Anda di halaman 1dari 28

JURNAL PENGAJIAN ISLAM

Fakulti Pengajian Peradaban Islam


ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

TAHAP PENGETAHUAN BELIA MENGENAI GERAKAN SYIAH


MELALUI PENDIDIKAN DI SELANGOR

Mohamed Fairooz bin Mohamed Fatillah


Mohamad Fuad Bin Haji Ishak
Aminuddin Basir

Abstrak

Ajaran Syiah adalah ajaran yang telah difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam yang
sebenar di negeri Selangor berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor
2003. Fahaman Syiah dipercayai mula merebak di Malaysia melalui beberapa faktor
antaranya melalui pendidikan khususnya di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi
yang melibatkan pensyarah, pelajar serta pembiayaan pendidikan yang diberikan. Bahkan
terdapat 200 hingga 400 orang belia mengikuti ajaran Syiah Klang selangor berdasarkan data
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS). Sehubungan
itu, kajian ini memfokuskan tahap pengetahuan belia Islam mengenai bahaya gerakan Syiah
melalui pendidikan di Selangor. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap
pengetahuan belia Islam mengenai gerakan Syiah melalui pendidikan di Selangor. Selain itu,
Mengenal pasti tindakan Jabatan Agama Islam Selangor untuk membanteras ajaran Syiah di
kalangan Belia Islam di Selangor. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan instrumen
borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data. Sebanyak 2141 borang soal selidik
telah diedarkan secara rawak berstrata di sembilan buah daerah di Selangor dan seramai 3
orang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor telah ditemu bual. Data-data soal selidik
dianalisis menggunakan program SPSS (versi 22.0) manakala data temu bual dianalisis secara
deduktif untuk mendapatkan kesimpulan yang khusus. Kajian menunjukkan 90.2 peratus
responden bersetuju dengan kenyataan kerajaan negeri Selangor pada tahun 2013 telah
mewartakan bahawa ajaran Syiah adalah haram di Selangor. Selain itu, 79.7 peratus
mengetahui bahawa ajaran syiah berkembang pesat di Selangor. Seterusnya perkembangan
ajaran Syiah melalui media baru sebagai saluran penyebaran kepercayaan Syiah menunjukkan
73.3 peratus responden mengetahuinya. Penyebaran melalui bahan bacaan buku dan majalah
pula menunjukkan 73.7 peratus responden mengetahuinya. Selain itu, 74.3 peratus responden
bersetuju penyebaran ajaran Syiah melalui pensyarah di universiti. Manakala tindakan pihak
Jabatan agama Islam Selangor ialah mengeluarkan fatwa tentang pengharaman ajaran Syiah,
membuat tindakan undang-undang dan program pemulihan kepada penganut Syiah dan
program-program peneguhan ajaran Ahli Sunah Waljamaah di Selangor.

Kata Kunci: Belia Islam, Gerakan Syiah, Pendidikan & Selangor

Pengenalan

Golongan belia merupakan kekuatan bagi sesebuah umat atau masyarakat.


Mereka berperanan dalam membangunkan negara. Bahkan belia merupakan
pendukung bagi keteguhan agama Islam. Tanpa golongan ini, maka
masyarakat Islam akan mudah dikalahkan oleh musuh-musuhnya. Oleh itu

49
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

kepercayaan dan kefahaman terhadap pegangan Ahli Sunah Waljamaah


penting untuk mempertahan akidah Islam. Musuh-musuh Islam tidak akan
berdiam diri untuk menghancurkan Islam. Syiah khusus telah menyeleweng
dan merosakkan fahaman Islam yang sebenar telah tersebar di negeri
Selangor. Penyebaran berlaku melalui gerakan dalam pendidikan.

Pendidikan menurut Hassan Langgulung (1987) pendidikan ialah satu


bentuk interaksi manusia. Ia adalah suatu tindakan sosial yang berlaku hasil
jaringan hubungan kemanusiaan. Jaringan dan peranan individu dalam
tindakan sosial ini akan membentuk watak pendidikan sesuatu bangsa.
Apabila ia merupakan satu bentuk interaksi, maka segala bentuk maklumat,
nilai, bahan bacaan, peniruan tingkah laku merupakan pendidikan.Justeru,
kajian dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan belia Islam
mengenai gerakan Syiah melalui pendidikan. Melalui dapatan kajian ini akan
dilaksanakan langkah-langkah peneguhan akidah ahli Sunah Waljamaah di
kalangan masyarakat belia Islam di Selangor.

Latar Belakang Kajian

Defininisi Syiah dan Belia

Syiah ialah salah satu mazhab yang menolak tiga khalifah al-Rasyidin yang
awal dan menganggap Saidina Ali bin Abi Talib sebagai pengganti Nabi
Muhammad s.a.w yang sah (Kamus Dewan 2005). Perkataan Syiah dalam
bentuk yang majmuk bermaksud pengikut, penyokong, sekumpulan manusia
yang menunjukkan persetujuan tentangkepercayaan yang mereka terima atau
tolak (Seyyed Hossein Nasr & Oliver Leaman 2001: 119). Walau
bagaimanapun, istilah ini telah sinonim dengan maksud para pengikut
Sayidina Ali bin Abi Talib sebagaimana Ibn Khaldun juga telah memberikan
definisi Syiah sebagai satu istilah yang menggambarkan para pengikut Ali,
keturunannya dan suatu kelompok. Mereka bersepakat dalam hal ini bahawa
Imamah bukan sesuatu yang boleh diserahkan kepada budi bicara umat Islam
iaitu ia bukan suatu autoriti untuk mereka memilih siapa yang akan menjadi
Imam bahkan merupakan rukun agama Islam. Akan tetapi, tanggungjawab
untuk memilih Imam kepada umat Islam adalah merujuk kepada Nabi
Muhammad s.a.w yang mesti melantik seorang Imam, seseorang yang tidak
melakukan kesalahan dan mempunyai akhlak yang sempurna (Ibn Khaldun
1958: 196).

50
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

Manakala belia adalah generasi muda yang merujuk kepada individu


yang berumur antara 15-40 tahun yang mengambil kira skop di Malaysia.
Istilah Belia menurut Kamus Dewan (1994) bermaksud muda belia, sangat
muda, golongan muda secara keseluruhannya yang terdiri daripada pemuda
dan pemudi. Takrifan belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia
dalam kertas kerja “Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara” (1995),
pula mendefinisikan belia sebagai orang yang berumur antara 15 hingga 40
tahun dengan alasan-alasan berikut:
1. Ia adalah takrif Majlis Belia Malaysia 1985.
2. Ia dianggap golongan yang sudah mencapai taraf matang yang
memuaskan dan dapat menerima manfaat maksimum daripada
rancangan-rancangan yang disusun.
3. Ia adalah sebahagian besar daripada jumlah rakyat negara ini. Apa-
apa usaha bagi membina masyarakat, meninggalkan kesan secara
menyeluruh.

