Anda di halaman 1dari 25

KESIMPULAN HATI Pertama Hati Yang Beriman Lawannya Kafir Kedua Sum’ah Lawannya

Bid’ah Ketiga Hati Yang Taat Lawannya Maksiat Dan HATI inilah tempat NIAT yang
menentukan SAH SOLAT atau lain lain pekerjaan. KEDUDUKAN NIAT Bahawa NIAT itu
tempatnya di HATI, tidak berhuruf dan bersuara sebagai letaknya harus
melaksanakan :QASAD menunjukkan ZAT akan SIFATNYA kepada yang disifatkan TAKRID
menentukan ZAT akan SISATNYA dan kepada yang disifatkan. TA’AYUN sabenar2nya AKU
menyatakan DIRI AKU dalam TAUHID Takbiratul Ihram Aku kepada Sifat yang disifatkan.
Maka karamlah DIRI dalam lautan tidak bertepi itu nescaya SOLAT bukan lagi ENGKAU /
AKU tetapi AKU ZAT yang melahirkan Kerja Aku dalam rupaku yakni SifatKu yang nyata
dalam kelakuan hambaKu. Engkau tiada UPAYA dan KEKUATAN untuk melakukan solat itu
malahan engkau lakukan atas Kurniaan & Rahmat Aku semata-mata. Kenapa engkau merasa
ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD itu adalah Aku sematamata ? Yang
mengerjakan kelakuanmu itu Aku atas Kudrat & IradatKu. Yang menentukan waktu pun
Aku, Aku punya Ilmu. Tanpa itu engkau tiada hambaku. Aku sengaja menyatakan DIRIKU
padamu dan Aku memuji DiriKu diatas lidahmu wahai hambaku. Jangan sekali-kali ada
rasa didalam hatimu bahawa engkau mempunyai kemampuan untuk memujiKu . Ketahuilah
bahawa engkau adalah hambaKu yang FAKIR berhak menerima PemberianKu. TIANG SOLAT a.
HADIR HATI yakni menghadap Allah dan membuangkan segala yang GHAYR (yang lain
selain Allah ) didalam solat b. KHUSU’ / TETAP HATI didalam solat yakni tidak
merayau –rayau fikiran kemana mana. c. SEMPURNA bacaan FATIHAH SAH SOLAT a. Sah
solat kerana SAH WUDHU’
b. Sah Wudhu kerana Sah ISTINJA c. Istinja itu membersihakan anggota badan dari
berupa bentuk najis besar mahupun kecil. KESEMPURNAAN ISLAM Nota oleh Fakir – S =
Soalan , J = Jawapan S Yang dikatakan ISLAM berapa kesempurnaannya ? J Tiga Perkara
:a. Diikrarkan dengan lidah b. Ditashdiqkan dalam hati c. Dikerjakan dengan anggota
S Berapa tandakah yang dikatakan sesaorang itu Islam ? J Empat perkara :a.
Merendahkan diri keHadrat Allah dan sesama islam b. Suci lidah dari memakan dan
meminum benda haram c. Suci lidah dari dusta dan mengumpat d. Suci badan daripada
Hadath Besar S Yang dikatakan Islam berapa syarat pakaiannya ? J Empat perkara :a.
Sabar akan Hukum Allah SWT b. Ridha akan Qadha Allah SWT c. Menyerahkan Diri kepada
Allah dengan tulus ikhlas d. Mengikut Firman Allah dan Hadith Nabi. S Apakah yang
membinasakan Islam ? J Empat perkara :a. Berbuat sesuatu amalan yang tiada dasar
dari Islam itu sendiri b. Mencela orang berbuat baik & meringankan Hukum Allah SWT
c. Diketahui tetapi tidak dibuat d. Tiada tahu tetapi malas bertanya
ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU Pendapat Tok Peramu tentang Makrifat adalah saperti
berikut :Adapun Keputusan Makrifat itu ialah MENGENAL ALLAH. Kesudahannya putus
ilmu itu yaitu Mati............... Adapun Makrifat yang mesti diketahui itu ialah
20 Perkara terbahagi kepada 5 Bahagian....... BAHAGIAN PERTAMA :Hendaklah diketahui
4 perkara yakni :Pertama Allah sabelum bernama Allah apa NamaNya ? Kedua Muhammad
sebelum bernama Muhammad apa namanya ? Ketiga sebelum hari yang tujuh itu apa
namanya ? Keempat sebelum Waktu Yang Lima itu apa namanya waktu itu ? BAHAGIAN
KEDUA Hendaklah juga kamu ketahui 4 perkara lagi. Pertama 40 hari hendak mati Kedua
7 hari hendak mati Ketiga 3 harihendak mati Keempat 24 jam sebelum mati. BAHAGIAN
KETIGA Lagi 4 perkara yang perlu kamu ketahui Pertama hendaklah KENAL DIRI kamu
Kedua hendaklah kenal NYAWA kamu Ketiga hendaklah kenal PENGHULU kamu Keempat
hendaklah kenal TUHAN kamu BAHAGIAN KEEMPAT Hendaklah ketahui akan ZIKIR PENYERAHAN
NYAWA kepada Allah . Ada 4 perkara juga. Pertama Serahkan dengan ZIKIR AF’AL yakni
La Ilaha Illallah Kedua serahkan dengan ZIKIR ASMA’ yakni Allah Allah Allah Ketiga
serahkan dengan ZIKIR SIFAT yakni Hu Hu Hu Keempat serahkan dengan ZIKIR ZAT yakni
Ah Ah Ah
BAHAGIAN KELIMA Hendaklah ketahui berkenaan RUH juga 4 perkara Pertama RUH JASMANI
yaitu TUBUH kita yakni DIRI TERJALLI Kedua RUH RUHANI yaitu HATI kita yakni DIRI
TERPERI Ketiga RUH IDHAFI yaitu NYAWA kita yakni DIRI YANG TERPERI Keempat RUH AL-
QUDDUS yaitu RAHSIA kita yakni DIRI YANG WUJUD. MUHAMMAD.............. Adapun nama
MUHAMMAD itu jadi TUBUH pada kita. Tubuh kepada Muhammad jadi NYAWA pada kita Hati
kepada Muhammad jadi NYAWA kepada kita Nyawa kepada Muhammad jadi RAHSIA kepada
kita. TUBUH................. Adapun yang bernama TUBUH itu PERBUATAN yang datang
daripada HATI. Perbuatan Hati datang daripada Nyawa Perbuatan Nyawa datang daripada
Rahsia Perbuatan Rahsia datang daripada AF’AL ALLAH. FUAD................ Adapun
yang bernama MATA itu ialah untuk MELIHAT dan orang yang melihat itu tempatnya pada
MATA HATI pada JANTUNG. Didalam jantung ada FUAD Didalam Fuan ada CAHAYA Didalam
Cahaya ada RAHSIA Didalam Rahsia itu adalah saperti Firman Allah SWT yang
berbunyi :Al Insanu Sirri...Wa Ana Sirruhu Insan itu adalah rahsiaKu dan Akulah
rahsianya. KENAPA NAMA MUHAMMAD ? ( Rahsia Muhammad ) Adapun sebab Nabi Muhammad
itu bernama Muhammad kerana Kehendak Allah. Sekalian ( Keseluruhan / Semuanya )
Alam ini terjadi kerana Muhammad saperti dinyatakan didalam Hadith Qudsi :Sekalian
jadi daripadamu Ya Muhammad dan engkau jadi daripada AKU
Sabda Baginda Rasul :Aku jadi kerana Allah dan sekalian alam jadi kerana aku.
