Anda di halaman 1dari 10

1. Susan ialah seorang gadis yang berumur 18 tahun.

Dia menyara hidupnya


dengan cara melayani lelaki-lelaki di suatu tempat hiburan. Ibu bapa Susan
bercerai semasa dia berumur 5 tahun. Selepas itu, dia tinggal bersama
keluraga pak ciknya. Pak ciknya itu berpendapatan rendah serta
mempunyai anak yang ramai. Susan terpaksa berhenti sekolah selepas
Tahun Enam.

Berdasarkan situasi di atas, berikan pendapat anda mengenai tingkah laku


Susan dari segi moral.

Pada pendapat saya, Susan seorang yang simpati sedangkan dia


kekurangan kasih sayang sejak kecil lagi. Tambah lagi pak ciknya yang
mempunyai anak yang ramai itu berpendapatan rendah pastinya kurang
berupaya memberikan Susan suasana pertumbuhan dan perkembangan yang
sempurna.
Berdasarkan kepada situasi di atas, bagi saya Susan seorang yang berbelas
kasihan iaitu faham dan bersimpati terhadap kesusahan dan penderitaan yang
dialami dan dirasai oleh orang lain kerana dia tidak memaksakan pak ciknya
supaya menyumbangnya melanjutkan pelajarannya dengan lebih tinggi. Ini akan
memupuk sifat bertimbang rasa terhadap orang yang kurang bernasib baik, peka
kepada perasaan orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri. Susan juga
bernilai fleksibiliti iaitu keupayaan mengubah pendirian untuk menyesuaikan diri
dengan keadaan baru demi kebaikan, persefahaman dan kerjasama di peringkat
keluarga.
Dia seorang yang bersifat toleransi, iaitu kesanggupan untuk menerima
kelainan orang lain demi untuk mewujudkan suasana yang harmoni. Seorang
yang bertoleransi tidak ada perasaan prasangka, tidak menekan nilai-nilai diri
kepada orang lain. Walaubagaimanapun, caranya menyara hidupnya dengan
melayani leleki-lelaki di tempat hiburan menunjukkannya tidak bernilai
kebersihan fizikal dan mental iaitu tidak mempunyai pemikiran yang sihat dan

1
membina kerana keadaannya yang serba kurang itu sepatutnya menjadi
dorongan yang positif kepadanya contohnya dia boleh bekerja sambil belajar.
Wang yang lebih itu berikan kepada pak ciknya, ini boleh menonjolkannya
bahawa dia seorang yang taat sedia, kesyukuran dan juga sikap berterima kasih.
Jikalau dia berusaha dan bernilai murni jaya diri, selepas tamat pelajaran di
universiti, pasti kehidupannya dapat berubah. Malangnya dia memilih jalan
pendek untuk menyara dirinya atau baginya kerja ini dapat mencari wang yang
lebih banyak untuk membolehkannya hidup mewah. Malah, jalan itu bukan saja
tidak membina mahupun menjejaskan masa depannya.
Pada pendapat saya, pemikiran Susan beraliran intuisionis iaitu melihat,
mentafsir dan bertindak mengikut gerak hatinya tanpa memikirkan akibat, kualiti
atau kesannya. Individu ini cepat membuat keputusan, mudah menerima arahan
dan selalu mengubah pemikirannya.

2. Manisah, seorang murid Tahun Empat menolong emaknya membasuh


pinggan selepas makan tengah hari. Malangnya, sebuah pinggan yang
mahal harganya telah terjatuh dan pecah. Akibatnya, emak Manisah telah
mendenda Manisah dengan mengurangkan wang saku daripada RM1.00
kepada RM0.80 selama tiga minggu.

Apakah pendapat anda megenai kelakuan emak Manisah dari segi moral?
Berikan sebab-sebab anda.

Pada pendapat saya, Manisah seorang yang bernilai murni kerajinan dan
dedikasi iaitu berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam
melakukan sesuatu perkara. Manakala pemikiran emaknya beraliran rasionalis.
Aliran pemikiran ini selalu memikirkan sesuatu dengan waras dan rasional.
Nilai rasional ini bermaksud berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata
dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa dipengaruhi oleh
perasaan. Aspek yang ditekankan oleh rasional ini adalah seperti:

