Terjemah Kitab Lubabub
Terjemah Kitab Lubabub
Bismillahirrahmanirrahim,
Kitab ini aku terjemahkan kepada rumi untuk memudahkan sahabat para pemabaca
sekeliannya. Bahasanya akan dipermodenkan menurut bahasa melayu sekarang kerana
mungkin ada yang todak faham denga lengguk bahasa melayu jawi. Penterjemahannya
sudah siap cuma mengambil masa untuk menaip semula di sini. Harap dapat bersabar.
Ketahuilah oleh mu wahai Penuntut, bahawasanya maksud makrifat itu seperti yang di
isyaratkan Nabi saw, dengan sabdanya "Barangsiapa mengenal akan dirinya maka
bhwasanya mengenallah ia akan tuhannya". Dan telah berkata segala para arif billah
bhwasanya diri manusia terbahagi kpd 2:
Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan
kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku. (Al Hijr:28)
Diambil biji(benih kejadian adam) dan dijadian insan itu beberapa dinding(dibalut
jasad/daging) kemudian ditiupkan'arsalna' - utuskan) ruh/nyawa ('Ruhna' -Ruh Kami)
(Al Mu'minuun:12-14)
Allah Ta'ala menjadikan daripada sitis mani (nutfah) kemudian menjadi 'darah' (a'laqat)
kemudian menjadi 'daging' (muzfati). Kemudian nutfah, darah dan daging itu digerak-
gerakkan akan dia dan dibalik-balikkan selama 40 hari.
Apabila sempurna 4 bulan 10 hari maka terciptalah yang zahir daripada anggota telunjuk
daripada tangan kanan. Pada hari yang kedua zahirlah kepalanya, pada hari yang ketiga
zahirlah tangannya dan kedua kakinya, hari yang keempat dijadikan Allah Ta'ala 360
tulang, 240 dan 28 segala sendi.Kemudian dijadikan Allah Ta'ala 366 urat yg
sebahagiannya diam dan sebahagiannya gerak. Gerak dan diam itulah jadi berubahlah
perangai kita.
Kemudian maka bergerak-geraklah anak itu dan diambilnya hati ibu (kabadan ummihi)
akan kiblatnya dan sujud ia kepada Allah dengan kurnia tuhannya (Rabb). Berkata
setengah ulamak bermula 'nutfah' itu menjadi 'tubuh' dan 'wadi' itu menjadi 'suara' dan
'madi' itu menjadi 'pendengar' dan 'mani' itu menjadi 'pencium' dan 'ma'nikam' iru
menjadi 'cahaya'. Maka ada pun 'jauhar' itu apabila ada ia di 'alam kabir' (alam besar) itu
namanya 'anfas' (Anfasin) dan apabila ia turun kepada bapa namanya 'nufus' (Nufusin)
dan tatkala keluar (drp bapa) turun ia kedalam rahimibunya namanya 'tanapas' (Tanapas)
dan tatkala zahir drp perut ibunya namanya 'nafas'
(Nafsu).
Sabda nabi saw, "Bermula Nafas itu ( Annafsu) adalah 'jauhar' yang masuk dan keluar
daripada badan. Apabila kurang ilmu padanya dinamakan 'jahil'. Tidak dimuliakan oleh
Allah Ta'ala pada hari kiamat, di dalam kubur dan di titian siratul mustaqim oleh kerana
'anfas' itu tiada masuk dalam tubuhnya dan 'tanapas' tiada keluar dari badannya.
Adalah 'nafas' itu yang masuk dan keluar dari badan. Sabda Nabi saw, "Hidup manusia di
dalam dunia dengan 'nafas' (binnafsi) dan hidup segala manusia diakhirat dgn 'tanapas'
Sabda Nabi saw, "Allah Ta'ala telah menjadikan insan drp 14 perkara iaitu , 4 dari ibu , 4
dari bapa dan 6 dari perbehendaraan Allah Ta'ala "
Diri yang bathin itu ialah 'nyawa' (Ar ruh ). Ketahuilah bahawasanya Ruh itu masuk (dlm
tubuh) di atas 4 wajah.
1. Ruhul Amin.
FirmanNYA, " telah Kami turunkan Ruhul Amin ke atas hati kamu"
2. Ruhul Quddus.
FirmanNYA, " Katakanlah oleh mu ya Muhammad, telah Kami turunkan baginya Ruhul
Quddus drp Tuhan kami dengan sebenar2nya ...... bagi menetapkan hati segala
mukmin."
bersambung ...