Anda di halaman 1dari 41

1.

Latar belakang Pembangunan Ekonomi Malaysia


(5 Markah)

Pembangunan ekonomi di negara kita dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan


Lima Tahun yang dimulakan oleh kerajaan Parti Perikatan sejak sebelum merdeka lagi. Pada
peringkat awal, rancangan tersebut memberikan tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar
bandar. Dasar Ekonomi Baru (DEB) pula diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. DEB dilaksanakan melalui Rancangan
Pembangunan Lima Tahun. Apabila tempoh DEB tamat pada tahun 1990, Dasar Pembangunan
Nasional (DPN) pula diperkenalkan untuk menyambung hasrat DEB sehingga tahun 2000. Dalam
pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun menerusi DEB dan DPN, banyak dasar
pembangunan dan agensi kerajaan diwujudkan secara bersepadu untuk memastikan kerajaan
diwujudkan secara bersepadu untuk memastikan kejayaan pembangunan ekonomi negara.

1. Latar belakang Rancangan Pembangunan Lima Tahun


(5 Markah)

Rancangan Pembangunan Lima Tahun telah dilaksanakan dalam dua tahap iaitu tahap
pertama dan tahap kedua. Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua (1971-1990) juga
dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (RPJP1) dan dilaksanakan dibawah Dasar
Ekonomi Baru. Pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Tahap Pertama mulai 1956-
1970, yang meliputi dari Rancangan Malaya Pertama (1956-1960), Rancangan Malaya Kedua
(1961-1970) dan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

1. Latar belakang Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua


(5 Markah)

Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua (1971-1990) juga dikenali sebagai
Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (RPJP1) dan dilaksanakan dibawah Dasar Ekonomi Baru.
Rancangan Pembangunan Lima Tahun bagi Tahap Kedua pula adalah seperti berikut iaitu
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975),Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980),Rancangan
Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1980-1990)

1 ǀ Muka Surat
2. Rancangan Malaysia Kedua
(10 Markah)

Rancangan Malaysia Kedua bermatlamat untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan


sosial antara kaum, kawasan dan wilayah. Ia juga memberi tumpuan terhadap usaha untuk
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan menambahkan pendapatan dan menyediakan
peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi serta menghapuskan identiti kaum mengikut
fungsi ekonomi. Oleh itu, program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan.

Bagi mencapai matlamat tersebut, beberapa agensi di bawah Kementerian Tanah dan
Kemajuan Wilayah ditubuhkan untuk melaksanakan program pembangunan wilayah. Agensi lain
juga ditubuhkan khususnya untuk membantu golongan petani, menggalakkan perkembangan
perusahaan dan perdagangan serta memajukan bandar.

Agensi-agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua ialah


Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) pada tahun 1971 yang berfungsi untuk menstabilkan
harga padi. Agensi kedua iaitu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada tahun 1971
bagi membangunkan dan memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan.
Agensi ketiga iaitu Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) yang ditubuhkan pada tahun
1971. UDA pula berperanan untuk membangunkan bandar. Agensi seterusnya ialah Pihak
Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang ditubuhkan pada tahun
1973 yang berfungsi untuk membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman
semula getah.

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pada tahun 1973 ditubuhkan untuk membantu
golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi. Selain itu, Petroleum Nasional Berhad
(PETRONAS) pada 1974 ditubuhkan untuk memajukan sektor perindustrian dan perniagaan yang
berkaitan dengan petroleum. Agensi terakhir yang ditubuhkan ialah Perbadanan Kemajuan
Ekonomi Negeri yang berfungsi menggalakkan perindustrian dan perdagangan dengan
menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan kedai.

2 ǀ Muka Surat
3 (i) Rancangan Malaysia ketiga
(10 Markah)

Rancangan Malaysia Ketiga merupakan lanjutan Rancangan Malaysia kedua dan terus
mendokong aspirasi DEB. Matlamat Rancangan Malaysia Ketiga ialah membasmi kemiskinan
dan menyusun semula masyarakat. Program pembangunan pertanian dan perindustrian diteruskan
untuk meningkatkan produktiviti, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup
rakyat.
Pembukaan tanah secara besar-besaran dilaksanakan di bawah program pembangunan
wilayah oleh agensi-agensi seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara ( KEJORA), Lembaga
Kemajuan Terengganu Tengah ( KETENGAH ), Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan ( KESEDAR ). Tumpuan ialah penanaman getah dan
kelapa sawit untuk tujuan eksport. Agensi pembangunaan wilayah diluaskan peranannya dalam
sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baru.

3 (ii) Rancangan Malaysia Keempat

Rancangaan Malaysia Keempat juga seperti Rancangan Malaysia Ketiga yang mendukung
aspirasi DEB. Rancangaan Malaysia Keempat dilancarkan semasa dunia mengalami kelembapan
ekonomi. Rancangan Malaysia Keempat tetap meneruskan program pembangunan ekonomi dalam
Rancangan Malaysia Ketiga.
Rancangan Malaysia Keempat mula menumpukan kepada perkembangan perusahaan
berat yang berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga
pekerja mahir.
Sehubungan dengan itu, Perbadanan Industri Berat Malaysia( HICOM ) telah
ditubuhkan pada 1980 untuk mengenalpasti, memulakan dan mengurus projek industri berat
dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta. Bagi menggiatkan perindustrian dan
menggalakkan pelaburan modal asing, perusahaan baru telah di buka seperti di Skudai (Johor),
Senawang (Negeri Sembilan), Bintulu (Sarawak) serta di Menggatal dan Likas (Sabah). Selain itu,
Zon perdagangan bebas telah diperkenalkan di Bayan Lepas (Pulau Pinang) dan Sungei Way
(Selangor).

3 ǀ Muka Surat
Dua program telah dilancarkan untuk memastikan keberkesanan projek perindustrian iaitu
Kajian Dasar Perindustrian Malaysia untuk mengenalpasti kelemahan dalam struktur
perindustrian negara. Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan
industri dan strategi pelaksanaannya.

Rancangan Malaysia Keempat juga memperkenalkan Dasar Pengswastaan dan Dasar


Pensyarikatan Malaysia. Dasar ini melibatkan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi
negara sekali gus dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung kerajaan.

Permodalan Nasional Berhad ( PNB ) telah ditubuhkan untuk mengimbangi pemilikan


harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dengan bukan bumiputera. Manakala
Amanah Saham Nasional ( ASN ) telah dilancarkan pada tahun 1981 bagi tujuan yang sama.
Dasar Pertanian Negara telah dibentuk pada 1984 untuk memodenkan dan menggiatkan semula
sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan.

4 ǀ Muka Surat
4. Rancangan Malaysia Kelima
(10 Markah)

Matlamat/ tumpuan/ penekanan Rancangan Malaysia Kelima ialah meningkatkan sektor


perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan dalam
sektor swasta.
Selain itu, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan
sektor perindustrian berorientasikan eksport. Pada masa yangsama, kerajaan berusaha
meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta
dengan lebih berkesan.
Pembangunan kawasan luar bandar terus diberi perhatian. Penggunaaan tanah dengan lebih
cekap dititik beratkan supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Industri
desa yang berpotensi seperti kraf tangan digalakkan.
Satu lagi penekanan Rancangan Malaysia Kelima adalah dalam bidang penyelidikan dan
pembangunan. Bidang ini dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga
tempatan untuk meningkatkan produktiviti negara.
Agensi yang ditubuhkan untuk memudahkan Pembangunan kawasan luar Bandar dan
penggunaan tanah yang lebih cekap tersebut, pelbagai kemudahan kredit dan insentif telah
diperluas. Misalnya melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan
Amanah Ikhtiar Malaysia.
Sektor pelancongan menjadi perusahaan penting dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima.
Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan lagi industri pelancongan terutama
dengan pelancaran Tahun Malaysia pada tahun 1990.