RAHSIA MUHAMMAD ( Mim Ha Mim Dal ) KETERANGAN HURUM MIM AWAL MUHAMMAD ( MIM AWAL )
Pertama menunjukkan ZAT hambanya berdiri solat Kedua Tempat Makrifat tatkala Qiam
Ketiga Zikir Bagi Zat yaitu ZIKIR RAHSIA Keempat tatkala itu Tuhan bernama AHDIAH
Kelima semasa itu Tuhan Semata-mata . Belim ada terjadi apa apa akan masa itu
bernama AH...( Alif Ha ) KETERANGAN HURUM HA MUHAMMAD ( HA ) Artinya SIFAT HAMBA
yakni RUKUK dalam solat Tempat HAKIKAT yaitu Rukuk Zikir bagi Sifat yakni Nyawa
Tatkala itu Tuhan bernama WAHDAH KETERANGAN HURUM MIM KEDUA MUHAMMAD ( MIM KEDUA )
Artinya ASMA’ HAMBA yaitu SUJUD dalam solat Tempat TARIQAT tatkala Sujud Tatkala
itu Tuhan bernama WAHADIAH Tatkala itu Tuhan TAJALLI sabenar-benarnya meliputi NUR
MUHAMMAD. Masa itu Tuhan bernama ALLAH SWT KETERANGAN HURUM DAL MUHAMMAD ( DAL )
AF’AL HAMBA yaitu DUDUK dalam solat Tempat SYARIAT yaitu tatkala dalam Duduk Zikir
bagi Af’al yaitu TUBUH La Ilaha Illallah Tatkala itu Tuhan ibarat LA ( Lam Alif )
Tatkala itu bercampur RAHSIA dengan NYAWA dan ANASIR ADAM ( Alif Dal Mim ) KEJADIAN
DIRI
Adapun kejadian DIRI itu terkandung dalam 20 perkara dibahagi kepada 4 bahagian
yaitu ( ada 16 shj dicatitkan – fakir ) Bahagian Pertama 1 Jenis ZAT Diri Wujud
Rahsia Kita Alam Lahut Ruh Al-Quddus 2 Jenis SIFAT Diri Terdiri Nyawa Kita Wujud
Mutlak Ruh Idhafi Alam Jabarut 3 Jenis ASMA’ Diri Terperi Hati kita Wujud Alam Ruh
Ruhani Tubuh halus 4 Jenis AF’AL Diri Tajalli Jasmani Wujud Idhafi Tubuh Yang Zahir
Bahagian Kedua 1 Wujud Wujud mutlak – Wujud Hakiki – Wujud Idhafi Wujud Tajalli 2
Ilmu Ilmu Hakiki – Ilmu Maklumat – Ilmu Fikir – Ilmu Ma’dom Al-Asma’ 3 Nur Nur
AlHadi – Nurul quddus – Nur hadi – Nur Al-bayan 4 Suhud Suhud Al-Ain – Suhud
Khadafi – Khaliq Al-Asmat Suhud Taufil Bahagian Ketiga 1 Angin Angin Niat –Angin
Padtar – Angin Sarsa – Angin Serul 2 Api Al-Hayat – Al-Muja – Sajin 3 Air Maal
Hayat – Maal Kus – Maal Zam Zam – Maal Hain 4 Tanah Tanah Firdaus – Tanah Tiin –
Arbail baasir – Tiin Siipaab Bahagian Keempat 1 Di Jadi Ruh Masripah – Tubuh –
Af’al 2 Wadi Jadi Tulang – Tariqat – Hati – Asma’ 3 Mani Jadi urat – Haqiqat –
Nyawa – Sifat 4 Ma’nikam Jadi Nyawa – Makrifat – Rahsia – Zat
Bahagian Kelima 1 LA ( Laf Alif ) Ucapan bagi Tubuh menjaga kulit dan bulu Qalbi
kepada Baitullah 2 ILAHA ( Alif Lam Ha ) Ucaoan bagi Hati penjaga daging dan darah
Qalbi kepada Baitulmakmur 3 ILLA ( Alif Lam Alif ) Ucapan bagi Nyawa penjaga urat
dan tulang Qalbi kepada Arasy 4 Allah ( Alif lam Lam Ha ) Ucapan kepada Rahsia
penjaga urat dan sumsum Qalbi kepada Allah KEJADIAN BENIH HU QALBI itu RABBI
terdiri Aku didalam Sifat Nafsiah Aku dikandung dalam Wujud Allah La Ilaha Illallah
Muhammadur Rasullullah Fi Kul Lil Maha Tiin Wa Naf Sin Aa Da Da Maa Wa Si A-Hu Il
Mullah Adapun asal kejadian BENIH manusia daripada MA’NIKAM daripada Syurga,
dirupakan Allah SWT turun kepada HU GHAIB rupa Allah jadi Ma’nikam rupa gilang
gemilang hingga tujuh petala langit dan tujuh petala bumi - kemudian manikam itu
jatuh kepada ubun ubun bapa 100 hari - kemudian manikam itu jatuh kejantung bapa 40
hari - kemudian manikam itu jatuh ke Hati Nurani Cahaya Haq 7 hari - kemudian
Manikam itu jatuh TA’AYUN HATI berupa air 3 hari - kemudian manikam itu MERTABAT
ZAT pada pinggang bapa 24 jam - kemudian Manikam itu jatuh kerahim ibu dengan rupa
huruf ALIF - kemudian Manikam itu kepada ALAM RUH berkumpul saperti biji . Itulah
