Anda di halaman 1dari 113

KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN

UNIVERSAL
KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN UNIVERSAL
DI KALANGAN KAKITANGAN PERUBATAN JABATAN
KEMALANGAN DAN KECEMASAN,
HOSPITAL PULAU PINANG
5
6

KANDUNGAN

Mukasurat

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Gelintaran kesusasteraan 7

1.2.1 Tujuan amalan pencegahan universal 7

1.2.2 Risiko jangkitan 7

1.2.3 Program pencegahan universal di Malaysia 10

1.2.4 Komplians 11

1.3 Rangkaian masalah 14

1.4 Matlamat 17

1.5 Matlamat Khas 17

1.6 Hipotesa Kajian 18


7

BAB 2 METODOLOGI

2.1 Latarbelakang tempat kajian 20

2.2 Rekabentuk kajian 23

2.3 Pensampelan 24

2.4 Pengumpulan Data 25

2.4.1 Kaedah cerapan 25

2.4.2 Kaedah soal selidik jawab sendiri 25

2.5 Definisi 26

2.6 Analisa Data 28

2.7 Penkodan 30

BAB 3 HASIL KAJIAN

3.1 Latarbelakang sampel 32

3.1.1 Ciri sosio demografi 32

3.1.2 Taraf pendidikan responden 34

3.1.3 Jawatan dan tempat bekerja 34

3.2 Vaksinasi dan pendedahan 34

3.2.1 Vaksinasi Hepatitis B 35

3.2.2 Pendedahan terhadap darah atau cecair tubuh 35

3.3 Pengetahuan mengenai pencegahan universal 37


8
viii

3.3.1 Latihan 37

3.3.2 Jangkitan melalui darah infektif 37

3.3.3 Cara jangkitan HIV/AIDS 38

3.3.4 Cara jangkitan Hepatitis B 38

3.3.5 Cara pencegahan jangkitan AIDS/HIV dan Hepatitis B 39

3.3.6 Vaksin dan pembawa 'sihat' 39

3.3.7 Garispanduan pencegahan universal 40

3.3.8 Min skor pengetahuan pencegahan universal 43

3.4 Persepsi 46

3.4.1 Beban kerja dan amalan pencegahan universal 46

3.4.2 Kecukupan peralatan pencegahan universal 46

3.4.3 Risiko jangkitan dan budaya kerja 46

3.5 Amalan pencegahan universal (borang soalselidik) 48

3.5.1 Amalan pencegahan universal 48

3.5.2 Min skor amalan dan faktor sosiodemografi 50

3.5.3 Amalan pencegahan universal dan tempat kerja 53

3.5.4 Amalan pencegahan universal dan latihan 54

3.5.5 Amalan pencegahan universal dan cukup peralatan 55

3.5.6 Amalan pencegahan universal dan persepsi beban kerja 59

3.6 Amalan pencegahan universal (cerapan) 60


1
0
3.6.1 Ketidakpatuhan amalan pencegahan universal 60

3.6.2 Komplians amalan pencegahan universal 62

3.7 Faktor-faktor risiko dan peramal untuk tahap pengetahuan, komplians


terhadap amalan Pencegahan Universal dan pendedahan kepada darah 63

3.7.1 Analisa korelasi antara faktor-faktor risiko 63

3.7.2 Faktor peramal untuk tahap pengetahuan menurut jantina,


jawatan dan tahap pendidikan 65

3.7.3 Faktor peramal untuk komplians terhadap pencegahan universal


menurut jantina, tahap pendidikan, jawatan, tahap pendidikan
dan latihan 66

3.7.4 Faktor peramal bagi pendedahan terhadap darah menurut


persepsi beban kerja yang tinggi, persepsi wujudnya budaya
kerja yang sihat, skor komplians, jantina, etnik, umur, tahap
pendidikan, jawatan, status perkahwinan, tempoh
perkhidmatan, latihan yang diterima, tahap pengetahuan,
jumlah masakerja dalam seminggu dan persepsi risiko jangkitan 67

BAB 4 PERBINCANGAN
69

BAB 5 KESIMPULAN 78
viii

RUJUKAN

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B
1
2
SENARAI JADUAL

No Jadual Mukasurat

3.1 Data sosiodemografi responden 34

3.2 Tempat kerja responden sepanjang satu minggu terdahulu 35

3.3 Taburan pendedahan terhadap darah atau cecair tubuh dalam tempoh
satu tahun yang lepas 36

3.4 Taburan cara pendedahan terhadap darah atau cecair tubuhdan laporan
yang dibuat 36

3.5 Taburan responden berdasarkan pernah mendengar dan menerima


taklimat mengenai pencegahan universal 37

3.6 Taburan jawapan responden untuk soalan pengetahuan pencegahan


universal (soalan 1 hingga 3) 41

3.7 Taburan jawapan responden untuk soalan pengetahuan pencegahan


universal (soalan 4 hingga 6) 42

3.8 Min skor pengetahuan mengikut jantina, etnik, umur, tahap pendidikan,
jawatan dan lama bekerja 45

3.9 Persepsi kakitangan terhadap perkara-perkara yang mempengaruhi


amalan pencegahan universal 47

3.10 Proporsi amalan pencegahan universal ketika bertugas 48

3.11 Min skor amalan mengikut jantina, etnik, umur, tahap pendidikan,
jawatan dan lama bekerja 52

3.12 Min skor amalan mengikut tempat kerja 54

3.13 Min skor amalan mengikut taklimat atau latihan 55

3.14 Komplians menurut persepsi cukup bekalan sarung tangan getah 56

3.15 Komplians menurut persepsi cukup bekalan bekas pelupusan 57


x

3.16 Komplians menurut persepsi cukup bekalan sinki dan sabun 58

3.17 Komplians menggunakan gaun dan pelindung mata menurut persepsi


cukup bekalan 59

3.18 Min skor amalan mengikut persepsi beban kerja 59

3.19 Taburan ketidakpatuhan menurut jawatan 61

3.20 Taburan ketidakpatuhan menurut tempat kerja 61

3.21 Proporsi komplians terhadap pencegahan universal 62

3.22 Nilai r dan nilai p bagi korelasi antara faktor-faktor risiko 64

3.23 Pekali regresi beta dan nilai p analisa regresi linear mengenai hubungan
tahap pengetahuan pencegahan universal dan faktor-faktor risiko 65

3.24 Pekali regresi beta dan nilai p analisa regresi linear mengenai hubungan
komplians terhadap amalan pencegahan universal dan faktor-faktor risiko 66

3.25 Pekali regresi beta dan nilai p analisa regresi logistik mengenai hubungan
pendedahan terhadap darah dan faktor-faktor risiko 68
1
4

No Rajah Mukasurat

1.1 Rangkaian masalah komplians terhadap pencegahan universal dan


jangkitan di tempat kerja serta faktor-faktor yang mempengaruhinya 16

3.1 Rajah serakan antara skor pengetahuan dan skor amalan pencegahan
universal 64
xii
Xi

SENARAI RAJAH

A&E - Accident and Emergency

ANOVA - Analysis of Variance

AIDS - Acquired Immunodeficiency Syndrome

CDC - Centers for Disease Control and Prevention Atlanta

HIV - Human Immunodeficiency Virus

HKL - Hospital Kuala Lumpur

KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia

LSD - Least Significant Difference

PU - Pencegahan Universal

S.E. - Standard Error


BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pencegahan Universal (PU) merupakan satu cara untuk mengurangkan risiko pesakit dan

kakitangan kesihatan dari jangkitan penyakit berjangkit melalui cecair tubuh. Kesemua

pesakit dan kakitangan kesihatan dianggap berpotensi mempunyai jangkitan berbahaya

yang boleh menjangkiti orang lain (sipesakit atau perawat) melalui cecair tubuh atau tisu

yang infektif. Oleh itu segala langkah hendaklah diambil untuk mencegah jangkitan ini.

PU merupakan satu konsep yang telah lama wujud, tetapi hanya menjadi

popular setelah wujudnya wabak HIV/AIDS. Sebelum ini ia menjadi konsep

pencegahan bagi mengelakkan jangkitan sifilis, Hepatitis B, Hepatitis C dan lain-lain

penyakit bawaan darah atau cecair tubuh. Jangkitan berlaku dari pesakit kepada

perawat, dari perawat kepada pesakit dan dari pesakit kepada pesakit.

Dahulunya pada abad ke 18 dan 19, doktor dan kakitangan perubatan yang

memberi rawatan kepada mereka yang sakit terdedah kepada pelbagai kemungkinan

jangkitan. Pada masa itu, penyakit yang mempunyai kesan yang sama seperti

HIV/AIDS adalah penyakit sifilis. Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan

para doktor
2

yang mendapat infeksi akibat dari memberi rawatan kepada pesakit sedemikian (Meyer

1993). Contohnya telah dilaporkan pada 1881 bahawa 30 orang bidan telah dijangkiti

sifilis. Malah "digital chancre" menjadi suatu perkara yang sinonimus dengan hazad

profesion perubatan (Meyer 1993). Juga telah dilaporkan pada tahun 1718, wujud

jangkitan sifilis di kalangan bidan dan doktor. Kakitangan perubatan yang telah

dijangkiti pula telah menjangkiti pesakit yang lain. Kesan dari jangkitan ini (sama

seperti kesan jangkitan HIV/AIDS di masa kini), iaitu mereka yang dijangkiti tidak

lagi berpeluang untuk meneruskan profesion mereka. Masalah ini selesai apabila

profesion perubatan mula sedar tentang masalah ini dan telah mengintegrasi

pendidikan venereologi dan pencegahan jangkitan ke dalam pendidikan perubatan.

Antara teknik pencegahan jangkitan yang ditekankan adalah inovasi teknologi,

profilaksis individu, pendidikan kesihatan dan peraturan. Sejak dari tahun 1906 lagi,

jurnal kejururawatan di Amerika Syarikat menekankan bahawa jururawat hendaklah

menganggap bahawa kesemua pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan,

berpotensi mempunyai jangkitan sifilis. Penggunaan sarung tangan getah bermula

pada tahun 1890 apabila Dr William Halstead memohon sebuah syarikat untuk

membuatnya. Ini adalah satu inovasi teknologi yang dapat mencegah jangkitan

kepada perawat. Bagi profilaksis individu pula, prosedur pencucian tangan yang

teliti dan penggunaan cecair antiseptik turut membantu dalam pencegahan jangkitan

(Meyer 1993).

Konsep yang sama telah digunakan oleh Centers for Disease Control and

Prevention (CDC) Atlanta, Amerika Syarikat, dalam garis panduan yang diedarkan

untuk mencegah penyakit kerja yang disebabkan oleh jangkitan penyakit bawaan

darah.
3

Garis panduan ini yang diterbitkan pada tahun 1982, mengambil kira jangkitan

seperti Hepatitis B dan Human Immunodeficiency Virus (HIV) (CDC 1982).

Apabila pengetahuan mengenai prevalens dan cara jangkitan HIV diketahui,

garis panduan tersebut diperkembangkan dan dikemaskinikan. Memandangkan

bahawa adalah sukar untuk mengenali pesakit HIV dan Hepatitis B, garis panduan

baru tersebut mencadangkan agar kakitangan perubatan mengganggap bahawa

semua pesakit dan sampel darah berpotensi mempunyai jangkitan. Oleh itu garis

panduan untuk mengelakkan jangkitan perlu diamalkan secara universal terhadap

semua pesakit dan semua sampel darah. Garis panduan baru ini dikenali sebagai

"Universal Precautions" atau sebagai Pencegahan Universal, disebabkan oleh

pendekatan baru ini yang lebih universal (CDC 1987 dan CDC 1988).

Antara pendekatan pencegahan jangkitan yang terdapat dalam garis panduan

tersebut adalah;

- immunisasi terhadap Hepatitis B

- jagaan rapi semasa penggunaan dan pembuangan jarum suntikan, tanpa

menutup semula serta lain-lain instrumentasi tajam (turut juga mencadangkan

pembuangan jarum suntikan yang telah digunakan ke dalam bekas pelupusan

alat tajam).

- penggunaan sarung tangan getah dan lain-lain alat perlindungan seperti topeng

muka (mask), gaun dan alat pelindung mata bagi mana-mana keadaan di mana

kakitangan perubatan boleh terdedah kepada darah atau lain-lain cecair tubuh

yang berbahaya.
4

- menukar sarung tangan antara setiap kes yang dirawat dan mencuci tangan

setiap kali menukar sarung tangan (CDC 1987 dan CDC 1988).

Garis panduan ini telah menjadi sebahagian daripada tahap piawai bagi

jangkitan bawaan darah di bawah "The Occupational Health & Safety Administration

(OSHA)" yang diterbitkan pada tahun 1992. Di Malaysia, pendekatan pencegahan

jangkitan yang diambil termaktub di dalam buku "Plan of Action for the

Prevention & Control of AIDS/HIV" yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia pada tahun 1987. Namun begitu penekanan untuk mengambil langkah

pencegahan secara universal hanya dinyatakan dalam rawatan dental dan autopsi.

Bagi yang lain seperti rawatan pesakit luar, rawatan wad dan makmal, penekanan

pencegahan jangkitan hanya diambil bagi kes-kes HIV/AIDS yang disyaki, bukan

untuk semua pesakit. Namun begitu dari segi pelupusan alat tajam, garis panduan

yang diberi adalah bersesuaian dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh

CDC. Hanya pada 17 Ogos 1995, suatu surat pekeliling bertajuk "Garis panduan

Pengurusan Kakitangan Kesihatan Yang Dijangkiti oleh Kuman HIV", terdapat satu

muka arahan ringkas yang mengarahkan agar semua kakitangan perubatan dan

kesihatan mengamalkan pencegahan universal dan prinsip am pencegahan jangkitan.

Masalah kemungkinan berlaku jangkitan seperti dinyatakan di atas memang

wujud. Kes pertama jangkitan HIV akibat pendedahan semasa pekerjaan

berdokumentasi telah dilaporkan pada tahun 1987. Sehingga 30 Jun 1996, 159 kes

jangkitan HIV akibat pendedahan pekerjaan telah dilaporkan oleh CDC (CDCa 1996)

di mana 51 adalah sah berdokumentasi manakala 108 berkemungkinan besar. Menurut


5

Centers for Disease Control and Prevention (CDC), pada tahun 1992-1993, 2% dari

kes Hepatitis B di Amerika Syarikat adalah disebabkan oleh pendedahan semasa

jagaan kesihatan. Pada 1989, CDC menjangka bahawa 12,000 kakitangan

kesihatan yang terdedah kepada darah pesakit dijangkiti oleh hepatitis setiap

tahun. Seramai 500 hingga 600 orang akan memerlukan rawatan hospital manakala

250 orang lagi akan mati akibat sirosis hepar, kanser hepar atau hepatitis fulminan.

Manakala 700-1,200 orang akan menjadi pembawa virus Hepatitis B (CDC 1989).

Tentang masalah jangkitan dari perawat kepada pesakit, terdapat satu kes

iaitu seorang doktor gigi yang telah menjangkiti 6 orang dari pesakitnya dengan

virus HIV di Amerika Syarikat pada 1987 hingga 1989. Kes ini hanya dikesan

dan diketahui umum pada 1990 (CDC 1993). Salah seorang yang dijangkiti

adalah Kimberley Bergalis, yang telah berkempen agar semua kakitangan

kesihatan diuji status HIV sebelum dibenarkan merawat pesakit. Adalah dijangkakan

risiko jangkitan dari seorang pakar bedah yang dijangkiti HIV kepada pesakitnya jika

terjadi luka perkutan semasa prosedur invasif antara 1 dalam 42,000 hingga 1 dalam

420,000. Bagi Hepatitis B pula, risiko jangkitan adalah antara 1 dalam 420 hingga 1

dalam 4,200 (Robert & Bell 1994).

Begitu juga Arthur Ashe, pemain tenis dunia yang terkenal yang telah

dijangkiti HIV melalui transfusi darah. Di Malaysia, sehingga 31 Mac 1996,

sejumlah 32 kes jangkitan akibat transfusi darah telah dilaporkan (KKM 1996).