5 ǀ Muka Surat
5. Jelaskan matlamat RRJP1/DEB
(15 Markah)

Pembangunan ekonomi di negara kita dilaksanakan melalui rancangan Pembangunan Lima


Tahun yang pada awalnya menumpukan kepada pembangunan luar bandar.Rangka Rancangan
Jangka Panjang 1 (RRJP1 ) adalah Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua (1971 –
1990 ) yang dilaksanakan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB ) . DEB pula diperkenalkan untuk
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum.
Matlamat awal RRJP1 adalah untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara
kaum , kawasan dan wilayah. Tumpuan diberikan terhadap usaha membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum dengan menambahkan pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan bagi
merapatkan jurang ekonomi serta menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.
Program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan.
Beberapa agensi di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah telah ditubuhkan
untuk membantu. Agensi tersebut seperti Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA ), Lembaga
Beras dan Padi Negara (LPN ) serta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi
meningkatkan taraf hidup para nelayan. Rancangan Malaysia Ketiga merupakan lanjutan
Rancangan Malaysia Kedua yang terus mendokong aspirasi DEB. Program pembangunan
pertanian dan penindustrian diteruskan untuk meningkatkan produktiviti, membuka peluang
pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Pembukaan tanah secara besar-besaran dilaksanakan di bawah program pembangunan
wilayah oleh agensi-agensi seperti KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR. Untuk
keperluan eksport, tumpuan diberikan kepada penanaman getah dan kelapa sawit. RRJP1
diteruskan melalui Rancangan Malaysia Keempat bagi terus mendokong aspirasi DEB dengan
tumpuan terarah kepada perusahaan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan
penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga kerja mahir.
Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada akhir tahun 1980
menunjukkan kerajaan komited mempertingkatkan ekonomi dan menguruskan projek industri
berat dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta. Bagi menggiatkan perindustrian
dan menggalakkan pelaburan asing, perusahaan baru telah dibuka seperti di Skudai (Johor), di
Senawang (Negeri Sembilan ) dan Bintulu ( Sarawak ). Di samping itu , zon perdagangan bebas
telah diperkenalkan di Bayan Lepas ( Pulau Pinang) dan di Sungai Way ( Selangor)

6 ǀ Muka Surat
Pelan induk perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan industry dan strategi
pelaksanaannya. Bagi menggalakkan penglibatan pihak sektor swasta, kerajaan memperkenalkan
Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia bagi menjana pembangunan ekonomi
negara
Bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera
dengan kaum-kaum lain, Pemodalan Nasional Berhad (PNB) telah ditubuhkan dan Skim Amanah
Saham Nasional (ASN) telah dilancarkan pada tahun 1981. Selaras dengan itu juga, sektor
pertanian turut diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia keempat ini menerusi Dasar
Pertanian Negara (DPN). Dasar ini yang dibentuk pada tahun 1984 bermatlamat memodenkan
sektor pertanian dengan penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan
Rancangan Malaysia Kelima merupakan rancangan lima tahun ekonomi yang terakhir
utnuk merealisasikan aspirasi DEB yang genap 20 tahun pada tahun 1990.Penekanan utama
Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan
melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan dalam sektor swasta. Selain
itu, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor
perindustrian berorientasikan eksport. Pada masa yang sama kerajaan berusaha meningkatkan
kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih
berkesan.
Pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan perhatian. Penggunaan tanah dengan
lebih cekap dititikberatkan supaya dapat menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Industri desa yang berpotensi seperti kraftangan digalakkan. Untuk kemudahan tersebut, kredit
dan insentif telah diperluas, misalnya melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas
Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.
Sektor pelancongan menjadi perusahaan penting dalam tempoh Rancangan Malaysia
Kelima. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan lagi industri pelancongan
terutama dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990. Satu lagi penekanan
Rancangan Malaysia Kelima adalah dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini
dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk
meningkatkan produktiviti negara.

7 ǀ Muka Surat
6. Bagaimanakah DEB menangani ketidakseimbangan ekonomi negara kita.
(20 Markah)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia untuk
menangani ketidakseimbangan ekonomi negara. Melalui Rancangan Malaysia Kedua, tumpuan
diberikan terhadap usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan menambahkan
pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan. Usaha ini dapat merapatkan jurang ekonomi dan
menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi. Malah program pembangunan luar bandar
diteruskan. Beberapa agensi di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah ditubuhkan
untuk melaksanakan program pembangunan wilayah. Antara agensi yang terlibat ialah Lembaga
Beras dan Padi Negara (LPN) yang berfungsi menstabilkan harga padi.
DEB menerusi Rancangan Malaysia Ketiga berusaha membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat. Program pembangunan pertanian dan perindustrian diteruskan
untuk meningkatkan produktiviti, membuka peluang pekerjaan dan menigkatkan taraf hidup
rakyat. Pembukaan tanah secara besar-besaran dilaksnakan di bawah program pembangunan
wilayah oleh agensi seperti KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR. Tumpuan diberikan
kepada penanaman getah dan kelapa sawit untuk diekspot.
DEB menangani ketidakseimbangan ekonomi melalui Rancangan Malaysia Keempat
dengan memberi tumpuan kepada perkembangn perusahan berat yang berasaskan pelaburan
modal, penggunaan teknologi tinggi dan keperluan tenaga pekerja mahir. HICOM ditubuhkan
pada akhir tahun 1980. Penubuhan HICOM adalah untuk mengenal pasti, memulakan dan
menguruskan projek industri berat. Bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian
antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumiputera. Permodalan Nsional Berhad (PNB) telah
ditubuhkan dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) telah dilancarkan pada tahun 1981.
Rancangan ini juga memberi penekanan kepada Dasar Pertanian Negara yang bermatlamat untuk
memodenkan dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu.
Rancangan Malaysia Kelima merealisasikan aspirasi DEB menangani ketidakseimbangan
ekonomi negara. Penekanan utama untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan
melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan dalam sektor swasta.
Pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan perhatian. Penggunaan tanah dengan lebih
cekap supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Industri desa yang
berpontensi seperti kraftangan digalakkan. Hal ini jelas menunjukkan yang Rancngan

8 ǀ Muka Surat
Pembangunan Lima Tahun dibawah DEB telah menunjukkan kemajuan dan berjaya menangani
ketidakseimbangan ekonomi negara pelbagai aspek.

9 ǀ Muka Surat
7. Dasar Pertanian Negara (DPN)

(10 Markah)

Dasar Pertanian Negara (DPN) telah dilancarkan pada 12 Januari 1984 bertujuan
meningkat sektor pertanian ke tahap maksimum menerusi pengurusan sumber ekonomi negara
yang cekap dan berkesan. DPN juga bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil
disamping memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport.

Beberapa strategi telah dilaksanakan oleh kerajaan antaranya pembukaan tanah baru
dibawah rancangan FELDA, agensi pembangunan wilayah dan kerajaan negeri. Selain itu program
pembangunan in-situ juga diperkenalkan bagi memulihkan kawasan yang produktiviti rendah.
Program yang dilaksanakan dengan menyediakan perkhidmatan sokongan pertanian seperti
pemasaran, pemberian kredit, subsidi dan penyelidikan. Penglibatan sektor swasta dalam projek
penswastaan pertanian dibawah Kementerian Pertanian diperkenalkan.

Dasar Pensyarikatan Malaysia

(10 Markah)

Dasar Pensyarikatan Malaysia pula diperkenalkam pada 23 Fabruari 1983 bertujuan untuk
merangsang penglibatan sektor swasta secara aktif dan berkesan dalam pembangunan negara.
Melalui dasar ini negara dianggap sebagai sebuah syarikat yang dimiliki secara bersama oleh
kerajaan dan swasta. Semua kakitangan kerajaan dan swasta merupakan pemilik saham dan
pekerja yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan syarikat ini, iaitu Malaysia. Bagi
melaksanakannya, sebuah panel perunding antara pihak kerajaan dan swasta telah ditubuhkan.
Pegawai kerajaan akan ditempatkan di syarikat swasta untuk menjalin hubungan dan berkongsi
kepakaran. Sektor swasta perlu memahami dasar kerajaan dan mengutamakan kepentingan
nasional dalam aktiviti ekonomi di samping mendapatkan keuntungan maksimum. Pihak kerajaan
pula akan menyediakan perkhidmatan sokongan untuk memudahkan operasi sektor swasta.

10 ǀ Muka Surat
8. Dasar Penswastaan

(10 Markah)
Dasar penswastaan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad pada bulan Mac 1983. Menerusi dasar ini, kerajaan memindahkan perkhidmatan,
perusahaan, kepentingan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor swasta. Dasar penswastaan
bermatlamat mengurangkan beban kewangan kerajaan. Selain itu, dasar ini bertujuan
meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barangan kerana sektor swasta dianggap
lebih cekap daripada sektor awam. Dasar penswastaan diyakini dapat mempercepatkan
pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal oleh sektor swasta.
Unit perancangan ekonomi (UPE) bertindak sebagai jawatankuasa penswastaan yang
memberikan garis panduan kepada sesebuah kementerian atau jabatan yang ingin menjalankan
penswastaan. Berdasarkan garis panduan yang disediakan, penswastaan boleh dilaksanakan sama
ada secara sepenuhnya atau secara sebahagian. Menerusi Dasar Penswastaan kerajaan dapat
mengurangkan beban kewangan dan mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor lain.

