Anda di halaman 1dari 53

1

Kandungan​ ​Bab​ ​Ini 


Giordano​ ​Bruno​ ​Dan​ ​Galileo​ ​Galilei 3
Pendapat​ ​Agamawan​ ​Terhadap​ ​Evolusi 7
Gereja​ ​Kristian​ ​dan​ ​Evolusi 8
Agama​ ​Wahabi​ ​Salafi​ ​Dan​ ​Evolusi 11
Beberapa​ ​Agamawan​ ​Sunni​ ​dan​ ​Evolusi 15
Agamawan​ ​Syiah​ ​Dan​ ​Teori​ ​Evolusi 21
Shaikh​ ​Jafar​ ​Sobhani 21
Sayyid​ ​Ali​ ​Sistani 23
Sayyid​ ​Muhammad​ ​Shirazi​ ​Dan “Dialognya”​ ​Bersama​ ​Darwin 36
Adakah​ ​Teori​ ​Penciptaan​ ​(Creationism)​ ​Dapat​ ​Diterima​ ​Oleh​ ​Metod
Saintifik? 49

2
Para utusan dari syurga sentiasa ditentang oleh "orang-orang agama" yang mengambil
keutungan dari agama di zaman mereka. Bilakah manusia akan menyedari hal ini agar
1
mereka​ ​tidak​ ​jatuh​ ​ke​ ​perangkap​ ​yang​ ​sama​ ​sekali​ ​lagi?

Giordano​ ​Bruno​ ​Dan​ ​Galileo​ ​Galilei

Giordano Bruno (1548 - 1600) adalah seorang ahli falsafah Itali. Beliau mempercayai
bahawa bumi berputar mengelilingi matahari, dan beliau memperkenalkan ​Model
Copernican berkenaan putaran bumi, Bruno kemudiannya dipenjarakan oleh para
agamawan Gereja Kristian. Setelah itu, mereka memotong lidahnya, menyeksa dan
membunuh beliau kerana mengatakan bumi berputar mengelilingi matahari, sementara
agamawan gereja mempercayai bahawa matahari dan planet-planet berputar
mengelilingi​ ​bumi.

Galileo Galilei (1564-1642) adalah seorang profesor matematik di Universiti Pisa. Pada
permulaan abad ke 17, beliau mencerap langit dengan teleskop yang dibina oleh beliau,
dan beliau mendapati sememangnya bumi berputar mengelilingi matahari, namun
Gereja Katolik melihat teori ini tidak selari dengan Injil. Jadi mereka mendakwa Galileo
atas kesalahan ajaran sesat, sebuah dakwaan yang selalunya diberikan kepada
sesiapa yang menentang Gereja. Pada mulanya beliau dipenjarakan, dan kemudiannya
diletakkan di bawah tahanan rumah serta dilarang mengajar atau memberi syarahan.
Buku-buku beliau diharamkan dan beliau meninggal dunia di rumahnya. Ini semua
angkara para agamawan, manusia "cerdik pintar" yang tahu segalanya, dan tahu
2
dengan​ ​yakin bahawa​ ​bumi​ ​tidak​ ​berputar​ ​sama​ ​sekali!!

1
​Dikisahkan bahawa ahli astronomi ​Bertrand Russell ​sedang memberi kuliah tentang bagaimana bumi
berputar mengelilingi matahari. Seorang wanita tua berdiri dan berjalan ke arah beliau dan berkata:
"Apa yang kamu katakan adalah mengarut. Bumi sebenarnya diletakkan di atas seekor penyu."
Bertrand bertanya: "Lalu, di atas apakah penyu itu berdiri?" Wanita itu mengejek cara berfikir beliau,
lalu​ ​berkata:​ ​"Kamu​ ​adalah​ ​seorang​ ​lelaki​ ​muda​ ​yang​ ​pintar,​ ​tapi​ ​ia​ ​adalah​ ​penyu​ ​keseluruhannya!"

Wanita tua ini dan orang lain yang sepertinya tidak mereka-reka "kisah penyu" ini dari diri mereka
sendiri - namun mereka memperolehinya dari agamawan di zaman mereka. "Penyu-penyu"
agamawan ini sebenarnya sangat banyak. Mereka berada di setiap jalan, "penyu-penyu" yang
diciptakan untuk sesiapa yang tidak mahu menggunakan akal mereka dengan betul untuk mengetahui
kebenaran, kebenaran yang hakiki, selain dari apa yang diwarisi oleh nenek moyang mereka, atau
yang diberitahu kepada mereka oleh para agamawan di setiap zaman. Di dalam bab yang pertama ini,
kita akan meneliti beberapa "penyu" yang telah dijual oleh para agamawan ini kepada kita, dan terus
menjualnya​ ​dengan​ ​cara​ ​yang​ ​berbeza,​ ​atau​ ​di​ ​dalam​ ​samaran​ ​baru.
2
​ ​Penterjamah:​ ​Ini​ ​adalah​ ​kata-kata​ ​sindiran​ ​Sayed​ ​Ahmed​ ​Al-Hasan​ ​kepada​ ​para​ ​agamawan​ ​Gereja
Kristian,​ ​yang​ ​kononnya​ ​lebih​ ​mengetahui​ ​hal​ ​ini​ ​dari​ ​Galileo
3
Adakah mana-mana Kristian di zaman itu akan mempercayai Galileo, yang dikenali
sebagai seorang yang sesat di sisi Gereja, adalah seorang yang lebih berilmu dari
agamawan Kristian yang memiliki "Persamaan (matematik) Teologi yang Ajaib", yang
tidak dapat difahami oleh sesiapa pun, iaitu ​Tuhan itu tiga orang, setiap satu dari
mereka adalah Tuhan, seorang mengutuskan seorang yang lain, namun mereka
adalah satu?! Mereka telah meyakinkan lebih dari satu bilion Kritistian tentang hal ini,
walaupun kesalahan persamaan teologi ajaib ini tidak salah lagi sebagai 1+1=2! Jadi
mengapa mereka tidak dapat meyakinkan orang Kristian selama ratusan tahun bahawa
dakwaan seorang sesat lagi dhaif seperti Galileo - yang mengatakan bahawa bumi
berputar​ ​-​ ​juga​ ​sebagai​ ​dakwaan​ ​yang​ ​salah?!

Akhirnya, Gereja secara rasmi memohon maaf kepada Galileo, namun ini selepas
ratusan tahun kematian beliau, dan hanya setelah putaran bumi menjadi satu fakta
kepada semua orang. Jadi sebelum para pengikut Kristian akan meninggalkan Gereja,
akhirnya​ ​Gereja​ ​terpaksa​ ​meyakini​ ​bahawa​ ​bumi​ ​berputar.

Di abad ke dua puluh, Gereja Katolik memohon maaf kepada Galileo, dan beliau
dibebaskan dari jenayah besarnya, iaitu jenayah kerana meyakini: "Sememangnya,
bumi​ ​berputar."

Setelah hampir empat abad kemudian, setelah semuanya telah berlaku, Galileo adalah
seorang penjenayah yang telah dibebaskan dari jenayahnya: kerana menyebut bumi
berputar mengelilingi matahari! Hari ini beliau bukan lagi seorang sesat, dan menurut
Gereja, kenyataan beliau bukan lagi bersifat sesat! Jadi Giordano Bruno telah dibunuh
kerana menyatakan kebenaran, dengan kata lain, Gereja adalah pembunuh yang
menumpahkan darah manusia tidak bersalah! Kesimpulan yang tidak dapat dielakkan
adalah, kenyataan Gereja yang bercanggahan dengan Galileo adalah kesesatan yang
sebenar.​ ​Jadi​ ​realitinya,​ ​Gereja​ ​adalah​ ​entiti​ ​kesesatan​ ​selama​ ​empat​ ​abad.

Persoalan kepada Kristian di hari ini adalah, adakah mungkin Gereja kamu juga telah
melakukan kesalahan berkenaan ketuhanan Jesus Kristus, Roh Qudus dan Bapa,
tanggapan bahawa Tuhan adalah tiga entiti, sedangkan wujud Kristian yang
membangkangnya? Dan adakah mungkin suatu hari nanti kamu akan mendapati
bahawa Saint Arius, yang dianggap sesat oleh Gereja kerana menafikan ketuhanan
mutlak Jesus Kristus, bukan sebenarnya seorang yang sesat? Adakah akan menjadi
jeas pada kamu, bahawa yang sesat sebenarnya adalah Gereja yang menentang Arius,
sama​ ​kesnya​ ​dengan​ ​Bruno​ ​dan​ ​Galileo?!

Saya risau bahawa hari tersebut mungkin akan tiba terlalu lewat untuk memperbetulkan
perkara ini, malah, untuk berpeluang sama sekali memperbaiki perkara ini. Bukankah
setiap Kristian patut mencari kebenaran sementara masih hidup? Carilah sendiri
(kebenaran) dan janganlah mengikuti pendapat Gereja, yang terbukti berdasarkan
pengakuan mereka sendiri, bahawa merekalah yang sesat seperti di dalam kes Galileo
selama​ ​hampir​ ​empat​ ​abad.

4
Dan seperti seorang pengembala yang membawa kambingnya untuk meragut rumput
ketika matahari terbenam sementara pengembala yang lain telah pun pulang, kita
menemui semula kisah Galileo pada ulama-ulama besar Wahabi dipertengahan abad
kedua puluh. Saya meragui mereka mengetahui apa-apa tentang Galileo, kerana jika
mereka kenal, maka mereka pasti telah menuduh beliau sebagai pensyirik paling besar
kerana menyatakan bumi berputar, yang bercanggah dengan pemahaman mereka.
Kisah mereka diceritakan melalui rumusan ringkas fatwa-fatwa mereka yang
menunjukkan kejahilan mutlak: walaupun manusia telah pergi ke bulan dalam abad ke
dua puluh, dan angkasawan telah pun pulang bersama imej bumi yang berputar, namun
kepada​ ​ulama​ ​Wahabi,​ ​mereka​ ​tetap​ ​bertegas​ ​bahawa​ ​bumi​ ​tidak​ ​berputar​ ​sama​ ​sekali!

Fatwa​ ​mereka​ ​adalah​ ​seperti​ ​berikut:

Soalan​ ​untuk​ ​Muhammad​ ​Ibn​ ​Uthaymeen:

Semoga Allah merahmati kamu. Ini adalah soalan dari seorang pendengar,
Ibtissam Muhammad Ahmed dari Al-Anbar, Iraq. Beliau bertanya, "Apakah
maksud firman Allah: [ Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau
menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya
awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu
dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia Amat Mendalam
PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.] [Al-Naml:88]. Adakah ayat ini
bukti​ ​bumi​ ​berputar?"

Syeikh Ibn Uthaymeen menjawab: ... kami katakan bahawa teori berkenaan siang
dan malam bersilih ganti adalah disebabkan bumi berputar mengelilingi matahari
adalah terbatal kerana menyanggahi makna zahir Quran.. Malahan, terbukti
bahawa Nabi [Muhammad] (saw) berkata kepada Abu Dzar (semoga Allah
meredhainya) ketika matahari terbenam: "Adakah kamu tahu ke mana matahari
pergi?" Abu Dzar berkata, "Tuhan dan utusanNya lebih mengetahui." Baginda
bersabda, "Ia pergi dan sujud di bawah Arash." Riwayat ini membuktikan bahawa
mataharilah yang bergerak mengelilingi bumi, kerana perkataan: "Adakah kamu
tahu​ ​ke​ ​mana​ ​matahari​ ​pergi?"

Sebagai tambahan, baginda bersabda di dalam riwayat yang disebutkan: "Ini jika
ia diberi kebenaran. Jika tidak, maka akan dikatakan kepadanya, "Pulanglah
kepada mana yang kamu suka," jadi ia akan terbit dari tempat terbitnya." Ini
adalah bukti bahawa matahari adalah entiti yang berputar mengelilingi bumi. Dan
inilah yang harus dipercayai oleh orang beriman berdasarkan makna zahir
5
kata-kata Tuhan mereka yang Maha Mengetahui, tanpa perlu mengambil kira teori
rosak yang akan ditelan oleh zaman, seperti mana ia telah menimbus teori-teori
rosak​ ​yang​ ​lain.​ ​Inilah​ ​apa​ ​yang​ ​kami​ ​percayai​ ​berkenaan​ ​perkara​ ​ini..​.

Apa yang penting berkenaan perkara ini adalah, kita harus percaya bahawa
matahari mengelilingi bumi, dan pertukaran siang malam bukan disebabkan oleh
putaran bumi, tetapi ia disebabkan oleh matahari mengelilingi bumi."
(Binothaimeen.net​ ​2004,​ ​sumber​ ​bahasa​ ​Arab)

Lihatlah Ibnu Uthaymeen di abad ke dua puluh mengatakan bahawa bumi berputar atau
mengelilingi matahari adalah sebuah teori yang akan ditelan zaman, namun akhirnya,
zaman pula yang telah menelan Ibnu Uthaymeen dan menanam beliau. Hari ini, semua
orang kecuali orang-orang malang yang telah dieksploitasi Ibn Uthaymeen dan yang
seangkatan dengan beliau, mengetahui bahawa bumi berputar mengelilingi matahari.
Namun agak menyedihkan, apabila ada sesetengah dari mereka yang mempelajari
fizik,​ ​namun​ ​mereka​ ​masih​ ​mempercayai​ ​bumi​ ​tidak​ ​berputar!

Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz menyatakan perkara yang sama seperti yang
dikatakan​ ​Ibn​ ​Uthaymeen:

Saya juga mengesahkan artikel dengan beberapa sebutan dari Allamah Ibn
Al-Qayyim yang membuktikan bumi ini bulat. Namun berkenaan putaran bumi,
saya telah menafikan perkara ini dan menjelaskan bukti yang mengesahkan
kebatilannya, namun saya tidak mengisytiharkan mereka yang mempercayainya
sebagai kafir, saya hanya melakukan sedemikian kepada mereka yang
mengatakan matahari itu statik dan tidak bergerak. Ini kerana ia bercanggahan
dengan teks yang jelas di dalam Quran dan Sunnah yang sahih, yang
mengesahkan bahawa matahari dan bulan bergerak pada jalan mereka.
(binbaz.org.sa​ ​1977)

Jelas bahawa dengan menyebutkan matahari berputar, Ibn Baz cuba untuk
mengatakan bahawa ia berputar mengelilingi bumi seperti mana yang dilakukan oleh
bulan, kerana beliau mempercayai bumi itu tidak bergerak dan tidak berputar. maka,
tiada cara untuk malam dan siang itu terjadi melainkan matahari berputar mengelilingi
bumi.

Sesiapa sahaja yang mengikuti orang-orang ini dan berkongsi kepercayaan mereka,
perlu berfikir semula. Mereka mengatakan teori bumi mengelilingi matahari adalah
rosak, namun sekarang ia telah menjadi jelas bahawa kata-kata dan kepercayaan
mereka lah yang rosak. Jadi, tidak mahukah kalian memikirkan semula sebelum ianya
terlambat? Mungkin kenyataan mereka tentang kekhalifahan Allah di bumiNya selepas
Muhammad juga salah, seperti kenyataan mereka tentang bumi tidak mengelilingi
matahari. Bumi yang dikatakan oleh Ibn Uthaymeen, Ibn Baz dan semua ulama Wahabi
sebagai tidak berputar, sememangnya berputar. Berhati-hatilah, kerana di Hari
Kebangkitan, penyesalan tidak lagi membawa faedah, dan kamu mungkin akan
6
mendapati kekhalifahan Tuhan di bumiNya selepas Muhammad (saw) itu benar, dan
apa yang disebutkan Ibn Uthaymeen dan Ibn Baz adalah batil, seperti mana fahaman
songsang​ ​mereka,​ ​apabila​ ​mereka​ ​mengatakan​ ​matahari​ ​mengelilingi​ ​bumi:

"Apa yang penting berkenaan perkara ini adalah, kita harus percaya bahawa
matahari mengelilingi bumi, dan pertukaran siang malam bukan disebabkan oleh
putaran​ ​bumi,​ ​tetapi​ ​ia​ ​disebabkan​ ​oleh​ ​matahari​ ​mengelilingi​ ​bumi."

Kepada manusia yang mengikuti mereka, semoga Allah mengubah keadaan kamu.
Berhati-hatilah, mungkin mereka juga telah mempersembahkan agama kepada kamu
secara​ ​songsang,​ ​seperti​ ​yang​ ​telah​ ​mereka​ ​lakukan​ ​dalam​ ​perkara​ ​bumi​ ​dan​ ​matahari.

Di sini saya akan tamatkan perbincangan berkaitan Galileo, putaran bumi, dan para
agamawan Kristian dan Wahabi. Saya hanya mahukan para pembaca untuk mengingati
pengajaran​ ​ini​ ​ketika​ ​kita​ ​membincangkan​ ​pendapat​ ​mereka​ ​tentang​ ​evolusi.

Pendapat​ ​Agamawan​ ​Terhadap​ ​Evolusi

Malangnya, kebanyakan ulama dari tiga agama Ibrahimi (Yahudi, Kristian dan Islam)
telah mengambil pendirian yang sama terhadap teori Darwin, sama seperti pendirian
mereka terhadap pendahulu beliau, Galileo. Seperti mana masa berlalu terhadap teori
Galileo berkenaan bumi berputar, yang telah mengakibatkan tragedi disebabkan oleh
para agamawan yang menentangnya, yang menumpahkan darah para saintis, namun
kini, bukti tentang pemutaran bumi semakin bertambah sehingga ke tahap wujudnya
imej bumi berputar di angkasa lepas, yang membuktikan fakta tersebut. Sama juga kini,
masa sudah membuktikan evolusi, dan bukti-bukti saintifik (seperti genetik) telah
terkumpul banyak sehingga ke tahap penafian evolusi kini adalah satu kebodohan dan
kedegilan yang hina. Bagaimanapun, ramai agamawan masih terus bergantung kepada
kejahilan manusia yang mendengar dan mengikuti mereka. Malangnya, sehingga hari
ini, mereka masih terus menolak evolusi, bukti-bukti dari genetik dan anatomi
perbandingan, serta kajian ke atas haiwan-haiwan yang tertanam, malah mereka
menolak bukti warisan fosil yang dikesan sehingga ke makhluk yang berjalan tegak di
atas​ ​dua​ ​kaki,​ ​jutaan​ ​tahun​ ​yang​ ​lepas.

Bagi ahli biologi, semua bukti ini adalah lebih dari mencukupi untuk membuktikan
evolusi, dan kini, ia telah menjadi satu fakta saintifik, yang diajarkan di sekolah dan
universiti. Ahli biologi tidak lagi mencari bukti untuk evolusi, sebaliknya mereka kini
menyiasat mekanisma dan sejarahnya. Walaupun begitu, ramai agamawan terus
menerus menolaknya tanpa sebarang bukti saintifik untuk menentang bukti evolusi.
Mereka tidak berpuas hati dengan hanya menolaknya, malah sesetengah mereka juga
mengisytiharkan sesiapa yang mempercayai evolusi adalah kafir dan harus dihukum
mati!

7
Kita akan menanggapi persoalan evolusi secara ringkas dan bukti yang mendukungnya,
namun jika mereka yang memanggil diri mereka agamawan ingin menolak teori evolusi,
maka haruslah mereka memberikan teori alternatif yang konsisten dengan fakta saintifik
yang telah diterima dalam bidang genetik, perbandingan anatomi dan fosil-fosil.
Sebagai contoh, jika mereka melihat ​ikan berparu​ dan ikan amfibia, maka beritahu
kepada kami: Adakah mereka berevolusi dari ikan akuatik (ikan dalam air sepenuhnya)
atau​ ​tidak?​ ​Dan​ ​apakah​ ​bukti​ ​bagi​ ​pandangan​ ​mereka​ ​tersebut?

Mereka juga haruslah menentukan tempoh masa kehidupan manusia dari penciptaan
Adam (salam atasnya) hingga ke hari ini. Ini penting kerana tempoh masa yang
diberikan perlu konsisten dengan kenyataan mereka yang menolak evolusi serta
konsisten dengan fakta saintifik berkenaan sejarah ​genus Homo (pent: keluarga spesis
manusia dan kelompoknya dari Mawas Besar jutaan tahun lepas) di bumi ini. Kini tidak
dapat dinafikan lagi fakta saintifik bahawa manusia moden adalah ​Homo Sapien​. Asal
usul homo sapien dan sejarah mereka, serta jalan migrasi mereka dari Afrika adalah
sangat terkenal, jadi mereka yang menafikan evolusi sepatutnya memberikan anggaran
tarikh bila Adam diciptakan, dan lokasi pertama beliau tinggal. Malah, anggaran lokasi
juga​ ​boleh​ ​diterima.

Sudah tentu, tarikh yang mereka berikan mestilah berasaskan teks agama yang mereka
dakwa menafikan evolusi. Kemudian mereka akan mendapati dengan sendirinya
bahawa mereka "membuka semula benang yang mereka pintal", dan mereka akan
mendapati mereka tidak mempunyai hujah atau bukti, selain dari mencetuskan keegoan
dan keangkuhan manusia dengan kenyataan seperti, "Evolusi mendakwa manusia
berasal​ ​dari​ ​kera."

Gereja​ ​Kristian​ ​dan​ ​Evolusi

Walaupun mereka mungkin tidak mengeluarkan kenyataan rasmi untuk perkara ini, atau
mengeluarkan sebarang pendapat tentang apa yang dipersembahkan oleh Teori
Evolusi, Gereja Katolik telah menolak teori ini selama berdekad lamanya, walaupun
hakikatnya teori ini berkait rapat dengan topik penciptaan, isu paling penting dalam
agama. Malah, Teori Evolusi secara terang bercanggahan dengan kisah biblikal (Injil)
Genesis​ ​/​ ​Kelahiran.

Pendirian yang sama turut diambil oleh kelompok gereja yang lain, apabila mereka
menolak Teori Evolusi walaupun sesetengah dari mereka tidak menyebutnya secara
terbuka. Sebabnya sangat jelas; iaitu masa telah berubah. Inquisition, (Badan
anti-bidaah yang ditubuhkan Gereja Katolik Rom) telah ditamatkan, jadi peluang untuk
memotong lidah Darwin seperti mana yang dilakukan kepada Bruno, atau untuk
memenjarakan beliau seperti Galileo juga turut berakhir. Jadi mereka terpaksa berdiam
diri. Lama-kelamaan, apabila bukti yang menyebelahi evolusi telah bertambah secara

8
signifikan, terutamanya setelah kemajuan di dalam bidang genetik, Gereja Katolik
terpaksa​ ​menerima​ ​teori​ ​tersebut.

Kemudian ulama Katolik mula mengatakan bahawa mereka tidak pernah menentang
Darwin, atau Teori Evolusi. Namun hakikatnya, mereka tidak memotong lidah Darwin
atau membakarnya ketika itu kerana kekuasaan Gereja di Eropah telah berakhir. Hari
ini, mereka terpaksa menerima Teori Evolusi walaupun ia menandakan "kematian"
kepada agama Gereja Kristian, kerana pembuktiannya hanya didebatkan oleh segelintir
kecil orang yang jahil, yang tidak memahami apa itu evolusi dan bagaimana ia berlaku,
dan orang yang tidak memahami bahawa Teori tersebut telah berbeza dari apa yang
dipersembahkan​ ​oleh​ ​Darwin​ ​pada​ ​awalnya.

Sebenarnya, satu-satunya yang tinggal dari apa yang beliau persembahkan adalah
konsep umumnya, kerana perinciannya, kaedah teori, bukti dan keterangan evolusi
semuanya baru wujud kerana kemajuan dalam sains dan kajian. Jadi bagi mereka yang
mempercayai teori ini, ia kini mewakili risalah saintifik yang disempurnakan yang
menerangkan kisah penciptaan, tanpa perlu kepada apa-apa campur tangan ghaib
dalam​ ​penyempurnaannya,​ ​malah​ ​permulaannya.

Oleh itu, Teori Evolusi dipersembahkan pada hari ini sebagai sebuah Teori yang
menyangkal agama dan kewujudan Tuhan. Tiada siapa pun boleh mendakwa
menerima evolusi dan agama tanpa menyelesaikan konflik yang menghalang dari
menerima kedua-duanya. Cara Teori Evolusi dipersembahkan, difahami dan dipandang
hari ini oleh ahli biologi evolusi menunjukkan bahawa evolusi itu tidak bermatlamat pada
jangka​ ​masa​ ​panjang,​ ​jadi​ ​ia​ ​tidak​ ​dapat​ ​disatukan​ ​dengan​ ​agama.

Dengan kata lain, tiada siapa yang dapat mengatakan mereka menerima secara mutlak
Teori Evolusi, bersama implikasi yang diakibatkan darinya, contohnya, seperti ia tidak
mempunyai matlamat dalam jangka masa panjang, dan dalam masa yang sama, terus
berkeras bahawa mereka menerima agama. Ini adalah percanggahan secara
terang-terangan di peringkat paling asas, ia tidak akan disebutkan oleh seseorang yang
rasional dan berilmu tanpa pertama sekali menyelesaikan percanggahan ini, agar
dakwaan mereka menjadi benar, boleh diterima dan logik. Inilah sebabnya saya
katakan penerimaan Teori Evolusi oleh Gereja, sesuatu yang ia terpaksa lakukan, boleh
membawa pengakhiran kepada agama Gereja Kristian melainkan jika Gereja dapat
menyelesaikan percanggahan ini dengan membuktikan evolusi mempunyai matlamat
dalam​ ​jangka​ ​masa​ ​panjang.

Sudah tentu mereka tidak memahami perkara ini, kerana malangnya, ramai dari mereka
tidak memahami apa sebenarnya evolusi, atau bagaimana Teori Evolusi
dipersembahkan​ ​pada​ ​hari​ ​ini.

9
Berikut adalah sebuah segmen perdebatan antara Dr. Richard Dawkins dan George
Pell, seorang Kardinal Australia untuk Gereja Katolik Roma dan juga Ketua Biskop
Sydney,​ ​Australia:​ ​*

Kardinal Pell: ...Anda perlu menerangkan fakta-fakta sains, bertanya


samada anda percaya bahawa pemilihan rambang itu memadai dan juga
kebanyakan​ ​ahli​ ​biologi​ ​evolusi​ ​tidak​ ​mempercayainya.

Richard​ ​Dawkins:​ ​Tidak​ ​percaya​ ​apa?

Kardinal Pell ​: Mereka tidak mempercayai (evolusi) secara rambang,


seperti​ ​versi​ ​mentah​ ​yang​ ​anda​ ​cadangkan.

Richard Dawkins: Saya tidak mencadangkannya (kerambangan evolusi)


dan saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa evolusi adalah pemilihan
rambang.​ ​Evolusi​ ​adalah​ ​pemilihan​ ​tidak​ ​rambang.

Kardinal​ ​Pell​:​ ​Jadi​ ​ianya​ ​ada​ ​matlamat,​ ​begitu?

Richard​ ​Dawkins:​ ​Tidak.

Kardinal​ ​Pell​:​ ​Boleh​ ​anda​ ​terangkan​ ​apa​ ​maksud​ ​tidak​ ​rambang?

Richard Dawkins: Ya, sudah tentu saya boleh. Ia adalah hasil kerja seumur
hidup saya... Wujud variasi genetik yang rambang, kelansungan hidup
tidak rambang dan pembiakan tidak rambang, inilah sebabnya, setelah
beberapa generasi berlalu, haiwan menjadi lebih baik dalam apa yang
mereka lakukan. Ini adalah contoh unggul ketidak rambangan (evolusi). Ini
bagaimanapun tidak bermakna ia mempunyai matlamat dalam erti kata
matlamat yang difahami manusia, iaitu satu prinsip yang mempunyai
bimbingan, yang dirancang terlebih dahulu. (Pent: Evolusi itu tidak
rambang dalam erti kata makhluk menjadi lebih baik dari setiap zaman
akibat pemilihan terancang oleh alam semulajadi, bukanlah bermakna ia
dirancang​ ​sebegitu​ ​oleh​ ​kuasa​ ​ghaib​ ​sejak​ ​awal​ ​lagi).

10
Berdasarkan pengalaman lalu, kita boleh katakan sesuatu seperti sayap
burung nampak seperti mempunyai matlamat, mata manusia seolah-olah
mempunyai matlamat, namun hakikatnya ia telah melalui satu proses
pemilihan semula jadi yang tidak rambang. Tidak wujud "matlamat" seperti
pemahaman (atau yang difahami) manusia. Sememangnya wujud
seolah-olah ada matlamat, namun ia bukan seperti yang difahami manusia,
iaitu bimbingan secara sedar. Bagaimanapun saya harus tegaskan, Evolusi
Darwini​ ​adalah​ ​sebuah​ ​proses​ ​yang​ ​tidak​ ​rambang.

Salah satu dari salah faham terbesar, yang mana ​dimulakan oleh Kardinal,
maaf saya katakan, adalah evolusi sebuah proses rambang. Hakikatnya ia
adalah berlawanan dengan proses rambang." (Religion and Atheism Q & A
:​ ​Adventures​ ​in​ ​democracy​ ​2012)

Jelas bahawa Kardinal menyertai debat bersama Dr. Dawkins tanpa memahami evolusi
atau apa yang dipegang oleh biologis evolusi seperti Dawkins: evolusi adalah tidak
rambang kerana ia ditadbir oleh sistem pemilihan alam semulajadi, namun ia tidak
mempunyai​ ​matlamat​ ​dalam​ ​jangka​ ​masa​ ​panjang.

Agama​ ​Wahabi​ ​Salafi​ ​Dan​ ​Evolusi

Abdul​ ​Aziz​ ​Ibn​ ​Abdullah​ ​Ibn​ ​Baz​ ​menjawab​ ​soalan​ ​berikut​ ​tentang​ ​evolusi:

Soalan: Saya sentiasa terdengar dan terbaca bahawa manusia adalah monyet di
awalnya, kemudian melalui beberapa peringkat dan bertukar menjadi manusia
moden yang kita ketahui hari ini. Adakah ini logik atau tidak? Dan adakah asal
usul manusia adalah monyet dalam erti kata, asal usul pembentukan jasadnya
adalah sama dengan manusia? Mohon berikan manfaat kepada kami, semoga
Allah​ ​mengganjari​ ​anda​ ​dengan​ ​kebaikan,

Jawapan​ ​(oleh​ ​Sheikh​ ​Ibn​ ​Baz):

(Dengan​ ​nama​ ​Allah,​ ​yang​ ​maha​ ​Pengasih​ ​Lagi​ ​Pengasihani)

Solawat​ ​dan​ ​salam​ ​ke​ ​atas​ ​Nabi​ ​dan​ ​keluarganya...

11
Kenyataan yang disebut oleh si penanya adalah tertolak dan terbatal. Ia
bertentangan dengan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya serta kesepakatan
kumpulan salaf (generasi awal selepas Nabi Muhammad). Dan kenyataan ini
telah terkenal dari seorang yang bernama Darwin - dan beliau adalah seorang
pendusta​ ​dalam​ ​apa​ ​yang​ ​beliau​ ​katakan.

Hakikatnya, asal usul manusia adalah diketahui. Asal usulnya bukan monyet
atau haiwan lain. Asal usul kita adalah manusia - berdiri tegak, cerdik - Allah
menciptakan beliau dari tanah liat, dari bumi. Itulah bapa kita, Adam, salam ke
atasnya,​ ​Allah​ ​menciptakan​ ​beliau​ ​dari​ ​tanah.

Seperti firman Allah: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari
pati​ ​dari​ ​tanah.” (Mukminun​ ​23​ ​:12)

Beliau diciptakan dari tanah. Allah menciptakan beliau berdasarkan imejNya -


tinggi beliau adalah 60 hasta (90 kaki). Kemudian ciptaan ini mula berkurangan
ketinggiannya sehingga sekarang. Jadi anak-anak Adam adalah seperti beliau -
dicipta dalam bentuk bapanya (Adam). Mereka mempunyai pendengaran,
penglihatan, mereka mempunyai akal dan mereka mempunyai tubuh seperti
kamu​ ​lihat​ ​hari​ ​ini​ ​-​ ​mereka​ ​berjalan​ ​dengan​ ​kakinya.

Mereka bercakap, mendengar, melihat dan makan dengan tangan mereka.


Mereka tidak berbentuk seperti monyet, atau bersifat sepertinya. Manusia
mempunyai bentuk khusus yang bersesuaian dengan mereka. Dan begitu juga
setiap​ ​spesis:

Monyet adalah spesis yang berbeza. Khinzir adalah spesis berbeza. Sama juga
dengan​ ​anjing,​ ​keldai,​ ​kucing​ ​dan​ ​spesis​ ​lain.

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun
burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat
seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini;

12
kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka.”
(Al-Anam​ ​6:38)

Spesis-spesis ini - semua mereka akan dihimpukan di hadapan Allah dan


dikumpulkan bersama di Hari Kebangkitan - sesetengah mereka akan
memberikan​ ​kesaksian​ ​tentang​ ​kumpulan​ ​lain.

Kemudian​ ​akan​ ​dikatakan​ ​kepada​ ​mereka​ ​(haiwan-haiwan)​ ​:​ ​Jadilah​ ​tanah!

Jadi mereka semua akan menjadi tanah - kecuali jin dan manusia - situasi
mereka adalah berbeza. Mereka akan dihisab dan diberi balasan untuk tindakan
mereka. Jadi sesiapa yang mentaati Tuhannya (menjadi Muslim) maka dia akan
ke​ ​syurga.

Manakala, sesiapa yang kafir pada TuhanNya ( ​sebagai contoh, dengan


menyembah selainNya atau tidak mempercayai kewujudanNya), maka dia akan
ke neraka. Berkenaan haiwan-haiwan ini pula, mereka adalah spesis yang
berbeza. Monyet adalah spesis berbeza yang mempunyai sifatnya yang
tersendiri, asal usul tersendiri, perwatakan tersendiri. Sama juga khinzir, anjing,
keldai, unta, lembu dan bebiri. Sama juga dengan spesis lain, setiap mereka
mempunyai perwatakan dan bentuk yang berbeza, yang Allah telah tentukan
untuknya - Dia bebas dari segala kelemahan dan kekurangan - dan Dia adalah
Maha​ ​Bijaksana​ ​dan​ ​Mengetahui.​ ​Dia​ ​melihat​ ​perincian​ ​yang​ ​terbaik.

Perincian struktur badan mereka - Dia lebih mengetahui perkara ini dari semua
orang - Dia Maha Tinggi dan bebas dari segala kelemahan dan kekurangan.
Namun adalah wajib bagi seorang hamba mempercayai penciptaan Adam bukan
seperti penciptaan monyet. Dan asal usul Adam mempunyai asal yang sama
seperti manusia hari ini - asal beliau bukan seekor monyet, bukan juga haiwan
lain.​ ​Malah​ ​beliau​ ​adalah​ ​manusia,​ ​tegak​ ​badannya.

Beliau mempunyai akal, pendengaran, penglihatan, serta deria-deria lain seperti


bau, sentuhan, rasa dan apa yang Allah ciptakan bersamanya. Jadi kenyataan
bahawa asal usul beliau adalah monyet adalah satu kenyataan yang terbatal dan
ditolak. Dan jika kita katakan bahawa orang yang menyebut perkara ini telah

13
kafir, maka pengkafiran ini mempunyai asas yang kuat. Apa yang jelas - Allah
lebih mengetahui - adalah sesiapa sahaja yang menyebutkan perkara ini
sedangkan beliau mengetahui syariat (Quran dan Sunnah), maka beliau adalah
seorang kafir kerana telah mendustakan Allah dan utusanNya serta kitab Allah.
Dia​ ​maha​ ​tinggi​ ​dan​ ​bebas​ ​dari​ ​kelemahan​ ​dan​ ​kekurangan. (Ibn​ ​Baz​ ​1977)

Malangnya Ibn Baz dan ramai syeikh Wahabi terus ketinggalan dalam kemampuan
mereka untuk memahami. Beliau cuba untuk memberi jawaban balas kepada sebuah
isu saintifik yang terbukti dengan bukti-bukti saintifik dengan menggunakan teks-teks
agama yang tidak jelas, yang boleh difahami dengan cara yang selari dengan sains.
Dan ini adalah pengulangan yang sama seperti kenyataan Ibn Baz dalam hal putaran
bumi.​ ​Apa​ ​yang​ ​patut​ ​kita​ ​sebutkan​ ​tentang​ ​ini?!

Walaupun Ibn Baz menolak Teori Evolusi, beliau menerimanya secara tidak sengaja
apabila​ ​beliau​ ​menyebutkan​ ​tentang​ ​manusia​ ​seperti​ ​berikut:

Beliau diciptakan dari tanah. Allah menciptakan beliau berdasarkan imejNya -


tinggi beliau adalah 60 hasta (90 kaki). Kemudian ciptaan ini mula berkurangan
ketinggiannya​ ​sehingga​ ​sekarang.

Selain dari hakikat bahawa fakta ini dipenuhi dengan kejahilan dan kesalahan, apa
yang menarik minat saya di sini adalah Ibn Baz mengatakan ketinggian manusia telah
berubah dari 60 hasta kepada ketinggian kita sekarang. Dengan itu, beliau telah
menerima Teori Evolusi, khususnya kerana perubahan saiz badan ini adalah kesan
langsung​ ​dari​ ​evolusi.​ ​Saya​ ​ulangi:

Dakwaan ketinggan manusia sebelumnya adalah 60 hasta adalah tidak benar dan
salah, dan kenyataan beliau tentang jasad Adam dicipta dari imej Tuhan adalah bersifat
3
antromorfik yang mana tidak benar, dan kepercayaan sesiapa sahaja yang
mempercayai​ ​antromorfikasi​ ​telah​ ​tersesat.

Saya rasa tidak perlu untuk menyatakan selebihnya kenyataan para Wahabi seperti Ibn
Uthaymeen kerana mereka berkeras bahawa teori evolusi batil, dan mereka
3
​ ​Pent:​ ​mencirikan​ ​sesuatu​ ​dengan​ ​sifat​ ​atau​ ​bentuk​ ​manusia,​ ​dalam​ ​kes​ ​ini,​ ​mencirikan​ ​Tuhan​ ​dengan
bentuk​ ​manusia
14
mengisytiharkan sesiapa sahaja yang mempercayainya sebagai kafir, walaupun mereka
tidak memberikan sebarang bukti saintifik untuk menafikan teori tersebut. Ini tidak
menghairankan datang dari mereka, kerana telah menjadi cara ganas dan tidak
berperikemanusiaan syeikh-syeikh Wahabi untuk mengkafikan orang lain dan
memberikan para pengikut mereka - para pembunuh - kebenaran untuk membunuh
mereka yang kafir itu. Kaedah mereka ini adalah bukti terbesar kekalahan mereka
secara ideologi, intelektual dan saintifik. Mereka tidak mempunyai kemampuan untuk
memahami apa yang dipersembahkan oleh umat manusia yang lain, apatah lagi untuk
memberi​ ​respon​ ​dengan​ ​cara​ ​saintifik.

Beberapa​ ​Agamawan​ ​Sunni​ ​dan​ ​Evolusi

Universiti Al-Azhar yang mewakili aliran Sunni Asyari dan Maturidi telah terkenal kerana
menolak Teori Evolusi. Berikut adalah beberapa kenyataan dari graduan Al-Azhar yang
kononnya​ ​menafikan​ ​evolusi.

4
Dr. Umar Sulaiman Ashqar di dalam bukunya Al-Aqeeda Fi Allah [Aqidah Pada Allah]
memulakan​ ​dengan​ ​menjelaskan​ ​pemahamannya​ ​pada​ ​teori​ ​Darwin​ ​-​ ​Teori​ ​Evolusi
Penjelasan​ ​Darwin​ ​tentang​ ​proses​ ​Evolusi:
Pemilihan Semulajadi: Faktor penyingkiran yang menyebabkan makhluk lemah
musnah dan yang kuat terus hidup. Mereka menyebutkan peraturan ini sebagai
"Keberlansungan Hidup Makhluk Yang Terkuat" (pent: Survival Of The Fittest).
maka makhluk yang kuat dan sihat terus hidup dan memperturunkan sifatnya
yang kuat kepada keturunannya. "Lama-kelamaan, sifat yang kuat ini akan
terkumpul untuk mencipta sifat baru dalam organisme. Inilah "abiogenesis" yang
menjadikan makhluk yang mempunyai sifat-sifat utama ini berevolusi kepada
organisme yang lebih maju. Dengan cara ini, evolusi terus berlaku, dan itu
adalah​ ​perkembangan.​ ​(Ashqar 1999,​ ​85).

Respon: ​Abiogenesis ​adalah sebuah teori yang menerangkan permulaan replikator


pertama dan bagaimana mereka muncul di bumi. Ia tiada kena mengena dengan sifat

4
​ ​Dr.​ ​Umar​ ​Sulaiman​ ​Ashqar​ ​(1940-2012),​ ​adalah​ ​seorang​ ​ilmuan​ ​Sunni,​ ​menerima​ ​ijazah​ ​doktorat​ ​dari​ ​Fakulti
Perundangan​ ​Islam​ ​di​ ​Universiti​ ​Al-Azhar.​ ​Beliau​ ​merupakan​ ​seorang​ ​pensyarah​ ​di​ ​Fakulti​ ​Perundangan​ ​Islam​ ​di
Universiti​ ​Kuwait,​ ​dan​ ​seterusnya​ ​berkhidmat​ ​sebagai​ ​seorang​ ​profesor​ ​di​ ​Fakulti​ ​Perundangan​ ​Islam​ ​di​ ​Universiti
Jordan,​ ​Amman,​ ​Jordan.
15
organisme atau peraturan pemilihan semulajadi. Ia berkait dengan bagaimana protein
pertama, atau replikator-diri (pent: contoh, sel yang meniru dirinya sendiri lalu menjadi
dua sel, ia disebut replikator diri), mewakili permulaan kehidupan yang paling asas mula
wujud. Berkenaan dengan evolusi organisme dan membawa sifat baru semasa proses
perkembangan, ini tidak disebut abiogenesis, ia sebenarnya adalah proses evolusi dan
perkembangan. Kemunculan organisme baru yang menonjolkan sifat baru yang
mencukupi yang memisahkannya dari kerabat rapatnya semasa proses evolusi spesiasi
dan​ ​diversifikasi.

Keajaiban tidak pernah terhenti untuk orang-orang seperti Ashqar yang menyelami
sains dalam keadaan mereka tidak mempunyai ilmu tentangnya. Mereka tidak
mempunyai kemampuan untuk membezakan abiogenesis dari evolusi, atau
perkembangan dari spesiasi, tetapi beliau mengatakan evolusi itu batil dan berkeras
menafikannya.

Kemudiannya​ ​Ashqar​ ​berkata:


Professor Nabeel George, salah seorang dari saintis yang pakar dalam bidang
ini, berkata: "Atas sebab ini, pemilihan semulajadi tidak menjelaskan teori
abiogenesis atau evolusi. Ia hanya menjelaskan hidupan yang kurang kuat akan
mati, dan beberapa sifat akan tersebat di kalangan spesis. Mereka yang
bercakap tentang loncatan evolusi bermaksud sesuatu haiwan yang tidak
mempunyai mata tiba-tiba mempunyai mata, kerana tindakan beberapa jenis
sinaran.

Sesetengah pakar juga telah membuktikan sinaran-x boleh menyebabkan


beberapa perubahan pada gene, namun perubahan ini terjadi pada sesuatu yang
sudah ada - ia tidak mencipta sesuatu yang asalnya tidak wujud. Bilangan gene
yang ada pada monyet berbeza dengan bilangan gene manusia. Sinar-X hanya
memberi kesan kepada gene yang sudah wujud; maka bagaimana sinaran ini
yang tidak mempunyai sebagai bentuk akal, mencipta kecerdikan pada manusia
yang​ ​membezakannya​ ​dengan​ ​monyet​ ​dan​ ​haiwan​ ​lain?
Sinaran ini mampu memberi kesan kepada gene, tetapi ia lebih kepada
merosakkan dari membentuk, seperti yang terjadi dengan sinaran atomik
(radiasi). Ini dan sebagai tambahan, sains genetik telah menyangkal teori Darwin
seperti yang ditunjukkan oleh pengalaman. Yahudi dan orang Islam selepas

16
mereka telah mengkhatankan anak mereka selama berabad-abad, namun ini
tidak menyebabkan anak-anak mereka dilahirkan di dalam keadaan berkhatan.
Semakin maju sains, maka semakin terbukti kesalahan teori Darwin. “ (Ashqar
2003.​ ​139)

Di sini sekali lagi beliau menunjukkan salah faham terhadap teori evolusi apabila beliau
menyebut​ ​perkara​ ​berikut:
Mereka yang bercakap tentang loncatan evolusi bermaksud sesuatu haiwan
yang tidak mempunyai mata tiba-tiba mempunyai mata, kerana tindakan
beberapa​ ​jenis​ ​sinaran.

Kenyataan ini salah. Menurut teori evolusi, mata tidak muncul secara tiba-tiba. Para
awalnya ia adalah sel yang mengesan persekitaran organisme. Sel ini mempunyai
pengkhususan merasakan cahaya, berkembang biak, melengkung dan mengecil untuk
membentuk bukaan cahaya, seterusnya kanta terbentuk. Mata moden hari ini
berevolusi menerusi langkah-langkah terkumpul yang terjadi sepanjang jutaan tahun
dan​ ​generasi.
Sebutan Asyqar tentang berkhatan menunjukkan beliau tidak tahu menahu tentang teori
evolusi. Apa kena mengena berkhatan atau tradisi dengan teori evolusi? Evolusi terjadi
dengan kewujudan sifat genetik terpilih yang diperolehi oleh organisme. Berkhatan
bukan sifat genetik, ia merupakan prosedur pembedahan yang dilakukan oleh
sekumpulan orang. Budaya dan prosedur pembedahan tidak boleh diwarisi. Yang akan
diwarisi​ ​adalah​ ​sifat​ ​genetik​ ​dan​ ​mempunyai​ ​kesan​ ​terhadap​ ​evolusi.
Demi Allah! Saya hairan dengan seorang yang tidak faham apa-apa tentang teori
evolusi, namun menulis sebuah buku untuk menyangkalnya, dan beliau
menganggapnya​ ​sebagai​ ​sebuah​ ​respon​ ​saintifik.​ ​Tiada​ ​kekuatan​ ​melainkan​ ​dari​ ​Allah.

Ashqar​ ​berkata:

Teori​ ​ini​ ​tidak​ ​didukung​ ​oleh​ ​realiti:


a) Jika teori ini benar, kita pasti akan banyak haiwan dan manusia wujud melalui
evolusi, bukan sekadar dari pembiakan semata. Walaupun jika evolusi

17
memerlukan masa yang lama, ini tidak bermakna kita tidak akan melihat monyet
bertukar​ ​menjadi​ ​manusia,​ ​sekumpulan​ ​demi​ ​sekumpulan.

b) Walaupun jika kita menerima bahawa keadaan atau pemilihan semulajadi


menukarkan monyet menjadi manusia sebagai contoh, kita tidak boleh menerima
bahawa akan ada juga wanita (yang bertukar dari monyet) untuk menjadi
pasangan kepada lelaki ini, agar mereka boleh membiak dan agar ada
keseimbangan​ ​antara​ ​lelaki​ ​dan​ ​wanita.

c) Keupayaan untuk mengadaptasi yang kita lihat dari makhluk seperti


sesumpah, yang bertukar warna mengikut tempat ia berada, adalah keupayaan
yang berasal dari jasad makhluk tersebut. Ia dilahirkan dengan keupayaan
tersebut, yang wujud pada sesetengahnya dan tidak ada pada sesetengah yang
lain. Setiap makhluk mempunyai had yang ia tidak boleh melewati. Keupayaan
untuk beradaptasi adalah berasal sejak dari kelahirannya, bukan sifat yang
dikembangkan​ ​oleh​ ​persekitaran​ ​seperti​ ​yang​ ​disebutkan​ ​oleh​ ​pengikut​ ​teori​ ​ini.
Jika tidak, persekitaran pasti akan memaksa batu, tanah dan objek tidak
bernyawa​ ​lain​ ​untuk​ ​beradaptasi.
c) Katak berbeza dengan manusia dalam keupayaan mereka untuk hidup di
darat dan air. Burung berbeza dengan manusia dalam keupayaan mereka untuk
terbang dan bergerak pantas tanpa mesin. Hidung anjing pula lebih sensitif dari
manusia - jadi adakah hidung anjing lebih maju dari hidung manusia? Adakah
katak dan burung lebih maju dari manusia dalam hal tertentu? Unta, kuda dan
keldai mempunyai mata yang melihat dengan baik siang dan malam, sementara
mata manusia tidak dapat melihat dalam gelap. Penglihatan helang adalah jauh
lebih tajam dari manusia, jadi adakah helang dan keldai lebih maju dari
manusia? Jika kita mengambil kira kemadirian sebagai asas kelebihan, maka
tumbuhan lebih unggul dari manusia dan semua haiwan, kerana mereka
mencipta sendiri makanan mereka dan makanan untuk yang lain, tanpa
memerlukan​ ​khasiat​ ​dari​ ​tempat​ ​lain.
Jika kita mengambil kira saiz sebagai asas kelebihan, maka unta, gajah dan
haiwan pra-sejarah (dinosaur sebagai contoh) adalah lebih unggul dari manusia.
(Ashqar​ ​2003.​ ​139-41)​.

Respon: Asyqar mempercayai bahawa manusia moden, Homo Sapien, berevolusi dari
mawas moden. Ini bukan kesnya. Sebenarnya, manusia dan mawas moden berkongsi

18
nenek moyang yang sama. Oleh kerana kejahilan beliau atau salah faham beliau
tentang evolusi, beliau memerlukan (pembuktian) mawas moden berevolusi kepada
manusia, kerana beliau membayangkan ini adalah apa yang terjadi di masa silam,
malangnya, manusia dan mawas moden berpisah jutaan tahun yang lalu. Ini bermakna
mawas moden dan manusia berkongsi nenek moyang yang sama, namun mereka
terpisah kepada dua keturunan yang berbeza. Atas sebab ini, adalah mustahil secara
saintifik untuk mawas moden berevolusi kepada manusia, kerana jutaan tahun yang
lepas, mawas telah mengambil jalan evolusi yang berbeza dari manusia. Ianya hampir
mustahil untuk membayangkan mawas mengundur ke belakang dalam jalan evolusi ke
titik asal perpisahan dari manusia, dan kemudiannya mengambil jalan evolusi yang
sama​ ​dengan​ ​manusia.

Berkenaan susur galur yang mana chimpanzi berpisah darinya, dan manusia berevolusi
dalamnya, satu-satunya yang tinggal dari susur galur ini adalah manusia moden, Homo
Sapien, jadi tiada siapa yang boleh bertanya mengapa semua ahli susur galur manusia
tidak berevolusi kepada manusia. Realitinya, mereka berevolusi kepada spesis yang
berbeza, termasuklah manusia moden. Berkenaan persoalan samada evolusi masih
berlaku pada hari ini atau tidak, maka jawapannya adalah ya, ia masih berterusan di
alam semulajadi ini, walaupun evolusi pada kebanyakan organisme tidak kelihatan
pada kita kerana pendeknya umur kita, dan panjangnya kitaran hidup organisme ini.
Bagaimanapun, adalah mungkin bagi kita untuk memerhatikan evolusi pada
sesetengah serangga kerana kitaran hidup mereka yang pendek. Melalui pemerhatian
sesetengah spesis serangga dalam habitat semulajadi mereka, kita dapat melihat
dengan jelas indikasi evolusi dan perubahan dramatik dalam sifat mereka. Ini adalah
fakta​ ​yang​ ​diterima​ ​dan​ ​boleh​ ​disahkan​ ​oleh​ ​sesiapa​ ​pun.
Berkenaan permintaan beliau untuk evolusi seorang (seekor) betina, ini adalah satu
bentuk kejahilan yang paling ekstrim, kerana evolusi berlaku dalam keseluruhan spesis.
Salah satu rukun dalam evolusi adalah pembiakan, pemindahan gene ke generasi
seterusnya. Sebagai contoh, apabila mutasi yang mengubah kelurusan kaki berlaku
pada betina, ia akan diperturunkan kepada keturunannya, samada jantan atau betina.
Mutasi ini adalah kecil dan tidak mengeluarkan individu itu dari keseluruhan spesisnya.
Oleh itu, satu pasangan yang memiliki mutasi yang sama tidak diperlukan agar boleh
membiak. Individu tersebut masih boleh membiak bersama yang lain dari spesis yang
sama, yang tidak mempunyai mutasi tersebut. Di dalam kes di mana mutasi itu
merupakan sifat terpilih, pemilihan semulajadi akan menegakkannya dengan jelas.
Lama-kelamaan, individu-individu ini yang mempunyai sifat tersebut akan mendominasi
keseluruhan​ ​spesis.
Disamping itu, tanpa pembiakan, maka tidak akan ada evolusi. Jadi bagaimana sesiapa
yang boleh membayangkan bahawa jantan akan berevolusi tanpa wanita sehingga ke
19
tahap jantan dan betina menjadi dua spesis yang berbeza, agar Asyqar meminta
evolusi seekor betina setelah jantan berevolusi? Demi Allah, adalah sangat tragis untuk
orang-orang ini memberi respon kepada teori evolusi dengan kejahilan yang tidak
bernilai!!
Point ketiga Ashqar dengan jelas menunjukkan kejahilan melampau beliau tentang
evolusi.​ ​Beliau​ ​tidak​ ​faham​ ​apa-apa​ ​tengan​ ​teori​ ​yang​ ​beliau​ ​ingin​ ​sangkalkan.
Berkenaan perbandingan beliau terhadap deria-deria antara makhluk, saya tidak tahu
mengapa beliau berasa hairan terhadap mekanisme deria sesetengah haiwan lain lebih
maju dari deria manusia. Ini melangkaui segala penghujahan dan semua orang
bersetuju dengannya. Sebagai contoh, manusia tidak mempunyai sonar seperti
kelawar, serta penglihatan yang dimiliki oleh helang. Adakah beliau tidak bersetuju
dengan​ ​fakta​ ​saintifik,​ ​empirikal​ ​dan​ ​anatomikal​ ​ini?!

Maka, sistem pendidikan kolonial, setelah ia memusnahkan agama manusia,


telah mewajibkan pengajian teori ini di dalam kurikulum, memperkenalkannya di
dalam pakaian saintifik agar para pelajar mempercayai ianya benar, seterusnya
menanam di dalam minda pelajar, perbezaan antara sains yang batil ini dan
agama,​ ​agama​ ​manusia​ ​menolak​ ​agama.
Cukuplah untuk para pembaca tahu bahawa disebabkan teori ini, ramai Muslim
telah tersesat dari agama mereka. Atas sebab inilah kolonialisme begitu mahu
untuk mengajar teori ini di sekolah sejak 1935 sedangkan undang-undang
Amerika​ ​melarang​ ​mengajar​ ​teori​ ​ini​ ​di​ ​sekolah​ ​sejak​ ​1935.
Namun di Eropah, setelah mereka memberikan pukulan terakhir kepada agama
sesat mereka, mereka mengumumkan bahawa teori Darwin, yang mereka
gunakan di dalam pertempuran untuk mendukung sains atas agama, bukanlah
satu fakta saintifik; ia tidak lebih dari satu teori, semakin sains maju, maka
semakin​ ​jelas​ ​kebatilan​ ​teori​ ​ini.​ ​(Ashqar​ ​2003,​ ​143).

Teori Evolusi adalah sebuah teori saintifik. Buat masa ini, ia satu-satunya teori yang
diiktiraf di semua universiti terkemuka dan pusat penyelidikan di serata dunia untuk
menerangkan hidupan di muka bumi. Universiti-universiti di Eropah dan Amerika masih
mengajar teori evolusi, dan mereka atau mana-mana universiti yang diiktiraf secara
akademik tidak akan berhenti mengajar evolusi. Jadi saya tidak tahu dari mana Ashqar
mendapat​ ​kepalsuan​ ​ini:​ ​“semakin​ ​sains​ ​maju,​ ​maka​ ​semakin​ ​jelas​ ​kebatilan​ ​teori​ ​ini.”
Malah hakikatnya, berlawanan sekali. Realitinya, kemajuan dan bidang genetik telah
membuktikan teori evolusi dengan bukti saintifik yang tidak dapat dibantah, malah tidak

20
dapat langsung dijadikan topik untuk penghujahan besar. Dua contoh untuk bukti
genetik​ ​ini​ ​adalah​ ​virus​ ​retro​​ ​dan​ ​gabungan​ ​kromosom​ ​2​ dalam​ ​manusia.

Agamawan​ ​Syiah​ ​Dan​ ​Teori​ ​Evolusi

Tidak semua ulama-ulama Syiah telah menolak teori evolusi. Hakikatnya ia boleh
difahami daripada kenyatan-kenyataan mereka bahawa sebilangan dari mereka telah
pun menerimanya. Bagaimanapun, saya belum menjumpai sebarang kenyataan
tentang penerimaan yang jelas dan nyata daripada mereka yang menerangkan
bagaimana ianya selari dengan agama secara umum, atau dalam kitab-kitab agama,
dan​ ​lebih​ ​tepatnya​ ​dari​ ​Al-Quran.
Dalam bab ini, saya akan membincangkan tentang pendapat-pendapat beberapa pihak
yang menentang evolusi, seterusnya menilai isi kandungan kenyataan-kenyataan
mereka​ ​di​ ​atas​ ​neraca​ ​sains​ ​dan​ ​menilai​ ​sejauh​ ​mana​ ​kebenarannya.

Shaikh​ ​Jafar​ ​Sobhani

Di dalam buku beliau, AI-Manhaj Al Tafsiriyya (Kaedah Penafsiran), Sheikh Jafar


5
Sobhani ​ ​menulis:
Charles Darwin telah menerbitkan buku beliau berjudul​ ​The Tranformation of
Species​ ​pada tahun 1908. Berdasarkan kajian beliau, beliau membuktikan
bahawa manusia adalah spesis yang terakhir dalam rantaian pengevolusian dan
rantaian ini merujuk kembali kepada sejenis haiwan yang menyerupai seekor
kera.
Lantas beliau memadankan bapa-bapa dan nenek moyangnya pada satu susur
galur​ ​yang​ ​khusus,​ ​dengan​ ​sebuah​ ​puisi​ ​yang​ ​berbunyi:
"Mereka​ ​adalah​ ​bapa-bapaku,​ ​maka​ ​aku​ ​juga​ ​seperti​ ​mereka…"
Ketika teori ini diperkenalkan, ianya kurang diterima oleh rata-rata kumpulan
agama di kalangan penganut Kristian, Islam dan Yahudi. Mereka bersepakat
bahawa manusia adalah makhluk yang unik di mana rantaiannya merujuk

5
​ ​Shaikh​ ​Jafar​ ​Sobhani,​ ​lahir​ ​pada​ ​1929,​ ​adalah​ ​ulama​ ​syiah​ ​yang​ ​menerima​ ​pendidikannya​ ​dari​ ​Pusat​ ​Keagamaan
Islam​ ​di​ ​Qum.​ ​Beliau​ ​membangunkan​ ​Institut​ ​Imam​ ​Sadiq​ ​di​ ​Iran​ ​dan​ ​telah​ ​menulis​ ​beberapa​ ​buku​ ​berkenaan​ ​sains
Islam.
21
kembali kepada Adam, bapa kepada seluruh umat manusia yang diciptakan
dalam​ ​bentuk​ ​rupa​ ​fizikal​ ​sekarang​ ​tanpa​ ​ada​ ​sebarang​ ​kaitan​ ​dengan​ ​haiwan.
Tambahan lagi, sebilangan kelompok yang naif menggunakan pendekatan
hipotesis yang sama sebagai hujah kepada percanggahan antara sains dan
agama, dan untuk memisahkan diantara satu sama lain. Mereka mendakwa
bahawa urusan agama adalah berbeza dengan sains, walaupun ada kalanya
bertepatan​ ​dan​ ​pada​ ​masa-masa​ ​yang​ ​lain​ ​menyimpang​ ​darinya.
Terdapat juga sebilangan yang tidak percaya dalam pemisahan sains dari
agama, justeru mereka cuba untuk mengaitkan Al-Quran di dalam hipotesis
tersebut. Dalam menjayakan usaha ini, mereka telah menafsirkan pelbagai
ayat-ayat Al-Quran yang menyentuh kepada penciptaan manusia tidak lain
hanya​ ​untuk​ ​menepati​ ​hipotesis​ ​tersebut.
Perdebatan ini menjadi hangat diantara kelompok yang cenderung dalam
mengambil hujah-hujah agama secara literal dan kelompok yang cenderung
dalam penafsiran sahaja. Masa berlalu, hipotesis yang telah dicanangkan di atas
– dan perihal penciptaan manusia yang mendokongnya – ternyata adalah tidak
benar.​ ​(Sobhani​ ​2005,​ ​45.​ ​Sumber​ ​Bahasa​ ​Arab,​ ​diterjemahkan)

Kelihatannya seperti Sheikh Jafar, semoga Allah menunjukkan beliau jalan kebenaran,
juga gemar berseloroh. Beliau telah menulis, “Mereka adalah bapa-bapaku, maka aku
juga seperti mereka,” tanpa menyedari “bapa-bapa” tersebut, sebagaimana yang telah
dibahasakan oleh Sheikh Jafar, tidak lain dan tidak bukan secara fizikalnya merujuk
kepada nenek moyang yang sama dimaksudkan oleh ahli biologi Charles Darwin.
Justeru itu, sekiranya terbukti mereka adalah nenek moyang kepada Darwin, maka
mereka juga adalah nenek moyang kepada Jafar Sobhani, malah nenek moyang
kepada​ ​setiap​ ​manusia​ ​di​ ​muka​ ​bumi​ ​ini.
Sebaliknya, sekiranya terbukti bahawa mereka adalah bukan nenek moyang kepada
Jafar Sobhani, atau “bapa-bapa”, maka semestinya mereka juga bukan nenek moyang
kepada Darwin. Pembuktian atau penafian perkara ini adalah berhubung rapat dengan
sains, yang mana saya meragui Sheikh Jafar dan autoriti agama Syiah (Rujukan
Keagamaan) mempunyai kredibiliti untuk memperhalusi dan mengolahnya secara
saintifik. Ini ternyata benar jika dilihat pada kenyataan Sheikh Jafar terhadap teori
Darwin yang penuh dengan ralat. Beliau mendakwa Charles Darwin menerbitkan
bukunya ​The Transformation of Species​ pada 1908, tetapi Darwin hakikatnya telah
meninggal pada tahun 1882, dan beliau tidak pernah menulis buku yang bertajuk ​The
Transformation of Species.​ Walaubagaimanapun, beliau pernah mengarang sebuah

22
buku yang bertajuk ​The Origin of Species​, diterbitkan pada tahun 1859, yang mana
tidak langsung mengulas perihal asal usul manusia. Beliau menyentuh tentang asal
usul manusia dan hubungannya dengan kera di dalam bukunya yang lain berjudul ​The
Descent of Man and Selection in Relation to Sex.​ Penulis sejujurnya tidak tahu apa lagi
yang perlu diperkatakan. Maka adalah lebih baik saya serahkan kepada pembaca untuk
menilainya​ ​sendiri.

Sayyid​ ​Ali​ ​Sistani

Dalam kandungan “Tentang” di laman web ​Pusat Kajian Kepercayaan​ yang diwujudkan
oleh Sistani, yang mana ianya mendokong doktrin utama Autoriti Agung Syiah yang
6
ditaja​ ​oleh​ ​beliau​ ​sendiri,​ ​menyatakan:
Kami mendapati Yang Utama​ ​Autoriti Agung Syiah, Ayatollah Al-Uzma Sayyid Ali
Husseini Sistani – semoga beliau dipanjangkan usia – bersama
program-program dan projek-projeknya, adalah model yang paling ideal dalam
lapangan ini untuk mempertahankan doktrin Syiah dan menyebarkan
pengetahuan​ ​Ahlul​ ​Bait​ ​a.s​ ​ke​ ​seantero​ ​dunia.

Pusat Kajian Kepercayaan adalah salah satu dari projek-projek yang diberkati,
yang mana diasaskan dibawah pemantauan dan sokongan Hujjat al-Islam Jawad
Shahristani.
Pembukaan rasminya bertepatan dengan ulangtahun kelahiran Imam al-Ridha
a.s yakni pada Sembilan Zulkaedah (Bulan 11 dalam Kalendar Islam), 1419
selepas hijrah. Ianya diasaskan untuk mendokong doktrin itu sendiri,
membangunkan konsep yang betul dan menjulang fahaman Ahlul Bait a.s
melalui​ ​semua​ ​aktiviti-aktivitinya​ ​yang​ ​pelbagai.
Pusat kami telah nekad untuk menentang doktrin sekular dan membantah segala
tuntutan-tuntutannya. Ini adalah sejajar dengan arahan yang dikeluarkan oleh
Ulama Agama Agung, Yang Terutama, Ayatollah Al-Uzma, Sayyid Al Husseini
Sistani – semoga beliau dipanjangkan usia – menyeru kepada keperluan usaha
ini.​ ​(Sistani​ ​2011,​ ​Sumber​ ​Bahasa​ ​Arab,​ ​diterjemahkan).

6
​ ​Laman​ ​“Tentang”,​ ​Laman​ ​web ​ ​The​ ​Center​ ​for​ ​Doctrinal​ ​Research​ ​Website.​ ​(1433​ ​AH​ ​/2011).
23
Berikut​ ​juga​ ​dinyatakan​ ​dalam​ ​laman​ ​web​ ​tersebut:

Sebarang kenyataan yang terkandung di dalam laman web Pusat Kajian


Kepercayaan tidak semestinya mewakili kenyataan dari Yang Utama Sayyid
Sistani​ ​(Sistani​ ​2011,​ ​Bahasa​ ​Arab,​ ​diterjemahkan).

Ini bermaksud yang mereka mungkin membawa pendapat beliau, atau mungkin tidak.
Kenyataan seterusnya yang penulis dapati di laman web Pemikiran Sistani berkait
langsung dengan isu penting ini. Sekiranya kenyataan tersebut bukan dari beliau
sendiri, maka beliau boleh menafikannya dan menjelaskan perkara sebenar, jika tidak
ianya​ ​akan​ ​dianggap​ ​sahih​ ​dan​ ​beliau​ ​akan​ ​terikat​ ​dengan​ ​maklum​ ​balas​ ​ini.

Dari​ ​Laman​ ​Web​ ​Pusat​ ​Kajian​ ​Kepercayaan​ ​Sistani:

Sebuah​ ​soalan​ ​berkenaan​ ​kepalsuan​ ​teori​ ​evolusi.


Saya ingin menanyakan Tuan berkenaan teori saintifik Darwin yang berkaitan
evolusi dan perkembangan, yang mana ianya mendakwa organisma-organisma
yang hidup telah pun berevolusi dari keadaan sebelumnya. Sebagai contoh,
haiwan-haiwan telah melalui proses mutasi dalam jangkamasa tertentu dan telah
berubah kepada hidupan yang lebih kompleks. Apa pendapat Tuan tentang teori
ini? Adakah ianya bercanggah dengan Islam? Adakah ianya turut melibatkan
manusia?
Terima kasih, dan semoga Allah melindungi anda dan selalu membantu kami
untuk​ ​menimba​ ​segala​ ​manafaat​ ​dari​ ​Tuan.
Jawapan:
Saudara​ ​Mustafa​ ​yang​ ​dihormati.
Semoga​ ​kesejahteraan,​ ​ihsan​ ​dan​ ​rahmat​ ​Allah​ ​ke​ ​atas​ ​kamu.
Ianya telah dibuktikan secara saintifik bahawa teori ini adalah tidak benar.
Mungkin perkara yang paling mudah untuk menyangkal teori ini adalah
berdasarkan pengiraan kebarangkalian, ia akan mengambil masa berjuta-juta
tahun untuk sel yang mudah untuk berubah kepada yang lebih kompleks. Ini
adalah contoh terhadap satu sel, maka bagaimana pula dengan seekor haiwan

24
boleh berubah kepada sesuatu yang lain?!! Ia pasti akan mengambil masa
berbilion-bilion tahun, dan ini telah terbukti tidak benar sama sekali. Ini adalah
salah satu cara untuk menyanggah teori ini. Ada pelbagai cara lain lagi, dan
kesemuannya mampu membuatkan teori evolusi ini gagal berhadapan dengan
kritikan-kritikan​ ​saintifik.

Tambahan lagi, di dalam doktrin Islam kita, kita mempunyai penerangan yang
jelas bagaimana kehidupan manusia ini bermula. Al-Quran yang suci
menyatakan​ ​di​ ​sini​ ​bahawa​ ​Allah​ ​telah​ ​berfirman:

([Dia] yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan


dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah liat.) [As-Sajdah 32:7]
Justeru itu, penciptaan manusia itu bermula dari tanah liat, dan bukannya dari
haiwan sepertimana yang didakwa oleh para penyokong evolusi. Allah yang
Maha Kuasa berfirman: (Dia menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering
seperti tembikar.) Ar-Rahman 55:14. Allah s.w.t berfirman: (Dan sesungguhnya
Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian
Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu
mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.)
Al-A'raaf 7:11. Dan Allah s.w.t berfirman lagi: (Sesungguhnya Kami telah
mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).
As-Saaffaat 37:11. Allah s.w.t juga berfirman: (Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika
Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan
manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah
warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku
tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.)
Al-Hijr 15:28-29. Disamping itu, terdapat riwayat dari para anbiya dan
penggantinya a.s yang menjelaskan bagaimana Nabi Adam, bapa segala
manusia​ ​telah​ ​diciptakan.
Maka,​ ​teori​ ​evolusi​ ​ternyata​ ​menyimpang​ ​dengan​ ​kenyataan​ ​di​ ​atas.
Semoga​ ​saudara​ ​sentiasa​ ​di​ ​bawah​ ​perlindungan​ ​Allah​ ​s.w.t.
Abu Hussain mengulas jawapan di atas: “ Kami amat berharap Tuan dapat
huraikan secara terperinci dan kami sangat berterima kasih. Semoga Allah jua
yang​ ​membalas​ ​kebaikan​ ​Tuan.”

25
[Pusat​ ​Kajian​ ​Kepercayaan​ ​seterusnya​ ​memberi​ ​maklum​ ​balas​ ​berikut]
Jawapan:
Saudara Abu Hussein yang dihormati, Semoga kesejahteraan, ihsan dan rahmat
Allah​ ​ke​ ​atas​ ​kamu.
Dipetik dari Thimat Al-Afkar (Buah Fikiran) oleh Sheikh Ali Al-Akorani Al-Amili,
354-357:
[Teori evolusi telah bercanggah dengan banyak fakta sains moden, sekaligus
meletakkannya dalam kedudukan yang dipertikaikan kebenarannya. Salah satu
percanggahannya berkisar tentang fakta-fakta fizikal…Berikut adalah
percanggahan tersebut: Matahari dan bintang-bintang lain membakar dan
memancarkan sejumlah besar tenaga haba, sinaran dan cahaya jauh ke dalam
pelusuk alam semesta. Tetapi jumlah tenaga yang hebat ini tidak boleh dianggap
secara spontan akan kembali semula kepada matahari dan bintang-bintang
tersebut. Sekiranya anda meninggalkan sesuatu untuk suatu jangka masa yang
lama, ia akan merosak dengan cepatnya. Jika anda meninggalkan satu ketulan
daging, atau sebahagian buah-buahan atau makanan, anda akan dapat melihat
ianya akan rosak selepas satu tempoh yang tertentu dan anda perlu mengambil
langkah pencegahan yang tertentu untuk melindunginya dari menjadi rosak,
seperti menyejukbekukan ia. Bagaimanapun, langkah pencegahan ini hanya
akan berkesan untuk satu jangka masa yang tertentu sahaja. Jika anda
meninggalkan rumah atau istana, ia akan menyusut selepas beberapa tahun dan
seterusnya.
Oleh itu, setiap benda bergerak menuju ke satu arah yakni penyusutan,
penguraian​ ​dan​ ​pereputan.
Entropi: Bagi membantu para saintis untuk menerangkan konsep keteraturan
dan ketidakteraturan di dalam alam semesta atau dalam sesuatu sistem, mereka
mengunakan istilah “entropi”. Entropi merujuk kepada jumlah ketidakteraturan,
dengan kata lainnya jumlah tenaga yang tidak memberi sebarang manfaat.
Hukum kedua termodinamik dikenali sebagai hukum yang meningkatkan entropi.
Profesor F. Bush berkata, “Semua tindakbalas semulajadi yang berlaku
mengakibatkan gangguan di dalam alam semesta itu meningkat. Ini adalah tidak
lain tidak bukan adalah ketetapan hukum kedua yang digunapakai dalam alam
semesta secara keseluruhannya.’. Saintis Amerika Isaac Asimov pula berkata,
“Berdasarkan maklumat yang kami ada, semua pertukaran dan perubahan
adalah ke arah meningkatkan entropi, meningkatkan ketidakteraturan,
meningkatkan gangguan, dan menuju kearah kemusnahan”’. Dalam artikel yang
sama, beliau memperincikan topik ini dengan menambah,” Antara cara yang lain
untuk menyatakan hukum kedua ini adalah:” Alam semesta ini mengalami
26
ketidakteraturan secara konsisten! Dilihat dari konteks tersebut, kita akan
mendapati kesan hukum kedua adalah segalanya mengenai kita semua. Kita
perlu berkerja keras untuk menyiapkan sebuah bilik, tetapi jika ditinggalkan ianya
akan menjadi tidak terurus dengan cepat dan mudahnya. Walaupun kita tidak
pernah memasukinya, ianya tetap akan berhabuk dan berbau hapak. Betapa
susahnya untuk menjaga rumah-rumah, mesin-mesin, dan juga badan kita untuk
kekal dalam kondisi yang sempurna; begitu mudahnya juga untuk membiarkan
mereka merosot. Hakikatnya, tiada apa yang dapat kita lakukan, dan semuanya
merosot, musnah, rosak, terhakis, dengan sendirinya – dan ini adalah apa yang
dimaksudkan​ ​dengan​ ​Hukum​ ​Kedua.
Kita boleh rumuskan hukum yang pertama dan kedua seperti berikut. Saintis
evolusi Jeremy Rifltin mengulas tentang hukum kedua. “Albert Einstein
mengatakan, ‘(Hukum Kedua) Ini adalah asas kepada segala hukum sains,’ dan
Sir Arthur Eddington merujuk ianya sebagai “hukum metafizikal untuk seluruh
alam semesta’. Justeru itu, hukum yang komprehensif ini membuktikan
bahawasanya semua perubahan dan pertukaran yang berlaku di alam semesta
ini menuju ke arah entropi, ataupun bermaksud menuju ke arah peningkatan
ketidakteraturan,​ ​penguraian​ ​dan​ ​perpecahan.
Dengan kata lain, alam semesta ini semakin menghampiri kepada kematian, dan
ahli fizik mngungkapkan, “Alam semesta menuju kematian disebabkan haba.” Ini
adalah disebabkan pemindahan haba daripada entiti yang panas
(bintang-bintang) kepada entiti yang sejuk (planet-planet dan debu-debu kosmik
sebagai contoh) akan terhenti suatu hari nanti, bila mana suhu kedua-dua entiti
tersebut​ ​di​ ​alam​ ​semesta​ ​ini​ ​menjadi​ ​sama.
Dalam kes ini, pemindahan haba diantara entiti-entiti ini terhenti, maka semua
aktiviti yang lain turut terhenti. Inilah yang dikatakan kematian alam semesta.
Kita boleh membentangkan hipotesis evelosi dan fizik serentak dalam 3 graf
tunggal. Daripada ini, kita akan dapat melihat percanggahan yang ketara
diantara keduanya. Hipotesis evolusi mendakwa bahawa pertukaran dan
perubahan yang berlaku dalam dunia kita dan di alam semesta menjadi
pemangkin kepada peningkatan komplikasi dan keteraturan, yang mana evolusi
berkesinambungan​ ​pada​ ​kadar​ ​yang​ ​semakin​ ​meningkat.
Dari sudut fizik pula, ianya merumuskan bahawa semua pertukaran dan
perubahan semasa di alam semesta (dan juga di dunia kita) menjurus kepada
peningkatan entropi, secara tidak langsung kepada peningkatan
ketidakteraturan,​ ​penguraian​ ​dan​ ​perpecahan.
Ini bermakna bahawa alam semesta tidak menuju ke arah sesuatu yang lebih
baik, sebaliknya cenderung menghampiri sesuatu yang lebih teruk yakni kearah

27
kematian. Ini juga bermakna tiadanya proses spontan yang meningkatkan
kewujudan,​ ​komplikasi​ ​dan​ ​penciptaan.
Ini menunjukkan bahawa masa adalah merupakan satu faktor kepada
kehancuran, bukannya kepada pembinaan. Disebalik ini, semua para pendokong
evolusi bersependapat dengan isu masa dalam menjelaskan semua
halangan-halangan dan kesusahan-kesusahan yang di hadapi dalam hipotesis
eveolusi​ ​ini.
Justeru itu, apabila anda menolak kebetulan buta yang menghasilkan semua
keteraturan, komplikasi dan keindahan yang mengisi alam semesta ini, mereka
berkata: “Ini tidak berlaku dalam masa jutaan tahun, tetapi ianya berlaku ratusan
atau ribuan juta tahun!” Ianya seolah-olah apabila mereka memperkatakan
tentang jangka masa yang panjang itu, mereka menganggap bahawa mereka
telah mengatasi segala kesusahan dan memberikan penyelesaian kepada
semua​ ​keajaiban​ ​yang​ ​mengisi​ ​alam​ ​semesta​ ​ini.
Ini adalah kejahilan. Bahkan, ia adalah suatu kejahilan yang nyata. Kami
mengesyorkan kelompok ini tersebut untuk menelaah buku-buku fizik supaya
mereka memahami istilah masa – yang mereka anggap adalah faktor kepada
pembinaan dan pembangunan – tetapi sebenarnya tiada apa-apa selain dari
menjadi faktor kepada kemusnahan, penguraian dan perpecahan! Maka,
pandangan mana yang perlu kita ikuti? Wajarkah kita mendokong suatu hipotesis
(atau teori) yang jauh sekali dari terbukti kebenarannya dan dibangkang oleh
ramai saintis?! Atau adakah kita memilih hukum saintifik yang terbukti
kesahihannya dengan ribuan ujian makmal (setiap radas atau peralatan yang
digunakan mengesahkan kebenaran hukum ini) dan diterima oleh para saintis
tanpa​ ​ada​ ​keraguan?
Kesimpulannya, hipotesis evolusi adalah bercanggah dengan sains hingga ke
asasnya.
Evolusi ke arah sesuatu yang lebih baik tidak boleh berlaku dalam dunia yang
sedang menuju kepada perpecahan dan kemusnahan dalam semua aktiviti,
pergerakan dan perubahannya, maka secara saintifiknya evolusi untuk berlaku
adalah​ ​mustahil:
Bahkan Kami sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang salah, lalu ia
menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah dia. Dan
(tetaplah) kecelakaan akan menimpa kamu disebabkan apa yang kamu sifatkan
(terhadap​ ​Kami).​ ​Al-Anbiyaa'​ ​21:18
Semoga​ ​anda​ ​sentiasa​ ​di​ ​bawah​ ​perlindungan​ ​Allah​ ​s.w.t​ ​(Sistani​ ​2011)

28
Ulasan: Kenyataan di atas mewakili pandangan Sistani dan pandangan beliau berkaitan
teori evolusi, atau paling kurang kenyataan tersebut telah dipersetujui oleh beliau
sendiri.​ ​Maka​ ​tiada​ ​masalah​ ​untuk​ ​menganggap​ ​nilai​ ​dan​ ​kualitinya​ ​adalah​ ​terbukti.

