Anda di halaman 1dari 16

SCES3043: KEPELBAGAIAN TEKNOLOGI

1.0 TAJUK : Memeriksa slaid tersedia Bakteria

2.0 TUJUAN : Untuk mengenal pasti bakteria dari segi morfologi dan pewarnaan
Gram.

3.0 OBJEKTIF :

1) Mengkaji tentang moforlogi bakteria dari segi bentuk dan struktur.

2) Mengkaji tentang pengelasan bakteria menerusi pewarnaan gram.

4.0 PENGENALAN:

Bakteria adalah organisma seni yang hanya terdiri daripada sel tunggal yang
hidup dalam persekitaran yang pelbagai. Bakteria dapat hidup di dalam tanah, lautan
mahupun berada di dalam usus manusia. Bakteria menunjukkan kepelbagaian yang
luas melalui ciri-ciri umumnya iaitu berdasarkan saiz, bentuk dan susunan yang
dikenali sebagai morfologi (Kamaludin, 2013 ).Kebanyakan spesies bakteria adalah
sfera, yang dipanggil coccus yang berasal daripada perkataan kókkos dari Yunani.
Kókkos bermaksud bijian. Selain itu bakteria juga ada yang berbentuk batang, yang
disebut bacillus yang berasal dari perkataan baculus dari Latin. Seterusnya bentuk
lain untuk bakteria juga ialah berbentuk spiral iaitu seperti pintalan yang dikenali
sebagai spirilia.

Bakteria terdiri daripada dua domain yang berbeza iaitu domain Archabacteria
dan domain Eubacteria. Archaebacteria boleh didapati dalam persekitaran yang
ekstrem seperti metanogen, halofil dan thermofil (Gillespie, 2018). Archabacteria
boleh pembiak secara aseksual menerusi tiga cara iaitu tunas, belahan dedua dan
fragmentasi. Seterusnya untuk Eubacteria biasanya bertindak sebagai parasit dan
memberi kesan patogen kepada perumah. Cara pembiakan Eubacteria juga
melibatkan pembiakan seksual seperti konjugasi.

Untuk mengelaskan bakteria pewarnaan dilakukan bagi mengkategorikan


kumpulan bakteria berdasarkan struktur yang terdapat di dalam dinding sel bakteria
tersebut. Kumpulan pewarnaan gram itu dikelaskan sebagai bakteria gram-positif
dan bakteria gram negatif.

1
5.0 BAHAN DAN RADAS

1)Mikroskop cahaya.

2)Slide bakteria tersedia : Bakteria Bacillus sp. ,Bakteria Coccus sp., Bakteria
Staphylococcus sp., Bakteria Spirilium sp, Bakteria E.Coli.

6.0 PROSEDUR:

6.1 Beberapa slaid tersedia bakteria yang dibekalkan harus diperhatian di


bawah mikroskop kuasa rendah dan kemudian menggunakan mikroskop
kuasa tinggi. Kuasa pembesarkan ialah 4x, 10x, 40x, 100x perlulah dilaraskan
sehingga struktur organisma dapat dilihat dengan jelas.

6.2 Untuk setiap jenis bakteria, bentuk,, struktur dan warna perlu diperhatikan
berserta dengan corak susunan koloninya.

6.3 Pemerhatian perlu dilukis dan dicatatkan dengan kemas, jelas dan
berlabel.

2
7.0 PEMERHATIAN:

Rajah 1 : Basillus sp. di bawah pembesaran

Rajah 2: Coccus sp. di bawah pembesaran

3
Rajah 3: Staphylocuccus sp. di bawah pembesaran

Rajah 4 : Bakteria Spirilium sp. pada pembesaran

4
Rajah 5: Bakteria E.Coli di bawah pembesaran

Nama Bakteria Bentuk Warna Jenis Pewarnaan


Gram
Bacillus sp Rod Ungu Bakteria gram
positif
Coccus sp Sfera Merah jambu Bakteria gram
negatif
Stapylococcus sp Sfera Ungu Bakteria gram
positif
Spirililum sp Spiral Merah jambu Bakteria gram
negatif
E.Coli sp. Rod Merah Bakteria gram
negatif

Jadual 1 : Pemerhatian terhadap bentuk dan warna bakteria

5
8.0 PERBINCANGAN:

Staphyloccus adalah bakteria yang berbentuk sfera dan hidup secara


berkelompok sepertii gugusan anggur. Menerusi pemerhatian di bawah mikroskop,
bakteria ini berwarna ungu. Warna ini menunjukkan bahawa bakteria ini adalah
bakteria gram-positif. Bakteria gram-positif memiliki peptidoglican yang tebal.
Staphylococcus sp. ini mampu untuk hidup secara anerobik dan aerobik. Menurut
Grey (2016) Staphylococcus sp. adalah bakteria yang tidak bergerak dan mampu
untuk hidup dalam persekitaran yang bersuhu dari 18 oC dan 40oC. Bakteria ini juga
mampu hidup dalam persekitaran yang kandungan garamnya ialah 10% hingga
18%. Maka ini menunjukkan bahawa Staphylococcus ini hidup dalam suhu yang
sederhana dan kandungan garamnya tidak terlalu tinggi.

Taksonomi bagi Staphylococcus sp.

Domain Bakteria
Filum Firmicutes
Kelas Bacilli
Order Bacillales
Famili Bacillales
Genus Staphylococcus
Spesies Staphylococcus aureus

E.Coli atau dikenali nama sebenarnya ialah Escherichia coli adalah bakteria
yang mempunyai bentuk seperti rod. Apabila dilihat menerusi mikroskop E.Coli ini
berwarna pink yang menunjukkan bakteria gram negatif. E.coli mempunyai dinding
sel yang terdiri daripada lapisan peptidoglican yang nipis. Maka disebabkan itu
E.Coli akan dinyahwarnakan dan menjadi pudar membentuk warna merah jambu
setelah proses penggunaan alcohol pada teknik pewarnaan gram. E.coli juga
mempunyai membran luar. Dari segi struktur, E.Coli mempunyai flagella yang
membenarkan E.Coli untuk bergerak (Berg, 2008). Susunan flagella pada E.Coli
adalah hampir keseluruhan badannya. E.Coli boleh hidup dalam haiwan berdarah
panas termasuklah manusia dan sangat aktif pada keadaan tersebut.

6
Spirilla atau untuk satu sel tunggal dikenali sebagai spririlium adalah bakteria
yang berbentuk seperti pintalan tali. Apabila dilihat di bawah mikroskop,
pemerhatian didapati bahawa warna bakteria Spirilium sp. ini adalah berwarna
merah jambu yang turut menunjukkan bakteria gram negatif. Dari segi strukturnya
spirilium ini mempunyai dua flagella yang berada pada setiap hujung spirilium
(Holland 2013). Signifikan dua flagella ini kerana untuk pergerakan yang agak
perlahan kerana spirilium merupakan bakteria yang yang mempunyai sistem
pernafasan secara anerobik.

Coccus adalah bakteria yang berbentuk bulat dan apabila berdekat dengan
satu sama lain. Coccus yang merupakan organisma mikroskopik kelihatan seperti
rata. Di bawah mikroskop, coccus menunjukkan warna merah jambu pada
pembesaran 40x ini menunjukan bahawa coccus tersebut ialah bakteria gram
negatif. Coccus dilihat berada dalam kelompok atau koloni. Coccus ini
berkemungkinan jenis Diplococcus yang berpasangan dan berwarna merah jambu
yang dapat dilihat jelas menerusi bawah mikroskop. Hanya bakteria jenis
Diplococcus sahaja yang boleh dikelaskan sebagai bakteria gram negatif (Gillespie,
2018). Maka bakteria coccus yang lain semuanya merupakan bakteria gram positif.
Bakteria jenis ini boleh mengebabkan penyakit pneumonia.

Bacillus sp. adalah bakteria yang berbentuk seperti rod dan berwarna ungu
apabila dilihat menerusi mikroskop dengan pembesaran 40x. Ini menunjukkan
Bacillus merupakan bakteria gram –positif. Bakteria jenis ini hidup secara berkoloni
dan mempunyai flagella pada permukaan sel.

Taksonomi Bacillus sp.

Domain Bakteria
Filum Firmicutes
Kelas Bacilli
Order Bacillales
Famili Bacillales
Genus Bacillus
Species Bacillus sp.

7
9.0 KESIMPULAN

Bakteria mempunyai bentuknya yang tersendiri seperti bulat, berbentuk


seperti silinder atau rod mahupun bentuk yang berpintal (spiral) untuk beradaptasi
bagi kemandirian spesiesnya. Bakteria ini juga berbeza menerusi strukturnya yang
memudahkan pergerakan seperti adanya flagella untuk memudahkan pergerakan
dan ada bakteria sebaliknya. Maka morfologi bakteria dibezakan menerusi bentuk,
struktur dan saiznya. Dengan itu juga bakteria boleh dikelaskan menerusi
pewarnaan gram yang menunjukkan warna ungu untuk bakteria gram positif dan
warna merah jambu bagi bakteria gram negatif.

8
10.0 SOALAN PERBINCANGAN:

10.1 Dengan bantuan gambarajah berlabel yang jelas tunjukkan struktur-


struktur umum pada bakteria dan nyatakan kepentingan setiap struktur
tersebut.

Rajah 6: Struktur Bakteria (Prokaryitik)

Bakteria adalah sejenis sel prokaryot iaitu sel yang tidak mempunyai organel
yang terdiri daripada 2 lapisan membran (Amyes, 2013). Bakteria juga
mempunyai kromosom yang mempunyai satu rantaian DNA tunggal.

9
1) Sel envelope : Sel envelope dikenali berfungsi sebagai sampul dan dikenali
sebagai sampul sel. Sampul sel ini terdiri daripada dua atau tiga lapisan.
Komponen yang membina lapisan sampul sel ini ialah sitoplasma , dinding sel
dan kapsul.
2) Kapsul : Kapsul adalah komponen yang menutup bakteria dan berfungsi
sebagai pelindung ketiga kapsul yang disintesiskan oleh polisakarida.
Polisakarida ialah karbohidrat kompleks. Kapsul berfungsi untuk melindungi
bakteria daripada kering. Kapsul juga membolehkan bakteria dari proses
fagositosis oleh mikroorganisma yang lebih besar. Kapsul adalah komponen
yang menyebabkan berlakunya penularan penyakit oleh bakteria.
3) Membran sitoplasmik : Lapisan fosfolipid dan protein yang sangat rapat
dengan lapisan dalam bakteria. Membran ini membantu untuk mengawal
aliran bahan keluar masuk dari sel. Membran ini menjadikan bakteria untuk
mudah beradaptasi dengan persekitaran yang berbeza.
4) Pili : Pili adalah struktur pada bakteria yang berbentuk seperti unjuran
rerambut kecil yang muncul dari permukaan sel luar. Struktur ini membantu
bakteria untuk melakukan perlekatan pada sel yang lain seperti gigi, usus dan
batuan. Sekira bakteria tidak mempunyai pili, bakteria akan hilang
keupayaannya untuk berfungsi kerana tidak melekat pada tisu perumah. Pili
juga merupakan struktur khusus yang digunakan untuk berlakunya proses
konjugasi. Proses konjugasi adalah proses di mana dua bakteria melakukan
pertukaran fragmen DNA plasmid (Barocchi & Telford 2014) .
5) Flagella : Flagella adalah struktur seperti rambut yang membenarkan bakteria
untuk bergerak. Kedudukan flagella boleh didapati pada kedua-dua hujung
bakteria atau seluruh permukaannya. Pergerakan flagella ini membantu untuk
bergerak kearah nutrien, menjauhkan diri daripada toksik dan bergerak
kearah cahaya untuk melakukan fotosintesis bagi bakteria sianobakteria.
6) Dinding sel - Setiap bakteria dilindungi oleh dinding sel yang terdiri daripada
molekul peptidoglican, protein-gula (polisakarida).Dinding ini berfungsi untuk
mengelakkan sel dari pecah apabila terdapat perbezaan besar dalam tekanan
osmotik antara sitoplasma dan persekitaran.