Dasar Hala Tuju Cara Baru

(10 Markah)
Dasar Hala Tuju Cara Baru ialah dasar kerajaan untuk membangunkan kawasan luar
bandar. Jelasnya dasar ini merupakan pendekatan baru kerajaan membangunkan kawasan tersebut.
Matlamat utama dasar ini adalah untuk meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja
desa melalui penglibatan mereka dalam sektor pelaburan.
Dasar ini dilaksanakan melalui tiga strategi. Strategi pertama adalah dengan
mengelompokkan kampung-kampung menjadi petempatan yang lebih besar supaya segala
kemudahan dapat disediakan dengan lebih ekonomik. Strategi kedua, meningkatkan pendapatan
golongan petani dan pekerja desa yang terlibat dengan industri pembuatan barangan. Straregi
ketiga ialah pelaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan
pendapatan penduduk luar bandar

11 ǀ Muka Surat
9. Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran (DPDPN)

(10 Markah)

Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara ( DPDPN) bermatlamat untuk mencapai


kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan walaupun negara menghadapi pelbagai
cabaran.Peningkatan hasil pendapatan negara penting untuk meningkatkan kadar pertumbuhan
ekonomi yang lebih tinggi.
Dasar ini bertujuan memastikan penggunaan sumber negara pada tahap maksimum bagi
mengelak sebarang pembaziran. Selain itu,dasar ini bertujuan agar sektor perindustrian dapat
bersaing pada peringkat antarabangsa.
Di antara strategi pelaksanaan Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN)
ialah memperbaiki sistem pengurusan operasi, struktur organisasi, penggunaan teknologi terkini
serta penerapan nilai dan etika kerja yang murni.

Dasar Kependudukan

(10 Markah)

Dasar Kependudukan dikemukakan oleh Perdana Menteri pada 29 Mac 1984. Matlamat
Dasar Kependudukan ialah untuk mencapai sasaran penduduk 70 juta orang menjelang tahun 2100.
Pertumbuhan penduduk dalam jangka masa yang panjang akan memberi kesan positif
terhadap bekalan tenaga kerja, peningkatan produktiviti dan perluasan pasaran. Jumlah penduduk
yang besar akan menyumbang ke arah kekuatan politik dan keselamatan negara.
Dasar Kependudukan menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan penduduk
dengan kadar pembangunan sosioekonomi negara khususnya yang berkaitan dengan kemudahan
pendidikan, perumahan,kesihatan dan peluang pekerjaan.
Oleh sebab itu,segala dasar pembangunan negara didasarkan kepada unjuran jumlah
penduduk untuk memastikan pertambahan penduduk tidak mendatangkan masalah kepada negara.

12 ǀ Muka Surat
10. Strategi kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
di bawah di bawah Dasar Ekonomi Baru.
(20 markah)
Strategi kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan di bawah Dasar Ekonomi Baru
ialah melaksanakan program pembangunan kawasan luar bandar. Bagi meneruskan program ini,
Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah telah ditubuhkan untuk melaksanakan program
pembangunan wilayah yang melibatkan beberapa agensi seperti Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) yang berfungsi membangunkan dan memodenkan industri perikanan serta
meningkatkan taraf hidup nelayan dengan membina jeti-jeti nelayan untuk mendaratkan hasil
tangkapan. Nelayan boleh menjual terus hasil tangkapan mereka kepada pemborong secara
terbuka. Selain itu, melalui LKIM juga kerajaan memberi bantuan enjin bot sangkut dan pukat
kepada nelayan pantai.
Selain itu, agensi lain terlibat ialah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA) yang berfungsi membantu pekebun kecil getah dari segi
penyelidikan dan penanaman semula getah. Pekebun kecil diberi bantuan subsidi baja dan bantuan
tanaman semula getah dan memberi bantuan belanja bulanan di bawah skim tanaman semula
getah.
Seterusnya, agensi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang berfungsi untuk
membantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi.LPP telah diberi lesen untuk
membeli padi. Hasil dari keuntungan diagihkan kepada ahli melalui pembayaran dividen . Petani
digalakkan menyertai tanaman padi secara berkelompok untuk menghasilkan keluaran yang lebih
tinggi. Bayaran insentif diberikan kepada petani yang berjaya menghasilkan keluaran yang
ditetapkan.
Strategi lain di bawah Dasar Pembangunan Negara ialah memodenkan dan
menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan
perkhidmatan sokongan iaitu program pembangunan in-situ . Antara yang dilaksanakan ialah
memulihkan kawasan berproduktiviti rendah dengan menyediakan perkhidmatan sokongan
pertanian seperti pemasaran,kredit,subsidi dan penyelidikan. Pihak swasta juga turut dilibatkan
dalam aktiviti berasaskan pertanian seperti Sime Darby.
Strategi lain dalam usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan ialah memperkenalkan
Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Usaha ini melibatkan industri desa yang berpotensi seperti

13 ǀ Muka Surat
kraftangan. Untuk kemudahan tersebut, kredit dan insentif telah diperluaskan misalnya melalui
Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk
menjana modal.
Seterusnya strategi kerajaan untuk menyusun semula masyarakat di bawah Dasar
Ekonomi Baru ialah melancarkan Dasar Pertanian Negara dengan matlamat meningkatkan
pendapatan sektor pertanian dan memaksimumkan pendapatan pekebun kecil. Strategi yang
dilaksanakan ialah menggalakkan pembukaan tanah baru di bawah rancangan FELDA dengan
menempatkan golongan miskin ke kawasan tanah rancangan tersebut melalui penanaman getah
dan kelapa sawit.
Agensi lain yang ditubuhkan ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang bertujuan
membantu golongan bumiputera dalam sektor perusahaan dan pendidikan. Pihak MARA
membantu bumiputera dengan menyediakan ruang niaga dengan kadar sewa yang murah. Selain
itu, MARA juga memberi bantuan modal dan pinjaman mudah untuk memulakan perniagaan.
Maktab Rendah Sains Mara juga ditubuhkan untuk memberi tempat kepada anak-anak bumiputera
yang cemerlang dalam pendidikan .
Strategi lain bagi menyusun semula masyarakat ialah pembukaan tanah secara besar-
besaran dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Wilayah oleh agensi-agensi seperti
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
(KETENGAH), Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan
Selatan (KESEDAR). Penduduk luar bandar yang berpendapatan rendah dipindahkan ke
rancangan penempatan semula. Penduduk terlibat dalam penanaman getah dan kelapa sawit di
kawasan baru. Oleh yang demikian, taraf hidup mereka akan dapat ditingkatkan.
Dasar Hala Tuju Cara Baru merupakan dasar kerajaan untuk membangunkan kawasan
luar bandar dengan matlamat untuk meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa
melalui penglibatan dalam sektor pelaburan.Tiga strategi telah digunakan iaitu pertama
mengelompokkan kampung menjadi petempatan yang lebih besar supaya kemudahan dapat
dilengkapkan. Kedua meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa melalui
program usahawan desa melibatkan industri pembuatan barangan. Ketiga ialah melaksanakan
projek pembangunan oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.
Berdasarkan strategi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, usaha untuk membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di bawah Dasar Ekonomi Baru telah berjaya

14 ǀ Muka Surat
mengurangkan kadar kemiskinan dari 49.3% pada 1970 kepada 17.1% pada tahun 1990 manakala
kadar Pendapatan Perkapita telah meningkat dari RM1109 pada tahun 1970 kepada RM6180 pada
1990.