Tiga kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun


yang lalu iaitu :

i. Syiah Taiyiba Bohra (Dawood Bohra)

Syiah ini pecahan daripada Syiah Ismailiyyah. Ia dikenali juga dengan nama
Syiah Musta’liyah kerana mengiktiraf al-Musta’ly dan keturunannya sebagai
Imam mereka. Anak Musta’ly bernama al-Tayyib, jadi golongan ini juga
dinamakan Taiyibiah. Golongan ini terdapat di India dan Yaman. Mereka
telah meninggalkan bidang politik dan berkecimpung dalam bidang
perniagaan. Oleh itu, masyarakat India menamakan dan mengenali mereka
sebagai Bohra yang bermaksud peniaga dalam bahasa India lama. (An-
Nadwah Al-’Alamiah Li Asy-Syabab Al-Islamy. 1989). Kumpulan Syiah ini
berpusat di dearah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya
sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang
(Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, JAIS).

ii. Syiah Ismailiah Agha Khan

Kumpulan Syiah ini merupakan pecahan daripada Syiah Isma’iliah. Ia muncul


di Iran pada awal kurun ke 19 masehi. Antara pendakwah-pendakwah mereka
ialah Hasan Ali Shah, Agho Ali, Muhammad al-Husainy dan Karim.
Kumpulan Syiah Agha Khan ini tersebar dan terdapat di Nairobi, Darussalam,
Zimbabwe, Mogadishu, Congo, Belgium, India, Pakistan, Syria dan pusat

51
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

utama kepimpinannya ialah di Karachi (An-Nadwah Al-’Alamiah Li Asy-


Syabab Al-Islamy. 1989). Di Malaysia, kumpulan ini bergerak di sekitar
Lembah Klang dari kalangan pemilik premis-premis perniagaan PeerBhai.
Pengikut kumpulan ini tidak dapat diketahui jumlahnya tetapi lebih sedikit
daripada kumpulan Syiah Bohra (Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan,
JAIS).

iii. Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Assayariyyah. (Imam Dua Belas)

Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979 selepas
kejayaan Revolusi Iran (Mohd Haidhar, 2011) Pengaruh ajaran dan fahaman
ini telah menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang
perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.
Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah
universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman
Syiah Ja’fariyyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian
Tinggi. Pengikut kumpulan ini telah menterjemah beberapa buah buku
fahaman Syiah ke dalam Bahasa Melayu (Mohd Haidhar, 2011).

iv. Syiah Ansar Imam Al Mahdi

Terbaru, kemunculan kumpulan Syiah baharu yang dikenali dengan nama


Ansar Imam Al Mahdi atau Pendokong Al Yamani. Kumpulan ini dinisbahkan
kepada Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s) adalah Mahdi pertama iaitu
wasi dan utusan Imam Al mahdi Muhammad bin Al Hassan (a.s) yang
dijanjikan dan disebutkan di dalam wasiat Rasulullah SAW di malam sebelum
kewafatan baginda. Kumpulan ini bukan sahaja sesat menurut Aqidah Ahli
Sunnah wal Jamaah bahkan turut dihukum sesat oleh golongan Syiah
Imamiah sendiri( Hafiz Abd Basir 2016).

Ahli kumpulan ini telah bergerak agak aktif dan telah berjaya merekrut
ahli mencecah 80 orang dan kebanyakan aktiviti mereka diadakan di Melaka.
Pada 19 November 2016 kumpulan ini telah diserbu oleh pihak cawangan
khas Bukit Aman dan penguatkuasa JAIM tatkala mereka sedang
mengadakan majlis Arbain.( Sinar Harian, 20 Nov 2016). Kumpulan ini
mempercayai bahawa sementara menunggu kemunculan Imam Al Mahdi
yang dinanti-nanti akan lahir 12 wasi al Mahdi dari keturunannya yang akan
menyediakan pengkalan bagi kemunculannya. Wasi Imam Al Mahdi yang
pertama telah pun lahir iaitu Syed Ahmad bin Al Hasan al Yamani.( As Syed
Ahmad al Hassan 2012)

52
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

Ketua Dan Markaz Utama Di Selangor

Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Assayariyyah (Imam Dua Belas).


i. Diketuai Oleh : Mohd Kamilzuhairi Bin Abdul Aziz
a. Hauzah Al-Ridha, Sg 2/16, Sri Gombak, Selangor. (Pusat Utama
Di Malaysia)
b. Husainiyah Al-Hujjat, No.14-1a, Jalan Up 1/2, Ukay Perdana,
Ampang, Selangor.
c. Hauzah Ummu Abiha di Jalan Yadi, Klang ( lokasi tidak dapat
dikenal pasti)

ii. Pertubuhan Yang Dikenal Pasti


a. Majlis A’la Talabah Malaysia.
b. Majma’ Ahlul Bait Sedunia, alamat adalah sama dengan alamat
premis di Taman Sri Gombak.
c. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor memaklumkan
bahawa kedua-dua pertubuhan tersebut adalah tidak berdaftar.
d. Hauzah Al-Ridha dan Husainiyah adalah merupakan tulang
belakang kumpulan ini dalam mengerakkan agenda atau aktiviti
Jamaah ahlul Bait di Malaysia.

iii. Dana
a. Kewujudan Hauzah-hauzah sebagai sumber ekonomi melalui
aktiviti peniagaan.
b. Sumbangan daripada Negara luar dan orang luar terutama daripada
Negara dan orang Iran.
c. Ahli-ahli Perniagaan dikalangan ahli mereka seperti syarikat travel
haji dan umrah, air minuman kesihatan, kedai-kedai makan dan
sebagainya.

Permasalahan Kajian

Dewasa ini jumlah mereka yang terpengaruh dengan ajaran syiah semakin
meningkat hari demi hari di universiti, beberapa orang pensyarah dikenal pasti
terlibat dalam usaha menyebarkan fahaman Syiah. (Ayob Khan, 2013)

Terdapat golongan akademik yang terpengaruh dengan Syiah terdiri


daripada pensyarah universiti, kolej dan lain-lain di Malaysia. Ini

53
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

memudahkan penyebaran ajaran Syiah dalam masyarakat pelajar di Malaysia.


Melalui majlis-majlis ilmu yang diadakan di universiti atau pusat-pusat
pengajian yang lain, pensyarah dan guru-guru menyebarkan dakwah Syiah di
majlis-majlis tersebut yang turut dihadiri oleh ulamak Syiah. Terdapat juga
pensyarah yang sengaja memberi tugasan dan menugaskan pelajar mengkaji
dan menyelidik tentang Syiah, membuat ringkasan teks-teks ucapan
pemimpin Syiah dan seumpamanya agar mereka dapat mengenali Syiah dan
terpengaruh (Wan Zahidi, 2013).

Di Sekolah-sekolah juga telah kedapatan kes-kes penyebaran ajaran


syiah melalui guru-guru dan para pelajar sehingga pihak Unit Kawalan
Akidah dan Pemikiran Jabatan Pelajaran Negeri Johor mengesahkan bahawa
seorang guru J-Qaf di Ulu Tiram mengaku menjadi pengikut syiah dan telah
mengajar serta menyebarkan fahaman ini kepada anak muridnya. Penyebaran
Syiah di negara ini kini turut dilakukan generasi ketiga pengikut fahaman itu
yang masih kanak-kanak dan remaja. Mereka seperti kader (ahli terlatih) yang
dikesan mula menyebarkan buku mengenai ajaran Syiah di sekolah rendah dan
menengah. Bahkan beberapa buah tadika juga dipercayai mempunyai kaitan
dengan Syiah. (temubual Norfaisal Bin Leman. 2014)

