringi oleh ahli keluarganya semasa dalam tempoh
pekerjaan.
III. Pekerja tidak dibenarkan melakukan apa-apa perbuatan keji atau sumbang
menurut adat-istiadat masyarakat setempat, atau melanggar mana-mana
peraturan kerja semasa dalam tempoh pekerjaan.
IV. Pekerja tidak boleh melakukan apa-apa kegiatan yang bercanggah dengan
undang-undang Malaysia.
V. Pekerja tidak dibenarkan mengadakan sebarang perhimpunan haram/mogok
kerja semasa dalam tempoh bekerja.
VI. Pekerja tidak dibenarkan untuk mendapatkan keuntungan dan faedah dalam
perjanjian berasingan atau bersama dengan individu, institusi atau organisasi
lain semasa bekerja dengan pihak majikan.

17. Penamatan Kontrak Pekerjaan

Majikan berhak untuk memutuskan perjanjian kerja jika mendapati pekerja telah
melanggar terma-terma dan syarat perkhidmatan atau mendapati pekerja telah
melanggar undang-undang Malaysia.

Majikan juga berhak menamatkan kontrak ini tanpa notis jika perkara-perkara berikut
berlaku:-

a) Pas lawatan pekerja sementara kepunyaan pekerja ditarik balik atas sebab
kesalahan pekerja.
b) Pekerja tidak hadir bekerja selama dua (2) hari berturut-turut tanpa sebab.
c) Pekerja melakukan satu atau lebih larangan seperti yang dinyatakan di klausa
16.
18. Lain-lain syarat adalah tertakluk kepada Undang-Undang Pekerjaan Malaysia.
Dengan ini, pihak Majikan dan Pekerja telah bersetuju dengan segala apa yang termaktub di
dalam kontrak ini.

Yang benar,

.................................................
Pengarah

PENGAKUAN PEKERJA:

Saya, .............................. (Nama Pekerja), pemegang passport bernombor .......................


dengan ini mengakui telah membaca dan memahami dan dengan ini bersetuju segala
syarat-syarat perkhidmatan seperti yang termaktub di atas.

................................... .............................................
(Tandatangan Pekerja) (Tarikh)

Anda mungkin juga menyukai