15 ǀ Muka Surat
11. Bincangkan peranan agensi kerajaan di bawah RRJP1
(20 markah)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan pada tahun 1966, berperanan


membangunkan masyarakat luar bandar dengan memberikan pinjaman kepada pengusaha
pertanian kecil, membantu pemasaran hasil pertanian dan menggalakkan penyertaan orang Melayu
dalam sektor pernigaan
Seterusnya, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang ditubuhkan pada
tahun 1956 berperanan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar di samping
meningkatkan hasil pertanian negara melalui pembukaan tanah baru secara besar-besaran untuk
pertanian dengan memindahkan penduduk luar bandar ke petempatan baru dan menjadi petani
moden
Selain itu, Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA), ditubuhkan
pada tahun 1965 berperanan membantu FELDA menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan
luar bandar.
Selanjutnya, Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) ditubuhkan pada tahun 1971,
berperanan menstabilkan harga padi.
Di samping itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ditubuhkan pada tahun
1971, berperanan membangunkan dan memodenkan industri perikanan. Agensi ini juga berusaha
meningkatkan taraf hidup nelayan.
Berikutnya, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) ditubuhkan pada tahun 1971,
berperanan membangunkan kawasan bandar. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA) yang ditubuhkan pada tahun 1973 berusaha membantu pekebun
kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah.
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pula ditubuhkan pada tahun 1973 untuk
membantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi. Petroleum Nasional Berhad
(PETRONAS) ditubuhkan pada tahun 1974 bertujuan untuk memajukan sektor perindustrian dan
perniagaan yang berkaitan dengan petroleum. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri pula
berperanan menggalakkan perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak
perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan kedai.

16 ǀ Muka Surat
Seterusnya, penubuhan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) merupakan satu strategi
pembangunan terancang kerajaan untuk mempercepatkan pembangunan wilayah mundur kea rah
mencapai keseimbangan pembangunan antara wilayah. Pembangunan wilayah terbahagi kepada
dua pendekatan iaitu pembangunan secara pembukaan hutan dan pembangunan ‘in-situ’. Tumpuan
diberikan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport. Peranannya turut
diperluas dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baru.
Seterusnya, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), ditubuhkan pada tahun
1972 mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di wilayah Johor Tenggara
Kerajaan turut menubuhkan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
pada tahun 1973 berperanan menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas
653,075 hektar meliputi pedalaman daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu
Selain itu, Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) yang ditubuhkan pada tahun
1972 berperanan menerajui pembangunan secara bersepadu melalui pembukaan hutan belantara
dengan penekanan mengeksploitasi sumber, penyediaan rangkaian perhubungan dan
pembangunan pusat-pusat pertumbuhan dan bandar-bandar baru yang lengkap dan moden meliputi
Rompin, Pekan, Bera dan Maran seluas 1,002,197 hektar.
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang ditubuhkan pada tahun 1978
yang berperanan mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan Selatan dengan Kelantan
Utara, membasmi kesihatan dan menyusun semula masyarakat
Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan pada tahun 1980 yang
berperanan mengenal pasti, memulakan dan menguruskan projek industri berat dengan cekap
Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang ditubuhkan pada tahun 1978 berperanan
menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat dalam kalangan bumiputera dan member
peluang kepada golongan professional bumiputera yang berkelayakan untuk menyertai pewujudan
dan pengurusan harta
Seterusnya, Bank Pertanian Malaysia (BPM) yang ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah
bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan. Pembiayaan bank dalam setor pertanian
didorong oleh dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
berperanan menyediakan perkhidmatan kewangan yang menyeluruh khusus untuk menyokong dan
memperkasakan sector pertanian negara

17 ǀ Muka Surat
Akhir sekali, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ditubuhkan pada tahun 1987 berperanan
mengurangkan kemiskinan isi rumah dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk
membiayai kegiatan ekonomi, menambah pendapatan serta menyediakan bimbingan dan latihan
berterusan kepada isi rumah miskin dan termiskin.

18 ǀ Muka Surat
12. Buktikan kejayaan RRJP1/DEB

(10 Markah)
DEB telah berjaya membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Hal terbukti apabila
kadar kemiskinan rakyat berjaya diturunkan daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada 17.1% pada
tahun 1990. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara juga berjaya ditingkatkan daripada
RM21,548 juta pada tahun 1970 kepada RM59,155 juta pada tahun 1990. Kesannya taraf hidup
rakyat meningkat tanpa mengira kaum di Malaysia.

Peluang pekerjaan juga bertambah dalam pelbagai sektor ekonomi. Contohnya dalam
sektor pertanian, banyak kawasan pertanian baru telah dibuka melalui pelbagai agensi pertanian.
Antaranya Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu
Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan
Kelantan Selatan (KESEDAR). Kesannya kadar pengangguran dalam negara berjaya dikurangkan
antara kaum.

Selain itu, pendapatan per kapita antara bumiputera dan bukan bumiputera berjaya
ditingkatkan. Contohnya hak milik modal saham kaum bumiputera berjaya ditingkatkan
daripada RM1,109 pada tahun 1970 kepada RM 6,180 pada tahun 1990. Manakala modal saham
bukan bumiputera pula meningkat kepada 46.2% melebihi sasaran 40% yang ditetapkan. Dengan
itu, peningkatan hak milik modal saham kaum bumiputera dan kaum bukan bumiputera berjaya
mengurangkan pemilikan saham orang asing sebanyak 33%. Kesannya identiti kaum mengikut
fungsi ekonomi telah berjaya dihapuskan.

Seterusnya, meningkatkan perusahaan bumiputera tempatan dan membantu


golongan petani kecil. Contohnya penubuhan MARA telah membantu usahawan bumiputera dan
menambah guna tenaga bumiputera dalam pelbagai sektor ekonomi tempatan. Buktinya, jumlah
ekuiti bumiputera telah berjaya ditingkatkan dengan penyediaan asas kepada golongan bumiputera
untuk berniaga dan menjalankan pertanian moden. Kesannya pendapatan negara berjaya

19 ǀ Muka Surat
ditingkatkan melalui penglibatan bumiputera dan bukan bumiputera di dalam pelbagai sektor
ekonomi tempatan.

. Disamping itu, aspek perindustrian juga turut berkembang pesat. Contohnya melalui
penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) yang telah berjaya memacu bidang
perindustrian berat negara seperti dalam bidang besi dan industri. Hal ini telah meningkatkan
ekonomi negara sehingga hari ini melalui kemasukan pelabur asing dengan menyediakan pelbagai
kemudahan prasarana dan infrastruktur. Kesannya telah mewujudkan kawasan perusahaan baru
seperti di Skudai Johor, Senawang Negeri Sembilan, Bintulu Sarawak, Menggatal dan Likas di
Sabah.

Bidang perdagangan antarabangsa dalam negara juga berjaya ditingkatkan. Contohnya


melalui pengenalan Zon perdagangan bebas seperti di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Sungai
Way, Selangor. Hal ini dapat membantu meningkatkan pasaran import eksport negara. Kesannya
pendapatan negara meningkat melalui pertukaran mata wang asing.

20 ǀ Muka Surat
13. DEB berjaya mewujudkan perpaduan dan kemakmuran di negara kita. Buktikan

(10 Markah)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah berjaya mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Ini

dapat dibuktikan apabila DEB telah berjaya merapatkan jurang antara kaum serta wilayah. Kadar

kemiskinan juga telah menurun. Selain itu KDNK atau pendapatan per kapita bumiputera juga

meningkat. Peningkatan hak milik modal saham bumiputerabkepada 20.3% berbanding sasaran

yang ditetapkan 30%. Hak milik modal saham kaum bukan bumiputera meningkat kepada 46.2%

melebihi sasaran 40%. Ini dapat memberikan manfaat kepada semua kaum.

Seterusnya DEB telah mengurangkan hak milik modal saham orang asing kepada 33.5%.

Pembangunan yang pesat dalam sektor pertanian dan industry negara. Penempatan mengikut kaum

juga berjaya dikurangkan apabila penubuhan bandar baru oleh Lembaga pembangunan bandar

(UDA). Masyarakat Melayu mula tinggal di bandar-bandar. Kemudahan prasarana masyarakat

luar bandar seperti kemudahan air, elektrik dan sekolah dibina. Kegiatan ekonomi mengikut kaum

juga dikurangkan apabila peluang pekerjaan dalam sektor industri dibuka kepada semua kaum.

Seterusnya,peningkatan ekonomi negara dan kejayaan DEB terbukti apabila didapati

inflasi berjaya dikekalkan pada kadar 4.6% dan keseluruhan kadar kemiskinan menurun daripada

42,4% pada tahun 1976 kepada 17.1% pada tahun 1990. Kadar kemiskinan luar bandar, terutama

menunjukkan penurunan daripada 1976 kepada 21.8% pada tahun 1990. Dapat dikaitkan di sini

dengan penurunan kadar kemiskinan maka telah terbukti bahawa rakyat semakin maju dan negara

makin kaya dan makmur. Kemakmuran negara juga dapat dicapai.