sebab ia bernama Manikam - kemudian manikam bersifat ia bernama ALAM MITHAL. Ini
yang bernama saperti Firman Allah : al insanu sirri wa ana sirruhu
- kemudian ia menilik dirinya terlalu indah, lalu lupa kepada dirinya bila
bercampur dengan darah ibunya. Maka hilanglah rupa itu dan bernama pula ia ALAM
AJSAM yakni Alam Kasar. Kemudian bila sampai janji, keluarlah ia dari kandungan
ibunya dan hilanglah rupa yang dilihat maka menangis ia sebab suara inilah bernama
ALAM INSAN. BILA AKHIR HAYAT Bila akhir hayat kita dapati BERDENYUT-DENYUT PUSAT
saperti asap serta kita mendengar ucapan :ALASTU BI RAB BIKUM – AH ( Alif Ha ) ANA
MA – KAA NA BII MAA KAA NA MASA KAA NA. Maka jawablah :YA ANA LA ILA HA ILLALLAH –
3 kali Kemudian nampak cahaya KEBESARAN ALLAH maka kita zikir ALLAH – 3 kali
Kemudian kita nampak KALIMAH ALLAH maka kita zikir HU – 3 kali Kemudian kita dengar
UCAPAN TUHAN : ANA ALLAH LA ILA HA ILLALLAH ANA....serta terus kita memandang akan
KEBESARAN ALLAH maka kita zikir AH – AH- AH ( Alif Ha ). Maka tamatlah riwayat
kita. Ruh kembali ke Rahmatullah. Hasanul Khatimah. ALHAMDU ( Alif –Lam- Ha -Mim
-Dal ) Saudara pembaca yang budiman, Mengikut penceritaan kalimah ALHAMDU ialah
kalimah pertama yang disuarakan oleh manusia yakni Nabi Adam a.s yang bermaksud
Segala Puji Milik Allah. Tidak ada satu pun manuskrip Ilmu Hakikat yang ada
ditangan fakir yang tidak membicarakan kalimah ALHAMDU ini. Masing masing memberi
tafsiran tersendiri secara panjang lebar.
Melalui ENTRI kali ini fakir sampaikan penjelasan penulis manuskrip ILMU & MAKRIFAT
TOK GURU PERAMU berkaitan kalimah ALHAMDU
ini. ..............................................................................
...... ALHAMDU .....( Alif – Lam – Ha – Mim - Dal ) ALIF Huruf ALIF itu WAKTU
SUBUH. Nabi Adam a.s cahayanya putih. Malikatnya Jibrael Ruhani. Sahabatnya Abu
Bakar & Fatimah Keluar dari huruf ALIF itu DUA RAKAAT kerana TAJALLI Tuhan dua
mertabat yakni MERTABAT ZAT atau AHDIAH dan Mertabat SIFAT atau WAHDAH. Istananya
dibawah susu kiri . Keluar cahaya pada dahi. Kenyataan pada kita ialah MULUT &
LIDAH LAM Huruf LAM itu waktu ZUHUR. Nabi IBRAHIM cahayanya Kuning. Malaikatnya
MAKRIBUN. Keluar dari huruf Lam itu empat rakaat kerana TAJALLI Tuhan WUJUD – ILMU
– NUR – SUHUD. Istananya pada HATI di lambung susu kiri yaitu RUH MAZIFAH.
Kenyataan pada kita ialah HIDUNG & MATA HA Huruf HA ini waktu ASAR. Nabinya Nabi
Yunus a.s Cahayanya Hijau Kuning. Malikaynya MIKAIL. Sahabatnya pula ialah Omar.
Keluar dari huruf HA ini empat rakaat yakni API – AIR – ANGIn – TANAH. Istanayna
pada LIMPA – Nafsu Jasmani. Kenyataan pada kita ialah BAHU & DADA. MIM Huruf MIM
itu waktunya MAGHRIB . nabinya ialah Nabi MUSA. Cahayanya MERAH HITAM. Malikatnya
ISHDAH & WAHIDIAH. Istananya PARU – PARU Nafsunya Nafsu Haiwan. Kenyataan pada kita
ialah MATA ( Cahayanya ) DAL Huruf DAL itu waktu ISYA’ Nabinya Nabi NUH. Cahayanya
HIJAU HITAM. Malikatnya IZRAFIL. Sahabatnya ALI. Keluar dari huruf DAL itu 4 rakaat
kerana Tajalli Tuhan DI – WADI – MANI – MA’NIKAM. Istananya HEMPEDU dari bawah
lidah hingga keteklinga. Kenyataan pada kita ialah TAPAK KAKI. Nota Fakir :Saudara
pembaca , fakir minta maaf kerana tidak dapat menjelaskan penjelasan diatas kerana
fakir tidak faham. Barangkali mengikut ILMU TETENTU waktu waktu solat ada kaitan
dengan kalimah ALHAMDU ini kerana Allah jua.
