Anda di halaman 1dari 11

PENTERNAKAN ITIK

(TELUR)
PENDAHULUAN

Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai
daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan
pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan
dengan ternakan ayam.

PEMILIHAN BAKA

Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-
anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya
hendaklah diperolehi.

Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-

 mempunyai daya hidup yang tinggi


 bebas dari kecacatan
 penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 – 300 biji setahun)
 menghasilkan telur yang berkualiti
 berat antara 65 – 75 gm sebiji
 kulit telur adalah keras
 warna kuning telur kemerah-merahan
 saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 – 1.8 kg
 ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.

Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand,
Taiwan dan Australia.

PERUMAHAN DAN PERALATAN

Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-

 Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong
mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik
 Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan
membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi
seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi.
 Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki
dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang.
Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada
malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh
menyebabkan telornya kotor dan hilang.
 Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak
keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.

PERALATAN

Induk palsu antaranya:

 Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,


 Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
 Sarang bertelur
 Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya

PEMAKANAN

Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah
pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil
yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos
pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik
danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.

Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.

 Makanan komersil
 Makanan campuran sendiri

1.Makanan Komersil

Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana
ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.

Umur Jenis Makanan Kandungan

Protin Tenaga

2700-
0 – 2 minggu “Duck Starter” 20 %
3000

“Duck
2 – 3 minggu Starter” dicampur “Duck - -
Grower”
2500 –
4 – 16 16 %
“Duck Grower” 2800
minggu

16 minggu 2600 –
dan semasa “Layer” 17 %
2900
bertelur

2. Makanan Campuran Sendiri

Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang
murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.

Bahan-bahan:-

Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer
premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .

Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-

Umur

0 – 4 minggu 1.2 kg. – 1.6 kg.


5 minggu – 22 minggu 11.0 kg – 11.8 kg
22 minggu ke atas (semasa 160 hingga 170 gm bagi
bertelur) tiap-tiap seekor/hari
Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan
makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang
sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik
Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).

KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT

Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari
terkena serangan penyakit iaitu:-

 Menjaga kebersihan ladang setiap masa


 Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
 Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur itik
1 – 3 hari.
 Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai
 Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan
anak- anak itik yang baru
 Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.

KEPERLUAN CAHAYA

Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari
cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam
hari.

2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-

 Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah
terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
 Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur

Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam


cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah
lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 – 4 jam lagi boleh
diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.

 Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.
 Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki
 Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan
pengurusan cahaya lampu ini.

PENGURUSAN

Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu
tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek
ini melibatkan pengendalian:

 Persediaan sebelum ketibaan anak itik


 Pemeliharaan semasa perindukan
 Pengurusan semasa membesar
 Pengurusan semasa bertelur

Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik

 Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan
500 ekor anak itik)
 Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 – 4 inci.
 Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 – 3 jam sebelum anak itik sampai.

Pemeliharaan Semasa Perindukan

 Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh
diberi makan.
 Masa perindukan adalah selama 20 – 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa.
Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
 Beri antistress selama 3 hari.
 Beri makanan duck starter crumble tanpa had
 Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan
dan minum ikut kesesuaian.
 Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.

Pengurusan Semasa Membesar

 Keluarkan alat pemanas dan pembentung


 Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
 Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
 Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan
mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 – 2800k/cl
 Timbang 2 – 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
 Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak
terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.

Pengurusan Itik Semasa Bertelur

Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 – 22 minggu. Oleh itu :-

 Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan
mengandungi 2600 – 2900 k/cl.
 Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 – 5 minggu sebelum
bertelur.
 Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 – 170 gm sehari /ekor.
 Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
 Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke
dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)
 Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
 Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata
 Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan
 Semak keperluan cahaya mengikut umur itik

PENGHASILAN
Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-

Telur Itik Segar

Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang
persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur
Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran
ialah di antara 13.6 – 15.0.

Telur Masin

 Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya
adalah lebih baik dari telur segar.
 Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.

PENGURUSAN REKOD

Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada
beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna.
melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau
sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk
merancang masa hadapan.

Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan

 Rekod pemeliharaan/pengurusan
 Rekod kewangan

Galeri Penternakan itik Muscovy

Ruang yang mencukupi bagi ternakan itik samaada didalam atau diluar reban
Sistem keselamatan dilengkapi dengan kawasan ternakan yang berpagar.

Antara bangsal ternakan itik muscovy.

Benih anak itik dimasukkan secara berperingkat bagi tujuan kawalan pengeluaran dan
pemasaran.
Pemasukan benih dengan 3 peringkat kemasukan tiap satu berjumlah 1,000 ekor

Kemudahan, pengawasan dan penyeliaan ternakan adalah dibantu oleh kakitangan


Jabatan Veterina Daerah.
Pemasaran dan pasaran dirancang dengan kerjasama jabatan dan pemborong pihak
FAMA

Pengangkutan dan pemasaran adalah sistem yang disediakan bagi menjamin


kelangsungan projek.

Projek Itik kg.Tok Jembal


ANALISA MARGIN KASAR
PROJEK TERNAKAN AYAM PENELUR
UNTUK SATU PUSINGAN

Bilangan ayam sepusingan 100,000ekor


Kadar kematian sepusingan 15%
Kemasukan anak ayam dara
100000ekor
(pullet)
Bilangan ayam penelur pada
85000
minggu ke 72
Purata pengeluaran telur 75%
Tempoh pengeluaran telur 52minggu
Kadar Penggunaan makanan
0.108kg/ekor/hari
ayam penelur

Harga/
Perkara Unit Kuantiti RM/Pusingan
Unit
Hasil
Jualan telur ayam biji 0.19 27,375,000.00 5,201,250.00
Jualan ayam tua ekor 3.00 85,000.00 255,000.00
Jualan tinja bag 2.50 78,000.00 195,000.00
Jumlah Hasil 5,651,250.00

Kos Berubah 1
Makanan penelur kg 1.04 3,931,200.00 4,076,654.40
Ayam dara (pullet) ekor 10.41 100,000.00 1,041,392.66
Jumlah Kos Berubah 1 5,118,047.06

Margin Kasar 1 ( Jumlah Hasil – Jumlah Kos


533,202.94
berubah 1)

Kos Berubah 2
(RM 0.03
Vaksin/Ubatan/Veterinar/Vitamin 3,000.00
/ekor)
(RM 0.4 /
Elektrik + Air 40,000.00
ekor)
( RM 2.10
Upah/Gaji 210,000.00
/ ekor)
Pembaikan dan senggaraan 25,000.00
Pelbagai 10,000.00
Jumlah Kos Berubah 2 288,000.00
Margin Kasar 2 ( Margin Kasar 1- Jumlah Kos
245,202
Berubah 2)

Anda mungkin juga menyukai