21 ǀ Muka Surat
Penglibatan bumiputera dalam perniagaan meningkat melalui pembukaan agensi seperti

MARA, PERNAS, dan Bank Bumiputera. Jurang kemiskinan luar bandar dan bandar dirapatkan

melalui pelbagai program pembangunan pertanian luar bandar oleh agensi seperti FELDA,

FELCRA dan FAMA. Kewujudan agensi-agensi dapat meningkatkan ekonomi penduduk luar

bandar seterusnya dapat mewujudkan kemakmuran negara.

Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi

perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara

kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.

Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi

mencapai kemajuan negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan

tugas dan tanggungjawab masing-masing.

22 ǀ Muka Surat
14. Bagaimanakah pembangunan ekonomi dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan
rakyat?
(10 Markah)

Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan bagi pembangunan ekonomi


masyarakat luar bandar. Antara peranan RIDA adalah untuk memberi pinjaman kepada
pengusaha kecil dan mengalakkan penyertaan Melayu dalam bidang perniagaan. Seterusnya
RIDA turut membantu para petani memasarkan hasil pertanian mereka. Maka, jelaslah bahawa
RIDA telah memainkan peranan penting terhadap kejayaan petani meningkatkan hasil pertanian
mereka walaupun terpisah daripada arus kemodenan bandar.
Selain itu, pembangunan ekonomi turut dijana melalui penubuhan Federal Land
Development Aythority (FELDA). Melalui FELDA, kawasan tanah baharu dibuka secara besar-
besaran dan kemudahan asas yang lengkap telah disediakan di kawasan tersebut. Oleh itu, taraf
hidup masyarakat luar bandar dapat ditingkatkan. Maka, kehidupan masyarakat lebih sempurna
dapat dibentuk kerana jurang sosioekonomi antara masyarakat luar bandar dengan bandar dapat
dikurangkan.
Pembangunan ekonomi turut memberi tumpuan kepada penyertaan bumiputera dalam
sektor perusahaan dan perdagangan. Oleh itu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditubuhkan
dengan menggariskan beberapa strategi. Antaranya ialah membantu usahawan bumiputera,
menambah guna tenaga bumiputera dan meningkatkan ekuiti bumiputera. Hal ini telah membuka
peluang kepada kaum bumiputera untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka selari dengan
kepesatan ekonomi negara.
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) juga adalah agenda penting dalam pembangunan
ekonomi negara. Selari dengan itu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) telah
ditubuhkan bertujuan menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi
meningkatkan hasil keluaran pertanian kecuali getah. Oleh itu, petani akan sentiasa tersedia
dengan kualiti biji benih yang baik serta penggunaan jentera moden yang lebih efisien. Hal ini
pasti akan memberikan pulangan hasil yang lebih menguntungkan.
Kesimpulannya, pembangunan ekonomi yang telah dilakukan dengan sangat terancang dan
sistematik telah membawa kesejahteraan kepada masyarakat keseluruhannya. Hal ini dapat
meningkatkan imej negara Malaysia di mata dunia.

23 ǀ Muka Surat
15. Jelaskan manfaat yang diperoleh rakyat hasil Rancangan Pembangunan Ekonomi
Lima Tahun.
(10 Markah)

Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun berjaya merapatkan jurang ekonomi


antara kaum melalui perancangan program luar bandar yang dijalankan oleh agensi kerajaan
seperti Lembaga Beras dan Padi Negara, (LPN), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),
Lembaga Pembangunan Bandar (UDA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Agensi-agensi
ini telah memberi bantuan dari segi teknikal dan khidmat nasihat kepada para petani. Dengan ini
berjaya membantu golongan petani dan nelayan dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Selain itu, Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun telah berjaya mencapai
matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat tanpa mengira
kaum. Sebagai contohnya, pengenalan DEB berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada
49.3% pada tahun 1970 kepada 17.1% pada tahun 1990. Seterusnya dengan menyusun semula
masyarakat, identiti kaum mengikut fungsi ekonomi dapat dihapuskan.
Seterusnya Rancangan Pembangunan Lima Tahun dilaksanakan telah menambah-baik
kemudahan prasarana dan insfrastruktur di setiap kawasan terutamanya kawasan luar bandar.
Sebagai contohnya, pembinaan klinik kesihatan, sekolah aliran kebangsaan, sistem pengangkutan
dan sistem perhubungan. Dengan ini, jurang sosio-ekonomi antara kawasan luar bandar dengan
bandar dapat dikurangkan. Hal ini akan menjamin peningkatan kualiti hidup penduduk secara
menyeluruh.
Kesimpulannya, kelangsungan ekonomi negara akibat Rancangan Pembangunan Ekonomi
telah membawa kepada kemakmuran hidup rakyat. Secara tidak langsung hal ini memberi satu
imej yang baik kepada negara Malaysia pada pandangan negara luar.

24 ǀ Muka Surat
16. Cabaran / halangan untuk memajukan ekonomi negara kita.
(10 Markah)

Cabaran untuk memajukan ekonomi negara kita ialah kurang tenaga kerja mahir dan
kepakaran. Negara terpaksa menggunakan tenaga kerja mahir dan kepakaran dalam bidang
ekonomi daripada negara luar untuk memenuhi keperluan di negara kita. Contohnya, kita terpaksa
membawa masuk tenaga kerja mahir dan tenaga pakar dari luar negara seperti Jepun, China,
Amerika Syarikat, India dan negara maju yang lain. Kesannya, akan berlakunya pengaliran mata
wang ke luar negara.

Selain itu, cabaran yang kedua ialah sistem ekonomi monopoli. Hal ini menyebabkan
negara kita terpaksa bergantung kepada negara luar bagi memasarkan keluaran negara. Contohnya
industri berat di negara kita seperti syarikat PROTON yang dikuasai oleh syarikat daripada negara
China. Kesannya, ekonomi negara kita tidak dapat berkembang pesat.

Cabaran seterusnya ialah persaingan dalam menarik pelabur asing. Hal ini kerana,
ramai pelabur asing lebih berminat untuk melabur di negara lain seperti Kemboja dan Indonesia.
Ini disebabkan oleh, kadar upah gaji tenaga buruh di negara tersebut lebih murah berbanding di
negara kita. Kesannya, ekonomi negara kita tidak mampu bersaing dengan negara-negara maju
yang lain.

Cabaran yang keempat ialah, kemahiran teknologi negara yang belum setanding
dengan negara maju lain. Negara kita kekurangan tenaga pakar dalam bidang sains dan
teknologi. Contohnya pembangunan dalam bidang teknologi pertanian seperti jentera, penghasilan
benih berkualiti serta pengeluaran produk pertanian bermutu tinggi. Kesannya, produktiviti negara
dalam bidang pertanian masih rendah dan tidak mampu bersaing dengan negara pengeluar
pertanian utama yang lain contohnya Thailand.

Cabaran seterusnya, jurang ekonomi yang besar antara bandar dan luar bandar.
Berlaku ketidakseimbangan pengeluaran ekonomi antara bandar yang lebih berfokus kepada
industri komersial manakala di luar bandar lebih tertumpu kepada industri kecil dan sederhana.
Oleh itu, kesannya ekonomi di bandar lebih berkembang pesat berbanding di kawasan luar bandar.

25 ǀ Muka Surat
Selain itu, cabaran keenam ialah negara kekurangan dana dan modal terutama dalam
Pembangunan dan Penyelidikan (R&D). Peruntukan dana bagi R&D adalah terhad dan
memerlukan suntikan modal yang besar dari kerajaan bagi memajukan ekonomi negara. Justeru
itu, negara perlu mendapatkan pinjaman daripada negara luar untuk R&D dengan syarat-syarat
pinjaman yang ketat. Kesannya, negara terpaksa menanggung hutang dan beban kewangan
bertambah.

Cabaran yang terakhir dalam memajukan ekonomi negara ialah modal insan yang tidak
berdaya saing dan memilih kerja. Produktiviti dan kualiti tenaga kerja mahir dan separuh mahir
tidak berdaya saing dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Tenaga kerja di negara
kita kurang komunikasi dan pertukaran teknologi dengan negara maju lain. Selain itu, golongan
belia terutamanya yang memilih kerjaya yang memberikan pulangan pendapatan yang lumayan.
Kesannya, kadar pengangguran tinggi dalam kalangan belia dan produktiviti negara tidak
berkembang maju.

Konklusinya, cabaran untuk memajukan ekonomi negara kita disebabkan oleh pelbagai
faktor sama ada dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Cabaran-cabaran ini boleh ditangani
dengan kerjasama pihak kerajaan, pihak swasta dan pelbagai agensi ekonomi. Sekiranya cabaran
ini diatasi, ekonomi negara akan berkembang pesat dan mampu bersaing di peringkat global
setanding dengan negara maju yang lain.