(1)​ ​Beliau​ ​berkata:

Ianya telah terbukti secara saintifik bahawa teori ini adalah tidak benar. Mungkin
perkara yang paling mudah untuk menyangkal teori ini adalah berdasarkan
pengiraan kebarangkalian, ia akan mengambil masa berjuta-juta tahun untuk sel
yang mudah untuk berubah kepada yang lebih kompleks. Ini adalah contoh
terhadap satu sel, maka bagaimana pula dengan seekor haiwan boleh berubah
kepada sesuatu yang lain?!! Ia pasti akan mengambil masa berbilion-bilion
tahun,​ ​dan​ ​ini​ ​telah​ ​dibuktikan​ ​tidak​ ​benar​ ​sama​ ​sekali.

Beliau menyatakan di sini bahawa teori evolusi telah terbukti menyeleweng secara
saintifik. Penulis sejujurnya tidak tahu dimana ianya pernah sesekali berlaku. Mungkin
hanya di dalam khayalan mereka. Hakikatnya, teori ini telah dibuktikan secara saintifik
benar sama sekali, terutamanya disebabkan kemajuan yang telah dicapai dalam
penyelidikan genetik. Teori evolusi pada ketika ini diajar secara meluas di pusat-pusat
pendidikan di negara-negara membangun dan universiti-universiti yang terkemuka di
seluruh dunia. Tambahan lagi, pelbagai vaksin dan rawatan perubatan telah dihasilkan
dan​ ​dibangunkan​ ​berasaskan​ ​teori​ ​evolusi​ ​ini
Beliau kemudiannya mengutarakan bukti-bukti saintifik beliau yang mana pada asasnya
hanyalah hujah yang hambar dan hanya menyerlahkan kejahilan pengarang itu sendiri
terhadap teori evolusi. Teori evolusi tidak menyatakan bahawa mutasi akan mengubah
satu spesis kepada spesis yang lain atau seekor haiwan kepada haiwan yang lain,
malah tidak juga menyatakan bahawa wujudnya pertumbuhan organ-organ yang
kompleks secara tiba-tiba, seperti seekor haiwan tidak bermata secara tiba-tiba
mempunyai mata, jika benar, ianya bermakna masalah kebarangkalian matematik boleh
wujud​ ​daripada​ ​ini​ ​dan​ ​pasti​ ​menjadi​ ​aral​ ​penghalang​ ​kepada​ ​teori​ ​evolusi​ ​ini.

Hakikatnya, evolusi terjadi melalui beberapa langkah-langkah besar yang amat


perlahan, dan disebabkan ianya berterusan, maka tiada permasalahan matematik

29
dengan kebarangkalian dalam setiap langkah evolusi yang berlaku secara berasingan.
Selain itu, kebarangkalian untuk setiap satu mengikuti yang sebelumnya adalah sangat
tinggi disebabkan variasi, pembiakan dan pemilihan semulajadi yang wujud dalam
kitaran perjalanan ini. Dan sekiranya tiga faktor ini wujud, evolusi akan turut wujud. Ini
adalah fakta saintifik yang hanya dipertikaikan oleh kelompok yang tidak faham
mengenai variasi, pembiakan dan pemilihan, dan apa yang dimaksudkan dengan istilah
ketiga-tiga ini. Penulis nasihatkan Sayyid Sistani dan Pusat Kajian Kepercayaan untuk
meneliti semula apa yang ditulis oleh para saintis evolusi supaya mereka memahami
teori evolusi ini terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang hanya
menonjolkan​ ​kejahilan​ ​mereka​ ​berkenaan​ ​teori​ ​dan​ ​mekanismanya.

2. Petikan ayat-ayat Al-Quran yang samar-samar untuk menyangkal teori saintifik yang
telah pun terbukti tidak memberikan nilai saintifik kepada para ahli biologi, malah
langsung tidak mempunyai nilai keagamaan juga. Tiada satu pun dari ayat-ayat ini
menyimpulkan penentangan ke atas teori evolusi hinggakan seseorang mampu
berkata, sebagai contoh, agama dan evolusi tidak boleh benar secara serentak
kedua-duanya. Kenyataan mereka tentang kejadian manusia yang bermula dari tanah
liat, dan pengeksploitasian ayat-ayat Al-Quran berkenaan perkara ini, boleh disangkal
dengan mudahnya dengan menyatakan ayat-ayat ini sebenarnya mengenai penciptaan
roh. Penciptaan dari tanah liat telah berlaku di dalam syurga sebagaimana yang telah
dinyatakan dalam ayat-ayat yang sama mengenai perihal penciptaan, dan ini juga
diberitahu​ ​dalam​ ​riwayat​ ​keagamaan​ ​juga.

Syurga adalah dunia untuk roh, bukan fizikal dan dunia kebendaan seperti sekarang,
yang akan dijelaskan kemudian Insya Allah. Antara ulasan yang lain pula adalah
berkenaan tentang peciptaan manusia yang bermula bila Allah menciptakan pelan
genetik pertama atau protein yang boleh dihasilkan semula yang pertama, kerana
protein ini telah diciptakan dari sebatian-sebatian kimia yang terdapat di muka bumi ini,
samada dalam debunya atau ketulan tanah liat kering. Maka, ia adalah benar
bahawasanya Allah telah menjadikan manusia dari tanah liat basah, debu, tanah liat
kering dan bumi kerana manusia adalah sebaik-baik penciptaan untuk difahami. Justeru
itu, ayat-ayat Al-Quran berkenaan penciptaan Adam dari tanah liat dan debu boleh
dipersetujui sepenuhnya seiring dengan konsep evolusi. Kami juga menjumpai
ayat-ayat​ ​Al-Quran​ ​yang​ ​lain​ ​yang​ ​mendokong​ ​teori​ ​evolusi​ ​ini.​ ​Allah​ ​s.w.t​ ​berfirman:

30
١٥) ‫ﺎق۬ا‬ ً ‫ٰوٲتٍ۬ ِﻃَﺒ‬ َ ‫ۡف َﺧَﻠ َﻖ ٱﷲﱠُ َﺳﺐ‬
َ ‫ۡع َﺳ َﻤـ‬ َ ‫ۡا َﻛﻲ‬ ْ‫(​ َأَﻟﻢۡ َﺗ َﺮو‬١٤) ‫ارا‬ً ‫ۡو‬َ ‫َوَﻗﺪۡ َﺧَﻠَﻘ ُﻜﻢۡ َأط‬
‫(​ َوٱﷲﱠُ َأنَۢﺑَﺘ ُﻜﻢ ﱢﻣ َﻦ‬١٦) ‫اج۬ا‬ ً ‫ۡس ِﺳ َﺮ‬ ‫ﱠ‬
َ ‫ٱﻟﺸﻢ‬ ‫ﻮر۬ا َو َﺟ َﻌ َﻞ‬
ً ‫ِن ُﻧ‬ ‫(​ َو َﺟ َﻌ َﻞ ٱلَۡﻗ َﻤ َﺮ ﻓِﻲﮦ ﱠ‬
١٧) ‫ﺎت۬ا‬ ً ‫ۡض َﻧَﺒ‬ َ
ِ ‫​)ٱلۡأر‬
"Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang
berperingkat-peringkat. Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah
telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat. Dan Ia menjadikan padanya
bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang
terang-benderang), Dan Allah telah menumbuhkan kamu dari bumi, dengan
pertumbuhan​ ​yang​ ​sungguh-sungguh​ ​sempurna”​ ​Juz​ ​Quran​ ​“Nuh”​ ​71:14-17.

Ayat-ayat di atas adalah jelas: “Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang
berperingkat-peringkat. Dan Allah telah menumbuhkan kamu dari bumi, dengan
pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna.” Perincian daripada ayat-ayat di atas
akan​ ​dibincangkan​ ​kemudian.

3. Ringkasan dari apa yang di petik dari buku Korani adalah entropi memerlukan sistem
yang kompleks untuk bergerak menuju keruntuhan, dan alam semesta secara
keseluruhannya bergerak ke arah ini, demikian juga bumi dan semua hidupan yang
dirangkuminya menuju ke arah yang sama. Menurut mereka, terdapat kemunduran dan
penangguhan​ ​ke​ ​arah​ ​yang​ ​lebih​ ​teruk,​ ​dan​ ​bukannya​ ​evolusi.​ ​Mereka​ ​merumuskan:

Sehubungan itu, hipotesis tentang evolusi adalah bercanggah dengan sains


hingga ke asasnya. Evolusi ke arah sesuatu yang lebih baik tidak boleh berlaku
dalam dunia yang sedang menuju kepada perpecahan dan kemusnahan dalam
semua aktiviti, pergerakan dan perubahannya, maka secara saintifiknya evolusi
adalah​ ​mustahil​ ​berlaku.

Bahkan Kami sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang salah, lalu ia
menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah dia. Dan
kecelakaan akan menimpa kamu disebabkan apa yang kamu sifatkan (terhadap
Kami).​ ​Al-Anbiyaa'​ ​21:18

31
7
Hakikat sebenar, percanggahan ini mulanya diusulkan oleh Dr Henry Morris yang
menyatakan bahawa hukum kedua termodinamik menunjukkan semua benda
cenderung ke arah ketidakteraturan, yang mana membuatkan proses evolusi itu
mustahil (Morris 1974). Para fundamentalis Kristian di Amerika dan Eropah
mengeksploitasi percanggahan ini sebagai maklum balas terhadap teori evolusi.
Segelintir bangsa Arab juga telah menegaskan kembali hujah ini selepas ianya
diterjemahkan dan pengikut Korani telah bertindak menyebarkannya. Alangkah baik jika
beliau boleh menerima hakikat ini seadanya, tetapi sebaliknya beliau bertindak
menokok-tambah yang mana menyerlahkan kejahilan total beliau. Pada akhirnya,
Korani mengambil dan memuatkannya di dalam buku beliau. Laman web berkenaan
kepercayaan yang diasaskan oleh Sistani kemudian memetiknya dari Korani and
digunapakai​ ​sebahai​ ​hujah​ ​untuk​ ​membantah​ ​teori​ ​evolusi​ ​ini.
Secara amnya, hujah di atas telah pun diringkaskan secara keterlaluan, dan secara
saintifiknya adalah tidak lengkap dan tidak betul. Kami akan membentangkan nanti
fakta yang diperolehi berdasarkan pemerhatian yang mana telah diterima secara
meluas dalam sains bahawa alam semesta itu yang mendatar, terbuka dan
mengembang​ ​pada​ ​kadar​ ​kelajuan​ ​yang​ ​tertentu.
Walaubagaimanapun, kita akan menyelami pemikiran mereka terlebih dahulu dan
menganggap alam semesta ini secara fizikal adalah suatu sistem yang tertutup yang
mana hukum termodinamik kedua terpakai – memandangkan entropi tidak berkurangan
di dalam sistem yang tertutup – dan kita akan menganggap bahawa entropi bersifat
meningkat di dalam alam semesta. Ini tidak bermakna setiap komponen di alam
semesta bergerak ke arah peningkatan entropi. Adalah tidak mustahil bagi sebahagian
dari alam semesta (yang kita anggap sebagai sistem yang tertutup) seperti bumi, untuk
menuju ke arah keadaan yang lebih teratur, pada suatu masa, selagi ianya diimbangi
oleh komponen-komponen lain yang bergerak kepada peningkatan entropi. Pokok
pangkalnya, sistem alam ini secara keseluruhannya tidak menyanggah hukum kedua
termodinamik. Ini menyerlahkan lagi bahawa hujah mereka telah pun digarap dari asas
yang​ ​lemah​ ​dan​ ​pemahaman​ ​yang​ ​rapuh​ ​tentang​ ​hukum​ ​termodinamik​ ​kedua​ ​ini.
Disamping itu, bumi itu sendiri bukanlah satu sistem yang tertutup. Sebenarnya
terdapat lebih dari satu sistem pertukaran tenaga wujud di dalamnya, sebagaimana
sistem-sistem ini saling bertukaran tenaga ketika matahari menyebarkan haba dan

7
​ ​Richard​ ​Alleyne,​ ​‘Scientist​ ​Craig​ ​Venter​ ​Creates​ ​Life​ ​For​ ​First​ ​Time​ ​ln​ ​Laboratory
Sparking​ ​Debate​ ​About​ ​‘Playing​ ​God",​ ​Telegraph.Co.UK,​ ​last​ ​modied​ ​2010,​ ​accessed
December​ ​10,​ ​2015,
http://www.telegraph.co.uk/news/science/7745868/scientist-Craig-Venter-creates-life-for-r
st-time-in-laboratory-sparking-debate-about​​ ​playing-god.html.

32
cahaya ke bumi. Sebahagian dari bumi mengalami waktu malam dan siang tanpa
secara berturutan, memisahkannya kepada beberapa sistem yang berbeza, ini
menyebabkan bumi melalui satu proses pemindahan haba yang berubah-ubah dan
berterusan. Keadaan ini adalah disebabkan kewujudan pelbagai sistem, dan bukan
hanya satu sistem. Sebagai tambahan, oleh kerana kerak bumi adalah panas dan
mengandungi magma, maka terdapat proses pertukaran tenaga yang tidak sistematik di
antara​ ​kerak,​ ​permukaan​ ​dan​ ​atmosfera​ ​di​ ​bumi​ ​ini.
Demikian juga, ruang angkasa yang meliputi bumi juga merupakan satu bentuk sistem,
dan terdapat pemindahan haba berlaku diantara ruang angkasa dan bumi ini. Graviti di
bulan juga sentiasa memberi kesan kepada bumi, dan kesan ini malah berubah dari
masa ke semasa kerana peredaran bulan yang mengelilingi bumi. Oleh itu,
berdasarkan kondisi bumi seperti yang dijelaskan di atas, hukum termodinamik bagi
dua sistem akan menjadikan jumlah entropi untuk kedua-dua sistem tidak akan
berkurangan bila mana pemindahan haba berlaku di antara keduanya. Maka
peningkatan keteraturan di bumi adalah tidak mustahil disebabkan pertukaran tenaga di
antara bumi dan alam semesta di sekelilingnya. Dengan kata lain, peningkatan
keteraturan dalam hanya beberapa bahagian bumi juga adalah tidak mustahil
memandangkan beberapa sistem menukarkan tenaga di antara satu sama lain. Apa
yang penting adalah jumlah entropi untuk kedua-dua sistem – bukan hanya satu – tidak
menurun​ ​sama​ ​sekali
Bumi itu sendiri adalah bukan satu sistem yang tertutup mahupun sistem yang tunggal,
bahkan ia merangkumi pelbagai sistem. Tiada permasalahan dengan peningkatan
entropi di satu-satu lokasi di bumi sementara ia menurun di tempat yang lain. Tidak juga
menjadi masalah apabila berlaku kemerosotan hidupan, kemusnahan, gempa-gempa
bumi dan banjir-banjir yang berlaku di satu tempat di bumi sementara pada masa yang
sama wujud pembinaan, pembangunan dan perkembangan hidupan berlaku di satu
tempat yang lain. Ini adalah fenomena biasa kita saksikan setiap hari, dan ia tidak
melanggar​ ​hukum​ ​kedua​ ​termodinamik.
Tambahan pula, hakikat bahawa alam semesta sebenarnya bukan menuju ke arah
kehancuran pada masa yang lepas mahupun pada masa ini adalah satu topik yang
telah diselesaikan. Ianya sudah dibuktikan secara saintifik melalui pemerhatian
terhadap sejenis supernova, radiasi latar belakang kosmik dan Kesan Doppler –
dakwaan bahawa alam semesta adalah mendatar dan pengembangannya semakin
pantas dan berterusan untuk suatu tempoh yang cukup lama. Kita akan menyentuh
tentang isu ini kemudian di dalam penerangan tentang tenaga gelap. Saya percaya
penerangan yang diberikan tentang entropi dan hukum termodinamik kedua adalah
memadai untuk menyangkal hujah-hujah dangkal yang terdahulu. Untuk penerangan
yang lebih jelas, kita akan meninggalkan topik entropi ini dan melihat kepada rumusan
yang dicanang oleh mereka, yang mana alam semesta telah bergerak, dan masih

33
sedang bergerak, menuju kepada kehancuran, kerosakan dan kemusnahan. Ini adalah
tidak​ ​benar​ ​sama​ ​sekali.
Hakikat sebenar adalah bertentangan sepenuhnya. Melalui pemerhatian dan
pemantauan astronomi yang tepat, dengan mengambil kira Kesan Doppler, radiasi latar
belakang kosmik dan pemerhatian supernova, secara jelas telah dibuktikan bahawa
galaksi sedang bergerak menjauhi satu sama lain dengan kelajuan yang semakin
meningkat. Alam material di mana kita telah dan sedang berada sekarang adalah
berkembang, menggandakan diri dan bertambah. Malah galaksi yang kita berada
sekarang masih mengandungi gugusan gas dan debu-debu yang membantu dalam
pembentukan dan kejadian bintang-bintang baru, dan ini akan berterusan untuk tempoh
yang cukup lama. Fakta sains yang terbukti mengatasi keraguan ini adalah memadai
untuk​ ​menyangkal​ ​apa​ ​yang​ ​Korani​ ​perkatakan​ ​dalam​ ​buku​ ​beliau.

Tambahan pula, berdasarkan model yang biasa atau teori Big Bang (Dentuman Besar),
alam semesta tidak bermula dengan satu sebatian dan kompleks, tetapi sebaliknya
bermula dari titik tunggal (point of singularity) atau kejadian kuantum (Quantum Event)
sebagaimana yang dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik seperti pemisahan
galaksi-galaksi, dan penyejukan alam semesta dari semasa ke semasa. Kemudian
Dentuman Besar berlaku, dan jirim pun terbentuk secara beransur-ansur. Ia adalah
jelas menunjukkan alam semesta ini masih baru, sedang berkembang dan sentiasa
bertambah. Menurut pengiraan saintifik yang terperinci yang berdasarkan kepada
pemerhatian yang tepat, alam semesta pada ketika ini tidak menuju kepada
kemusnahan, dan tidak pernah juga berlaku di masa yang lepas malah ianya sedang
berkembang​ ​dan​ ​bertambah.
Walaupun kita beranggapan bahawa alam semesta ini mempunyai lengkungan positif,
seperti sebiji bola dan bukannya rata, yang mana pada akhirnya akan menuju kepada
penguncupan dan musnah, ianya tidak akan sesekali mungkin hinggalah alam semesta
sampai ke titik pengembangan yang maksimum, dan menuju kepada penguncupan dan
musnah bila mana tenaga positif di dalam alam semesta – tenaga yang memaksa
pengembangangnya – tidak lagi mampu untuk menahan graviti jirim. Alam semesta
belum mencecah titik pengembangan maksimum yang mampu dicapainya. Hakikatnya,
kadar​ ​pengembangannya​ ​semakin​ ​meningkat​ ​sekarang.
Justeru itu, kenyataan mereka bahawa alam semesta telah dan sedang menuju kepada
keruntuhan menurut hukum kedua termodinamik, adalah menyeleweng dari segi
saintifik. Ia juga tidak konsisten dengan fakta-fakta yang dikemukakan melalui
pemerhatian astronomi yang tepat dan pengiraan matematik yang saintifik. Ditambah
pula, menurut kesan Doppler dan kehadiran radiasi latar belakang kosmik, alam
semesta ini tidak menuju kepada keruntuhan. Ia juga tidak wujud sebagai alam yang

34
kompleks dan sebati yang kemudiannya bergerak ke arah keruntuhan. Sebaliknya, ia
bermula dengan alam semesta yang ringkas, kemudian menuju kepada pembesaran,
tersusun dan menjadi lebih komples, sehingga kekal dalam keadaan ini sehingga
sekarang.
Sekiranya kita mengambil kira apa yang telah berlaku dan yang sedang berlaku di alam
semesta ini secara keseluruhannya – sebagaimana Korani dan sekutunya, Sistani dan
organisasinya menghendaki kita memahami perkara ini- dengan menganggap
segalanya bermula dari kosong, dan kemudiannya diperkukuhkan untuk menampung
bumi dan hidupannya, maka idea tentang evolusi di bumi dan kitaran kehidupan atau
organisme bergerak ke arah pembiakan dan struktur tambahan dan komplikasi
bukanlah satu masalah. Ia sebenar-benarnya relevan dengan hakikat umum tentang
alam semesta, samada yang lepas atau masa kini, yakni ke arah pengembangan dan
perluasan.
Saya telah menjawab dengan kenyataan di atas dan mengariskan kesalahan-kesalahan
yang dibuat oleh Korani dalam bukunya, dan apa yang dipersembahkan oleh Sistani
dalam laman web idealoginya. Saya telah menjelaskan bahawa alam semesta telah
dan sedang bertambah dan berkembang, dan ini akan berlangsung untuk tempoh yang
lama. Namun adalah memadai untuk memberi respon kepada mereka bahawa wujud
pertumbuhan, penambahan, pembiakan serta perubahan dari keadaan yang ringkas
kepada keadaan yang kompleks dan pelbagai, dan menuju ke arah keadaan yang
optimal serta lebih baik, ini adalah kejadian berulang yang kita saksikan setiap hari di
bumi ini. Jadi sekiranya evolusi dikatakan mengingkari hukum kedua termodinamik,
maka pertumbuhan dan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan dikira mengingkarinya juga.
Dan jika evolusi adalah mustahil disebabkan alasan ini, maka pertumbuhan dan
kepelbagaian​ ​tumbuh-tumbuhan​ ​juga​ ​mustahil.
Tumbuhan bermula dari benih – pelan genetik – yang kemudiannya tumbuh dan
diperkukuhkan dengan peredaran masa. Ini juga boleh digunapakai dalam konsep
tumbesaran janin dan anak binatang. Hakikatnya, tiada perbezaan di antara
tumbesaran janin, tumbuh-tumbuhan, kanak-kanak dan evolusi. Kesemuanya
menunjukkan kepelbagaian, pengukuhan, dan satu kitaran dari keadaan yang ringkas
kepada yang lebih kompleks dari semasa ke semasa. Jika evolusi melanggar hukum
kedua termodinamik – seperti dakwaan mereka – maka tumbesaran janin,
tumbuh-tumbuhan dan kanak-kanak dikira melanggar hukum ini juga. Walhal kita masih
melihat janin, tumbuh-tumbuhan dan kanak-kanak membesar, menjadi kuat dan
beranak​ ​pinak.
Nota: Saya tidak tahu bagaimana Korani, Sistani dan “Pusat Kepercayaan” nya – yang
telah menerima pakai kenyataan-kenyataan di atas – mampu menjadikan fizik sebagai
satu paksi di atas graf yang mereka sebutkan. Hakikatnya, ini adalah kali pertama saya
mendengar bahawa fizik, yang mana dengan semua ini, boleh menjadi suatu paksi di
35
atas mana-mana graf. Saya berharap mereka tidak menggunakan kepintaran mereka
untuk diri mereka sendiri sahaja. Saya juga berharap mereka menghantar graf tersebut
ke universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia supaya institusi-institusi ini dapat
mempelajari bagaimana fizik boleh menjadi satu paksi di atas graf seperti kefahaman
mereka​ ​agar​ ​semua​ ​pihak​ ​beroleh​ ​manfaat​ ​darinya.
Sekiranya mereka tidak tahu apakah itu fizik, maka tidak menjadi masalah untuk
memberitahu mereka akan definisinya. Fizik adalah satu cabang sains yang berkaitan
dengan perlakuan jirim, tenaga dan dimensi (seperti tiga dimensi ruang dan dimensi
masa), termasuklah interaksi dan perhubungan di antara mereka dan hukum-hukum
yang​ ​berkaitan.
Saya bukanlah mengejek golongan ini dan kejahilan yang telah mereka tonjolkan,
kerana kita mempunyai banyak perkara lain untuk diambil berat dari mengejek sesiapa.
Saya hanya berniat untuk menarik perhatian seramai yang mungkin pengikut-pengikut
Ahlul Bayt yang diperdayakan dan tertindas, bagi menunjukkan para ulama ini sanggup
melakukan apa sahaja agar terus dapat melakukan apa yang mereka pandai, iaitu
berdakwah​ ​tanpa​ ​ilmu​ ​dengan​ ​tiada​ ​rasa​ ​malu.
Ini adalah antara sebab-sebab mengapa mana-mana mukmin yang beriman kepada
Muhammad dan keluarga Muhammad a.s, yang menitikberatkan imannya dan
kehidupan di akhirat, tidak patut meletakkan urusan agama mereka di tangan orang
lain.

Sayyid​ ​Muhammad​ ​Shirazi​ ​Dan “Dialognya”​ ​Bersama​ ​Darwin

Sayyid Muhammad Shirazi menjawab teori Darwin di dalam sebuah buku yang berjudul
"Antara Islam Dan Darwin". Beliau menyebutkan dirinya di awal buku tersebut sebagai
"​Yang Mulia, Autoriti Agama Besar, Imam Shirazi​, 'semoga dipanjangkan umur
beliau'. Tidak ada salahnya bagi kita untuk meneliti penghujahan beliau ke atas sains
sejarah geologi dan teori evolusi untuk menentukan samada ia mempunyai nilai
saintifik, atau "​beliau telah mendengar secara salah, lalu menjawab secara salah​".
Shirazi membayangkan apa yang Darwin akan jawab, dan menjawab bagi pihak
Darwin, dan kemudiannya beliau akan menjawab di bawah nama "Muslim", nama yang
dipilih​ ​untuk​ ​dirinya​ ​dalam​ ​"dialog"​ ​ini.

36
8
Di​ ​dalam​ ​bukunya,​ ​Shirazi​ ​menulis :

Darwin [Shirazi membayangkan apa yang akan diucapkan oleh Darwin]:


Eksperimen​ ​itu​ ​adalah​ ​pemeriksaan​ ​dan​ ​bukti-bukti​ ​yang​ ​lain.
Pemeriksaan: Jika seseorang itu memeriksa lapisan-lapisan bumi, dia akan
mendapati fosil-fosil tumbuhan, haiwan dan manusia. Fosil setiap lapisan ini
adalah saling berbeza antara setiap lapisan. Selain itu, semakin hampir fosil
tersebut kepada lapisan luaran bumi, maka ia menjadi semakin ideal, sementara
jika ia semakin jauh dari lapisan luaran bumi, maka ia menjadi semakin kurang
ideal.
Muslim [Shirazi merespon kepada kononnya jawapan Darwin]: Bagaimana ini
berkaitan dengan evolusi, mengetahui asal usul hidupan dan manusia dijadikan
daripada​ ​monyet?
Darwin [Shirazi membayangkan apa yang akan diucapkan oleh Darwin]:
Sekarang​ ​saya​ ​katakan,​ ​kaitannya​ ​adalah:
1. Lapisan bawah bumi mengandungi fosil cengkerang, span, batu karang,
udang,​ ​ikan,​ ​organisme​ ​sel​ ​tunggal​ ​bercengkerang​ ​dan​ ​tumbuhan​ ​alfalfa.
2. Lapisan kedua mengandungi pokok pain, pokok palma, reptilia, burung, ikan
dan​ ​marsupial.
3.​ ​Lapisan​ ​ketiga​ ​mengandungi​ ​ular,​ ​ikan​ ​paus,​ ​mawas​ ​dan​ ​pohon​ ​moden.
4. Lapisan keempat mengandungi mammoth, kuadraped berbulu, manusia dan
semua​ ​pokok​ ​moden.
Muslim​ ​[Shirazi]:
Pertama sekali, bagaimana anda membuktikan semua lapisan fosil ini wujud?
Dan bagaimana anda membuktikan dakwaan anda bahawa semua lapisan fosil
ini​ ​berevolusi​ ​dari​ ​lapisan​ ​sebelumnya?
Kelima: Jika kita mengandaikan manusia tidak wujud di semua lapisan bawahan,
adakah perubahan fosil secara berturut ini membuktikan evolusi sebagai benar?
Bagaimana jika seseorang memberitahu anda bahawa Tuhan mencipta hidupan
span​ ​di​ ​lapisan​ ​bawah​ ​ini​ ​dan​ ​seterusnya,​ ​bagaimana​ ​anda​ ​memberi​ ​respon?
Seterusnya, adakah kewujudan kereta kecil di tingkat bawah sebuah bangunan,
kereta yang lebih besar di tingkat kedua, kereta yang lebih besar ditingkat ketiga

8
​ ​Muhammad​ ​Al-Shirazi​ ​(1928-2001)​ ​adalah​ ​seorang​ ​ulama​ ​Syiah​ ​Iran.​ ​Beliau​ ​menulis​ ​banyak​ ​buku​ ​dalam​ ​pelbagai
subjek​ ​termasuk​ ​politik,​ ​sains​ ​dan​ ​agama.
37
dan seterusnya, kerana mereka mempunyai saiz yang pelbagai, membuktikan
kereta ini berevolusi dengan sendirinya dan setiap satu darinya tidak dibina
secara​ ​berasingan?
Sebagai tambahan, katakan ada satu tanah runtuh di bandaraya New York, dan
1000 tahun kemudian, seseorang menemui bangunan tersebut bersama
aras-aras dan kereta-kereta. Adakah mereka boleh mengatakan seperti yang
anda​ ​katakan?​ ​Bagaimana​ ​respon​ ​anda​ ​jika​ ​mereka​ ​berkata​ ​sedemikian?
Apa bezanya antara anda dan apa yang mereka katakan? (AI-Shirazi 1972.
sumber​ ​bahasa​ ​Arab}.

Respon: Dengan begitu sahaja, dengan sedikit gerakan pena, serta penghujahan yang
sangat ringkas, beliau ingin memusnahkan ilmu sejarah geologi dan segala
kemajuannya, serta kemampuannya untuk menentukan umur lapisan-lapisan bumi, dan
seterusnya​ ​umur​ ​fosil​ ​yang​ ​berada​ ​di​ ​dalamnya.​ ​Shirazi​ ​berkata:
…bagaimana anda dapat membuktikan dakwaan anda bahawa semua lapisan
fosil​ ​ini​ ​wujud?
Kemudian, di dalam dialognya, beliau mendakwa sains, Darwin (atau dengan sesiapa
sahaja​ ​beliau​ ​berbicara)​ ​tidak​ ​dapat​ ​menjawab​ ​soalan-soalan​ ​ini!!
Berkenaan dengan contoh bangunan tersebut, nampaknya Sayed Shirazi
membayangkan ahli geologi mengklasifikasikan lapisan bumi berdasarkan susunan
yang mana berada di atas atau bawah, tanpa apa-apa standard saintifik atau peraturan
untuk mengurangkan risiko kesilapan secara signifikan. Jadi beliau membayangkan
para geologis ini akan mengabaikan peristiwa alami seperti tanah runtuh, gempa bumi,
letusan gunung berapi, atau pergerakan plat tektonik bumi tanpa sebarang perhatian
kepada​ ​semua​ ​ini​ ​semasa​ ​mereka​ ​menetapkan​ ​standard​ ​saintifik​ ​untuk​ ​klasifikasi.
Sepatutnya beliau pertama sekali patut mengenali kaedah geologikal untuk
mengklasifikasikan dan menentukan umur lapisan bumi, mekanisme konventional dan
kaedah pemeriksaan, samada kaedah ini tepat atau tidak secara saintifik, agar beliau
tidak mempersembahkan hujah yang sangat naif dan simplistik, namun dalam masa
yang​ ​sama​ ​beliau​ ​menyebutkan​ ​dirinya​ ​sebagai​ ​seorang​ ​Imam​ ​dan​ ​seorang​ ​Ayatollah!
Umumnya, sesiapa yang mencari kebenaran hanya perlu menyiasat untuk mendapati
kaedah​ ​saintifik​ ​berikut​ ​digunakan​ ​untuk​ ​mengklasifikasikan​ ​umur​ ​lapisan-lapisan​ ​bumi:

1.​ ​Kaedah​ ​Pentarikhan​ ​Relatif:

38
Kaedah ini bergantung kepada beberapa faktor termasuk: Untuk sebarang giliran
lapisan batu yang tidak dirosakkan oleh bukaan atau lipatan, lapisan bawah adalah
lebih tua dari lapisan atasnya, dan seterusnya. Oleh itu, menentukan lapisan yang lebih
tua bukanlah secara rambang seperti yang dibayangkan oleh Shirazi, is adalah
klasifikasi yang tertakluk kepada standard saintifik. Asasnya, kaedah ini menentukan
umur lapisan batu secara relatif dengan lapisan batu yang lain, tanpa mengetahui umur
sebenar​ ​bagi​ ​setiap​ ​lapisan.

2.​ ​Kaedah​ ​Pentarikhan​ ​Mutlak:

Kaedah ini mengguna pakai elemen radioaktif isotop. Apabila meningkat tua, nukleus
sebuah​ ​atom​ ​itu​ ​akan​ ​mereput​ ​dan​ ​membentuk​ ​isotop​ ​radioaktif.
Pereputan ini berlaku pada kadar tetap bagi setiap elemen. Oleh itu, tempoh masa bagi
lapisan batu yang mengandungi isotop radioaktif dapat dikira dengan
membandingkannya dengan isotop asal yang diketahui. Kaedah ini telah masyhur
selama berdekad lamanya, dan diketahui lama sebelum Shirazi menulis bukunya.
Sekarang ia digunakan untuk menentukan umur lapisan batu dengan ketepatan tinggi.
Beberapa isotop digunakan untuk menentukan umur batu, fosil dan bahan organik,
seperti​ ​Carbon​ ​(C)​ ​dan​ ​Argon​ ​(Ar)
Inilah​ ​bagaimana​ ​Shirazi​ ​memberi​ ​respon​ ​kepada​ ​Darwin​ ​dan​ ​para​ ​Saintis​ ​Evolusi:
"Dan bagaimana anda membuktikan dakwaan bahawa fosil di setiap lapisan ini
telah​ ​berevolusi​ ​dari​ ​lapisan​ ​sebelumnya?"
Jawaban bagi soalan ini sangat mudah. Kita ada lapisan bumi, setiap satu di atas
lapisan yang lain, yang telah diperiksa menggunakan kaedah saintifik yang
berketepatan tinggi tanpa sebagai ruang untuk kesalahan. Kita telah mendapati lapisan
bawah adalah yang paling tua, dan lapisan atas adalah lapisan yang paling baru,
perbezaan​ ​umur​ ​antara​ ​lapisan​ ​sesetengahnya​ ​mencapai​ ​ratusan​ ​juta​ ​tahun.
Lapisan yang lebih tua mengandungi organisme yang primitif, dan semakin kita
bergerak​ ​ke​ ​atas,​ ​organisme​ ​menjadi​ ​semakin​ ​maju,​ ​berevolusi​ ​dan​ ​kompleks.
Oleh itu, tidak dapat dikatakan bahawa keseluruhan proses penciptaan terjadi dalam
satu peringkat, kerana sesetengah organisme ini datang selepas ratusan juta tahun dari
organisme yang lain. Malah, kompleksiti dan kepelbagaian jasad datang setelah jasad
yang​ ​ringkas​ ​selama​ ​ratusan​ ​juta​ ​tahun.

39
Analisis, klasifikasi dan perbandingan organisme kemudiannya dilaksanakan dengan
kaedah saintifik yang ketat, seperti Perbandingan Anatomi, dengan alatan analitikal
yang paling canggih. Berdasarkan bukti saintifik dan penyelidikan, didapati fosil-fosil ini
adalah​ ​generasi​ ​organisme​ ​yang​ ​telah​ ​berevolusi​ ​dari​ ​organisme​ ​yang​ ​lain.
Sesiapa yang menolak keputusan ujian dan keputusan saintifik ini akan mengatakan
organisme ini dicipta secara terus, setiap kumpulan pada tempoh waktunya.
Bagaimanapun, mereka harus menerangkan mengapa Tuhan menciptakan mereka
dalam kumpulan dan menampakkan seperti setiap satu darinya berevolusi dari yang
lain. Adakah ia untuk menipu manusia?! Yang Maha Besar adalah jauh dari pertuduhan
ini.
Oleh​ ​itu,​ ​isunya​ ​mudah:​ ​Organisme​ ​ini​ ​telah​ ​berevolusi​ ​dari​ ​sesama​ ​mereka.
Hari ini, kita dapat menguji perkara ini di dalam makmal, memanipulasi gen dan
mencipta​ ​organisme​ ​dari​ ​spesis​ ​baru.
Shirazi​ ​juga​ ​berkata:
Kesembilan: Andaian bahawa sel pertama adalah sel hidup tidak cukup untuk
memberikan kehidupan kepada jutaan atas jutaan organisme. Adakah
kewujudan sekeping besi menjelaskan kewujudan jutaan tan besi? Semestinya
tidak!​ ​(Al-Shirazi​ ​1972,​ ​Diterjemahkan).

Respon: Saya tidak pasti samada Shirazi memahami konsep pembiakan. Adakah
beliau tahu di dalam makmal, satu sel bakteria tunggal boleh menggandakan diri untuk
membentuk jutaan sel bakteria?! Saya percaya ini sudah memadai untuk membuktikan
penggandaan kehidupan adalah satu perkara yang semulajadi dan biasa, setelah
material dan persekitaran yang sesuai tersedia. Saya percaya bahawa tidak dapat
dinafikan, bumi menyediakan keadaan yang mencukupi untuk hidupan berkembang,
dan ini adalah sesuatu yang dapat diuji dengan mudah di dalam makmal. Variasi
hidupan adalah sangat semulajadi dan tidak dapat dielakkan, selagi kita ingat bahawa
wujud asas untuk kehidupan fizikal – iaitu pelan genetik – dan wujud mutasi yang
sentiasa terjadi dalam pelan ini yang menghasilkan variasi. Jika variasi, pembiakan dan
alam semula jadi yang memilih hidupan yang paling kuat untuk terus hidup itu wujud,
dan organisme hidup mewariskan gen mereka kepada generasi seterusnya melalui
reproduksi,​ ​evolusi​ ​pasti​ ​akan​ ​terjadi.
Shirazi​ ​juga​ ​berkata​ ​:

40
Kedua: Jika alam semulajadi memilih yang terkuat, mengapa tumbuhan dan
haiwan primitif masih wujud? Mengapa alam semulajadi tidak menukarkan
mereka​ ​kepada​ ​bentuk​ ​terbaik?

9
Ketiga: Mengapa anda melihat haiwan yang kurang kuat menyerang yang kuat
dan membunuh mereka yang lebih kuat? Sebagai contoh, singa membunuh
manusia, haiwan berbisa seperti kala jengking dan ular menyengat dan
menggigit manusia (iaitu haiwan yang lebih kuat) dan membunuh mereka,
kuman​ ​(mikrob)​ ​membunuh​ ​manusia​ ​yang​ ​lebih​ ​kuat.
Keempat: Mengapa benda yang lebih kuat berubah menjadi kurang kuat?
Seperti mana manusia menjadi lemah lalu mati, dan kemudiannya menjadi
tanah,​ ​perkara​ ​yang​ ​sama​ ​terjadi​ ​kepada​ ​tumbuhan​ ​dan​ ​haiwan.
Kelima: Mengapa wujud fosil haiwan yang telah pupus, yang tergolong dalam
haiwan dari kalangan kelas atasan, dari sudut saiz badan dan kesempurnaan
bentuk?
Keenam: Apakah sebenarnya bentuk "alam semulajadi yang memilih?" ​Jika ia
mempunyai akal, pemahaman dan perasaan, maka apakah ia? ​Jika ia tidak
mempunyai akal atau pemahaman, maka bagaimana ia memilih? ​Jika seseorang
mengatakan "kepingan besi itu telah memilih batu bata menjadi pasangannya",
bukankah​ ​ia​ ​kedengaran​ ​mengarut​ ​dan​ ​tidak​ ​masuk​ ​akal?
Bagaimana alam semulajadi boleh disebutkan dengan sifat "pemilihan ini" yang
lebih baik dari pemilihan semua saintis, bijak pandai, para filsuf, ahli ilmu,
pemahaman​ ​dan​ ​pengalaman?!(Al-​ ​Shirazi​ ​1972,​ ​diterjemah).

Respon: Kenyataan Shirazi bahawa mawas dan tumbuhan tidak berevolusi adalah batil.
Ini adalah perkara sejarah yang dapat dibuktikan dengan mudah berdasarkan
perbandingan fosil, serta merujuk kepada fakta berkaitan arkeologi dan fosil. Sebagai
contoh, telah terbukti bahawa tumbuhan berbunga tidak wujud di masa silam, jadi
tumbuhan telah berevolusi. Mawas juga telah berubah dan berevolusi, mawas yang kita
lihat hari ini adalah berbeza sama sekali dengan mawas pertama. Tidak wujud mawas
besar di masa silam, malah 70 juta tahun yang lepas, tidak wujud mawas sama sekali.
Yang wujud hanyalah mamalia kecil, yang mana makhluk masa kini, termasuk mawas,
berevolusi​ ​darinya,​ ​setelah​ ​dinasor​ ​menjadi​ ​pupus.

9
​ ​Versi​ ​elektronik​ ​tertulis:​ ​"Anda​ ​tidak​ ​melihat".​ ​Ini​ ​menyebabkan​ ​kenyataan​ ​beliau​ ​menjadi 
kotradik​ ​dan​ ​mungkin​ ​terjadi​ ​akibat​ ​kesalahan​ ​ejaan​ ​atau​ ​kekeliruan.
41
Berkenaan dengan kenyataan Shirazi berkaitan haiwan yang lebih rendah
kedudukannya​ ​membunuh​ ​individu​ ​dari​ ​kalangan​ ​atasan:
Sebagai contoh, singa memburu manusia, haiwan berbisa seperti kala jengking dan
ular mengigit atau mematuk manusia (i.e haiwan yang lebih kuat) lalu membunuh
mereka, dan kuman (mikrob) membunuh manusia yang lebih kuat. Andaian beliau
bahawa contoh ini adalah penafian kepada pemilihan semulajadi membuktikan beliau
tidak mempunyai pemahaman dalam perkara ini. Singa, kala jengking, ular, bakteria
dan virus semuanya mewakili kaedah alam semulajadi yang mempengaruhi sesuatu
spesis​ ​yang​ ​sedang​ ​menjalani​ ​pemilihan​ ​–​ ​dalam​ ​contoh​ ​beliau,​ ​adalah​ ​manusia.
Kaedah ini memilih individu yang terkuat, atau mereka yang dapat mengelakkan dan
mengalahkan halangan-halangan, dari kalangan spesis itu untuk terus hidup dan
mewariskan gen mereka kepada generasi seterusnya. Sebagai tambahan, ahli dari
spesis yang sama kadang kala memainkan peranan sama dengan lebih agresif
berbanding ahli spesis yang lain, kerana mereka bersaing untuk ruang yang terhad di
dalam​ ​persekitaran​ ​yang​ ​dikongsi​ ​bersama,
Saya akan persembahkan sebuah contoh berdasarkan standard Shirazi untuk
membantu mereka yang terpedaya dengan beliau untuk memahami apa yang saya
katakan:
Andaikan kita berada 2 juta tahun yang lepas di mana sebuah spesis manusia bernama
Homo Erectus wujud. Spesis ini mempunyai otak yang kecil (lebih besar dari chimpanzi
namun lebih kecil dari Homo Sapiens, atau manusia moden). Adalah dipercayai spesis
manusia moden, Homo Sapiens, berevolusi dari Homo Erectus dan menjadi spesis
yang berasingan dua ratus ribu tahun yang lepas. Sekarang mari kita bayangkan
bahawa kita sekarang sedang memerhatikan sekumpulan Homo Erectus yang terdiri
daripada 10 betina remaja dan 10 jantan remaja, yang dikelilingi oleh pemangsa yang
merbahaya seperti singa, haiwan berbisa seperti kala jengking dan ular dan bakteria
merbahaya. Ahli kumpulan yang terdiri dari 10 orang remaja ini berbeza antara satu
sama​ ​lain,​ ​sesetengahnya​ ​tinggi,​ ​dan​ ​ada​ ​juga​ ​yang​ ​rendah.
Ada yang mempunyai kaki yang lurus, dan ada juga yang mempunyai kaki yang
bengkok sedikit, sifat yang diwarisi yang memperlahankan kelajuan mereka.
Sesetengahnya mempunyai badan yang kuat, ada juga yang lemah. Sesetengahnya
mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap bakteria, dan sesetengah yang lain
mempunyai ketahanan yang rendah terhadap bakteria. Ada yang mempunyai otak yang
lebih besar dari yang lain, dan ada juga yang berotak kecil. Maka apabila mereka
diserang oleh pemangsa, yang terkuat, Homo Erectus yang paling laju dan paling cerdik
dari kalangan mereka selalunya akan terus hidup, sementara yang paling lemah, paling
lambat​ ​dan​ ​kurang​ ​cerdik​ ​akan​ ​mati.

42
Sebagai contoh, mereka yang cerdik akan menjumpai satu cara untuk menghalang ular
dari mematuk lebih kerap dari yang kurang cerdik, dan dengan ini, yang lebih cerdik
(mereka yang mempunyai otak yang lebih besar dan bagus) akan terus hidup, menjadi
dewasa, membiak dan mewariskan gen nya kepada generasi baru. Dengan cara ini,
generasi selepas generasi, berdasarkan variasi, pemilihan dan reproduksi, sifat-sifat
seperti saiz otak dan kelurusan kaki akan tertegak lebih kuat, sama juga dengan
ketahanan terhadap bakteria serta sifat yang lain. Sama juga, manusia, rusa, ular dan
bakteria semuanya akan menjadi sebahagian dari alatan alam semulajadi kepada
singa.

Oleh itu, jika kita mempunyai dua ekor singa, salah seekor dari mereka adalah kuat dan
laju, sementara seekor lagi lebih lemah dan lambat, lebih lambat dari kelajuan purata
seekor rusa dan antelop yang tinggal di persekitaran tersebut, singa itu
berkemungkinan besar akan mati, atau menjadi terlalu lemah sehingga tidak dapat
bersaing dengan jantan yang lain, untuk membiak, melahirkan dan mewariskan gen
kepada generasi seterusnya. Sementara, singa yang kuat dan laju berkemungkinan
besar dapat mengawan, membiak dan mewariskan gennya. Inilah caranya alam
semulajadi memilih mereka yang paling mampu terus hidup dan bertahan di dalamnya.
Berkenaan dengan rusa, singa adalah alatan alam untuk memilih dengan cara alam
akan memilih rusa yang laju, yang paling mampu mengelak dan melepaskan diri dari
pemangsa. Dengan cara ini, gen yang paling mampu bertahan dengan alam semulajadi
akan berterusan, sementara gen yang tidak mampu bertahan akan dihapuskan. Jadi
inilah pemilihan semulajadi dan keberterusan hidup bagi yang paling kuat, dan ianya
bukanlah seperti yang difahami oleh Shirazi – bahawa ahli spesis yang kurang maju
tidak dapat mengapa-apakan spesis yang lebih maju. Beliau mempersembahkan hujah
beliau​ ​berdasarkan​ ​kepada​ ​salah​ ​faham​ ​ini.
Baki penghujahan Shirazi adalah berdasarkan salah faham beliau tentang pemilihan
semula jadi. Jika beliau tahu bahawa pemilihan semulajadi itu adalah keberterusan
hidup bagi yang terkuat untuk hidup dan membiak di dalam persekitaran semulajadi
organisme tersebut, maka beliau tidak akan mempersembahkan penghujahan yang
sangat ringkas seperti ini. Sebagai contoh, pemilihan semula jadi bagi haiwan yang
tinggi yang tinggal di persekitaran yang mana makanan ada pada ketinggian tertentu
bermakna haiwan yang cukup tinggi untuk mendapatkan makanan akan mewariskan
sifat ketinggian kepada keturunan mereka. Ia juga bermakna, haiwan yang rendah akan
samada mati, atau mereka tidak dapat mencari makanan yang mencukupi untuk
membiak​ ​dan​ ​mewariskan​ ​gen​ ​mereka​ ​kepada​ ​generasi​ ​seterusnya.
Sebagai tambahan, sebuah persekitaran yang dapat memberikan makanan yang
banyak kepada haiwan tertentu akan membenarkan ia bertambah saiz setiap kali ada
mutasi yang memberikan gen untuk pertambahan saiz. Oleh itu, pemilihan semulajadi
43
untuk yang terkuat bermakna kondisi di dalam alam semulajadi tersebut yang
membenarkan keberterusan hidup bagi sesetengah individu dari spesis tersebut yang
mempunyai gen yang terpilih, dalam masa yang sama tidak membenarkan
keberterusan yang lain. Ini kerana kondisi ini sesuai untuk individu yang terselamat,
bukan untuk mereka yang mati – iaitu spesis yang tidak mewariskan gen mereka
kepada​ ​generasi​ ​seterusnya​ ​kerana​ ​mereka​ ​tidak​ ​membiak.
Shirazi​ ​juga​ ​menulis​ ​dialog​ ​rekaan​ ​berikut
Darwin: Bukti kedua adalah evolusi, yang terjadi dalam banyak spesis haiwan.
Jadi kita melihat jika seorang manusia dilahirkan dalam cuaca dingin, dia akan
menjadi putih. Perkara yang sama juga terjadi pada haiwan. Maka satu spesis
mempunyai keadaan, bentuk dan sifat tertentu dalam setiap persekitaran. Sama
juga pada tumbuhan. Oleh itu, jika ianya mungkin, maka tiada beza antara
evolusi melintang, yang mana warna, saiz dan sifat sesuatu haiwan berubah
kerana perbezaan cuaca dan keadaan lain, dan evolusi menegak, yang mana
satu sel berubah menjadi tumbuhan, tumbuhan menjadi binatang dan binatang
menjadi​ ​manusia.
Muslim [Shirazi]: Kesimpulan anda agak aneh, ada dua cara untuk melihat
perkara​ ​ini​ ​di​ ​sini:
1. Individu haiwan, tumbuhan atau manusia berbeza sedikit sekali bergantung
kepada perbezaan persekitaran dan cuaca, sementara dalam masa yang sama,
semua individu ini tergolong dalam spesis yang sama, sama halnya dengan
manusia,​ ​ada​ ​yang​ ​hitam,​ ​merah​ ​atau​ ​kuning.
Atau semua ahli spesis adalah beruang, namun semua beruang polar
mempunyai sifat tertentu, sementara beruang lain di kawasan yang lebih panas
mempunyai​ ​sifat​ ​yang​ ​lain.
Atau semua ahli spesis adalah pohon gandum, namun gandum Iraq mempunyai
sifatnya​ ​dan​ ​gandum​ ​Australia​ ​ada​ ​sifatnya.

2. Bahawa satu spesis itu berbeza secara drastik berdasarkan perbezaan


persekitaran, sebagai contoh, satu makhluk menjadi mawas dalam satu
persekitaran, atau menjadi manusia / tumbuhan di persekitaran yang lain,
walaupun​ ​semua​ ​mereka​ ​mempunyai​ ​asal​ ​usul​ ​tunggal.
Dari apa yang kami perhatikan, dan apa yang semua orang tahu ia benar, adalah
pemerhatian pertama. ​Berkenaan dengan pemerhatian kedua, apakah bukti
untuk​ ​anda​ ​membuktikannya?

44
Ia​ ​seperti​ ​mengatakan:
Sama seperti tanah liat yang boleh digunakan untuk membuat bata, tembikar
dan bahan binaan, ia juga boleh digunakan untuk membuat besi, batu permata
dan​ ​air.
Adakah​ ​mungkin​ ​ada​ ​analogi​ ​seperti​ ​ini?
Darwin:​ ​Saya​ ​sedang​ ​berfikir!
Muslim [Shirazi]: Maka pembuktian kedua anda telah dinafikan. Apa bukti kamu
yang​ ​ketiga?​ ​{Al-Shirazi​ ​1972.​ ​Sumber​ ​bahasa​ ​Arab,​ ​diterjemah}.

Respon: Darwin telah difitnah dalam dialog imaginasi Shirazi. Darwin tidak pernah
membahagikan evolusi secara menegak atau melintang, beliau juga tidak pernah
mengatakan sebuah sel boleh berubah menjadi tumbuhan, tumbuhan menjadi binatang,
atau seekor binatang menjadi manusia. Beliau juga tidak memperjuangkan transmutasi,
sama​ ​seperti​ ​para​ ​ahli​ ​Biologi​ ​dan​ ​punctuationis.

Berkenaan​ ​dengan​ ​kata-kata​ ​Shirazi:


Dari apa yang kami perhatikan, dan apa yang semua orang tahu ia benar, adalah
pemerhatian​ ​pertama.
Ini bermakna Shirazi telah mengakui evolusi tanpa menyedarinya. Beliau telah
mengakui evolusi dalam had sebuah keluarga spesis, seperti keluarga Ursidae,
sementara beliau menolaknya apabila ia mencapai tahap pemisahan taxonomi yang
berbeza. Oleh itu, beliaulah yang harus mempersembahkan bukti bahawa evolusi
terhenti pada had sebuah keluarga spesis. Mengapa ia tidak mencapai pemisahan di
tahap taxonomi yang berbeza, sebuah tahap yang pasti dicapai dengan berlalunya
masa, memandangkan ia adalah perkara normal, hasil dari evolusi terkumpul dalam
suatu​ ​tempoh​ ​masa?
Kita mempunyai mutasi genetik yang pasti membawa kepada kepelbagaian. Kombinasi
mutasi genetik, pemilihan semulajadi dan pembiakan akan membawa kepada
kemunculan sifat yang baru dan khusus dalam sesebuah organisme, seperti saiz,
bentuk, jenis rambut, kuku dan lain-lain. Perbezaan sifat ini menjadi jelas setelah
beberapa waktu kerana perubahan ini terkumpul sedikit demi sedikit. Shirazi dan
orang-orang seperti beliau menerima semua perkara ini namun ia terhad dalam konteks
satu keluarga spesis sahaja. Ini bermakna mereka menerima fakta bahawa
pengumpulan sifat perbezaan ini terjadi selama lebih ratusan ribu tahun, atau mungkin
lebih dari beberapa juta tahun. Namun Shirazi tidak menerima bahawa perbezaan ini

45
akan membawa kepada perubahan spesis yang lain, walaupun pembezaan ini tidak
dapat dielakkan akibat daripada pengumpulan variasi dalam tempoh waktu tertentu –
puluhan juta tahun sebagai contoh. Tempoh waktu ini cukup panjang untuk
membuktikan perpisahan spesis ini dengan satu pembuktian yang kukuh, cukup untuk
menghasilkan​ ​klasifikasi​ ​biologikal​ ​keluarga​ ​spesis​ ​yang​ ​baru.
Beliau menerima bahawa adanya modifikasi secara berterusan dan pengstrukturan
semula organisme bergantung kepada persekitarannya. Pengstrukturan dan modifikasi
ini bertanggungjawab ke atas variasi antara beruang kutub dan beruang matahari,
dengan mengambil kira perbezaan besar antara keduanya dari segi bentuk, saiz, berat,
warna, jenis makanan dan metabolisme. Bagaimanapun, Shirazi menolak penghujahan
bahawa pengstrukturan dan modifikasi ini mencapai tahap variasi sehingga meletakkan
hidupan tersebut ke dalam keluarga spesis yang baru. Jadi Shirazi perlu memberikan
bukti untuk penolakan beliau, pengklasifikasian adalah hasil yang tidak dapat dielakkan
akibat dari hasil terkumpul pengstrukturan dan modifikasi. Ia adalah proses yang
bergantung kepada mutasi genetik, di mana secara teorinya adalah tidak mustahil untuk
sebuah mutasi genetik membentuk spesis, genus dan keluarga baru apabila diberikan
masa​ ​yang​ ​mencukupi.

Telah terbukti di dalam makmal bahawa gen dapat diubah strukturnya. Ini dapat
dilakukan dengan cara yang tidak terkawal seperti pendedahan radioaktif atau dalam
cara​ ​yang​ ​terkawal,​ ​seperti​ ​yang​ ​dilakukan​ ​secara​ ​meluas​ ​hari​ ​ini.
Malah, kita telah mencapai tahap di mana pelan genetik bakteria yang lengkap dapat
dibina dengan menggunakan bahan kimia yang bukan hidup. Dengan cara ini, secara
teorinya adalah tidak mustahil untuk menghasilkan manusia di dalam makmal dengan
menggunakan ovum dan sperma Chimpanzi, atau hanya menggunakan nukleus sel
seekor Chimpanzi dan ovum seorang wanita yang dibuang nukleusnya. Apa yang perlu
kita lakukan adalah mengubah kromosom chimpanzi agar mempunyai nombor yang
sama​ ​dengan​ ​kromosom​ ​manusia,​ ​yang​ ​mana​ ​ianya​ ​tidak​ ​mustahil​ ​secara​ ​teorinya.
Kita telah mencapai tahap yang lebih jauh dari ini. Sama halnya seperti pelan genetik
bakteria yang sempurna telah dikeluarkan di dalam makmal dengan menggunakan
bahan kimia bukan hidup, dan kemudiannya ia diimplankan kepada cytoplasma bakteria
dan kromosom itu mampu untuk terus hidup dan mereplikasi dirinya, sebuah pelan
kromosom manusia yang sempurna juga boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan
kimia bukan hidup, kerana perbezaan antara kromosom bakteria dan manusia adalah
sama seperti perbezaan antara bangunan kecil dan besar, kerana keduanya
mempunyai bahan binaan yang sama. Perhatian patut diambil bahawa klasifikasi biologi
antara manusia, chimpanzi, gorila dan orangutan meletakkan semua mereka dalam
satu keluarga yang sama iaitu Mawas Besar (Pent: the great apes), sama seperti

