Anda di halaman 1dari 9

Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan

anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya


tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka.
Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek yang penting dalam
membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum
dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang
perpisahan .

Pada zaman pemerintahan British di negara ini, mereka


mengamalkan dasar pecah dan perintah terutama membiarkan
penduduk negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing
mengikut komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang
terlibat dalam bidang pertanian dan penanaman padi serta menangkap
ikan manakala tenaga buruh di ladang diambil dari negara India dan di
kawasan lombong bijih timah tenaga imigran dari China diambil. Kesannya
jurang perpaduan mula timbul disebabkan kegiatan ekonomi yang
diusahakan di samping tempat tinggal yang berbeza . Keadaan ini
mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India
bersama-sama dalam satu lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah
wujudnya jurang pemisahan antara kaum.

Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan


mereka yang dibawa ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki sistem
sekolah vernakular sendiri yang membawa masuk guru, buku dan sukatan
pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara ini telah wujud satu
sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama ,
Inggeris, Cina , Tamil dan aliran Melayu. Kesan langsung wujudnya
sistem pendidikan zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses
asimilasi yang boleh memungkinkan pergaulan kaum dapat dilakukan
dengan sempurna.

Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada
1941-1945 juga tak kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas
hubungan integrasi kaum di negara ini. Pihak Jepun pula mengamalkan
dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata mengeruhkan lagi keadaan
semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan benci dan prasangka
buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina bertindak
mengambil kesempatan utuk membalas dendam dengan menganggotai
Bintang Tiga atau lebih dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dalam
tempoh masa Jepun menyerah kalah dan sebelum kedatangan kembali
pihak British. Ketika inilah berlakunya keganasan 14 hari seperti
membunuh, menculik, membakar masjid dan bangunan sebagai cara
membalas dendam . Keadaan ini menyebabkan berlakunya persengketaan
kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Lebih memburukkan lagi
keadaan adalah apabila kebanyakan orang Cina terlibat dalam pergerakan
PKM manakala orang Melayu kebanyakannya merupakan anggota pasukan
keselamatan ketika zaman darurat pada 1948-1960.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal
Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),
kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada
ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-
MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun
masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh
parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka.
Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah
menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun
1969.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik
(DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam
Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam


pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969.
Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu
perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan telah
mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak
menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong
kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar
darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang
menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui
jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan
melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu
Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk
perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol
menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain
meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan . Orang Melayu
memandang perisitiwa ini sebagai kaduk naik junjung. Natijahnya berlaku
kemarahan yang meluap-luap dalam kalangan orang Melayu sehingga
menumpahkan darah .Maka berlakulah kejadian yang dinamakan Tragedi
13 Mei 1969. Kepanasan isu ini cepat menular sehingga ke seluruh negara
dalam masa yang begitu singkat sahaja.

Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan
agama dan soal hak kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang mampu
menjejaskan perpaduan kaum di negara ini . Ianya dibawa dan dimainkan
oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba mendapatkan nama dalam
usaha mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh pilihanraya
akan datang. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai
terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia ada pada
masa sekarang.

(b) Kepentingan perpaduan kaum

Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah


dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang
kita kecapi sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan
berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei
1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita
dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa
berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak
akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan
kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh
semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan
patriotik yang tinggi.

Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan


perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara
kita. Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan dapat
mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam
negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan
melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada
campurtangan kuasa luar seterusnya memelihara kedaulatan negara ini
dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya.

Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang
saling menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama
dan kekitaan yang lahir dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat
dengki dan khianat akan terlebur begitu sahaja jika semua anggota
masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak kita kecil
lagi.

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum

Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini.
Hal ini demikian kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan
kaum akan menjadi rapuh jika ada tindakan luar batasan dilakukan dan
tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa
berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom
jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat
sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi
meraih sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini
lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan
terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota
masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam
bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi
Baru yang dilancarkan pada 1970.

Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17


Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-
undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan
pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN
didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua
tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan
Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang
diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu
kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan
negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan
kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi
masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan
menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada
1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang
ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk
masyarakat yang berbilang kaum

Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940


apabila kesedaran politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan
Union oleh Inggeris di negara ini. Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada
awalnya bermaksud untuk membela masyarakat atau kaum masing-
masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula
dibentuk apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan
UMNO,MCA dan MIC yang merapatkan hubungan antara orang Melayu,
Cina dan India dalam bidang politik dalam usaha memuju kerjasama kaum
ke arah mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai 1948
hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya
perpaduan kaum dibentuk bagi menjamin keadaan negara yang aman dan
damai dengan penduduknya dapat bekerjasama antara satu sama lain.

Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan


mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan
Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula
menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam
Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor
Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat
memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan
panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan
terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa
pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan
berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem
peperiksaan yang sama dan sebagainya.
(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum

Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu politik perkauman boleh
menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat
perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat
oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan,
pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk
tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat
yang bersatu padu.Ianya ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang
mengemukakan ideologi Malaysian Malaysia bagi mendapatkan hak yang
sama rata dalam kalangan penduduk di negara ini.Sekali pandang ianya
merupakan suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini berlawanan
dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini mencapai
kemerdekaan.

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya


semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule”
iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi
ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama
negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu
mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di
kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong
bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan
perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula
ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah
menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada
dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi
pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui
pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah
mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi
antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British
itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor
perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang
India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah
membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak
diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada
kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku
dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah
di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat
dan menebal di antara sesama kaum terbabit.

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan


sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke
19, Pelajaran Cina telah memberi kesedaran kebangaaan pemuda –
pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina
sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks
diimport dari negara China dan berkiblatkan China. Sekolah Tamil pula
menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal.
Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian
besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang
berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris
sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris
terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris
dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja,
sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi
kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali,
sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting
mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu,
mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan
berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai pandangan dunia (world –
view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan
dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan
sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah
memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan
sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini.


Media sosial seperti web dan blog serta face book menyebabkan
timbulnya kerenggangan kaum kerana banyak menimbulkan isu sensitif .
Beberapa laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan begitu
banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita palsu
menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini.
Beberapa kenyataan bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu
berleluasa pada masa sekarang. Keadaan ini pula tidak diambil tindakan
oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan bidang kuasa antara
badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi. Penyebaran berita
palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan
terhadap anggota masyarakat di negara ini. Isu kalimah Allah dalam bible
yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu contohnya menyebabkan berlaku
pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di negara ini. Ianya bakal
menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat yang
mampu mengguggat keamanan negara.

Campurtangan kuasa luar juga boleh menlunturkan perpaduan di negara


ini.Beberapa individu yang dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan
kerjasama daripada Amerika Syarikat dan Australia dalam usaha
mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap permasalahan yang
mereka hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin dari luar ini boleh dianggap
cuba mencampuri urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu
hubungan sesama jenis dan hak golongan lesbian, gay dan transgender di
negara ini.Segelintir anggota masyarakat juga mengaitkan isu di atas
sebagai isu hak asasi manusia di negara ini. Dengan menjadikan isu ini
sebagai isu hak asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian daripada
anggota masyarakat.

(e) Langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum


di Malaysia

Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan


mampu mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan
Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima
tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk
memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan
ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek
seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa
Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan,
Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa,
Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela,
Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa
dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan
Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan
aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat
Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah
dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan
memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


memperkenalkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan
di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah
dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya
dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya
wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya
persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-
menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum
dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai
kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan
ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan
dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat
kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan
harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar,
kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran
kebudyaan dan persembahan pentas.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan


remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan
untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada
masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras
dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat
disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam
PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut
memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang


memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang
dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling
membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap
mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun,
sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar
yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri
menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk
diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan
seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak
untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum
dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi
wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada
dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun
agama

Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi
bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan
tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat
adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi dan diamalkan dalam masyarakat
Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan
Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama
dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali,
Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,

Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun
Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa
mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak
mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat
semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan serta formula
pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi
cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana
menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun
Abdullah Ahmad Badawi

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap


menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu
disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka
masa panjang. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah
kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian
slogan ini sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada perpaduan rakyat
di negara ini.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di


Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu
bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang
lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini
mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara
ini.

(f) Rumusan

Pengetahuan

Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak
menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara
faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan
dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi
oleh sebarang faktor lain.

Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula


perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup
dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.

Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati


peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah sekian lama dan
memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas
negara ini tidak lagi akan berlaku .

Iktibar

Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat


dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat
menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan

Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi
undang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan
menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan
kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih
bermakna akhirnya.

Anda mungkin juga menyukai