Bagi jangkitan dari pesakit kepada pesakit pula, pada tahun 1994 telah

dilaporkan bahawa 13 kes yang menerima dialisis di sebuah pusat dialisis di

Colombia
6

antara 1991 hingga 1993, telah dijangkiti oleh virus HIV. Seramai 10 dari 13 pesakit

tersebut didapati tiada faktor risiko lain selain daripada menerima dialisis. Selepas

siasatan didapati punca jangkitan adalah kerana kakitangan tidak mengamalkan kaedah

pencegahan jangkitan sepenuhnya semasa memberikan rawatan dialisis (CDCb 1995).

Oleh itu wujud keperluan dari segi komplians terhadap pencegahan universal oleh

semua pihak.

Kajian ini dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana HPP merupakan

pusat rujukan tertiari terutama bagi kes-kes HIV dan AIDS. Disamping itu HPP

mempunyai bilangan kakitangan dan pesakit teramai dalam sesebuah fasiliti

Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu kontak antara perawat dan pesakit adalah

lebih dan kemungkinan pendedahan adalah tinggi. Jabatan Kemalangan dan

Kecemasan nya pula mengamalkan sistem triage dan mempunyai organisasi yang

agak besar dan lebih teratur berbanding dengan lain-lain hospital kerajaan.

1.2 GELINTARAN SUSASTERA

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, adalah sukar untuk mengenali pesakit HIV,

Hepatitis B dan Hepatitis C. Oleh itu konsep pencegahan universal menganggap

bahawa semua pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan dan sampel darah

yang diambil berpotensi mempunyai jangkitan berbahaya. Oleh itu prinsip am

pencegahan jangkitan perlu diamalkan secara universal terhadap semua pesakit dan

semua sampel darah (CDC 1987 dan CDC 1988).


7

1.2.1 Tujuan amalan pencegahan universal

Tujuan mengamalkan pencegahan universal ini adalah untuk mengelakkan berlakunya

jangkitan penyakit bawaan darah seperti HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C, tidak kira

sama ada dari pesakit kepada pesakit, pesakit kepada perawat atau sebaliknya.

1.2.2 Risiko jangkitan

Risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C dari

pesakit kepada perawat dan sebaliknya bergantung kepada 3 perkara utama iaitu;-

- prevalens penyakit tersebut di antara golongan pesakit yang datang untuk

mendapatkan rawatan dan di antara golongan perawat.

- kekerapan pendedahan kakitangan kesihatan atau pesakit kepada darah atau

cecair tubuh yang infektif.

- cara pendedahan sama ada parenteral, mukosal atau luka terbuka.

Bagi prevalens penyakit, menurut jangkaan WHO, kini terdapat sejumlah 19.5

juta penduduk dunia yang telah dijangkiti dengan virus HIV. Bilangan ini bertambah

6000 kes baru setiap hari (WHO 1996). WHO juga menjangka 0.305% dari populasi

dewasa Malaysia, dijangkiti oleh HIV (WHO WPR 1996). Bagi Hepatitis B, di

kawasan Asia Tenggara, antara 70-90% dari populasi mempunyai bukti serologi

terdedah kepada jangkitan dan antara 8-20% merupakan "carriers" atau pembawa

virus Hepatitis (Grosheide & Damme 1996). Bagi prevalens jangkitan di kalangan

perawat, di Amerika Syarikat sahaja sejumlah 18,014 kakitangan perubatan

diketahui mengidapi AIDS


8
(CDCa 1996). Pemantauan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
9

(KKM) pada tahun 1996 mendapati 9% dari kakitangan perubatan dan kesihatan

KKM mempunyai jangkitan Hepatitis B yang aktif (Hepatitis B Antigen Positif).

Bagi kekerapan pendedahan pula, sepatutnya setiap kes pendedahan yang

berisiko di fasiliti kesihatan di Malaysia hendaklah dilaporkan. Namun begitu didapati

jumlah kes yang dilaporkan sehingga April 1995 adalah kecil iaitu sekitar 54 kes.

Bilangan kes yang "seroconverted" tidak diketahui kerana ia adalah rahsia.

Kebanyakannya adalah kecederaan akibat tercucuk jarum suntikan dan selainnya

pendedahan mukosal (Sulaiman 1995). Jika dibandingkan dengan satu kajian yang

telah dilakukan oleh CDC pada tahun 1995 terhadap kakitangan perubatan yang

telah dijangkiti virus HIV, didapati 94% adalah akibat kecederaan jarum suntikan

dan 7% adalah disebabkan oleh kecederaan dengan benda tajam yang lain. Di

Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, didapati 53% dari pelajar

perubatan tahun 4 dan tahun 5 pernah mengalami kecederaan jarum suntikan

(Naing, Zulkifli dan Ismail 1995).

Satu kajian kebangsaan di Amerika Syarikat (Hersey & Martin 1995)

mendapati bahawa 52% dari kakitangan yang menjaga pesakit pernah mengalami

pendedahan perkutan akibat jarum suntikan dan 24% dari mereka mengalaminya

dalam jangkamasa satu tahun yang lepas. Kajian ini juga menunjukkan hanya

68% yang melaporkan pendedahan mereka. Perkara yang sama juga dilaporkan di

kalangan para doktor iaitu 51% mengalami pendedahan perkutan dalam jangkamasa

satu tahun yang lepas. Bagi kakitangan "housekeeping", 39% mengalami

pendedahan perkutan dalam jangkamasa satu tahun yang lepas. Bagi pendedahan

darah pada kulit dalam satu tahun


yang lepas, ianya adalah positif bagi 64% kakitangan menjaga pesakit, 59% bagi

doktor dan 6% bagi kakitangan "housekeeping". Bagi pendedahan pada mukosa,

ianya adalah positif bagi 10% kakitangan yang menjaga pesakit dan 19% bagi para

doktor.

Risiko pendedahan adalah berbeza menurut jenis pendedahan. Bagi

pendedahan perkutan terhadap darah yang dijangkiti virus HIV, risikonya adalah 0.3%

(CDCa 1995).

Faktor yang meningkatkan risiko jangkitan bagi pendedahan perkutan adalah jika

pendedahan itu menyebabkan luka yang dalam, jarum atau alat itu telah dicemari

dengan darah pesakit, prosedur yang dilakukan memerlukan jarum diletakkan di

dalam vena atau arteri pesakit dan jika pesakit itu telah nazak dengan penyakit AIDS.

Risiko bagi jenis pendedahan yang lain seperti pendedahan mukosa adalah lebih

rendah iaitu 0.09%. Berbanding dengan virus Hepatitis B yang lebih stabil dan

lebih mudah menjangkiti, risiko jangkitan selepas pendedahan perkutan ialah 30%

(Robert & Bell 1994).

1.2.3 Program Pencegahan Universal di Malaysia

Program dan prosedur pencegahan jangkitan di Malaysia telah lama berjalan. Garis

panduan mengenai pencegahan jangkitan yang terdapat dalam "Plan of Action for the

Prevention & Control of AIDS" telah diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) sejak tahun 1987. Banyak latihan dan peruntukan disediakan oleh

KKM (KKMa 1995). Pada 17 Ogos 1995, satu surat pekeliling bertajuk "Garis

panduan

Pengurusan Kakitangan Kesihatan Yang Dijangkiti oleh Kuman HIV", terdapat arahan
ringkas yang mengarahkan agar semua kakitangan perubatan dan kesihatan
mengamalkan pencegahan universal dan prinsip am pencegahan jangkitan (KKM

1995). Namun begitu prosedur seperti vaksinasi terhadap Hepatitis B tidak terdapat di

dalam pekeliling tersebut. Ini berbeza dengan pendekatan CDC yang menggalakkan

vaksinasi Hepatitis B sebagai profilaksis individu.

1.2.4 Komplians

Komplians kakitangan terhadap Pencegahan Universal pula dipengaruhi oleh faktor-

faktor seperti:

-"Predisposer" - pengetahuan mengenai Pencegahan Universal dan praktisnya.

-"Enablers" - terlatih, cukup peralatannya, mampu, komitmen majikan,

sokongan rakan sekerja.

-"Reinforcers" - sentiasa diingatkan dalam pekerjaan seharian.

(Hawe, Degeling & Hall 1990)

Sebagai contohnya, suatu kajian kebangsaan (Hersey & Martin 1995)

menunjukkan bahawa mereka yang terlatih, lebih berkemungkinan untuk mencuci

tangan selepas menanggalkan sarung tangan. Juga didapati bahawa mereka yang

pernah menerima latihan dalam pencegahan jangkitan, lebih sanggup untuk merawat

pesakit HIV/AIDS. Komplians pekerja kesihatan terhadap Pencegahan Universal juga

berbeza mengikut tempat dan jenis aktiviti. Ia juga berbeza mengikut faktor

demografi dan tahap pengetahuan.


Kajian yang dilakukan oleh Gershon et al pada 1995 di tiga buah hospital

wilayah di Amerika Syarikat, didapati komplians adalah tinggi bagi penggunaan

sarung tangan getah (97%), pelupusan alat tajam dan pembuangan sisa

terkontaminasi (95%), tetapi rendah bagi perlindungan mata (63%) dan

perlindungan pakaian luar (62%). Didapati juga bahawa komplians terhadap

pencegahan universal bergantung kepada komitmen organisasi terhadap pencegahan

universal, konflik dalaman antara keperluan memberikan rawatan dan keperluan

untuk melindungi diri, personaliti perawat yang suka mengambil risiko, persepsi

risiko, pengetahuan cara transmisi jangkitan serta latihan dalam pencegahan

universal. Faktor demografi yang mempengaruhi komplians adalah jantina (wanita

25%, lelaki 19%), pekerjaan (tahap komplians jururawat tertinggi, diikuti oleh

juruteknologis makmal dan terendah bagi doktor).

Satu kajian kebangsaan di Amerika Syarikat pada tahun 1991 yang dilakukan

oleh Hersey dan Martin, bagi hospital-hospital yang ada jabatan kecemasan dan

rawatan pesakit dalam wad mendapati hanya 42% kakitangan yang menjaga pesakit

dan 45% doktor telah menerima vaksinasi Hepatitis B. Bagi pelupusan alat

tajam, 96% kakitangan yang menjaga pesakit sentiasa membuang jarum suntikan atau

lain-lain alat tajam dengan betul. Pada masa yang sama didapati 38% mengatakan

bahawa bekas itu sentiasa penuh. Didapati juga 55% dari kakitangan yang menjaga

pesakit menutup semula jarum suntikan selepas memberi suntikan dan 45%

menutup semula jarum suntikan selepas mengambil darah. Para doktor paling kerap

menutup semula jarum suntikan iaitu 75% selepas suntikan dan 65% selepas

mengambil darah. Dari penggunaan sarung tangan getah, 43% kakitangan yang

menjaga pesakit sentiasa menggunakannya untuk mengambil darah dan 32%

sentiasa menggunakannya untuk


memasang atau menanggalkan saluran intravena. Hanya 60% kakitangan

"housekeeping" sentiasa menggunakan sarung tangan untuk mengemas bilik pesakit.

Didapati juga 88% kakitangan yang menjaga pesakit sentiasa menukar sarung tangan

antara pesakit. Bagi mencuci tangan selepas menanggalkan sarung tangan getah,

hanya 62% kakitangan yang menjaga pesakit dan 54% doktor yang berbuat

demikian. Berbanding dengan 82% kakitangan "housekeeping" yang berbuat

demikian.

Manakala dalam penggunaan topeng muka, gaun dan perlindungan mata,

peratus penggunaannya jauh lebih rendah. Didapati hanya 24% kakitangan yang

menjaga pesakit sentiasa menggunakan gaun, 19% sentiasa menggunakan topeng

muka dan hanya 10% sentiasa menggunakan perlindungan mata (Hersey & Martin

1995).

Di Chiang Mai, kajian yang dilakukan terhadap jururawat di wad kecemasan

(Picheansathian 1995) menunjukkan komplians terhadap pencegahan universal adalah

rendah iaitu 49% secara keseluruhan. Amalan pencegahan berhalangan (barrier

precautions) adalah sekitar 18-25%. Didapati sebab-sebab tidak mengamalkan

pencegahan universal adalah tidak ada bekalan alat pencegahan universal seperti

pelindung mata, topeng muka dan gaun, tidak cukup masa, tidak selesa, leceh, tabiat

lama, merasakan pencegahan universal tidak penting dan mahu menjaga hati pesakit.

Bagi sarung tangan getah, ianya digunakan 54% dalam intervensi yang memerlukan

pencegahan universal. Sebab tidak mengamalkannya adalah tidak cukup bekalan,

yakin dengan kebolehan mereka melakukan venepunktur, tidak selesa dan persepsi

risiko yang rendah. Membasuh tangan selepas kontak dengan pesakit atau

menanggalkan sarung
tangan adalah 23- 32%. Sebab yang diberikan untuk tidak komplians adalah tidak

biasa, tiada masa dan tiada kemudahan disediakan.

Satu lagi kajian terhadap doktor dan jururawat di semua hospital di Thailand

pada tahun 1993 (Danchaivijitr et al 1995) menunjukkan bahawa hanya 47.1% doktor

dan 27.9% jururawat yang mengamalkan pencegahan universal untuk semua pesakit.

Secara amnya, doktor lebih tahu tentang pencegahan berhalangan (barrier

precautions) berbanding dengan jururawat. Walau bagaimanapun, amalan mencuci

tangan selepas menanggalkan sarung tangan dan kontak dengan pesakit, rendah di

kalangan doktor berbanding jururawat. Secara keseluruhannya jururawat dan doktor

berpuas hati dengan tahap pengetahuan mereka mengenai pencegahan universal dan

polisi hospital terhadap pencegahan universal.

Satu kajian yang dilakukan di Hospital Tapah oleh Hasnah Bibon (1995)

menunjukkan 65.4% kakitangan komplians terhadap pencegahan universal. Seramai

81.3% sentiasa membasuh tangan selepas merawat pesakit, 84.5% sentiasa memakai

sarung tangan getah dan 71% sentiasa memakai apron atau gaun jika akan terdedah

kepada percikan darah. Dari segi perlanggaran, seramai 63.3% menutup semula jarum

suntikan selepas digunakan dan 23.6% membuang jarum dan alat tajam ke dalam

tong sampah biasa.

1.3 RANGKAIAN MASALAH


Komplians seseorang untuk mengamalkan pencegahan universal di pengaruhi oleh

banyak faktor. Faktor-faktor tersebut boleh dibahagikan kepada faktor individu dan

demografi, faktor psikososial dan faktor organisasi.

1.3.1 Faktor-faktor yang dinyatakan di atas akan mempengaruhi keinginan

seseorang untuk mengamalkan pencegahan universal. Namun begitu, antara

keinginan dan amalan, ianya dipengaruhi oleh perkara-perkara seperti beban

kerja yang tinggi atau kurangnya galakan untuk mengamalkan pencegahan

universal (seperti poster peringatan, kecukupan alat) .

1.3.2 Sekiranya seseorang itu tidak komplians terhadap pencegahan universal,

kemungkinan beliau mendapat jangkitan di tempat kerja dipengaruhi pula oleh

kekerapan pendedahan kepada hazad, jenis pendedahan dan prevalens penyakit

tersebut di kalangan pesakit yang dirawat.

1.3.3 Namun begitu, jika seseorang itu komplians terhadap pencegahan universal,

tidak bermakna beliau selamat seratus peratus dari jangkitan di tempat kerja.

