Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Saya, Shalini A/P Pergas dari 5 PISMP Bahasa Tamil telah ditugaskan untuk menjalankan
sesi praktikum fasa 1 selama tiga bulan di SJK(T) Gelang Patah. Pada hari pertama, iaitu
hari Ahad (29 Julai 2018), saya dan teman praktikum saya telah sampai ke sekolah pada
pukul 7.30 pagi dan ia dikira lewat kerana kami sepatutnya berada di sekolah pada pukul
7.00 pagi. Hal ini kerana, saya telah mengalami masalah pengangkutan pagi itu. Walaupun
keadaannya rumit, kami dapat hadir ke sekolah dengan selamat tanpa sebarang masalah.
Saya berasa agak kecewa kerana lewat ke sekolah pada hari pertama dan ia akan
merosakkan reputasi serta tanggapan pertama terhadap saya.

Selepas itu, seperti biasa saya telah menghadiri perhimpunan biasa di dewan
sekolah tersebut. Perhimpunan rasmi telah dijalankan dengan nyanyian Lagu Negaraku,
Lagu Bangsa Johor, Lagu Sekolah dan bacaan ikrar. Majlis telah diteruskan dengan
penyampaian hadiah peserta acara permainan sukan. Seteusnya, perhimpunan rasmi
menutup tirainya dan murid-murid diarahkan masuk ke kelas untuk Pdpc. Setelah itu, saya
dan teman praktikum saya telah berjumpa dengan Guru Besar SJK(T) Gelang Patah iaitu
Pn.N.L Gohila dan Guru Penolong Kanan 1 iaitu Pn. Sivagami untuk mengadakan sesi suai
kenal serta mendapatkan informasi tentang sekolah. Bukan itu sahaja, mereka juga telah
memberikan saya jadual waktu untuk pdpc dan telah memberi serba sedikit penerangan
tentang tugasan saya sepanjang praktikum saya.

Seterusnya, saya juga mendapat peluang untuk bertemu dan berkenalan dengan
guru-guru matapelajaran teras. Dengan ini, saya telah mendapat tahu taktik- taktik pdpc
dalam bilik darjah. Perkara yang paling menyenangkan hati saya ialah semua guru di sini
sangat baik dan bersifat professional dalam pdpc mereka. Mereka juga telah berkongsi
pengalaman mereka sebagai pendidik di sekolah ini.

Tepat pada pukul 2.00 tengah hari, saya beredar dari sekolah. Hari pertama sesi praktikum
saya di SJK(T) Gelang Patah berakhir dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai