Anda di halaman 1dari 4

Sunnah Memanah Konsep dan Teknik

21 November 2016 barruarcheryclub Leave a comment

Secara umum, teknik memanah terbahagi kepada 2 kategori sahaja, iaitu memanah secara
naluri (instinctive) dan pandangan (sight). Busur ringkas moden, iaitu busur tunggal
(single/one piece bow) dan busur berangkai (take-down bow) sebenarnya berada di bawah
sub-kategori memanah naluri; iaitu separa-naluri (semi-instinctive) disebabkan busur
berkenaan mempunyai penyangga anak panah (arrow rest). Berbanding pemanah busur
ringkas moden dan tradisional, pemanah busur kompaun pula sangat bergantung kepada alat
bantuan pandangan (sight & peep) untuk membidik titik sasaran.

Secara umum, kedua-dua teknik tersebut adalah sebahagian dari sunnah memanah. Tetapi
secara khusus, ada perincian dan perbahasan dari sudut sains dan ibadah; seperti dapat
dikiaskan pada perbezaan antara sunnah memanah vs. memanah secara sunnah.

Di dalam beribadah; “tidur orang alim adalah lebih baik daripada ibadat orang jahil”. Ini
kerana kesempurnaan dalam beribadah adalah pada ilmu, kerana tanpa ilmu mustahil ada
penghayatan pada amal ibadah. Walhal dengan ilmu, suatu pekerjaan biasa juga boleh
menjadi satu ibadah. Ibadah hanya berlaku apabila seseorang boleh membuat perkaitan antara
suatu perbuatan itu dengan rasa perhambaan kepada tuhan.

Apakah pengertian, kaedah atau teknik untuk memanah secara sunnah. Supaya seseorang itu
dapat mencapai sepenuhnya nilai ibadah dalam memanah, dalam sebaik-sebaik mencontohi
perilaku dan perbuatan baginda Rasulullah SAW, insan teragung yang dilahirkan kepada umat
manusia dan seterusnya sebagai perakuan perhambaan diri kepada Pemilik sekalian alam
semesta, Allah yang memiliki Arasy yang Agung.

Apakah sebenarnya definisi memanah secara sunnah?

Dari Uqbah bin Amir RA dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas
mimbar:”
“Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu
adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah
sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.”
– Sahih Muslim Hadith no. 1917

Untuk memberi definisi kepada memanah perlu diketahui apa yang dikehendaki pada
memanah itu adalah kekuatan. Dalam memberi definisi kepada memanah secara sunnah,
supaya ianya mencapai tahap ibadah, ada komponen zahir (perbuatan) dan juga batin (niat).
Melalui komponen zahir dan batin ini lahirlah kekuatan luaran dan dalaman kepada pengamal
seni panah sunnah.

KOMPONEN BATIN – KEKUATAN DALAMAN DARI KERANA NIAT

Bersabda Rasulullah SAW:


“Sesungguhnya amalan itu tergantung niatnya, dan sesungguhnya setiap orang mendapatkan
sesuai apa yang diniatkan, barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka
hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya karena dunia yang
akan memperolehinya atau wanita yang ingin dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa
yang dia niatkan.”
– Hadith riwayat Bukhari Muslim

Dalam artikel-artikel sebelumnya, kami ada menghuraikan tentang kepentingan memanah


kepada kekuatan ummah dalam berjihad. Ini kerana pada situasi-situasi tertentu, adalah wajib
ke atas setiap insan mukallaf membentuk unit terkecil ketenteraan di dalam jihad fi sabilillah.
Tidak pengasingan antara yang tentera dan bukan tentera, atau antara polis dan orang awam
sebagaimana yang berlaku pada dunia hari ini.

Walaupun jihad itu sendiri ada dua kategori, iaitu Fardhu Kifayah dan Fardhu Ain, namun
pada peringkat persendirian, setiap orang WAJIB mempersiapkan dirinya dan tidak boleh
mencari peluang melepaskan tanggung-jawab ke atas bahu orang lain.