2
 Boleh membuat pertimbangan serta berupaya mengambil kira baik
buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan;
 Boleh membuat penaakulan serta mampu berfikir dan dapat memberi
alasan-alasan yang munasabah; dan
 Berfikiran logik dan terbuka dengan sikap dan pandangan yang boleh
diterima akal dan munasabah.
Emak Manisah tidak marah, teguh atau pukul terus tehadap salahlaku
Manisah tetapi mencari jalan yang lebih berkesan untuk membantu mengubah
sikap kecuaian Manisah dengan potongan wang sakunya sebanyak RM0.20
sehari. Emaknya dalam hal ini bukan sahaja menunjukannya seorang yang
rasional begitu juga dengan hadirnya nilai murni keadilan iaitu pertuturan dan
keputusan yang saksama; tidak berat sebelah dan berpatutan dalam sesuatu
tindakan dan keputusan sama ada dalam memberi ganjaran atau hukuman.
Emak Manisah juga bernilai murni kesederhanaan iaitu sikap yang tidak
keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran dan pertuturan. Pertuturan dan tingkah lakunya tidak melampaui
batas kesopanan dan tidak menyinggung perasaan anaknya.

3. Dalam keadaan bas yang penuh sesak, konduktor bas telah ketinggalan
memungut wang tumbang 50 sen daripada seorang penumpang, Malik.
Semasa hendak turun, penunpang yang bersikap jujur itu menghulurkan
wang kertas seringgit kepada konduktor bas itu. Disebabkan kurang sabar,
pemandu bas naik marah dan berteriak kepada konduktor bas itu supaya
memulangkan wang baki dengan segera. Belum pun sempat konduktor bas
itu memulangkan wang baki 50 sen kepada Malik, pemandu bas itu terus
menjalankan basnya. Oleh sebab kejujurannya Malik telah kerugian 50 sen.

1. Pada pendapat anda, adakah nilai hidup seperti kejujuran penting dalam
keadaan bas yang penuh sesak itu?

3
2. Pentingkah nilai moral seperti kejujuran ditonjolkan sedangkan tambang
bas itu hanya 50 sen sahaja?
3. Sekiranya anda Malik, apakah tindakan anda?
4. Apakah pengajaran yang mungkin diperolehi daripada pengalaman
seperti itu?

1. Pada pendapat saya, nilai hidup kejujuran adalah penting dalam bas
walaupun keadaannya penuh sesak. Semua lapisan masyarakat
haruslah mengamalkan sikap dan perlakuan yang ikhlas tanpa
mengharapkan balsan atau risau tentang keburukan di sebalik
kejujuran itu. Ikhlas, iaitu kesucian hati tanpa mengharapkan balasan
bila mlakukan sesuatu. Jika sifat kejujuran tidak diamalkan pada
keadaan bas yang sesak itu, lama-kelamaan tabiat tidak jujur, sama
ada jujur kepada diri sendiri atau kepada orang lain akan terjadi.
Kesalahan yang besar sering kali terjadi disebabkan kita mengabaikan
perkara-perkara yang kecil seperti ini.
2. Pentingknya nilai moral seperti kejujuran ditonjolkan sedangkan
tambang bas itu hanya 50 sen sahaja. Seperti apa yang dikatakan tadi,
tabiat seseorang ditonjolkan dalam kehidupan harian kita. Walaupun ia
hanya RM0.50, tetapi ia telah menonjolkan tahap kejujuran seseorang
diri. Jika malangnya ia menjadi satu tabiat, jadi terjadilah perangai dan
kelakuan yang tidak jujur pada masa kelak. Kejujuran dengan tambang
bas itu juga menunjukan seseorang itu bersikap bersih dari segi
mental iaitu kebersihan pemikiran yang sihat dan berkelakuan baik.
Harmoni dalam sesebuah negara dipupuk dari semua perkara kecil
dan menerapkan nilai-nilai murni yang baik dalam kehidupan harian
kita.
3. Sekiranya saya Malik, saya akan memulangkan wang 50 sen itu
kepada konduktor itu pada masa pungutannya. Jika konduktor itu
terlupa memungut tambang, saya akan mengingatinya apabila dia
mendekati. Ini adalah mengelakkan daripada kelupaan sendiri nanti

4
dan juga tidak sempat untuk membayar sedangkan dia masih ramai
orang lagi perlu dipungut. Ini dapat memupuk sikap kesederhana diri
saya iaitu bersikap sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri
dan kepentingan orang lain dan tidak tamak. Selain itu, tindakan ini
juga menonjolkan sikap jujur dalam seorang diri itu. Seorang yang
sentiasa bercakap benar dan jujur sentiasa dipercayai oleh orang lain.
Perkara seperti ini juga dapat melatih saya supaya dapat berfikir
berdasarkan alasan dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya
tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Aspek yang ditekankan oleh nilai
rasional ialah berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara
sebelum membuat keputusan.
4. Dalam pengalaman itu, jika saya Malik, saya tidak akan berasa susah
hati walaupun pemandu bas itu naik marah dan juga kerugian 50 sen,
malah saya akan berasa berani kerana benar. Nilai murni keberanian
berasaskan kebenaran mengatakan bersedia mempertahankan
sesuatu yang difikir benar dengan mengemukankan bukti-bukti untuk
menegakkan kebenaran dan berani menghadapi cabaran dan sedia
bertanggungjawab ke atas segala perbuatan atau keputusan yang
diambil sendiri. Pengalaman itu jugan memberi pengajaran tentang
keadilan, iaitu perlakuan dan keputusan yang saksama. Aspek yang
ditekankan oleh nilai murni ini ialah mempertimbangkan sesuatu
secara objektif, menyeluruh dan wajar; saksama, tidak berat sebelah
dan berpatutan dalam sesuatu tindakan. Tambang tidak boleh
dikecualikan kerana pihak syarikat bas juga menanggung atas kos
petrol dan pembaikian basnya. Dalam pengalaman ini saya juga dapat
belajar bila masanya yang patut membayar tambang. Dari aspek
bertimbang rasa dan baik hati , kemarahan pemandu itu haruslah
dimaafkan dan tidak menaruh dendam kerana memungut tambang
bukan tanggungjawabnya, tambah lagi tambang yang dibayar oleh
Malik bukan tepat dengan tambang yang sebenarnya. Mungkin
pemandu itu ingin meneruskan perjalanan supaya tidak lewat ke

5
destinasinya. Jadi tidak salahnya kejujuran yang ditunjukkan oleh
Malik, tetapi mungkin salahnya orang dan masa.

4. Anda dipanggil menghadiri satu temuduga untuk jawatan penyelia di


sebuah kilang elektronik. Semasa dalam bilik menunggu, anda mendapati
diri adalah diri adalah yang mempunyai paling banyak pengalaman. Tetapi,
tiga minggu kemudian, anda menerima sepucuk surat menyatakan bahawa
anda telah gagal dalam temuduga itu.

1. Apakah pemikiran anda mengenai pegawai-pegawai yang menjalankan


temuduga itu?
2. Adakah anda cenderung untuk menyalahkan sesiapa? Mengapa?
3. Apakah tindakan yang akan anda ambil setelah menerima surat itu?

1. Pada pemikiran saya pegawai-pegawai yang menjalankan tugas itu


mempunyai pandangan yang rasional tentang calon yang sesuai bagi
tugasan tersebut. Walaupun saya paling berpengalaman, malah bukan
calon yang sesuai bagi mereka. Ini disebabkan biasanya mereka yang
berpengalaman dibayar tinggi dan mempunyai gaya tersendiri dimana
susah dibentuk dan diajar lagi jika berbandingnya dengan orang yang
baru bekerja. Dengan mengambil kira kos dan pentabbirannya,
mereka berpendapat bahawa saya bukan calon yang sesuai baginya.
2. Walaupun tidak dipilih saya tidak akan merasa tidak adil dan berfikiran
negatif seperti marah dan menyalahkan pegawai-pegawai, malah saya
akan fikirkan walaupun diri saya paling berpengalaman tetapi ada
orangnya di luar sana mempunyai nilai-nilai yang lebih daripada itu
seperti kepimpinan, kerajinan, dan sebagainya. Dengan pemikiran ini
saya akan terus jayakan diri dan meningkatan nilai diri saya supaya
berjaya pada masa yang akan datang. Sentiasa memikir tentang

6
kelemahan diri dan sanggup menerima ajaran daripada sesiapa sahaja
tidak kira pengalaman dan umurnya.
3. Apabila menerima surat itu, pertama sekali saya akan memikir balik
tentang kesilapan yang mungkin saya abaikan dan meminta
pandangan orang lain tentang proses dan kekurangan saya dalam
temuduga itu yang menjadikan saya tidak dipilih. Jika ada, saya akan
elakkan pada temuduga yang seterusnya. Saya akan mengamalkan
semangat mahu belajar iaitu berusaha ke arah mencapai
kecemerlangan dan semangat ini dimanifestasikan dalam usaha rajin
berbincang, selalu bertanya, berani mencuba dan berusaha pada
temuduga seterusnya.