Ini adalah kerana jika jenis pendedahan yang dialami mengatasi langkah-

langkah pencegahan universal yang telah diambil, contohnya tercucuk jarum

suntikan yang menembusi sarung tangan getah yang dipakai, risiko jangkitan

masih ada.
FF
aa
kk
Keinginan Untuk Komplians
t
Terhadap Pencegahan Universal
oo
r
Galakan untuk
OIP
mengamalkan
rns
gdi Pencegahan
aik Universal
nvo
iis
sdo
aus
si
i&a Kekerapan pendedahan
B Bl K
e D Jang
ompli
Prevalens penyakit u S kit
b eans
di kalangan pesakit a dm i an
atau Jenis Pendedahan
n ao k Te
Tidak
mp
ke ygTerha
a at
rj rdap
p Ker
a aaPence
T ja
ya fgahan
e (W
n KiUnive
g eK k ork
rsal
t sa pla
n etn ce
gg ea Inf
Rajah 1.1 i ln ec pencegahan universal dan
Rangkaian masalah komplians terhadap
ag to
jangkitan di tempat kerja serta faktor-faktor
o n) yang mempengaruhinya.
m
arK
tie
ar
npj
ea
KkP
ee
rr
aas
Sa
ona
kJn
oa
nnT
gga
ak
nau
1.4 MATLAMAT UMUM mt
kP
a
e
as
r
kas
Mengkaji kesedaran dan komplians terhadap pencegahan
ie
universal di kalangan
tpp
kakitangan perubatan di Jabatan Kemalangan aesdan Kecemasan, Hospital Kuala
nri
Lumpur, Februari 1997. gk
ahR
i
nis
d
i
1.5 MATLAMAT KHAS lmk
aao
it
na
1.5.1 Mengkaji demografi sampel yang dipilihLn dari segi umur, bangsa, jantina,
aJ
tu
taraf pendidikan, taraf perkahwinan, kategori jawatan, tempoh berkhidmat
im
h
dengan Kementerian Kesihatan Malaysia,al tempat kerja dan purata jumlah
na
masa kerja dalam seminggu. h
y
am
na
gs
1.5.2 Menentukan tahap pengetahuan kakitangan mengenai Pencegahan Universal,
a
d
i B dan kaitan terhadap komplians
cara transmisi jangkitan HIV dan Hepatitis
bb
e
mereka. rk
ie
r
j
1.5.3 Menentukan hubungan antara kompliansa terhadap pencegahan universal
T
a
dengan kategori jawatan, tempat kerja, purata masa kerja dalam seminggu,
h
a peralatan.
latihan yang pernah diterima dan kecukupan
p

p
e
n
g
e
t
a
h
u
a
n
1.5.4 Menentukan hubungan antara komplians terhadap pencegahan universal dan

persepsi kakitangan terhadap komitmen majikan dalam mewujudkan budaya

amalan pencegahan universal .

1.5.5 Menentukan hubungan antara komplians terhadap pencegahan universal dan

persepsi beban kerja kakitangan.

1.5.6 Menentukan proporsi kakitangan yang mengambil immunisasi Hepatitis B.

1.5.7 Menentukan sejarah dan cara pendedahan kakitangan terhadap cecair tubuh

sepanjang satu tahun yang lepas.

1.6 HIPOTESA KAJIAN

1.6.1 Komplians terhadap pencegahan universal lebih tinggi di kalangan jururawat

terlatih berbanding dengan kategori lain.

1.6.2 Kakitangan yang pernah dilatih, lebih komplians terhadap pencegahan

universal.

1.6.3 Komplians terhadap pencegahan universal lebih baik jika mudah

mendapatkan peralatan yang berkaitan.


1.6.4 Komplians terhadap pencegahan universal lebih baik jika majikan

mewujudkan budaya amalan pencegahan universal .

1.6.5 Komplians terhadap pencegahan universal lebih baik jika beban kerja

kakitangan tidak terlalu tinggi.


BAB 2

METODOLOGI

2.1 LATARBELAKANG TEMPAT KAJIAN

Hospital Kuala Lumpur ialah hospital yang terbesar di Malaysia. Dahulunya ia

dikenali sebagai Hospital Besar Kuala Lumpur. Ia terletak di tengah Bandaraya Kuala

Lumpur, dikelilingi oleh 3 jalan utama iaitu Jalan Pahang, Jalan Raja Muda dan Jalan Tun

Razak. Keluasan tapaknya adalah 60.4 hektar (Perangkaan Tahunan Hospital Kuala

Lumpur 1994).

Hospital Kuala Lumpur beroperasi sebagai pusat rawatan primer, sekunder dan

tertiari. Ia juga merupakan pusat latihan bagi pelajar perubatan, pegawai perubatan latihan

siswazah, pegawai perubatan siswazah lanjutan, pegawai perubatan penjurusan khusus (sub-

specialisation), serta sebagai pusat latihan dalam bidang radiografi, kejururawatan,

fisioterapi, terapi cara kerja, kebidanan serta perawatan pos basik bagi paramedik.

Pentadbiran Hospital Kuala Lumpur diketuai oleh seorang Pengarah yang dibantu

oleh dua orang Timbalan Pengarah. Pengarah bertanggungjawab ke atas perjalanan

hospital
21

secara keseluruhan sementara Timbalan Pengarah (Perubatan) mengendalikan hal-hal

bidang perubatan dan Timbalan Pengarah (Tadbiran) mengendalikan perkara-perkara

dalam bidang pentadbiran dan kewangan.

Sebagai sebuah institusi yang terbesar di bawah Kementerian Kesihatan, ia

mempunyai jumlah jawatan sebanyak 6,574 sehingga hujung 1994. Kumpulan Sokongan D

mempunyai bilangan jawatan yang terbanyak iaitu 3,154 , yang mana sebahagian besar

daripadanya ialah Atendan dan Pekerja Am. Ini diikuti oleh Kumpulan Sokongan B iaitu

sebanyak 2,290 , yang mana Jururawat dan Pembantu Perubatan adalah komponen

terbesar. Kumpulan A terdiri daripada 115 Pegawai Pakar Perubatan, 12 Pegawai Pentadbir

Perubatan dan 493 Pegawai Perubatan.Walaupun jumlah kakitangannya adalah ramai

berbanding dengan lain-lain hospital di Malaysia, tenaga kerja yang ada adalah tidak

mencukupi untuk menanggung beban kerja yang ada. Keadaan ini adalah sangat ketara

bagi jawatan Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih, Juru X-Ray, Juruteknologi Makmal

Perubatan, Juruteknik, Atendan dan Pekerja Am.

Menurut Perangkaan Tahunan Hospital Kuala Lumpur 1994, jumlah kemasukan

pesakit pada tahun 1994 ialah seramai 151,452 orang, manakala pada tahun 1993

jumlahnya ialah 147,736 orang, iaitu pertambahan sebanyak 2.52%. Bangsa Melayu

merupakan bangsa yang teramai, manakala kaum wanita lebih ramai dimasukkan daripada

kaum lelaki.

Jumlah katil di hospital ini adalah sebanyak 2,528 (Laporan Tahunan 1994). Peratus
22

penggunaan katil adalah 82.83% dalam tahun 1993 dan 86.19% pada tahun 1994. Lima

disiplin menunjukkan peratus penggunaan katil melebihi 100% iaitu Psikiatri (161.01%),

Kemalangan & Kecemasan (109.91%), Urologi (109.29%), Plastik Surgeri (105.70%) dan

Pediatrik (termasuk Rawatan Rapi) (101.22%)

Jabatan Kemalangan dan Kecemasan terletak di tingkat bawah blok utama Hospital

Kuala Lumpur. Ianya diketuai oleh seorang pakar tromatologi. Beliau disokong oleh 224

kakitangan yang lain yang terdiri daripada 29 orang Pegawai Perubatan, 3 orang Ketua

Jururawat, 70 orang Jururawat terlatih, 27 orang Pembantu Perubatan, 24 orang Penolong

Jururawat, 8 orang Pemandu, 46 orang Atendan Hospital dan 9 orang Amah. Dari segi

organisasi, Jabatan Kecemasan dan Kemalangan terbahagi kepada Bahagian Kemalangan dan

Kecemasan dan Bahagian Bilik Bedah Kemalangan dan Kecemasan. Dari segi operasi,

Bahagian Kemalangan dan Kecemasan terbahagi kepada Unit Kecemasan Resusitasi

(kawasan merah), Unit Kecemasan Intermediat (kawasan kuning) dan Unit Rawatan

Pesakit (kawasan hijau). Pembantu Perubatan yang bertugas di bahagian pendaftaran

menapis kes- kes yang datang mendapatkan rawatan (triage). Kes-kes yang tidak

memerlukan rawatan kecemasan akan dirujuk ke Jabatan Pesakit Luar. Kes-kes yang

memerlukan rawatan kecemasan tetapi tidak membahayakan nyawa dan boleh berjalan

atau menggunakan kerusi roda, akan menunggu giliran di bilik menunggu bagi

mendapatkan rawatan di kawasan hijau ("walk in cases"). Bagi kes yang perlu berada atas

troli tetapi tidak berada dalam keadaan yang segera membahayakan nyawa, mereka akan

dirujuk ke kawasan kuning. Bagi kes yang kritikal yang memerlukan resusitasi segera,

mereka akan dirujuk ke kawasan merah.


23

Bagi Bilik Bedah Kemalangan dan Kecemasan, mereka memberikan khidmat bagi

kes-kes dari Jabatan Kemalangan dan Kecemasan dan kes-kes bedah ringan dari Jabatan

Pesakit Luar dan Klinik Pakar.

Jabatan ini bertugas 24 jam sehari dan mempunyai giliran tugas 3 kali sehari iaitu 7

pagi hingga 2 petang, 2 petang hingga 9 malam dan 9 malam hingga 7 pagi. Namun begitu

giliran bagi Pegawai Perubatan adalah berbeza sedikit iaitu 8 pagi hingga 3 petang, 3

petang hingga 10 malam dan 10 malam hingga 8 pagi. Ada juga kakitangan yang bertugas

mengikut waktu pejabat.

2.1 REKABENTUK KAJIAN

Jenis kajian yang dijalankan adalah jenis keratan rentas untuk mengkaji tahap pengetahuan

dan komplians mengenai amalan pencegahan universal dan faktor-faktor yang

mempengaruhinya di kalangan kakitangan perubatan di Jabatan Kemalangan dan

Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur pada bulan Februari 1997.


24

2.2. PENSAMPELAN

Populasi sasaran ialah kesemua kakitangan perubatan di Jabatan Kemalangan dan

Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur yang ada pada tempoh kajian di bulan Februari 1997.

Populasi sampel ialah kesemua kakitangan perubatan di Jabatan Kemalangan dan

Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur yang bertugas semasa tempoh kajian. Kerangka

sampel ialah senarai kakitangan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala

Lumpur semasa tempoh tersebut.

Kaedah persampelan adalah pensampelan universal. Unit sampel adalah kakitangan

Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur. Saiz sampel yang sesuai

menurut perisian EpiInfo 6.04b ialah seramai 147 orang. Ini dikira dengan anggapan:

C Nilai " diambil sebagai 95%.

C Nilai 1-$ diambil sebagai 80%.

C Nilai insidens tidak komplians di kalangan tidak terdedah sebagai 34.6%,

berdasarkan kajian Hasnah B. di Hospital Tapah pada tahun 1996.

C Ratio ods diambil sebagai 2.0.


25

2.4 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan kaedah cerapan dan juga

menggunakan borang soalselidik.

2.4.1 Kaedah cerapan

Pada minggu pertama, penyelidik akan berada di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan.

Beliau akan memerhatikan kakitangan yang bertugas di unit kecemasan resusitasi, unit

kecemasan intermediat dan wad kecemasan dalam menjalankan tugas harian mereka.

Cerapan ini akan dijalankan selama 7 hari. Tujuannya adalah untuk mengukur tahap

komplians terhadap pencegahan universal di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan . Ia akan

menekankan komplians terhadap pencegahan universal semasa melakukan prosidur invasif

seperti pengambilan darah dan pelupusan alat tajam.

2.4.2 Kaedah soal selidik jawab sendiri

Di minggu kedua pula, sampel yang dipilih akan diberikan soal selidik jawab sendiri yang

akan diedarkan kepada setiap kakitangan perubatan yang bertugas di Jabatan Kemalangan

dan Kecemasan di Hospital Kuala Lumpur.


26

Ia mengandungi soalan mengenai data asas demografi, vaksinasi Hepatitis B,

pendedahan terhadap darah atau cecair tubuh semasa bertugas, pengetahuan mengenai

pencegahan universal dan penyakit berkaitan, persepsi responden mengenai beban kerja,

risiko jangkitan, budaya kerja dan komplians mereka terhadap pencegahan universal. Bagi

soalan mengukur tahap pengetahuan, setiap jawapan betul diberikan dua markah, setiap

jawapan salah ditolak satu markah dan soalan yang tidak dijawab atau dijawab "Tidak

Tahu" tidak diberikan apa-apa markah.

2.5 Definisi

2.5.1 Pencegahan Universal

Pencegahan Universal bermaksud langkah-langkah yang diambil oleh para perawat untuk

mengelakkan jangkitan dari darah atau cecair tubuh semasa merawat pesakit.

2.5.2 Responden

Responden adalah kakitangan perubatan yang telah dipilih dan bertugas semasa tempoh

kajian.
27

2.5.3 Tahap pendidikan

Tahap pendidikan responden dikelaskan kepada 1- tidak bersekolah, 2- pendidikan sekolah

rendah dari darjah satu hingga darjah enam, 3- sehingga peringkat PMR/SRP/LCE, 4-

sehingga peringkat SPM/MCE, 5- sehingga peringkat STP/HSC dan 6- sehingga peringkat

tertiari seperti universiti.

2.5.4 Jawatan

Kategori jawatan dikumpulkan untuk memudahkan analisa data iaitu;

a) Pegawai Perubatan - termasuk pakar perunding, pakar dan pegawai perubatan.

b) Pembantu Perubatan

c) Jururawat Terlatih

d) Penolong Jururawat

e) Atendan Hospital

f) Pemandu Ambulans

Jenis pekerjaan yang tidak termasuk di dalam kategori di atas dan tugasan mereka

tidak melibatkan kontak dengan pesakit atau cecair tubuh dianggap sebagai bukan kakitangan

perubatan dan tidak termasuk sebagai sampel kajian.

2.5.5 Tempat kerja


28

Tempat kerja dikategorikan seperti di bawah;

a) Wad Kecemasan

b) Rawatan Pesakit Luar (kawasan hijau)

c) Unit Kecemasan Resusitasi (kawasan merah)

d) Unit Kecemasan Intermediat (kawasan kuning)

iv) Pemandu Ambulans

v) Bilik Bedah Kemalangan dan Kecemasan

2.5.6 Komplians

Komplians adalah sentiasa dan kerapkali patuh kepada arahan-arahan yang ditetapkan di

dalam garispanduan pencegahan universal.

2.6 ANALISA DATA

Data yang dikumpulkan diubah ke jadual penkodan dan dipindah ke program komputer

menggunakan Excel 95. Data seterusnya diubah ke bentuk dBaseIV dan dianalisa

seterusnya menggunakan program SPSS 7.0. Ujian statistik yang akan digunakan

adalah ujian t, ANOVA, ujian khi kuasa dua, regresi, korelasi mengikut kesesuaian data

yang diterima.
29

Ujian t dilakukan untuk membandingkan min skor pengetahuan di antara jantina

dan lama berkhidmat. Ia juga dilakukan untuk membandingkan min skor amalan di antara

jantina, lama berkhidmat, tempat kerja, latihan dan persepsi beban kerja.

ANOVA dilakukan untuk membandingkan min skor pengetahuan di antara etnik,

tahap pendidikan dan jawatan. ANOVA juga dilakukan untuk membandingkan min skor

amalan di antara etnik, tahap pendidikan dan jawatan.

Ujian khi kuasa dua dilakukan apabila menguji hubungan di antara komplians dan

kecukupan peralatan.

Korelasi dilakukan untuk mengukur hubungan di antara skor amalan dan skor

pengetahuan, di antara skor amalan dan jumlah masa bekerja dalam seminggu serta di

antara umur dan skor pengetahuan.

Regresi dilakukan terhadap skor pengetahuan, skor amalan dan pendedahan

terhadap darah bagi menentukan faktor-faktor peramal.


30

2.7 PENKODAN

Bagi data sosiodemografi, penkodan adalah seperti berikut;

C Jantina

1 - Lelaki

2 - Perempuan

C Etnik

1 - Melayu

2 - Cina

3 - India

4 - Lain-lain

C Tahap pendidikan

1 - Tidak Bersekolah

2 - Sekolah Rendah

3 - LCE/SRP/PMR

4 - MCE/SPM

5 - HSE/STPM

6 - Universiti

C Marital

1 - Bujang

2 - Berkahwin

3 - Berpisah/Balu/Janda/Duda
31

C Jawatan

1 - Pegawai Perubatan

2 - Jururawat Terlatih

3 - Pembantu Perubatan

4 - Penolong Jururawat

5 - Pemandu

6 - Atendan Hospital

Bagi soalan pengetahuan, persepsi, vaksinasi dan pendedahan, penkodan adalah

seperti berikut;

1 - Ya

2 - Tidak

3 - Tidak Tahu

Bagi soalan mengenai amalan, penkodan adalah seperti berikut;

1 - Sentiasa

2 - Kerapkali

3 - Kadang-kadang

4 - Tidak Pernah

5 - Tidak Berkaitan
32

BAB 3

HASIL KAJIAN

3.1 LATAR BELAKANG SAMPEL

Di dalam kajian ini 183 borang soal selidik jawab sendiri telah diedarkan kepada

kakitangan yang bertugas di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala

Lumpur dan sebanyak 150 (82.0%) borang telah pun dikembalikan.