Membuat persiapan untuk perang jihad itu adalah WAJIB, manakala pergi berperang itu
boleh jadi Fardhu Kifayah atau Fardhu Ain.

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Barangsiapa mati, sedang ia tidak pernah berjihad (perang) dan tidak mempunyai keinginan
untuk jihad (perang), ia mati dalam satu cabang kemunafikan.”
– Muttafaq Alaih

Berbalik kepada niat, maka adalah penting untuk masing-masing memastikan bahawa niat
memanah adalah sebagai persiapan untuk jihad fi sabilillah dan tiada yang lain. Barang-siapa
yang memanah kerana hobi, budaya, riadah dan sebagainya, maka setakat itu sahajalah
ganjaran amalannya.

Kalau sudah benarlah niat seseorang itu, maka inilah yang akan menjadi pendorong, iaitu
sumber yang akan memberi motivasi dan semangat juang yang berterusan kepada dirinya
untuk bersungguh-sungguh dan istiqamah dalam memperbaiki permainannya di dalam
memanah. Dengan niat yang benar, dorongan yang terhasil seumpama arus sungai yang
mengalir tanpa henti, menjadikan dirinya sentiasa berkobar-kobar dan bersemangat pada jalan
kebenaran dan mencari-cari peluang untuk berada pada jalan perjuangan. Inilah kekuatan
yang tiada galang-gantinya, yang membezakan seseorang itu dengan hamba Allah yang lain
yang sedang asyik dengan hal-hal keduniaan.

Us Zahir Kassim Olive:

KOMPONEN ZAHIR – KEKUATAN DARI MEMANAH

Yang dimaksudkan kekuatan dari memanah secara zahir adalah sebahagiannya; kekuatan
pada panahan dan kekuatan pada tubuh badan pemanah.

KEKUATAN PADA PANAHAN

Kualiti pada panahan naluri dan pandangan dapat dinilai dari tiga pencapaian; iaitu

Ketepatan
Konsistensi
Kejituan
Ketiga-tiga perkara ini pula hanya dapat dicapai dengan;

Pengetahuan dan aplikasi teknik memanah yang betul


Pengetahuan teknikal di dalam sains memanah
Kekuatan fizikal serta penggunaan otot secara efisyen
Hanya dengan menguasai kombinasi 3 perkara ini potensi kekuatan sebenar pada panahan
dapat dicapai dan dirungkai.

Teknik memanah tradisional adalah sebaik-baik teknik untuk memanah. Memanah secara
tradisional melatih kombinasi penggunaan otak kiri dan otak kanan secara serentak dan
menjajar deria keenam, iaitu naluri kepada memanah. Berbanding teknik memanah secara
pandangan (yang sangat bergantung kepada satu deria utama), deria naluri menyatukan
penggunaan kelima-lima deria yang lain untuk menghasilkan tindak-balas yang lebih cepat,
spontan dan lebih berkeupayaan untuk memproses pelbagai input dan faktor pemboleh-ubah
secara serentak semasa proses menembak anak panah ke sasaran.

Semasa memanah, kedua-dua tangan ‘merasa’ arah tujahan anak panah, otot menjangka
kekuatan tarikan (daya tujahan), kulit merasa arah angin untuk membuat pembetulan, mata
memandang tajam ke sasaran dan otak memberi sepenuh tumpuan dan melupakan yang lain-
lain.

Dari segi teknik, memanah secara tradisional adalah paling menghampiri memanah secara
sunnah. Iaitu anak panah perlu bersentuh dengan tangan yang memegang busur dan tangan
yang menarik busur. Ini dapat diperhatikan dari busur tinggalan Rasulullah SAW.

Tiada dalil ke atas dakwaan memanah secara sunnah memerlukan teknik lepasan ibu-jari
(thumb release) iaitu melalui penggunaan cincin ibu-jari (thumb ring) dan menggunakan ibu
jari untuk menarik tali busur. Untuk menyandarkan sesuatu kepada baginda Rasulullah SAW
kita memerlukan dalil hadith atau atsar para sahabah RA. Pun begitu, tiada kedapatan juga
dalil hadith atau atsar bahawa Rasulullah SAW atau para sahabah RA menggunakan teknik
menarik dengan 3 jari secara Mediterranean. Maka dari pemerhatian dan deduksi, memanah
secara sunnah boleh menggunakan teknik lepasan Monggol (Mongolian release) atau
Mediterranean (Mediterranean release).