Bagi saudara pembaca yang ada mempelajari perkara ini eloklah beri penjelasan
melalui Ruangan KOMEN Entri ini untuk pemahaman mereka mereka yang tidak faham
termasuk fakir . Tq. TEMPAT ZIKIR PADA TUBUH ZIKIR QALBI Dua jari bawah susu kiri =
QALBI = HATI ZIKIR RUH Dua jari bawah susu kanan = RUH = NYAWA ZIKIR SIRR Dua jari
bawah susu kiri = SIRR = RAHSIA ZIKIR KHOFI Dua jari atas susu kanan = KHOFI =
TERSEMBUNYI ZIKIR AKHFA Ditengah dada = AKHFA = TERLEBIH SEMBUNYI ZIKIR NAFAS
Antara 2 kening meliputi sekalian kepala ZIKIR KHALIAH Di ubun ubun meliputi
sekalian jasad 20 SIFAT DIDALAM DIRI 1 WUJUD Badan Insan SIFATKU mula jadi
menanggung didalam dunia 2 KIDAM RUH JASMANI kulitku mula jadi meliputi sekalian
alam 3 BAQA’
RUHANI dagingku mula jadi menanggung RAHSIA didalam DIRI 4 MUKHALAFATUHU LIL
HAWADITH RUH NIBATI darahku mula menjadi meliputi Alam Sendiri 5 BINAFSIHI RUH
INSAN nafasku mula jadi berjalan ucapan didalam DIRI 6 WAHDANIAT RUH RABBANI hatiku
asal mula jadi TAHU didalam DIRI 7 KUDRAT RUH QUDUS urat putihku yang tidak
berdarah berjalan setiap dalam DIRI-ku 8 IRADAT RUH KAHFI tulangku asal mula jadi
menguatkan Alam Sendiri 9 ILMU RUH IDHAFI benihku asal mula jadi YANG NYATA didalam
CERMIN HAQ 10 HAYAT RUH NURANI uratku yang meliputi didalam tubuh aku yang hidup
alam sendiri. 11 SAMA’ BESI KURSANI pendengaranku asal semula jadi 12 BASAR
PANCARAN MA’NIKAM kalam aku berkata-kata dengan sendiri 13 KALAM RUH MA’NIKAM
menzahirkan perkataan didalam dunia 14 QADIRUN WUJUD MA’NIKAM tali Ruhku KUNHI ZAT
dengan Sifatku
15 MURIDUN ILMU ALLAH badanku asal mula jadi KALIMAH didalam diriku 16 ALIMUN
DARJAT ALLAH kebesaranku asal mula jadi duduk didalam otak yang putih 17 HAIYUN
Amalan terlebih suci ialah amalan Kalimah Aku asal mula jadi alam diriku 18 SAMIUN
Bersama ZAT & SIFAT WAHDAH didalam Kalimah iman diriku 19 BASIRUN RAHSIA NYAWA
dengan BADANWAHIDAH bersamalah Zat dengan badan tidak bercerai dunia akhirat 20
MUTAKALLIMUN Ghaib didalam Ka’bah Ghaib aku didalam Ka’bah Kaca Arasy yang putih
titik didalam Kalimah. AWALUDDIN MAKRIFATULLAH Permulaan agama mestilah MENGENAL
ALLAH. Firman allah :Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku
dan sebenar-benar kenal Diri kamu ialah Engakau Kenal Aku Allah juga Berfirman :Ya
Muhammad Aku jadikan baharu alam ini kerana Engkau dan Aku jadikan engkau kerana
Aku. Maka engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU. Dengan ini bererti kita mesti
berpegang kepada pokok kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita mesti betul betul kepada
pengertian dan pemahaman RahsiaNya itu dengan terang dan jelas. Marilah kita
renungi Firman Firman Allah saperti berikut :Aku tidak memandang kepada rupamu yang
cantik...pengetahuanmu yang banyak jika kamu tidak Mengenal Aku maka sia sia
sajalah amal kebajikan serta solat kamu yakni umpama debu yang berterbangan diudara
ditiup angin
Engkau itu Aku dan Aku itu engkau Oleh itu saudaraku sekalian kamu tuntutlah betul
betul dan pelajarilah dengan sungguh sungguh serta kajilah dengan mendalam agar
kamu DAPAT MENGENAL ALLAH dengan sebanar-benarnya. Mudah-mudahan Allah akan
mengangkat Darjat kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA. Sebanyak manapun kitab kita
baca, kaji dan pelajari INTIPATI yang perlu kita dapat dan perolehi hanya EMPAT ( 4
) PERKARA sahaja yaitu perkara yang membolehkan amal ibadah kita diterima dan
diakui oleh Allah SWT. Perkara itu ialah :Pertama Mengenal Allah dengan sebenar-
benar pengenalan dengan bukti yang terang dan jelas. Kedua Sentiasa dalam TUBUH
ALLAH dengan bukti yang terang dan jelas juga. Ketiga Sentiasa mendengar SERUAN
ALLAH juga dengan bukti yang jelas dan terang. Keempat Datang dari Allah kembali
kepada Allah dengan pedoman yang sebenar-benarnya terang dengan bukti yang jelas.
Sesungguhnya keputusan perkara perkara diatas, nampaknya senang dibaca tetapi tiap
tiap satu perkara diatas bukanlah mudah diperolehi pemahaman dan pegangan
keimanannya walaupun kita telah membaca mengkaji banyak buku, berguru dengan ramai
guru, jika kita tidak menemui / ditemukan dengan buku buku dan guru guru yang benar
benar dapat memberi petunjuk untuk pemahaman kita secra terang dan jelas. RAHSIA
DIDALAM DIRI Inilah pada menyatakan bahawa didalam badan manusia itu EMPAT BAHAGI
yaitu :NAFAS ANPAS TANAPAS NUPUS Sesungguhnya bagaimana rupa jasmani begitu jugalah
rupa NYAWA.
Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu saperti ANPAS. Maka keempat itu
berperingkat sampai kepada NUPUS dan Nupus itu saperti rupa ZAT manakala Zat itu
saperti rupa SIFAT dan Sifat itu saperti rupa ASMA’ dan Asma’ itu saperti rupa
AF’AL. Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya melalui Hadith
Qudsi :QA LAL LAH HU TAALA - AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHI SI FATI ILLA KHAIRI LIL
LAH Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. SifatKu itu Sifatnya tiada ada daripadaku
melainkan Allah Taala Barangsiapa mengenal akan BADANnya ia mengenal akan NYAWAnya.
Barangsiapa mengenal akan nyawanya ia akan mengenal akan SIRRnya Barangsiapa
mengenal akan Sirrnya akan mengenal akan TUHANnya yang qadim adanya. Ketahuilah
olehmu wahai talib – YANG KELUAR itu bernama NAFAS dan yang dinamai ANPAS itu gerak
dari hidung sampai kebawah leher. Dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah
leher sampai ke hati. Yang dinamai NUPUS itu didalam Hati. Itulah HAKIKAT NYAWA.
WUJUD WUJU DU KA ZAHRU WALA YUQA MU BI HI ZAHBU Barangsiapa mengadakan DUA WUJUD
jadi SYIRIK ANA WUJU DA HU Ada kita dengan DIA WA NAF SUHU Ada DIA dengan
sendirinya. Adapun WUJUD itu AIN ZAT artinya kenyataan kerana lafaznya dibaca itu
wujud maknanya ZAT. Ini adalah kerana Wujud itu ADA. Maka yang ADA itu ZAT. Maka
tiada diperoleh dengan lafaz yang lain daripada Wujud itu kerana wujudnya itu
menyatakan Zatnya. Maka disebabkan itu dikatakan AIN ZAT namanya. Adapun Wujud itu
artinya ADA. Apa yang dikatakan itu ada. Yang dikatakan itu ialah ZAT. Adapun Wujud
ini ditilikkan pihak lafaznya SIFAT dan jika ditilik pada maananya ZAT dan apa yang
dikatakan lafaz itu kerana bacaan itu Wujud ada ZAT. Inilah maananya. Adapun WUJUD
DIRI SENDIRI berdiri dengan ZAT. Apa sebab dikatakan Wujud itu berdiri dengan Zat ?
Sebab lafaz wujud itu ada manakala yang ADA itu ialah ZAT.
PERINGATAN TENTANG SEMBAHYANG Barangsiapa menyembah NAMA TANPA MAANA bahawasanya ia
KUFUR Barangsiapa menyembah MAANA TANPA NAMA bahawasanya ia MUNAFIK Barangsiapa
menyembah NAMA DAN MAANA dengan HAKIKAT MAKRIFAT mereka itulah MUKMIN sabenar
benarnya t Barangsiapa meninggalkan NAMA DAN MAANA bahawasanya mereka itulah
ARIFBILLAH Solah Daim itu ialah solah tanpa huruf tanpa suara tanpa apa apa
perbuatan. Ianya ialah kerja HAYAT atau kerja HIDUP. Yang Hidup itu ialah NURULLAH
atau Nur Muhammad yakni Nyawa. PENGERTIAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD MUSTAFFA
RASULLULLAH NABI Adapun Tubuh Nabi Muhammad itu yang zahir ialah AF’AL daripada ZAT
Adapun nyawa Nabi Muhammad itu SIFAT daripada ZAT ALLAH. SIFAT Adapun SIFAT itu
NYAWA kepada Muhammad MUSTAFFA - Adapun hati Mustaffa itu ASMA’ daripada ZAT ALLAH.
ASMA’ Adapun ASMA’ itu Nama NamaNya. AF’AL Adapun AF’AL itu Tubuh Nabi namanya
AF’AL. RASULLULLAH - Adapun Rasullullah itulah SIRR daripada ZAT ALLAH SWT. ZAT
Adapun ZAT itu TUHAN, Rahsia pada Nabi, Cahaya Ilmu Kalam - SIRRULLAH namanya.
Inilah kita bertuhan pada Allah dengan 4 syarat yakni :Pertama ZAT ALLAH itu Tuhan
pada kita Kedua SIFAT ALLAH itu NYAWA pada kita Ketiga ASMA’ ALLAH itu HATI pada
kita Keempat AF’AL ALLAH itu TUBUH pada kita.
Dan TAJALLI Af’al Allah pada Tubuh kita dan Tajalli Asma’ Allah pada Hati kita dan
Tajalli Sifat Allah pada Nyawa kita dan Tajalli Zat Allah pada Sirr kita yakni
sebenar-benarnya RAHSIA kita adanya. ASAL RUKUN 13 DIDALAM SOLAT. Inilah asal Rukun
13 yang wajib diketahui dalam melakukan Solat. Adapun Rukun Solat itu datangnya
daripada ALLAH – BAPA dan IBU. DATANG DARIPADA ALLAH – 5 PERKARA. 1 Niat 2 Nyawa 3
Wujud 4 Nafas 5 Af’al Yaitu didalam bentuk Merasa – Mencium – Menjamah – Melihat &
Mendengar DATANG DARIPADA BAPA – 4 PERKARA 1 Tulang 2 Kuku 3 Rambut 4 Rupa DATANG
DARIPADA IBU – 4 PERKARA 1 Darah 2 Daging 3 Otak 4 Lendir Terhimpun menjadi 13 .
maka jadilah Rukun 13 perkara melakukan SOLAT setiap hari memulangkan sekalian
HAKNYA sebagai ISI AMANAH yang dipertaruhkan kepada kita. YANG MATI – YANG HILANG -
YANG TINGGAL – YANG PULANG YANG MATI itu ada 6 perkara yakni – Wujud – Anggota –
Hawa – Nafsu – Gerak & Diam. YANG HILANG pula ada 4 perkara yakni Darah – Daging –
Tulang & Kulit YANG TINGGAL itu ada 2 perkara yakni Iman & Taat YANG PULANG ada
satu sahaja yakni NYAWA. Pulang keempunyanya keasalnya. HENING – QASAD – TAQRID &
TA’YUN
HENING itu apa ? Adapun HENING itu tiada dapat menyerupai dengan CAHAYA yang lain.
