Anda di halaman 1dari 2

SKRIP PENGACARA

MAJLIS P PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM.


ALUAN Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Yang dihormati,
Encik Muhamad Khairi Bin Aziz ,Guru Besar SK Bakri Batu 2,

Puan Mastura binti Rahmat, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK bakri Batu 2,

Puan Saripah Roziah inti Zakaria, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En Hisham bin Deni, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Seterusnya guru-guru,

Dan yang dikasihi, anak-anak didik SK Bakri Batu 2.

Selamat datang ke Pertandingan Pakaian Beragam SK Bakri Batu 2.

PERTANDINGAN Untuk pengetahuan hadirin, pertandingan pakaian beragam ini merupakan salah satu
PAKAIAN program bulan kebangsaan anjuran Unit Bimbingan dan kaunseling dengan
BERAGAM kerjasama Panitia Sejarah.

Sebelum persembahan dimulakan ,izinkan saya memperkenalkan hakim yang akan


mengadili pertandingan nyanyian ini iaitu

1. Puan Zalila Binti Sahri


2. Puan Rozitah Binti Abd Rahim
3. Puan Hasanita Binti Hassan
4. Puan Rohana Binti Haron
5. Puan Norlizan Binti Mohd Nor

Dari Kedah ke Kuala Perlis,


Singgah bersantai ditepi jeti,
Pakaian beragam memeriahkan majlis,
Semua hadirin terhibur di hati.

Untuk itu, saya mempersilakan peserta pertama dari tahun 1 muallim

Seterusnya dipersilakan peserta dari ( rujuk kertas 2.)

PENYAMPAIAN Begitulah tadi peragaan pakaian beragam sempena bulan kemerdekaan.


HADIAH
Hadirin yang dihormati,

Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah.

Dijemput _____________________ untuk mengiringi ___________________ bagi


menyempurnaakn majlis penyampaian hadiah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas penyempurnaan majlis itu tadi.


NYANYIAN Hadirin sekalian,
LAGU SEKOLAH
Sebelum mengakhiri majlis, kita akan bersama-sama menyanyikan lagu sekolah.
Hadirin dipersilakan berdiri.

ARAHAN BERTENANG MAJLIS AKAN BERMULA


Perhatian kepada semua murid ,anda diminta untuk berada dalam keadaan tenang dan bersedia
kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi.Diharapkan murid-murid yang akan membuat
persembahan sudah bersedia.

Panggil budak
Kelihatan ranggi/ segak /
Gagah perkasa langkah diatur, adik .... dr kelas...
Tampil sopan molek.
Tampil ayu anak dara.Susun langkah santunnya mengenakan baju...

Anda mungkin juga menyukai