Selain itu, penyebaran syiah juga berlaku melalui penulisan dan


penerbitan bahan bacaan seperti Novel yang berjudul Perempuan Nan
Bercinta yang ditulis oleh Faisal Tehrani dan Sebongkah Batu di Kuala
Berang yang diharamkan JAKIM penulisannya mempromosikan Syiah dan
muta’ah. antara hujahnya adalah mutaah bukan bertujuan seks tetapi
menghalalkan pergaulan antara lelaki dan wanita. Faisal Tehrani dilahirkan
pada 7 Ogos 1974 di Kuala Lumpur. Beliau mendapat Sarjana Muda daripada
Universiti Malaya dalam bidang Siyasah Syar’iah pada tahun 1998. Kemudian
mendapat Sarjana di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2000, seterusnya
Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 dalam
pengkhususan Sastera. Beliau merupakan seorang penulis yang hebat,
memiliki banyak karya dalam bidang sastera, kisah-kisah, sejarah dan politik.
Beliau telah mula menulis sejak berumur 16 tahun. Dr Faisal Tehrani
menerima lebih 29 buah anugerah baik daripada kerajaan mahupun bukan
kerajaan. Antara yang terpenting adalah Anugerah Penulis Terbaik daripada
Majlis Sastera Asia Antarabangsa pada tahun 2005. Pada tahun 2007, beliau
mendapat Anugerah Sastera Emas DBP daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kemudian Tokoh Penulis Muda pada tahun 2009 daripada Kerajaan
Melaka. Beliau telah menulis lebih 50 buah buku cerita, kisah-kisah sastera
dan sejarah. Antara yang popular adalah seperti Tiga Kali Seminggu,
Sebongkah Batu di Kuala Berang, Perempuan Nan Bercinta, Saasatul Ibad,

54
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

Surat-surat Perempuan Johor, Karbala, Perempuan Politikus Melayu dan Ingin


Menjadi Nasrallah (Mohd Aizam, 2013). Antara buku Syiah lain yang juga
sudah diambil tindakan adalah Meniti Titian Kebenaran, Salafi Wahabi oleh
Khair Izzah, Akhirnya Kutemui Kebenaran oleh Muhammad al-Tijani dan
Dialog Sunnah Syiah oleh A. Sharafuddin al Masawi.

Pada 8 April 2014, JAIS mengeluarkan arahan kepada pihak sekolah


untuk menarik balik buku kerja mata pelajaran khat yang dikaitkan dengan
fahaman Syiah daripada murid-murid tahun tiga hingga enam. Pengedarannya
meliputi Sekolah Agama Rendah (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi
(SRAI) dan sebahagian Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Selangor.
Kontroversi tersebut membabitkan penghasilan kulit hadapan buku latihan
berkenaan dengan paparan ayat berbahasa Arab yang membawa maksud
‘Setiap hari adalah hari Asyura dan setiap tanah adalah tanah karbala’. Ia
dikatakan berunsur fahaman Syiah. (Selangor Kini, 2014)

Ajaran gerakan Syiah ini juga didapati berkembang melalui pelajar


Malaysia yang belajar di Iran dan mendapat biasiswa khas dari kerajaan Iran
sebagaimana terdapat juga pelajar di hantar ke Pakistan untuk mempelajari
akidah dan ajaran Syiah. Penghantaran pelajar ini bermula semenjak 20 tahun
dahulu lagi. Pada tahun 1984 seramai enam orang pelajar dari Sekolah Agama
Darul al-Falah telah dihantar menyambung pelajaran di Universiti Qum di
Iran. Selepas itu dihantar pula seramai 10 orang pelajar lelaki dan perempuan
daripada sekolah yang sama dan Sekolah Agama Darul al-‘Atiq di Johor
Bahru ke Pakistan bagi mempelajari Bahasa Parsi dan ajaran Syiah di
sana. Mereka ini apabila pulang akan menjadi pendakyah Syiah dan akan
mengembangkan fahaman Syiah di Malaysia (Tuan Che Mat bin Che Min,
1993).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenal pasti kira-kira


1500 pengamal fahaman Syiah di seluruh Semenanjung Malaysia antaranya
Selangor, Perak dan Johor (Utusan, 16 Disember 2013). Ajaran Syiah mula
aktif menyebarkan fahaman mereka di Malaysia termasuk Selangor selepas
kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Berdasarkan kajian dan siasatan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan PDRM, Syiah di Negeri Selangor
telah bergerak cergas di Institusi-institusi Pengajian Tinggi dan di kalangan
orang awam (Mohd Haidhar, 2011).

Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), penyebaran fahaman


Syiah di Malaysia datang melalui beberapa cara, antaranya seperti lawatan
pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang disusuli dengan kempen dan

55
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

penerangan fahaman mereka, kunjungan delegasi dan NGO Malaysia ke


Republik Iran, melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar di
Republik Iran, dan melalui pegawai-pegawai kedutaan Iran di Malaysia yang
membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia. (Warta
Kerajaan Negeri Selangor, 2013).

Kedatangan Syiah ke Selangor secara umum melalui beberapa cara.


Antaranya Revolusi Iran yang juga dikenali sebagai ‘Revolusi Islam’ bermula
pada pertengahan 1977 hingga tahun 1979 menyaksikan kejatuhan kerajaan
Shah Mohamad Reza Pahlavi digantikan dengan Ayatollah Khomeini. Episod
baru politik di Iran iaitu transisi dari sistem Monarki kepada sistem Republik
Islam, dan dalam masa yang sama merupakan kebangkitan fahaman Syiah ke
seluruh dunia. (Mohd Haidhar, 2011)

Sifat Keterbukaan fikiran hasil dari tercetusnya revolusi Iran, umat


Islam mula membuka mata untuk lebih mengenali Iran dan ajaran Syiah. Di
Malaysia, telah wujud golongan yang mula berjinak-jinak untuk mengkaji
ajaran Syiah dengan lebih mendalam. Dari sudut gerakan Islam pula, terdapat
wakil-wakil dari gerakan-gerakan Islam yang menghadiri persidangan-
persidangan anjuran kerajaan Iran di mana Iran telah mengadakan beberapa
pertemuan dan seminar antarabangsa dengan menjemput tokoh-tokoh Muslim
dari seluruh dunia. Ini bagi menunjukkan kepada mereka bahawa negara
republik itu berjaya menegakkan hukum-hakam Islam dalam negara dan
menjadikan negara Iran sebagai contoh ikutan. (Ashaari Muhammad, 1987).

Ajaran Syiah bertapak di Selangor sejak tahun 1979 lagi. Berasaskan


daripada kajian oleh Polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Syiah
melalui Pusat Pengajian Tinggi. Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah
dikenal pasti menjadi sasaran Syiah iaitu Universiti Malaya, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi
Mara (Warta Kerajaan Negeri Selangor, 2013).

Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM juga didapati


beberapa orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok
kecil untuk berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu yang telah
dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati
menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang.
Kumpulan ini berusaha menubuhkan persatuan untuk mengembangkan
fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan nama "Darul
Husaini" tetapi pendaftaran ditolak pada 19 September 1992 atas nasihat pihak
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAKIM(Mohd Haidhar, 2011).

56
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak Syiah untuk menyebarkan


dakwah mereka dan terbukti kekuatan mereka menyebarkan dakwah sangat
menakjubkan. Bermula dari tahun 1979 sehingga sekarang masih wujud
golongan Syiah ini di sekitar Selangor terutama di disekitar daerah Lembah
Klang dan Gombak. Mereka berjaya mengekalkan ajaran mereka di Selangor
begitu lama sekitar 31tahun.(Mohd Haidhar, 2011)

Ini jelas dengan penahanan Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz selaku
pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Awam Syiah Imamiyyah (Ja’fari) di
gombak pada 21 April 2014 ketika merasmikan program Sambutan Wiladah
Saidatina Fatimah al-Zahrah. Penahanan tersebut dilakukan oleh Pendaftar
Pertubuhan (ROS) dengan kerjasama Polis. Terdapat 100 orang yang
menghadiri majlis tersebut. Ini menunjukkan cara mereka menyebarkan
fahaman dan ajaran Syiah melalui program-program kepada masyarakat
awam secara terbuka.(Berita harian 23 April 2014).

