Anda di halaman 1dari 2

Minggu Praktikum: 2

Tarikh: 8/8/2018

Tajuk Jurnal: Murid Lewat Masuk Ke Bengkel Selepas Waktu Rehat.

1. Isu yang Difokuskan:

Setelah 2 minggu saya berada di sekolah ini, saya dapati terdapat masalah yang berlaku iaitu
kelewatan murid masuk ke bengkel RBT selepas waktu rehat. Waktu PdP bagi subjek RBT
untuk tahun 4 Seroja bermula jam 10.45 hingga 11.45 iaitu selepas waktu rehat.

2. Analisis

Masalah ini berkemungkinan berlaku kerana murid-murid perlu balik ke kelas dahulu untuk
mengambil buku teks dan alat tulis sebelum bergerak ke bengkel RBT. Ini menyebabkan
waktu pembelajaran menjadi pendek dan guru tidak dapat menghabiskan topik pada hari
berkenaan.

3. Kajian Lampau
Menurut satu kajian yang dibuat atas pelajar dalam menghadiri kuliah, akibat dari kelewatan
para pelajar ini, proses pengajaran dan pembelajaran terganggu dan boleh merencatkan
suasana di dalam kuliah. Menurut Hafizi (2008), masalah ini bukan sahaja melumpuhkan
proses pembelajaran di dalam kelas tetapi merugikan tahap pembelajaran pelajar itu sendiri.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini, saya bercadang untuk menggunakan
beberapa kaedah iaitu:

a) Memberi amaran kepada murid supaya tidak lewat masuk ke kelas.


b) Menyuruh murid untuk terus membawa buku teks dan alat tulis semasa rehat dan
terus bergerak ke bengkel RBT selepas waktu rehat.
c) Beri ganjaran kepada murid yang masuk awal selepas rehat.

5. Tempoh Masa Tindakan Susulan


1 MINGGU
6. Tindakan Susulan:
Sekiranya setelah semua langkah yang saya lakukan tidak berkesan mungkin saya akan
adukan masalah ini kepada PK1 atau guru-guru senior.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:


15/08/2018

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan


Saya telah menyuruh murid untuk terus membawa buku teks dan alat tulis semasa rehat dan
terus bergerak ke bengkel RBT selepas waktu rehat. Tiada murid yang lambat selepas waktu
rehat.

9. Rujukan

Mat, N. H. (15 Februari, 2016). Retrieved 2 Ogos, 2018, from


http://nurhaizachemat.blogspot.com/2016/02/kajian-tindakan-meningkatkan-kehadiran.html

Anda mungkin juga menyukai