3.1.1 Ciri sosio demografi

Didapati bahawa etnik responden terdiri daripada 74.0% Melayu, 19.3% India, 5.3%

Cina dan 1.3% lain-lain (Jadual 3.1). Dari segi jantina pula, didapati 68.7% adalah

perempuan dan 31.3% adalah lelaki.

Julat umur responden adalah 19 hingga 54 tahun dengan min umur 33.3 + 8.6

tahun. Julat tempoh lama berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia ialah 1

hingga 31 tahun dengan min 9.8 + 9.1 tahun.


33

Jadual 3.1 Data sosiodemografi responden

Pembolehubah n = 150 Bil % Min


1. Etnik Melayu 111 74.00
Cina 8 5.33
India 29 19.33
Lain-lain 2 1.33

2. Jantina Lelaki 47 31.33


Perempuan 103 68.67

3. Tahap pendidikan Sekolah rendah 22 14.67


LCE/SRP/PMR 14 9.33
MCE/SPM 70 46.67
HSE/STPM 27 18.00
Universiti 17 11.33

4. Jawatan sekarang Pegawai Perubatan 17 11.33


Jururawat Terlatih 49 32.67
Pembantu Perubatan 22 14.67
Penolong Jururawat 22 14.67
Pemandu 3 2.00
Atendan Hospital 37 24.67

5. Tempoh berkhidmat dengan KKM (tahun) 9.81 + 9.14

6. Umur responden (tahun) 33.28 + 8.65


34

3.1.2 Taraf pendidikan responden

Responden yang berkelulusan peringkat sekolah menengah (PMR, SPM dan STP)

adalah 74.0% dan 11.3% yang berkelulusan dari peringkat tertiari (Jadual 3.1).

3.1.3 Jawatan dan tempat bekerja

Terdapat 8 kumpulan jawatan bagi golongan kakitangan perubatan di Jabatan

Kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Kumpulan teramai adalah jururawat terlatih,

termasuk ketua jururawat iaitu 32.7%, diikuti oleh atendan hospital iaitu 24.7%.

Kumpulan pembantu perubatan dan penolong jururawat adalah sama ramainya iaitu

14.7%. Kumpulan pegawai perubatan adalah seramai 11.3% dan kumpulan terkecil

adalah kumpulan pemandu iaitu 2%.

Semua kakitangan bertugas di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan. Tempat

mereka bertugas sepanjang satu minggu sebelumnya mungkin lebih dari satu tempat,

melainkan bagi mereka yang bertugas di dewan bedah dan sebagai pemandu ambulans.

Oleh itu jumlah bagi Jadual 3.2 adalah lebih dari 100%. Paling ramai bertugas di Unit

Kecemasan Intermediat iaitu 46.0%, diikuti dengan Unit Kecemasan Resusitasi seramai

41.3% dan wad kecemasan seramai 40.0%.


35

Jadual 3.2 Tempat kerja responden sepanjang satu minggu terdahulu.

Bil. %
Wad kecemasan 60 40.00
Rawatan pesakit uar 56 37.33
Kecemasan intermediat 69 46.00
Kecemasan resusitasi 62 41.33
Bilik bedah 45 30.00
Pemandu ambulan 3 2.00

3.2 VAKSINASI DAN PENDEDAHAN

3.2.1 Vaksinasi Hepatitis B

Didapati bahawa 73.3% dari responden telah pun menerima vaksinasi Hepatitis B.

Taburan immunisasi menurut etnik adalah 73% bagi Melayu, 75% bagi Cina, 79% bagi

India dan 0% bagi lain-lain. Menurut jantina pula ianya adalah 68% bagi lelaki dan

76% bagi perempuan.Taburan immunisasi menurut jawatan pula adalah 94% bagi

pegawai perubatan, 69% bagi jururawat, 82% bagi pembantu perubatan, 86% bagi

jururawat, 0% bagi pemandu dan 62% bagi atendan hospital.

3.2.2 Pendedahan Terhadap Darah atau Cecair Tubuh

Didapati bahawa 60.0% dari responden pernah terdedah kepada darah atau cecair tubuh

dalam tempoh satu tahun yang lepas (Jadual 3.3).


36

Jadual 3.3 Taburan pendedahan terhadap darah atau cecair tubuh dalam tempoh
satu tahun yang lepas.

Ya Tidak Tidak Ingat


Bil. % Bil. % Bil. %
Terdedah kepada darah atau
cecair tubuh dlm tempoh satu 90 60.00 42 28.00 18 12.00
tahun yang lepas.

Dari 60.0% (90 orang) responden yang pernah terdedah kepada darah atau

cecair tubuh dalam tempoh satu tahun yang lepas, 46.0% (46 orang) terdedah apabila

tercucuk jarum suntikan. Seramai 73.3% (66 orang) terdedah apabila terpercik darah

atau cecair tubuh pada kulit tubuh dan 21.1% (19 orang) terdedah apabila darah atau

cecair tubuh terpercik ke mata atau ke dalam mulut. Namun begitu hanya 7.8% (7

orang) yang melapurkan insidens tersebut (Jadual 3.4).

Jadual 3.5 Taburan cara pendedahan terhadap darah atau cecair tubuh dan laporan
yang dibuat.

Ya Tidak Tidak Ingat


Bil. % Bil. % Bil. %
Tercucuk jarum suntikan 46 51.11 44 48.89 0 0.00
Pendedahan mukokutan 19 21.11 71 78.89 0 0.00
Pendedahan pada kulit 66 73.33 24 26.67 0 0.00
Laporkan pendedahan 7 7.78 78 86.67 5 5.56
37

3.3 PENGETAHUAN MENGENAI PENCEGAHAN UNIVERSAL

3.3.1 Latihan

Dari kajian ini didapati bahawa 80.0% dari responden pernah mendengar mengenai

pencegahan universal sebelum ini. Seramai 64.0% dari responden pernah menerima

taklimat mengenai Pencegahan Universal (Jadual 3.5). Taklimat itu diterima dari Pegawai

Perubatan (52%), Ketua Jururawat (30%), semasa latihan kemahiran (11%), Pembantu

Perubatan (4%), Pembantu Makmal (2%) dan Jururawat (1%).

Jadual 3.5: Taburan responden berdasarkan pernah mendengar dan menerima taklimat
mengenai Pencegahan Universal.

Ya Tidak Tidak Ingat


Bil. % Bil. % Bil. %
Pernah mendengar mengenai 120 80 30 20.00 0 0.00
Pencegahan Universal

Pernah menerima taklimat 96 64 53 35.33 1 0.67


mengenai Pencegahan
Universal

3.3.2 Jangkitan Melalui Darah Infektif

Hampir kesemua responden (98.7%) bersetuju bahawa HIV/AIDS boleh dijangkiti

melalui pendedahan kepada darah yang infektif. Peratus yang tinggi juga didapati bagi
38

Hepatitis B iaitu 94.7%. Untuk jangkitan lain, Sifilis (66.0%), Hepatitis C (35.3%) dan

Malaria (16.6%). Namun begitu 21.3% dari responden menganggap Hepatitis A boleh

dijangkiti melalui pendedahan kepada darah (Jadual 3.6).

3.3.3 Cara Jangkitan HIV/AIDS

Secara amnya dari segi jangkitan, peratus responden yang menjawab soalan dengan

betul adalah membanggakan, kecuali bagi soalan mengenai mereka yang menderma

darah. Majoriti responden tahu bahawa HIV/AIDS tidak boleh merebak melalui

cara-cara seperti nyamuk (89.3%), bersalaman (92.7%), mandi di kolam renang (90.7%)

dan makan bersama pesakit AIDS (88.0%). Majoriti responden tahu bahawa cara

jangkitannya adalah melalui berkongsi jarum suntikan (100.0%), seks rambang

(98.7%), penerimaan transfusi darah infektif (95.3%), penyusuan susu ibu HIV

positif (82.7%) dan secara natal iaitu dari ibu HIV positif kepada kandungannya

(96.0%) (Jadual 3.6).

Tetapi bagi soalan adakah mereka yang menderma darah berisiko untuk mendapat

jangkitan HIV, 61.3% mengatakan "Ya", walhal sebenarnya tidak. Hanya 36.0%

menjawab soalan ini dengan betul (Jadual 3.6).

3.3.4 Cara Jangkitan Hepatitis B

Majoriti responden tahu bahawa Hepatitis B tidak boleh merebak melalui cara-cara

seperti nyamuk (88.0%), bersalaman (90.7%), mandi di kolam renang (86.0%) dan

makan bersama pesakit Hepatitis B (72.7%). Majoriti responden tahu bahawa cara

jangkitannya
39

adalah melalui berkongsi jarum suntikan (97.3%), seks rambang (79.3%), menerima

transfusi darah infektif (92.7%), penyusuan susu ibu Hepatitis B antigen positif

(88.7%) dan secara natal iaitu dari ibu Hepatitis B antigen positif kepada

kandungannya (88.7%) (Jadual 3.6).

Seperti sebelumnya, bagi persoalan adakah mereka yang menderma darah

berisiko untuk mendapat jangkitan Hepatitis B, 62.0% mengatakan "Ya", walhal

sebenarnya tidak. Hanya 34.7% menjawab soalan ini dengan betul (Jadual 3.6).

3.3.5 Cara Pencegahan Jangkitan AIDS/HIV dan Hepatitis B

Bagi soalan ini, majoriti responden menjawab kesemuanya dengan betul, kecuali

mengenai menutup semula jarum suntikan selepas digunakan. Para responden tahu bagi

mencegah jangkitan HIV/AIDS dan Hepatitis B, mereka hendaklah menggunakan

sarung tangan getah (96.7%), menjauhi pelacur (98.7%), mengelakkan penagihan dadah

(98.0%) dan membasuh tangan selepas merawat pesakit. Mengenai soalan menutup

semula jarum suntikan selepas digunakan, hanya 56.7% menjawab 'Tidak' (Jadual

3.6).

3.3.6 Vaksin dan Pembawa 'Sihat'

Seramai 92.7% dari responden tahu bahawa adanya vaksin bagi mencegah jangkitan

Hepatitis B. Seramai 86.7% dari responden juga tahu bahawa setakat ini tiada vaksin

yang efektif bagi mencegah jangkitan HIV. Seramai 90.7% dari responden mengakui
40

setakat ini pesakit HIV tidak boleh sembuh dan 70.0% tahu bahawa seorang pesakit

HIV mungkin kelihatan sihat (Pembawa 'Sihat') (Jadual 3.7).

3.3.7 Garispanduan Pencegahan Universal

Secara keseluruhannya majoriti dari responden menjawab soalan ini dengan betul.

Mereka tahu perkara berikut wujud dalam garispanduan pencegahan universal iaitu

immunisasi terhadap Hepatitis B (86.0%), berhati-hati semasa mengguna dan membuang

jarum suntikan (97.3%), menggunakan sarung tangan getah terutama jika akan terdedah

kepada cecair tubuh atau darah (98.7%), menukar sarung tangan getah setiap kali

merawat pesakit yang berlainan (98.0%) dan mencuci tangan setiap kali menukar

sarung tangan getah (88.0%) (Jadual 3.7).

Secara keseluruhannya didapati bahawa responden mempunyai tahap

pengetahuan yang memuaskan mengenai Pencegahan Universal dengan peratus min

skornya 75.5 + 10.3 dan julat skor di antara 36.3 hingga 92.5.
41

Jadual 3.6 Taburan jawapan responden untuk soalan pengetahuan pencegahan


universal (soalan 1 hingga 3).
Soalan (B) = Betul Ya Tidak Tidak Tahu42
(S) = Salah Bil. % Bil. % Bil. %
1. Boleh dijangkiti jika terdedah kepada
darah infektif
a. AIDS/HIV (B) 148 98.7 2 1.3
b. Sifilis (B) 66 44 84 56
c. Malaria (B) 24 16.6 126 83.4
d. Hepatitis A (S) 32 21.3 118 78.7
e. Hepatitis B (B) 142 94.7 8 5.3
f. Hepatitis C (B) 53 35.3 97 64.7
2. HIV/AIDS boleh berjangkit
a. Gigitan serangga seperti nyamuk (S) 5 3.3 134 89.3 11 7.3
b. Bersalaman (S) 3 2 139 92.7 8 5.3
c. Berkongsi jarum suntikan yg. sama (B) 150 100 0 0 0 0
d. Kepada orang yg. menderma darah (S) 92 61.3 54 36 4 2.7
e. Hubungan seks rambang (B) 148 98.7 1 0.7 1 0.7
f. Menerima transfusi darah infektif (B) 143 95.3 5 3.3 2 1.3
g. Mandi di kolam renang (S) 3 2 136 90.7 11 7.3
h. Makan bersama pesakit AIDS/HIV (S) 4 2.7 132 88 14 9.3
i. Penyusuan susu ibu dari ibu HIV + (B) 124 82.7 16 10.7 10 6.7
j. Ibu HIV + kepada kandungannya (B) 144 96 2 1.3 4 2.7
3. Penyakit Hepatitis B boleh berjangkit
a. Gigitan serangga seperti nyamuk (S) 4 2.7 132 88 14 9.3
b. Bersalaman (S) 2 1.3 136 90.7 12 8
c. Berkongsi jarum suntikan yg. sama (B) 146 97.3 2 1.3 2 1.3
d. Kepada orang menderma darah (S) 93 62 52 34.7 5 3.3
e. Hubungan seks rambang (B) 119 79.3 19 12.7 12 8
f. Menerima transfusi darah infektif (B) 139 92.7 7 4.7 4 2.7
g. Mandi di kolam renang (S) 10 6.7 129 86 11 7.3
h. Makan bersama pesakit Hepatitis B (S) 32 21.3 109 72.7 9 6
i. Penyusuan susu ibu dari pesakit Hep.B 111 74 24 16 15 10
(B)
j. Ibu Hep. B Ag. positif kepada 133 88.7 5 3.3 12 8
kandungannya (B)
Jadual 3.7 Taburan jawapan responden untuk soalan pengetahuan pencegahan
universal (soalan 4 hingga 6).
Soalan (B) = Betul Ya Tidak Tidak Tahu
(S) = Salah Bil. % Bil. % Bil. %
4. AIDS/HIV & Hep.B boleh dicegah
melalui
a. Menggunakan sarung tangan (B) 145 96.7 4 2.7 1 0.7
b. Menjauhi pelacur (B) 148 98.7 1 0.7 1 0.7
c. Mengelak penagihan dadah (B) 147 98.0 1 0.7 2 1.3
d. Membasuh tangan selepas merawat 141 94.0 9 6.0 0 0.0
pesakit (B)
e. Selalu 'recap' jarum suntikan lepas 59 39.3 85 56.7 6 4.0
digunakan (S)

5. Kenyataan berikut adalah benar


a. Ada vaksin untuk mencegah jangkitan 139 92.7 7 4.7 4 2.7
HepB (B)
b.Ada vaksin untuk mencegah jangkitan 4 2.7 130 86.7 16 10.7
HIV (S)
c Seorang pesakit HIV boleh sembuh (S) 3 2.0 136 90.7 11 7.3
d. Seorang yang dijangkiti virus HIV 105 70.0 36 24.0 9 6.0
boleh kelihatan sihat (B)

6. Perkara berikut wujud dalam


garispanduan pencegahan universal
a. Immunisasi terhadap Hepatitis B (B) 129 86.0 9 6.0 12 8.0
b. Berhati-hati semasa guna & buang 146 97.3 1 0.7 3 2.0
jarum suntikan (B)
c. Guna sarung tangan getah semasa 148 98.7 0 0.0 2 1.3
rawat pesakit terutama jika terdedah
kepada cecair tubuh atau darah (B)
d. Menukar sarung tangan setiap kali 147 98.0 1 0.7 2 1.3
merawat pesakit yang berlainan (B)
e. Mencuci tangan setiap kali tukar 132 88.0 9 6.0 9 6.0
sarung tangan getah. (B)
3.3.8 Min skor pengetahuan pencegahan universal

Min skor pengetahuan kesemua responden adalah 75.5 + 10.1. Min skor pengetahuan

bagi responden perempuan ialah 75.9 + 10.0, iaitu lebih tinggi dari responden lelaki

yang mempunyai min skor pengetahuan 74.5 + 10.6. Ujian t menunjukkan nilai p <

0.05 iaitu wujud perbezaan min yang signifikan, maka responden wanita mempunyai

tahap pengetahuan yang lebih tinggi berbanding dengan responden lelaki (Jadual

3.8).

Dari segi kumpulan ethik pula, min skor responden Melayu adalah 74.6 +

10.6, responden Cina ialah 81.4 + 12.5, responden India ialah 76.6 + 7.9 dan lain-lain

adalah

8.5 + 5.3. Ujian ANOVA yang dijalankan menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang

signifikan antara kumpulan etnik dengan nilai p > 0.05 (Jadual 3.8).

Jika dilihat dari segi kumpulan umur pula, didapati min skor pengetahuan

ketiga- tiga kumpulan umur adalah hampir serupa (Jadual 3.8). Ini terbukti

dengan ujian ANOVA yang menunjukkan tiada perbezaan min skor pengetahuan

yang signifikan di antara kumpulan dengan nilai p > 0.05.

Dari segi tahap pendidikan para responden, didapati mereka yang

berpendidikan sekolah menengah mempunyai min skor tertinggi iaitu 76.6 + 9.5.

Responden yang berpendidikan universiti merupakan kumpulan dengan min skor

pengetahuan yang kedua tertinggi iaitu 75.5 +10.3 diikuti dengan pendidikan sekolah

rendah dengan min skor pengetahuan 69.8 + 13.4. Ujian ANOVA menunjukkan

wujud perbezaan yang signifikan antara kumpulan dengan nilai p < 0.05 (Jadual
3.8). Analisa seterusnya
dengan menggunakan post-hoc dan LSD (Least Significant Difference) menunjukkan

perbezaan itu adalah di antara kumpulan responden berpendidikan sekolah menengah

dengan kumpulan responden yang berpendidikan sekolah rendah dengan nilai p = 0.016.

Jika dilihat min skor pengetahuan mengikut jawatan pula, kelihatan bahawa

jururawat mempunyai min skor tertinggi, diikuti oleh pembantu perubatan dan

pegawai perubatan. Dari analisis didapati bahawa wujud perbezaan min skor

pengetahuan yang bermakna secara statistik di antara kumpulan jawatan (p<0.05)

(Jadual 3.8). Oleh itu wujud hubungan yang bermakna antara skor pengetahuan

dan kumpulan jawatan. Analisa seterusnya dengan menggunakan post-hoc dan

LSD (Least Significant Difference) menunjukkan perbezaan itu adalah di antara

pegawai perubatan dengan pemandu (p=0.036), di antara jururawat terlatih dengan

penolong jururawat (p=0.018), pemandu (p=0.05) dan atendan hospital (0.03) serta

di antara pembantu perubatan dengan pemandu (p=0.023).

Dari segi lama berkhidmat pula, didapati min skor pengetahuan adalah hampir

serupa antara 2 kumpulan yang ada iaitu 76.4 + 9.2 bagi perkhidmatan 5 tahun atau

kurang dan 74.5 + 11.4 bagi perkhidmatan lebih dari 5 tahun. Ujian t menunjukkan

bahawa tiada perbezaan yang signifikan dengan nilai p > 0.05 (Jadual 3.8).
Jadual 3.8 Min skor pengetahuan mengikut jantina, etnik, umur, tahap
pendidikan, jawatan dan lama bekerja.
n Markah Ujian Nilai p
1. Jantina
Lelaki 47 74.49 + 10.82 Ujian T 0.0435
Perempuan 103 75.91 + 10.03 t = -0.782

2.Etnik
Melayu 111 74.56 + 10.55 ANOVA 0.13
Cina 8 81.41 + 12.51 F=1.916
India 29 76.63 + 7.91
Lain-lain 2 85.00 + 5.30

3.Umur
<=25 29 75.34 + 9.52 ANOVA
26-40 81 75.06 + 9.44 F=0.376 0.688
>=41 40 74.34 + 12.36

4.Tahap Pendidikan
Sek. Rendah 22 69.77 + 13.39 ANOVA 0.016
Sek. Menengah 111 76.61 + 9.49* F=4.251
Universiti 17 75.47 + 10.27

5. Jawatan
Pegawai Perubatan 17 75.59 + 8.55+ ANOVA 0.007
Jururawat Terlatih 49 79.08 + 9.38+ F=3.309
Pembantu Perubatan 22 76.48 + 9.76+
Penolong Jururawat 22 73.01 + 8.55#
Pemandu 3 62.50 +16.39
Atendan Hospital 37 72.53 +11.32#

6. Lama Bekerja
<=5 tahun 79 76.38 + 9.15 Ujian T 0.254
>5 tahun 71 74.45 + 11.36 t=1.146

* signifikan berbanding dengan tahap pendidikan sekolah rendah


+ signifikan berbanding dengan jawatan pemandu
# signifikan berbanding dengan jawatan jururawat terlatih
3.4 PERSEPSI

3.4.1 Beban Kerja dan Amalan Pencegahan Universal

Seramai 44.7% dari responden menganggap beban kerja mereka terlalu tinggi. Namun

begitu hanya 32.0% menganggap beban kerja menjejas kemampuan mereka untuk

mengamalkan pencegahan universal setiap masa (Jadual 3.9).

3.4.2 Kecukupan Peralatan Pencegahan Universal.

Seramai 79.3% responden menganggap bahawa sarung tangan getah mencukupi. Peratus

yang tinggi iaitu 84.0% menganggap bekas pelupusan alat tajam mencukupi. Hanya

66.7% bersetuju gaun mencukupi. Bagi sinki dan sabun, seramai 58.7% menyatakan

ianya mencukupi dan hanya 26.0% menyatakan bahawa pelindung mata mencukupi

(Jadual 3.9).

3.4.3 Risiko Jangkitan dan Budaya Kerja

Seramai 84% bersetuju bahawa mereka berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan

dalam menjalankan tugas seharian. Jika dilihat dari segi taburan menurut tempat

kerja, kecemasan resusitasi 81%, kecemasan intermediat 81%, bilik bedah 87%,

wad kecemasan 73% dan rawatan pesakit luar 77%. Dari segi jawatan pula,

pegawai perubatan 94%, jururawat 94%, pembantu perubatan 96%, penolong

jururawat 96%,

pemandu 33% dan atendan hospital 57%.


Namun begitu hanya 41.3% merasakan bahawa pihak pentadbiran mengambil

berat tentang keselamatan di tempat kerja mereka. Hanya 57.3% bersetuju bahawa

pihak pentadbiran berusaha ke arah mewujudkan satu budaya kerja yang selamat

bagi para kakitangan (Jadual 3.9).

Jadual 3.9: Persepsi kakitangan terhadap perkara-perkara yang mempengaruhi amalan

pencegahan universal.

Ya Tidak Tidak Tahu


Bil. % Bil. % Bil. %
1. Merasa beban kerja terlalu tinggi 67 44.67 80 53.33 3 2.00
2. Beban kerja jejas amalan 48 32.00 95 63.33 7 4.67
pencegahan universal
3. Adakah alat berikut mencukupi?
a. Sarung tangan getah 119 79.33 29 19.33 2 1.33
b. Sinki & sabun 88 58.67 55 36.67 7 4.67
c. 'goggle' (pelindung mata) 39 26.00 93 62.00 18 12.00
d. Gaun 100 66.67 42 28.00 8 5.33
e. Bekas pelupusan alat tajam 126 84.00 19 12.67 5 3.33
4. Merasa berisiko tinggi mendapat 126 84.00 20 13.33 4 2.67
jangkitan dalam menjalankan
tugas.
5. Merasa pentadbiran ambil berat 62 41.33 81 54.00 7 4.67
tentang keselamatan.
6. Merasa pentadbiran mewujudkan 86 57.33 51 34.00 13 8.67
budaya kerja yang selamat.
48

3.5 AMALAN PENCEGAHAN UNIVERSAL (BORANG SOALSELIDIK)

3.5.1 Amalan pencegahan universal

Seramai 59.3% responden mengaku sentiasa mencuci tangan selepas memeriksa pesakit.

Seramai 79.3% pula sentiasa menggunakan sarung tangan getah jika akan terdedah

kepada darah atau cairan tubuh pesakit. Masih lagi terdapat kakitangan yang menutup

jarum suntikan selepas digunakan iaitu 22.0% sentiasa, 14.7% kerapkali dan 24.0%

kadang-kadang. Sejumlah 49.3% responden akan sentiasa memakai gaun atau apron,

topeng muka dan pelindung mata apabila wujud kemungkinan percikan darah semasa

mengendalikan kes. Sejumlah 66.0% responden tidak akan memasukkan jarum

suntikan atau picagari ke dalam bakul sampah biasa yang berwarna hitam (tong

sampah barang domestik). Jumlahnya berkurang sedikit bagi kapas dan gauze yang

telah digunakan dan ada kesan darah iaitu 42.7%. Sejumlah 61.3% dari responden

akan sentiasa mencuci tangan setiap kali menukar sarung tangan getah. Manakala

68.0% responden akan sentiasa menukar sarung tangan getah apabila merawat

pesakit yang lain. Peratus yang tinggi sentiasa menggunakan bekas pelupusan alat

tajam bagi jarum suntikan dan picagari yang digunakan iaitu 78.7% (Jadual 3.10).
49

Jadual 3.10 Proporsi amalan pencegahan universal ketika bertugas

Sentiasa Kerapkali Kadang- Tidak Tidak


kadang Pernah Berkaitan
Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
a. Membasuh kedua belah tangan selepas memeriksa pesakit. 89 59.3 44 29.3 16 10.7 0 0.0 1 0.7
b. Menggunakan sarung tangan getah jika terdedah kepada darah atau 119 79.3 28 18.7 2 1.3 1 0.7 0 0.0
cairan tubuh pesakit.
c. Menutup kembali jarum suntikan dengan penutupnya dan 33 22.0 22 14.7 36 24.0 46 30.7 13 8.7
membengkoknya selepas digunakan.
d. Memakai gaun/apron, mask & pelindung mata apabila wujud 74 49.3 39 26.0 29 19.3 3 2.0 5 3.3
kemungkinan percikan darah/ cairan tubuh semasa mengendalikan
kes-kes.
e. Menempatkan jarum suntikan dan picagari yang telah digunakan ke 22 14.7 2 1.3 15 10.0 99 66.0 12 8.0
dalam bakul sampah hitam (biasa).
f. Menempatkan kapas & gauze yang telah digunakan dan ada kesan 26 17.3 15 10.0 37 24.7 64 42.7 8 5.3
darah ke dalam bakul sampah hitam (biasa)
g. Mencuci tangan setiap kali menukar sarung tangan getah. 92 61.3 29 19.3 28 18.7 0 0.0 1 0.7
h. Menukar sarung tangan getah apabila merawat pesakit yang lain. 102 68.0 30 20.0 15 10.0 0 0.0 3 2.0
i. Menggunakan bekas pelupusan alat tajam untuk jarum suntikan & 118 78.7 16 10.7 6 4.0 0 0.0 10 6.7
picagari yang digunakan.
50

3.5.2 Min skor amalan dan faktor sosiodemografi

Min skor amalan pencegahan universal kesemua responden adalah 10.05 + 5.05 . Min

skor amalan pencegahan universal bagi responden perempuan ialah 11.32 + 4.90, iaitu

lebih tinggi dari responden lelaki yang mempunyai min skor amalan pencegahan

universal 8.70 + 4.80. Ujian t menunjukkan nilai p < 0.05 iaitu wujud perbezaan min

yang signifikan, maka responden wanita mempunyai tahap amalan pencegahan universal

yang lebih tinggi berbanding dengan responden lelaki (Jadual 3.11).

Dari segi kumpulan etnik pula, min skor amalan responden Melayu adalah 10.53

+ 4.91, responden Cina 13.63 + 5.26, responden India 9.76 + 5.42 dan lain-lain 7.00 +

2.83. Ujian ANOVA yang dijalankan menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang

signifikan antara kumpulan etnik dengan nilai p > 0.05 (Jadual 3.11).

Jika dilihat dari segi kumpulan umur pula, didapati min skor amalan

pencegahan universal ketiga-tiga kumpulan umur adalah hampir serupa (Jadual

3.11). Ini terbukti dengan ujian ANOVA yang menunjukkan tiada perbezaan min skor

amalan pencegahan universal yang signifikan di antara kumpulan dengan nilai p >

0.05.

Dari segi tahap pendidikan para responden, didapati mereka yang

berpendidikan sekolah menengah mempunyai min skor tertinggi iaitu 11.53 + 4.89.

Responden yang berpendidikan sekolah rendah merupakan kumpulan dengan min

skor amalan pencegahan universal yang kedua tertinggi iaitu 9.63 + 4.53 diikuti

dengan pendidikan universiti dengan min skor amalan pencegahan universal 7.47 +

4.23. Ujian ANOVA


51

menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan antara kumpulan dengan nilai p < 0.05

(Jadual 3.11). Analisa seterusnya dengan menggunakan post-hoc dan LSD (Least

Significant Difference) menunjukkan perbezaan itu adalah di antara kumpulan

responden berpendidikan sekolah menengah dengan kumpulan responden yang

berpendidikan sekolah rendah dengan nilai p = 0.01 dan di antara kumpulan

responden berpendidikan sekolah menengah dengan kumpulan responden yang

berpendidikan universiti dengan nilai p = 0.01.

Jika dilihat min skor amalan pencegahan universal mengikut jawatan pula,

kelihatan bahawa jururawat mempunyai min skor tertinggi, diikuti oleh penolong

jururawat dan pembantu perubatan. Dari analisis ANOVA didapati bahawa wujud

perbezaan min skor amalan pencegahan universal yang bermakna secara statistik di

antara kumpulan jawatan (p<0.05) (Jadual 3.11). Oleh itu wujud hubungan yang

bermakna antara skor amalan pencegahan universal dan kumpulan jawatan. Analisa

seterusnya dengan menggunakan post-hoc dan LSD (Least Significant Difference)

menunjukkan perbezaan itu adalah di antara jururawat dengan pegawai perubatan,

jururawat dengan pembantu perubatan, jururawat dengan atendan hospital, jururawat

dengan pemandu dan penolong jururawat dengan atendan hospital.


52

Jadual 3.11 Min skor amalan mengikut jantina, etnik, umur, tahap pendidikan,
jawatan dan lama bekerja.
n Markah Ujian Nilai p 53
1. Jantina
Lelaki 47 8.70 + 4.80 Ujian T 0.003
Perempuan 103 11.32 + 4.90 t=-3.025

2.Etnik
Melayu 111 10.53 + 4.91 ANOVA 0.199
Cina 8 13.63 + 5.26 F=1.569
India 29 9.76 + 5.42
Lain-lain 2 7.00 + 2.83
3.Umur
<=25 29 10.79 + 4.92 ANOVA
26-40 81 10.16 + 5.16 F=0.406 0.667
>=41 40 10.98 + 4.98

4.Tahap Pendidikan
Sek. Rendah 22 9.63 + 4.53* ANOVA 0.000
Sek. Menengah 111 11.53 + 4.89 F=9.988
Universiti 17 7.47 + 4.23*

5. Jawatan
Pegawai Perubatan 17 8.24 + 4.35# ANOVA 0.000
Jururawat Terlatih 49 13.10 + 4.04 F=6.396
Pembantu Perubatan 22 10.59 + 4.80#
Penolong Jururawat 22 10.91 + 5.12+
Pemandu 3 5.67 + 3.06#
Atendan Hospital 37 8.19 + 4.46#

6. Lama Bekerja
<=5 tahun 79 10.80 + 5.01 Ujian T 0.448
>5 tahun 71 10.17 + 5.11 t=7.60

* signifikan berbanding dengan tahap pendidikan sekolah menengah


# signifikan berbanding dengan jawatan jururawat terlatih
+ signifikan berbanding dengan jawatan atendan hospital
Dari segi lama berkhidmat pula, didapati min skor amalan pencegahan

universal adalah hampir serupa antara 2 kumpulan yang ada iaitu 10.80 + 5.01 bagi

perkhidmatan 5 tahun atau kurang dan 10.17 + 5.11 bagi perkhidmatan lebih dari 5

tahun. Ujian t menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan dengan nilai p

> 0.05 (Jadual 3.11).

3.5.3 Amalan Pencegahan Universal dan tempat kerja

Apabila dilakukan analisa ujian t, didapati wujud perbezaan skor amalan yang

signifikan (p<0.05) di antara mereka yang bekerja di rawatan pesakit luar (kawasan

hijau) dan mereka yang tidak bekerja di sana. Didapati min skor amalan adalah lebih

rendah bagi yang bekerja di kawasan hijau berbanding dengan mereka yang tidak

bekerja di kawasan hijau (p<0.05)(Jadual 3.12).

Analisis bagi tempat kerja di dewan bedah juga menunjukkan wujud

perbezaan skor amalan yang signifikan (p<0.05) di antara mereka yang bekerja di

dewan bedah dan mereka yang tidak bekerja di sana. Didapati min skor amalan

adalah lebih tinggi bagi yang bekerja di dewan bedah berbanding dengan mereka

yang tidak bekerja di dewan bedah (p<0.05)(Jadual 3.12).

Analisis bagi tempat kerja pemandu, unit kecemasan resusitasi, unit

kecemasan intermediat dan wad kecemasan menunjukkan tiada perbezaan min skor

amalan yang bermakna (p>0.05) (Jadual 3.12).


Jadual 3.12 Min skor amalan mengikut tempat kerja.
n Markah Ujian Nilai p
1. Pemandu Ambulans
Ya 3 5.67 + 3.06 Ujian t 0.094
Tidak 147 10.60 + 5.04 t=-1.685

2.Rawatan Pesakit Luar


Ya 56 8.96 + 4.88 Ujian t 0.04
Tidak 94 11.41 + 4.95 t=-2.948

3.Bilik Bedah
Ya 45 13.27 + 4.52 Ujian t 0.000
Tidak 105 9.31 + 4.81 t=4.692

4.Kecemasan Resusitasi
Ya 62 9.77 + 4.80 Ujian t 0.14
Tidak 88 11.01 + 5.19 t=-1.48

5.Wad Kecemasan
Ya 60 9.45 + 4.80 Ujian t 0.037
Tidak 90 11.20 + 5.11 t=-2.103

6. Kecemasan Intermediat
Ya 69 9.68 + 4.85 Ujian t 0.067
Tidak 81 11.20 + 5.14 t=-1.848

3.5.4 Amalan Pencegahan Universal dan latihan

Didapati bahawa mereka yang pernah menerima taklimat atau latihan mengenai

pencegahan universal mempunyai min skor amalan pencegahan universal yang lebih

tinggi berbanding dengan mereka yang tidak pernah menerima taklimat atau latihan.

Ujian t menunjukkan bahawa perbezaan min skor amalan tersebut adalah signifikan
(p<0.05). Oleh itu wujud hubungan yang bermakna di antara amalan pencegahan

universal dengan penerimaan latihan atau taklimat (p<0.05) (Jadual 3.13).

Jadual 3.13 Min skor amalan mengikut taklimat atau latihan

n Markah Ujian Nilai p


Taklimat/Latihan
Ya 96 11.43 + 5.03 Ujian t 0.02
Tidak 53 8.77 + 4.69 t = 3.154
n=149 (1 responden menjawab tidak ingat)

3.5.5 Amalan Pencegahan Universal dan cukup peralatan

Melalui ujian tepat Fisher, didapati bagi sarung tangan getah, ada hubungan antara

persepsi cukup bekalan sarung tangan getah dengan komplians menggunakan sarung

tangan getah (p<0.05). Tetapi tidak pula bagi persepsi cukup bekalan sarung tangan

getah dengan komplians menukar sarung tangan getah apabila merawat pesakit yang

lain di mana nilai p>0.05 (Jadual 3.14).


Jadual 3.14 Komplians menurut persepsi cukup bekalan sarung tangan getah.
Cukup Tidak Ujian Nilai p
Cukup
1. Guna sarung tangan getah Ujian
tepat
Komplians 119 (100%) 26 (90%) 0.007
Fisher
Tidak Komplians 0 (0%) 3 (10%)

2. Tukar sarung tangan getah Ujian


tepat
Komplians 107 (91%) 25 (90%) 0.732
Fisher
Tidak Komplians 11 (9%) 3 (11%)
n < 150 kerana ada responden menjawab tidak tahu

Bagi cukup bekas pelupusan bahan tajam, didapati tiada kaitan antara persepsi

cukup bekas pelupusan bahan tajam dengan komplians menggunakan bekas pelupusan

bahan tajam (p>0.05). Tetapi wujud hubungan yang signifikan antara persepsi cukup

bekalan bekas pelupusan bahan tajam dengan komplians tidak menutup jarum

suntikan selepas digunakan (p<0.05). Ini menunjukkan bahawa mereka yang

merasakan bahawa cukup bekalan bekas pelupusan adalah lebih komplians agar

tidak menutup jarum suntikan (Jadual 3.15).


Jadual 3.15 Komplians menurut persepsi cukup bekalan bekas pelupusan
Cukup Tidak Ujian Nilai p
Cukup
1. Guna bekas pelupusan bagi bahan tajam Ujian
tepat
Komplians 112 (95%) 19 (100%) Fisher 0.596
Tidak Komplians 6 (5%) 0 (0%)

2. Tidak tutup semula jarum suntikan Ujian


tepat
Komplians 63 (56%) 16 (84%) Fisher 0.022
Tidak Komplians 51 (44%) 3 (16%)
n < 150 kerana ada responden menjawab tidak tahu

Bagi cukup sinki dan sabun pula, didapati tiada hubungan yang signifikan

(p>0.05) di antara persepsi cukup sinki dan sabun dengan komplians mencuci tangan

selepas merawat pesakit. Tetapi wujud hubungan yang signifikan (p<0.05) di antara

persepsi cukup sinki dan sabun dengan komplians mencuci tangan selepas menukar

sarung tangan getah (Jadual 3.16).

Jadual 3.16 Komplians menurut persepsi cukup sinki dan sabun.

Cukup Tidak Ujian Nilai p


Cukup
1. Cuci tangan selepas merawat pesakit Ujian
2
i
Komplians 80 (92%) 46 (84%) i
2
= 0.127
Tidak Komplians 7 (8%) 9 (6%) 2.332

2. Cuci tangan selepas membuka sarung tangan getah Ujian


2
i
Komplians 78 (88%) 38 (69%) i
2
= 0.007
Tidak Komplians 10 (12%) 17 (31%) 8.442
n < 150 kerana ada responden menjawab tidak tahu

Bagi cukup gaun atau apron pula, didapati ada hubungan yang signifikan

(p<0.05) di antara persepsi cukup gaun atau apron dengan komplians menggunakan

gaun, apron atau pelindung mata apabila wujud kemungkinan percikan darah (Jadual

3.17).

Bagi cukup bekalan pelindung mata ('goggle') pula, didapati ada hubungan

yang signifikan (p<0.05) di antara persepsi cukup bekalan pelindung mata dengan

komplians menggunakan gaun, apron atau pelindung mata apabila wujud

kemungkinan percikan darah (Jadual 3.17).

Jadual 3.17 Komplians menggunakan gaun dan pelindung mata menurut persepsi
cukup bekalan.
Komplians Tidak Ujian Nilai p
Komplians
1. Cukup bekalan gaun Ujian
2
i
Ya 86 (88%) 12 (12%) i
2
= 0.000
Tidak 22 (55%) 18 (45%) 17.913

2. Cukup bekalan pelindung mata Ujian


tepat
Ya 36 (95%) 2 (5%) 0.01
Fisher
Tidak 63 (69%) 28 (31%)
n < 150 kerana ada responden menjawab tidak tahu

3.5.6 Amalan Pencegahan Universal dan persepsi beban kerja


Bagi skor amalan pencegahan universal dan persepsi beban kerja, didapati tiada

perbezaan min skor yang signifikan (p>0.05). Oleh itu tiada hubungan antara persepsi

beban kerja dengan amalan pencegahan universal (Jadual 3.18).

Jadual 3.18 Min skor amalan mengikut persepsi beban kerja

n Markah Ujian Nilai p


Beban kerja tinggi
Ya 67 10.94 + 4.91 Ujian t 0.463
Tidak 80 10.32 + 5.16 t =0.736
n = 147 kerana ada responden menjawab tidak tahu
60

3.6 AMALAN PENCEGAHAN UNIVERSAL (CERAPAN)

3.6.1 Ketidakpatuhan Amalan Pencegahan Universal

Di sepanjang tempoh pemerhatian selama seminggu, semasa memerhatikan

kakitangan melakukan sebarang prosedur kepada pesakit di Jabatan Kemalangan dan

Kecemasan, sejumlah 20 insidens ketidakpatuhan telah direkodkan. Bilangan pesakit

yang dicerap semasa rawatan atau prosedur dijalankan oleh responden ialah 2 kes di

bilik bedah, 29 kes di unit kecemasan resusitasi, 43 kes di unit kecemasan intermediat

dan 2 kes di wad kecemasan (Jadual 3.20).

Ketidakpatuhan yang tertinggi adalah tidak menggunakan sarung tangan getah

apabila perlu (46.7%), diikuti oleh menutup jarum suntikan selepas digunakan

(33.3%) (satu dari kes tersebut berlaku semasa mengambil darah bagi ABG (arterial

blood gas)), dan tidak membasuh tangan selepas merawat pesakit atau membuka

sarung tangan getah (13.3%). Kes tidak memakai pelindung mata apabila wujud

kemungkinan berlaku percikan darah direkodkan di Bilik Bedah semasa prosedur

'reduction & wire insertion' (Jadual 3.20). Semasa prosedur ini, berlaku percikan darah

dan tisu dari luka pesakit dan memercik ke muka doktor dan jururawat yang

sedang melakukan prosedur. Bagi insidens tidak memakai sarung tangan getah,

seorang dari mereka telah mengalami kecederaan tusukan jarum trokar di jarinya

semasa prosedur memasang 'venofix' .


61

Sejumlah 40.0% dari ketidakpatuhan ini dilakukan oleh Pembantu Perubatan,

33.3% oleh Jururawat dan 23.3% oleh Pegawai Perubatan (Jadual 3.19). Majoriti dari

ketidakpatuhan ini direkodkan di Unit Kecemasan Resusitasi (Jadual 3.20) iaitu

73.3%.

Jadual 3.19 Taburan ketidakpatuhan menurut perjawatan

Perjawatan Frekuensi %
Pegawai Perubatan 7 23.3
Jururawat Terlatih 10 33.3
Pembantu Perubatan 12 40.0
Penolong Jururawat 1 3.3
Jumlah 30 100.0

Jadual 3.20 Taburan ketidakpatuhan menurut tempat kerja.

Tempat Kerja (Bil. pesakit dirawat yang dicerap) Frekuensi %


Bilik Bedah (2) 2 6.7
Kecemasan Resusitasi (29) 22 73.3
Kecemasan Intermediat (43) 5 16.7
Wad Kecemasan (2) 1 3.3
Jumlah (76) 30 100.0
62

3.6.2 Komplians Amalan Pencegahan Universal

Walaupun berlaku ketidakpatuhan terhadap amalan pencegahan universal, didapati

bahawa komplians terhadapnya adalah baik (Jadual 3.21).

Jadual 3.21 Proporsi komplians terhadap pencegahan universal

Amalan Pencegahan Universal Perlanggaran Komplians Jum


lah
Bil. % Bil. %
1.Membasuh tangan selepas merawat 4 23.5 13 76.5 17
pesakit 63
2. Memakai sarung tangan getah apabila 14 12.5 98 87.5 112
perlu
3. Memasukkan jarum dan picagari yang 0 0.0 16 100.0 16
telah digunakan ke dalam bekas
pelupusan bahan tajam
4. Tidak menutup jarum suntikan selepas 10 25.0 30 75.0 40
digunakan
5. Memakai topeng muka, gaun atau apron 0 0.0 30 100.0 30
jika wujud kemungkinan berlaku
percikan darah
6. Memakai pelindung mata apabila wujud 2 100.0 0 0.0 2
kemungkinan percikan ke muka
Jumlah 30 13.8 187 86.2 217

Dapat dilihat bahawa komplians adalah terbaik bagi memasukkan jarum dan

picagari yang telah digunakan ke dalam bekas pelupusan bahan tajam dan memakai

topeng muka, gaun atau apron jika wujud kemungkinan berlaku percikan darah iaitu

100.0%. Walaupun pada frekuensi ketidakpatuhan, tidak memakai sarung tangan getah
merupakan yang terkerap, dari segi proporsi ianya merupakan komplians yang ketiga

terbaik terhadap amalan pencegahan universal iaitu 87.5%.

3.7 FAKTOR-FAKTOR RISIKO DAN PERAMAL UNTUK TAHAP


PENGETAHUAN, KOMPLIANS TERHADAP AMALAN
PENCEGAHAN UNIVERSAL DAN PENDEDAHAN KEPADA DARAH.

Analisa korelasi dan regresi linear digunakan bagi menentukan hubungan linear di

antara faktor-faktor yang dikaji. Manakala analisa regresi berganda digunakan untuk

meramal dan juga menentukan hubungan antara tahap pengetahuan, amalan pencegahan

universal dan pendedahan kepada darah semasa bertugas dengan faktor-faktor risiko

yang dikaji seperti jantina, umur, bangsa, jawatan, taraf pendidikan, tempoh

berkhidmat, tahap pengetahuan dan persepsi risiko.

3.7.1 Analisa korelasi antara faktor-faktor risiko.

Hasil analisa menunjukkan wujud korelasi positif yang baik di antara skor

pengetahuan dan skor amalan pencegahan universal (r=0.233, p<0.05). Ini

bermakna lebih tinggi tahap pengetahuan seseorang, lebih baik amalan pencegahan

universal beliau (Jadual

3.2 & Rajah 3.1).


Jadual 3.22 Nilai r dan nilai p bagi korelasi antara faktor-faktor risiko
Nilai r
Khidmat Masakerja Skor Skor Umur
Amalan Pengetahuan
Khidmat 0.287* -0.038 -0.028 0.924*
Nilai Masakerja 0.00* -0.082 -0.022 0.248*
p Skor Amalan 0.64 0.32 0.233* -0.064
Skor Pengetahuan 0.74 0.79 0.00* . -0.109
Umur 0.00* 0.00* 0.44 0.19

Dari analisa didapati tidak wujud korelasi yang bermakna di antara skor

pengetahuan dengan umur (r=-0.109, p>0.05), tempoh perkhidmatan (r=-0.28,

p>0.05) dan jumlah masakerja dalam seminggu (r=0.287, p>0.05)(Jadual 3.22).

Bagi skor amalan pula, didapati tidak wujud korelasi yang bermakna di antara

skor amalan dengan jumlah masa kerja (r=0.317, p>0.05), lama berkhidmat (r=-0.038,

p>0.05) dan umur (r=-0.64, p>0.05)(Jadual 3.22).

1
0
0
Skor Pengetahuan Pencegahan Universal

9
0

8
0

7
0

6
0

5
0

0
1
24
00
S
k3
o0
r
2
a0
Rajah 3.1:Rajah serakan
m antara skor pengetahuan dan skor amalan pencegahan universal
a1
l0
a
n0

P
e
n
c
e
g
a
h
a
n
U
n
i
v
e
r
s
a
l

3.7.2 Faktor peramal tahap pengetahuan menurut jantina, jawatan dan tahap
pendidikan.

Regresi linear dilakukan terhadap tahap pengetahuan berdasarkan jawatan, tahap

pendidikan dan jantina. Dari analisa regresi linear secara 'stepwise' didapati model

regresi menunjukkan perhubungan yang bererti antara tahap pengetahuan pencegahan

universal dengan faktor jawatan (F =8.793, p=0.004) (Jadual 3.23).

Jadual 3.23 Pekali regresi beta dan nilai p analisa regresi linear mengenai hubungan
tahap pengetahuan pencegahan universal dan faktor-faktor risiko.