10
7) Sitoplasm - Sitoplasma, atau protoplasma, sel-sel bakteria adalah di mana
fungsi untuk pertumbuhan sel, metabolisme, dan replikasi dijalankan. Ia
adalah matriks seperti gel yang terdiri daripada air, enzim, nutrien, dan gas
serta mengandungi struktur sel seperti ribosom, kromosom, dan plasmids.
8) Nukleoid - Nukleoid adalah kawasan sitoplasma di mana DNA kromosom
terletak. Ia bukan nukleus terikat membran, tetapi hanya satu kawasan
sitoplasma di mana helai DNA dijumpai. Kebanyakan bakteria mempunyai
satu kromosom tunggal yang bertanggungjawab untuk replikasi, walaupun
beberapa spesies mempunyai dua atau lebih. Asid bulat DNA yang lebih
kecil, dipanggil plasmid, juga terdapat dalam sitoplasma.

10.2 Banding bezakan bakteria gram positif dan bakteria gram negatif.

Perbezaan pertama untuk bakteria gram positif dan bakteria gram


negatif ialah warna. Untuk bakteria gram positif warna yang ditunjukkan oleh
bakteria tersebut ialah warna biru atau ungu. Untuk gram gram negatif warna
yang ditunjukkan ialah warna merah jambu. Pewarnaan ini berbeza kerana
untuk bakteria gram-positif , bakteria tersebut mempunyai dinding sel yang
ringkas dan mempunyai bilangan peptidoglican yang banyak. Hal ini akan
mengakibatkan bakteria gram positif mampu untuk memerangkap kristal violet
dan perubahan warna bakteria kepada ungu atau biru Untuk bakteria gram-
negatif bakteria tersebut mempunyai dinding sel yang lebih kompleks dan
kurang bilangan peptidoglican. Hal ini menyebab bakteria itu tidak mampu
untuk menyimpan pewarnaan kristal violet. Maka hanya warna merah atau
merah jambu yang ditunjukkan setelah berlakunya perwarnaan semula
(counterstain) yang biasanya menggunakan safranin. Kaedah yang
digunakan ini dapat membezakan struktur bakteria menerusi dua pewarnaan
yang berbeza.

11
10.3 Apakah perbezaan utama antara bakteria dan virus.

Ciri-ciri Bakteria Virus


Organisma Organisma hidup yang Virus pula dikategorikan
menjalankan proses sebagai organisma
seperti bernafas, bukan hidup kerana
metabolisme dan hanya berlakunya
berlakunya pembiakan
pertumbuhan.
Dinding sel Komponen dinding sel Tidak mempunyai
terdiri daripada dinding sel namun
peptidoglikan terdapat salutan protein.
Ribosom Mempunyai ribosom Tidak mempunyai
untuk tindakan ribosom
metabolisme
Cara pembiakan Membiak secara Membiak secara
belahan iaitu secara memusnahkan sel
aseksual. perumah dan menyalin
DNA asal perumah
untuk membiak.
Tempat pembiakan Boleh membiak di dalam Tidak dapat membiak di
atau di luar sel perumah luar sel perumah

Namun virus dan bakteria turut memiliki persamaan seperti kedua-duanya


mempunyai nucleus dan juga enzim (Lakna Panawala 2017).

12
10.4 Berikan empat kepentingan bakteria kepada manusia.

Kepentingan pertama bakteria ialah membantu sistem penghadaman


manusia. Hal ini kerana sistem pencernaaan tidak dapat untuk memecahkan
makanan seperti sayur-sayuran dan serta serat yang tidak boleh dicernakan
oleh badan manusia. Sebagai contohnya, bakteria seperti Lactobaciilus
membantu untuk memecahkan gula kepada komponen yang lebih kecil iaitu
glukosa.