Selain isu perkembangan syiah ini, terdapat isu yang sangat penting
iaitu tahap kefahaman belia Islam di Selangor mengenai fahaman dan amalan
ahli Sunah wa Jemaah. Tahap kefahaman mengenai fahaman dan amalan ahli
sunah wa jemaah yang lemah di kalangan belia turut menjadi faktor
penyumbang dalam perkembangan penganut ajaran Syiah di Selangor.

Pihak berkuasa tempatan seperti Polis, JAKIM dan JAIS telah


mengambil beberapa tindakan antaranya mengharamkan ajaran ini dan
memfatwakan menyeleweng dari akidah yang sebenar. Maka usaha yang telah
dilakukan oleh berbagai pihak untuk menghalang penyebarannya adalah
banyak termasuk juga dari NGO-NGO Islam serta individu-individu yang
bertanggungjawab terhadap masyarakat sama ada menerusi media massa,
blog-blog dan risalah-risalah dan ianya sedikit sebanyak telah berhasil

Objektif Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada perkara berikut ;


1. Mengenal pasti tahap pengetahuan belia Islam mengenai gerakan
Syiah melalui pendidikan di Selangor.
2. Mengenal pasti tindakan Jabatan Agama Islam Selangor untuk
membanteras ajaran Syiah di kalangan Belia Islam di Selangor

57
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

Metodologi Kajian

Kajian ini adalah merupakan satu tinjauan yang berbentuk deskriptif


(kuantitatif dan kualitatif) untuk bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan
belia Islam mengenai bahaya gerakan Syiah melalui pendidikan di Selangor.
Kajian dijalankan belia Islam dan pihak berwajib di jabatan agama Islam
Selangor. Kajian juga dilaksanakan terhadap belia yang beragama Islam di
sembilan buah daerah negeri Selangor.

Instrumen Kajian

Dua jenis instrumen telah dibina dan digunakan oleh penyelidik untuk kajian
ini:

a) Borang soal selidik responden

Satu set borang soal selidik untuk menilai persepsi belia dalam kalangan orang
awam berkaitan kefahaman dan amalan ahlu Sunnah wal Jamaah dan
kefahaman dan amalan Syiah di Selangor. Set soal selidik mengandungi lima
bahagian iaitu bahagian A mengukur aspek demografi seperti jantina, umur,
status perkahwinan, Taraf pendidikan dan pekerjaan responden. Bahagian B
pula mengukur tahap pengetahuan belia berkaitan gerakan Syiah melalui
pendidikan di Selangor. Data-data ini di analisis melalui menggunakan
program SPSS (versi 22.0).

Populasi, Sampel dan Persampelan

Kajian ini melibatkan sampel seramai 2141 orang belia Islam berdasarkan
populasi 2,754,826 orang. Penentuan jumlah sample ini adalah mengikut dua
kaedah sampling yang digunakan iaitu Proses persampelan (Krejcie dan
Morgan 1970) iaitu 100,000 dan ke atas memerlukan hanya seramai 384.
Kajian difokuskan kepada golongan belia Islam kerana golongan belia
merupakan populasi terbesar penduduk berbanding golongan yang lain.

Manakala kaedah persampelan (W.Lawrence Neuman 2005). Iaitu


bagi populasi yang besar iaitu 150,000 dan ke atas penyelidik hanya
memerlukan 1% atau 1500 orang responden bagi mencapai darjah ketepatan
yang tinggi. Pada asasnya pemilihan sampel kajian dilakukan dengan
menggunakan kaedah two-stage randum sampling yang menggabungkan
cluster sampling dan stratified random sampling (Najib 1999, Burn 2000).
Borang soal selidik telah diedarkan kepada 9 daerah merangkumi daerah

58
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

Sabak Bernam,Kuala Selangor,Petaling, Klang, Kuala Langat, Gombak, Hulu


Selangor Hulu Langat dan sepang. Penentuan bilangan responden setiap
daerah adalah mengikut peratusan belia dalam zon yang telah ditetapkan.

Ujian Kebolehpercayaan Instrumen

Skala yang tidak boleh dipercayai adalah hasil daripada item-item yang tidak
boleh dipercayai. Oleh itu, kita perlu menguji kebolehpercayaan setiap item
untuk melihat konsistensi respon seseorang terhadap satu item berbanding
dengan item-item yang lain. Indeks kebolehpercayaan ini boleh diketahui
melalui nilai alfa Cronbach iaitu nilai dalam lingkungan antara 0 hingga 1.
Semakin tinggi nilai alfa Cronbach, semakin tinggi kebolehpercayaan skala.

Sebelum menjalankan penyelidikan sebenar, kesemua instrumen akan


diuji (pilot study) kepada 30 orang belia beragama Islam di kawasan Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur. Untuk tujuan penyelidikan ini, responden dalam
ujian rintis ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel kajian yang
sebenar. Kajian rintis adalah satu usaha untuk meningkat dan memastikan
bahawa instrumen-instrumen yang akan digunakan mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan.

Dapatan data daripada 30 borang soal selidik yang telah diedarkan.


Kesemua data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package for Social Sciences(SPSS 22). Ujian kebolehpercayaan dilakukan
pada setiap pemboleh ubah yang dikaji dengan melihat nilai Crobach’s Alpha.
Daripada hasil ujian yang dijalankan, pemboleh ubah kajian adalah tinggi
melebihi 0.70 iaitu 0.901. Ini menunjukkan kebolehpercayaan terhadap
pemboleh ubah kajian dalam soal selidik yang telah dijalankan

Protokol Temu bual Pihak Badan Berwajib

Satu set protokol temu bual secara individu kepada pihak badan berwajib telah
dilaksanakan untuk mengenalpasti peranan-peranan dan halangan-halangan
mengatasi penyebaran ajaran Syiah di negeri Selangor. Antara individu yang
telah di temu bual ialah :
a. Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor. Temu bual
bersama Ustaz Sahrom bin Maaruf.
b. Bahagian penyelidikan Jabatan Agama Islam. Temu bual bersama En.
Norfaisal Bin Leman
c. Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor. Temubual bersama
Ustaz Khairul Anuar Bin Jairi

59
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

d. Bahagian Dakwah JAKIM. Temubual bersama Ustaz Nik Yusof

Hasil Kajian Dan Perbincangan

Latar Belakang Responden Dikalangan Belia Islam Di Selangor

Jadual 1: Taburan Bilangan Responden Mengikut Daerah


Bilangan
Bil Daerah Responden Peratus
1 Sabak Bernam 46 2.1
2 Kuala Selangor 87 4.1
3 Klang 319 14.9
4 Hulu Selangor 96 4.5
5 Petaling 780 36.4
6 Gombak 387 18.1
7 Kuala Langat 79 3.7
8 Hulu Langat 272 12.7
9 Sepang 75 3.5
Jumlah 2141 100.0

780
800
700
600
500 387
400 319
272
300 Bilangan Responden
200 87 96 79 75
46 Peratus
100 2.1 4.1 14.9 4.5 36.418.1 3.7 12.7 3.5
0