Variabel $ S.E. p Exp ( $)


Jawatan -1.379 0.465 0.004 -0.237
Konstan 80.119 1.769 0.000
Jantina 0.56 0.488
Tahap -0.02 0.988
pendidikan

Oleh itu keputusan ini boleh dinyatakan menggunakan formula berikut;

Ods Tahap pengetahuan = Exp[80.119 - (1.379 x jawatan)]

Ini menunjukkan bahawa mereka yang berjawatan rendah kurang komplians

terhadap pencegahan universal berbanding dengan mereka yang berada dalam kumpulan

jawatan tinggi.

Lain-lain faktor yang diukur tetapi didapati tidak cukup signifikan sebagai

faktor peramal adalah jantina (p=0.488) dan tahap pendidikan (p=0.988).


3.7.3 Faktor peramal bagi komplians terhadap amalan pencegahan universal menurut
jantina, tahap pendidikan, jawatan, tahap pengetahuan dan latihan.

Dari analisa regresi linear secara stepwise didapati model regresi menunjukkan

perhubungan yang bererti antara komplians terhadap pencegahan universal dengan

faktor-faktor jantina, kumpulan jawatan, latihan dan tahap pengetahuan mengenai

pencegahan universal ( F=7.343, p=0.000) (Jadual 3.24).

Jadual 3.24 Pekali regresi beta dan nilai p analisa regresi linear mengenai hubungan
komplians terhadap amalan pencegahan universal dan faktor-faktor
risiko.

Variabel $ S.E. p Exp ( $)


Jawatan -0.464 0.228 0.044 -0.162
Jantina 2.277 0.826 0.007 0.210
Latihan -1.751 0.823 0.035 -0.167
Skor Pengetahuan 0.078 0.039 0.045 0.159
Konstan 4.720 3.650 0.198
Tahap pendidikan -0.2 0.054

Oleh itu keputusan ini boleh dinyatakan menggunakan formula berikut;

Ods komplians = Exp[ (0.078 x skor pengetahuan) - (0.464 x jawatan) + (2.277 x

jantina) - (0.751 x latihan) + (0.078 x skor pengetahuan)]

Ini menunjukkan bahawa mereka yang berjawatan rendah kurang komplians

terhadap pencegahan universal berbanding dengan mereka yang berada dalam kumpulan

jawatan tinggi.
Bagi jantina pula, ia menjadi suatu faktor peramal kerana golongan wanita

lebih komplians terhadap pencegahan universal berbanding dengan kaum lelaki.

Situasi yang sama juga dilihat dari segi tahap pengetahuan di mana skor

pengetahuan menjadi suatu faktor peramal, iaitu lebih tinggi skor pengetahuan, lebih

tinggi komplians beliau.

Juga didapati bahawa mereka yang menghadiri latihan lebih berkemungkinan

untuk komplians terhadap pencegahan universal (koding yang digunakan;

1=menerima latihan, 2=tidak). Oleh itu latihan yang pernah diterima menjadi suatu

faktor peramal mengenai komplians.

Lain-lain faktor yang diukur tetapi didapati tidak cukup signifikan sebagai

faktor peramal adalah tahap pendidikan (p=0.054).

3.7.4 Faktor peramal bagi pendedahan terhadap darah menurut persepsi beban kerja
yang tinggi, persepsi wujudnya budaya kerja yang sihat, skor komplians,
jantina, etnik, umur, tahap pendidikan, jawatan, status perkahwinan, tempoh
perkhidmatan, latihan yang diterima, tahap pengetahuan, jumlah masakerja
dalam seminggu dan persepsi risiko jangkitan.

Dari analisa regresi logistik secara forward stepwise (LR), didapati model regresi

menunjukkan perhubungan yang bererti antara komplians terhadap pencegahan

2
universal dengan faktor persepsi risiko jangkitan yang tinggi (i =16.782,

dk=1,

p=0.0000)(Jadual 3.24).
Jadual 3.25 Pekali regresi beta dan nilai p analisa regresi logistik mengenai
hubungan pendedahan terhadap darah dan faktor-faktor risiko.

Variabel $ S.E. p Exp ( $ )


Persepsi Berisiko Tinggi -1.0069 0.2718 0.0002 0.3653
Konstan 0.274 0.2718 0.3134

Oleh itu keputusan ini boleh dinyatakan menggunakan formula berikut;

Ods pendedahan terhadap darah = Exp [(-1.0069) x persepsi berisiko tinggi]

Ini bermakna mereka yang mempunyai persepsi berisiko tinggi mendapat

jangkitan mempunyai pendedahan terhadap darah yang lebih tinggi, berbanding dengan

mereka yang mempunyai persepsi berisiko rendah.

Lain-lain faktor yang diukur tetapi didapati tidak cukup signifikan sebagai

faktor peramal adalah tempoh perkhidmatan (p=0.245), kumpulan etnik (p=0.3773),

kumpulan jawatan (p=0.0898), jumlah masa kerja dalam seminggu (p=0.7421), tahap

pengetahuan (p=0.2395), jantina (p=0.3053), latihan yang diterima sebelum ini

(0.9920), skor komplians terhadap pencegahan universal (p=0.849), tahap pendidikan

(p=0.2349) dan umur responden (p=0.1719).


BAB 4

PERBINCANGAN

Kajian mengenai pengetahuan, persepsi dan amalan pencegahan universal ini telah

dijalankan di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Sejumlah

82.0% kakitangan bertugas telah mengisi dan memulangkan borang soal selidik.

Sejumlah 80.0% dari responden telah mendengar mengenai pencegahan universal dan

hanya 64.0% telah menerima taklimat atau latihan mengenainya. Ini mungkin

disebabkan oleh ramainya kakitangan yang baru atau tidak ada sistem untuk

melatih semua kakitangan secara teratur.

Namun begitu 98.7% dari responden telah menunjukkan skor pengetahuan yang

tinggi mengenai amalan pencegahan universal. Memandangkan antara penyakit yang

disentuh dalam pencegahan universal adalah mengenai penyakit AIDS/HIV yang kerap

dikempen melalui media massa, maka tidak hairanlah wujud skor yang tinggi antara

responden.

Di antara penyakit bawaan darah yang boleh dijangkiti melalui pendedahan

kepada darah yang infektif adalah Hepatitis B, Hepatitis C, HIV/AIDS, sifilis dan

malaria. Namun begitu tidak ramai yang tahu kesemuanya. Hanya AIDS/HIV yang

diketahui ramai (98.7%) sebagai boleh berjangkit melalui cara tersebut. Ini mungkin

hasil dari kempen AIDS/HIV yang berterusan. Hepatitis B juga diketahui ramai

(94.7%)
70

sebagai boleh berjangkit melalui cara tersebut. Malangnya penyakit lain kurang

diketahui ramai. Memandangkan pengetahuan sebegini merupakan asas pencegahan

universal, latihan yang khusus mengenai pencegahan universal perlu diberikan secara

sistematik.

Seramai 61.3% dan 62.0% responden mempunyai anggapan salah bahawa

mereka boleh dijangkiti AIDS/HIV dan Hepatitis B semasa menderma darah.

Tanggapan yang salah ini perlu diperbaiki dengan segera bagi mengelakkannya

kekal dalam minda kakitangan perubatan.

Namun begitu 82.7% dari responden telah menjawab dengan betul bahawa

virus HIV boleh berjangkit melalui penyusuan susu ibu sebagaimana yang telah

diketahui sejak dari tahun 1995 lagi (Kuhn & Stein 1995). Sehingga tahun 1996,

sejumlah 24 orang bayi telah terbukti dijangkiti virus HIV melalui penyusuan susu ibu

(Black 1996).

Masih lagi terdapat 39.3% dari responden yang menganggap bahawa bagi

mencegah jangkitan, perlu menutup semula jarum suntikan selepas digunakan. Ini

adalah salah kerana ini akan meningkatkan risiko tusukan jarum. Konsep salah ini

timbul akibat tugas harian masing-masing. Ini adalah kerana apabila kakitangan

mengambil darah pesakit di katil pesakit, mereka perlu berjalan membawa jarum dan

picagari ke bekas pelupusan terdekat. Oleh itu mereka merasakan lebih selamat jika

mereka menutup semula jarum tersebut. Masalah yang sama juga dilihat di Amerika

Syarikat di mana didapati 45% dari kakitangan menutup semula jarum suntikan dan

65% dari para doktor (Hersey & Martin 1991).


71

Dari segi perlindungan diri pula, didapati 73.3% dari responden telahpun

menerima vaksinasi hepatitis B. Jika dibandingkan dengan kajian lain, contohnya

kajian yang dijalankan di jabatan kecemasan di dalam hospital-hospital di Amerika

Syarikat (Hersey & Martin 1991) yang menunjukkan antara 42% hingga 45%

yang telah menerima vaksinasi Hepatitis B. Oleh itu keadaan ini lebih baik di

Hospital Kuala Lumpur. Walaupun peratus ini agak tinggi, usaha patut dilakukan bagi

melindungi semua kakitangan. Mereka patut diberi vaksinasi secara percuma oleh

pihak Kementerian Kesihatan agar dilindungi dari jangkitan Hepatitis B.

Dari segi pendedahan pula, didapati 60.0% dari kakitangan pernah terdedah

kepada darah dalam tempoh satu tahun yang lepas. Seramai 51.1% adalah melalui

tusukan jarum suntikan. Jika dilihat dari peratus keseluruhan responden, 38.3% dari

semua responden pernah menerima pendedahan perkutan melalui tusukan jarum. Jika

dibandingkan dengan kajian lain, contohnya kajian yang dijalankan di jabatan

kecemasan di dalam hospital-hospital di Amerika Syarikat (Hersey & Martin 1991)

yang menunjukkan hanya 24% dari para kakitangan dan 51% dari para doktor pernah

terdedah secara perkutan melalui tusukan jarum disepanjang satu tahun sebelumnya.

Ini adalah suatu bilangan yang tinggi dan jika tidak diperbaiki akan membawa padah.

Namun begitu ianya adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kajian yang

dilakukan di kalangan pelajar perubatan tahun 4 dan 5 di Hospital Universiti Sains

Malaysia Kubang Kerian (Naing, Zulkifli & Ismail 1995) di mana 53% dari

responden pernah terdedah secara perkutan melalui tusukan jarum suntikan.


72

Bagi pendedahan secara mukosa, hanya 12.7% dari kesemua responden pernah

mengalaminya di sepanjang satu tahun yang lepas. Ini agak setara dengan kajian yang

di dalam jabatan kecemasan hospital-hospital di Amerika Syarikat (Hersey & Martin

1991) yang menunjukkan pendedahan pada 10% kakitangan dan pada 19% doktor.

Bagi pendedahan pada kulit terbuka, ianya adalah positif bagi 44.0% responden.

Ini juga adalah setara dengan kajian lain di dalam jabatan kecemasan hospital-hospital

di Amerika Syarikat (Hersey & Martin 1991) yang menunjukkan positif bagi 64%

kakitangan dan 59% bagi para doktor.

Sebagai turutan dari perbincangan di atas, hanya 7.8% dari responden yang

melapurkan pendedahan mereka, jauh lebih rendah dari 68% yang dilaporkan oleh

kajian yang dilakukan di Amerka Syarikat pada tahun 1991 (Hersey & Martin 1991).

Bagi persepsi mengenai sama ada pihak pentadbiran berusaha ke arah

mewujudkan budaya kerja yang sihat, hanya 57.3% bersetuju. Memandangkan di

bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Kerja 1994 bahawa semua majikan

bertanggungjawab ke arah mewujudkan suatu budaya kerja yang sihat dan tempat kerja

yang selamat, maka pihak pentadbiran perlu lebih aktif. Mereka hendaklah

menunjukkan bahawa pihak pentadbiran berusaha ke arah mewujudkan budaya kerja

yang sihat. Ini penting kerana kajian yang dilakukan oleh Gershon et al pada 1995 di

tiga buah hospital wilayah di Amerika Syarikat mendapati bahawa komplians

terhadap pencegahan universal bergantung kepada komitmen organisasi.


73

Pihak pentadbiran juga hendaklah mengadakan situasi yang memudahkan

kakitangan untuk mengamalkan pencegahan universal. Peralatan seperti sarung tangan

getah, pelindung mata, sinki, sabun, gaun, apron dan sebagainya hendaklah mencukupi.

Analisa telah menunjukkan hubungan bermakna di antara komplians dengan kecukupan

bekalan sarung tangan getah, bekas pelupusan bahan tajam, sinki/sabun, pelindung

mata dan gaun/apron. Oleh itu perlu bekalan peralatan yang sentiasa mencukupi

untuk memudahkan komplians terhadap amalan pencegahan universal. Ini bersesuaian

dengan kajian yang dilakukan di jabatan kecemasan di sebuah hospital di Chiang

Mai (Picheansathian 1995) yang menunjukkan bahawa antara faktor yang

mempengaruhi komplians adalah tidak cukup bekalan alat pencegahan universal.

Dari segi amalan pula didapati masih terdapat beberapa amalan yang tidak betul

seperti menutup semula jarum suntikan selepas digunakan iaitu 36.7%. Walaupun

peratus ini agak kecil, perkara ini perlu diperbetulkan. Masalah yang sama juga

dilihat di Amerika Syarikat di mana didapati 45% dari kakitangan menutup semula

jarum suntikan dan 65% dari para doktor (Hersey & Martin 1991).

Amalan pencegahan universal yang lain adalah agak memuaskan dengan

peratusan komplians yang agak tinggi.

Bagi amalan menggunakan bekas pelupusan bahan tajam bagi jarum suntikan

dan lain-lain alat tajam, 89.4% dari responden adalah komplians. Ini hampir setara

dengan kajian di jabatan kecemasan hospital-hospital di Amerika Syarikat (Hersey &

Martin 1991) yang menunjukkan 96% dari kakitangan komplians dalam

menggunakan bekas pelupusan alat tajam bagi jarum suntikan dan lain-lain alat

tajam. Gershon et al pada


74

tahun 1995 pula menunjukkan komplians pengggunaan bekas pelupusan bahan tajam

bagi jarum suntikan dan lain-lain alat tajam yang tinggi di tiga buah hospital

wilayah di Amerika Syarikat iaitu 95%.

Bagi amalan mencuci tangan selepas merawat pesakit, 88.6% dari responden

adalah komplians. Ini lebih baik dari dengan kajian lain di dalam wad kecemasan di

sebuah hospital di Chiang Mai (Picheansathian 1991) yang menunjukkan 32% dari

kakitangan mencuci tangan selepas merawat pesakit.

Bagi amalan mencuci tangan setiap kali menukar sarung tangan getah, 80.6%

dari responden adalah komplians. Ini lebih baik dari kajian lain di dalam wad

kecemasan di sebuah hospital di Chiang Mai (Picheansathian 1991) yang

menunjukkan 23% dari kakitangan mencuci tangan setiap kali menukar sarung tangan

getah. Juga lebih tinggi dari kajian di dalam jabatan kecemasan hospital-hospital di

Amerika Syarikat (Hersey & Martin 1991) yang menunjukkan hanya 62% dari

kakitangan dan 54% dari para doktor yang mencuci tangan selepas menukar sarung

tangan getah.

Bagi amalan menggunakan sarung tangan getah, 98% dari responden adalah

komplians. Berbanding dengan kajian di dalam jabatan kecemasan hospital-hospital di

Amerika Syarikat (Hersey & Martin 1991) yang menunjukkan 43% kakitangan yang

menjaga pesakit sentiasa menggunakannya untuk mengambil darah dan 32% sentiasa

menggunakannya untuk memasang atau menanggalkan saluran intravena. Gershon et al

pada tahun 1995 pula menunjukkan komplians penggunaan sarung tangan getah yang

tinggi di tiga buah hospital wilayah di Amerika Syarikat iaitu 95%.


75

Bagi amalan menukar sarung tangan getah apabila merawat pesakit yang lain,

88% dari respondens adalah komplians. Ini setara dengan kajian di dalam jabatan

kecemasan hospital-hospital di Amerika Syarikat (Hersey & Martin 1991) yang

menunjukkan 88% dari kakitangan sentiasa menukar sarung tangan getah antara

pesakit.

Bagi amalan memakai gaun, mask dan pelindung mata, 75.3% dari respondens

adalah komplians. Malangnya adalah sukar untuk dibandingkan dengan kajian lain

disebabkan oleh soalan penggunaan alat-alat ini dikumpulkan dalam satu soalan.

Kajian di dalam jabatan kecemasan hospital-hospital di Amerika Syarikat (Hersey &

Martin 1991) yang menunjukkan hanya 24% kakitangan yang menjaga pesakit

sentiasa menggunakan gaun, 19% sentiasa menggunakan topeng muka dan hanya 10%

sentiasa menggunakan perlindungan mata. Gershon et al pada tahun 1995 pula

menunjukkan komplians yang rendah iaitu 63% bagi perlindungan mata dan 62%

bagi perlindungan pakaian luar (gaun) di tiga buah hospital wilayah di Amerika

Syarikat.

Ujian korelasi di antara tahap pengetahuan dan amalan telah menunjukkan

korelasi yang signifikan. Ini bersesuaian dengan kajian yang dilakukan oleh Gershon et

al di tiga buah hospital wilayah di Amerika Syarikat pada 1995 yang menunjukkan

bahawa pengetahuan cara transmisi jangkitan mempengaruhi komplians seseorang.

Ujian univariat terhadap skor pengetahuan telah menunjukkan bahawa variabel

yang ada hubungan adalah jantina, tahap pendidikan dan kumpulan jawatan. Ujian regresi

linear pula menunjukkan hanya kumpulan jawatan yang boleh menjadi faktor peramal
76

dan mempengaruhi skor pengetahuan. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diubah, oleh

itu tiada langkah yang boleh diambil berdasarkan fakta ini.

Ujian univariat terhadap skor komplians pula menunjukkan bahawa variabel yang

ada hubungan adalah skor pengetahuan, jantina, tahap pendidikan, kumpulan jawatan,

tempat kerja dan latihan yang pernah diterima. Ini bersesuaian dengan kajian yang

dilakukan oleh Hersey J.C. dan Martin L.S. pada tahun 1991 yang menunjukkan

komplians seseorang dipengaruhi oleh latihan yang pernah diterima, tahap

pengetahuan, tempat kerja dan jenis aktiviti. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan

oleh Gershon et al pada 1995 yang menunjukkan komplians seseorang dipengaruhi

oleh komitmen organisasi, pengetahuan cara transmisi, persepsi risiko, jantina,

jawatan dan latihan.

Sebagaimana dalam kajian yang lain, komplians adalah lebih tinggi di kalangan

jururawat dan golongan wanita.

Ujian regresi linear menunjukkan bahawa skor komplians dipengaruhi oleh

kumpulan jawatan, jantina, latihan yang diterima dan skor pengetahuan. Oleh itu bagi

meningkatkan lagi komplians para kakitangan, penekanan harus diberi kearah

meningkatkan lagi tahap pengetahuan dan latihan pencegahan universal yang khusus.

Ujian regresi logistik terhadap faktor pendedahan di sepanjang satu tahun yang

lepas menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai persepsi berisiko tinggi mendapat

jangkitan merupakan golongan yang paling ramai terdedah. Ini mungkin disebabkan
77

pengalaman yang lepas terdedah kepada darah atau cecair tubuh, menyebabkan mereka

merasa berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.


78

BAB 5

KESIMPULAN

Kejadian transmisi jangkitan penyakit seperti HIV dan Hepatitis B dari pesakit kepada

kakitangan perubatan dan sebaliknya telah banyak didokumentasikan. Kajian seperti ini

dan lain-lain data dari program surveilan dan penyelidikan epidemiologi patut menjadi alat

dalam menilai risiko transmisi penyakit seperti HIV dalam situasi jagaan perubatan dan

kesihatan.Hasil dari itu, strategi harus difikirkan dan diambil tindakan bagi mengurangkan

risiko jangkitan. Antara strategi yang harus difikirkan adalah pencegahan kontak darah antara

kakitangan perubatan dan pesakit melalui amalan pencegahan universal, penggunaan alat

perubatan yang lebih baik, penggunaan teknik carakerja yang lebih selamat dan akhir

sekali penggunaan alat perlindungan diri.

Sebagaimana yang telah diterima dalam mana-mana kajian mengenai kesihatan dan

keselamatan di tempat kerja, langkah pertama adalah mengeluarkan hazad dari tempat

kerja. Ini tidak mungkin kerana hazad di sini ialah darah dan cecair tubuh pesakit, oleh

itu ianya tidak boleh dikeluarkan dari tempat kerja atau ditukarkan dengan bahan lain.

Oleh itu langkah seterusnya yang patut difikirkan adalah perubahan carakerja agar risiko

pendedahan pada kakitangan kesihatan adalah minimal. Kemudian alat perlindungan diri

seperti sarung
79

tangan getah, mask, pelindung mata, gaun bolehlah digunakan bagi mengurangkan lagi

risiko transmisi jangkitan.

Latihan yang khusus mengenai pencegahan universal adalah perlu dan tatacara

prosedur yang sedia ada hendaklah dikaji semula secara menyeluruh dan diubah jika ia

membahayakan kakitangan. Latihan tatacara prosedur yang lebih selamat hendaklah diajar

kepada semua kakitangan. Pelbagai garispanduan yang telah diterbitkan oleh negara Barat

seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom boleh dijadikan sebagai contoh (HMSO

1995, CDC 1982, CDC 1987, CDC 1988, CDC 1989 & CDC 1996b).

Prosedur pengambilan darah harus diubah, contohnya pesakit perlu dibawa ke bilik

rawatan yang ada bekas pelupusan bahan tajam untuk diambil darah, atau membawa suatu

bekas pelupusan bahan tajam yang kecil ke katil pesakit di dalam satu bekas khas. Ini

adalah bagi mengelakkan timbulnya keperluan untuk kakitangan menutup semula jarum

suntikan. Bagi prosedur yang memerlukan jarum ditutup semula seperti pengambilan darah

bagi ABG (arterial blood gas), kakitangan hendaklah dilatih menutup jarum suntikan

tanpa membahayakan diri, seperti meletakkan penutupnya di atas meja dan memasukkan

jarum ke dalam penutup dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.

Peralatan seperti sarung tangan getah, bekas pelupusan bahan tajam, mask, gaun,

pelindung mata hendaklah mencukupi. Alat seperti pelindung mata hendaklah disediakan

di
80

tempat berisiko tinggi seperti dewan bedah dan bilik resusitasi agar dapat digunakan. Ianya

juga hendaklah dari bentuk yang sesuai dan selesa untuk digunakan dalam cuaca di Malaysia.

Vaksinasi Hepatitis B hendaklah diberikan secara percuma kepada semua

kakitangan agar mereka dilindungi.

Poster-poster peringatan dan pendidikan mengenai pencegahan universal hendaklah

disediakan dan ditampal di seluruh hospital agar semua dapat menghayatinya. Prosedur

selepas terdedah kepada darah (KKM 1991 dan CDC 1996b) hendaklah jelas dan diketahui

umum serta dipastikan bahawa setiap pendedahan mendapat perhatian dan tindakan

sewajarnya tanpa berlakunya kebocoran maklumat. Ini adalah penting jika kita mahu

laporan selepas pendedahan mengambarkan situasi yang sebenarnya.


RUJUKAN

Black, R.F. 1996. Transmission of HIV-1 in the breast-feeding process. Journal of


American Diet Association 96(30):267-274.

CDC 1996a. Facts about Surveillance of Health Care Workers with HIV/AIDS. CDC
HIV/AIDS Prevention.

CDC 1996b. Update: Provisional Public Health Service Recommendations For


Chemoprophylaxis After Occupational Exposure to HIV. MMWR 45(22):468-472.

CDC 1995a. Case-Control Study of HIV Seroconversion in Health-Care Workers After


Percutaneous Exposure to HIV-Infected Blood- France, United Kingdom and United
States, January 1988 - August 1994. MMWR 44(50):929-933.

CDC 1995b. HIV Transmission in a Dialysis Center - Colombia, 1991-1993. MMWR


44(21):404-412.

CDC 1993. Update: Investigations of Persons Treated by HIV-Infected Health-Care


Workers - United States. MMWR 42(17):329-331.

CDC 1989. Guidelines for Prevention of Transmission of HIV and Hepatitis B Virus to
Health Care & Public-Safety Workers. MMWR 38(S6):1-37.

CDC 1988. Update: Universal Precautions for Prevention of Transmission of HIV and
Hepatitis B Virus and other Bloodborne Pathogens in Health-Care Settings.
MMWR 37(24):387-388.

CDC 1987. Recommendations for Prevention of HIV Transmission in Health-Care


Settings. MMWR 36(S2):S1-S18.

CDC 1982. AIDS: Precautions for clinical and laboratory staffs. MMWR 31:577-580.

Danchaivijitr, S., Tantiwatanapaiboon, Y., Chokloikaew, S.,Tangtrakool, T., Suttisanon,


L., Chitreechuer, L. 1995. Universal Precautions:knowledge, compliance and
attitudes of doctors & nurses in Thailand. Journal Medical Association Thailand
78:S112-S117.

Gershon, R.R. 1995. Compliance with Universal Precautions among Health Care Workers
at 3 regional hospitals. American Journal of Infection Control, 23(4):225-36.

Grosheide, P., Damme, P.V. 1996.Communicable Diseases Series No.1; Prevention and
Control of Hepatitis B in the Community. Denmark: WHO Europe.
Hasnah B. 1996. Pengetahuan, Sikap dan Amalan Pencegahan Terhadap AIDS/HIV di
kalangan kakitangan Hospital Tapah, Perak. Tesis Sarjana Kesihatan Masyarakat
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hawe, P., Degeling, D., Hall, J. 1990. Evaluating Health Promotion; A Health Worker's
Guide. Sydney: Maclennan & Petty.

Hersey, J.C., Martin, L.S. 1994. Use of infection control guidelines by workers in
healthcare facilities to prevent occupational transmission of HBV and HIV:results
from a national survey. Infection Control Hospital Epidemiology15(4):243-52.

HMSO 1995. Protection against blood-borne infections in the workplace: HIV and
hepatitis. Advisory Committee on Dangerous Pathogens. London. HMSO.

Hospital Kuala Lumpur 1994. Laporan Tahunan 1994.

Kementerian Kesihatan Malaysia 1996a. Pemantauan Kes Jangkitan HIV dan AIDS yang
dilaporkan di Malaysia (1985-31 Mac 1996).

Kementerian Kesihatan Malaysia 1996b. Laporan Tahun 1995. Pemantauan Hepatitis B


kakitangan Perubatan dan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia 1995a. INFOAIDS Disember:12.

Kementerian Kesihatan Malaysia 1995b. KKM-87 (467) Bhg.19 Bil (51). Surat pekeliling
bertajuk "Garispanduan Pengurusan Kakitangan Kesihatan Yang Dijangkiti oleh
Kuman HIV" dari Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Dato' Dr Megat
Burhanuddin b. Megat Abdul Rahman kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri
dan Pengarah Hospital, 17 Ogos 1995.

Kementerian Kesihatan Malaysia 1991. KKM-87 (467) Bhg.10 Bil (36). Surat pekeliling
bertajuk "Guidelines for Health Care Workers Who Have Been Exposed To Blood,
Blood Products And Body Fluids of Patients Positive For HIV" dari Timbalan
Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Dato' Dr Che Rus bin Mohd Noor kepada
semua Pengarah Kesihatan Negeri dan Pengarah Hospital, 13 November 1991.

Kementerian Kesihatan Malaysia 1987. Guidelines for the Prevention and Control of
A.I.D.S..

Kuhn, L., Stein, Z.A. 1995. Mother-to-infant HIV transmissions: timing, risk factors and
prevention. Paediatric Perinatal Epidemiology 9(1):1-29.

Meyer, G.S. 1993. Occupational Infection in Health Care. The Century-old lessons from
syphilis. Archive Internal Medicine 153(21):2439-2447.
Naing, N.N., Zulkifli, A., Ismail, K.Z. 1995. Puncture Injuries During Undergraduate
Medical Training. Proceedings from Malaysia-Singapore Congress of Medicine.

Picheansathian, W. 1995. Compliance with Universal Precautions by Emergency Room


Nurses at Maharaj Nakorn Chiang Mai Hospital. Journal Medical Association
Thailand 78(Suppl 2):S118-S122.

Robert, L.M., Bell, D.M. 1994. HIV transmission in the Health-care setting. Risks to health
care workers and patients. Infective Diseases Clinicians North America 8(2):319-29.

Sulaiman, C.R. 1995. AIDS in the Workplace. Nota Modul 2 Kursus Kesihatan Kerja.
Kuala Lumpur: Jabatan Kesihatan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia.

WHO 1996. International Projections/Statistics. http://www.cdc.gov/nchstp/hiv_aids/stats/


internat.htm (Internet).

WHO WPR 1996. HIV/AIDS Trends in the Western Pacific Region. STD HIV AIDS
Surveillance Report. 7:1-3.
LAMPIRAN A

Observasi Amalan Pencegahan Universal

Senarai semakan semasa observasi amalan pencegahan semasa mengendalikan pesakit

berdasarkan ketidakpatuhan kepada pencegahan universal iaitu;

1. Tidak membasuh kedua-dua belah tangan sebelum dan selepas menyentuh

pesakit atau spesimen (mencuci tangan secara betul dengan mengunakan air

dan sabun biasa adalah memadai kecuali untuk prosedur invasif di mana sabun

antiseptik perlu digunakan).

2. Tidak memakai sarung tangan sekiranya akan terdedah kepada darah atau

cairan badan pesakit ataupun menyentuh mukosa atau luka pada kulit.

3. Tidak memasukkan dengan segera jarum dan picagari yang telah digunakan ke

dalam bekas pelupusan bahan tajam.

4. Menutup jarum selepas digunakan.

5. Tidak memakai mask/goggle, gaun atau apron ketika mengendalikan pesakit di

mana timbul kemungkinan terjadi percikan darah atau cairan badan.

6. Tidak menyiram setiap tumpahan darah atau cairan tubuh dengan 0.5%-1%

sodium hipoklorit (chlorox) sebelum dicuci.


Tempat/Wad : (Wad-wad, makmal, jabatan kecemasan, jabatan pesakit luar)
Tarikh : Jumlah kakitangan bertugas:
Waktu bekerja : waktu pejabat Q Giliran kerja 7-2 petang Q Giliran kerja 2-9 malam Q
Giliran kerja 9-7 pagi Q
Sila tandakan jenis ketidakpatuhan yang berlaku (rujuk Kategori Jawatan
Bil. lampiran)
kes Masa
1.Basuh 2. Glove 3. Sharps 4. Recap 5. M/G/A 6. Lantai Pegawai Pembantu Jururawat Penolong Atendan /
Perubatan Perubatan Terlatih Jururawat Pemandu
V K V K V K V K V K V K ( ) org. ( ) org. ( ) org. ( ) org. ( ) org.
LAMPIRAN B

BORANG SOAL-SELIDIK

Kajian ini bertujuan untuk mengukur pengalaman kakitangan perubatan di Jabatan


Keselamatan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur dalam amalan pencegahan
penyakit. Kesemua kakitangan yang bertugas semasa tempoh kajian dipilih sebagai
responden kajian. Memandangkan jumlah kakitangan yang dipilih agak kecil, diharap
semua kakitangan akan memberikan kerjasama. Kerjasama anda semua adalah penting
untuk menjayakan kajian ini. Sebarang maklumat yang diberi akan dirahsiakan dan
hanya akan digunakan bagi tujuan statistik kajian. Oleh itu data yang akan didapati
hanya dalam bentuk berkumpulan, tidak sebagai data individu.

Setelah selesai, sila masukkannya ke dalam sampul yang dikepilkan dan letakkannya ke
dalam peti-peti yang disediakan di kaunter jururawat wad kemalangan dan kecemasan
(resus & intermediate care) . Ianya boleh juga diserahkan terus kepada saya, Dr Azmi
bin Mohd Tamil. Sebarang persoalan mengenai kajian ini bolehlah ditujukan kepada
saya di;

Dr Azmi bin Mohd Tamil


Jabatan Kesihatan Masyarakat,
Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
Tel: 010-6670350
Fax: 03-4405279

Borang ini dijangka memerlukan antara 10 hingga 15 minit untuk diisi.

Ribuan Terima Kasih diucapkan atas kerjasama anda.

Anda mungkin juga menyukai