Teknik lepasan ibu-jari sebenarnya secara silap telah dinamakan sebagai teknik lepasan
Monggol bersempena peristiwa bangsa yang berkenaan menakluk sebahagian dari Eropah
dan meninggalkan pengaruh mereka ke atas kerajaan setempat. Kajian yang lebih mendalam
menunjukkan teknik menarik dengan ibu-jari lebih awal telah dipelopori oleh pahlawan-
pahlawan berkuda dari Kesultanan Turki-Seljuk di pergunungan Steppe dan seterusnya
diwarisi oleh empayar Khilafah Islam Uthmaniyyah Turki.

Walaubagaimanapun, menarik tali busur dengan ibu-jari dan penggunaan cincin mempunyai
kelebihan yang nyata di samping tidak menjejaskan teknik memanah secara naluri.
Penggunaan ibu-jari dapat menambah antara 2-4 inci kepada panjang tarikan (draw length)
berbanding penggunaan 3-jari dan seterusnya menambah kekuatan pada tujahan anak panah.
Melepas anak panah dengan teknik Monggol juga adalah teknik lepasan yang lebih licin dan
lancar berbanding teknik Mediterranean dan mampu mempengaruhi ketepatan panahan.

KEKUATAN PADA TUBUH BADAN PEMANAH


Dalam ilmu perubatan moden, anggota badan manusia dikenal-pasti mempunyai kapasiti
untuk melakukan pengalihan fungsi otot dalam keadaan-keadaan tertentu. Otot-otot sekunder
yang bersambung atau pada kedudukan selari dengan otot primer yang rosak atau gagal
berfungsi akan mengambil-alih fungsi otot tersebut secara semula-jadi supaya dapat
menghasilkan pergerakan anggota yang serupa atau hampir sama. Contoh yang paling jelas
adalah pada pesakit-pesakit strok yang belajar semula untuk berjalan dengan menggunakan
otot dan sendi pinggul.

Orang-orang dahulu-kala sebenarnya lebih maju pengetahuan mereka di dalam perkara ini
dan boleh disaksikan dari tinggalan warisan seni silat, wushu dan lain-lain seni
mempertahankan diri. Kebanyakan ilmu seni mempertahankan diri melatih dan membiasakan
tubuh kepada pergerakan ‘berat’, iaitu memaksa penggunaan lebih banyak otot dalam
pergerakan. Ini kerana otot adalah kekuatan. Lebih banyak penggunaan otot, lebih banyak
kekuatan dapat dihasilkan.

Pada zaman khalifah Uthmaniyyah, kaum lelaki memanah dengan kekuatan tarikan 70 lbs ke
atas, manakala kanak-kanak, orang tua dan mereka yang baru bermula memanah
menggunakan busur di bawah 70 lbs. Maka bandingkanlah pula dengan kita di zaman ini,
mengapakan orang-orang dahulu lebih kuat? Adakah mereka mempunyai susuk fizikal yang
berbeza? Adakah disebabkan faktor pekerjaan? Atau mungkinkan kita menggunakan teknik
yang salah dan menyebabkan banyak otot menjadi lesu kerana tidak pernah digunakan?

Berbanding teknik memanah moden, pemanah teknik tradisional menjungkitkan sedikit


bahagian siku ke atas semasa menarik tali busur. Ini bertujuan untuk memberi lebih tumpuan
kepada penggunaan otot bahagian bahu dan belakang badan, sebagai sokongan kepada biseps
sebagai otot utama. Latihan dan ulangan pergerakan yang berterusan boleh memperbaiki dan
meningkatkan fungsi otot-otot yang berkenaan untuk mencapai potensi kekuatan yang lebih
tinggi.

Anda mungkin juga menyukai