Rajah 1: Taburan Bilangan Responden Mengikut Daerah

Jadual dan rajah menunjukkan bilangan responden di kalangan belia


yang terlibat dalam kajian ini. Bilangan tertinggi responden adalah dari

60
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

daerah Petaling iaitu seramai 780 orang (36.4 peratus). Ini berdasarkan
kepadatan penduduk daerah petaling berbanding dengan penduduk di
lain-lain daerah di negeri Selangor. Manakala bilangan responden
yang terendah ialah dari kawasan daerah Sabak Bernam iaitu seramai
46 orang belia (2.1 peratus) sahaja yang terlibat dalam kajian ini.
Seterusnya bilangan responden di lain-lain daerah adalah daerah
Gombak seramai 387 (18.1 peratus), daerah Klang seramai 319 orang
(14.9 peratus) dan Hulu Langat seramai 272 orang belia (12.7 peratus).
Empat daerah utama di lembah Klang iaitu daerah Petaling, Gombak,
Klang dan Hulu Langat merupakan kawasan tumpuan kajian berkaitan
Syiah. Ini disebabkan kebanyakan aktiviti-aktiviti ajaran Syiah
dilakukan di empat buah daerah ini. Selain itu, daerah lain dikaji
melibatkan seramai 96 orang responden (4.5 peratus) dari daerah Hulu
Selangor, 87 orang (4.1 peratus) dari Kuala Selangor, 79 orang (3.7
peratus) dari Kuala Langat dan daerah Sepang melibatkan seramai 75
orang ( 3.5 peratus).

Jadual 2 : Bilangan Responden Mengikut Jantina


Bilangan
Bil Jantina Responden Peratus
1 Lelaki 1156 54.0
2 Perempuan 985 46.0
Jumlah 2141 100.0

1500 1156
985
1000
LELAKI
500 54 46
PEREMPUAN
0
Bilangan Peratus
Responden

Rajah 2 : Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Jantina

iii. Jumlah pembahagian mengikut jantina menunjukkan bahawa 54


peratus atau 1156 orang responden adalah golongan lelaki, manakala

61
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

46 peratus atau 985 orang dari kalangan responden perempuan. Ini


menunjukkan bilangan responden lelaki lebih ramai berbanding
responden perempuan. Pemilihan responden mengikut jantina adalah
secara rawak.

Jadual 3 : Bilangan Responden Mengikut Umur


Umur Bilangan
Bil Responden Responden Peratus
1 21-25 Tahun 1099 51.3
2 26-30 Tahun 394 18.4
3 31-35 Tahun 263 12.3
4 36-40 Tahun 385 18.0
Jumlah 2141 100.0

1200 1099
1000
800
600
394 Bilangan Responden
400 385
263
200 51.3 Peratus
18.4 12.3
0 18
21-25 26-30
TAHUN TAHUN 31-35 36-40
TAHUN TAHUN

Rajah 3 : Bilangan Responden Mengikut Umur

Jadual 3 pula menunjukkan bilangan umur responden di kalangan belia


dibahagikan mengikut empat kategori. Iaitu umur antara 21 hingga 25
tahun seramai 1099 (51.3 peratus) orang responden. Kategori umur ini
merupakan yang tertinggi berbanding kategori umur yang lain.
Kategori umur terendah ialah 31-35 tahun iaitu seramai 263 orang
responden (12.3 peratus). Manakala kategori yang lain seperti umur
26-30 tahun adalah seramai 394 orang responden (18.4 peratus) dan
umur 36-40 tahun seramai 385 orang responden ( 18 peratus).

62
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

Jadual 4 : Bilangan Responden Mengikut Status Perkahwinan

Status Bilangan
Bil Responden Responden Peratus
1 Bujang 1223 57.1
2 Berkahwin 891 41.6
3 Lain-Lain 27 1.3
Jumlah 2141 100.0

1500 1223

891
1000
Bilangan Responden
Peratus
500
57.1 41.6 27 1.3
0
BUJANG BERKAHWIN LAIN-LAIN

Rajah 4 : Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Status


Perkahwinan

Seterusnya bilangan responden mengikut status perkahwinan


menunjukkan bahawa status bujang merupakan responden yang
tertinggi iaitu seramai 1223 orang bersamaan 57.1 peratus. Ini
disebabkan belia yang ditemui adalah di kalangan umur 21 hingga 30
tahun iaitu seramai 1493 orang. Responden yang mempunyai status
berkahwin pula seramai 891 orang (41.6 peratus). Manakala baki ialah
berstatus lain-lain seramai 27 orang (1.3 peratus) mereka adalah di
kalangan responden yang berstatus duda, janda dan balu.

63
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

Jadual 5 : Bilangan Responden Mengikut Tahap Akademik Tertinggi

Bilangan
Bil Tahap Akademik Responden Peratus
1 SPM/SPMV 573 26.8
2 STAM/STPM 158 7.4
3 Diploma 446 20.8
4 Ijazah Ke Atas 889 41.5
5 Lain-Lain 75 3.5
Jumlah 2141 100.0

1000 889
800 573
600 446
400
158 Bilangan Responden
200 26.8 7.4 20.8 41.5 753.5
Peratus
0

Rajah 5 : Bilangan Responden Mengikut Tahap Akademik Tertinggi

Jadual 5 menunjukkan tahap akademik tertinggi yang dimiliki oleh


responden di kalangan belia. Hasil kajian menunjukkan bahawa
responden yang memiliki ijazah sarjana muda dan ke atas seramai 573
orang (26.8 peratus). Ini menjelaskan belia di kalangan responden
mempunyai tahap pendidikan yang baik. Selain itu, belia yang
mempunyai latar belakang pendidikan tahap diploma adalah seramai
446 ( 20.8 peratus) dan tahap STPM/STAM adalah seramai 158 orang
(7.4 peratus) sahaja. Manakala di peringkat SPM pula seramai 573
orang (26.8 peratus). Peringkat ini merupakan kedua tertinggi selepas
belia yang mempunyai latar belakang pendidikan di peringkat sarjana
muda dan ke atas. Seterusnya bilangan yang terendah ialah seramai 75
orang ( 3.5 peratus) di kalangan belia yang mempunyai latar belakang

64
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

pendidikan di bawah peringkat SPM atau belia yang tidak mengikut


aliran sistem pendidikan kebangsaan.

Jadual 6 : Bilangan Responden Mengikut Status Pekerjaan


Bilangan
Bil Status Pekerjaan Responden Peratus
1 Kakitangan Kerajaan 639 29.8
Kakitangan Bukan
596 27.8
2 Kerajaan
3 Sendiri 375 17.5
4 Lain-Lain 531 24.8
Total 2141 100.0

800 639
596
600 531
400 375
200 29.8 27.8
17.5 Bilangan Responden
0 24.8
Peratus

Rajah 6 : Bilangan Responden Mengikut Status Pekerjaan

Pekerjaan seseorang individu juga mempengaruhi sifat atau


kecenderungan terhadap sesuatu amalan. Ini berdasarkan faktor
keselesaan dan kemampuan melalui jenis tugas serta pendapatan yang
diperoleh. Jadual 6 menunjukkan bahawa bilangan tertinggi responden
daripada kakitangan kerajaan seramai 639 orang (29.8 peratus).
Manakala responden daripada kakitangan bukan kerajaan yang
berkhidmat dengan agensi swasta adalah seramai 596 orang (27.8
peratus). Responden yang bekerja sendiri pula adalah seramai 375
orang (17.5 peratus). Terdapat seramai 531 orang responden (24.8
peratus) yang tidak bekerja. Mereka adalah dari kalangan pelajar, suri
rumah dan penganggur di kalangan belia.