46
semua beruang diletakkan dalam satu keluarga, Ursidae. Perbezaan antara manusia
dan chimpanzi adalah sama seperti perbezaan antara beruang matahari dan beruang
kutub. Malah, perbezaan antara chimpanzi dan manusia adalah kurang dari apa yang
ditemui antara beruang matahari dan beruang kutub. Oleh itu, apabila Shirazi menerima
evolusi itu wujud, namun menilainya hanya terhad kepada dalam keluarga sesuatu
spesis sahaja, tanpa menyedari bahawa berdasarkan apa yang dikatakannya, beliau
telah mengakui chimpanzi, bonobos dan manusia telah berevolusi dari asal usul yang
10
sama,​ ​kerana​ ​semua​ ​mereka​ ​adalah​ ​adalah​ ​satu​ ​keluarga​ ​yang​ ​sama.
Berkenaan​ ​dengan​ ​kenyataan​ ​beliau:
Ia seperti mengatakan: Seperti mana tanah liat yang boleh digunakan untuk
membuat bata, tembikar dan bahan binaan, ia juga boleh digunakan untuk
membuat​ ​besi,​ ​batu​ ​permata​ ​dan​ ​air.
Ini tidak mempunyai apa-apa makna kerana pembuatan bata dari tanah liat tidak
mengubah atom pada peringkat partikel nuklear. Maka kita tidak boleh membandingkan
perkara ini dengan perubahan tanah liat kepada elemen lain seperti besi, sebagai
contoh, kerana transformasi sebuah elemen kepada elemen yang lain memerlukan
pengstrukturan partikel nuklear. Kita mempunyai dua peringkat yang berbeza sama
sekali di sini, maka perbandingan ini tidak mempunyai apa-apa makna. Tiada makna
juga bagi Shirazi untuk membandingkan contoh ringkas ini dengan apa yang terjadi
dalam evolusi, kerana variasi dalam evolusi terjadi pada peringkat molekul tunggal, iaitu
pengstrukturan kromosom yang mempunyai komposisi molekul yang sama dalam
semua organisme. Satu-satunya perkara yang berbeza antara kromosom dalam setiap
organisme adalah susunannya. Hakikatnya, adalah lebih baik bagi beliau jika tidak
membuat sebarang perbandingan. Dan dengan ini saya mengakhiri respon saya,
namun​ ​tidak​ ​ada​ ​masalah​ ​untuk​ ​menjelaskan​ ​perkara​ ​ini​ ​dengan​ ​lebih​ ​mendalam.
Nampaknya Shirazi tidak memahami apa yang beliau katakan kerana apabila kita
berbicara tentang evolusi hidupan, maka kita sedang berbicara tentang pengstrukturan
kromosom – iaitu bahan binaan untuk hidupan. Dan apabila membandingkan
kromosom kepada elemen, analogi bagi pengstrukturan kromosom adalah
pengstrukturan​ ​nuklei​ ​atomik​ ​–​ ​bahan​ ​binaan​ ​bagi​ ​elemen.
Elemen bahan kimia boleh dibentuk dan distruktur. Hanya saja jika beliau bertanyakan
mana-mana ahli astrofizik atau ahli fizik, beliau akan mengetahui bahawa besi
dihasilkan dari elemen lain dalam alam semesta di sekeliling kita, dan dihasilkan dalam

10
​ lleyne,​ ​‘Scientist​ ​Craig​ ​Venter​ ​Creates​ ​Life​ ​For​ ​First​ ​Time​ ​ln​ ​Laboratory​ ​Sparking 
​ ​Richard​A
Debate​ ​About​ ​‘Playing​ ​God",​ ​Telegraph.Co.UK,​ ​last​ ​modified​ ​2010,​ ​accessed​ ​December​ ​10, 
2015, 
http://www.telegraph.co.uk/news/science/7745868/scientist-Craig-Venter-creates-life-for-first-ti
me-in-laboratory-sparking-debate-about​ ​playing-god.html.
47
jumlah yang besar. Besi dan banyak elemen yang lain dihasilkan dari pelakuran
nuklear, sebuah proses yang terjadi pada bintang-bintang di sekeliling kita. Pelakuran
nuklear menyebabkan pengstrukturan dan pembentukan elemen. Jadi apabila
perbincangan kita adalah berkenaan peringkat subatomik, dan ia berkenaan
transformasi nuklei atomik, maka tiada beza antara besi, oksigen, karbon, helium dan
hidrogen,​ ​kerana​ ​semua​ ​mereka​ ​dibina​ ​dari​ ​bahan​ ​binaan​ ​yang​ ​sama.
Oleh itu, sebuah elemen boleh diubah dan distruktur semula untuk menghasilkan
material lain dari bahan binaan utama yang sama dengan elemen tersebut. Inilah yang
terjadi di dalam bintang apabila mereka membakar hidrogen dan helium. Nuklei elemen
yang lebih berat, yang mengandungi lebih banyak proton dan neutron dihasilkan dari
gabungan nuklei elemen yang ringan. Dengan cara ini, karbon, oksigen dan elemen
selebihnya dihasilkan sehingga menjadi besi, sebuah elemen yang paling stabil.
Kemudian, apabila letupan bintang supernova yang besar terjadi, proses pelakuran
nuklear memproses lebih stabil dari besi, iaitu kepada elemen yang lebih berat seperti
Uranium.
Maka kita boleh membuat besi dari elemen lain jika kita dapat mengawal partikel
nuklear atomik (proton dan neutron). Apa yang kita perlukan adalah sejumlah tenaga
yang besar untuk membawa partikel-partikel sedekat yang mungkin supaya tenaga
nuklear dapat mula bekerja dan terjadinya pelakuran nuklear. Jumlah tenaga sebesar
ini wujud dalam bintang-bintang di alam kita. Atas sebab ini, pengeluaran satu elemen
dari​ ​elemen​ ​yang​ ​lain​ ​sentiasa​ ​terjadi​ ​dalam​ ​alam​ ​semesta​ ​di​ ​sekeliling​ ​kita.
Bagaimanapun, adalah lebih mudah untuk menghasilkan nuklei yang lebih ringan dari
nuklei yang lebih berat, kerana ia tidak memerlukan jumlah tenaga yang besar. Kita
hanya perlu mencetuskan pembelahan nukleus yang tidak stabil, seperti nukleus
Uranium​ ​–​ ​235.
Inilah yang terjadi dalam reaktor nuklear, namun dalam keadaan yang terkawal.
Sebagai contoh, ia boleh dikawal dengan menambah bahan seperti aloi kadmium untuk
menyerap lebihan neutron agar pembelahan nuklear bergerak pada kadar yang boleh
diterima, berbanding kadar yang mendadak dan tidak terkawal yang menukarkan ia
kepada​ ​bom​ ​atom.

48
Adakah​ ​Teori​ ​Penciptaan​ ​(Creationism)​ ​Dapat​ ​Diterima​ ​Oleh​ ​Metod
Saintifik?

Hakikatnya, sesiapa yang mempunyai latar belakang dalam evolusi dan bagaimana ia
terjadi secara saintifik, atau telah membaca sebuah buku yang ditulis oleh mana-mana
Saintis Evolusi, meneliti respon mereka kepada hujah (pent: Hujah anti evolusi) atau
sekurang-kurangnya membaca buku yang ditulis Darwin pada abad ke sembilan belas,
di mana Darwin telah pun memberi hujah balas kepada pelbagai hujah anti evolusi,
seterusnya meneliti pula hujah mereka yang memanggil diri mereka sebagai autoriti
dalam bidang agama dan apa yang telah ditulis oleh agamawan, mereka akan segera
mengetahui bahawa para agamawan ini cuba menanggapi isu yang mereka tidak
mempunyai ilmu tentangnya. Mereka langsung tidak memahami tentang evolusi, atau
bagaimana ia terjadi menurut saintis. Sebaliknya, mereka memahami evolusi dengan
cara yang songsang, dan kemudiannya terus berhujah dalam cara yang sangat cetek
dan simplistik berdasarkan pemahaman yang songsang. Kita juga mendapati mereka
mengulangi hujah asal Darwin - yang mana Darwin telah pun membentangkan dan
membantah hujah-hujah ini di dalam bukunya - sepertimana mereka telah
mempersembahkan penghujahan yang cetek dalam percubaan mereka untuk
menafikan ketepatan prinsip dan kaedah pentarikhan geologi yang digunakan untuk
menentukan umur batuan yang berada di lapisan lebih tua, walaupun ketepatan
metod-metod​ ​ini​ ​tidak​ ​dapat​ ​dinafikan.
Mereka berhujah menentang Teori Evolusi, bertanya soalan seperti mengapa khatan
pada kanak-kanak tidak diwarisi, dan mengapa mawas yang dilatih berjalan tidak
menurunkan sifat tersebut kepada keturunannya. Apabila orang-orang biasa membaca
hujah ini, iaitu orang-orang yang tidak tahu apa itu evolusi - maka mereka mungkin
akan terpedaya dengannya. Namun bagi mereka yang memahami evolusi dan
bagaimana ia berfungsi, hujah-hujah ini adalah hujah simplistik. Sifat yang diwarisi oleh
generasi seterusnya adalah sifat yang tertulis dalam pelan genetik organisme tersebut,
bukan sifat yang diperolehi, seperti sifat berjalan bagi mawas yang dilatih atau
kanak-kanak​ ​yang​ ​dikhatankan.​ ​Ini​ ​adalah​ ​sangat​ ​jelas​ ​kepada​ ​ahli​ ​biologi​ ​evolusi.
Di sisi yang lain, sesetengah orang yang menentang Teori Evolusi mengandaikan
bahawa Biologi Evolusi menyatakan bahawa organ kompaun dan kompleks seperti
mata wujud melalui mutasi tunggal. Darwin sendiri tidak menyebutkan perkara ini,
apatah lagi saintis moden. Mereka sepatutnya menyangkal apa yang diajarkan di

49
universiti terkemuka di serata dunia. Universiti-universiti ini tidak mengajarkan bahawa
organ kompaun dan kompleks seperti mata terjadi melalui mutasi tunggal, atau
malahan, puluhan atau ratusan ribu mutasi. Hakikatnya mereka ini jahil berkenaan asas
Teori Evolusi. Jadi orang-orang ini mempersembahkan versi rosak teori tersebut, dan
memberi respon berdasarkan pemahaman rosak mereka. Ini tidak boleh diterima oleh
para pembaca buku mereka, dan membuatkan para pembaca ini membuat kesimpulan
bahawa para agamawan ini telah ditewaskan oleh teori evolusi dan gerakan ateis,
sebuah gerakan yang cuba ditentang oleh agamawan menggunakan teori penciptaan
dalam satu peringkat tanpa evolusi. Teori ini bukan sahaja bercanggahan dengan
biologi, geologi sejarah dan arkeologi, malahan turut menyanggahi makna literal skriptur
keagamaan. Ini akan dijelaskan apabila kita membincangkan skriptur keagamaan
seperti Al-Quran, yang dengan jelas menunjukkan penciptaan terjadi dalam banyak
peringkat​ ​dan​ ​melalui​ ​evolusi.
Satu soalan sudah memadai untuk meruntuhkan teori penciptaan dalam satu peringkat
11
yang mengecualikan evolusi . Tiada keraguan lagi, telah terbukti melalui sejarah
geologi, apabila lapisan batu itu lebih tua, ia mengandungi organisme yang lebih
ringkas, dan apabila lapisan batu itu lebih baharu, ia mengandungi organisme yang
lebih berkembang dari lapisan sebelumnya. Isu di sini adalah isu perkembangan: dari
bakteria kepada eukaryotes kepada organisme multi selular, sehingga menjadi ikan
purba, kemudian vetebrata dan ikan, seterusnya makhluk amfibia dan haiwan darat,
dan​ ​seterusnya.
Jadi persoalannya adalah: mengapa Tuhan mencipta makhluk hidup dalam beberapa
letusan / peringkat dan dalam tempoh masa yang berbeza, sementara di setiap tempoh
masa, Dia menciptakan makhluk yang lebih berkembang dari sebelumnya, sehingga
menyebabkan sesiapa yang melihatnya mempercayai makhluk tersebut berkembang
dari makhluk sebelumnya? Adakah mereka yang menafikan evolusi mengatakan
bahawa Tuhan mahu menipu kita? Maha suci Tuhan dari perkara tersebut. Adakah
mereka mempunyai penjelasan yang logik dan saintifik, selain dari evolusi, untuk
menerangkan semua peringkat ini yang berturutan dalam masa, perkembangan dan
kompleksiti?
Sebagai contoh jika kita melihat paus dan dolfin yang sekarang ini tinggal di dalam air,
yang dianggap telah berkembang dari mamalia yang hidup di darat, kita akan
mendapati - berdasarkan fosil yang telah ditemui setakat ini - sebuah rantaian perantara
organisme yang muncul secara berturut-turut dalam tempoh waktu tersebut, setiap satu
darinya​ ​terpisah​ ​selama​ ​jutaan​ ​tahun.

11
​ ​Pent:​ ​Penciptaan​ ​dalam​ ​satu​ ​peringkat​ ​bermaksud​ ​Tuhan​ ​mencipta​ ​semua​ ​makhluk​ ​dalam​ ​bentuk​ ​sempurnanya
dalam​ ​satu​ ​peringkat​ ​sahaja.​ ​Contoh,​ ​apabila​ ​Tuhan​ ​mahu​ ​mencipta​ ​lembu,​ ​maka​ ​Dia​ ​menurunkan​ ​lembu​ ​dalam
bentuk​ ​sempurnanya,​ ​sementara​ ​evolusi​ ​menunjukkan​ ​ada​ ​banyak​ ​peringkat​ ​makhluk​ ​sebelum​ ​akhirnya​ ​menjadi
lembu​ ​yang​ ​kita​ ​kenali​ ​hari​ ​ini.
50
Mereka bermula sebagai mamalia darat, kemudian perlahan-lahan berkembang untuk
tinggal di dalam air. Kita dapati setiap kumpulan berevolusi secara progresif untuk untuk
hidup selesa di dalam air, sehingga akhirnya menghasilkan ikan paus. Adakah ada
sebarang penjelasan yang logik atau jawaban mengapa Tuhan menciptakan
makhluk-makhluk ini dalam tempoh masa secara berturut-turut, sehingga menyebabkan
sesiapa yang melihatnya membuat rumusan bahawa ikan paus adalah hasil dari
rantaian organisme ini yang muncul secara berturutan dari masa ke semasa, secara
progresif​ ​ke​ ​arah​ ​kehidupan​ ​dalam​ ​air?!
Saya percaya tiada jawaban yang logik melainkan evolusi. Jika tidak, jawaban alternatif
yang bercanggahan dengan sains adalah dengan menuduh Tuhan melakukan semua
ini​ ​untuk​ ​menipu​ ​manusia,​ ​namun​ ​maha​ ​suci​ ​Dia​ ​dari​ ​semua​ ​pertuduhan​ ​ini.
Apabila kita melihat ikan paus dan dolfin, kita akan dapati mereka berenang dengan
menggerakkan badan mereka ke atas dan bawah dengan cara yang sama mamalia
darat berlari. Mereka tidak berenang seperti ikan, yang mana kebanyakan mereka
berenang dengan gerakan sisi ke sisi. Apabila kita memerhatikan ikan paus, kita
mendapati mereka melahirkan anak dan menyusukan melalui susu yang dihasilkan oleh
kelenjar​ ​susu,​ ​dengan​ ​cara​ ​yang​ ​sama​ ​dengan​ ​mamalia​ ​yang​ ​lain.
Kadang-kala penentang evolusi juga terpaksa menggunakan buku tulisan ahli biologi
dan ahli genetik yang menentang, atau bersifat kritikal terhadap teori evolusi, tanpa
mereka mengetahui bahawa sesetengah dari mereka bukanlah menafikan evolusi,
namun sekadar menganggapnya sebagai sebuah proses yang terkawal, atau mereka
mempersembahkannya dengan cara yang baru. Sebagai contoh, saintis berselisih
tentang bagaimana mekanisme mutasi (kelajuannya, pemberhentiannya dll) memberi
kesan kepada kepelbagaian biologikal. Ada perbezaan yang besar antara mereka yang
mengatakan:
1. Teori​ ​evolusi​ ​itu​ ​benar​ ​namun​ ​Tuhan​ ​mengawal​ ​proses​ ​tersebut​ ​dan
2. Mereka​ ​yang​ ​mengatakan​ ​teori​ ​tersebut​ ​batil.
Kepercayaan mereka yang sama adalah Tuhan itu wujud, bukan teori evolusi itu salah.
Sebagai tambahan, tidak semua kenyataan dari biologis mempunyai nilai saintifik.
Seseorang itu tidak sepatutnya hanya sekadar mempersembahkan pendapat,
terutamanya pendapat yang diyakini oleh dirinya. Bukti dukungan juga perlu
dipersembahkan agar manusia boleh melihat samada ia mempunyai nilai ilmiah, atau ia
telah dinafikan secara saintifik, atau isunya telah diselesaikan. Banyak universiti dan
pusat kajian di seluruh dunia yang menggunapakai standard saintifik yang tepat ini dan
mempunyai pakar yang menilai kertas-kertas kajian, buku dan pengkritik teori saintifik.
Jika sememangnya ada kritikan saintifik yang berharga oleh pakar, universiti dan pusat
kajian ini akan segera memakainya, ia akan diterbitkan dan dipromosikan, seminar
saintifik​ ​akan​ ​diadakan​ ​untuk​ ​membincangkannya.

51
Bagaimanapun, apa yang kita lihat adalah berlawanan. Hari ini, di semua universiti
ternama seluruh dunia meyakini teori evolusi adalah satu-satunya penjelasan
kewujudan hidupan di bumi. Sesiapa yang mahu mencari kebenaran secara
bersendirian dengan menjalankan kajian saintifik sekurang-kurangnya perlu mempunyai
ilmu yang memadai dalam geologi sejarah, biologi evolusi, genetik, antropologi dan
arkeologi. Mereka kemudiannya perlu membaca kritikan saintifik terhadap teori evolusi
dan​ ​respon​ ​ke​ ​atasnya,​ ​agar​ ​kedudukan​ ​menjadi​ ​kukuh​ ​dan​ ​celik​ ​secara​ ​saintifik.
Bagaimanapun, jika seseorang itu hanya mengatakan ada sesetengah biologis telah
memberi jawapan balas terhadap teori evolusi dalam buku tertentu, atau sesetengah
saintis telah mengatakan bahawa teori evolusi itu adalah palsu, atau jika seseorang itu
merujuki individu yang bukan seorang pakar dalam menilai teori tersebut, maka ini jelas
adalah pendirian yang diada-adakan dan tidak saintifik. Apabila anda membaca
penilaian saintifik mereka, anda akan mendapati kadang kala mereka kekurangan
kredibiliti kerana mereka mempersembahkan teori evolusi dengan cara yang licik,
sonsang lalu kemudiannya memberi respon kepadanya (pent: dalam keadaan yang
sonsang juga). Seolah-olah respon mereka adalah untuk orang-orang awam yang tidak
tahu langsung tentang teori evolusi, dan menjadi alat pemasaran kepada kajian mereka
yang tidak signifikan. Tiada asas saintifik untuk respon-respon ini. Malah respon ini
hanya didasarkan kerana hakikat bahawa penulisnya mempunyai ijazah sarjana dalam
biologi,​ ​atau​ ​di​ ​dalam​ ​bidang​ ​yang​ ​tidak​ ​relevan​ ​dengan​ ​topik,​ ​seperti​ ​kosmologi.
Kesimpulannya, sesiapa yang mengatakan mahu membantah teori evolusi tidak
sepatutnya mengubahnya atau memutar belitkannya. Dia harus membantah teori ini
seperti mana ia dipersembahkan di universiti terkemuka di seluruh dunia hari ini, bukan
seperti yang dia bayangkan, atau seperti yang dipersembahkan secara salah oleh
penentang​ ​teori​ ​ini.
Sebuah peringatan: Saya menyedari mereka yang menolak teori evolusi teleh
mengulangi hujah sama yang telah dibentangkan dan seterusnya telah diberi respon
oleh saintis evolusi sendiri. Ini sangat tidak bersesuaian untuk mereka yang mendakwa
diri mereka sebagai orang berilmu dan mendakwa telah menafikan teori itu secara
saintifik. Mereka patut membaca dan mengenal pasti apa yang telah direspon oleh
saintis evolusi terhadap penghujahan mereka, ada yang telah dibentangkan oleh
Darwin sendiri pada abad kesembilan belas. Oleh itu, sesiapa yang mengulangi hujah
yang​ ​sama​ ​adalah​ ​mereka​ ​yang​ ​samada
1. Tidak mampu berdiskusi dan menafikan respon dari saintis evolusi kepada
hujah-hujah​ ​ini,​ ​atau,
2. Beliau tidak membaca apa yang ditulis oleh saintis evolusi, dan tidak tahu
bahawa para saintis ini adalah yang pertama membentangkan dan memberi
respon​ ​terhadap​ ​penghujahan​ ​ini​ ​serta​ ​berdozen​ ​hujah​ ​yang​ ​lain.

52
Apa pun, adalah tidak bersesuaian bagi mereka untuk menulis sesuatu tanpa sebarang
ilmu.

53

Anda mungkin juga menyukai