Adapun JERNIH itu apakala tertenung lantas 7 petala langit dan 7 petala bumi. Maka
dalam cahaya yang HENING JERNIH itu yang terang benderang itulah CAHAYA PUTIH SIFAT
saperti terlebih putih daripada kapas bersifat saperti SIFAT KITA. Ada tanda pada
DAHI kita tersurat NAMA ALLAH. Inilah RUH NABI kita Maka dalam ZIKIR ALLAH
syaratnya terhapus sekalian diri dengan keadaan diri kita yang kehambaan bagi RUH
NABI saw yang dikatakan sebenar-benar SIFAT ALLAH NUR MUHAMMAD namanya. Dan cahaya
terang benderang hening jernih itulah CAHAYA ZAT ALLAH adanya. Wallah Hu Alam.
QASAD Adapun QASAD itu MENYATAKAN NIAT tiada huruf dan tiada suara. Yang ada huruf
dan suara BUKAN NIAT tetapi ADOM ( ADAM ) Adapun yang sebenar-benarnya NIAT yang
tiada huruf dan tiada suara itu ialah ZAT ALLAH. Inilah NIAT yang sebanar-benarnya.
Asal Niat dan tempat niat pada zahirnya ialah kita yang berniat tetapi sebenarnya
ialah TUHAN YANG MUTLAK yang bersifat WAJIBUL WUJUD KHALIQ AL ALAM lagi berSifat
KAMIL MUKAMIL. TA’RID Adapun TA’RID itu MENYATAKAN FARDHU. Yang sebenar-benarnya
Fardhu itu ialah TAJALLI SIFAT ALLAH ertinya NYATA SIFAT ALLAH itu NUR MUHAMMAD AIN
SABITAH pun ia juga namanya, UJUD IDHAFI dan INSAN pun ia juga. Inilah sebenar-
benarnya FARDHU itu. Asal Fardhu ialah RUH NABI MUHAMMAD saw tempat Tajalli
sekalian Ruh Adam itu. Sebab dikatakan ASAL FARDHU yang sebenarnya kerana sekalian
nyawa itu tajalli daripada NUR MUHAMMAD saperti kata HADITH QUDSI :ANA MINALLAH HU
KUL LII SHAI IIN MINAN NUR yang bermaksud Daku daripada Allah manakala segala
sesuatu atau cahaya alam ini daripada cahayaku. ANA MINALLAHU WAL ANBIYA ......
( tidak jelas = fakir ) yang bermaksud :Aku daripada Allah sekalian anbia’ daripada
aku. ANA MINALLAHU WAL MUKMINI NAA MIN NI
Aku daripada Allah dan segala / semua mukminin daripada aku Inilah sebabnya
dikatakan MUHAMMAD itu BAPA SEKALIAN RUH dan ADAM itu BAPA SEKALIAN TUBUH / JASAD.
Inilah juga sebab kenapa dikatakan yang Fardhu PADA KITA ITU NYAWA. Nyawa itu
PEMERENTAH BADAN. Jika tidak digerak oleh Nyawa tidak bergeraklah badan. Wallah hu
Alam. TA’YUN Adapun TA’YUN itu menyatakan WAKTU Zuhur, Asar dan lain lain lima
waktu itu. Adapun yang sebenarnya NYATA AF’AL ALLAH SWT pada Jasad Adam yaitu Tubuh
kita ialah ALAMM RUH YANG KASAR. Itulah sebenarnya TA’YUN yakni sebenar benar
NYATA. TAUHID TAKBIRATUL IHRAM ( TI ) Adapun syarat TI itu hendaklah HADIR MATA
HATI SYAHADAT KE ZAT ALLAH SWT. Sebelum takbir kita NIATKAN didalam Hati yang kita
MEMULANGKAN SEKALIAN PANCAINDERA yang dikurniakan kepada kita ( kepada Allah =
fakir ) Niatnya ialah Tiada pendengaranku hanya ia ( pendengaran Zat Allah ) tiada
penglihatanku hanya ia tiada huruf tiada suara hanya ia tiada ciukmku hanya ia
tiada gerak dan diamku hanya ia. HAKIKAT ZAT AF’AL – HAKIKAT SOLAT Adapun ertinya
SOLAT sebenarnya YANG MENYEMBAH ITU HAMBA, YANG DISEMBAH ITU TUHAN. Yang menyembah
itu FANA’ - yang disembah itu BAQA’. Maka sihamba PULANG KEPADA ADOMNYA. Maka
KEKALLAH TUHAN semata-mata pada SUHUD ( pandangan = fakir ) kita. Yang Menyembah
dan Yang Disembah pun ia juga. Yang memuji = DIA Yang Dipuji pun DIA juga kerana
Allah SWT Memuji DiriNya sendiri melalui lidah makhlukNya ( Insan ) Maka hamba itu
tetaplah FANA’ sebab ditilik sekalian keadaan dirinya habis terpulang kepada Allah
– Ilmu, hayat, Kudrat, Iradat, Sam’, Basar, Kalam . Yang ada pada dirinya adalah
SIFAT ZAT ALLAH semata-mata. Adapun Tuhan itu tiada diatas, tiada dibawah, tiada
dihadapan, tiada dibelakang tiada dikanan mahupun dikiri. TIADA HAMBA TIADA TUHAN
YANG WUJUD HANYA ZAT ALLAH WAJIBUL WUJUD.
MEMULANGKAN AMANAH. Hadith Qudsi yang bermaksud :1 TUKARKAN CAHAYA DIRIMU KEPADA
CAHAYA TUHANMU 2 MATIKAN DIRI KAMU SEBELUM KAMU MATI Adapun maksud MATIKAN itu
ialah MEMULANGKAN AMANAH ALLAH yang ditanggungkan kepada kita. Amanah Allah itu
ialah WUJUD KITA YANG KASAR ( Jasad ) dan Yang Menanggung Amanah itu ialah WUJUD
KITA YANG BATIN yakni Nyawa dan YANG MENGAMANAHKAN itu ialah ZAT ALLAH. Adapun
SYARAT Memulangkan Amanah Allah itu ialah tatkala kita mengatakan ALLAH itu tarik
nafas kita dari dalam FUAD hingga sampai kealam QUDDUS. Alam itu UBUn UBUN dan
makam KAB FUSAIN yaitu antara dua bulu kening. Maka kita tahankan hingga kuat
sekalian alam kita merasa hapus wujud kita yang kasar kepada wujud kita yang batin
– hapus wujud yang batin kepada ZAT SEMATA-MATA kepada suhud kita. Maka hapus dan
karamlah sekalian SIFAT BASRIAH dalam lautan BAHRUL QADIM hingga nyata Sifat laut
semata-mata yaitu Laut Alam Allah. Maka katakanlah ALLAH HU AKBAR . telah fana’
sekalian kelakuan dan diri kita maka nyatalah BAQA’ keadaan ZAT Tuhan semata-mata.
Inilah dikatakan SUHUD sehingga sampai kepada SALAM. Adapun SUHUD itu ertinya
PANDANG MATA HATI erti Mata Hati ialah pengetahuan Nyawa. Alam Nyawa itulah
sebenar-benarnya IMAN. Inilah SIRRULLAH yaitu cahaya Alam Ilmu ZAT ALLAH yang tiada
huruf tiada suara Wujud Mutlak yakni Wujud Zat Wajibul Wujud. Dengan ini Jasad kita
KAMIL dengan Nyawa kita dan Nyawa Kamil Mukamil dengan ZAT ALLAH.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
DALIL NAQLI – AYAT AL-QURAN Telah ada Aku dalam dirimu – betapa tidak kamu lihat ?
SIFAT MAANI & SIFAT MAKNUYAH A DAERAH KITA MENGENAL DIRI YANG KASAR ADAM = JASAD
YANG KASAR a. HIDUP Jasad dengan hidup Nyawa b. TAHU Jasad dengan tahu Nyawa c.
BERKUASA Jasad dengan berkuasa Nyawa d. BERKEHENDAK Jasad dengan kehendak Nyawa e.
MENDENGAR Jasad dengan mendengar Nyawa f. MELIHAT Jasad dengan melihat Nyawa g.
BERKATA Jasad dengan berkata Nyawa B DAERAH KITA MENGENAL DIRI KITA YANG BATIN
MUHAMMAD = NYAWA INSAN a. HIDUP Nyawa dengan HAYAT Tuhan b. TAHU Nyawa dengan ILMU
Tuhan c. BERKUASA Nyawa dengan KUDRAT Tuhan d. MENDENGAR Nyawa dengan SAMA’ Tuhan
e. MELIHAT Nyawa dengan BASAR Tuhan f. BERKEHENDAK Nyawa dengan IRADAT Tuhan g.
BERKATA Nyawa dengan KALAM Tuhan PANDANG WUJUD YANG ESA PADA WUJUD YANG BANYAK
ZIKIRNYA HU ALLAH Adapun Allah itu banyak namaNya kerana Nama Allah yang menjadikan
Alam dengan limpah Sifat Sifat diatas. Oleh itu Alam ini ialah Hakikat ZAT YANG
ESA. DALIL DALIL AL-QURAN WALLAH HU MUHITHU LIL ALAMIN Adapun Allah itu MELIPUTI
sekalian Alam LA TATA HAR RAKU ZAR RATUN BI IZ NILLAH Tiada bergerak sesuatu walau
sebesar zahrah sekalian melainkan dengan IZIn Allah WA LA HAU LA WALA QUWWA TA ILLA
BILLAH Tiada DAYA UPAYA melainkan dengan KUDRAT Allah
FA IN NA MA TAL WAL LAU AF SII HIM WAJ JAHULLAH Dimana kamu hadapkan wajahmu disitu
Wajah Allah Barang kamu pandang pada ini hingga sampai yang menjadikan janganlah
terhenti pandang kamu pada sekalian itu hingga sampai kepada yang Menjadikan yaitu
ZAT WAJIBUL WUJUD Jika kamu pandang keadaan diri kamu hendaklah kamu pandang dengan
HAYAT Tuhanmu. Jika kamu pandang pengetahuanmu hendaklah kamu pandang ILMU Allah.
