Anda di halaman 1dari 3

RAWATAN AWAL KECEDERAAN (24 – 48 JAM PERTAMA)

Ditempatkan kejadian atlet atau jurulatih mesti mengenalpasti jenis kecederaan apakah kecederaan ringan atau
melibatkan tulang (patah). Jika tiada patah, langkah awal berikut perlu dilakukan (RICE).

R : REST, bermaksud bahagian yang tercedera perlu direhatkan dari aktiviti. Rehat mempercepatkan sembuh dan
bahagian yang tercedera tidak bertambah buruk.

I : ICE, bermaksud menggunakan kaedah penyejukan terhadap bahagian yang tercedera. Ais, ’cool packs’ atau
’cool-spray’ boleh digunakan. Sejuk mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan bengkak. Ais boleh digunakan
30 minit setiap jam dalam masa 3 hingga 6 jam.

C : COMPRESSION, bermaksud menggunakan pembalut bagi menekan bahagian tercedera. Ianya boleh
mengurangkan bengkak. Pada masa yang sama, ais boleh disertakan bagi kesan yang maksima.

E : ELEVATION, bermaksud menaikkan bahagian yang tercedera tinggi dari paras jantung supaya mengurangkan
bengkak dan kesakitan.

* Tidak boleh menggunakan minyak panas dan urut pada masa 24 jam hingga 48 jam kecederaan kerana
kecederaan akan bertambah teruk.

1.Prolotherapy

RAWATAN PEMULIHAN SAKIT SENDI /ARTHRITIS TANPA MEMAKAN UBAT


PENAHAN SAKIT

Adalah sejenis rawatan untuk masalah sakit sendi yang akut dan kronik.
Rawatan ini amat berbeza dengan rawatan biasa yang hanya mampu memberikan
ubat penahan sakit atau pun suntikan penahan sakit atau steroid. Rawatan
ini mampu merawat kebanyakan masalah sakit sendi dan memberikan kesan
baik puleh yang kekal malah sendi menjadi 40% lebeh kuat dan stabil .
Prolotherapy adalah sebahagian dari ilmu kepakaran Perubatan Orthopaedic
tetapi di Malaysia tidak ramai doctor mengetahuainya. Di Amerika Syarikat
rawatan Prolotherapy ini amat popular dan terdapat kira-kira 3000 doktor
mengamalkannya.

APAKAH PROLOTHERAPY?

Prolotherapy adalah hasil kombinasi dari perkataan ‘Prolo’ dan ‘Therapy’.


‘Therapy’ bermakna rawatan, manakala ‘Prolo’ berasal dari perkataan
“Proliferation” yang bermakna proliferasi (pertumbuhan) sel-sel untuk membentuk
tisu –tisu ligament yang baru. Manusia mempunyai kaedah semula-jadi untuk
proses membaik puleh sebarang kecederaan iaitu dipangggil “inflammatory
process”.

Konsep rawatan prolotherapy adalah dengan memulakan proses inflammasi


setempat melaluai teknik suntikan dikawasan yang mengalami kesakitan akibat
dari ligament yang lemah , kendur ataupun tercedera. Suntikan yang di berikan
adalah mengandungi ‘hypertonic solution’ yang merupakan ‘diagnostic’ dan
‘therapeutic’. Jumlah suntikan boleh berbeza dari satu suntikan ke dua puloh atau
tiga puloh suntikan untuk sekali rawatan, ia nya tergantung kepada penyakit
seseorang.
LIGAMENT

Struktur ini biasanya dilupakan oleh doktor-doktor kita. Ligament adalah bahan yang
menghubungkan ataupun pengikat antara tulang-tulang kita. Kestabilan dan
kekuatan sendi-sendi kita tergantung kepada ligament ini. Ligament berwarna puteh
dan agak liat, ia tidak elastik serta ia tidak mempunyai bekalan darah yang terus dan
ligament hanya mendapat bekalan makanan, oksigen dan lain-lain keperluan
melalui “sequestration” (perahan) hasil dari pergerakan sendi . Kebanyakan sendi-
sendi yand sakit adalah disebabkan masalah kekendoran ligament. Apabila berlaku
kecederaan kepada ligament , ia sukar untuk puleh 100% kerana biasanya doktor
akan merehatkan sendi terlibat dan pastinya memberikan ubat penahan
sakit(NSAID) . Kedua-dua cara ini akan menyebabkan proses baik puleh
(inflammatory process) terencat dan ligament akan berlaku kekenduran. Ligament
yang kendur ini akan menyebabkan sendi tidak stabil dan pesakit mengalami
kesakitan yang berlarutan dan akhirnya menyebabkan “secondary osteoarthritis”.

Rawatan Prolotherapy ini mampu merangsangkan semula proses inflamasi di


ligament yang kendur dan dalam masa 6 minggu ligamaent tersebut akan menjadi
40% lebih tebal dan regang semula untuk mengikat tulang-tulang dengan kuat.
Kesakitan yang kronik itu akan terus hilang.

BOLEHKAH PROLOTHERAPY MEMBANTU ANDA?

Rawatan suntikan prolotherapy didapati berkesan untuk penyakit yang berikut:

Arthritis

Back Pain

Barre-Lieou Syndrome

Capal Turnal Syndrome

Cluster headache

Deep aching

Degenerative Arthritis

Degenerative Disc disease

Neck pain

Fibromyalgia

Kecederaan sukan

Whiplash injury
Partially torn tendons, ligament and cartilage

Herniated discs

TMJ

Sciatica

PROLOTHERAPY ADALAH SATU-SATUNYA CARA MEMBAIK PULIH

SENDI-SENDI ANDA YANG SAKIT TANPA MEMAKAN SEBARANG

UBAT PENAHAN SAKIT.

Pantangnya apabila mengambil rawatan prolotherapy adalah pengambilan ubat-


ubat

penahan sakit atau sebarang steroid.

Anda mungkin juga menyukai