Kepentingan kedua ialah dengan dapat mengingkirkan bakteria


berbahaya dari badan (Amyes, 2013). Bakteria di dalam usus berkerjasama
dengan sistem imun untuk melindungi badan daripada pelbagai penyakit .
Bakteria di dalam perut pula membantu untuk mengekalkan pH dan aras
keasidan untuk membantukan proses penyerapan dan pemecahan nutrisi
makanan kepada yang lebih kecil.

Kepentingan ketiga bakteria sebagai pelindung pada bahagian kulit


manusia. Bakteria yang mempunyai ciri mikroorganisma simbiotik menjadikan
kulit manusia sebagai perumah. Hal ini mengakibatkan bakteria tersebut
bertindak sebagai pelindung terhadap patogen yang berbahaya. Sebagai
contohnya Bacillus subtilis. Ia menghasilkan bacitracin yang berfungsi
sebagai agen antibateria dan dieksploitasikan untuk menghasilkan antibiotik.

Kepentingan keempat ialah membantu dalam proses kitaran nitrogen


dan penguraian bahan organic. Menurut Kamaludin et. all., (2014)
pengubahsuaian nitrogen secara semula jadi telah menghasilkan gas nitrogen
di udara. Bakteria biasanya menjalankan pengubahsuaian nitrogen melalui
dua cara iaitu yang hidup secara bebas di dalam tanah dan bersimbiosis
dengan pokok. Sebagai contohnya Azotobacter hidup secara bebas dan
menghasilkan ion nitrat. manakala Rhizobium sp hisup secara simbiosis
pada kkar pokok kekeacang untuk menghasilkan ion nitrat. Unsur nitrogen
penting untuk manusia dan haiwan sebagai salah satu komponen protein dan
asid nukleik. Menurut Crowe (2013), protein di disintesiskan oleh unsur
karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan juga sulfur.

13
11.0 Rujukan

Amyes, S. G. B. (2013) Bacteria: A Very Short Introduction. United Kingdom: Oxford


Univeristy Press.

Baron M. A. & Telford J.L. (2014) Bacterial Pili : Structure , Synthesus and Role In
Disease. United Kingdom: CAB International.

Berg H.C (2008) E.Coli in Motion. USA: Spinger.

Crowe,T., Radyrofles, S., Walsh, A., Whitney, E. (2013) Understanding Nutrition:


Australian
and New Zealand. Australia. Cengage Learning Australia.

Gould S.E. (2014) Categorising Bacteria In Purple and Pink. Retrieved Jan 25, 2019
from
https://blogs.scientificamerican.com/lab-rat/categorising-bacteria-in-purple-
and-pink/.

Gillespie, C. (2018) Type of Coccus Bacteria. Retrieved 24 Jan 26, 2019 from
https://sciencing.com/types-coccus-bacteria-8511915.html

Holland K. T. (2013) Anaerobic Bacteria. Amerika Syarikat: Springer.

Kamaludin A.Rashid, Kamariah Haron , Mahanon Jalil (2012 )College Biology


Shah Alam, Selangor ,UG Express Sdn. Bhd.

Panawala, Lakna. (2017). Difference Between Bacteria and Virus. Retrieved25 Jan
2019 from
https://www.researchgate.net/publication/314214838_Difference_Between_B
acteria_and_Virus

Types and Structure of Bacteria. (2017). In ScienceAid. Retrieved Jan 26, 2019,
from https://scienceaid.net/Bacteria

Somerville G. A. (2016) Staphylococus: Genetic ang Physiology. Amerika Syarikat:


Caister Academic Press.

14
11.0 LAMPIRAN

Bacillus pembesaran 40x : Hasil Bacillus pembesaran 40x : Sumber internet


eksperimen

E.Coli pembesaran 100x : Sumber internet Staphylococcus pembesaran 100x : Sumber


internet

15
Coccus pembesaran 40x : Hasil eksperimen Spirilium sp. pembesaran 40x : Sumber
internet

16

Anda mungkin juga menyukai