Anda di halaman 1dari 1

Adab menasihati pemimpin

1. Berlaku suatu peristiwa, ketika Rasulullah tidak memberikan langsung bahagian harta
kepada sorang sahabat bernama Ju’ail Bin Suraqah Al Dhomiry sedangkan dia adalah salah
seorang muhajirin dan mujahid, bahkan Rasulullah telah memberikan harta kepada sahabat
lain (yang bukan muhajirin: Muhajirin mempunyai satus yang tinggi di kalangan sahabat).
Apabila melihat keadaan ini, Saad Bin Abi Waqqas merasakan ianya satu pengabaian
terhadap Ju’ail dan Saad berniat untuk menegur Rasulullah tentang perkara itu dan
memberikan sokongan agar dia diberikan harta juga. Saad pergi berjumpa Rasulullah secara
diam- diam ( secara sirr, tanpa menghebohkannya) : Kenapa Rasulullah tidak memberi juga
kepada Ju’ail? Dia orang beriman dan muslim yang baik. Imam Ibnu Hajar menyatakan
bahawa memberikan nasihat secara diam- diam lebih utama daripada menghebohkannya.
Bahkan menjadi kewajipan jika menghebohkannya akan membawa kepada keburukan
2. Usamah Bin Zaid pula , ketika dia diminta oleh sekumpulan pengikutnya agar
menyampaikan keluhan mereka terhadap beberapa orang pemimpin yang mereka tidak
senangi, beliau bertanya kepada mereka: Adakah kamu menyangka aku tidak menyampaikan
keluhan kamu? Ketahuilah bahawa aku telah menyampaikannya tetapi secara diam- diam
agar aku tidak terlibat memulakan membuka pintu fitnah
3. Begitu juga dengan Abu Ma’bad Abdullah Bin Ukaim Al Juhany, salah seorang qudama’
tabieen muhdaramain ( hidup di zaman Nabi tetapi tidak bertemu Nabi . Sahabat adalah
orang yang hidup dan sempat bertemu dengan Nabi) yang thiqah ketika dia melahirkan
kesedihannya terhadap pembabitannya dalam peristiwa pembunuhan Saidina Othman Bin
Affan. Beliau telah menzahirkan kritikannya terhadap Othman ( sedangkan kritikan itu tidak
betul) dan kata- katanya itu dieksploitasi oleh musuh – musuh Islam dan akhirnya berlakulah
pembunuhan yang kejam itu. Dia telah mengungkapkan kesedihanya ini dalam satu kelas
tafaqquhnya di Madinah dengan kata- katanya : Aku tidak akan terlibat lagi menumpahkan
darah khalifah selepas Othman. Ia amat mengejutkan murid- muridnya lalu dia membuat
penjelasan: Aku merasakan dengan menyebutkan keburukan Othman ( secara terangan)
telah membantu kea rah kematiannya sedangkan anaknya mengatakan bahawa ayahnya
( Abu Ma’bad) amat mengasihi Othman (Abu Ma’bad memberikan kritikan membina, bukan
berniat jahat dan dengan bahasa yang lunak, bukan berbahasa secara kasar)
4. Untuk kita semua, berhati- hatilah mengungkapkan apa sahaja, lunakkanlah bahasamu,
sampaikan secara diam- diam kerana di kelilingmu ribuan musuh yang bakal menyambar
apa sahaja yang bakal merobek perpaduanmu, keakraban ukhuwahmu dan keutuhan
jamaahmu. Darah yang bakal terpercik nanti adalah darah dakwah ini. Sayangilah semua
Rujukan : Awaieq bab 12

Anda mungkin juga menyukai