65
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

Kefahaman Belia Islam Mengenai Status Dan Perkembangan Syiah Di


Selangor.

Status ajaran Syiah Selangor adalah diharamkan berdasarkan fatwa yang telah
dikeluarkan pihak mufti dan Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 24 september
1998 sedang telah memperkemas dan memperkasa fatwa yang dikeluarkan
dendan fatwa yang baharu yang disiarkan pada 17 Oktober 2013 oleh Jabatan
Agama Islam Negeri Selangor (JAIS). Namun ajaran ini masih berkembang
di Selangor dalam pendidikan melalui sebaran maklumat berkaitan
kepercayaan dan amalan Syiah melalui media cetak seperti buku-buku dan
majalah, media sosial seperti Facebook, tajaan biasiswa pendidikan, dakwah
daripada pensyarah-pensyarah di universiti awam dan swasta. Selain itu,
pengaruh sejarah revolusi Iran 1979 yang menjadi faktor penghantaran pelajar
Malaysia untuk belajar di Iran.

66
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2015

Jadual 10 : Pengetahuan Responden Berkaitan Status dan Gerakan Syiah Di Selangor

Kekerapan & Peratus(N=2141)


Std.
No Item STS TS SS S SS Mean Deviation
1 Kerajaan Negeri
Selangor 2013 telah
150 61 166 443 1321
mewartakan bahawa 4.27 1.169
(7%) (2.8%) (7.8%) (20.7%) (61.7%)
ajaran Syiah haram di
Selangor.
2 Beberapa buah hauzah
(markaz) telah
707 176 348 482 428
diwujudkan untuk 2.88 1.554
(33%) (8.2%) (16.3%) (22.5%) (20%)
penyebaran dan
aktiviti Syiah.
3 Syiah di Malaysia
menggunakan media
baru (Facebook, You 432 140 375 549 645
3.39 1.477
tube dll) sebagai (20.2%) (6.5%) (17.5%) (25.6%) (30.1%)
saluran penyebaran
kepercayaan mereka.
4 Ajaran Syiah turut
berkembang melalui 417 146 485 540 553
3.30 1.444
buku dan majalah (19.5%) (6.8%) (22.7%) (25.2%) (25.8%)
seperti Meniti Titian

67
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2015

Kebenaran Mazhab
Rasul & Mazhab Ahlul
Bait.
5 Kerajaan Iran turut
menyebarkan ajaran 436 201 559 454 491
3.17 1.418
Syiah melalui tawaran (20.4%) (9.4%) (26.1%) (21.2%) (22.9%)
biasiswa pendidikan.
6 Terdapat beberapa
orang pensyarah
Institut Pengajian 395 157 480 577 532
3.32 1.404
Tinggi yang giat (18.4%) (7.3%) (22.4%) (27%) (24.8%)
menyebarkan ajaran
Syiah.
7 Revolusi Islam Iran
Syiah 1979 menjadi 303 161 596 567 515
3.39 1.310
faktor perkembangan (14.1%) (7.5%) (27.8%) (26.5%) (24.1%)
Syiah di Malaysia.
Jumlah Min Keseluruhan Kefahaman Responden Berkaitan Status dan
3.41 1.082
Perkembangan Syiah

68
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2015

2000 1930

1800 1677
1569 1578 1589
1600 1504

1400
1258
1200 Bil Tidak Setuju
Peratus Tidak setuju
1000 883
Bil Setuju
800 Peratus Setuju
637
572 563 552
600 464

400
211
200 90.2 73.3 73.7 70.2 74.3 78.4
9.8 41.2 58.8 26.7 26.3 29.8 25.7 21.6
0
1 2 3 4 5 6 7

Rajah 10 : Pengetahuan Responden Berkaitan Status dan Gerakan Syiah Di Selangor


69
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2015

Data di atas menunjukkan bahawa min keseluruhan kefahaman belia


mengenai status dan perkembangan ajaran Syiah adalah 3.41 di tahap
Sederhana Tinggi. Ini menjelaskan sebahagian besar belia mengetahui status
dan gerakan ajaran Syiah di Selangor manakala sebahagian yang lain tidak
memahaminya. Min yang tertinggi ialah 4.27 tahap tinggi di mana seramai
1930 orang (90.2 peratus) responden bersetuju dengan kenyataan kerajaan
negeri Selangor pada tahun 2013 telah mewartakan bahawa ajaran Syiah
adalah haram di Selangor. Ini bertepatan dengan Pindaan Sighah fatwa
Fahaman Syiah telah difatwakan pada September 2013 dan telah diwartakan
pada 17 Oktober 2013. Hanya 211 orang (9.8 responden) responden tidak
bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ini menjelaskan kebanyakan belia
mengetahui bahawa status ajaran Syiah adalah haram di Selangor. Min yang
terendah pula ialah 2.88 di tahap sederhana rendah yang menunjukkan bahawa
hanya 1258 orang (58.8 peratus) responden mengetahui beberapa buah hauzah
(markaz) telah diwujudkan untuk penyebaran dan aktiviti Syiah. Ini kerana
kedudukan atau penubuhan hauzah(markaz) tidak diluluskan pendaftarannya
oleh persatuan pertubuhan serta kewujudannya di sesebuah kawasan
dirahsiakan dan hanya penganut ajaran syiah yang boleh hadir. Hauzah
(Markaz) ini digunakan untuk menyampaikan ajaran Syiah kepada penganut
Syiah khususnya di Selangor. Kewujudan hauzah -hauzah ini tidak
ditonjolkan dalam masyarakat untuk mengelakkan dari tindakan pihak
penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor. Hanya 883 orang responden
(41.2 peratus) di kalangan belia tidak mengetahuinya.

Gerakan ajaran Syiah melalui media sosial sebagai media yang baru
sebagai saluran penyebaran kepercayaan Syiah. Ia bersifat bebas dan mudah
diperoleh oleh belia di kalangan pelajar. Kajian menunjukkan 1569 orang
(73.3 peratus) responden mengetahuinya berbanding 572 orang (26.7 peratus)
responden yang tidak mengetahuinya. Penyebaran melalui media merupakan
kaedah yang paling cepat untuk menyampaikan ajaran Syiah kepada belia.

Penyebaran melalui bahan bacaan buku dan majalah juga sangat


mempengaruhi belia. Buku merupakan bahan bacaan asas dalam pendidikan.
pula menunjukkan 1578 orang responden (73.7 peratus) responden
mengetahuinya dan 563 orang (26.3 peratus) responden tidak mengetahuinya.
Antara buku dan majalah yang popular di kalangan penganut Syiah ialah
Meniti Titian Kebenaran Mazhab Rasul dan Mazhab Ahlul Bait, Inilah
Khulafak Ar Rasyidin Rasul oleh Khair Izzah, Dialog Sunnah Syiah. oleh
A.Syarafuddin al-Musawi, Akhirnya Ku Temui Kebenaran oleh Dr
Muhammad al-Tijani, Minhaj kebenaran dan pendedahannya ( Fiqh Lima
Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh Hassan bin Yusuf al-Mutahhar al-

70
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

Hulliy diterjemahkan oleh Dr Lutpi Ibrahim, Mengapa Aku Memilih Ahlul


Bait a.s? oleh Syeikh Mohd Amin al Antaki.Ahlu al- Bait oleh Dr Mahfuz
Mohammad. Selain itu, terdapat buku yang diguna pakai dalam bidang
pendidikan seperti novel Sebongkah Batu di Kuala Berang dan novel berjudul
Perempuan Nan Bercinta oleh Faisal Tehrani yang telah diharamkan oleh
pihak Jakim atas dakwaan mempunyai mesej Syiah. kerana penulisannya
mempromosikan Syiah dan Mutaah. Terdapat juga buku murid-murid tahun
tiga hingga enam yang mengandungi unsur Syiah dalam mata pelajaran Khat
di Sekolah Rendah Agama. Kontroversi tersebut membabitkan penghasilan
kulit hadapan buku latihan berkenaan dengan paparan ayat berbahasa Arab
yang membawa maksud ‘Setiap hari adalah hari Asyura dan setiap tanah
adalah tanah karbala’. Ia dikatakan berunsur fahaman Syiah.

