Anda di halaman 1dari 8

Perancangan Akademik

JMG 415/4
BIOGEOGRAFI

Sidang Akademik 2018/2019


KELAS SESI WEBEX
SESI WEBEX TARIKH MASA

Perjumpaan 1

Perjumpaan 2

Perjumpaan 3

Perjumpaan 4

Perjumpaan 5

Perjumpaan 6
(Tarikh dan masa kelas sidang webex perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang
Webex Akademik 2018/2019 yang telah dihantar kepada pelajar)

-1-
JMG 415/4 – BIOGEOGRAFI

PENGURUS KURSUS: DR. IZHAM MOHAMAD YUSOFF

PENGENALAN KURSUS

Biogeografi adalah kajian taburan sepsis dan ekosistem sesuatu reruang geografi
melalui pengiraan zaman geologi. Populasi organisma dan komuniti biologi berbeza
mengikut gradient geografi iaitu latitut (kedudukan), altitut (ketinggian), pengasingan
dan habitat. Oleh itu pengetahuan tentang ruang dan perubahannya mengikut
bilangan dan jenis organisma adalah penting sebab ia membolehkan manusia
menyesuaikan diri dengan persekitaran geografi yang berbeza. Justeru, kajian
biogeografi merupakan satu integrasi konsep dan ilmu pengetahuan antara evolusi,
geologi dan geografi fizikal. Namun dalam perkembangan ilmu moden pada hari ini,
biogeografi turut menyerap maklumat dan idea daripada pelbagai bidang lain
termasuklah fisiologi dan ekologi dalam menghuraikan tentang penyerakan organisma
mengikut keadaan geologi serta iklim pada sekala global dan jangka masa evolusi.

Berdasarkan kekuatan ini,


biogeografi dianggap sebagai
cabang geografi yang mengkaji
tentang taburan jenis tumbuhan
mahupun makhluk hidup yang lain di
muka bumi. Maksudnya, ia mengkaji
fenomena taburan atau distribusi /
serakan tumbuhan yang mempunyai
pertalian dengan faktor yang
mengubah permukaan bumi seperti
oleh faktor fizikal, iklim dan juga
manusia. Apabila kita melihat
keanekaragaman hidupan
berdasarkan ruang dan waktu, maka
geografi perlu menjawab bagaimana
taburan itu berlaku. Apakah yang mempengaruhinya, mengapa ia berlaku. Pola
taburan spesis menunjukkan bahawa originaliti atau keasalan spesis tersebut berasal
dari sesuatu tempat atau reruang. Spesis tersebut kemudiannya melakukan
perubahan atau penyesuaian dan menjadi subspesis baru yang sesuai dengan ruang
yang ditempatinya.

Biogeografi penting dalam menghuraikan faktor yang menyebabkan atau menghadkan


penyebaran atau taburan sesuatu jenis spesis hidupan. Faktor yang mempengaruhi
kewujudan spesis baru merupakan pencetus kepada pengetahuan dasar untuk
memahami kewujudan spesis tersebut. Contohnya satu spesis pokok yang
mempunyai ciri-ciri spesis tertentu didapati menghuni di dua tempat berbeza tidak
mungkin dapat melakukan hubungan reproduksi. Lalu apa yang berlaku ialah mereka

-2-
akan mengalami perubahan dan penyesuaian dan akhirnya menjadi dua spesis yang
berbeza.

Ringkasnya, biogeografi menitikberatkan aspek taburan, jarak dan had tumbuhan


serta haiwan. Ia kelihatan bertindan dengan beberapa disiplin, bagaimanapun bidang
ini sangat luas antaranya termasuk biologi, botani, paleotologi, geografi dan zoologi.
Kursus ini akan memberikan penekanan tentang tema ekologi dan sejarah, perubahan
corak taburan tumbuhan dan tumbuhan di sesuatu ruang dan masa.

OBJEKTIF KURSUS

Selepas mengikuti kursus ini, pelajar dapat :

a) Menerangkan isu utama dalam biogeografi seperti konsep ekologi, dunia biotik
dan interaksi persekitaran.

b) Menjelaskan konsep asas dan skop dalam biogeografi seperti biogeokimia,


biodiversiti dan kesan aktiviti manusia ke atas alam sekeliling dan pembangunan
lestari.

c) Menganalisis persekitaran, perkembangan dan pengurusan pembangunan


kawasan untuk biogeografi melalui aplikasi teknologi semasa di peringkat
tempatan, negeri dan negara.

KELAS SIDANG WEBEX

Anda wajib menghadiri kelas sidang webex dan dikehendaki membuat persediaan
berdasarkan kepada agenda yang di sediakan sebelum hadir ke sidang webex dan
berbincang semasa sesi webex. Sidang webex ini bukanlah satu sesi syarahan atau
kuliah yang bersifat penyampaian maklumat oleh pensyarah tetapi adalah merupakan
satu sesi tutorial. Oleh itu, setiap pelajar yang hadir di dalam sidang webex ini perlu
membuat persediaan dan mengambil bahagian dengan aktif dalam perbincangan
berdasarkan kepada agenda yang telah disediakan.

-3-
TOPIK PERSEDIAAN PERBINCANGAN

Pelajar disarankan untuk membuat persediaan memerusi pembacaan kendiri seperti


berikut :

WEBEX TARIKH / MINGGU TAJUK


1 Pengenalan dan orientasi kelas
1 2 Sains dan sejarah biogeografi - skop
3 Alam sekitar fizikal (alam organik) - Atmosfera
4 Pengenalan kepada serakan: Asas taburan spesis

1 Niche ekologikal had kepada taburan - Geografi dan


2 komuniti (tempatan ke global: Corak di kawasan
tropika – faktor edafi atau tanah)
2 Evolusi, Plat Tektonik dan Pergerakan Benua
3 Pergerakan Benua (Sambungan)
4 Penspesiesan dan Kepupusan: Pokok adaptasi
merentasi benua

1 Faktor biosis dan antropogen


3 2 Evolusi dan taburan tumbuhan
3 Pengaruh manusia terhadap evolusi dan taburan
tumbuhan
4 Vegetasi, perubahan dan kestabilan.

1 Teori biogeografi kepulauan (data analisis)


4 2 Biogeografi kepulauan : Perhimpunan dan evolusi
komuniti terpencil (insular communities)
3 Ekosistem laut
4 Pokok dan ekosistem hutan

1 Geografi Kepelbagaian, Persekitaran dan sumber


5 hutan
2 Sejarah biogeografi keturunan: Corak reruang
individu (Analisis data)
3 Biogeografi kepulauan: pemuliharaan dan perubahan
iklim
4 Masa hadapan biogeografi: Corak dan proses dalam
biogeografi.

Rumusan dan ulangkaji untuk perjumpaan 1 hingga


6 1–4
5 serta persediaan peperiksaan akhir.

-4-
ASAS PENILAIAN KURSUS

Pencapaian pelajar dalam kursus ini akan dinilai berdasarkan dua komponen iaitu
kerja kursus (40%) dan peperiksaan akhir (60%). Penilaian berasaskan kerja kursus
adalah seperti berikut :

1. Projek – Markah sejumlah 30%


2. Ujian amali – Kerja amali makmal (ujikaji sampel) – Markah sejumlah 10%

Penyediaan Projek :

Projek ini berbentuk kerja penyelidikan mencakupi bidang biogeografi yang ingin anda
lakukan dan mestilah dibuat secara individu. Tujuan penghasilan projek berbentuk
penulisan artikel jurnal ialah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar
berhubung tatacara melakukan tulisan penyelidikan yang sebenar. Sehubungan itu
anda diwajibkan memilih tajuk penyelidikan yang berkaitan bidang biogeografi
dengan menjadikan lingkungan persekitaran tempat anda tinggal atau bertugas
sebagai kawasan kajian.

Ringkasnya, kandungan projek anda mesti mengandungi pekara berikut:

1. Abstrak (disertakan pengenalan, kaedah kajian, objektif kajian, dapatan kajian


dan cadangan kajian masa depan)
2. Pengenalan (Mengandungi latar belakang kajian permasalahan kajian dan
objektif kajian)
3. Kajian literatur
4. Metodologi kajian
5. Hasil atau dapatan kajian dan perbincangan
6. Kesimpulan
7. Rujukan (Tidak kurang dari 10 sumber rujukan)

Sementara komponen peperiksaan terdiri:

1. Peperiksaan akhir – Markah 60 %

-5-
Arahan Projek :

a. Projek perlu dibuat secara individu.

b. Tuliskan nama berserta dengan pelekat ’bar code’ pada muka kulit hadapan
projek anda.

c. Projek anda hendaklah disertai dengan peta lakar kawasan kajian, gambar foto
atau lain-lain sumber grafik yang berkaitan (mengikut kreativiti) untuk
memantapkan lagi kajian anda. Konsep “National Geographic Channel” ialah
pemahaman jelas yang boleh dijadikan contoh untuk anda membuat projek
secara kreatif.

d. Jalankan juga kajian literatur berkaitan dengan tajuk yang anda kaji untuk
menguatkan lagi hujah anda. Pastikan perancangan yang rapi diatur terlebih
dahulu (pemahaman topik kajian, pemilihan kawasan kajian, pemahaman fakta
yang perlu dijelaskan) sebelum memulakan projek.

e. Projek anda mestilah berasaskan kepada penyelidikan dan bacaan sendiri dan
mengandungi nota kaki yang sesuai serta bibliografi yang lengkap. Setiap nota,
jadual dan gambarajah yang disertakan dalam projek anda mestilah mempunyai
punca (source) dari mana peta, jadual atau gambarajah itu dipetik.

f. Laporan projek anda mestilah ditaip di atas kertas bersaiz A4, jenis font Times
New Roman berukuran 12, langkauan jarak teks 1.5 dan panjang laporan projek
ialah 15 hingga 20 muka surat sahaja.

g. Laporan projek anda yang telah siap wajib sampai kepada pengurus kursus tidak
lewat dari 15hb Mac 2019.

Hasil akhir projek anda ialah dalam bentuk laporan yang telah dicetak dan
diposkan ke PPPJJ, USM.

*Hasil projek secara kreatif sangat digalakkan dan ianya boleh membantu dalam
memperoleh markah tambahan. Ini termasuklah penggunaan rakaman video, audio
dan bahan-bahan digital lain yang bersesuaian.

Sekiranya anda ingin melampirkan sekali bahan digital bersama-sama laporan projek
anda, sila pastikan ianya dalam bentuk CD dan telah diuji dari sudut kebolehan untuk
membuka video, boleh dibaca dan boleh akses segala fail-fail sebelum dihantar ke
PPPJJ.

Sila labelkan (Nama, No. Metrik dan kod bar) di atas CD.

-6-
Alamat Penghantaran Projek :

Hantarkan projek anda ke :

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh,


Universiti Sains Malaysia,
11800 Minden,
Pulau Pinang.
(U/P: Dr. Izham Mohamad Yusoff)

E-mail : izham.usm@gmail.com

KURSUS INTENSIF

Kursus intensif akan diadakan di kampus induk Pulau Pinang pada 24hb Januari 2019
sehingga 15hb Februari 2019.

MENIPU

Istilah menipu termasuklah dengan menyalin semula “copy & paste” bahan tulisan atau
hasil tulisan rakan lain semasa membuat kerja kursus, ujian berterusan mahupun
peperiksaan adalah dilarang sama sekali. Terbukti dan sabit kesalahan boleh
menyebabkan pelajar yang berbuat demikian diberikan status gagal dengan markah
minimum, bahkan rekod beliau akan diserahkan kepada Dekan untuk tindakan lanjut.
Dalam kes yang serous, pelajar boleh dibawa ke jawatankuasa tatatertib dan boleh
digantung pengajian.

PLAGIAT

Palagiat terjadi apabila anda menyalin bahan (copy materials) daripada sumber lain
dalam kertas kerja anda tanpa menyatakan sumber asal bahan tulisan tersebut
(bermakna anda mengambil hasil usaha orang lain), atau menyalin kerja atau laporan
orang lain. Oleh itu semua pelajar perlu membiasakan diri mereka berkaitan bahan
yang boleh digolongkan sebagai melakukan palagism.

-7-
KESIMPULAN

Matlamat kursus ini:

1. Membangunkan perasaan menghargai sejarah dan faktor ekologi yang


mempengaruhi corak hidupan di atas permukaan bumi.
2. Meneliti revolusi saintiifik evolusi, plat tektonik dan ekoloi molekul yang
membentuk laluan kepada biogeografi moden.
3. Menggunakan praltikal makmal bagi memahami kaedah saintifik dan
bagaimana ujian hipotesis menggunakan statistik.
4. Untuk memahami proses yang mempengaruhi bagaimana biota bertindakbalas
kepada perubahan iklim dan cabaran yang kita hadapi pada hari ini dan untuk
tahun-tahun yang mendatang.

BAHAN RUJUKAN UTAMA DAN NOTA

1. Ismail Ahmad (1989). Biogeografi: Kajian Tentang Tumbuh-tumbuhan di Daratan.


Kuala Lumpur: DBP.
2. Joy Tivy, 1998. Biogeografi: Kajian Tumbauhan Dalam Ekosfera (Terjemahan oleh
Rosiyah Abdul Latif dan Chan Ngai Weng. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
3. Lomolino M.V.; Riddle B.R., Whittaker R.J. & Brown J.H (2010) Biogeography
(Fourth Edition) Stamford: Sinauer Associates, Inc.
4. Botkin, D.B. and E.A. Keller (2003). Environmental Science: earth as a living
planet. 4th edition A Wiley-Interscience Publication.

RUJUKAN TAMBAHAN:

1. Wilson, E.O. (1988). Biodiversity. Washington, D.C.: National Academy Press.


2. Lomolino M.V & Heaney L.R. (2004) Fronties of Biogeography: New Directions in
the Geography of Nature. Stamford: Sinauer Associates, Inc.
3. William P. Cunninggham & Barbara Woodworth Saigo. (2001) (6 th edt)
Environmental science: a global concern. New York: NY 10020: McGraw-Hill
Companies. Inc.

“Selamat belajar dan selamat maju jaya“

-8-

Anda mungkin juga menyukai