26 ǀ Muka Surat
17. Cara mengatasi cabaran memajukan ekonomi negara kita.

(10 Markah)

Antara cara mengatasi cabaran untuk memajukan ekonomi negara kita ialah
merevolusikan sistem pendidikan negara kita, iaitu meningkatkan jumlah sekolah menengah
bagi memperkasakan mata pelajaran aliran kemahiran (MPAK) dan menambahkan aliran
kemahiran teknik dan vokasional (TVET) di sekolah aliran teknik dan vokasional . Ia dapat
menampung kekurangan tenaga kerja mahir dan kepakaran rakyat dalam negara. Oleh yang
demikian , negara dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja mahir dan kepakaran dalam
bidang ekonomi daripada negara luar seperti Jepun, China, Amerika Syarikat, India dan negara
maju yang lain untuk memenuhi keperluan dalam negara. Justeru, pengaliran mata wang ke luar
negara dapat dikurangkan.
Selain itu, cara mengatasi cabaran seterusnya ialah mengurangkan sistem ekonomi
monopoli. Hal ini menyebabkan negara kita terpaksa bergantung kepada negara luar bagi
memasarkan keluaran negara. Maka, untuk mengelakkan industri berat di negara kita seperti
Syarikat PROTON yang dikuasai oleh syarikat daripada negara China kerajaan haruslah menjalin
hubungan perdagangan, ekonomi dan diplomatik dengan negara-negara maju lain seperti Jepun,
Korea Selatan , Amerika Syarikat dan lain-lain negara. Ringkasnya, negara dapat mengelakkan
sistem ekonomi monopoli negara China. Malahan kerjasama ekonomi serantau (ASEAN)
haruslah ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Selain itu, kerajaan mestilah menggalakkan rakyat Malaysia sendiri untuk bekerja
dalam sektor-sektor yang banyak didominasi oleh buruh asing seperti sektor perkilangan,
pembinaan dan perusahaan. Antara insentif yang boleh ditawarkan untuk menarik minat rakyat
Malaysia bekerja di sektor tersebut ialah pemberian gaji minimum yang tinggi, kadar upah yang
lumayan, rawatan kesihatan percuma kepada pekerja dan kemudahan cuti tahunan.
Kerajaan juga perlu mengadakan program Pembangunan dan Penyelidikan (R&D)
untuk meningkatkan produktiviti negara dalam bidang pertanian serta dapat bersaing dengan
negara pengeluar pertanian utama yang lain seperti Thailand.
Di samping itu, cara untuk mengatasi ketidakseimbangan pengeluaran ekonomi antara
bandar dan luar bandar ialah industri komersial haruslah diperluaskan di semua kawasan. Kesan
ekonomi akan lebih berkembang dan menyeluruh.

27 ǀ Muka Surat
Tenaga kerja di negara kita perlu diberi galakan agar lebih berkomunikasi dan aktif dalam
pertukaran teknologi dengan negara maju lain. Golongan belia pula haruslah memilih kerjaya
yang memberikan pulangan pendapatan yang lumayan.
Konklusinya, cara mengatasi cabaran-cabaran boleh ditangani dengan kerjasama pihak
kerajaan, pihak swasta dan pelbagai agensi ekonomi. maka ekonomi negara akan berkembang
pesat dan mampu bersaing di peringkat global setanding dengan negara maju yang lain.

28 ǀ Muka Surat
18. Bagaimanakah perpaduan rakyat dapat memajukan ekonomi negara?
(10 Markah)

Di kebanyakkan negara, persengketaan antara kaum lebih-lebih lagi berkenaan isu agama
telah membawa peperangan yang berlarutan sekaligus membantut pembangunan ekonomi, sosial
dan juga politik negara berkenaan. Justru itu, perpaduan penting untuk menjamin keamanan negara
dan meningkatkan ekonomi negara.
Perpaduan kaum membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Keadaan ini
membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancar untuk
meningkatkan taraf hidup rakyat.
Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor
pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong
asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan
kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan
meningkatkan taraf ekonomi rakyat.
Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di
Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan
damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan
akan meningkatkan pendapatan negara.
Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Ramai
pelancong luar negara berkunjung ke Malaysia kerana tertarik dengan budaya masyarakat
berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. Banyak keunikan cara hidup masyarakat pelbagai kaum
dapat ditonjolkan seperti kepelbagaian makanan, pakaian, rumah ibadat, kesenian dan sebagainya
kepada pelancong asing. Keunikan inilah yang menyebabkan pelancong dari Eropah, Timur
Tengah dan Asia Timur datang ke Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat kebudayaan pelbagai
kaum. Sebagai buktinya, pada tahun lalu seramai 25 juta orang pelancong asing datang ke negara
kita hasil daripada usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh mempromosikan keunikan yang
terdapat di Malaysia khususnya kebudayaan pelbagai kaum yang terdapat di sini. Jadi, perpaduan
kaum yang kukuh di negara kita mampu menarik pelancong asing datang ke sini dan meningkatkan
ekonomi.

29 ǀ Muka Surat
Perpaduan kaum secara tidak langsung mampu mengukuhkan ekonomi negara. Tidak
dapat dinafikan bahawa antara sebab utama pelabur asing berani menanam modal di sesebuah
negara adalah kerana kestabilan politik dan perancangan kerajaan yang mesra pelabur. Hal ini
kerana mereka tidak mahu modal yang dilaburkan di sesebuah negara akan rugi akibat pergolakan
yang berlaku di sesebuah negara. Sudah tentu modal yang dilaburkan itu mampu menjana
pendapatan kepada negara sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Pelabur ini berani menanam modal di sini adalah tidak lain dan tidak bukan kerana kestabilan
politik negara ekoran daripada masyarakat yang hidup bersatu padu tanpa sebarang perbalahan.
Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa perpaduan kaum mampu mengukuhkan ekonomi negara.
Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia juga mampu meningkatkan
imej negara di mata dunia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara pada masa kini sudah
berada di peta masyarakat antarabangsa ekoran daripada usaha kerajaan yang berterusan membina
negara yang disegani di peringkat dunia. Kepimpinan yang ada pada Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamed menjadi perintis untuk meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara
maju yang lain.
Selain kepimpinan negara, Malaysia juga dikenali di pentas antarabangsa adalah kerana
kestabilan masyarakat yang wujud di negara kita. Sebagai buktinya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang ke-9 paling aman di dunia. Hal ini
sangat jelas menunjukkan bahawa pengiktirafan sedemikian adalah kerana masyarakat Malaysia
hidup bersatu padu sehingga mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi yang semakin
meningkat.

30 ǀ Muka Surat
19. Cadangan / langkah/ usaha untuk memantapkan/ memperkukuhkan lagi sistem
ekonomi negara kita.

Langkah-langkah untuk memantapkan lagi sistem ekonomi negara kita ialah meningkatkan
skala ekonomi Malaysia di peringkat global dengan menumpukan kepada pasaran eksport.
Contohnya mengeksport produk halal ke seluruh negara Islam dan menembusi pasaran di Eropah.

Langkah yang seterusnya ialah meningkatkan daya saing produk Malaysia dengan
menghasilkan barangan yang berkualiti, kreatif dan harga yang kompetitif supaya dapat
menembusi pasaran antarabangsa. Contohnya penghasilan barangan elektronik seperti produk
sterika wap berkuasa tinggi.

Selain itu, negara perlu meningkatkan kadar pelaburan asing dengan menarik pelabur dari
pelbagai negara melalui misi –misi perdagangan dan lawatan ketua kerajaan. Di dalam misi ini,
perjanjian boleh diadakan dengan memberi pelbagai insentif kepada pelabur asing. Contohnya
memberi pengecualian cukai perdagangan kepada mereka.

Di samping itu, negara perlu menambah Zon Perdagangan Bebas di negara kita untuk
menarik perdagangan asing dengan menghapuskan kuota eksport terhadap produk-produk yang
dihasilkan. Zon Perdagangan bebas perlu didirikan di kawasan yang berproduktiviti rendah dan
sederhana seperti di Tanjung Malim. Kewujudan Zon ini mampu mengurangkan masalah
kemiskinan dan pengangguran di kalangan rakyat tempatan.

Seterusnya negara perlu meningkatkan perkongsian bestari melalui penyelidikan dan


pembangunan (R & D) dengan mengadakan kerjasama untuk perkongsian kepakaran dan
kemahiran dengan negara luar. Contohnya perkongsian pintar dengan negara Thailand dalam
bidang pertanian.