Selain itu, penyebaran ajaran Syiah juga berlaku di universiti-


universiti melalui pensyarah dan tawaran pembiayaan pengajian dari kerajaan
negara Iran. Kajian menunjukkan bahawa 1589 orang (74.3 peratus)
responden bersetuju penyebaran ajaran Syiah melalui pensyarah-pensyarah di
universiti dan 552 orang (25.7 peratus) responden tidak bersetuju dengan
kenyataan tersebut. Ini dapat dilihat melalui melalui majlis-majlis ilmu yang
diadakan di universiti atau pusat-pusat pengajian yang lain, pensyarah dan
guru-guru menyebarkan dakwah Syiah di majlis-majlis tersebut yang turut
dihadiri oleh ulamak Syiah. Terdapat juga pensyarah yang sengaja memberi
assignment dan menugaskan pelajar mengkaji dan menyelidik tentang Syiah,
membuat ringkasan teks-teks ucapan pemimpin Syiah dan seumpamanya agar
mereka dapat mengenali Syiah dan terpengaruh dengannya

Di samping itu, seramai 1504 orang (70.2 peratus) responden


mengetahui bahawa kerajaan negara Iran memberi tajaan biasiswa pengajian
kepada rakyat Malaysia dalam usaha penyebaran ajaran Syiah manakala 637
orang (29.8 peratus) responden tidak mengetahuinya. Para pelajar yang
meneruskan pengajian di Iran mendapat biasiswa khas dari kerajaan Iran
sebagaimana terdapat juga pelajar di hantar ke Pakistan untuk mempelajari
akidah dan ajaran Syiah. Penghantaran pelajar ini bermula semenjak 20 tahun
dahulu lagi. Pada tahun 1984 seramai enam orang pelajar dari Sekolah Agama
Darul al-Falah telah dihantar menyambung pelajaran di Universiti Qum di
Iran. Selepas itu dihantar pula seramai 10 orang pelajar lelaki dan perempuan
daripada sekolah yang sama dan Sekolah Agama Darul al-‘Atiq di Johor
Bahru ke Pakitan bagi mempelajari Bahasa Parsi dan ajaran Syiah di
sana. Mereka ini apabila pulang akan menjadi pendakwah Syiah dan akan
mengembangkan dakyah Syiah di Malaysia.

71
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

Melalui beberapa faktor yang dinyatakan, terdapat satu faktor utama


perkembangan syiah di Malaysia umumnya ialah Revolusi Islam Iran Syiah
1979. Mereka menggunakan nama Islam sebagai pembaharuan dalam gerakan
Islam sedunia. Bahkan penghantaran pelajar-pelajar Malaysia ke Qom, Iran
membawa kesan yang besar dalam gerakan perkembangan ajaran Syiah di
Malaysia dan Selangor. Oleh itu, kajian menunjukkan bahawa 1677 orang
(78.4 peratus) responden mengetahui mengenainya dan seramai 464 orang
(21.6 peratus) responden tidak menyedarinya.

Tindakan Pihak Berwajib Dalam Menangani Gerakan Syiah Melalui


Pendidikan.

Hasil daripada temu bual yang telah dijalankan, Terdapat beberapa tindakan
yang telah dilaksanakan oleh Pihak jabatan agama Islam negeri Selangor
untuk menangani masalah ini. Tindakan-tindakan adalah seperti berikut :
a. Program
i. Seminar Isu-Isu Akidah & Syariah (Penjelasan Fahaman
Syiah) Peringkat Kebangsaan 27hb. April 2011.
ii. Diskusi Ilmiah mengenai penjelasan bahaya Syiah di peringkat
daerah dan IPTA/IPTS.
iii. Program Memperkasa Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Bahaya
Syiah
iv. Melalui khutbah Percanggahan Syiah Dengan Ahli Sunnah
Wal Jamaah dan telah menetapkan tarikh-tarikh bacaan
khutbah mengenai bahaya syiah pada tahun 2014.
v. Muzakarah mengenai perkahwinan syiah dengan sunni di
Malaysia.
vi. Penjelasan mengenai modul akidah Negeri Selangor peringkat
daerah di seluruh negeri Selangor
vii. Simposium Serantau Ahli Sunnah Wal Jamaah 2013
viii. Menjadualkan program-program penjelasan mengenai
penyelewengan Syiah pada tahun 2014

b. Fatwa
Pindaan Sighah fatwa Fahaman Syiah telah difatwakan pada
September 2013 dan telah diwartakan pada 17 Oktober 2013.

c. Serbuan/ Tindakan Undang-undang


JAIS telah membuat beberapa kali serbuan program syiah dipremis
Syiah Imamiyah di Taman Seri Gombak dan Ukay Perdana pada tahun
2010, 2011, 2012 dan 2013. Termasuk premis Syiah Dawoodi Bohra

72
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

di Klang. Tindakan undang –undang di buat atas kesalahan melanggar


fatwa di bawah seksyen 12 (c), Enakmen Jenayah Syariah (Negeri
Selangor) Tahun 1995.

d. Pemulihan
i. JAIS telah mengadakan muzakarah pakar bersama pengikut
syiah Imamiyah pada tahun 2013 untuk mendapatkan
penjelasan dan meminta agar kembali kepada ajaran Islam
sebenar mengikut ahli Sunnah Wal Jamaah.
ii. JAIS juga telah merancang untuk mengadakan program
pengukuhan Akidah pada tahun 2014 khususnya kepada
mereka yang pernah ditangkap oleh JAIS termasuk kumpulan
Syiah.

Rumusan Kajian

Kajian menunjukkan faktor utama penyebaran Syiah di selangor adalah


melalui pendidikan terhadap golonganbelia. Terdapat kemunculan kumpulan
Syiah yang baru iaitu Syiah Ansar Imam Al Mahdi yang berpusat di Klang,
Selangor. Perkembangan kumpulan Syiah di selangor didorong dengan
peranan ahli akademik, penubuhan institusi pendidikan, penulisan dan
penerbitan bahan bacaan dan sumbangan dana yang khusus untuk melatih
kader bagi tujuan penyebaran syiah.

Manakala dari sudut kefahaman belia Islam pula, kajian menunjukkan


tahap pengetahuan mereka mengenai gerakan Syiah melalui pendidikan di
Selangor adalah baik. Kebanyakan mereka mengetahui bahawa terdapat
gerakan Syiah dalam pendidikan melalui media sosial, bahan-bahan bercetak
seperti buku, novel dan majalah yang diminati oleh golongan belia Islam.
Terdapat juga beberapa pensyarah Institut pengajian Tinggi yang berfahaman
Syiah dan tajaan biasiswa kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di Iran.
Ini menunjukkan kesedaran mereka terhadap keberadaan dan ancaman
fahaman syiah melalui gerakan secara kumpulan atau individu.