5. Tempat dan latar belakang: Di ruang tamu sebuah rumah. Keluarga


terdiri daripada bapa, emak, dua orang anak lelaki dan seorang anak
perempuan. Ayah bekerja sebagai seorang guru sekolah rendah. Emak
ialah seorang suri rumahtangga tetapi berhajat membuka warung menjual
mi rebus dan minuman. Seorang anak lelaki, berumur 23 tahun bekerja
sebagai polis biasa dan seorang lagi, berumur 20 tahun adalah pekerja
kilang. Anak perempuan, Aznita, berumur 21 tahun bekerja sebagai kerani
rendah di sebuah agensi pelancongan di Kuala Lumpur.
Situasi: keluarga ini telah menerima surat daripada Aznita di Kuala
Lumpur. Dia mengatakan bahawa dia ingin berkongsi rumah dengan
beberapa orang lelaki dan perempuan yang bekerja sepejabat
dengannya. Di samping itu, dia juga memberitahu bahawa dia akan
bekerja di sebelah malam di sebuah restoran. Berdasarkan situasi di atas,
adakan satu sesi main peranan.

1. Apakah nilai-nilai yang terdapat dalam situasi tersebut?


2. Di antara nilai-nilai tersebut apakah nilai-nilai moral yang patut
dipentingkan? Mengapa?

7
3. Apakah pendirian anda jika Aznita itu ialah adik atau kakak anda
sendiri?

1. Pada pendapat saya, Aznita bernilai berdikari, hormat dan taat kepada
anggota keluarga, kasih sayang terhadap keluarga dan menghormati
hak wanita iaitu melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu
yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,
masyarakat dan juga negara. Namun dia tidak bernilai mengekalkan
tradisi kekeluargaan, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga, tidak
menjaga harga diri dan tidak peka terhadap isu-isu alam sekitar.
Sedangkan bapanya seorang guru dan abangnya pula seorang polis,
kemungkinan besar mereka akan membanteras keputusan Aznita
menukar kerjanya ini yang bekerja sebelah malam, tambah lagi tinggal
bersama beberapa orang lelaki sebumbung. Jadi dia perlu bersikap
keterbukaan menerima pandangan semua ahli keluarga.
2. Nilai yang patut dipentingkan terutama sekali ialah harga diri dan peka
terhadap isu-isu alam sekitar. Aznita seorang perempuan bersama
bumbung dengan beberapa orang lelaki adalah kurang menyenangkan
mata dan hati orang luar terutamanya ahli keluarga, walaupun
ditemani oleh beberapa perempuan lagi. Dia juga perlu peka terhadap
isu-isu alam sekitar iaitu prihatin terhadap persoalan yang berkaitan
dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya, contoh
mencari rakan atau pensewa yang lain untuk tinggal bersama. Dia juga
harus bernilai mengekalkan tradisi kekelurgaannya iaitu menerima,
menghornati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan
kepercayaan yang diwaris secara turun-temurn dalam keluarga. Dia
juga mesti menonjolkan tanggungjawabnya terhadap keluarga iaitu
kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap
keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan
menjaga maruah keluarga. Jika dia menukar kerjanya sebagai seorang
kerani biasa kepada kerja malam di restoran dan tinggal bersama

8
lelaki, tentunya sebanyak sedikit akan menjatuhkan maruah
keluarganya, terutamanya bapanya seorang pendidik. Aznita dalam
situasi ini haruslah bersikap kesederhanaan iaitu tidak keterlaluan
dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada pemikiran,
pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan
juga orang lain, iaitu pendapat ahli keluarganya.
3. Jika Aznita adik atau kakak saya, semestinya saya akan
membanterasnya daripada bekerja sebelah malam dan tinggal
bersama lelaki-lelaki. Saya akan menasihatnya berfikiran rasional iaitu
berfikir berdasarkan alasan da bukti yang nyata supaya dapat
mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. Dalam
berbincangan di ruang tamu itu, jika dia bersikap degil, saya akan
mengingatinya supaya mengamalkan nilai toleransi iaitu kesanggupan
bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Saya akan menasihatinya dengan lembut dan secara logik. Secara
pengetahuan am, majoriti yang bekerja sebelah malam akan menjadi
jahat ataupun dikatakan senang berkawan dengan kawan jahat.
Kerana mereka yang dianggap samseng dan ganster biasanya tidur
lewat dan suka minum dan makan larut malam. Tambah lagi bekerja
sebelah malam akan menjejaskan kesihatan seseorang kerana masa
tidurnya tidak tetap lagi dan terbalik dengan orang ramai. Saya akan
menggunakan pelbagai cara untuk mencari kesefahaman antara adik
atau kakak saya dan bercakap benar dengannya kerana dia orang
dekat saya.

9
Bibliografi

Kaladevi a/p Arumugam. (2003). Pendidikan Moral-Tingkatan 5


Buku Teks. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koo, Kee Peng & Tang, Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral
Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementrian Pedidikan Malaysia.


(2000). Sukatan Palajaran Moral. K.L.: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ee, Ah Meng. (1996). Pendidikan Moral (Elektif). Shah Alam:


Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

10

Anda mungkin juga menyukai