Langkah yang seterusnya ialah melaksanakan K-ekonomi iaitu ekonomi berlandaskan


pengetahuan merujuk kepada keupayaan seseorang menggunakan imu pengetahuan bagi mencipta
satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan . Bagi menjayakan K-ekonomi ini, sumber yang
paling berharga ialah modal intelek dan pekerja berpengetahuan dan berinovasi sekaligus dapat
menggalakkan penciptaan baharu dalam pelbagai produk. Contohnya menghasilkan biodiesel
daripada minyak sawit.

31 ǀ Muka Surat
Rumusannya, negara Malaysia perlu gigih berusaha melalui pelbagai langkah di atas untuk
memantapkan pertumbuhan ekonomi negara secara bersama untuk kesejahteraan rakyat. Hal ini
supaya konomi negara berada pada tahap yang berprestij tinggi sekaligus dapat membantu
meningkatkan pendapatan negara.

32 ǀ Muka Surat
20. Malaysia telah menjadi kuasa potensi dunia dalam bidang ekonomi. Buktikan

(10 Markah)

Malaysia telah menjadi kuasa potensi dunia dalam bidang ekonomi. Hal ini dapat
dibuktikan kerana Malaysia mempunyai pelabuhan yang sistematik dan canggih yang bertaraf
antarabangsa. Contohnya, Pelabuhan Klang, Pelabuhan Bintulu dan Tanjung Pelepas. Hal ini
dapat menjamin Malaysia menjadi negara di rantau Asia yang mampu bersaing dalam bidang
ekonomi di peringkat antarabangsa standing negara-negara yang lain.

Seterusnya, Malaysia turut menguasai pelbagai bidang ilmu dan kemahiran, Situasi
ini selari dengan aspirasi negara untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020.
Kejayaan ini dapat dilihat melalui perkembangan teknologi komunikasi dan peningkatan industri
hub halal. Oleh itu, Malaysia mampu menjadi kuasa potensi dunia dalam bidang ekonomi seiring
dengan kemajuan ekonomi dunia.

Di samping itu, kemajuan dalam bidang perindustrian turut menjadikan Malaysia


kuasa potensi dunia dalam bidang ekonomi.Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya banyak
sektor perindustrian di kawasan luar bandar seperti kilang kereta Proton Saga, Myvi,Viva dan
kilang-kilang jentera. Keadaan ini dapat menaikkan taraf hidup rakyat dan seterusnya mengatasi
masalah penggangguran serta dapat meningkatkan ekonomi negara.

Selain itu, kemasukan pelabur asing ke Malaysia turut membuktikan Malaysia telah
menjadi kuasa potensi dunia dalam bidang ekonomi. Contohnya, syarikat minyak Shell dan
Caltex yang turut melabur modal di negara kita. Intihannya, kemasukan pelabur asing secara tidak
langsung dapat membantu meningkatkan ekonomi negara standing dengan negara- negara maju
yang lain.

Malaysia turut menjadi pasaran tenaga kerja yang luas dan mampu menampung
keperluan sektor ekonomi di negara ini. Keperluan negara maju memerlukan sumber manusia
yang mencukupi dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber manusia daripada negara
luar. Kini, Malaysia mempunyai penduduk yang ramai lebih kurang 24 juta. Dengan itu, Malaysia

33 ǀ Muka Surat
mampu maju dalam bidang ekonomi kerana pasaran tenaga kerja yang cukup dan mampu bersaing
di peringkat global.

Malaysia juga mengutamakan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam


mengeluarkan sesuatu produk yang bermutu untuk bersaing dan menembusi pasaran dunia.
Misalnya, pertanian berasaskan bioteknologi dan industri petrokimia. Dengan ini, negara dapat
mengeluarkan produk yang bermutu dan dapat meningkatkan hasil pengeluaran negara untuk
dieksport.

Akhir sekali, Malaysia menjadi pengeluar komoditi utama dunia. Misalnya,


pengeluaran petroleum, kelapa sawit, getah dan kopi dapat dieksport ke negara luar. Malaysia
turut menjadikan pertanian sebagai satu industri. Justeru, Malaysia mampu menjadi kuasa potensi
dunia dalam bidang ekonomi.

34 ǀ Muka Surat
21. Apakah yang akan berlaku sekiranya sesebuah masyarakat berbilang kaum tidak
melaksanakan ketidakadilan ekonomi?

(10 Markah)

Sesebuah negara yang mengalami ketidakadilan ekonomi akan membawa kepada


pemusatan ekonomi kepada sesuatu kaum sahaja. Hal ini kerana mereka akan menguasai ekonomi
dan mewujudkan jurang ekonomi yang luas dalam kalangan masyarakat. Contohnya, ekonomi
Malaysia sejak dahulu lagi dikuasai oleh masyarakat Cina manakala orang Melayu masih
ketinggalan.

Ketidakadilan ekonomi juga akan membawa kepada masalah pengangguran sesuatu kaum.
Lebih-lebih lagi kegagalan kaum terbabit untuk bersaing dalam merebut pekerjaan menyebabkan
mereka ketinggalan dalam araus ekonomi. Kesannya, mereka terus terpinggir lalu menyebabkan
kadar kemiskinan semakin meningkat.

Peningkatan kadar kemiskinan membawa masalah baru kepada negara iaitu peningkatan
kes-kes jenayah. Situasi ini berlaku akibat kesempitan hidup yang membuka ruang mereka untuk
terlibat dalam jenayah seperti rompakan dan kecurian.

Di samping itu, ketidakadilan ekonomi membawa kepada perasaan syak wasangka antara
kaum. Akibatnya, ikatan perpaduan sukar dicapai. Kesannya, pergaduhan antara kaum mungkin
berlaku akibat perasaan cemburu seperti peristiwa 13 Mei 1969.

Dalam pada itu, jurang pembangunan bandar dan luar bandar juga akan meningkat. Hal ini
kerana pembangunan yang pesat di kawasan bandar yang biasanya dimonopi oleh sesetengah
kaum akan menyebabkan pembangunan di luar bandar seperti kampung mahupun di kawasan
pedalaman akan menjadi mundur. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan pembangunan luar
bandar akan dipinggirkan.

Selain itu, ketidakadilan ekonomi juga membawa kepada peningkatan hutang isi rumah.
Hal ini kerana kaum yang berpendapatan sederhana dan miskin terpaksa membuat pinjaman untuk
membeli rumah dan kenderaan. Kesannya, jurang kekayaan antara kaum semakin melebar.

35 ǀ Muka Surat
Ketidakadilan ekonomi juga akan berlaku masalah perpaduan. Hal ini kerana prasangka
antara kaum turut memberi kesan dalam sudut sosial. Contohnya, sesuatu kaum yang hebat dalam
ekonomi, pastinya akan berasa ‘superior’ terhadap kaum lain kerana merasakan mereka hebat
dalam ekonomi. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan berlakunya perpecahan kaum sedikit
sebanyak yang akan menggugat perpaduan.

Akhir sekali, Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak akan tercapai jika berlaku ketidakadilan
ekonomi antara kaum. Fungsi DEB sebenarnya adalah untuk membahagikan kekayaan negara
secara sama rata antara semua kaum di Malaysia. Namun begitu, kaum Melayu terutamanya di
luar bandar masih terpinggir kerana dasar DEB dianggap bersifat probandar. Kesannya, penduduk
bandar yang majoritinya berbangsa Cina semakin kaya manakala penduduk luar bandar
terutamanya orang Melayu semakin dihimpit kemiskinan.

36 ǀ Muka Surat
22. Rancang satu pelan pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan masyarakat Malaysia

(10 Markah)

Pelan pembangunan ekonomi yang boleh dilakukan ialah kerajaan perlulah meningkatkan
mutu pendidikan negara bagi memenuhi keperluan guna tenaga yang berkemahiran tinggi.
Hal ini dapat dilakukan dengan memperkasakan Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET). Dalam hal ini, pelbagai institusi latihan, vokasional dan pendidikan perlu
dilaksanakan bagi meningkatkan lagi keupayaan tenaga buruh dalam sesuatu bidang. Misalnya,
menyediakan kursus peningkatan kemahiran teknikal di peringkat asas, pertengahan dan lanjutan.
Dengan cara ini kerajaan dapat mengurangkan kebergantungan tenaga kerja dari negara luar dan
dapat meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Tambahan pula dapat
mengurangkan pengangguran dan dapat mengelakkan masalah sosial seperti jenayah merompak,
membunuh dan sebagainya. Di samping itu perancangan atau pelan ekonomi boleh dilakukan
dengan meminta pihak kerajaan supaya menyediakan tenaga pekerja yang mencukupi.
Antaranya ialah kerajaan perlu mendirikan banyak pusat pendidikan yang dapat mengeluarkan
tenaga pekerja mahir dan separuh mahir.