Manakala tindakan pihak berkuasa khususnya Jabatan Agama Islam


Selangor dalam membanteras ajaran Syiah di Selangor adalah melalui
penganjuran program Seminar Isu-Isu Akidah & Syariah (Penjelasan
Fahaman Syiah) di Peringkat Kebangsaan, Diskusi Ilmiah,
Muzakarah,Penggubalan Fatwa Pengharaman Syiah, Serbuan Pihak Penguasa
Jabatan Agama terhadap program Syiah di primis mereka, penangkapan

73
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

penggerak fahaman syiah serta program pemulihan dengan mengadakan


muzakarah pakar bersama pengikut syiah.

Implikasi dapatan data dari kajian syiah ini membolehkan pihak


jabatan agama Islam negeri Selangor, JAKIM dan negeri-negeri yang lain
serta pihak NGO untuk bekerjasama untuk menghalang gerakan fahaman
Syiah di Malaysia dan mencadangkan untuk pihak kerajaan membuat dasar
khusus melalui pendidikan untuk mengharamkan unsur-unsur syiah dalam
sebarang penulisan dan penerbitan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian
Dalam Negeri.

Rujukan

Ahmad Faidzurrahim. 2013. Darah syiah membongkar pengkhianatan dan


kezaliman syiah. Kuala Lumpur: Darul Taklim.
Allamah Sayyid Muhammad Husayn Tabatabai. 1989. Shi’a. Terj. Sayyid
Husayn Nasr. Iran: Ansariyan Publications.
Al-Nadwah Al-’Alamiah Li Asy-Syabab Al-Islamy. 1989. al-Mausu’ah al-
Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib al-Mu’asirah, Riyad : al-
Mamlakah al-’Arabiyah as-Sa’udiyyah,.
Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, JAIS Himpunan Ajaran, Amalan,
Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat
Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh. Shah Alam :
Jabatan Agama Islam Selangor
Berita harian 23 April 2014
Buletin Selangor Kini 11 April 2014.
Burns, R.B. 2000. Introduction to Research Methods. London : Sage
Publication
Harian Metro. 22 sept 2013
Hafiz Abd Basir.2016. The Preaching Of Twelves Shiah Imami In Malaysia
And The Efforts Of The Sunnis And The Community In Facing The -
Study Of Theology- King saud University.
Hassan Langgulung. 1987. Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Husain Al-Musawi.2008. Kenapa aku meninggalkan syiah?. Terj. Mohd
Firdaus Hat, Abdul Hadi Awang, Mohd Nazrul Abd. Nasir &
Mohamad Rosli Talib. Kedah Al-Muttaqin Media.
Ibnu Umar. 1987. Hukum-hukum Islam terhadap shiah. Kuala Lumpur: Virtue
Publications.

74
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

Ihsan Ilahi Dhahir. 2002. Virus syi’ah sejarah alienisme sekte. Indonesia:
Darul-Falah.
Kamaluddin Nurdin Marjuni. 2013. Agenda politik syiah dendam warisan
dalam mencari pemimpin umat. Selangor: PTS Millennia Sdn.Bhd.
Khairul Anuar Bin Jairi. 2015. Temu bual bersama Pegawai Bahagian
Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor. 15 Januari 2015.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Skudai :
Penerbit UTM
Mohd Fikri Che Hussain. 2013. Ancaman syiah membongkar sandowara
kesesatan. Pahang: Best Seller Publication.
Mohd Haidhar bin Kamarzaman. 2011. Syi’ah di Selangor. Tesis Sarjana
Muda Pengajian Islam, Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Samsuddin Harun & Azmul Fahimi Kamaruzaman. 2011. Kemunculan
budaya syiah di alam melayu: satu kajian awal. Prosiding Nadwah
Ulama Nusantara (NUN IV): Ulama Pemacu Transformasi
Negara,hlm. 305-314.
Mohd Samsuddin Harun, Azmul Fahimi Kamaluddin, Mohd Farid Mat Zain
& Eeman
Muhammad Abbas. 2013. Reaksi kelas menengah melayu di Malaysia
terhadap revolusi Iran 1979: satu tinjauan awal. Prosiding Kolokium
Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam, hlm.356-371.
Muhamad Faisal Ashaari, Mohd Naim Saad, Anuar Puteh & Abu Darda
Mohamad. 2013. Isu-isu seputar di facebook pro-syiah Malaysia.
Prosiding Nadwah Nusantara (NUN) V: Ulama dan Cabaran
Idealisme Semasa, hlm. 400-405.
Muhammad ‘Asri Yusoff. 2006. Syiah rafidah di antara kecuaian ‘ulama’
dan kebingungan ummah. Kelantan: Pustaka Bisyarah.
Muhammad Al-Tijani Al-Samawi.1995. Akhirnya kutemukan kebenaran
kisah
pengembaraan kerohanian dan mencari ilmu. Petaling Jaya:
Kumpulan Pengajian Islam, Universiti Islam Antarabangsa.
Muhammad Thalib. 2013. Syiah menyingkap pemesongan fahaman Islam.
Johor: Bumi Restu Creative Sdn.Bhd.
Musa Al-Musawi. 1998. Dedah fahaman syiah. Terj. Udah Mohsin, Mohd
Zawawi Abdullah & Mudasir Rosdar. Kuala Lumpur: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia.
Nik Yusof bin Nik 2014. Temu bual bersama Bahagian Dakwah JAKIM. 20
Mei 2014.
Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur.
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd

75
JURNAL PENGAJIAN ISLAM
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

Norfaisal Bin Leman. 2014. Temu bual bersama Pegawai Bahagian


Penyelidikan Jabatan Agama Islam. 19 Mei 2014.
Sabaruddin Hussein.2014. Yahudi, syiah dan dajal. Selangor: PTS Islamika
Sdn.Bhd.
Sahrom bin Maaruf . 2014. Temu bual bersama Ketua Bahagian
Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor. 13 April 2014.
Sinar Harian, 20 Nov 2016
Sulaiman Nordin, Mohd Zawawi Abdullah & Mohamad Sabri Haron (pnyt.).
1996. Syiah imamiyah mazhab ke 5?. Bangi: Pusat Pengajian Umum,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sulaiman Nordin, Mohd Zawawi Abdullah & Mohamad Sabri Haron (pnyt.).
2009. Syiah imamiyah mazhab ke 5?. Bangi: Pusat Pengajian Umum,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syed Ahmad al Hassan, 2012. Kitab al Tauhid. Najaf. Ansar Imam al Mahdi.
t.pt
Tuan Che Mat bin Che min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’,
dalam koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413
Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negeri Brunei
Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculan, Bahayanya, Pemulihannya,
Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negeri Brunei Darussalam,
ctk 1, 1994,
Utusan online 16 dis 2013
Wan Zahidi Wan Teh & Syeikh Mahmood Sa’ad Nasih. 2013. Mengenal
hakikat syiah. Kuala Lumpur: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Jabatan Perdana Menteri.
Warta Kerajaan Negeri Selangor. 2013. Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri
Selangor) 2003 Fatwa di bawah Subseksyen 50(1).
Warta Kerajaan Negeri Selangor. 2013. Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) 2003 Fatwa di bawah Subseksyen 47(1).
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM. 2013. Penjelasan Terhadap
Fahaman Syiah. Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

76

Anda mungkin juga menyukai