Apabila kamu pandang kuasamu hendaklah kamu pandang KUDRAT Allah. Begitulah
seterusnya dengan pancaindera kamu dan Sifat Sifat MAANI Allah yang lain. Jika
tidak demikian halnya sia sialah pandangan itu dan DERHAKA kamu terhadap Tuhan
kamu. ALLAH AN - NIAT – AHDAH – WAHDAH – WAHIDIAH ALLAH – Alif - Lam –Lam- Ha ALIF
itu AHDIAH ZAT LA TAAYUN pun ia SIRRULLAH pun ia juga. Inilah ASAL NIAT yang tiada
huruf dan tiada suara. Inilah USALLI SOLAT artinya Aku Solat Sifatnya NAFSI WUJUD
Adapun ALIF itu dalil menyatakan FARDHU . Inilah maknanya ZAT mertabat INSAN dan
AHADIAH. Dengan kebesaran ALIF ini maka jadilah LAM yakni dengan kebesaran dan
kekayaan SIFAT ZAT ertinya ESA pada pihak TANZIL. LAM AWAL = ALIF DIATAS Adapun
ALIF DI-ATAS itu dalil menyatakan SIFAT huruf ALIF diatas. Maka jadilah LAM AWAL
maknanya SIFAT SEMATA-MATA mertabatnya WAHDAH yakni TA’AYUN AWAL ertinya NYATA YANG
PERTAMA yakni TAJALLI SIFAT ALLAH menjadi NUR MUHAMMAD – AIN SABITAH – WUJUD IDHAFI
– INSAN KAMIL pun ia juaga menanggung namaNya ALLAH. Inilah asal FARDHU yang
sebenarnya yakni SIFAT MAANI. LAM AKHIR = ALIF DIBAWAH Adapun Alif Di-bawah itu
dalil menyatakan ASMA’NYA. Huruf Alif dibawah menjadi LAM AKHIR maknanya ASMA’
mertabat WAHIDIAH yang bernama ALLAH yakni TA’AYUn THANI ertinya NYATA YANG KEDUA
maka Tajallilah RUH ADAM dengan kebesaran , kelimpahan Ruh inilah menjadi Tubuh
Adam daripada huruf Alif Di-Atas. Maka huruf ini maknanya Zat Alif Di-Atas maka
jadilah LAM AWAL maknanya Sifat Alif dibawah. Maka jadilah LAM AKHIR maknanya ASMA’
ALIF didepan. Maka jadilah maknanya AFAL . Maka 4 huruf itu empat Sifat Alif Lam
Lam Ha
ALLAH HU AKBAR ALLAH – ( Alif – Lam – Lam – Ha ) – Empat Sifat ALIF = ZAT LAM AWAL
= SIFAT LAM AKHIR = ASMA’ HA = AF’AL AKBAR – ( Alif – Kaf – Ba – Ra ) ALIF = KAHAR
KAF = JAMAL BA = JALAL RA = KAMAL ALLAH = GHAIBUL GHUYUB ALIF = LA TA’AYUN =
MERTABAT ZAT LAM AWAL = TA’AYUN AWAL = NUR MUHAMMAD = RUH LAM AKHIR = TA’AYUN THANI
= MERTABAT ADAM = NYAWA HA = MERTABAT TUBUH = JASAD ZAT DIRI YSNG BERDIRI
SENDIRI .Wujudnya di Alam LAHUT. Zikirnya AH ( Alif Ha ) AH . Ilmunya KAMAL YAKIN
SIFAT DIRI DENGAN ZAT. Wujudnya Alam JABARUT. Zikirnya HU HU. Ilmunya HAQ QUL YAKIN
ASMA’ DIRI YANG TERPERI. Wujudnya di Alam MALAKUT. Zikirnya ALLAH 3 x . Ilmunya –
ILMU YAKIN AF’AL DIRI YANG TAJALLI. Wujudnya diAlam SAHADAH. Zikirnya LA ILA HA
ILLALLAH. Ilmunya – ILMU YAKIN. Jelaslah kewujudan itu sebagai PENZAHIRAN KEBESARAN
diriNya. Dengan wujud itu terzahir pula segala KEINDAHAN JAMAL Allah namanya.
Lantas terzahir pulalah CAHAYANYA yang menerangi segala Keindahan itu JALAL ALLAH
namanya dengan KEAGUNGAN itu sempurnalah sudah sebagai Kenyataan ALLA HU AKBAR.
DARI ... Manuskrip ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU ENTRI KEENAM BELAS ( 16 –
TERAKHIR. ) HAKIKAT FATIHAH................ Ia Menyatakan DIRI
BISMILLAH.............. Menjadi ia diriNya AR-RAHMAN itu Ya Muhammad , engkau jua
keadaan YA RAHIM itu. Ya Muhammad engkaulah kekasihKu. Tiada yang lain.
ALHAMDULULLAH....... Ya Muhammad yang membaca Fatihah itu Aku. Yang memuji itu pun
Aku. Alhamdulillah itu Ya Muhammad Solatmu ganti SolatKu tempat memuji DiriKu
sendiri. RABBUL ALAMIN................ Rabbul Alamin itu Aku Tuhan Sekalian Alam.
AR RAHMAN – AR – RAHIM........... Ya Muhammad yang membaca Ftihah itu Aku yang
Memuji itu pun Aku juga. MALIKIYAU MID DIIN.............. Ya Muhammad Aku Raja Yang
Maha Besar...engkaulah kerajaannya. IYYA KANA’ BUDU................ Ya Muhammad
yang solat itu Aku. Aku memuji DiriKu Sendiri.. WA IYYA KAA NAS TAA IIN.... Ya
Muhammad tiada kenyataanKu jika engkau tiada... IH DI NAS SII RATAL MUSTAAQIM... Ya
Muhmammad Awal dan Akhir itu Aku SIRATAL LAZI NA AN AM TA ALAI HIM.. Ya Muhammad
sebab Aku sukakan engkau ialah engkau itu kekasihKu. GHAI RIL MAGHDU BI ALAI HIM..
Ya Muhammad Aku jadi Pemurah padamu kerana engkau itu kekasihKu WA LAD DHAL LIN...
Ya Muhammad jika tiada Aku maka tiadalah engkau..
AMIN.. Ya Muhammad Rahsiamu itu Rahsia Aku. Yakni yang disembah itu tiada suatu
juapun didalamnya melainkan Tuhanku. Maka apabila Solat ghaiblah didalamnya .
Apabila ghaib ESA-lah ia dengan Tuhannya. Yang Solat itu tiada dengan lafaz dan
maknanya dengan citarasa yang solat amat rapat kepada Zat Yang Esa dengan kata ALLA
HU AKBAR. Maka barangsiapa masuk didalam Solat tiada SERAH Tubuh dan Nyawa-nya maka
kekallah Sifat dengan Tuhannya – tiada mengesakan dirinya dengan Tuhannya. Sabda
Nabi saw :Tatkala kamu Takbiratul Ihram membuangkan lafaz dan makna melainkan Wujud
Mutlak sematamata.

Anda mungkin juga menyukai