Seterusnya, usaha kerajaan untuk mempergiatkan usaha menarik lebih ramai pelabur
asing untuk datang melabur di Malaysia. Pelaburan asing adalah salah satu sumber utama bagi
pembangunan negara. Kedudukan Malaysia yang strategik perlu digunakan untuk menarik pelabur
asing yang baru. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah kerajaan boleh memperkenalkan
beberapa insentif kepada pelabur asing untuk menarik minat mereka supaya membuka kilang-
kilang pembuatan di Malaysia. Antara insentif yang boleh diperkenalkan ialah mengurangkan
cukai keuntungan syarikat dan memberikan taraf perintis oleh pihak kerajaan. Oleh hal yang
demikian, dapat menarik ramai pelabur asing melabur di negara kita.

Selain itu, kerajaan perlulah memperbanyak pusat penyelidikan dan pembangunan


(R&D) seperti Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) dan Rubber
Research Institute (RRI) bagi memastikan produk yang dihasilkan oleh negara lebih berkualiti
dan menepati piawaian antarabangsa. Dengan itu, permintaan terhadap keluaran negara akan
meningkat dan seterusnya melonjakkan pendapatan negara.

37 ǀ Muka Surat
Selain itu pelan pembangunan ekonomi lain ialah dengan meningkatkan sektor
pelancongan. Kawasan yang strategik dapat menarik minat pelancong untuk datang ke negara kita
dan boleh mempromosikan negara. Hal ini dapat menggalakkan pelaburan asing di negara kita
sekaligus dapat meningkatkan kemajuan dalam aktiviti ekonomi negara. Kerajaan perlulah menaik
taraf kemudahan di kawasan tarikan pelancong. Tambahan lagi, kerajaan boleh memperbanyak
program bagi menarik pelancong ke negara kita seperti Pesta Makanan Tradisional, Pesta Layang-
layang antarabangsa dan sebagainya. Pelan ini dapat meningkatkan ekonomi negara.

Pelan pembangunan ekonomi yang seterusnya ialah meningkatkan teknologi dalam bidang
pembuatan bagi menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan mampu bersaing di peringkat
antarabangsa. Langkah ini dapat dijalankan dengan cara menaja pelajar untuk belajar di negara-
negara maju seperti Jepun, Korea Selatan, Jerman dan sebagainya. Pendedahan terhadap teknologi
maju yang diperoleh akan dapat diaplikasikan bagi membangunkan industri pembuatan di negara
kita.

Malaysia seharusnya memperluas hub halal bagi meningkatkan ekonomi di negara kita.
Sebagai contoh , industri perbankan Islam, kewangan Islam dan industri makanan halal yang telah
terbukti dapat menarik minat negara luar untuk mendalami, memahami dan seterusnya cuba
melaksanakan sistem tersebut di negara mereka. Malaysia juga merupakan negara perintis kepada
industri makanan halal malah berjaya menarik perhatian negara bukan Islam seperti Korea Selatan
dan China yang begitu berminat terhadap industri tersebut. Hub halal ini sangat bermanfaat untuk
diteruskan di negara kita demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Pelan pembangunan ekonomi yang seterusnya ialah kerajaan perlulah memastikan segala
pembangunan ekonomi tidak menjejaskan alam sekitar sama ada di udara, laut atau di darat.
Tiada gunanya jika negara maju tetapi natijahnya akan terpaksa dihadapi oleh masyarakat.

Kesimpulannya, pelan pembangunan ekonomi di Malaysia hendaklah mengambil kira


transformasi pendidikan tenaga pekerja mahir menerokai bidang pelancongan, R&D, dan usaha
menarik pelabur asing. Dengan ini, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan
tinggi.

38 ǀ Muka Surat
23. Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara.

(10 Markah)

Iktibar yang boleh diperoleh daripada Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara ialah
kita sewajarnya mempunyai sikap kreatif dan rajin berusaha dalam meneroka bidang baharu agar
dapat membantu peningkatan ekonomi negara. Kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang
kepada rakyat bagi meneroka bidang-bidang baharu di samping menyediakan pelbagai bantuan
kewangan dan kursus intensif. Contohnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
telah mewujudkan inovasi ‘Satu Kampung Satu Produk’. Tuntasnya sikap kreatif dan rajin
berusaha mampu menjadikan hasrat kerajaan dalam meningkatkan ekonomi dapat ditunaikan.

Selain itu, kita hendaklah bersatu-padu dan berganding bahu tanpa mengira warna kulit
dan status quo dalam menghadapai saingan ekonomi dunia. Melalui gandingan yang padu dan
mantap kita mendapat banyak kelebihan dan nilai tambah dalam meningkatkan ekonomi. Sebagai
contoh adalah kerjasama negara dengan ASEAN iaitu Malaysia memanfaatkan pulangan ekonomi
melalui kerjasama perindustrian dengan negara Indonesia melalui Projek Perindustrian Baja Urea.
Justeru, sikap bersatu-padu dan berganding bahu dapat menjana hasil yang memberi keuntungan
dalam perancangan ekonomi negara.

Seterusnya kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu yang
bertungkus-lumus merancang pembangunan ekonomi negara. Mereka telah berdepan dengan
pelbagai cabaran ekonomi peringkat global dan antarabangsa bagi mendapatkan hak ekonomi yang
setimpal buat negara kita. Contohnya ialah Tun Abdul Razak yang mengamalkan dasar berbaik-
baik dengan pemimpin di luar negara bagi membolehkan ekonomi negara kukuh sehingga ke luar
negara. Jelaslah bahawa dengan menghargai jasa pemimpin terdahulu, kita akan dapat membentuk
jati diri yang baik dalam membantu perancangan ekonomi negara.

Di samping itu, kepentingan ilmu pengetahuan dan kebolehan menerima perubahan demi
kemajuan negara juga amat penting selain bersikap proaktif terhadap pembangunan ekonomi
negara. Kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara juga menyedarkan kita tentang
pentingnya mengekalkan keamananan demi kesejahteraan rakyat. Kesimpulannya, kita hendaklah

39 ǀ Muka Surat
mengambil iktibar daripada rancangan pembangunan ekonomi negara yang telah dilaksanakan di
negara sejak zaman selepas merdeka lagi.

40 ǀ Muka Surat
24. Buat satu rumusan daripada tajuk di atas

(5 Markah)

Rumusan daripada tajuk di atas ialah, saya memperoleh pengetahuan bahawa kerajaan
telah melaksanakan pelbagai pelan pembangunan ekonomi negara melalui Rancangan
Pembangunan Lima Tahun. Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan telah berusaha untuk
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Melalui DEB ini kita telah mencapai kemajuan yang pesat dalam kehidupan di luar bandar
misalnya wujud kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera. Malahan kerajaan telah
berjaya mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan untuk semua kaum dan masyarakat di negara ini.

Seterusnya, nilai yang saya peroleh ialah ekonomi negara akan menjadi stabil sekiranya rakyat
bersatu-padu dan bekerjasama untuk membangunkan ekonomi negara. Pembangunan ekonomi
memerlukan kerjasama erat semua lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, ras dan
keturunan.

Bukan itu sahaja, rakyat hendaklah bersikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam
membangunkan ekonomi negara. Setiap kaum hendaklah memberi sokongan dan saling membantu
dalam segala aspek ekonomi agar pembangunan ekonomi negara adalah stabil dan seimbang.

Akhir sekali, harapan saya adalah agar pemimpin negara kita perlu terus cekap dan
berwibawa untuk memacu negara kita ke mercu kegemilangan ekonomi. Selain itu, saya berharap
negara kita mempunyai pentadbiran yang telus dan bersistematik untuk mencapai kejayaan yang
lebih bermakna dalam bidang ekonomi.

Selain itu adalah menjadi hasrat agar dasar-dasar pembangunan ekonomi negara dapat
memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi jangka panjang. Sektor awam dan swasta
hendaklah saling bekerjasama dengan baik untuk meningkatkan ekonomi negara.

41 ǀ Muka Surat

Anda mungkin juga menyukai